Wednesday, August 12, 2009

Siapa yang kena?

Salam,

Semalam Cik abang aku sms dari ofis, bunyinya;

"For H1n1 patients, kena makan 6 biji epal hijau dan orange juice. InsyaAllah...Tolong beli epal hijau"

Minggu lepas sebenarnya 3 orang anak aku demam.

Mula mula si Zainab..dia baru balik dari Lukut. Sekolah buat pemantapan UPSR.
5 hari tak pergi sekolah..3 hari tu dapat MC dari doktor. 2 hari lagi aku suruh dia ponteng.
Jangan pergi lagi walaupun dah baik!

Elok Zainab lega, Husna pula down with fever..aku dah cemas..
Tak payah pergi sekolah.
Grounded 3 hari.

Selesai Husna, Raudhah pula demam diikuti Huda..
Tapi kedua duanya dah baik..alhamdulillah sebab aku terus bawa pergi klinik immediately.
Risau aku budak Raudhah tu.
Dia memang dah ada ASTHMA.
Hari ni dua dua dilarang pergi sekolah walaupun dah baik demam.
Abah dia kata TAK PAYAH pergi!!

Semalam aku dapat call seorang kawan dari Sarawak..bertanyakan tentang kawan yang aku ziarah di Puchong hari Sabtu lepas.
Kawan yang call ini juga beritahu aku pasal H1N1 yang dah masuk ke KAWASAN ISTANA..
hmmmm.....

Dan tadi cik abang sms lagi. Bunyi sms;

"Staff ofis yang pergi team building di PD weekend hari tu ramai yang demam. Sorang dah confirm H1N1 positif"

Diorang buat solat hajat juga minggu lepas. Untuk jauhkan dari bala' wabak ini. This wabak makin serius nampaknya..
( dan minta pertolongan dari ALLAH supaya ianya tidak melarat larat lagi...)

HELLO KKM!! Bulan 12 baru dapat VAKSIN???!!
TSK...TSK...TSK...

Tengahari tadi, cik abang aku telefon lagi. Dia beritahu ada isteri staf yang tenat kat ICU. Demam dua hari...
Kena attack ngan H1N1 dan susah bebenor nak BERNAFAS..
Isteri staff ni pulak memang dah ada ASTHMA..
hmmm..

Nauzubillahi minzalik...

p/s aku nak kena pergi beli epal hijau, buah oren dan juice..
nanti bising pulak Cik ABANG aku.
( sekadar precaution...)

sekian

9 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku dah beli 2 bag epal hijau petang tadi. balik rumah terus bukak kotak juice maker.

Satu jag (lepas campur air) air epal hijau aku buat untuk anak aku. Tengah hari tadi dia call (guna hphone cikgunya), dia demam. Kelam kabut kami berdua (aku dan Mama) balik ambik dia...

Selain ubat yang doktor beri, epal jadi juadah kami. Habis air, kami ratah epal hijau cicah garam...

Insyirah said...

Moga semua akan kembali sihat seperti biasa..Amin.

ashley said...

Nizam,
ko jangan cirit birit pulak nanti..
epal ijo ni PELAWAS juga tauuu..

Insyirah,
amin..insyaAllah

esok, kata husband akak, kebarangkalian besar...diaorang kena buat screening!
hmmm..

Gurindam Jiwa said...

Basically, doktor kata H1N1 ni dah ada di Malaysia ni. Bukan import lagi. Yg lebih kene jaga kalau ada asthma, sakit jantung, orang tua, dan budak kecik. Hai kira semua orang la tu, kena jaga-jaga...

Apa lah hikmahnya H1N1 ni agaknya ye?

ashley said...

GJ,
Hikmahnya supaya:-
1)orang tak yah le dok 'JOM HEBOH' sangat.
2)tak yah la dok me'leceh'kan orang pakai PURDAH lagi
3)supaya jaga kebersihan
4)kepada orang bukan Islam, si BABI itu banyak mendatangkan penyakit dan ianya KOTOOOOORRR jadi takyah lah dok MAKAN lagi..
.
.
.
.
.
boleh tambah lagi..

kucingorengemok said...

kita tanya org keje kat kkm pasal h1n1, dia kata, kita org kat sini langsung tak tau apa² (serupa masyarakat marhein mcm kita gak la)... sedangkan nurseri kat bawah kkm tu pun hari tu tutup sbb kena hand-foot-mouth disease. apo nak dikato?

tasikmerah said...

ada juga doc yg sarankan minum yogurt atau pun vitagen. alah yg ada bakteria baik tu la kak. yakult pun bulih. kita ikhtiar sahajalah. selebihnya kita berserah. MC pun br baik demam...


.

ashley said...

kog,
berbondong bomdong dah tumbang nih..aku tengok klinik swasta penuh memanjang...
klinik kerajaan lagi laaa..
anak doktor pun kena H1N1..

ashley said...

TM,
anak kat rumah ni aku dok risau..
si Aisyah ngan si maryam di Melaka dan Pahang tu lagi la...
ya..kita ikhtiar mana yang boleh.