Tuesday, August 25, 2009

Jarang sahoor..

Salam,

Sewaktu aku remaja dan juga sebelum berkahwin jarang aku rajin untuk bangun dan bersahoor sewaktu Ramadhan terutamanya di sekolah menengah. Berpuasa ( atau juga tak puasa ) di sekolah agak menyiksakan kerana agak sukar sekali bagiku untuk bangun sahoor. Sahoor di sekolah agak awal kerana kami ada waktu supper sekitar jam sepuluh. Pakcik dan makcik dewan makan akan masak untuk sahoor selepas waktu itu. Sekitar jam 3.30 am - 4.00 am loceng di Dewan Makan sudah bingit memanggil manggil pelajar untuk turun ke dewan makan.
Selalunya di sekolah, aku tidur sekitar jam 1.oo atau terlajak hingga ke pukul 2.00 untuk study. Dan kalau aku dapat bangun jam 3.00 atau 4.00 pagi maka itu bermakna aku hanya tidur sekitar 1 atau 2 jam sahaja...ohhh itu satu keMUNGKINan yang amat luar biasa!!

Bangun untuk sahoor di sekolah juga amat DRAAAAGG sekali. Kalau pelajar lelaki boleh selamba sahaja untuk pergi ke dewan makan dengan memakai kain pelekat atau baju pijama mereka..atau apa apa sahaja yang mereka pakai sewaktu tidur..( TAK SENONOH kan?)
Tetapi bagi pelajar perempuan, mereka MESTI berbaju kurung untuk ke dewan makan.

Sewaktu hari biasa (luar dari waktu sahoor) pelajar perempuan DIWAJIBKAN memakai baju kurung SEKOLAH sebaik sahaja keluar dari pintu pagar asrama tetapi diwaktu sahoor, kami dibenarkan memakai BAJU KURUNG MUNGER MUNGER!
Alahai..nak memakai baju kurung MUNGER MUNGER lak time sahoor itu amatlah MALAS sekali. Kalau boleh pi dewan makan pakai kain batik, kan ke mudah? he he he..

Pulak tu sewaktu sahoor, makanan di dewan makan adalah TERSANGAT tidak menaikkan selera sekali. Budget dapat KUAH PETROL ngan IKAN TERMENUNG KORAIH jer..Mana tak termenung tepi tray tu. Kalau dah bersusah payah bangun pukul 3.30 pagi, pakai baju kurung MUNGER MUNGER lak tu ( melaram pepagi BUTA) tup tup dapat makan nasi berkuah petrol dan bertemenung koraih jer...alahai..memanglah tidak berselera langsung! Tu tidak termasuk sayur sawi yang digoreng lebam atau sayur kobis yang TAWAU!!
Bila mengenangkan makanan yang dihidang sewaktu sahoor inilah maka aku lebih rela untuk menyambung tidurku dan mengeroh sampai ke subuh....he he he

sekian

6 comments:

Insyirah said...

Kadang-kadang bila tak sahur, time siang nanti, merungutlah seseorang dalam hati..."menyesalnya tak bangun sahur pagi tadi. kan dah pening-pening lalat. padan muka sendiri". Hehehe.

ashley said...

Insyirah,
Bila dah lepas Asar...terketar ketar gitu..
Tapi waktu kat sekolah dulu macam dah biasa. Sekarang tak boleh la..

Nizam.Ariff said...

Aku tak faham la, apsal la asrama dlu tu sahoor awal sngat. Aku punya asrama mula sahoor pukul 3.30am. Mesti orang kantin nak balik awal ni... tapi, MRSM makanan sedap-sedap... kadang-kadang chicken chop pun ada... burger pun ada... pelik sungguh!

ashley said...

Nizam,
pakcik dan makcik tu pun nak solat dan membaca quran juga..
kalau dah buat sahoor pukul 5.00 sat lagi kut tak sempat nak basuh trays etc..sebelum masuk subuh.

Pakcik ngan Makcik DM kami dulu bagus bagus!! Solat jaga..
Walaupun makanan waktu sahoor menyedihkan, waktu berbuka no problem..aku TIBAI jer.

Tijah said...

aku niari sahur kurma + susu blended lagi kak. tak lalu aaa tengok nasik

ashley said...

Tijah,
at least bersahur gak tu..
takkan nak makan nasik jer kan.
ada kawan suami, dia teguk nesvita.menda tu jerr..tahan lak sampai berbuka..