Tuesday, August 25, 2009

Kisah..

Salam,

Ye..kita memang mewah dengan makanan kan?
Setiap hari ada berbagai menu yang menerjah di kepala.
Dan berbagai menu juga yang dapat kita masak.
Alhamdulillah..Syukur..dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
.
.
.
walaupun kat US dulu dulu pernah bersahur ngan roti dan ikan bilis goreng sebab tak de menda lain yang ada untuk dimakan..;-)
.
.
.
walaupun ada di antara kita yang biasa makan nasi berkuahkan kuah maggi!!
LAGI kesian..
.
.
.
.
atau
ada yang makan cucur bawang!
Ingredientnya hanya TEPUNG,AIR,GARAM ,BAWANG!
.
.
.
itu lumrah sebenarnya...kerana sebelum datang senang pasti akan merasa susah dahulu.
Kalau sedang senang, ingat ingat pula semasa susah dahulu..
smile...
.
.
.
Ingatlah jua kisah tentang sahurnya Rasulullah SAW bersama isterinya Sy. Aisyah.

Pada suatu hari di rumah Rasulullah, beliau ingin bersahur tetapi hanya ada sebiji kurma dan air sejuk sahaja. Mula mula Rasulullah membelah nya kepada dua kerana akan berkongsi dengan Sy Aisyah. Tiba tiba, Sy Aisyah meminta lagi kerana beliau masih lapar. Maka Rasullah memberi 1/4 lagi. Kemudia Sy aisyah meminta lagi maka Rasulullah memberinya semua.
Dan Rasulullah hanya mengkudip biji kurma dan meneguk air sejuk untuk sahur pada hari itu.
Sewaktu berbuka pula baginda berbuka dengan air sejuk.
Keadaan ini berterusan sehingga hari ketiga...
maka selepas bersolat, baginda mengadu lapar....
TERUS terkejut para malaikat dan serta merta Jibrail datang menemui baginda...
.
.
cerita seterusnya dah tak ingat...tapi cerita ini pernah disampaikan oleh Us Harun Din dalam kuliyyah untuk kaum Hawa di Surau Annur pada suatu Ramadhan...

Moral of the story :
Betapa susah payahnya Rasulullah untuk kesenangan umatnya di kemudian hari. Maka bersyukurlah....
Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah...

sekian

7 comments:

kucingorengemok said...

rindu kelas ustad harun, sejak duduk dekat, drive jauh gi keje (drive sendiri), tak pernah larat... dulu duduk jauh sanggup lepas ofis terus pegi (org lain drive)... apa nak jadi? :|

ashley said...

...KOG..
rajin rajin lah berkunjung ke surau annur yang dah besar dan lawa itu!

Ielaz said...

salam kak...terima kasih jenguk blog saya..semoga dapat menjalinkan ukhuwah yer

Nizam.Ariff said...

Ala.... apa citer seterusnya?

Tak pernah dengar cerita yang itu...

DrSam said...

Kisah yang boleh dijadikan tauladan untuk kita sentiasa bersederhana terutama dibulan yang mulia ini.

p/s: masa bujang-bujang sahur makan nasi, telur goreng kuah kicap masin. lebih mewah kalau dapat sardin :)

yuyee cap limau said...

tu la kak..patutnye
kite lebih bersyukur lagi dengan apa yang ada skrg..alhmadulillah
walau tak semewah mana tapi diriku tetap kenyang jugak..

salam perkenalan nnti kita add link kak..

ashley said...

Lelaz,
salam ukhuwah juga..semoga suami dan keluarga sembuh cepat. risau juga dengar tu.

Nizam,
dulu aku ada catit dalam buku..tapi main ngan anak anak ni..buka catatan kemana mana lah perginya.jadi aku ingat yang takat itu saja..sebenarnya boleh rujuk hadis dan sirah!!
kalau rajin!

Dr sam,
Masa bujang pantang orang pelawa datang rumah...saya sampai jer!!
he he he..

Yuyee,
nanti boleh kenal. boleh le akak hulur sikit makanan yang dimasak niii..
he he he..kalau sudi!