Friday, August 28, 2009

Tolong doakan ..

Salam,

Kelmarin suamiku bawa balik brochure dan document yang telah diberikan kepadanya oleh human resource.
Surat offer untuk belajar selama setahun akan datang.
.
.
.
Sebenarnya ini adalah amanah. Amanah baru yang akan dipikul suami.
Risau juga aku ni....dah 20 tahun meninggalkan alam "persekolahan"..tup tup ofis suruh sambung belajar.
20 tahun!!
Lama tu tau!
Husband aku tamat first degree tahun 1989.
Dulu aku pernah suruh dia sambung tapi dia tak nak..
Dia nak kerja sebab ada datuk ngan nenek yang perlukan ditanggung.
Kemudian selepas itu setiap dua tahun kami dapat anak...hmmmm..
Ini satu peluang dari ofisnya.
Peluang yang tak semua orang dapat.
Tetapi peluang ini juga satu amanah berat yang perlu dipikulnya.
Jadi suami ajak aku doa..ajak anak anak juga mendoakannya..
agar peluang ini tidak dipersia siakan...
Dan aku harap kawan kawan di luar sana turut mendoakannya.
Agar kejayaan dapat dicapainya..InsyaAllah..
.
.
.
.
Dan mulai minggu hadapan, suami aku tidak akan ke ofis lagi.
Dia akan mula ke sekolah semula...InsyaAllah.
.
.
sekian

14 comments:

Lukman Wan Mat Daud said...

Salam

Tahniah kat hubby you.

Sekurang-kurangnya dia tak perlu ke ofis. Semasa saya buat 1st degree (engr mech USM PPJJ 95-03) dan master (UKM 03-04) kena bergelut dgn kerja lagi, motorsport ke oversea lagi dan hujung minggu (hampir setiap hujung minggu) ada kelas.

Kesian kat wife jaga anak mujurlah Tuhan Maha Kaya hanya ada seorg anak

Lukman

Thanks for the sampul peket duit raya tu!

AZANI said...

semoga kejay.aan dan kebaikan dapat diraih anda sekeluarga

ashley said...

Lukman,
ingat nak hantar tadi dah..sekali..MY KERETA buat hal lagi..kali ni tak mau start teruih..mujur kat rumah jer.
so kena tunggu..

azani,
insyaAllah..tqvm

yuyee cap limau said...

tahniah kak..
bes tau blajar nie..hehe..
tapi bes lagi sambil blajar dapat gaji
hehe..tahniah sekali lagi.
semoga suami akak berjaya menjadi pelajar cemerlang..insyaALLAH

ashley said...

yuyee..
terima kasih dikkk..
doakan kejayaan kami semua..
suami belajar sama naik ngan anak!!

Ielaz said...

tahniah pada husband akak..
semoga dipermudahkan segala2nya...

ashley said...

lelaz,
thank you..
ya..moga Allah permudahkan segala kesukaran yang bakal ditempuhi..InsyaAllah.

siti_m said...

salam
tahniah peluang belajar datang lagi walaupun setelah 20 tahun tinggalkan dunia sebagai student... seronok belajar nie tetapi cabaran memang besar iye la dah lama tinggalkan alam persekolahan....

siti_m said...
This comment has been removed by the author.
Insyirah said...

Ucapan tahniah kepada akak dan juga hubby akak. InsyaALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar. No worry :)

ashley said...

siti_m,
ye benar..
kalau waktu jadi student SHAJA dulu,
kita boleh concentrate..
tiada masalah berat yang perlu difikirkan sangat..
tiada masalah dari keluarga..
tiada masalah anak anak..
masalah kewangan yang datang pun hanya sekali sekala..

tapi kini mungkin datang dari pelbagai penjuru..
ohhh..memang PEMBELAJARAN itu satu PERJUANGAN sebenarnya

ashley said...

Syirah,
sebenarnya akak dah terasa bahang AMANAH yang perlu dihadapi oleh suami..
akak kena make sure anak anak terjaga so that tidak menjadi gangguan buatnya.

geraugebang said...

Salam kenal. Seronok tu ke sekolah semula walaupun penat.

ashley said...

geraugebang,
salam kenal juga..
kita tengok lah seronok ke tidak..
yang penting belajo.