Tuesday, March 31, 2009

Hari kelahiran dalam bulan March

Salam,


Hari ni kami di Perdana, buat sambutan birthday bulan March semasa waktu rehat.

Anak anak yag lahir dalam bulan March ini ada lima.


1. Daniel yang tepi sekali sebelah kiri.
2. Shamim yang kecil comel tu sebelah Daniel.
3. Fauzan ,anak yang hensem tengah tengah ni.
4. Nazihah, anak 5 tahun, the only girl dalam gambar ni.
5. Naufal, abang Nazihah yang sebelah kanan sekali.


Gambar bawah ni ialah Shamim bersama kek yang diberi oleh ibunya.
Cute kek tu..dan sedap rasanya.

Yang kat bawah ni pula ialah Nazihah dan Naufal.
Kek mereka besar dan enak..



Hah!! Ini cenderahati dari Daniel untuk cikgi cikgi tadikanya..
hohoho..kat kawan kawannya pun diberi tapi kecik jer la...




Yang kat bawah ni pula cenderahati dari Fauzan untuk rakan rakan perempuan.
Yang lelaki dapat BEN TEN..uhhhh bestnya!!


Cikgu bagi apa kat anak anak ni pulak..
he he he..
Cikgu jamu NASI GORENG jer le ye..
Okay??






Monday, March 30, 2009

Bersiap sedia untuk sukan AULAD

Salam,

Hampir setiap hari aku melatih anak anak muridku untuk menyediakan diri dalam acara sukan.
Hampir setiap hari pula di Bandar Baru Bangi ini hujan..
Hujan..
hmmm..
menyebabkan kawasan sekitar tadika kami di Bangi Perdana ini agak becak dan licin.
(kalau la TOWKEY Tadika boleh boh PASIAG sikit kat kawasan becak tu..hmmm..alangkah leganya kami..)

Nak tau tak apa acara yang kami latih budak budak ni buat?
Nampak macam mudah dan simple..
Kalau hangpa rasa mudah, mai latih tegok!!
he he he..baru hangpa tau..

1) Acara cucuk manik GERGASI ( sebenarnya tak la gergasi tara mana..tapi MANIK BESAG la)
komen aku : anak anak murid yang dipilih untuk acara ni okay jer..tapi kalau depa over excited sebab nak cepat dan nak menang lumba boh manik tu, sampai terketag ketag..hari sukan nanti aku harap depa tak yah la dok ketag sangat..he he he..

2)Acara masuk bola dan kutip bola dalam gelung.
Acara ni pun menarik sebab peserta no 1 kena bawa bakul.
Lepas tu dia kutip dua biji bola dan boh dalam bakul yang dia bawak.
Kutip dua biji bola lagi, boh lagi dalam bakul. Kemudian round kat kun.
Sep tangan kawan no 2 dan bagi bakul berisi bola kat kawan no 2 tadi.

Kawan had no 2 pula masukkan semula 2 biji bola kt gelung 1, dan 2 biji bola dalam gelung 2.
Pusing kun. Sep kawan no 3 dan pas bakul kosong.

gilir gilir....sampai kawan no 7.
Yang had no 7 ni, dia kutip 2 biji bola. Dan kutip dua biji bola..pastu lari terus sampai garis penamat. Bawak ngan bakul sekali yang ada 4 biji bola di dalamnya.

AKU DOK PERASAN macam ada yang pening ngan INSTUCTION aku ni...he he he..

Nak latih acara ni okay juga sebab aku pilih anak anak yang faham instuction dan mahu bekerja sama serta ada semangat nak berlumba untuk menang!

3)Memakai pakaian.
Acara ni aku rasa ada yang biasa buat waktu sekolah rendah dulu. Waktu aku sekolah rendah dulu pun aku biasa masuk acara ni. Dapat no 2..
Acara ni kena pilih satu MODEL..he he he. Bukan ambik MODEL luar ye..Ambil model dari kalangan anak anak tu jer..
Peserta 1 -pakaikan seluar kepada model itu.
peserta 2 - pakaikan baju pada model itu.
Peserta 3 - Pakaikan stokin.
Peserta 4 - Pakaikan kasut.
Peserta 5 - Pakaikan topi dan terus bawak lari model ni ke garisan penamat.
Yang lain lain okay..tapi tang pakai baju dan stokin tu agak mencabar sebab biasalah kan..Anak kecil kena ada SKILL untuk membutang baju terutama baju uniform lelaki.
Stokin pulak..he he he..DEPA MAIN TARIK jer..
Tambah tambah pula bila nak cepat!!

4)Acara masukkan bola sebiji ke dalam bakul.
Ada 6 peserta. Berbaris. setiap satu diberi sebiji bola.
masukkan bola itu secara bergilir gilir ke dalam bakul dan kemudian lari, pusing kun dan patah balik sep kawan seterusnya.
NAMPAK MUDAH KAN?
Tapi anak yang masuk acara ni terpaksa diambil dari kalangan 5 tahun..
Aduiii anak anak yang masih SUCI DAN TAK MENGERTI apa apa ni..
Aku suruh lari, dia tengok jer muka aku.
Aku suruh masukkan bola dalam bakul, dia tercegat!
Dah masukkan bola dalam bakul pula, dia tak lari pusing kun..
Dah pusing kun dia tak sep tangan kawan...

AAAAAA ha ha ha ha............KORANG TENGOK la nanti!!
kui kui kui..
Ikut suka hati jer dia nak lari mana mana..
Aku rasa, nanti ada yang lari terus kat mak bapak dia waktu hari sukan.
Atau pun, dia boh bola tu dalam bakul LAWAN dia nanti.
Atau pun ada yang MELALAK keriau tak nak masuk acara..
kui kui kui..
seperti mana tahun tahun LEPAS!!

okay itu acara yang menarik yang pasti menambat HATI dan MELETIHkan aku!!

acara seterusnya..lumba LARI berganti serta LARI PECUT dan TARIK TALI!!
Kita tengok siapa JUARA PECUT AULAD 2009
dan siapa pula JUARA TARIK TALI AULAD 2009!..
Tunggu di sana di sana di sana..

12hb April 2009
Stadium BBBangi, seksyen 15.
Mula 7:30 pagi

smile..

Sunday, March 29, 2009

Kematian di khariyahku..

Salam,

Pukui 1 tengahari tadi aku pi Selayang. Ada cikgu cikgu pi kursus Tadika. Aku kena pi ambik depa. Sampai Selayang dalam pukui 2 lagu tu la..
Pastu elok balik Bangi around pukui 3.30 petang. Aku drive sendiri ja..

Suami aku kan balik Ipoh dan Tepeng.
Letih juga la..tapi Alhamdulillah tak jammed.
Waktu hantag depa hari Jumaat hari tu pi around 3.30 tak jammed tapi waktu aku nak balik Bangi , sangkut teruk. Dah la hujan lebat.

Hari ni aku sampai rumah around 3.30 petang. Letih..lelap sekejap.
Tengah aku dok sedap lena, anak aku kejut.
Dia kata kak jiran sebelah panggil. Aku tanya awatnya..
Sekali anak aku cakap kak jiran depan rumah meninggal.

TERKEJUT aku..terus bingkas bangun!

Aku tanya kak sebelah untuk dapat kepastian..
Sekali kak jiran sebelah rumah habag MAK kak jiran depan rumah aku yang meninggal.
Ada kat hospital SERDANG lagi.
Meninggal around pukul 2.00 petang.

Inna lillahi wainna ilahi rajiun..

Anak aku niiiii..MAKLUMAT PENTING tersasar!

Mak kak jiran depan rumah memang dok ngan anak dia tapi dah uzur benar.
Selalu jer sakit sakit. Lepas pukul 5 tadi, baru jenazah tiba dari Hospital Serdang.
Pukul 6.15 petang, depa bawak mai surau. Mandi dan kapan di surau.
Aku bukan tenaga kerja memandikan jenazah.
(tak dapat praktik ilmu lagi walaupun dah 3 kali kursus..masih tak boleh lagi kut rasanya..)

Jadi selesai tengok orang jahit jahit kain kapan dan tolong isi daun pandan buat bantal, aku pun beredar balik.
Nak tunggu solat pun, lepas Isya' sat lagi..menantu dia kata lepas Isya' baru nak dikebumikan.
Mengapan jenazah, biarlah sanak saudara sahaja yang terlibat.

Suami aku pun dah on the way home. Dah diberitahu juga..
Hmmm..itu saja.

Al Fatihah.

Sembang Sungai Petani..

Salam,

Seorang kawan aku ada mengajark kat Sek Teknik, Sg Petani.
Weh..sibuk kemain sekolah tu lah hari ni. Bukan hari ni ja sibuk. Depa dah start sibuk sebelum hari ni lagi. Jenuh dok pekesah la..
Mesti bekas cikgu KIMIA aku pun sibuk sebab dia dah jadi TOK NAIB Pengetua sekolah tu.
he he he..
Penamaan calon calon untuk Bukit Selambau dikatakan dibuat kat sekolah tu.

Ish..kalau aku balik rumah Pak mertua aku la, apa gamaknya dia nak sembang!
hmmm....

Bukan jauh sangat Bukit SELAMBAU tu dengan rumah Pak MERTUA aku dan MAK Mertua 2 aku tu. Pekan Sungai Lalang tu mesti banyak dapat tempiasnya. Bukit Selambau yang sunyi dan sepi tu pastinya MERIAH secara tiba tiba.
Aku pun ada relatif yang tinggal di Bukit SELAMBAU! Pak saudara aku ngan mak sedara sepupu aku dan sepupu sepupu aku..
(Adik lelaki mak aku kahwin ngan adik pupu pak aku..)

Aku wonder depa lagu mana kat sana.

ISH.....mesti meriah..
Lekas lekas boh nasi.
Tambah lauk tambah lauk..
Jangan malu malu!!

Saturday, March 28, 2009

Time memancing

Salam,

Ini cerita dari satu sumber. Diceritakan semula pada aku.
Perihal seorang insan ini. Isu nak balik mengundi kat tempat dia membuang undi.

Pada musim pilihanraya yang lalu, si insan ini nak balik ke Kuala Terengganu untuk membuang undi. Dia balik satu keluarga.
Oleh kerana, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu itu memang jauh maka dia mulalah 'memancing' duit minyak untuk balik ke kampung.
Di tanya sana, diminta sini... maka hasilnya terkumpullah RM5000 untuk duit minyak balik ke Kuala Terengganu...
Fuyyooo..Banyak tu!!

Aku kata kat sumber yang beritahu tu, 'BIAG BETUI!!!'

Kata sumber itu,'Betul la tu..Duit ditabur macam gandum ditabur kat ayam jer kalau musim pilihanraya..Jangan tak tahu!!'

Aku kata lagi,' Apasal aku tak dapat pun duit minyak waktu balik untuk mengundi?'

Kata sumber tu,' Dah tak mintak...cuba mintak tengok.."

Aku kata, ' Tak tergamak la pulak nak minta sampai RIBU RIBU tu?? Ish..duit HALAL ke tu?"

Kata sumber, ' Sebab tu hang tak dapat sebab hang soal HALAL atau TAK..Orang bukan kira HALAL atau TAK sekarang ni..JANJI DAPAT!!"

Aku termenung...ISH!
Aku termenung duit tu dari sumber mana?

Pastu aku tanya lagi,' Insan yang balik tu dia mengundi siapa?'

Jawab sumber, 'Dia tak kisah..ikut suka hati dia nak undi sesiapa..'

Aku kata,'Oh! ye ker...'

Sumber itu cerita lagi. Pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru ni, si insan tak balik.

Aku tanya, kenapa pula.

Jawab sumber,' Tiada siapa bagi dia duit minyak.'

Kemudian?

'Tiada duit minyak maka tiada undi..'

Oh gitu pulak?

hmmmmmmm.....sekian.

Bon voyage..

Salam,
Lepas ni Pak lah nak buat apa nuu?Jalan jalan?
Ngan Jeane?
Hmmmmmmmmmm..
Samar samar..




Thursday, March 26, 2009

Terkenangkan Mak Didik..

Salam,

Bila tinjau kebun kakPah dalam blognya..lepas tu pulak tinjau blog Nizam yang melayor layorkan lauk pauk kampungnya..aku terkenang arwah nenek sebelah ibuku yang kupanggil 'Mak Didik'.

Mak Didik ada sepuluh orang anak. Ibuku anak kedua. Ketika aku berumur lebih kurang lima tahun, mak didik berumur lebih kurang 45 tahun. Sewaktu itulah datukku, meninggal.

Waktu tu, mak didik ada 8 orang anak yang masih belum bekerja ataupun berkahwin. Yang telah berkahwin hanyalah ibuku dan bapa saudaraku yang paling sulong. Ibuku pada mulanya adalah suri rumahtangga tetapi kemudiannya giat berniaga TUPPERWARE. Bapa saudaraku dulu bekerja sebagai attendant hospital dan kemudiannya sebagai pemandu ambulan.

Mak didik tiada pendapatan tetap. Harta yang mak didik ada, hanyalah kebun getah berhampiran rumah dan tanah kebun yang tak seberapa besar luasnya.
Rumah mak didik pula di kampung Pasir Kubu, Teluk Sena berdekatan dengan Sungai Perak.

Selalunya sewaktu aku balik ke kampung, keluargaku mesti membawa bekalan makanan mentah atau yang telah dimasak untuk dimakan bersama di kampung. Di kampung sewaktu itu sukar untuk mendapat bekalan ikan laut dan sayur mayur seperti kobis, sawi, lobak dan sebagainya...begitu juga sukar mendapat bekalan runcit seperti bawang, garam , gula, kicap dan seumpamanya.

Jangan bermimpi la nak makan mee goreng atau kue tiaw goreng, ais kacang atau ais cendol yang hanya boleh dibeli di pekan PARIT..
Hah!..sewaktu dulu, nak ke Pekan PARIT bukannya mudah..Kami terpaksa berjalan kaki dari rumah ke pekan teluk Sena lebih kurang dua batu jauhnya dan kemudian perlu pula menaiki bas yang entah 3 atau 4 jam sekali baru tiba dari pekan Parit.
Jalannya pula masih jalan batu kelikir dan tidak berturap TAR lagi. Cukup menyiksakan...
Untuk lebih mudah, kadang kadang lebih senang menaiki perahu tambang untuk ke seberang ke pekan Bota melintasi air sungai Perak yang cukup dalam.....tetapi bagi aku, waktu tu cukup best! ( manalah aku tahu risiko air laju dan risiko perahu tenggelam dan risiko meredah air sungai Perak yang BERBUAYA sewaktu itu)

Kalau di rumah Mak Didik, makanan untuk sarapan pagi ialah pisang rebus...Pisang kampung yang boleh didapati di keliling rumah. Kemudian makanan tengaharinya pula, sebagai sayuran, kami ( aku, maksu dan pakcik aku yang hanya sebaya dengan kakakku) selalu disuruh memetik pucuk PAKU yang MELAMBAK di sekeliling rumah. Pucuk paku ini dipadankan dengan kulat pokok getah..( orang panggel KULAT apa tah..yang kecil kecil tuuu..rasa macam daging jer). Selalunya dimasak LEMAK!! Kelapa dan santan mestilah yang dikukur dan diperah sendiri!..Aduh keenakannya sungguh menyelerakan. Nasi yang ditanak di atas dapur KAYU memang lain rasanya. Ditambah pula dengan ikan sungai yang digoreng garing. Kadang kadang kalau dapat ikan besar bila ayahku menjala di sungai Perak, mak didik akan buat PEKASAM yang betul betul KICK rasanya! Menu tengahari kurang lengkap kalau tak ada petai bakar dan sambal NYIOR...ha ha ha..( entah kenapa aku rasa tersangat lapar pulak!!)

Sewaktu petang, mak didik suka merebus ubi. Kami cicah ubi rebus panas panas dengan kelapa bercampur gula dan garam. Keenakan makanan kampung sebegini hanya dihargai oleh mereka yang melalui zaman ini.

Di sebuah restoren di Bangi ada menyediakan makanan kampung seperti ubi kayu cicah kelapa dan pulut ikan kering..tetapi..hmmm..anak anakku TAK RETI NAK MAKAN!

Mungkin pulut di restoren itu tidak dimasak bersama KASIH SAYANG atau ubi direbus tidak bersama kasih mesra..
ye lah..kasih dan sayang juga mesra dari seorang NENEK...

sekian..

Wednesday, March 25, 2009

Kisah seorang teman..

Salam,

Sebelum aku teruskan penceritaan aku ni, aku nak minta maaf pada teman aku yang mungkin membaca entry ini. Aku nak menceritakan kisahnya dari sudut pandangan mataku yang mungkin ramai di antara kawan kawanku tidak pernah mengetahuinya. Mungkin teman aku ni akan meluku luku kepala aku sebab MEMANDAI MANDAI tapi inginku sampaikan di sini bahawasanya mungkin apa yang dilaluinya dapat memberi MOTIVASI kepada anak muda di luar sana..
MUNGKIN..siapa yang tahu..InsyaAllah..
jadi temanku, izinkan aku teruskan menceritakan kisahmu dari sudut pandanganku!!

____________________________

Teman aku ni, dah dikenal lama. Sebelum ke sekolah menengah lagi. Aku kenal dia secara kebetulan.
Bila tiba di sekolah menengah, pada mulanya aku dan dia tidaklah sekelas tetapi hubungan kami agak baik maklumlah ukhuwah yang terjalin di asrama.

Aku sebenarnya lebih rapat dengannya ketika di dalam tingktan empat kerana ketika inilah kami sekelas. Kami sering berbual mesra, bergurau senda dan ceria bersama.
Kawan aku ni memang jenis yang periang...
Kalau dari airmukanya jarang sekali melihat dia berduka..
Cuma kawan aku ni jarang menceritakan kisah keluarganya walaupun kami semua tahu dia adalah anak sulong dalam keluarga.

Hinggalah pada suatu hari di dalam tingkatan 5...

'A' dipanggil untuk ke pejabat dan petang itu 'A' bergegas untuk balik ke kampungnya. Oleh kerana 'A' adalah anak Perak maka aku sebagai anak Perak tetap tertanya tanya kenapa 'A' terpaksa pulang dengan begitu cepat.
Sehinggalah selang sehari kemudian 'A' balik semula ke sekolah seperti biasa..
Kami tanya 'A' apa yang berlaku..Mulanya 'A' hanya kelihatan seperti biasa saja..mengatakan bahawa tiada apa yang berlaku melainkan ayahnya sakit kuat. Dan kami semua percaya sebab 'A' memang kelihatan biasa dan selamba.

Hinggalah bila tiba waktu prep petang, kami terus menerus bertanyakan perihal sebenar maka akhirnya 'A' menceritakan bahwasanya ayahandanya telah kembali ke Rahmatullah.

Hati aku berdetik kerana mengetahui ayahandanya adalah seorang pemandu teksi yang tidak berharta tambahan pula ibunya hanyalah seorang suri rumah tangga. Kami, kawan kawannya mendesak supaya dia bercerita tentang keadaan adik adiknya. Aku tahu bahawasanya dia mempunyai 4 orang adik dan yang terakhir berumur tidak sampai setahun sewaktu itu.

Dia mengatakan ibunya menyuruh dia meneruskan pelajaran dan akan cuba mencari nafkah bersama adik lelakinya. Adik lelakinya yang paling besar sewaktu itu baru sahaja hendak mula naik tingkatan satu dan mendapat tawaran ke sekolah Izuddin tetapi terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan pelajaran.

Berkorban diri demi kekanda yang ingin terus belajar di dalam tingkatan lima, adik lelaki dan ibunya berjinak jinak dalam perniagaan kecil kecilan menjual hasil laut yang dikeringkan di pasar.
Pendapatan lain pula ialah hasil dari sewaan teksi ayahandanya yang ditinggalkan.

Sewaktu teman aku menceritakan kisahnya ini, aku seakan tidak percaya pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh adiknya yang ketika itu baru berusia 13 tahun.

'A' berjaya meneruskan pelajaran bersama sama aku di Shah Alam sebaik sahaja tamat tingkatan lima.
Antara perkara yang ditakuti oleh 'A' ialah ketika mana aku mengatakan untuk menziarahi rumahnya di Perak itu.
'A' bermati matian tidak membenarkan aku datang tetapi tanpa keizinan 'A' aku akhirnya sampai juga ke rumah kecil 'A'....yang hanya mungkin layak dipanggil pondok.
Hatiku terasa seperti mahu menangis ketika itu tetapi seperti biasa 'A' menjadi dirinya yang bersahaja..

Masih ku ingat lagi katanya," Sapa sughuh hang mai...takut gheban (runtuh) ghumah aku ni. Ghumah aku kecik..Awat hang mai juga?"

Sebenarnya mungkin teman aku tu tidak mahu kawan kawannya mengetahui penderitaan yang ditanggung oleh keluarganya. Mereka tabah..cekal..dan yang paling penting, mereka tidak mahu kesusahan mereka diheboh hebohkan.

Ketika di Shah Alam selalu aku lihat teman aku mengikat perutnya, hanya makan sekali atau dua kali sahaja (alasannya ..aku DIET laaa) dalam sehari kerana aku tahu separuh dari wang biasiswayang diperolehinya dikirimkan pada ibu di kampung. Jika diajak makan makanan kami di dalam bilik, 'A' seperti dirinya tetap tidak mahu menyusahkan kawan kawan melainkan KAMI PAKSANYA UNTUK MAKAN BERSAMA!

Segala kesusahan perjalanan hidup 'A' akhirnya menemui sinar di penghujung..
Aku rasa seluruh ahli keluarganya telah keluarga dari jerut kemiskinan dan 'A' kini mempunyai ijazah double major yang diperolehinya dari sebuah universiti di USA dan meneruskan hidup bersama keluarga tercinta...

'A', kudoakan hidupmu terus menerus diberkati Allah...

Sekian

Dulu aku pernah...

Salam,

Ini kisahku sewaktu sekira kira berumur 5 tahun. Waktu ni, aku dah ada seorang adik...Entah kenapa sewaktu adik aku ni masih bayi, dia sering sahaja sakit sakit. Pada masa dia dimasukkan ke hospital, mak aku pun sibuk menjaganya. Maka sedara mara aku pun datang menjenguk kami (aku, kakak, abah, adik mak yang berdua..- aku pangge Kak yan dan Kak yah jer mak sedara aku ni ).

Masa tu kami tinggal di Batu Gajah, Perak.

Sekali, datanglah abang abah yang sulong, Pak Long Man ( nama sebenar Abdul Rahman).
(Arwah) Pak Long Man ni tinggal di Semanggol. Lebih tepat lagi di kampung Tua. Dia ada anak dua orang sahaja. Kak Mimah dan Abang Acun. Kak Mimah, waktu tu dah ke Sek Taayah di Ipoh dan Abang Acun pula masih di sekolah rendah.

Sewaktu datang ke Batu Gajah itu, Pak Long telah memujuk ayahandaku untuk membawa aku balik ke Semanggol kerana dia ingin menjagaku sementelah mak aku pula sibuk di hospital menjaga adik kecilku yang sering sakit.

Aku terlompat lompat gembira kerana seronok nak balik ke Semanggol.

Maka dengan kebenaran ayahanda, aku pun mengikut Pak Long Man ke rumahnya di Kampung Tua, Gunung Semanggol..atau sewaktu itu lebih dikenali dengan nama Tebuk ( sebab agak jauh dari jalan besar)

Sebenarnya walaupun di rumah Pak Long, tiada letrik dan bekalan air paip yang bersih, namun aku tetap gembira dan merasa sungguh seronok.

Sewaktu di rumah pak Long, pagi pagi lagi aku telah digerakkan oleh Mak Long untuk mandi air telaga.
Cerummm cerummm..brrrr..
Aku dibangunkan untuk melihat mereka bersolat subuh. Kadang kadang aku pun turut mencelah ikut Pak Long, Mak long dan abang Acun solat berjemaah. Kadang kadang aku melihat sahaja.

Mak Long memang suka mengajar pasal agama. Seingat aku, mak long lah yang menyuruh mandi dengan mulakan bahagian sebelah kanan badan. Perlahan lahan, Mak Long sabar mengajar aku.
Dulu aku suka bertanya..'Kenapa?'
Dia akan kata,"Dapat pahala.."

Bila nak pakai baju, Mak Long akan kata,'Pakai tangan kanan dulu'
Lepas tu aku akan kata,'Kenapa?'
Mak Long jawab,'Nak pahala tak?'

Aku selalu terfikir dulu..pahala tu apa?
Kalau aku tanya Mak Long, dia kata,' Kalau banyak pahala, nanti boleh masuk syurga'
Aku tanya pula,' Syurga tu apa..'
Mak Long jawab,' Syurga tu tempat yang cantik..Orang yang baik boleh masuk. Orang jahat tak dak. Semua yang baik ja'

Dan bila dengar macam tu, aku pun selalu berangan angan nak masuk syurga..
smile....
(walaupun aku sebenarnya termasuk kategori kanak kanak yang tak reti dok diam..he he he )

-------------------------------------------------
Tinggal di rumah Pak Long dan Mak Long, ada thrillnya yang tersendiri.

Toilet rumah Pak Long waktu tu agak berjarak dari rumah. Kira kira 30 - 40 kaki jaraknya...
Biasa lah rumah kampung. Jamban pula jenis ANGKAT/ANGKUT sendiri. ( jamban angkut ialah jamban yang mempunyai tadahan tersendiri..hanya orang yang melalui perjalanan hidup sebegini sahaja dapat merasakannya)
Nak membuang isi perut kena tahan hidung..he he he..faham faham le kan.
Kemudian bila tadahan itu telah penuh, Pak Long akan menanam segala ISI TADAHAN SISA PEPEJAL itu ke dalam satu lubang yang agak dalam yang telah dikorek sendiri kemudian lubang itu dikambus dengan baik.

Selalunya Mak Long akan menanam segala sayur sayuran dan pokok pokok di atas kawasan ini...NO WONDER tanaman Mak Long cukup cantik dan menjadi..Baja semulajadi yang dikitar semula..
keh keh keh!

Tapi aku hanya menggunakan jamban ini sewaktu siang hari sahaja. Kalau sakit perut bila waktu dah GELAP, bagaimana pula?...ha ha ha...
Titi laluan depan rumah yang di bawahnya ada parit taliair yang mengalir, boleh ajerrrr...
( aku budak 5 tahun kan... siapa nak peduli!)

smile..
itulah antara kisahku sewaktu dulu..

sekian.

Luahan hati seorang hamba..

Salam,



Ada tak sesiapa yang dah baca buku buku kat bawah ni? Buku yang laris di pasaran. Di tulis oleh seorang prof yang mengajar di UITM, Prof Muhd Kamil Ibrahim.

Sebenarnya dua buku yang aku lampirkan di entry aku kali ini telah aku habiskan sewaktu aku menginap dua malam di rumah kawan ku di Penang tempohari. Dua buku untuk dua hari dua malam..



Bagi aku, buku ini adalah cetusan dan luahan hati seorang yang telah diberikan Hidayat oleh Allah SWT. Menarik isi kandungannya, seolah olah si penulis membawa kita bersama sama mengenali diri sendiri dan Penciptanya. Penulis ingin kita menginsafkan diri bahawasanya dunia ini terlalu sementara biar sekaya atau setinggi mana darjat dan taraf kita pada pandangan manusia.



Sebenarnya, Prof ni dah biasa datang ke surau berhampiran dengan rumah aku. Sebagaimana apa yang ditulisnya, Prof ini memulakan kisah dirinya yang tidak tahu langsung membaca Al-Quran walaupun pada hakikatnya beliau adalah seorang yang tinggi ilmu dalam bidang lain.

Kesedarannya terhadap kerugian tidak tahu membaca Al-Quran menyebabkan beliau bersungguh sungguh belajar sehingga akhirnya beliau dapat membaca dan mengkhatamkannya di tanah suci Mekah sewaktu beliau menunaikan haji buat pertama kalinya!



Kalau dari apa yang aku baca ni, aku dapati Prof ini lebih kurang sebaya aku. Around forty plus!



Bayangkan berkat kesungguhan dan kecekalannya, beliau melemparkan rasa malu (walaupun sudah ada title PROF) untuk mempelajari Al-Quran . Beliau terpaksa membaca merangkak rangkak dan bermula dengan membaca dan mengenal huruf dengan buku IQRA' (seperti seorang kanak kanak 4/5 yang mula belajar Iqra' ).



Sebenarnya aku kagum pada orang yang mempunyai kesedaran begini. Mempunyai daya kesungguhan dalam menuntut ilmu walaupun mungkin terpaksa akur dengan kelemahan diri sendiri.




Aku tahu Prof ini ada blognya. Dan mungkin yang dah ramai mengunjungi laman blognya. Cuma apa yang ingin kusentuh di sini ialah di luar sana TERLALU ramai yang masih tidak mahu belajar Al-Quran biarpun mempercayai KITAB Al-Quran adalah salah satu RUKUN IMAN. Bayangkan..di mana letaknya diri kita?

Ramai yang MALU untuk mengaku tidak tahu membaca Al-Quran. Dan ramai juga yang malu untuk mengaku hakikat TIDAK TAHU membaca. Ramai juga yang sampai umur lanjut masih tiada usaha untuk mempelajarinya....dengan alasan MALULAH nak mula baca dengan IQRA'!

Malu biar bertempat..belajar Al-Quran sepatutnya tak perlu MALU MALU!

sekian..

Sunday, March 22, 2009

Mereka dah bertolak..

Salam..
Dengan diiringi oleh seorang kakak sebagai peneman..
Juga UNOFFICIAL BODY GUARD yang tak de gaji..
Maka..Maryam telah bertolak ke Kuala Lipis hari ini...
ooooppppss jap jap...

Apasal BODY GUARD ni guling guling atas lantai??

Sah lah UNOFFICIAL..
kena tinggalllll....

Selamat menempuh hidup baru, Maryam..
Ummi iringi perjuanganmu di sana dengan doa

waaaaaa waaaaa nak ikuttttt....
he he he!

wassalamm






Melepaskan anjing tersepit..

Salam,

Biasa dengar peribahasa 'Melepaskan anjing tersepit'?
Tahu maknanya?

Jom belajar sekejap..
jangan asyik makan keropok tengok TV rancangan kartun jer..

Biasa tengok anjing tersepit tak?
Mungkin kekadang ada lah ternampak anjing yang tersepit kena tindih ngan kayu ke apa ke kan..
Anjing ni apa?
Anjing ialah seekor binatang kategori mamalia. Beranak dan menyusukan anak..
Ianya juga termasuk dalam kategori karnivor..pemakan daging..menyalak..dan kalau dilatih, berguna kepada manusia. Dalam Islam, anjing, air liur, najis kencing beraknya dan segala keturunannya termasuk dalam kategori NAJIS MUGHALLAZAH..najis berat! ( sila rujuk buku FEKAH ye)
Bahasa Inggeris panggil binatang ni 'DOG'..
Kalau yang betina pula dipanggil BITCH..tapi hati hati le bila guna perkataan BITCH ni sebab ianya juga adalah bahasa kesat yang digunakan untuk memanggil 'perempuan jalanan'!!

Okay merujuk kepada peribahasa Melayu yang diguna pakai ini, 'Melepaskan anjing yang tersepit' ...apa pula maksudnya?

Anjing adalah binatang karnivor. Bergigi taring..dan takkala ia tersepit dia akan melolong lolong kesakitan.
Kasihan kan??
Ye benar..kita sebagai manusia perlu ada rasa belas kasihan..
tetapi peribahasa Melayu ada keindahan tersembunyi!
Walaupun kita merasa belas kasihan kerana ingin melepaskan seekor anjing yang dalam kesakitan ini, kita perlu mengambil langkah berjaga jaga kerana binatang ini adalah karnivor! Bergigi taring dan dalam kesakitan..
Ia tidak kenal siapa yang ingin menolongnya..selalunya binatang yang bergigi taring ini bila sakit akan cuba menggigit gigit dan menokak nokak segala benda di kelilingnya termasuk tangan manusia yang ingin menolongnya!

Jadi, HATI HATI ye...nak 'MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT'..-seseorang yang tidak tahu berterima kasih setelah ditolong sewaktu susah sebaliknya memberi kesusahan kepada si penolong!!
(ini aku punya definisi...nak yang lagi canggih, rujuk sendiri ye...)

sekian..

Bila anak anda bertanya..

Salam,

Aku ni cikgu Tediker..

Bila dah jadi cikgu tediker ni, aku berhadapan dengan pelbagai soalan dari anak anak murid aku yang berumur 5 dan 6 tahun tu. Soalan soalan yang pelbagai ini datangnya dari naluri ingin tahu kanak kanak. Mereka sedang membesar. Ada banyak perkara yang mereka tak tahu dan mereka benar benar ingin tahu jawapannya. Kadang kadang ada pertanyaan yang bertalu talu dan kontrovesi sehinggakan terkial kial juga otak aku memikirkan jawapan yang bersesuaian dengan soalan mereka.

Dalam tahun 2007, aku mengandungkan Mawaddah..at the same time ada du tiga mama kepada anak anak murid aku juga mengandung. Sebaik sahaja aku bersalin , maka anak anak murid aku yang rindukan aku terus bertanya itu dan ini.

Antaranya ;-

Soalan anak anak dalam warna merah!!
Yang biru tu, jawapan dalam hati aku jer..

"Cikgu, baby dah tak ada lagi ke dalam perut cikgu? "
( Dalam perut cikgu tak da baby la sayang..baby terletak dalam RAHIM)

"Cikgu, perut cikgu kena belah ye?"
(tak..)

"Cikgu, baby keluar dari mana?..sakit tak cikgu?")
(.............ye...sakit...)

("Cikgu..macamana boleh ada baby dalam perut?"
(______________malas aku nak jawabbbbbbbbb!! korang tanya mak ayah korang le ye..nanti lain pulak yang korang cerita kat mak ayah korang kalau cikgu bagi jawapan!!)


Fening fening...bagi profesor serba tau pun, boleh fening nak jawab!

Saturday, March 21, 2009

She is almost ready..

Salam,
Ini adalah kebanyakan dari barangan keperluan yang akan dibawa oleh Maryam ke MRSM Kuala Lipis.
Esok, mereka akan bertolak ke sana.
Mereka ialah Maryam, Abah dan kakak Aisyah.
Esok dan lusa, kakak ambil cuti untuk ganti tempat Ummi bagi menemani abah dan Maryam.
Sedihnya.. sebab aku tak ikut serta!!
Hari tu sebelum cuti dah ambil 2 hari cuti... takkan nak cuti lagi bila dah buka sekolah..nanti bising pulak parents anak anak murid aku especially yang aku kena angkut datang dan hantar ke dan dari sekolah..
Perkara yang berlegar legar dalam fikiranku ialah macamana penerimaan kawan kawan baru Maryam terhadap Maryam.
Yalah kan...
Muka Maryam masih dipenuhi parut dan bertompok tompok akibat kesan daripada chicken Pox tempohari.
Risau juga aku ni..
Al maklum..
kadang kadang orang akan tengok paras rupa bila nak menerima seseorang yang teman atau kawan yang baru..
First Impression!!
Tambah tambahan pula kalau budak yang baru yang datang entah dari mana..
Tak payah orang baru, kalau dah kenal lama pun sebab rupa paras yang semakin
TUA DAN HODOH
ni pun mungkin boleh MERENGGANGkan suatu ikatan..
he he he..
tak gitu adat dunia??
Ada orang suka tengok YANG LAWA sahaja..
lawa paras rupa lah maksud aku..
Anak anak pun kadang kadang yang disukai pun, mungkin yang comel comel jer..
yang agak kurang sikit rupa paras, mungkin ada diskriminasi..
buat lebih kurang...
Entahlah..
Bagi aku, cantik dan lawa tu bersifat sementara..
Muda pun bersifat sementara..
Kita ni pun sementara..
so what??
-----------------------------------------
Maryam rapat dengan kawan kawannya di SMKJ3.
Waktu pindah ke Alor Star selama lebih kurang 9 bulan dalam 2004 dulu, Maryam dan Husna adalah yang paling sukar untuk meninggalkan kawan kawannya.
Mereka selalu merindui rakan rakan mereka.
Hari Rabu kelmarin, kawan kawan Maryam berkumpul ajak Maryam untuk jumpa jumpa.
Dah la dua minggu tak datang sekolah sebab Chicken Pox.
Elok nak buka sekolah, Maryam dah nak ke MRSM..
Kawan kawan di sini concern tengok muka dia.
yang kelakarnya, masing masing bagi petua nak hilangkan parut Chicken Pox tu..
They are so close..
Tapi seorang demi seorang hilang di sambar MRSM, Sekolah Teknik dan SBP yang lain..
so kepada kawan kawan Maryam,
makcik nak pesan..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
(walaupun aku sendiri sukar untuk menerima perpisahan...)
dan
pada setiap pertemuan ini, kita gunakan sebaiknya untuk mengenali diri masing masing..
panjatkan doa semoga setiap pertemuan dan perpisahan ini
diberkati oleh Allah SWT..
Semoga ada RAHMAHnya di situ..
wassalam

Friday, March 20, 2009

Perginya seorang guru sekolahku..

Salam,


Baru sebentar tadi aku buka yahoogroups..Dua hari tak dapat tengok yahoogroups. Sibuk ke hulu ke hilir selesaikan urusan anak. Aku hanya tengok blog aku saja. Blog orang lain pun tak berkesempatan nak tinjau tinjau lagi..

Dapat berita sedih..


Seorang guru sekolah lamaku, Cigu Ahmad Husin telah kembali ke Rahmatullah pda petang Rabu di Hospital Ampuan Rahimah, Kelang. Dia datang ke rumah anaknya di Seksyen 7, Shah Alam tapi telah tiba tiba di serang sakit..(aku suspect macam heart attack..kalau daripada gambaran yang kawan aku hantarkan dalam yahoogroup tu..wallahualam..aku bukan doktor)

Entah bagaimana, dia sakit sakit dada hingga berpeluh peluh macam mandi..dan akhirnya petang around pukul 5 telah disahkan meninggal dunia di hospital.


Oleh kerana cikgu Ahmad Husin ni orang Peghelih maka kebarangkalian besar jenazah beliau akan disemadikan di sana. ( tak da siapa update kan berita dari Peghelih..hopefully ada kawan aku yang pergi waktu pengkebumiannya di sana..)


_________________________________


Sewaktu aku sekolah kat Peghelih sana tu, Cikgu ni mengajar P.E ( physical education)..Dia memang ajar kelas aku tapi disebabkan waktu P.E, girls and boys separated maka kami yang perempuan bergurukan Miss Anne manakala boys di bawah supervision cikgu Ahmad Husin ini.


So cikgu Ahmad Husin memang dikenali oleh semua pelajar lelaki sewaktu itu.

He was a nice man and cikgu yang peramah...(kebanyakan cikgu dari Peghelih memang macam tu..stail orang kampung..concerned, humble and down to earth..in fact kawan kawan aku dari Peghelih pun mostly macam tu..Aku suka depa macam tu..Please, orang Peghelih...)


Aku berdoa agar cikgu aku ni dirahmati Allah dan moga mog rohnya bersama sama orang orang yang soleh..Amiiinnn..


wassalam

Uncle Kim Ya, My handyman.

Salam,

Selain dari Mr Naga yang menjadi tukang kebun rumah aku secara adhoc ini, satu lagi handyman yang sering aku panggil untuk kerja kerja rencam dalam memperbaiki kerosakan kecil atau besar di rumah ni ialah UNCLE KIM YA.

Uncle Kim Ya ni sebenarnya merupakan handyman jiran sebelah rumah aku ni. Dia dah jadi handyman pada keluarga ibu jiran sebelah sejak sekian lama. Bila aku tengok dia datang buat kerja kerja membaiki dan mengubahsuai kecil kecilan maka aku pun berjinak jinak memanggilnya membuat kerja kerja maintanance di rumah aku pula.

Mula mula dulu, aku panggil untuk baiki tingkap, buat semula lantai bilik air, tukar pintu pintu bilik air..( kalau dah beli rumah ni, macam ni lah selalu..ada je yang rosak.. kena maintance). So kalau ada kebocoran bumbung sana sini pun Uncle Kim Ya inilah yang akan dipanggil.

Uncle Kim Ya ni seorang yang agak berusia dan dia tak kisah dipanggil walaupun untuk kerja kerja yang kecil kecil tetapi cukup significant. Lama kelamaan, Uncle Kim yang menjadi handyman tetap kami sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tahun 2004 iaitu semasa kami di Alor Star. (..terkejut juga takkala aku pindah semula ke sini dalam tahun 2005..panggil dia untuk baiki kebocoran lantai bilik air atas..isteri dia cakap dia sulah MATI..)

Perkara yang bagus tentang Uncle Kim Ya yang paling aku respect ialah prinsip MENEPATI MASAnya. Uncle Kim Ya akan datang untuk mulakan kerjanya TEPAT pada pukul 8.00 pagi dan akan mengakhiri kerjanya TEPAT pada pukul 4:30 petang dan akan berehat pada pukul 12:00 tengahari untuk makan dan datang semula dari rehatnya TEPAT pada pukul 12:30.

Bila berjanji untuk menyiapkan kerja pada masa tertentu maka kerjanya memang selalu ditepati. Perkara beginilah yang aku paling suka..Kalau dia kata kerja akan siap dalam masa 3 hari maka akan siap dalam masa 3 hari. Dia akan pastikan kerja itu siap dan itu memudahkan aku. Kerja kerja yang dilakukannya juga kemas dan teratur.

Biarpun Uncle Kim Ya sudah 'pergi' namun aku rasa paling tidak jasanya tetap ada dalam memudahkan kehidupan keluarga aku..( nak doa kesejahteraan dia di akhirat, dia bukan Islam..tapi jauh di sudut hati aku tetap bersyukur kepada Allah kerana dapat mengenali seorang handyman yang baik dan jujur seperti Uncle Kim Ya..)

Sekian..

Wednesday, March 18, 2009

POTONG?

Salam,

Aku : Hello, boleh saya cakap dengan Mr Naga ahh...

Anaknya : Tunggu sekijap ya Auntie...(Talipon diletak dan aku dengar suara anak sayup memanggil...Aappa..wange.wange......"ythfdshnbvtyhb*&^%%$"....)

MR NAGA : Hello..
Aku : Ya... Mr Naga. Ada baik ka?
MR NAGA : Ya....ada sikit letih..
Aku : Saya mau Mr Naga datang POTONG rumput depan rumah.
MR NAGA : apa rumah?
Aku : No dot dot..itu surau sana....
MR NAGA : Oh Itu surau. Apa nombor..
Aku : (ish..aku baru jer bagitau..dia tanya lagi) No dot dot jalan dit dit..
MR NAGA : oooh ..aaa..sikit hari tarak senang. Baru balik dari INDIA. Manyak letih. Kalu senang boleh sikit dua tiga hari?
Aku : ( hmmm...la balik India ka..padan aku call entah berapa kali..tak angkat angkat..) okay la..sikit hari kalu senang. Boleh datang.
MR NAGA : WOkay..
Aku : Terima kasih ya Mr Naga.

.....aku selalu suruh Mr Naga a.k.a Mr DRAGON ni datang potong rumput rumah aku. Memang dialah yang datang potong rumput. Dah lama dah..Entah dah dekat 10 tahun kut. Dulu masa awal awal dulu, dia datang sorang sorang. Naik motor. Mesin pun kecik jer.. Tapi masih agak kuat. Sekarang dia datang berdua. Suami isteri. Tapi dah datang naik van. Walaupun van Nissan yang agak uzur..tapi kira dah pakai van la...

Mula mula dulu, kalau dia potong pokok, dia pakai gunting. Sekarang dia dah ada mesen..ZRRRRPPP sekejap jer pokok terbentuk bulat ke, empat segi ke..dikerjakannya.
Dulu memang aku selalu suruh dia potongkan pokok pagar agar jadi berbentuk bentuk. Sekarang ni, pokok pagar aku dah habis kena cabut sebab dah buat pagar batu.

Dulu depan rumah ada pokok bunga raya yang terbentuk. Sekarang pokok pokok tu pun dah habis dikerja siput..last last aku cabut juga. Tiada apa pokok yang tinggal melainkan semak yang menyakitkan mata memandang..

Aku nak suruh dia potong pokok bunga kertas aku yang tinggal sepokok tu. Dulu memang aku gila menanam pokok bunga kertas. Pokok bunga matahari. Pokok bunga jepun..Periwinkle..etc etc bergantungan. Sekarang aku dah tak kuasa. So kalau dapat kemaskan depan rumah ni pun, dah kira OKAY LA TU!!

...lemas perut tengok depan rumah semak! Tambah tambahan aku ada kat rumah ni..

Tapi cuti aku ni macam tak cuti..Tak sempat berada di rumah melainkan malam. Hari ni pepagi lagi aku dah MENGACAU kak Pah!
Suruh dia sain surat akuan MAJIKAN..Kak pah kan BOS AKUUUU..

ehhhh..aku nak cerita pasal NAGA , apasal pulak merewang sampai ke rumah Kak PAH?

Ya lah..walaupun setengah orang lebih suka ambil 'bangsa' sendiri untuk kerja kerja rencam macam ni tapi reputasi MR NAGA ni bagus. Aku suka kerjanya dan aku rasa aku PREFER dia untuk dia tolong kemaskan SEMAK SEMAK kat kawasan rumah aku yang tak le sebesar mana ni..he he he..
Lagipun, dia datang ngan isterinya..Senang sikit.

Sekian..

Tengok anak anak membesar..

Salam,


Bila tengok anak anak membesar dengan begitu cepat, dah nak meninggalkan 'SARANG' bagaikan burung yang dapat PELEPAHnya..maka teringat kisah CINTAku.


Ye lah kan..bila anak dah nak masuk kolej atau universiti ni maka aku kena bersedia untuk menghadapi kemungkinan kemungkinan yang depa ni dok ANGAU bercinta.


Oh ye..aku sebenarnya tak de le BERCINTA CINTA ngan sesapa jua sebelum menikah.
ha ha ha..
(mesti ramai yang macam tak percayaaaa jer)

Aku bukan macam sorang dua ADIK ADIK aku yang HANGIT bercinta sebelum kahwin tu..(kutuk seround dua...jangan marah)
Tetapi aku juga seperti kalian yang lain. Seorang manusia yang ada hati dan perut. Ada perasaan dan naluri seorang wanita..(eeee keluag taik telinga). Maka aku tetap 'TER'bekenan kat someone..he he he.
( Oh ye..'terbekenan' dengan 'kena KENAN' adalah dua situasi yang berbeza)
Tapi malang nye Cinta aku seUMPAMA jari yang terkodek kodek seorang diri dan dok meluku luku meja untuk berbunyi. Keh keh keh..
Well..aku sedar siapa diriku.
(hidung aku memang le tak mancung umpama seludang dan pipiku memang pun tak seumpama pauh dilayang..atau alis mata memang tak lentik..dan aku percaya rambutku tak seikal mayang bagaikan rambut MAYA KARIN baru lepas syampu!!)

...'seludang' ni apa dia. siapa tahu? he he he seludang NYOK yang BENGKOK keras tu. ha ha ha
...'pauh' dilayang apa dia. siapa tahu? buah pauh ni kalau kat UTARA kira macam buah pelam yang halus isinya. gebu. cantik. kuning lawa..he he he..

Maka dengan itu seharusnyalah aku menyedari bahawasanya aku sepatutnya TIDAK LAYAK untuk TERBEKENAN dengan jejaka jejaka yang PERNAH aku TERBEKENAN itu.

OH..tetapi Allah itu MAHA KAYA.

Walaupun aku TERkiciwa namun aku juga PERNAH MENGICIWAkan jejaka jejaka SECARA SENGAJA atau TIDAK. Maka aku merasa inilah balasan bagi aku kerana telah MENGICIWAkan hati hati mereka itu.

( welllll..buat gena...CINTA itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..walau sedap hingga mengalir airmata, masih mahu dimakan jua..he he he..pinjam sat senikata lagu sapa tah ni...dan CINTA itu juga ENGGAK boleh ya, dipaksa paksa..kahwin boleh ya, dipaksa...tapi RASA CINTA engggaaak bisa)

Hmmm.. maka konklusinya PERNAHkah aku bercinta sebelum kahwin dulu?

errrrr...Menyimpan rasa cinta? Mungkin...
tetapi adakah sesiapa mengharapkan balasan cinta dariku dulu?
errrrr....juga MUNGKIN!

so Allah MAHA ADIL..MAHA MENGETAHUI apa yang TERBAIK buatku!
DitetapkanNYA JODOHku sehingga aku tidak perlu SIBUK SIBUK bercinta sebelum kahwin.

well..interesting kan?

sekian







Sunday, March 15, 2009

Each of us is going to miss you..

Salam,
Ini Maryam.
Waktu ni umur Maryam 11 tahun.
Kami di Alor Star masa ni.
Sekarang, Maryam dah 16 tahun. Dah berada di tingkatan empat.
Maryam akan pergi ke MRSM, Kuala Lipis pada 23/3/2009.
Memulakan sebuah kehidupan baru sebagai pelajar yang akan tinggal di asrama.
Ummi akan rindukan Maryam.
Husna, adik Maryam lagi akan RINDUUUUU kan Maryam.
Nampak macam Husna muram jer..
Husna PALING RAPAT dengan MARYAM.
Dari kecil sampai sekarang. Macam kembar jer..
Jarang bergaduh..
Ummi suka tengok Maryam dan Husna rapat berdua.
tetapi ada masanya kita kena berpisah juga.
Untuk kebaikan bersama.
Ummi tahu Husna sedih.
Ummi pun sedih juga..
Maryam anak yang baik.
Mudah memahami keadaan.
Suka beralah.
Suka berkorban demi kebaikan semua.
Jadi Ummi taknak sesiapa pun sedih.
Sebaliknya bergembira dan mendoakan kejayaan untuk Maryam.
Maryam mesti belajar bersungguh sungguh.
Aim for the BEST!!
Dan yang paling penting bersyukur kepada Allah serta sentiasa ingat padaNya.
Tak kira waktu sedih, gembira, senang atau susah.
Kalau kita ingat Allah, Allah akan ingat kita..
pesan Ummi..
jadilah hamba Allah yang taat kepada perintahNya
dan
hamba Allah yang taat meninggalkan segala laranganNya.
Jadi anak solehah, anak murid yang mendengar kata..
serta jadilah kawan yang mesra dan disenangi.
Take a good care of yourself.
InsyaAllah.

Saturday, March 14, 2009

Sikit hari ni, aku jadi kalut..

Salam,

1) Hari Khamis dan Jumaat aku tak pi kelas. Pi Penang..Asalnya aku tempah tiket AIR ASIA untuk anak nak ambik result SPM. Tempah hari Khamis minggu lepas lagi dah. Tup tup..hari Ahad naik tanda tanda Chicken Pox yang amat NYATA kat muka dia. Pi klinik..SAH! Doktor kata kalau dia nak sedekah VIRUS CHICKEN POX kat paramugari Air Asia atau juga pada kengkawan yang dapat RESULT bagus tu..silalah..
aduii..

Sedia maklum, aku ni walaupun dah lebih sepuluh kali naik kapal terbang, PHOBIA dan LEMAH lutut aku tetap ada..he he he..

Jarang sangat la yang aku tak muntah. Samada time pergi atau balik.
HA HA HA..pasal tu lah gamaknya aku benci naik KAPAL TERBANG!
Time aku pi USA dulu, aku muntah time kapalterbang elok berlepas.
Bau rokok, aku rasa PINAU habis. Bau makanan pun aku jadi tak dak selera.
Tekanan udara dan sebagainya menyebab anak aku kata aku tak leh jadi ANGKASAWAN..
he he he

Pilot pun aku tak hingin nak jadi..apatah lagi ANGKASAWAN..

Mujur lah kawan aku ada kat Penang. Tersadailah aku pada hari Khamis dan Jumaat itu di PENANG kerana anak aku yang suruh tempah pada hari Jumaat untuk balik.
Bayangkan aku dah tempah tiket untuk balik hari Khamis, dia suruh tukar hari Jumaat.
AIR ASIA CHARGE ! Kos tambah..GRRRRR
Tukag nama pulak.
AIR ASIA CHARGE sekali lagi. Tambah KOS..GRRRR

Result pulak??..hmmm..malas nak ulas sebab takut anak jadi sedih lak kan!!
So faham faham la..
Kalau tengok anak anak lain LOMPAT LOMPAT.
Aku selamba jer..
( maksudnya sederhana la tuuu..)
he he..

2) Hari Jumaat tu balik dari Penang adalah satu perjalanan yang panjang. Oleh kerana husband aku risau keselamatan aku maka sesampai saja di LCCT tu, aku kena naik bas ke KL central.
Setelah sekian lama terlupa pula aku cara untuk naik bas..
he he he..
Sejam sampai di KL central.
Tercanggak bangak juga sebab aku ni baru kali kedua sampai KL Central!!
Hangpa jangan GELAK nuu..
Bila saja nampak muka suami aku yang dah sedia menunggu, aku LEGA..
Perut yang dah berbunyi kena isi dulu. Waktu tu dah pukul 6.30pm. Aku ni melugai sebab MABUK naik kapalterbang masih ada lagi..
MEMANG aku alah..
ha ha ha.
( Dulu waktu kecik, aku mabuk naik kereta atau bas)
Selesai makan, suami ajak pi solat Maghrib kat ofis dia, naik LRT. Kemudian naik LRT semula time balik sebab husband aku bawa kereta setakat stesen Sg Besi sahaja setiap hari. Jadi parkir kereta di sana.

By the time sampai rumah, dah 9.30pm. What a journey!

3) Hari ni, waktu pagi aku ada appointment menemuduga orang. Nak pilih guru dan pengasuh. Satu tadika, ada pekerja yang nak berhenti untuk berkahwin. Dan satu tadika yang lain, ada yang dapat offer sambung buat nursing. Yang nak kahwin tu pekerja yang agak lama..Rasa sedih untuk berpisah tetap ada tapi ye lah..dia pun nak mengakhiri zaman bujangnya juga..

4)Petang tadi pula kalut pi Karnival Pendidikan MARA di PWTC. Untuk tengok pilihan Universiti. Anak aku ni minat bebenor la bab bab forensik..nak dok kat LAB! Suka BIOLOGY katanya..Hah! AKAN cuba bidang yang ada kena mengena dengan BioMedik/Lab etc etc ni..
Hopefully, apa yang dicitakannya akan BERJAYA, InsyaAllah...
( Hujan lebat bagai nak rak..kesian anak aku. Chicken pox dia tu baru nak sembuh..sapa yang kena VIRUS nasib lah..Aku dah tak boleh nak buat apa lagi..Mesti kena bawa dia untuk tinjau sendiri pilihan terbaik buatnya)

5) Balik dari meranduk hujan lebat di PWTC dan setelah puas bersaing bahu dengan orang yang berebut rebut ke MATTA fair, akhirnya kami tiba di rumah around Maghrib. Sesampai saja, anak kedua aku tersengih sengih. Sewaktu keluar tadi aku benarkannya menggunakan netbook aku ni. (Laptop aku yang lama entah kenapa dah PADAM!! Bebudak ni..malas nak komen!)..
Oh! sengih sengih nya itu membawa seribu makna!
Anak KEDUA pulak dapat OFFER ke MRSM!!
( Tak silap aku, hari tu macam dia TAK MAU PI?? seronok jer bila tengok nama dia tak terpilih waktu pemilihan pertama tempohari..??aku jadi macam confuse lak..)
Aduii..akan mendaftar 23/3 ni. Ini shortlisted yang kedua pula..
Aku TERDIAM!
Parut CHICKEN POX tak habis lagi kat muka cik adik ni wehhhhh..
Alhamdulillah..aku macam CONFUSE SIKIT..

Jap Jap..aku ni mimpi ke?
atau
MASIH DALAM MABUK FLIGHT lagi ke??

ooohhhh....

Monday, March 09, 2009

Menyusuri jalan itu....

Salam..

Dulu aku sering ke PJ. Zaman tahun 80 an dulu.Waktu tu umur adalah akhir belasan. Bas dari Shah Alam akan menyinggah nyinggah kat kawasan Brickfields dan sebagainya. Laluan tu macam nostalgik..

Aku kalau ke PJ, selalu pergi ke dua tempat.

1) ke UM, Kolej Ibnu Sina..tempat lepak aku di hujung minggu...menyamar jadi budak fakulti perubatan..zaman tu Pak cik GUARD tak strict..Aku boleh tidur je kat bilik kakak aku..

2) ke MaktabPerguruan Islam...waktu tu bersebelahan dengan UM, ke tempat makcik aku. Lepak juga di situ..menyamar jadi budak Maktab..

Semalam aku pergi ke arah sana juga. Tempat dan jalan jalan di sana, aku sudah tak berapa kenal. Semuanya disebabkan laluan LRT dan highway yang dah bersimpang siur..

Aku dan suami ke Kampung Abdullah HUKUM..
silap!
kampung tu dah tak da lagi sebenarnya..
Yang tegak berdiri menggantikannya adalah APARTMENT Abdullah Hukum.
Aku pergi kenduri staff tempat kerja suami.
Kedua dua pengantin baru ini satu tempat kerja..
Selamat pengantin baru kepada
Hidayah dan Affendi...
(aku tak kenai pun depa ni...bukan satu department ngan suami)

Habis makan kenduri..
aku ajak suami pi satu tempat..
CENTRAL MARKET!!

( ni gara gara baca blog NJ..Nostalgik la tempat tu)

Sebelum tu singgah sebentar di satu tempat..
Masjid Negara..
hmmmmm

seiap kali singgah masjid Negara, hati aku akan sayu..
Tempat lepak zaman aku belajar dulu.
Zaman aku tersadai di Shah Alam selama 2 tahun setengah.

Masjid negara adalah tempat aku meluangkan masa.
Study dan mencari ketenangan.


kemudian kami park kereta di Dayabumi.
Oh... Bangunan Daya BUMI ini pun suatu ketika dulu gahnya sama taraf dengan KLCC.
Ye lah..
Petronas punya bangunan..
Dulu terkenal dengan jolokan Bangunan Bercahaya!!

sekarang macam terbiar sepi..
mungkin telah hilang sinarnya kerana cahaya KLCC lebih TERANG..

DAYABUMI suatu ketika dulu adalah tempat lepak MAT dan MINAH ROCKERS..
(zaman 80 an)

Aku kalau solat Maghrib kat masjid Negara, kemudian melintas kawasan DAYABUMI untuk ke Bas Stand Kelang, akan KETARK LUTUT sebab bertembung dengan ramai pasangan ROCKERS..malangnya tak kenai mana satu pompuan, mana satu lelaki.
RAMBUT SAMA PANJANG...
he he he..
Memang menyeramkan dalam samar samar maghrib...

Oh ye
kami kemudiannya tiba di tempat yang dituju.
Central Market!!
Aku tetap kagum dengan mereka yang boleh melukis ini..
Hmmm..
SATU KURNIAAN!




Saturday, March 07, 2009

Macam ada yang tak kena jer..

Salam..
Cara aku ambik gambar ke yang salah?
Atau kepala aku ke yang senget?
Atau demer yang pasang mende ni yang senget?
Aku Musykil la?
Korang tengok sendiri peralatan mainan bebudak ni..
Sengaja demer pasang macam tu ke?
Atau sebab budak budak ni naik, mende ni jadi condong?
atau
kenapa agaknya?
tapi bila aku dengar sorang mak tu cakap
"eh eh..dah macam nak tumbang jer"
aku risau..
Mainan untuk kanak kanak ini adalah salah satu YANG TELAH TERPASANG di TAMAN TASIK CHEMPAKA, BANDAR BARU BANGI..
baru pasang jer ni..
tak de le lama sangat lagi..
???????


Friday, March 06, 2009

Setiap kali tengok motor tergolek..

Salam,

Sabtu lepas tu yang aku tertengok sendiri seorang Pakcik India tergolek dot depan sebuah kereta, aku DUP DUP terkejut.
CUKUP tak suka tengok accident!
Benci...

Aku dah pernah jadi saksi 2 kali kemalangan motor.

Dulu beberapa tahun dulu..sewaktu menghantar anak pergi sekolah tertengok satu accident.
Waktu itu anak jiran aku yang kena. Yang melanggarnya pun jiran aku juga.

Walaupun rumah aku 500 meter dari sekolah jer, tapi hari tu aku hantar anak naik van sebab dia buat perangai tak nak jalan kaki. Sekali elok aku lintas jer jalan depan surau tu, aku nampak sebuah kereta lagi slow je masuk dari simpang jalan depan sekolah SKJ3.

Sebuah motor yang dipandu laju..BERDESINGGGGG melalui jalan 3/4 .

PANGGGGG...

aku terjerit tengok budak budak yang berpakaian sekolah tu melayang dari motor sebab langgar kereta makcik ni..Memang sebenarnya makcik tu yang melintas tapi MEREKA ni bawak motor DEPAN SEKOLAH MACAM PELESIT!!

Bila aku tengok budak berdua tu tergolek DOT, satu darinya anak jiran depan rumah. Satu lagi entah anak jiran gak tapi kawasan jalan atas sana. Yang budak aku tak kenal tu patah kakinya. Darah keluar membuak..
TENGAHARI!
Budak budak ni, waktu tu form three. Memonteng.. Orang tak balik kelas lagi, depa dah keluar melilau ke sana ke mari naik motor depan sekolah. Saja nak tayang kat cikgu DISIPLIN..

Sekali yang berlari dari sekolah menengah tolong mereka pun, cikgu DISIPLIN dia orang.
Nak tunggu ambulan dah 15 minit berlalu. Takut budak tu pitam sebab darah banyak keluar, jadi aku offer naik van aku...
Aku BAWAK pi hospital Kajang.

Memang seriau sebab dengar budak tu merintih..Cikgu dia tak habis habis ajark mengucap.

Budak berdua tu selamat. Tapi tu lah..Waktu dok syok presssssss minyak tak sedar diri!!
MASIH RAMAI LAGI YANG BUAT PERANGAI MACAM TU KAT DEPAN SEKOLAH NI!

BERINGAT lah anak anak weehhh..
kalau jadi macam accident tempohari tu, kita juga yang susah.
MAK PAK sayang awak..awak jer yang tak sayang DIRI!

Thursday, March 05, 2009

Tinjau 'GOBOK LAMA'

Salam,

Jalan jalan kat alam maya.
Menyinggah kat GOBOKLAMA.

Muzik background ada Whitney Houston's The Greatest Love of All..
Bukan apa...dah la si Makcik Tam ni suara power..
Senikata lagu menarik.

Memang mengkagumkan la..
Kat tanahair ni yang hebat buat lirik lagu laguyang menyusuk kalbu ialah Makcik Habsah Hasan tu..
Lagu lagu Sudirman contohnya...banyak ditulis lirik oleh Makcik ni..
jadi HITS..
aku kagum cara Kak Besah ni nulis..bahasa cantik..



Bagi aku la, kita tak perlu tulis PERKATAAN yang TERLALU BESAR untuk orang lain memahami..( nak kena jadi prof pulak untuk faham lirik..)

Bagi aku bahasa yang INDAH ialah bahasa yang orang faham dan cantik ketika membacanya
Mudah dan menyentuh perasaan..


Kalau nak kena RUJUK kamus pulak bila dengar puisi atau lagu,
poning pala..

BLURRRR..
he he he..



Untuk sekadar sampingan..ini senikata Whitney Houston's The Greatest Love of All :-
(komen aku pasal senikata lagu ini selepas korang habis baca lirik tu..okay)



Whitney Houston
The Greatest Love of all Lyrics:



I believe the children are our future
Teach them well
And let them lead the way
Show them all the beauty
They possess inside
Give them a sense of pride
To make it easier
Let the children's laughter
Remind us how we used to be


Everybody's searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone
Who fulfilled my needs
A lonely place to be
And so I learned to depend on me.

I decided long ago
Never to walk in anyone's shadow
If I fail, if I succeed
At least I'll live as I believe


No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me

The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all


I believe the children are our future
Teach them well
And let them lead the way
Show them all the beauty
They possess inside
Give them a sense of pride
To make it easier
Let the children's laughter
Remind us how we used to be


I decided long ago
Never to walk in anyone's shadow
If I fail, if I succeed
At least I'll live as I believe.
No matter what they take from me
They can't take away my dignity

Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me

The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

And If by chance that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love



Komen aku tentang senikata lagu ni :...


Walaupun nampak macam ada unsur 'selfishness' dalam senikata lagu ni tapi dalam masa yang sama lagu ini bagi motivasi pada anak anak Orang berkulit HITAM.( Orang berkulit hitam di Amerika rata ratanya hidup dalam kemiskinan dan melarat..

Ditindas..walaupun kata macam tak, tapi realiti kehidupan memang masih diTINDAS!


Senikata lagu ni meniupkan semangat untuk mereka yang lemah terus berjuang walau dalam keadaan sukar sekalipun



Jadi..
lagu Whitney Hoston ni mungkin berjaya menyampaikan mesej KEYAKINAN DIRI buat mereka yang merasa kehidupan ini terlalu sukar untuk ditempohi..


Gitulah kira kiranya...
Itu KOmen aku....dari sudut pandangan aku jer...

Wednesday, March 04, 2009

Saja nak share..

salam,

Dapat ni tru email..dari seorang kawan..

Kids Are Quick!!!!

TEACHER: Maria, go to the map and find North America .
MARIA: Here it is.
TEACHER: Correct. Now class, who discovered America ?
CLASS: Maria.

aku : betul la budak budak tu jawab! ha ha ha

____________________________________

TEACHER: John, why are you doing your math multiplication on the floor?
JOHN: You told me to do it without using tables.

aku : hah..kali kali kena hafal!

__________________________________________

TEACHER: Glenn, how do you spell 'crocodile?'
GLENN: K-R-O-K-O-D-I-A-L'
TEACHER: No, that's wrong
GLENN: Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.
(I Love this kid)

aku : lawak budak Melayu belajo bahasa orang putih ni!
____________________________________________

TEACHER: Donald, what is the chemical formula for water?
DONALD: H I J K L M N O.
TEACHER: What are you talking about?
DONALD: Yesterday you said it's H to O.

aku: hah..ni baru belajo sains!
__________________________________

TEACHER: Winnie, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago. WINNIE: Me!

aku : ye tak ye jugak....
__________________________________________

TEACHER: Glen, why do you always get so dirty?
GLEN: Well, I'm a lot closer to the ground than you are.

aku : lain kali suruh jer budak budak main guling guling..

_______________________________________

TEACHER: Millie, give me a sentence starting with ' I. '
MILLIE: I is..
TEACHER: No, Millie..... Always say, 'I am.'
MILLIE: All right... 'I am the ninth letter of the alphabet.'

aku : cikgu ke salah atau anak murid?? ha ha

________________________________

TEACHER: George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it. Now, Louie, do you know why his father didn't punish him?
LOUIS: Because George still had the axe in his hand.

aku : ambikkkk

______________________________________

TEACHER: Now, Simon, tell me frankly, do you say prayers before eating?
SIMON: No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.

aku : terharru!!
______________________________

TEACHER: Clyde , your composition on 'My Dog' is exactly the same as your bro ther's.
Did you copy his?
CLYDE : No, sir. It's the same dog.

aku : ye tak ye juga...nak buat cam no??
___________________________________



SMILEEEEE.....

Dewan..

Salam,

Aku rasa macam kelakar...

Rumah Opah aku di kampung Pasir Kubu, Teluk Sena berhampiran dengan sebuah sekolah rendah. Tepi sekolah rendah itu ada sebuah bangunan. Dulu aku selalu tertanya tanya apakah sebenarnya bangunan itu...
Bila aku dah tahu membaca, rupa rupanya bangunan itu ialah dewan orang ramai.
Tapi yang lucunya, dewan itu tenggelam punca fungsinya.

Kosong..tiada apa apa di dalamnya. Tiada kipas, lampu, kerusi atau meja..
dan tiada pula ia digunakan..

Opah aku membela kambing.
Selalu juga kambing kambing opah aku 'bersidang' dalam dewan orang ramai tu.
ha ha ha..
disebabkan orang ramai tak menggunakannya maka biarlah kambing Opah aku buat tempat berteduh..

Sikit hari aku rasa ada bangunan yang akan jadi tempat kambing dan lembu bersidang...
Macam dewan orang ramai dekat dengan rumah Opah aku tu le..
ha ha ha..
sebab ORANG dah tidak dibenarkan BERSIDANG lagi..

????

Tolong huraikan erti 'cinta' ..

Salam,

Sebenarnya aku masih tertanya tanya apakah erti kalimah 'cinta'..
Pelbagai sajak, gurindam, pantun, syair yang mengambarkan kisah cinta.

Tapi aku tidak memahami erti kalimah ini...

Begitu sukar bagiku untuk membezakan antara cinta dan nafsu.
Mungkin bagiku terlalu banyak keadaan cinta yang datang bersama dengan sang Nafsu..atau mungkin benar cinta itu adalah Nafsu?...aaahh sepatutnya cinta itu apa?

rasa kasih?
rasa sayang?
rasa mesra?

atau apa sebenarnya?

Cinta agung itu apa?
Cinta sesama manusia pula bagaimana seharusnya?
Kalau bercinta pula apa kesan, akibat, mudharat yang mungkin ada?
atau mungkin cinta itu sebenarnya suci?
tapi di manakah kesucian cinta?
bagaimana ia dikatakan suci?

aku masih tertanya tanya..

Yang aku tahu, kiranya kita mencintai seseorang ada dua perkara yang kita mahu buat:-

1. Buat perkara yang dia suka..
2. Jauhkan perkara yang dia benci..

mungkin itu definasi cinta aku....
entahlah..aku jahil erti kalimah CINTA!

Anak Antong Sabri?!!

Salam,

Anak kepada Antong Sabri?

Nama ini macam biasa kubaca, kulihat dan kudengar..
Mungkin rakan rakan sekolah rendah dan menengah ku jua biasa dengar nama ini.

Atau mereka tak perasan...

Tapi aku kenali nama Antong Sabri ini..Anaknya bukan yang nama Abdullah itu.

Tapi yang bongsu..HAH..kenal sangat!
Ketua muridku sewaktu aku dalam darjah lima. Dia di dalam darjah 6.
Dia juga turut ke Perlis...
Bukan yang namanya Abdullah...

tetapi yang namanya juga dimulakan dengan huruf 'A'.

Tapiiiii..mungkin juga ANTONG SABRI lain..
ye lah..manalah tahu, ANTONG SABRI juga mungkin yang bukan dari Perak!!!

Mungkin..

cerita hari sabtu lepas..

Salam,
Sabtu lepas, aku mengikut suami buat tinjauan.
Kami jadi 'perisik' untuk hari itu..
ha ha ha..
Ni untuk kerja sambil sambilan suami aku..
Tinjau untuk family day ..
ofis PUNYA.
Budak ofis teropong dalam internet satu tempat.
Kata 'GITU-GITU'..
Murah!!
Apartment 3 bilik boleh diSEWA RM100 semalam..
wah..sudah bagus.
Cover untuk penginapan sekeluarga tu..
Boleh bawak family BESAR tu..atuk nenek, cucu cicit, piut..
YE LAH..
BUDGET KENA LAH BETUL.
NAK BAGI HADIAH HADIAH LAGI..
NAK COVER SEMUA COST..
KELUARGA!!
BUKAN INDIVIDU JER..
SESAMPAI tempat yang dituju...
dekat dekat nak sampai Kuala SELANGOR juga la dah.
tinggal 27 km je lagi..
Ingat kut kat mana..
Masuk le kawasannya..
Tengok papan tanda je, aku dah CUAK!
Apartment nampak MACAM..OKAY
NAMPAK NAMPAK JER TAU!!
Tapi bila tinjau kata ada PANTAI?
mana pantai nye..??
aku jadi MUSYKIL!!
Tengok bot bot dan sampan sampan macam BERSUSUN USANG jer..
Tapi tengok KOLAM macam WORAIT ..
Setakat anak nak terjun..renang renang itik tu boleh le..

Tapi bila tengok suraunya..
AYO YO!!
Ini tempat WUDHUK?
Dan JOKE of the DAY..
Paling MENGGELIKAN hati aku..
hehehe..

Bila aku tengok ruang rehatnya yang tak dak apa..
cafeteria ka apa ke aku PUN tak tau..

ada peti ais gedabak..
ada kusyen usang satu dua..
ada TV set usang BERASTRO TAU!!
ada pembancuh kopi dan teh..

TAPI!!!BER 'TAPI' TAU...

SEMUANYA BERKUNCI

Kat PETI AIS NI ADA PADLOCK!!

WAKA KA KA KA...

DAN SEGALA KUNCI KUNCI TEMPAT BERKENAAN ANDA BOLEH RUJUK
PADA PAKCIK GUARD!!

ADUI...
Kena cancel la..
sebab bila kami tanya pada orang yang baru datang berkunjung kat situ.
First TIMER..
Depa pun datang sebab tengok dalam internet.
IKLAN dalam internet tu aku rasa entah kurun bila punya..
Tak dak UPDATE..
Bila tengok sendiri tempat tu boleh agak..
Pihak Pengurusan TARAK ONGKOS nak maintain!!
Kat BILIK, aircon tah apa apa..tak berfungsi
TV pun blurrrrrr...
aku risau takut takut TOILET ke mende ke TERSUMBAT..
sebab ada hotel yang BERTARAF 4 bintang pun, boleh jadik!

AYOOOOOOOOOOO

_______________________________________________________

Gambar di bawah ni pula sebenarnya diambil dalam perjalanan pulang..
BATA outlet..
kan aku ni BUDGET punya orang..
KLCC tu untuk orang BERMATA BERLIAN

Aku, BATA jer..
ha ha ha

Tapi bawak si MUHAMMAD ni..
Macam tu lah dia nyer..
lawan aci nyorok ngan aci kejar kat GERABAK kasut ni
nak pilih pilih COMFIT pun tak senang!

Bila dapat pilih dua pasang kasut untuk anak anak aku,
jalan balik ke kereta..

GEDEBAAAAANNNNG!!
AKU beralih tengok..tersirap darah!

Motor kena langgar atau motor yang melanggar kereta yang nak masuk outlet BATA ni!
(NOT SURE)
Mungkin Pakcik India tu patah kut kakinya..
aku dah lemah LUTUT!
sebab aku nampak diaTERGOLEK DOT sahaja..
depan kereta tu..
Suami aku jer pergi tengok..
makcik India tu dukung baby..aku dah SERIAU!!

Mungkin sebab tu sama..lepas tu aku DEMAM..
sebab
TERKEJUIT DENGARK BUNYI KEMUDIAN NAMPAK ORANG MELAYANG JATUH MOTOR
aku nampak time dia jatuh jerr..ngan lampu ke mende ke berceramuk..

gambar kat bawah ni, sister yang pakai baju M.U tu INTERFRAME..
aku dah terketar ketar ambik gambar..

satu ni je lah gambarnya yang ada..
pakcik India tu dah TERSOROK disebabkan Interframe cik kak ni..

KESIAN....
dan
SEKIAN....














Monday, March 02, 2009

Hidung berair..tekak perit..aku demam!


Salam,

Patutnya aku MC hari ni...tapi hari Isnin banyak kerja jadi aku pergi sekolah jugak. Rasa memusing kepala aku..dan aku tak boleh nak cakap banyak sebab suara serak..

Hari ni minta tolong si Yati conduct assembly.
Perit betul tekak aku! Hidung ni dah mula berair..
Mula lah ni..
Cukup leceh kalau kena hujan..
kalau tak demam, macam tak sah jer!

Esok aku tak pergi sekolah.
Dah minta cuti ngan bos dan dia dah bagi..
tapi rasanya aku boleh dapat MC cuma nak pergi klinik pulak..
aduuiii..

........................ni aku rasa letih sangat...............

hidung aku yang tersumbat sumbat dan berair ni bagi kepala aku berdenyut denyut..
SINUSITIS aku dah mai..
hari ni entah berapa puluh kali aku bersin..

ACHOOOO ACHOOOOO ACHOOOO....

aaahhhh...
nak kata alhamdulillah pun dah tak boleh dah....

Achooooo...achhhhhoooo...
ok...salam...
nak melabuhkan badan..merehatkan kepala dan mata..

Sunday, March 01, 2009

Ya Allah, sembuhkanlah mereka..

Salam..

Minggu ni lagi hebat ujian aku..
( compare dengan ujian yang ditempohi oleh Nabi Allah Ayub...apa lah sangat ujian ku ini)
Hanya mereka yang baca komen aku kat blog kak pah saja yang tahu. Oleh kerana anak anak aku ramai yang dah pulih maka aku buat entry ini..

Sebenarnya setelah Huda selesai demam CHICKEN POX selama dua minggu, minggu berikutnya satu persatu anak aku dijangkiti..
Mula mula Muhammad ngan Raudhah demam.
Kemudian kakaknya si Zainab.
Rahmah juga mengadu tak bermaya.
Husna letih dan muram.
Maryam sakiiit belakang.
( Maryam ni jenis tahan sakit..kalau sakit sikit sikit ke atau susah hati ke apa ke..suka simpan...so kalau dia bersuara kata dia sakit tu..memang lah dah sakit sesangat...)
Kemudian yang agak akhir serentak ngan Maryam adik bongsu, Mawaddah.
Gambar kat bawah ni Huda dan Mawaddah.
Huda dah ceria, Mawaddah pula dah tunjukkan tanda tanda CP!
Bayang muka budak comel dan manja ini bertukar kepada muka selepas gambar ini...

Bayangkan perasaan aku bila tengok gambar bawah ni...

Itu saja..
Doakan kesejahteraan dan kesihatan kami...
AMIN..



Nak belajar kena buat cam IKLAN!

Salam,

Aku bagi homework kat budak budak. Suruh demer ulang baca apa yang aku ajar kat sekolah. Aku suruh demer ulang baca tu dengan mak atau ayah atau dengan bibik demer. (eh..jangan pandang rendah bibik tau!!ada bibik yang lulusan SMA juga!!masuk kolej pun ada..tinggal lagi dah tak da uaangnya dan sukar mahu dapat kerja...)
Bila dah habis baca dengan mak dengan ayah tu, aku pesan kat anak murid...'Kalau dah habis baca ngan mak atau ayah, suruh mak sain..kat tempat yang dah aku sediakan tu...'

Dalam ramai ramai tu, aku dapat le feed back balik dari mak mak yang membaca bersama anak anak ni..
he he he..senyum dan gelak sikit aku membacanya..
biase lah..

'Cikgu,________ bila baca dengan saya, dia menangis. Dia tak pandai lagi baca'

'Cikgu,________ masih tak dapat dapat lagi sukukata ni'

Wahai ibu ibu sekelian..yang aku sanjungi dan sayangi..
Anak anak kita ni memang anak yang BARU nak belajar. Aku suruh demer ulang dengan ibu sebab itulah salah satu cara kita ajar anak.

Preview, pastu belajar dalm kelas, pastu ulang dan ulang dan ulang dan ulang...

Pertama kali anak anak belajar memang tak dapat MELAINKAN otak anak anak tu jenis yang PICK UP gear 5 punya. Sekali ajark...zzuuuuup dapat terus! Tapi rata ratanya anak anak ni setelah empat atau lima kali diulang dan juga dipraktiskan maka baru dapat..itu pun mungkin kalau dalam sukukata tu hanya 'ba ba ba' sahaja yang dia dapat pada mulanya.

Belajar ni nak kena buat macam IKLAN kat TV.

Macam mana IKLAN kat TV? Di ulang kemudian diulang kemudian ulang lagi..nak bagus lagi ambik waktu yang MANTAP..PRIME TIME!! Baru lah orang masuk dalam kepala...

Contoh iklan yang mantap..KORANG yang dah lebih kurang ngan aku ingat tak IKLAN yang ada tagline ni:-

'Eh..merah sangatlah mak NGAH...Macam zaman dulu'.

Iklan tu dah jadi mainan mulut suatu ketika dulu. Nampak jer orang pakai baju merah, mesti kena..Kiranya begitu MANTAP sampai semua orang tahu lah IKLAN apa..

Lepas tu tagline yang ini pulak :-

'BESAR, TEGUH, PERAMAH'...punya lah bagus tagline ni hinggakan kalau nampak orang yang badan besar dan MANTAP..inilah tagline yang akan keluar.

So apa yag aku nak cakap ialah mak mak dan ayah ayah ni kena jadi PENGIKLAN yang bagus pada anak anak. Masukkan unsur unsur pembelajaran tika mana yang sesuai..Masa main suruh dia teka teki..Masa berbuai atas buaian ke ajarkan nyanyian yang ada unsur ilmu. Cuba cuba hafalkan anak time otak dia tengah rancak berfikir.
Kalau anak bertanya..cuba jangan jawab directly..
Cuba suruh dia cuba jawab sendiri soalan yang ditanya.
Bagi ruang supaya otaknya juga berfikirkan jawapan..
Kemudian kita perbetulkan fakta yang silap itu sedikit demi sedikit..

Bagi bacaan pula, cuma gunakan mende yang ada di hadapan mata. Teka apa yang tertulis pada headline surat khabar. Suruh dia baca sikit. JANGAN PAKSA kalau dia dah letih..sian anak tu..
Masa dia BERSUNGGUH mengajak kita belajar, bagi ruang masa padanya.

Nak makan ajak anak sama sama baca doa. Baca kuat kuat pun takpa. Kalau pergi restoren BIAG dia baca KUAT KUAT..ha ha...bukan suruh tunjukkan orang..
tapi MENGINGATKAN ORANG LAIN JUGA..he he he..

nak tidur pun rajin rajin lah nyanyikan kalimah syahadah pada telinga anak anak..especially yang masih menyusu lagi tu.
YANG DAH BESO..REMIND KAN..
kemudian baca 3 Qul kuat kuat sama sama..dan juga al FATIHAH..

Jangan TERGOLEK dot je!! Bila lagi nak mengajar anak?

Boleh tak??? Jom cuba..
smile..

BOSTON University..MA

Salam,

Aku pernah berkenalan dengan sorang jejaka yang belajar di Boston University, Massachusset. Aku berkenalan melalui orang tengah, kawanku, budak Melaka yang juga sambung belajar ke Boston U ini. Jejaka yang sederhana tampan itu akhirnya bergelar SUAMIku...he he he.

Boston adalah antara bandar paling tua di USA. Kalau belajar pasal Sejarah USA akan ter belajarlah pasal BOSTON kerana ianya terkenal dengan peristiwa the BOSTON TEA PARTY!! Aku pun tak berapa nak ingat pasal peristiwa sejarah ini tapi tak silap aku ada 'amukan' kisah mereka yang mencampakkan segala teh teh dari INDIA ke dalam laut. Aku malas nak cerita sejarah ni sebab HISTORY USA yang aku biasa belajar dulu sekadar dapat 'B' jer..ha ha ha..

hangpa boleh tolong bagi rujukan kat aku nuuuuu...

Boston U yang suami aku pi belajag ni boleh tahan gak la STANDARDnya.
Tapi kalau compare ngan jiran satu lagi iaitu HARVARD U, lagi le DAHSYAT!!
Di USA, kalau nama kata budak U tu buat law atau bisnes kat HARVARD...
wah..glemer jerr..
Kat Boston, ada lagi satu U yang diangkat keglemerannya iaitu MIT.
( Massachusset Institute of Technology).
Ini pulak untuk budak buat ENGINE. Jadi injinnyok..ha ha ha..
Kalau habark kata pi belajark kata MIT, orang akan kata hang ni jenis BIuL'A' atau NERDY!!
he he he..

Bila sembang pasal Boston U ni memang best sebab ada gak anak pak menteri dan orang kenamaan yang belajar kat sana waktu suami aku kat sana..he he he..
.............sshhhh....tak dak apa apa..
aku tak belajar kat sana!

Tapi best gak la sebab suami aku yang sama kelulusan, CGPA not so bad, mula kerja jadi PERSONNEL EXECUTIVE kat kilang...dan sampai la pun nak mendaki nak jadi apa ka...BERKURUN..kerja macam OX!!!
tapi ADA budak tu..lulus dari UNIVERSITY yang sama..
tup tup balik jadi PENASIHAT SYARIKAT???
hangpa heran tak budak baru lepasan university dulu tu, boleh depa angkat jadi ADVISOR SYARIKAT?
(advisor taik minyak jerr aku rasa..perabih boraih..kalau budak baru grad mestilah patutnya dapat kerja taraf suami aku jer..)

....ha ha ha....
hangpa perasan tak?
kut kut la hangpa tak perasan..

sekian...