Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Cermin

Assalamualaikum,

" Hei, hangpa ingat hangpa lawa sangat ka? Pi tengok muka hangpa dalam cermin!" seorang anak muda bernama S menengking seorang anak gadis bernama H pada suatu pagi.

" Hmm...aku tak kata aku lawa. Tapi tiap tiap hari memang aku tengok muka aku dalam cermin. Aku sikat rambut. Aku boh bedak. Memang selalu pun aku tengok muka aku kat cermin " anak gadis itu menjawab tanpa teragak agak.

Anak muda bernama S berdengus sambil memandang tajam pada anak gadis bernama H
Terasa seperti mahu ditampar sahaja pipi anak gadis itu.
Tapi dia terus berlalu.
Kesabarannya sememangnya diuji.
Dia mengomel dan merengus seorang diri.

H tersenyum sinis. Terasa mendapat satu kemenenangan apabila S berlalu pergi . Namun sebenarnya tetap terasa gerun di hatinya. Takut takut juga kalau kalau kesabaran S melepasi sempadan dan sebiji penumbuk atau penampar singgah ke mukanya.

Enam tahun berlalu....dan peristiwa S menengking H di tepi padang sekolah mereka itu sentiasa bermain di kotak memori H dan perkataan 'cermin' sentiasa datang terngiang ngiang di telinganya.

.....dan setelah enam tahun kemudian, akhirnya H mendirikan rumahtangga juga dengan S.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
cuma bukan dengan S yang sama.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi tetap dengan si dia yang bermula nama dengan huruf S!
hahahahahaha...

 Ini ialah PANTAI CHERMIN
TERLETAK DI SEMPADAN NOGOGHI DAN MELAKA.


p/s
dan di sini my hubby, S, menemaniku berfotografi!

sekian

Wednesday, November 28, 2012

Trajis

Assalamualaikum,

Putih melihat wajah anaknya, Jingga.
Anak yang kini telah berusia 7 tahun.
Anak tunggal yang dibesarkannya seorang diri.
Anak yang dibesarkannya tanpa belaian kasih seorang ayah.

Bukan.
Jingga bukanlah anak yang lahir di luar pernikahan yang sah di sisi syarak.
Bahkan anak ini masih ber ayah cuma ayahnya nun jauh di seberang dunia sana.

Hitam adalah ayah Jingga yang sah.

Malah pernikahan antara Putih dan Hitam disaksikan ramai rakan rakannya.
Tempatnya pula di masjid yang penuh berkat.
Diraikan dengan penuh sempurna.

Namun mereka terpisah jua dek kerana keadaan, masa dan tempat.
Lantas Putih membawa anaknya menyeberangi lautan dan benua.
Membesarkannya seorang diri penuh kepayahan.
Kasih Putih pada Hitam masih terpahat.
Memori indah di benua seberang masih utuh.

" Why did you let them go? " tanya kawan Putih pada Hitam.

Hitam diam.
Tiada ekspressi di wajahnya. Tiada rasa kesal. Tiada rasa kasih.
Setitik airmata pun tidak tergenang di kelopak matanya.

Sukar membaca hati Hitam.
Apakah yang bermain di fikirannya.
.
.
.
.
.
.
.
Putih termenung. Matanya  memandang laut yang terdampar di luar jendela.
Tangannya menguis nguis kertas putih di hadapannya.

Borang.

Borang itu perlu diisi segera. Surat surat yang berkenaan perlu dilampirkan bersama.
Walaupun hatinya sayu.
Rasa kasih dan sayangnya masih utuh pada Hitam.
Walaupun setelah 6 tahun mereka tidak ketemu.
Tapi hidupnya perlu diteruskan..
Dan Jingga perlukan seorang ayah.

.
.
.
.

 sekian







Sunday, May 06, 2012

TERBALIK

Assalamualaikum,

Semalam semasa aku dan suami serta dua anak aku dalam perjalanan menuju IPOH.. . . . tetiba..

..................menyiput le pulokkkk.....

PASTU KEDENGARAN...

NENNNG NONGGG...IYUT IYUUUUT IYUUUT..PONNN PONNN..
SILA BAGI LALUAN, SILA BAGI LALUAN.....

Beberapa motorsikal pasukan  penyelamat mencelah dan mencilok laju di antara kenderaan yang menyiput ini.

Aku dan suami tertanya tanya....

" Eksiden ke kat depan tu?" aku bersuara.

" Ambik kamera...get ready..." kata somi tercinta.

Fire Engine...neng nong, neng nong minta laluan pula.

Kami lagi suspense.

Pastu TRUCK TUNDA pasukan polis minta kami ke tepi.

Aduhaiiii...apekemender nya kat depan tu. 

Jalanraya bertentangan arus sudah lengang. Pastinya tersekat atau menyiput macam kami juga.

dan AKHIRnya...teka teki kami terjawab....



LORI TERBALIK di laluan bertentangan..


Bawa TONG TONG gas pulak tu.
Alhamdulillah apek tu tak apa apa.
dan takder tong gas nya yang meletup!!


Alhamdulillah...kenderaan kami terus melunjur laju selepas terhinjut hinjut di Jalan Istana kelmarin, Sabtu 5/5/2012. sekitar jam 2.30 pm.






p/s agak agak ada yang ngutip nombor tak...ishhhhh

Sekian....mak Ngah melaporkan dari Blog Dunia Perayau..

hehehehe

Saturday, May 05, 2012

Basic Art..

Assalamualaikum,

Ada orang kata sekeping lukisan dapat menggambarkan seribu cerita.
Lukisan boleh membuahkan pelbagai ekspresi.
Satu garisan boleh meluahkan pelbagai makna.
Satu titik boleh menyatakan  pelbagai maksud.
.
.
.
Tapi kalau tak pandai melukis dan mengintrepretasi, segala garisan, titik atau CAKARAN hanya akan tinggal garisan, titik dan cakar...kerana ianya tak memberi apa apa makna.

hehehe

Sebagai seorang guru TADIKA, aku juga perlu mengajar cara cara membuat TITIK, GARIS dan CAKARAN ini kepada anak anak muridku. Mungkin titik titik, garis garis atau cakaran ini tidak memberi apa apa makna kepada mereka sekarang tetapi aku juga tidak tahu berapakah kebarangkalian bagi TITIK TITIK, GARIS GARIS dan CAKARAN CAKARAN  ini dapat menghasilkan ribuan ringgit di masa akan datang. 

Lukisan di bawah ini mungkin mudah kerana ianya adalah perkara asas.
Ianya mungkin hanya dipandang sebelah mata yang kuyu oleh seorang dewasa.

....tapi cuba cari seorang kanak kanak berumur 5 tahun. Lihatlah cara dia membuat titik titik seperti di bawah dan  menghasilkan bunga bunga seperti yang ditunjukkan. Pemerhatian kita mungkin menyebabkan kita lebih perihatin akan keupayaan seorang kanak kanak.










Lukisan dot dot ini dibuat menggunakan q-tip ( putik kapas korek telinga tuu hehe)
 Celup dalam paint..dan buat dot dot mengelilingi bulatan.
Kemudian dengan menggunakan cat warna yang berlainan dan q-tip yang baru diulangi semula pada bulatan yang lain pula.
Garisan atau 'strokes' diperlukan untuk membuat tangkai dan daun serta background tanah.
Semuanya menggunakan perkakasan putik kapas dan cat air.
Pada bahagian tengah bulatan pula, anak anak dikehendaki meletakkan gam dan menaburkan serbuk 'glitters' untuk menaikkan 'mood' dan 'aura' bunga...hehe




  Lukisan HARIMAU BELANG yang GARANG dan BENGIS ( bengis ke? hehehe ) ini terhasil dari garisan garisan warna garang. merah, kuning, hitam. 

Warna warna panas ini digariskan secara sekuen.
Bagi anak anak yang mahu mengikut arahan akan membuatnya dengan baik. 
...tetapi bagi anak anak yang mempunyai 'kreativiti tersendiri' maka harimau belang yang ingin dihasilkan mungkin akan bertukar menjadi seekor KUGER yang berwarna HITAM keseluruhannya.....hahahahahaha.

okay..( aku wonder kalau KUCINGORENGEMOK hepi ke tak kalau ada anak murid aku kalerkan semuanya oren belaka )

Anda ingin mencuba kepada anak anak kecil anda.
Cubalah...


sekian

Monday, December 19, 2011

Oh...

Assalamualaikum,

" Abahnya tak merokok. Tapi masalahnya...anak yang dah jadi perokok tegar."

Aku terkedu menelan air liur bila salah seorang teman sebilikku bersuara

Kami sebilik sedang menyuarakan rasa tidak puas hati kami tentang segelintir jemaah lelaki yang masih lagi berdegil merokok di kawasan bangunan tempat tinggal kami. Ianya cukup mengganggu para jemaah terutamanya bagi jemaah yang telah berusia dan berpenyakit. Bagi aku, memang mereka yang masih menghisap rokok ini tidak memikirkan hak orang lain.
" Bukan anak ko baru tingkatan 5, Fa? "
" Ya lah.. yang tingkatan 5 tu la. Tapi dia lah hero rumah tu. Dari darjah 4 lagi dah ngisap rokok, kak. Apa nak jadi pun tak tahu lah saya."

Terlopong aku sobontar.
Den macam tak percaya jer sebab den tengok dalam banyak banyak kawan den yang sebilik tu, si Fa inilah yang nampak paling warak.

" Budak tu memang nak menduga saya sejak kecil lagi, kak"

Aku terfikir fikir la kalau anak dia ni dah jadi perokok tegar semenjak umur 17 tahun lagi, dah nikotin penuh tepu dalam dada semenjak muda belia...kalau dah umur umur petang macam aku ni macam mana pula?
Gamaknya itulah sebabnya ada jemaah yang tak boleh nak diberi teguran ataupun nasihat biarpun berkali kali disuarakan oleh pemimbing bila dah sampai ke tanah suci Makkah...GAMAKNYA laa..

Tapi Allah Maha Mengetahui..
Allah juga Maha Mengasihani..

" Ko jangan putus asa, Fa. Terlanjur kita dah sampai di sini, ko kena doakan untuk dia. Jangan biarkan dia hanyut.."
Itu saja nasihat yang aku mampu beri pada teman sebilik aku yang juga merupakan seorang guru.

" Otak anak saya tu pandai, kak. Dalam pelajaran tak ada masalah besar. Tapi tang akhlak tu, saya memang dah rasa nak give up. Dah hard talk. Dah slow talk..Apa sebabnya pun saya tak tahu. Di mana silapnya pun saya tak nampak..Kadang kadang kita yang jadi cikgu ni rasa agak terkilan juga. Mendidik dan menasihat anak orang lain tapi anak sendiri..." tergantung ayat kawanku itu di situ.

Terdiam dia. Aku nampak matanya sudah mula bergenang dengan air mata.

Ya memang..kadang kadang lebih mudah mendidik anak orang berbanding anak sendiri.
Aku tahu rasa keterkilanannya itu.

" Baca Yassin tepi telinga dia masa dia tengah tidur..Ko pernah buat tak?" aku bertanya.

Dia senyum.

" Bila malam payah nak berjumpa dengan anak saya tu, kak. Merayap, menyelinap.."

" Adui..budak jaman sekarang!!"

" Ko bacer je la bila bila masa dia dah tidur..Tak kisah le malam atau siang. Kalau dia terjaga tengok kau baca Yassin sebelah dia tu lagi baguih.."

" Apasal kak?"

" Bagi dia gerun sikit...ko kata je la...Mak baca yassin ni sebab ada orang dah NAZAK. tak boleh nak dibuat apa dah..Kalau dia faham, faham la.."

Kawan aku tergolak besau.

" Biar bonau kak ni !"

Aku pun tergelak juga sambil teringatkan peristiwa suatu masa dulu aku pun pernah di baca Yassin oleh ibuku.
TAKKKKK...aku BUKAN MEROKOK!!
.
.
.
.
..
CUMA DEN NI ada penyakit!
PENYAKIT tak dongar kato!!!


sekian

Friday, December 16, 2011

Jemuat..

Assalamualaikum,

JEMUAT?

Gabungan perkataan baru JEMU JUMAAT!
.
.
.
.
atau
.
.
.
.
boleh jadi juga JEMUR JUMAAT!


" Hida tak merasa berjemur kat atas bumbung Masjid. Cuba kena sekali, baru tau panas atau tak"

" Rasa macam air dalam seluruh badan kena sedut"

" Dari jam 11.30 am sampai 2.00 pm "

" Masa matahari tepat atas kepala...baru teringat betapa ngerinya di padang Mahsyar kelak "

Itu cakap cakap orang yang kena solat Jumaat.
Itu cakap cakap orang yang terpaksa mengharungi jutaan jemaah untuk ke Masjidilharam sewaktu minggu minggu terakhir ke hari wukuf.

Oh..Mengutip pahala 100,000 rupanya tidak semudah yang disangka.

Kalau kat Malaysia, jam 11 pagi, ada yang masih nguap nguap atas katil.


Amboooiii...mak ayah dia ni tak ajar MENGUAP KENA TUTUP MULUT ker?
meh sini cikgi ni ajar..


sekian

Wednesday, December 07, 2011

Balik kepada asas..




Assalamualaikum,

Seorang petani ingin menanam sepohon pokok rambutan di kebunnya.
Dia akan meninjau keadaan tanah kebunnya.
Dia akan menyelidiki terlebih dulu keadaan tanah tanih di kebunnya.
Satu keperluan untuk menyelidiki dan mengetahui keadaan tanah tanih kerana pengetahuan ini akan berupaya menghasilkan pokok rambutan yang subur dan mengeluarkan buah yang baik.
Untuk menghasilkan pohon yang baik maka tanah mesti subur dan bergaram galian yang sesuai, perlu ada air dan saliran yang baik, perlu ada cahaya matahari yang mencukupi.
Pendekata, penghasilan yang baik memerlukan asas yang baik.

Menjana model insan..beerti cuba menghasilkan insan insan yang berakhlak mulia yang dapat menggunakan akal fikiran yang baik dan dapat menapis perkara perkara yang buruk.

Manusia ada akal tapi ramai yang tidak dapat menggunakannya dengan baik lantas sering melakukan perkara mungkar dengan sewenang wenangnya. Membunuh, mencuri, minum arak, berzina, berfoya foya...dan adakalanya berperangai lebih buruk dari binatang dan ini bukannya seorang manusia yang layak dipanggil INSAN sebaliknya hanyalah layak dilabelkan sebagai ANNAS - satu bentuk manusia yang berakal tapi tidak dapat membezakan antara perkara yang dilarang Allah dan perkara yang disuruh Allah.

Walaupun kedua dua perkataan ini yakni INSAN dan NAS bermaksud manusia tetapi terdapat perbezaan yang cukup besar di antara keduanya. Dan hanya PENGHIJRAHAN yang dapat membezakan di antara dua kelompok manusia INSAN dengan manusia NAS.

Sekiranya seorang pemuda Mu'min inginkan keturunannya menjadi manusia yang bergelar INSAN, dia tidak akan sewenang wenangnya memilih pasangan hidupnya secara semborono. Dan seorang pemudi Mu'minah juga tidak semudahnya menerima sebarangan orang untuk memimpinnya dalam melayari bahtera rumahtangga.

Seorang pemuda yang baik pastinya mengharapkan pasangannya nanti dapat menjaga anak anak dari benihnya agar terus menerus memiliki akhlak yang mulia sekaligus membentuk manusia yang bergelar INSAN. Anak yang menjadi model INSAN ini dikandung, disusui, dipelihara, dididik, dibelai oleh pasangannya agar nanti segala tanggungjawab itu tidak dipersoalkan dan dituntut di akhirat kelak.

Soalnya sekarang apakah diri kita ini sudah menjanakan diri sendiri, diri keluarga, diri masyarakat untuk menjadi MODEL INSAN?

Betapa ramai pemuda di luar sana yang mengambil isteri dengan hanya melihat dari satu sudut kategori saja yakni KECANTIKAN LUARAN lantas selalu alpa untuk menyelidiki KECANTIKAN DALAM. Perangai buruk bakal isteri selalu diabaikan. Akhlak yang tidak senonoh diketepikan dahulu kerana menyangkakan pasangannya nanti dapat dibentuk di kemudian hari. Tapi didikan dan tarbiyyah dari si suami rupa rupanya hanya sebuah impian yang tidak kesampaian dek kerana si suami juga kesibukan mengejar habuan untuk dunia.

Rumahtangga yang diharapkan menjana MODEL INSAN hanya tinggal harapan. Isteri tidak terdidik. Anak tidak terjaga malah betapa ramai ibu ibu hari ini yang lebih mengutamakan jagaan kecantikan bentuk badan untuk dipamerkan pada 'ayah ayah' anak lain dari ayah anak sendiri!
Betapa ramai juga isteri isteri yang keluar rumah dalam keadaan menghairahkan suami orang lain dari menaikkan syahwat suami sendiri!
Alangkah malunya bila si suami seakan redho dengan si isteri yang berakhlak seperti MODEL ber'jenama dan berlabel' ini.
Bayangkan MODEL KELUARGA sebagaimanakah yang akan dijanakan oleh pasangan seperti ini?

Mungkin entri ini kelihatan begitu menghiris hati tapi bagiku tidak terlambat untuk mana mana individu atau pasangan suami isteri atau keluarga untuk sama sama BERHIJRAH. Bagiku perkara asas sebegini perlu diketahui oleh setiap manusia yang ingin bergelar INSAN...dan pengHIJRAHAN satu satunya tuntutan untuk itu. Moga PENGHIJRAHAN akan membuatkan diri dan jiwa merasa lebih tenteram dan tenang terutamanya jika ingin dijemput menjadi TETAMU ALLAH.

sekian

Tuesday, November 29, 2011

Layakkah aku menjadi tetamuNYA?

Assalamualaikum,

Hati yang sayu sering menemani diriku kerana mengenangkan diri yang tak punya apa apa selain anak anak yang dilahirkan tahun demi tahun.

Wang simpananku tidak pernah ada.

Semua perbelanjaan sara diriku, anak anak dan keluarga datang dari gaji bulanan suami.
Wang untuk perbelanjaan ke sana ke mari semasa bercuti juga datang dari poket suamiku.

" Saya teringin nak ke Mekah..tak kira samada untuk menunaikan haji atau umrah" aku suarakan hasrat hati suatu hari pada suami.

Airmataku selalu mengalir ketika menonton siaran langsung yang dipancarkan dari Masjidil Haram tak kira samada ketika solat sunnat tarawih atau solat sunnat hari raya apatah lagi siaran langsung dari Arafah yang menayangkan jemaah haji di sana.

" Duit kita cukup cukup jer untuk perbelanjaan hari hari " itulah jawapan yang sering diberikan oleh suamiku.

Dan ianya seolah olah satu jawapan muktamad dan aku akan diam menyimpan hasrat yang tidak pernah terpadam.
.
.
.
.
.
.
Ini hanyalah satu entri permulaan bagi aku memulakan penulisan mengenai perjalananku dalam menyahut seruanNYA.

Penulisan adakalanya tersekat dek kerana sayunya hati untuk meluahkan apa yang tersirat dalam hati lantas apa yang ditulis akan di padamkan.
Kalimah hati adakalanya tidak selari dengan bait bait yang dirangkaikan dan ianya kelihatan pincang dan kaku kerana tiada roh di situ.

Aku ingin menulis dengan jiwa dan bukan sekadar memaparkan penulisan yang hambar dan tidak bernyawa..jadi fahamilah kawan kiranya penulisanku adakalanya kelihatan seperti orang yang meracau dan merayau..berdebu dan berhabuk atau mungkin hapak dan haprak seakan akan menggambarkan keadaan mereka yang berjalan kaki tak berkasut dari Makkah ke Arafah..
.
.
.
kerana perjalanan mencari keredhaanNya bukanlah seperti berjalan dan bersiar, melancong atau melencung di Kota New York, London, Paris atau Chicago..

sekian

Wednesday, November 23, 2011

Satu perjalanan..


Assalamualaikum,

Perjalanan menuju bumi barokah cukup mengharukan.
Ianya bukan sekadar perayauan fizikal tubuh badan tetapi yang lebih penting perjalanan rohani dan jiwa yang mengharapkan keredhoan Ilahi.
Persediaan untuk ke sana bukan sekadar persediaan kesihatan diri dan keperluan fizikal tubuh badan tetapi jua pengisian rohani agar jiwa terisi dan tidak kosong.

Walaupun secara mata kasar bekalan untuk fizikal tubuh badan penting tetapi kiranya roh dan jiwa tidak mempunyai bekalan yang betul betul mantap maka akan rugilah diri yang mengharap keredhoan Ilahi.

Terlalu banyak konklusi serta rumusan yang boleh aku simpulkan dari perjalanan fizikal dan rohaniku ini. Cuma samada aku berupaya menzahirkannya dalam penulisan, aku pun tidak tahu. Aku tahu aku perlu berkongsi pengalaman dan rumusan rumusan itu tapi aku mungkin tidak berupaya menyatakan apa yang bermain di kepalaku. Mungkin aku takut kalau kalau rumusan itu disalahertikan lantas menyesatkan yang lain. Atau mungkin aku takut ianya kelihatan terlalu berat untuk dipikul oleh individu lain. Tapi yang pasti perjalanan ku itu sebenarnya satu jihad bagiku...bagi tubuh badanku secara fizikalnya serta juga perjalanan yang indah buat rohaniku.

Dan aku kira tidak salah sekiranya aku paparkan di sini satu lakaran sajak yang dapat aku ukirkan semasa di sana :-

" Ku titipkan rasa rindu di langit luas bebas tak berawan..
Kerdipan bintang yang menemani rasa sayu yang menggigit jiwa..
Angin sejuk dari bukit menyapa lembah,
apakah mungkin dapat kufahami perkhabaran dan berita..

Di sisiku bisikan bacaan quddus memuji Ilahi..
Aku di sini duduk berfikir kenapa diri ini dicipta
dan jalan mana yang dapat kususuri nanti..
Kanan atau kiri..
maju dengan masa yang tidak mengenal erti undur..

Penciptaan manusia yang pelbagai rupa bentuk, warna dan bahasa..
Di jemput menjadi tetamuNya

Dhuyufurrahman...satu jemputan yang tiada tandingan..

Dan mereka menyahut jemputan itu
Seorang demi seorang
dan datang berbondong bondong
dan bergerombolan

Oh..janjiNya sangat benar..
"Labbaikallahumm malabaik..labbaikala syarikala kala baik.." sahut mereka.
Menepati waktu dan tempat dan ....
satu peristiwa besar tercipta!
Menzahirkan apa yang termaktub dalam KalamNya!

sekian

Thursday, May 19, 2011

Sajer nak pesan pesan..

Assalam,

Hari tu masa Ustazah bagi penceramahan pasai masaelah wanita dalam mengerjakan haji, dia ada remind 2 perkara.

Dua perkara ni dia kata RAMAIIIIIII orang pompuan MELEYSIA yang tak berapa nak ambik kisah sangat tapi ganjaran pahala amalan perbuatan ini amat LUMAYAN juga.

1) Bersujud TILAWAH atau bahasa mudahnya Sujud Sajjadah.
Kalau dilihat di dalam Al-Quran, ada 15 tempat yang bertanda macam kubah mesjid kat hujung ayat ayat quran menandakan ianya adalah ayat sajdah. Apa nak buat kalau baca ayat ni dalam solat??
Okay...lepas habis baca jer terus sujud sajjadah..dan bacaannya pula dah aku biasa tanya dalam entry entah bila dulu dalam blog aku nih.
Kalau sedang membaca ayat ayat ini di dalam Al-quran dan kita berwudu' serta menutup aurat lengkap, disunatkan kita berdiri, mengadap qiblat, bertakbir serta terus bersujud dan membaca bacaan sujud tilawah itu.

Tetapi jikalau sekiranya membaca ayat ini ketika mana kita tidak berwudhu', sebagai ganti sujud disunatkan bertasbih, " Subhanallah walhamdulillah wa laailahaillah allahu akbar"

DI MALAYSIA, jika sekiranya kita dapat pergi solat pada subuh hari Jumaat di surau surau atau masjid yang imamnya membaca ayat sajdah ini pada rakaat pertama, jangan lah kita terkejut sekiranya dia terus sujud apabila selesai membaca ayat dan kemudian bangun dan menyambung lagi bacaan ayat setelah selesai bersujud.
Perkara ini mungkin kita akan temui di Masjid Nabawi dan juga di Masjidil haram atau di mana mana masjid bila Imamnya membaca Ayat sajdah...

Kang buat macam blurr tak pernah dengor le pulok!!
Kata imam tambah rakaat le, aper le kan, kan, kan???
Kerana mungkin ramai wanita Mesia kita ni kurang pergi bersolat Jemaah di masjid atau surau
( epesiali subuh Jumaat ) jadi jaranglah nak terjumpa situasi ini.

2) Satu lagi perkara yang mungkin ramai sudah sedia maklum ialah SOLAT JENAZAH.
Aduhai... kat Mesia ni, kalau kita nengok betul betul time orang solat jenazah, memang orang pompuan TERRRR sangatttttlah sedikitnya untuk turut berjemaah bersama. Walhal bukannya susah sangat wehhhhh...

Solat jenazah 4 takbir je. Takyah rukuk, sujud, duduk ape kemender pun.

a) Berdiri tegak, niat untuk solat jenazah lelaki atau pompuan...atau ramai.
b) Lepas takbir pertama, baca fatihah.
c) Lepas takbir kedua, baca selawat macam selawat dalam tahiyyat akhir sembahyang biasa kita tu.
d) Lepas takbir ketiga, baca doa untuk si mati yang tak panjang mana pun doa tu.
e) Lepas takbir keempat, baca doa juga...tapi kalau rasa panjang...tak baca pun tak per..kalau pandai baca, lagi le bagus.
f) Pastu bagi salam...kalau jadi makmum, tunggu je la tok imam buat, kita ikut. ( tapi, pastikan imam tu tahu bersolat jenazah la..kang jadi lain pulok!!)

Aspek solat jenazah eloklah disentuh kerana selepas solat fardhu di setiap waktu di Masjid Nabawi dan juga di Masjidil Haram, akan adanya solat jenazah dan di umumkan pada jemaah untuk turut serta. Ianya, of coz la, diumumkan di dalam bahasa Arab...dan rugi lah kita tak turut serta kerana ganjaran pahala untuk bersolat jenazah ini ialah sebesar Bukit Uhud.
.
.
.
errrrr...
hihihi...sebut pasal solat jenazah, meh aku cerita masa mula mula BINGUNG dengan announcement yang dibuat oleh Imam untuk bersolat jenazah di masjid Nabawi.
.
.
.
Aku ingatkan solat sunat HAJAT ke apa kerr..
Aku pun turut la serta...al maklum...nak ganjaran..
SEKALI DEMER BUAT SOLAT JENAZAH..
.
.
.
lepas fatihah...Imam TAKBIR, aku ikut laa...
ORANG LAIN TAK RUKUK, aku pulak pi rukuk..sebab aku ingat kut depa solat sunnat..
.
.

HAHAHHAHA..
PASTU aku pun MUFARAQAH sebab aku dah niat solat sunat...dan teruskan solat 2 rakaat macam takder mender mender......
Tapi aku duduk kat hujung satu barisan ngan MAK MAK ARAB, lepas depa selesai solat jenazah, depa pakat pakat tengok aku...
HIHIHIHIHIHIHI..
Aku buat derkkkk je la...aku tau la depa solat jenazah tapi aku tak FAHAM SEBELUM TU TOK IMAM UMUM APEKEMENDER..
ape nak buat kannnn....
DAH TAK FAHAM ARAB.
hehehehhe
.
.
.
Tapi lepas terkena sekali tu, alhamdulillah, aku join le demer buat solat jenazah.
Tang niat dan doa tu, aku tak tau yang mati tu pompuan ke lelaki ( ni pun sebab tak faham ARAB) , jadi aku buat niat untuk umum dan doa untuk umum.

.
.
ITU pengalaman aku...hihihihi..
ya laaa..korang gelak la kat aku....hihihihi...buat camner kan?
hihihihihi...

sekian

Friday, February 18, 2011

Perlukah dia dtemani lagi..?

Assalam,

Cerita hari Jumaat sepatutnya kena ada nilai agama.
Kena ada ingat mengingati.
Pesan memesani.
Supaya pahala diperolehi berganda.
.
.

Tetapi entah kenapa kepala otak aku tetap nak ingat satu kisah dalam hidupku ini.
Dalam banyak banyak perkara, asyik perkara ni juga yang keluar.
HAIHHHH...
.
.
.
.
Jadi aku kena tulis...
....aku kena tulis..
Kalau tidak ianya bagai igauan yang menganggu aku siang dan malam!
hahaha...
( MACAM LE DOK MENGIGAU KAN?!! )
.
.
.
Kisah berlaku di pertengahan tahun 70 an semasa aku telah pun mencapai umur MUMAIYIZ.
Umur dimana seseorang telah tahu menilai perkara yang baik dan perkara yang kurang baik.
Oleh itu sePATUTNYA lah perlu ada dalam diriku SIKAP untuk menentang bila datang perkara yang tidak baik dan SIKAP untuk menerima bila datang perkara yang elok.
Barulah aku menjadi anak ( atau anak saudara ) yang baik..
( errrr...tapi kemusykilan datang dengan satu pertanyaan... BAIK KAH AKU? hahaha )
.
.
Pada satu pagi Sabtu yang tenang dan damai.
.
.
.
" Nin ( satu panggilan MANJA ), seksiap cepat! " arah mak saudara aku yang umurnya 10 tahun lebih tua dariku itu.
" Nak pergi mana? " tanyaku dengan penuh keterujaan.
" Teman Kak yah jumpa MADES "
.
.
.
....setelah sekelian lama maka ibu saudara aku telah bertukar BOPRENnya. Kali ini nampak gayanya lebih serius. Umurnya sudah melepasi usia persekolahan. Maka hubungan juga mungkin lebih matang.
.
.
.
TAPI CARA nak JUMPA tetap SAMA..
dan AKU?
TETAP KENA JADI BODY GUARD!!
.
.
.
" Malas lah. Bukan best pun"
.....kali ini aku sudah pandai menjawab.
Dan memberi satu bangkangan.
.
.
" Ala...nanti Kak yah bawak tengok wayang la.." satu tawaran di LAYORKAN padaku.
" Kita makan ais kacang bawah SUPERMARKET....Nak?" satu lagi tawaran yang agak menggiurkan.
.
.
.
Imanku sememangnya senipis kulit bawang.
Wayang?
Mungkin ada cerita kartun yang best.
Ais kacang?
FUH...bawah supermarket itu kalau dimakan bersama Char KEOW TEOW.
.
.
maka sekali lagi aku menjadi ANAK SAUDARA SANGGUP!

Bersiap siap lah aku dengan pakaian terbaik yang ada.
Kemudian kami sama sama menunggu bas Merah.
Meneruskan perjalanan menuju bandar Taiping.

Di sana, MADES sudah sedia menanti dengan sabar.
MADES sememang begitu sifatnya. Seorang jejaka sejati yang penuh hikmah.
Cukup menawan hati ibu saudara aku yang seorang itu.
Mungkin GENG TUKURO memang begitu kut selayaknya.
Errr..rasanya..
.
.
.
Setelah agak lama mereka berbual bual dan aku pun sudah kenyang membalun semangkuk ais kacang maka janji untuk menonton wayang pun dituntut.
Mereka berdua bersama aku yang berada di tengah tengah menuju ke sebuah panggung wayang yang berdekatan. Meninjau ninjau filem apa yang ditayangkan. Cerita MELAYU.
.
.
.
.
.
dan...
.
.
.

dan...
.
.
.
.
dan...
Dan tup tup cerita " LOCENG MAUT " menjadi pilihan.
.
.
.
.
.
.
.
LOCENG MAUT?????
.
.
.
.
.
.
.
LOCENG MAUT???
.
.
.
.
AHHHHHHHHHHHH....
AHHHHHHHHHHHH...
AHHHHHHHHHHHH
....
.
.
.
.
Alangkah MALANGNYA NASIB SEORANG ANAK SAUDARA YANG TERPAKSA MENGUAP NGUAP DI DALAM PANGGUNG.
.
.
.
KEJEMUAN...
KEBOSANAN..
TERASA SEPERTI MAHU MELOMPAT LOMPAT DI DALAM PANGGUNG WAYANG ITU!!


p/s
" Loceng Maut " adalah filem MELAYU dibuat berlatarbelakangkan ala ala purbakala dan ingin mengenengahkan ilmu persilatan Melayu. Ianya dibintangi oleh Hussien Abu Hassan, Teh Faridah dan Norizan.
HEROIN kira LAWA sebab RATU MALAYSIA la katakan...
tapi lakonannya.....
TULUNGGGGG!!!
TULUNGGGG!!!!!
.
.
depa tak mau pulak tayang kat TV1 ka, TV2 ka, ASTRO ka....
ulang ulang macam cerita cerita P Ramlee.
.
.
.
Kalau tidak, NESCAYA akan ada yang bertukar TV baru pulak nanti!
hahahahaha
.
.
.
ooooppppsss..
cerita belum tamat betui lagi.
Karangan kena ada konklusi.
.
.
.
DAN entah kenapa AIS KACANG yang telah dimakan oleh seorang anak saudara sebelum menonton filem itu TERASA ingin dikeluarkan semula!!.
Errr..sila ambik plastik.

sekian

Friday, December 31, 2010

Play dummy..

Salam,

Lokasi : Rumah Hijau, Kuching, Sarawak.

Masa : Tengahari - waktu makan

Menu : 4 orang order Nasi ayam penyek, 1 orang order laksa Penang, 1 orang order mee goreng ( alasan sebab tak makan ayam)

Para pembaham :
Laksa - officer Sarawak,
Ayam Penyek -
1 officer Sarawak,
1 Boss China yang suka makan masakan Melayu,
1 pekerja dari Semenanjung,
1 cikgu Tadika cum makcik yang humble (hahaha),
Mee goreng - officer pompuan yang umur lebih kurang sebaya TM dari Semenanjung.

Butir butir percakapan di permulaan waktu makan :

Bla bla bla..
sok sek sok sek..
cakap omputih campur Melayu.
( Kalau dengan aku, cakap Melayu...sebab takut aku tak faham bahasa OMPUTIH..hahaha..aku sebagaimana biasa hanya play DUMMY..kira senang cakap BUAT BODO....al maklum cikgi TEDIKAR )
.
.
.
Sampailah waktunya ayam Penyek dihidangkan dan terdapat pelbagai ulam ulaman yang menyertai ayam penyek itu.

Sekali.....tiba tiba!

" Errrr...ulam ulam ni nama apa ye?" tanya Boss berbangsa China itu.
.
.
semua macam diam jer.
.
.
Lamaaaa...

Sekali lagi,

" Sedap nih, ulam apa?"

Senyap juga. Masing masing makan buat buat macam tak dengar.
.
.
.
.
Maka aku pun bersuaralah dengan humblenya,
" Oh..ini ulam raja, ini kacang botol, ini daun selom, ini kacang panjang, ini timun."
( dalam hati - nak tahu tak nama scientifiknya pula?... kegunaan?...khasiat? )
.
.
.
hehehehehe

Mujur ada cikgi TEDIKAR yang menyelamatkan keadaan.

sekian

Tuesday, November 23, 2010

Wat gos araun...

Salam,

Kawan kawan, hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk " Wat gos araun.."

Begini ceritanya....

Pada suatu waktu, semasa seorang nenek dan cucu serta cucu menantu pompuannya hendak naik kapalterobang tiba tiba mereka mendapati cucu lelakinya itu terpaksa duduk berasingan.
Cucu menantu pompuannya dan nenek itu duduk di bahagian tengah kapal terobang manakala cucu lelaki duduk bersama dua lelaki lain di seat bersebelahan.

Ada 4 seats di tengah tengah itu.

Oleh kerana cucu menantu pompuannya itu sedang mengandung maka dia memilih seat yang hujung sekali bagi memudahkannya keluar masuk ke tandas!! hehe..
Maka nenek itu pun mengambil seat yang kedua.
Tidak berapa kemudian datanglah dua penghuni seats yang ada dua lagi.
Sepasang suami isteri yang agak bergaya sekitar umur awal 50 an.

Si isteri melihat nenek dan cucu menantu pompuannya itu.
Suaminya menyuruh dia duduk di sebelah nenek tadi tetapi dengan memek muko yang agak EKSYEN, si isteri enggan menurut perintah suami.
Maka terpaksalah si suami duduk di sebelah nenek tadi.
ISH ISH ISH..

Apalah salahnya siisteri duduk di sebelah nenek itu.
Bukannya nenek itu ada kuman H1N1 pun.
Tak baik tau..
Cucu menantu nampak reaksi muko si isteri.
Nenek tu memang la tak nampak sebab dia dok suspense nak naik kapalterobang buat pertamakali dalam sejarah hidupnya.

Apa yang dilecehkan sangat duduk di sebelah orang tua berusia70 tahun?
Orang tuo itu dulu pun pernah muda.
Orang tuo itu pun dulu pernah cantik.
Orang tuo itu pun ada kelebihannya.

Mungkin pompuan itu tak tahu bagaimana sedapnya kuih seri muko nenek itu.
Mungkin pompuan itu tak tahu bagaimana enaknya gulai ikan sembilang laut nenek itu.
Silap silap haribulan pompuan itu nak menyiang sembilang laut pun tak tahu.
.
.
Wahai pompuan ingatlah yo..
Suatu hari nanti engkau juga akan tuo.
Apa rasanya pulak kalau orang lain buat macam tu kat ekau.
Baru ko tahu nanti..
Apa orang putih kato...
Hmmm...

wat gos araun kam araun..
wat kam araun gos araun..
macam bunyi cakap SIAM jer.
gitu la lebih kurang..
.
.
.
.
sekian sahaja cerita di musim cuti sekolah ini.

Thursday, November 11, 2010

Status..

Salam,

Sewaktu aku di Chicago, di dalam kelas C.E ku terdapat 20 orang pelajar. 4 darinya adalah perempuan termasuk aku. Selebihnya pelajar lelaki.
Dahsyatkan? 1P : 4L..hehehe

Kalau pensyarah kami pecahkan mengikut kumpulan maka akan disuruhnya setiap kumpulan mempunyai 1 ahli perempuan. Jadi kami yang perempuan ni tak dibenarkan membuat kumpulan sendiri.
4 pelajar perempuan itu ialah aku, seorang budak perempuan Iraq, seorang budak perempuan kulit hitam dan seorang budak perempuan Minah Saleh.

Aku baik dengan budak Iraq itu manakala Minah Itam tu aku kureng suka...
Minah Saleh tu aku tak pernah berkawan. Dia pendiam.....dan aku tengok dia hanya nak berkawan dengan yang sama warna kulit dengan dia ja.
Aku bukan tak suka Minah Itam tu sebab dia ITAM..TAKKKK...
Aku kureng suka sebab dia TERAMAT lah malas buat kerja kerjanya. Homeworknya asek copyright aku punyer...
ADA KE PATUT?!!
Nak masuk group DISKUSI kami, PEMALAS nak mampoih!
Hinggakan waktu exam pun dia asek asek tanya aku...
.
.
AIHHHH nak cari NAHAS dapat straight F?
So dengan Mak Itam ni, bila nampak kelibat dia jer, aku menyorok.
Dengan students lain dia tak berani nak minta tiru homework tapi dengan aku kemain lagi buat samseng.

Ada gak geng geng Mat saleh yang dok perhati tabiat dia datang minta tiru homework kat aku so diaorang ni kata la kat aku jangan bagi muka dekat Mak Itam ni sangat.
Suka TAKE ADVANTAGE!
.
.
So satu hari, bila dia datang desak aku minta tiru homework, aku pun katalah kat dia...

" What were you doing at home? We are all having the same 24 hrs, right. Why couldn't you do you homework like the rest of us?"

.......walaupun waktu tu aku ngeletor juga nak cakap..ngeletor sebab menahan marah...tapi tak nak bunyi macam kureng ajor. ( actually si mak Itam itu memang KURENG AJOR)
.
.
.
Sekali budak perempuan tu cakap la..

" Hei...I have a kid at home to look after. I have to go to work and school at the same time. Juggling all the work."
.
.
OOOO... single mother ghopernya Mak Itam ni.
Aku tanya la anak dia umur berapa?
Waktu tu umur Mak Itam ni duapoh satu tahun.
Anaknya dah 5 tahun. So dia beranakkan anaknya semasa dia umur 16 tahun la...
.
.
.
NIKAH dah ka?
Mana ader nyerrrr...
Trend orang Barat.
Beranak dulu, nikah kemedian.
.
.
.
Errr...tapi aku tengok la ni pun trend tu dah menular masuk ke Malaysia.
UPSR result tak keluor lagi, tapi anak dari perut dah keluor?
.
.
Hai...
15-20 tahun lagi korang rasa akan berlaku tak, BIOLOGICAL FATHER kahwin dengan ANAK BENIHNYA sendiri kat MALAYSIA seperti yang berlaku di luar negara?
Apa nak dihairankan kalau ramai yang menabur BENIH BENIHNYA di merata rata tempat.
.
.
STATUS anak benih yang dilahirkan pula bagaimana?
.
.
.
Pembiakan STATUS apakah ini?


p/s....ngelewor jauh betui aku punya karangan....dari Chicago...terbang sampai Malaysia!!
hahaha...
aku gerammmmm sebenornya nih.
Dengor kabor ada budak umur 12 tahun BERANAK!
BUDAK KAT TENGGANU!! HAIIIIIHHH

sekian

Tuesday, March 02, 2010

Makan angin..

Salam,

Pada suatu hari, semasa di dalam kelas Technical Drawing, rakan aku bertanya padaku samada aku telah membeli bahan kayu untuk kelas 3D. Rakanku ini adalah Az. ( pakwe kepada makcik yang pernah membiarkan aku kesejukan di luar telefon booth...ha ha ha)

Aku benar benar terlupa tentang bahan kayu yang sepatutnya aku beli semasa hujung minggu.
Lalu aku bertanya kepada Az di mana aku boleh dapati bahan kayu tersebut.

Az memberitahuku nama kedai yang berada di downton Chicago. Dia juga memberitahuku direction untuk aku ke sana.
Sewaktu itu aku tidak pernah lagi keluar ke downtown seorang diri. Sebelumnya aku ditemani oleh rakan serumah atau kakak senior.

Az telah meyakinkan aku untuk tidak merasa takut dan gentar. Dia menyuruhku pergi sewaktu lunch break kerana kelas 3D diadakan pada jam 2 petang. Masa untuk lunch break pula ialah dari jam 12 pm hingga 2pm jadi masih sempat untuk aku pergi ke downtown bagi membeli bahan kayu tersebut.

Az menyuruhku menaiki bas dan melukiskan plan arah ke kedai yang dikatakannya itu.

Lalu dalam debaran aku pun menaiki bas seorang diri untuk ke sana. Alhamdulillah...aku sampai ke tempat untuk membeli bahan kayu tersebut.
Aku membelinya secepat mungkin dan kembali kepada ke tempat menunggu bas.
Semasa tiba di tempat menunggu bas ini tiba tiba aku jadi termangu mangu.
Aku hanya tahu no bas sahaja. Oleh kerana jalan di tengah tengah bandaraya Chicago itu hanya sehala jadi aku tidak dapat mencari tempat menunggu bas untuk ke arah yang berlawanan.
Aku hanya pergi ke tempat di mana bas menurunkan aku pada mula mula tadi.
Waktu ni aku dah rasa nak menangis....
Kalau aku naik bas yang bernombor sama itu maka sudah pasti bas itu akan terus ke utara sedangkan kolej aku berada di selatan downtown. Aku dah mula panik!!!
Aku tidak tahu jalan yang mana terdapat bas ke arah selatan.
Aku takut..aku keliru.
Lantas aku naik juga bas yang benombor sama itu walaupun aku tahu ia menuju ke utara.
.
.
HA HA HA HA HA....
KOK AKU MAKAN ANGIN YEAHHHHHHH...
JALAN JALAN SAMPEI ITU STESEN UJONG!
.
.
Seorang demi seorang penumpang turun tapi aku tak juga turun turun. Waktu ni aku duduk seat betul betul belakang drebar bas!!
Jam menunjukkan hampir pukul 2 pm tapi aku dah tak peduli. Dalam hati aku hanya berdoa agar aku sampai semula ke kolej aku.
.
.
Memandangkan hanya aku seorang sahaja yang masih berada di dalam bas itu maka drebar bas tu pun bertanyalah pada aku,
"Whetchu goin', mem?"
.....dalam dialek pekat Pak Itam Chicagonya.
" Am goin' to IIT"
" Oh....dat's way back in South. Mem"
" Yeah..I know..but I made a mistake by takin' dis bus'"
"It's okay mem, EVEN SMART PEOPLE MAKE MISTAKE!!"
.
.
HA HA HA...
aku macam nak hempok kepala sendiri.
Betapa malunya aku kat drebar bas tu!
.
.
" Dis bus goin' back there..no worry mem, but u 've to wait 5 minutes cos I'm goin' to rite sumthin'"
.
.
Fulamak lega aku..drebar bas tu kena register sekejap...lapur diri tentang route dia. Kemudian dia pun drive balik bas yang sama menuju ke selatan semula.
Buat laluan balik ke downtown Chicago dan sampai le semula ke kolej aku.
Cuma laluan ke selatan mestilah jalan lain sebab mostly jalan di kota raya itu SEHALA!
.
.
Aku sampai ke kelas dah pukul 3 lebih.
Masuk kelas dengan muka macam nampak hantu.
Pucat lesi dan lembik sebab letih dok dalam bas.
Az tanya pasal apa aku lambat sangat masuk kelas.
.
.
Aku KATA.." HANG BAGI DIRECTION NAK PERGI SAHAJA TAPI HANG TAK BAGI DIRECTION NAK BALIK!!!! AKU SESAT NAIK BAS SAMPAI NORTH. STESEN UJONG!!!
MUJUR AKU TAK KENA CULIK"
Dia gelak macam PONTIANAK KAT AKU...
ha ha ha ha ha ha ha..
.
.
CISSSS...
.
.
sekian

Tuesday, January 05, 2010

Rasa nak LEPUK!

Salam,

Minggu lepas, my phone number ditaruh dalam paper sebab nak cari cikgu tadika.
Cikgu berhenti last minit kerana dapat offer kat sekolah JAIS.
Kelam kabut la aku ni..
Alhamdulillah...akhirnya dapat guru untuk menggantikannya.
Memang agak ramai yang call dan bertanya tentang kerja tu..
ramai juga yang dari kalangan siswazah.
Mesti diorang susah dapat kerja nih!
Mungkin ada yang graduasi guru.
.
.
.
Dalam ramai ramai yang call aku tu termasuk le sorang lelaki yang dah jadi 'wanita'.
Itu kira mengkagumkan lah juga..
Tak pernah lagi aku dapat call untuk jadi cikgu tadika jenis MAMA AUW AUW ni.
.
.
Dalam pada tu juga, aku dapat sms yang jenis memang nak kena LEPUK.
Buat sms subuh subuh hari..
.....macam KUCING JANTAN MENGIAU MALAM!!
Geram betul aku!!!
.
.
Hah..korang nak sekeh tak orang jenis macam nih?
Ini adalah contoh manusia dari golongan YANG SUKA BUAT PRANK SMS NI.

Nama yang dia kasik : Izuan
Cerita dia : Kekonon mati bini.
Nombor dia :0193673991

Jom kita pakat SEKEH sorang sekali.
Dia dok hantar sms merapu rapu kat aku.
GERAM SUNGGUH!!

Tak tahu bahasa orang marah.

sekian

Tuesday, December 15, 2009

Kunyah sireh??? anyone

Salam,
Di bawah ni ialah gambar daun sireh.
Daun sireh yang ditanam di belakang rumah Mak mertua aku yang ke2.

Kegunaan daun sireh ini bukan sahaja untuk kunyahan tapi dalam dunia perubatan tradisional ianya juga pernah digunakan untuk memberhentikan darah pada tubuh badan yang terluka.

Kenapa sireh mesti diletakkan pada tepaknya seperti dalam gambar di bawah ini?
Kenapa ianya menjadi simbol penting dalam adat resam tradisional orang orang Melayu?
Pada masa dahulu tetamu disambut dengan sireh pinang ketika memulakan tutur bicara yang penting.
Kenapa?
Pada masa sekarang, tepak sireh ini tiada lagi berperanan sebagai alat penting dalam membuka bicara bahkan ramai dari kita yang tidak tahu langsung bahan yang perlu dibubuh di dalam cembul pada tepak sireh di atas.
Malah ramai dari kita juga tidak tahu bagaimana cara untuk mengunyah daun daun sireh itu..
Mengunyah daun sireh ini sebenarnya lebih kpada satu tabiat.
Seperti juga menyentel tembakau.
Dan aku rasa ianya bukanlah satu tabiat yang baik.
Malah ianya juga boleh mendatangkan bahaya pada gusi kerana bahan kunyahan yang diletakkan pada daun sireh itu antaranya adalah kapur.
Kapur boleh mengakibat kanser gusi jika ianya digunakan secara berlebih lebihan.
Rasa daun sireh yang pedas pedas pahit ini juga tidaklah berapa digemari oleh generasi sekarang.
Biarpun suatu masa dulu mengunyah daun sireh merupakan tabiat yang dijadikan adat penting...tapi sekiranya ianya mendatangkan keburukan maka adalah lebih baik tabiat ini ditinggalkan.

Sunday, December 13, 2009

Peghelih..

Salam,

Negeri Peghelih memang tak besag mana. Kalau dulu dulu cikgu aku selalu cakap, negeri Pegehlih ni besag kelemboi ( buih ).
Dengan kata lain - haluih dan orang tak berapa nak perasan.
Tapi masa aku pi menjejakkan kaki ke negeri Peghelih, aku tetap excited.
Terharu... sebab boleh keluag dari negeri sendiri dan bertapa selama lima tahun kat negeri orang.

Waktu mula mula round pekan KANGARK ( aku panggil pekan sebab memang dulu macam PEKAN- tak tergamak nak panggil bandar), aku tak tau mana nak pi sebab tak da apa yang grand di KANGARK tu.

Tahun 1980, Kangar lebih kurang semeriah pekan Bagan Serai sahaja.
Tak da apa..

Tapi aku tetap hepi.
Perkara yang aku paling suka sekali kat pekan Kangark ialah mudah nak cari menda makan.
Bukan setakat mudah tetapi MURAH!!

Yang aku suka ialah buah buahannya yang FRESH dan MORAH!!
Buah buahan itu samada dari negeri Perlis sendiri atau dari THAILAND!!
( atau lebih sedap panggil SIAM)

Dulu ni kat pekan kangark ada gerai MARA. Tak jauh daripada stesen bas dan pejabat pos.
(ni LOKASI DULU..la? tak dak dah kuuuttt)

Kat sini lah aku suka pi makan bihun sup UTARA ngan ais kacangnya.
Tak mahai..
Bihun sup singgit. Ais kacang lima kupang.
Kenyang habis.

Laksa??? Perghhhhh...lapan kupang!
Cendoi??? Lima kupang.
Kuiih kuih??? sebijik sekupang.

Nasi campork..
TOKSAH cerita laaaa...lauk tak menang nak pilih!
semua sedap...meleleh ayark liog.
Under dua ringgit boleh dapat lauk yang best!
Bajet budak sekolah...okey la kan?

Satu lagi perkara ngan negeri Peghelih nih, oleh kerana ianya kecik maka tak ramai sangat penduduk. Dan apa apa berita selalunya cepat tersebar sebab kenal mengenal dan sangkut menyangkut antara satu sama lain.

Sebab tu bila keluag cerita eksiden kelmarin, aku cepat cepat sms kawan kut kut ada yang sangkut paut dengan mangsa.
.
.
.
ya laaa.. Negeri kecik.

sekian

Thursday, December 10, 2009

NABBED!!

Salam,

Waktu tu Aku dan Ann jalan jalan..sopping sopping kat Marshall Field, sebuah Mall di tengah tengah bandaraya Chicago.

Ann sebenarnya belajar kat Kalamazoo. Dia saja nak jalan jalan kat Chicago masa cuti break seminggu. ( yang ye nye TUJUAN UTAMA lebih kepada nak jumpa pak we dia yang satu U ngan aku...ha ha ha ha)

Oleh kerana masa kat KPP, Ann rapat ngan aku, jadi dia lebih senang bermalam selama seminggu itu di rumah aku. Masa ni aku hanya tinggal di studio apartment. Apartment yang disewa USD375 sebulan itu merupakan sebuah apartment pelajar di universiti aku.

Hari tu kami keluar naik CTA ( train) dari university aku ke Downtown. Ronda ronda, window shopping. Keluar masuk department store. Bila masuk Marshall Field, Ann belikan sehelai baju tidur untuk aku...
Wahh...hadiah untuk perkahwinan aku..KAH KAH KAH..kelakar kawan aku nih!
Tapi aku tetap GUMBIRA..ye lahhh. Baju tidur tu cantik.

Lepas lenguh kaki naik turun Marshall Field, Ann nak telipon PAK WE dia..( kawan aku juga sebenornya...)Maka kami pun singgah kat satu public phone bersebelahan pintu keluar Marshall Field tu.
Masa ni tengah salji turun tau..Awal Januari.
"Dalam dalam salji dok tengah turun, nak telipon juga budak nih..." sungut aku dalam hati sebab gigil juga nunggu luar pondok telefon. Dia dalam pondok tu tak lah gigil.
Aku?? Brrr...Brrr...Brr...
Agak lama juga la makcik tu telefon. Almaklum...orang tengah HANGIT bercinta.

Sebaik dia keluar dari pondok tu, entah dari mana datangnya seorang MAK ITAM yang besar dan GEMPAL lari dan rempuh dia. Ann TERTOMOIH kat sidewalk. BELEPUK muka dia kena pavement. Berdarah habis gigi dan bibirnya.
Aku tergamam sekejap tengok kawan aku TERTOMOIH gitu. Mak Itam ini pun jatuh tertiarap juga sebab rempuh kawan aku.

Apekejadah Mak ITAM ni lari lintang pukang tak nampak orang. Pastu tu dua orang Pak Guard Marshall Field datang tangkap dia. Rupa rupanya Mak Itam ni cuba melarikan sehelai coat kulit. Gilerr...Mencopek siang siang hari gitu. Ingat senang senang nak lepas.
Padan muka kena tangkap juga akhirnya.

Tapi kawan aku? Masa berdarah tu lap ngan tisu. Tisu habis, ambik salji untuk kurangkan pendarahan dan bengkak kat bibir. Ye laaa..bibir kena PAVEMENT youuuu!
Aiseh...nanti nak jumpa PAKWE kan...
seksi macam ANGELINA JOLIE.
ha ha ha ha

p/s sebenornya iktibar dari kejadian ni adalah :-

.......jangan siksa kawan dengan membiarkan dia kesejukan!!
kui kui kui...tuhan balas.


sekian

Wednesday, December 02, 2009

Tanya..

Salam,

Di ruang tamu. Rumah neneknya. Dua anak sedang belek album lama keluarga.

Fiz : Eh, ni ibu dan baba kita la.

Adik Fiz : Ha ah..

Fiz: Gambar kahwin ibu dan baba.

Adik Fiz : Cantik kan ibu..Baba pun hensem.
Eh eh kakak, tengok ni ada tarikh kahwin ibu dan baba kat gambar.

Fiz : Hmm.....Ibu ngan baba kahwin 13/10/2000. Hmmmmm...


.......................lari lari pergi kat nenek dan ibu di dapur.


Fiz : Nenek! Buuuu! Ibu ngan baba kahwin 13/10/2000 ke?

Nenek : Ye, cu.

Fiz : Habis kenapa kita lahir Januari 2000?

Nenek diam. Ibu diam. Bungkam.



sekian