Monday, August 17, 2009

Idea ABM..

Salam,

Kadang kadang sebagai ibu bapa kita risau jika anak kita tidak dapat mengenal huruf atau mengenal suku kata perkataan.

Ada kanak kanak yang mudah mengenal huruf.
Ada juga yang begitu susah untuk memahaminya.
Ada yang mudah untuk membunyikan huruf huruf.
Ada juga yang sukar.

Sebagai seorang guru, di tadika kami banyak membuat ABM ( alat bantuan mengajar) untuk anak anak melihat, memerhati serta memahami huruf dan suku kata.

Bagi yang telah dapat membaca suku kata perkataan, kami buatkan ayat ayat mudah untuk mereka membacanya.
Semuanya bertujuan untuk melancarkan lagi bacaan mereka.

Bagi aku pula, aku suka merekacipta ABM yang bergambar supaya anak anak ini lebih tertarik dengan ABM yang aku lekatkan.
Kebanyakan gambar gambar ini aku ambil dari internet. Kemudian dari gambar itu aku rekakan ayat ayat pendek yang bermakna.

Ini sebahagian dari kerja aku bersama anak anak murid dan guru di tadika kami.
Kerja ini selalunya dilakukan secara bergotong royong..

Mungkin bagi ibubapa yang suka menghias bilik anak anak kecil, idea sebegini juga mungkin boleh dipraktikkan untuk mengajar mereka...
Ada juga gambar gambar yang aku cantum cantumkan!

Ada juga gambar yang menggunakan sticker yang dijual..
he he he



Ada juga lukisan besar yang dilukis di dinding..
Macam pokok BESAR yang mengeluarkan daun ber'KATA KATA' ini..
NGEH NGEH NGEH...
AYUHHHH..BACA! BACA! BACALAH!!!
KUI KUI KUI..( gelak cam nenek kebayan)
Eh! cikgu ni kalau tak mengusik anak murid, tak sah??

smileeeeee...

sekian



12 comments:

Nik Ha said...

Saya pun rasa nak menghias gak tp tatau bila la nak start.Kalau ada gmaba Qaiyum kat tdk buleh la upload buleh ummi copy..he..he..ke mamat tu malu nak posing..ngeh..ngeh..

ashley said...

Nik Ha,
tadi suruh dia jadi model, tak da pula dia malu..
Tapi kawan kawan semua dah keluar.
time dah habis kelas!

Gurindam Jiwa said...

Wah, dah pandai dah boh gambaq kecik-kecik kat blog. Tak menyusah download.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ya...cantik BBM ni...wana wani..

kakpah said...

Huda lama tak datang sekolah. Cuti demam lagi ke

qoreena said...

Salam kenal,

Memang menarik. Kita orang tua pun rasa nak belajar semula, ekekeke...

ashley said...

GJ,
Bertatih pelan pelan..
Lama lama pandai jalan sendiri.
Berblog ni cam budak budak belajor jugak..

Cikgoodeen,
Wana wani kehidupan..kanak kanak kat suka wana wani!

ashley said...

KakPah,
Dia dah tak demam dah..tapi sejak kawan abah dia meninggal tu, abah dia risau sungguh ngan keadaan yang melanda sekarang...So mungkin tak pi sehingga habis cuti..
PONTENG LAGI BUDAK NIH!!
Meh buku dia..biag dia buat kat rumah..

Qoreena,
salam kenal juga..Moga moga akan enjoy membaca di blog ini. Jemput singgah selalu.

tasikmerah said...

ko mmg kretip la kak.

:)



.

ashley said...

TM,
.....ko puji ke nih?
...iklas?
;-)))

DrSam said...

rakyat malaysia memang memerlukan cigu, guru, pendidik dan pengajar yang kreatif, progressif dan inovatif seperti ini.

Kalau tadika saya dulu macam ni pun, saya pasti suka :)

ashley said...

Dr Sam,
jom masuk semula ke TADIKA..
he he he!!
JADI VISITOR la of coz..