Monday, August 31, 2009

Mati bila?

Salam,

Hari tu ada seorang Ustaz tanya dalam ceramahnya..

"Mati bila?"..dia tanya dua kali.
"Mati bila?"..lepas tu ada yang jawab Wallahualam..

Lepas tu dia jawab balik, "Mati tu bila bila masa...anytime, anyday, any moment..betul tak?"

"Betul...."

Sepanjang hidup aku, dah banyak juga orang yang rapat denganku meninggal.

Datuk belah mak meninggal waktu aku umur 5 tahun.
Datuk belah ayah meninggal waktu aku umur 8 tahun.
Abang pupu aku meninggal, dia umur 15 tahun dan aku pula berumur 10 tahun.
Nenek tiriku yang sedang sihat walafiat dengan tidak disangka sangka meninggal dalam bas ketika dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah sewaktu ingin mengerjakan haji. Waktu itu aku berumur 15 tahun.
Lepas tu dua bapa sedara aku meninggal dalam bulan yang sama dan tahun yang sama mengakibatkan abah aku sedih sebab itu adalah abang abangnya. Waktu tu aku berumur 19 tahun.
Pada umurku 20 tahun nenek sebelah ibu pula meninggal dilanggar lori pengangkut pasir.
.
.

.
Ada dua orang rakan KPP juga meninggal di Shah Alam..peristiwa yang sungguh menyayatkan hati kerana salah seorang itu adalah anak tunggal keluarga. Itu berlaku dalam tahun 1987.
.
.
Selepas berkahwin, setelah mempunyai dua anak, datuk suami pula meninggal.
Diikuti suami kakak tirinya yang meninggalkan sepuluh orang anak yatim! Meninggal akibat kemalangan dengan sebuah bas.
.
.
.
seterusnya ayah mertua tiriku..balik dari Mekah terlantar dua bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
.
.
.
.
ayahanda tercinta..yang tidak perlu lagi aku menceritakannya.

.
.
dan..
Bila umur ini pula akan sampai limitnya?
Bila nyawa ini akan diambilNya semula?
Bila jasad ini akan beku tidak bermaya?
.
.
sebenarnya bila bila..
kerana dunia ini terlalu sementara.
Dan ianya bukan hak milik kekal.
Bukan hak kita walau secebis pun..

Merasa hidup masih lama lagi??
Jangan...
kerana mati tidak mengenal usia, warna kulit, pangkat, keturunan, bangsa, penyakit..

sekian

entry mengingati diri sendiri...dikongsi buat yang sudi..
.TOK TOK TOK!!
ketuk kepala sendiri..

10 comments:

Norazah said...

Ashley, klu x salah kawan KPP tu accident kereta kan. Mereka akan gi USA kan. Mmg tragiskan.Sy kenal that girl yg anak tunggal tu.
Life is so short.

Lukman Wan Mat Daud said...

Hidayah

Mati itu pasti.

Lukman

AZANI said...

mati itu pasti, mesti bagi setiap yg hidup....thanks hidayah...bagi ingatan...

CatlinaFly said...

betul..mati tidak kenal usia..minta dipanjangkan umur moga sempat tgk anak (anak-anak) membesar, dan berjaya sebelum menutup mata...amin..

re: tq kak, for ur wish..

ashley said...

Norazah,
Ye..memang sungguh tragedi.Saya kenal kedua duanya...termasuk juga dua yang alhamdulillah terselamat! Juga kawan yang mereka ingin jemput dari airport Subang.

Lukman dan azani..
ye benar..

catlina,
ya moga moga diqabulkan doa..InsyaAllah.

Insyirah said...

Sentiasa ingat masa itu singkat. Mungkin kejap lagi, mungkin malam nanti, esok lusa...hanya DIA saja yg tahu.

Norazah said...

Ashley if possible can u contact me or u give your e-mail. I think we were in the same KPP. My e-mail is msaan97@yahoo.com.

Nizam.Ariff said...

Semoga kita semua menempuh mati secara aman dan damai...dalam islam dan iman.



Best gak cerita pasal mati ni. Tumpul sikit nafsu duniawi...

ashley said...

insyirah,
well..apakah kita sentiasa bersdia?
yang tu yang kecut sikit tu..he he he

norazah,
sebenarnya geng KPP/ITM ni ada yahoogroupnya yang tersendiri. terdapat ramai kengkawan di situ. yang dikenali dan masih diingati..
juga kengkawan yang dah samar samar dalam ingatan..tetapi mungkin ramai yang tidak dapat melupakan si MAZIDUL!!

ashley said...

Nizam,
tumpul?
he he he..
ingat pastu lupaaaa jao..
ingat pastu lupaaaa jap...
begitulah kira kiranya!