Wednesday, August 26, 2009

KOpiah??

Salam,

"Heiii korang...Ummi buat KOPIAH la.." kata anak lelakiku yang seorang itu.

"KOPIAH?!!"

"KAH! KAH! KAH!"

Berderai kakak kakak mengetawakannya..

"POPIAH la Muhammad.." Semalam aku berjaya menyiapkan lebih kurang 25 biji popiah goreng untuk dinikmati oleh ahli keluargaku yang sepuluh orang ini...( 10? sebab kak Aisyah tak da..masih di KMM).

Ada sesiapa yang nak mengetahui cara membuatnya?
Jemput...

Bahan inti
1) 10 ekor udang basah (sederhana besar)
2) 2 sudu besar udang kering
3) 1 biji bawang besar
4) 2 ulas bawang putih
5) sebiji cili merah
Semua bahan di atas dilumatkan..( kisar atau tumbuk/giling)
Kemudian bahan bahan ini di masak sebentar dalam kuali.
Tambahkan 2 biji telur yang dikocak terlebih dahulu.
Masukkan sedikit garam dan lada sulah.
Angkat dan sejukkan sebentar.
Hiris lobak merah halus halus memanjang dan campurkan bersama inti setelah ianya sejuk.
Ambil kulit popia.
Masukkan inti, taugeh dan sos.
Gulung popia..
Goreng dan toskan.
Sos popia yang dimasukkan bersama inti sebelum digulung ini dibuat daripada
campuran sos rojak ( yang pekat dan berkacang itu) + sos tomato.
Bagaimana?
Mudahkan...
Cubalah!!
sekian.

7 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

baru ku tahu erti anak ramai...10?..aku berempat pun kalut dah.he he he

Tijah said...

buatkan aku setapawer kak. heheheh

ashley said...

Cikgooden,
anak aku 9 jer..
+ mak + bapa = 11

..sepuluh sebab kak Aisyah masih kat kolej...
weekend ni dia balik, InsyaAllah.

Tijah,
penat jer aku bagi resepi...siap gambar sekali.

Nizam.Ariff said...

25/10 = sorang 2 setengah kerat popia je...

Kalau aku mana cukup, 5 gulung aku sorang je hadap.





psst: popia akak saiz regular kan?
Kalau sebesar batu giling, satu pun aku dah cukup kenyang kak...

ashley said...

Nizam,
ko mentekedarah ke ape?
ha ha ha..
.
.
.
btw..ada mee goreng dan tembikai lagi..
cukup la tu.
bebanyak karang, tersadai tak pergi terawikh pulak.

kucingorengemok said...

ada cita² nak membuat ni... tapi alasan pun banyak, hehe

ashley said...

KOG,
niat yang baik itu kena dizahirkan...kalau tidak dapat pahala niat jerr..
he he he