Thursday, August 06, 2009

Rasa cam nak resign jer!!

Salam,

Hari ni hari sangat kucar kcair..
Rasa cam nak mati ngajar budak budak ni.

Aku pulak nak nanges...
HUA HUwaaaaaaaaaa....
Tahun ni memang tahun paling MENCABAR keimanan aku.

Ya Allah..
engkau jangan lah bagi aku dapat DARAH TINGGI lak.

Perangai sekor sekor apasal entah!
Inilah kelas paling aku rasa TERSIKSA sekali..

Tahun depan kalau ada lagi 'budak budak 3 orang' ni kat 6 tahun, mahu tergolek pulak Kak Tie!

----------------------------------------------------

Tiap tiap tahun mesti ada dua tiga orang yang perangai cam ni :-

1) Belajar malas.
2) Sampai hujung tahun masih tak kenal huruf.
3) Asyik main dan gaduh dalam kelas!!
-------------------------------------------------------

Tahun 2007 ada 3 sekawan.

1) Hafiz

Mula mula masuk..cakap nya PELAT..

'caya cacap peyat, ciguuuu' katanya on the first day.

Kerja selalu tak nak buat. Tapi dah pandai tulis nama sendiri. Kagum gak tu..
Bab bab kaler mengaler ikut moood dia.
Ada masa cantik. Ada masa conteng hitam jerr..
Mulutnya bising gak.
Bila kengkawan ejek cakap peyat..dia HANGEN.
Walaupun kecil, AMUKANnya boleh tahan.
Ada sekali dikoyaknya buku budak pompuan.
Meghaung budak pompuan tu dikerjakannya.

Ada sekali lagi dia mengamuk, habis kerusi dibalingnya.

Sampai aku terpaksa telefon mak dia..
RUPA RUPANYA kat rumah pun ada masa dia TURUN MINYAK!!

Kalau ikut hati, mahu aku benamkan budak ni dalam longkang!!
ha ha ha ha..

Tapi disebabkan mukanya manis cute waktu dia baek dan antara budak yang brilliant maka aku sabor juga ngan HANGEN dia tu.

By the end of the year, budak yang kaki ngamuk ni dah boleh baca ngan lancar, tulisan dah makin cantik dan cakap pun dah tak pelat lagi. Final exam, dia dapat nombor satu. Aku rasa lega.
Syukur alhamdulillah...
Bila masuk 6 tahun, dia TURUN MINYAK juga sekali sekala tapi at least dah pandai..cuma cikgu kena pandai TACKLE otak dia yang brilliant tu sebab budak macam ni dia akan buat perangai bila dia rasa JEMU!

Aku wonder apa jadi kat dia dalam darjah satu tahun ini...

2) Zakwan..ha ha ha

Budak nya happy go lucky. Suka bercerita.
Bab menyanyi dan menari SHUFFLE..serah kat dia.
Mahu saja nak ke depan nunjukkan BAKAT dia tu.

Waktu dalam kelas aku, kerja sentiasa siap tapi...
ada TAPI tu...

segala perkataan atau huruf yang dia tulis tu, dia masih tak dapat GRAB..
Sampai hujung tahun, walaupun dah boleh menulis, dia masih tak boleh membaca.
Nombor nombor juga dia masih keliru..tapi lebih baik daripada huruf.

Tapi kalau diajar lagu, ayat ayat quran boleh diingatnya pulak!
Hujung tahun dia kenal huruf dalam namanya dan huruf O sahaja.

Korang bayangkan aku mengajarnya macam mana...
RASA NAK NANGES pun ada..
Cuma disebabkan dia suka menyanyi dan keletahnya itu menghiburkan maka aku rasa TERUBAT juga.

3) Rasyid..
awal awal masuk sekolah asyik menangis dan nak telefon ayah.

"Ayah...ayah...ayah.." esaknya pada minggu pertama dan kedua persekolahan.
Hari hari panggil ayah... Jenuh memujuknya ( sebab kalau sorang dah start nanges..maka akan menanges lah tiga atau empat orang lagi...terutamanya budak pompuan yang manja manja!)

Hari hari juga ayahnya bekalkan cekelat, chewing gum, cekedis dan segala mak nenek JUNK FOOD untuk digula gulakan bagi dia stay at school.
Kalau ayah OUTSTATION, alamat tak datang sekolah sebab tak nak mak HANTAR dia.
Ayah pula selalu OUTSTATION maka agak selalu lah juga dia memonteng sekolah.

Masalah besarnya ialah PENULISAN. Pensel yang kecil tu pun dia buat macam tak larat nak pegang..Tangan macam tak biasa pegang benda. Buat lembik jari..
Tulisan...ALLAAAHH..memang tak boleh nak elok. Sehingga hujung tahun pun, tangan masih manja untuk menulis ABC.

RASA NAK KATOK JARI!!

Bukan apa MANJA.... bercampur MALAS.
sebabnya kalau bertumbuk, kuat pulak tangannya!

Yang mengubati hati aku ialah dia kenal huruf dengan baik. Boleh juga baca sikit sikit walapun liat liat nak membaca. Bacaan Iqra' juga agak TERANG hatinya takkala membaca..

he he he..kadang tinjau tinjau juga kat skj4 tu..
Bagaimana lah gamaknya dia sekarang?
-------------------------------------------------------------
Yang jadi rasa nak PENGSANnya ialah budak budak ni KAMCING 3 orang.

Bila dah KAMCING, pelbagai karenah demer lakukan.
kalau masa baik tu, semua nak dikongsi.
Rasyid pembekal makanan ringan.
Zakwan dan Hafiz menumpang sekaki.
.
.
.
.
Tapi waktu gaduh..
BEDEBAK BEDEBUK mereka bertumbuk.
Mujurlah mak ayah masing masing tak pernah campur tangan.
Anak pula dah MEMANG LASAK gamaknya..
maka mereka PUN SABOR je laaaa.
.
.
.
.
PUN BEGITU, BILA DEMER BERTIGA NI DAH TAK ADA..
AKU CAM WINDUUUU LAK!

HMMMMMM....
sekian..lepasan perasaan aku untuk KELETIHAN hari ini!

4 comments:

kakpah said...

kik..kik..kik.. aku ketawakan hang. sabau le cikgu oi. mana nak dapat budah baik, pandai semua. takdelah thrill..
Aku pun tension dengan si adam ni.

ashley said...

ha ha ha ha...
ye aku sabor ni..
kalau tidak, ada yang BOLOS dari tingkap bergrill tu.

Nik Ha said...

Fuh!mencabar sungguh tugas teacher hidayah ni.suka baca cite bdk2 ni..he..he..

ashley said...

Nik Ha..
he he he..
kadang kadang rasa cam nak jadi HALIMUNAN..