Sunday, February 28, 2010

Hitam putih kehidupan..

Salam,

Putih adalah satu warna. Nampak bersih. Nampak berseri.
Hitam juga satu warna. Nampak gelap. Tiada cahaya.

Tapi kedua duanya adalah keperluan.

Bila hitam......tanpa putih maka dunia menjadi keliru.
Bila putih...tanpa hitam maka dunia menjadi celaru.

Hitam dan putih adalah saling perlu memerlukan.

Kerana itu, kita patut adakan satu warna lagi yang diberi nama....
.
.
.
.
.
.
.
PUTAM..
wakakakaka

sekian

Tuesday, February 23, 2010

Ziarah ke Shah Alam..

Salam,

Aku ke Shah Alam hari Ahad kelmarin untuk menziarahi seorang anak kawan suami yang baru dilahirkan.
Memang satu dugaan yang besar kepada pasangan ini kerana anak ketiga yang dilahirkan ini mengalami DOWN SINDROME. Dan rentetan dari itu juga, anak yang kecil dan baru berumur 30 hari ini didapati mempunyai jantung berlubang.

Kerisauan tergambar di muka kedua pasangan ini. Setelah hampir 9 tahun tidak mendapat cahaya mata, anak ini pula dilahirkan istimewa. Apa yang diberitahu oleh isteri pasangan tersebut ialah dia tidak tahu menangani masalah yang sedang anaknya hadapi itu lantas sentiasa berjaga malam. Disebabkan itu juga si ibu kelihatan lebih letih dan sugul berbanding dari ibu yang bersalin NORMAL.
Memang segalanya satu ketentuan dari Allah. Yang benar benar menduga keluarga ini. Tapi aku yakin pasti ada hikmah di sebaliknya dan mereka boleh menghadapinya. Allah Maha Mengetahui.. Dia menduga dan menguji manusia dalam pelbagai bentuk. Ini adalah ujian buat mereka. Dan pastinya mereka mempunyai kekuatan untuk menghadapinya.
Semoga keluarga ini mendapat Rahmat dari Nya. InsyaAllah.
sekian

Friday, February 19, 2010

OOO...bunyi gitar!!

Salam,

Lagu " Bunyi gitar" dendangan P.Ramlee memang tidak asing bagi peminat peminatnya. Lagu ini sering menjadi siulan anak anak muda di zamannya. Alunan muziknya yang rancak berirama Twis itu menjadi tarikan anak anak muda zaman itu untuk menari a-go-go.

Aku bukanlah nak mengajar anak anak murid aku menyanyi lagu P Ramlee tu.
Jauh sekali nak mengajar mereka menari a-go-go pulak..
BUANG TEBIAT>>>SEMPUT DEN!!

Hari ni, aku telah buat kerja tangan bertemakan huruf. Dan huruf pada hari ini yang menjadi pilihan ialah huruf 'Gg'....

And 'Gg' is for guitar.

JOM kita tengok hasil kerja tangan anak anak murid aku...
NAK???...he he he


Agak agak gitar yang di bawah ni boleh dijual di pasaran tak?
Cikgu tak ajar lukis tali macam tu sayangggggg...



Apasal pemegang gitar kamu ni kontot??
Menangis MAN KIDAL tengok gitar kontot cam ni...
he he he





Aduhaiiiiiii...



Aku tak sure ini gitar biasa ke atau double-bass..
gasak lah ye..




OPOCOT mak ekau...UDAH TERKULAI...
APAK kamu hempok ke gitar kamu tu???
Itu ler...
Lepak lagi tepi tembok jadi KACANG ANTU..main gitar!!!
kui kui kui kui....
Okay kengkawan.... sekian lah saja show case hari ini dari AULAD PERDANA.
Untuk pengetahuan kengkawan semua, "rakan rakan lain" yang sejenis dengan guitar yang juga mempunyai STRINGS ialah yang namanya 'HARP', 'BANJO', 'VIOLIN', 'VIOLA', 'CELLO', 'SITAR', 'BALALAIKA' , 'DOUBLE-BASS'.
Itu sebagai contoh la..
Kut ada yang nak menambah lagi boleh le buat senarai ek???
smile...
sekian
p/s gambar memang kelabu..sila jangan betulkan mata anda







Monday, February 15, 2010

Meninjau KUALA GULA

Salam,
Pagi ni aku di kampungku, Perak.
Aku balik semalam. Alhamdulillah meluncur laju dari rumahku. Tak tersekat dek JAMMED. he he.

Lantas aku meninjau ninjau ke Kuala Gula. Tempat SANTUARY BURUNG BURUNG.
Tapi sekarang bukan musim burung singgah dan kena pula air pasang besar jadi tak banyak aktiviti nelayan diwaktu ini.
Aku sekadarmelihat lihat keadaan. Bot nelayan yang kebanyakannya berehat atau sekadar menakui ketam.


Teringat nak pergi BAN PECAH tempat yang diwar warkan oleh OKOB tapi tak tahu direction. Cuba telefonnya...aisehhhh..pokcik ni kalau telefon dia, mesti payah nak dapat. Ingat kut dia terbang pi China ke ...ghupanya pi KL.
Oleh kerana dapat direction terlewat sikit maka pada petang tadi aku hanya pergi rumah kawan suami, AL FADHIL Us FADHIL...di jalan Kuala Gula.
Selesai menziarahi keluarganya, aku bersama suami dan 3 anak bertolak pulang ke VANGGGI.
sekian.


Friday, February 12, 2010

Khutbah Jumaat

Salam,

Aku dapat message dari seseorang,

"Khutbah live dr masjid Kg Itek, Gopeng. Jgnlah makan gandum dr Israel krn dicampur dgn ubat mandul. Tujuannya utk memandulkan lelaki."

Komen aku :

1) Israel mengesport tepung kah? Kalau US tu logik juga.
2) Message ini tak sesuai untuk suami aku...ha ha ha ha
3) Ni dok hantag message time bila ni? DENGARK KHUTBAH ke apa!! CONCENTRATE!
4) Kan dah kena KHUTBAH dengan aku pulak..
5) ha ha ha ..apa lah isi kandung sebenar khutbah masjid ni. Baguuuuiiiihhh punya isi.

sekian dari makcik KHATIB.

Tuesday, February 09, 2010

Senyap..

salam..

itu jer..
sebab suara tak berapa nak keluag.
kena senyap..

he he

sekian

Monday, February 08, 2010

BABY CRYING CONTEST


Salam..
Ni gambar TERKINI laa..(walaupun ambik bulan DISEMBER hari tu)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini adalah gambar yang nak diCONTESTkan!
Sayang..
Jangan merajuk..
.
.
.
.
err..tapi suka juga Umi rakamkan dalam kamera!



Nama : Mawaddah binti Saifulzaman

Umur sekarang : 2 tahun 7 bulan

Umur waktu gambar diambil : 1 tahun setengah

Description : Mek ni memang kaki GHIAUUU dan boleh tahan merajuknya.....jadi mak dia selalu tangkap gambar dia nanges.

Dah pernah buat entry la pasai dia nanges ni....

sekian

Saturday, February 06, 2010

A GHOST story...from my friend!!

Salam,

Hari Khamis malam Jumaat kelmarin, kawan baik aku dari Sungai Petani telefon. Lama dah dia dok sms kat aku nak telefon. Ada hal katanya. Aku dok tunggu tunggu tapi tak telefon telefon. Gamaknya hari Khamis malam Jumaat tu dia dah relek maka dia dapat la telefon beritahu apa hajat dia.

Okay..cerita sikit perihal kawan aku nih.

Kawan aku ni satu kelas ngan aku sejak form four lagi. Kami jadi rapat sebab dok sebelah menyebelah dalam kelas. Kedua dua terkenal dalam kelas sebab kami berdua ni jenis KAKI ANGGUK ANGGUK dalam kelas. Kira faham belaka lah apa yang cikgu dok ajark kat depan.
HA HA HA HA ...

Pastu pulak terkenal ngan kaki bersembang.
Time cikgu ajark kat depan sampai berlaga dagu kat meja sebab dok hangguk FAHAM BELAKA.
Tapi sebaik cikgu keluag dari kelas, kami punya GHABUNG BERDISKUSI. Puas kena gelaran TOK KHATIB ngan TOK BILAL sebab dok 'DISKUSI' memanjang.
he he he he....
Ada ada saja la idea DISKUSI kami.

Tapi alhamdulillah BERKAT DISKUSI kami itu, aku ngan kawan aku itu berjaya dalam SPM dan dapat ke SHAH ALAM untuk program dua tahun ke USA. Di sana kami tinggal dalam satu room lagi . Bersahabatan kami makin erat dan kami dapat teruskan pelajaran sehingga ke USA. Kawan aku ni jadi cikgu walaupun pada asalnya dia ambik TOWN PLANNING sebagai MAJOR.
he he he

Hobi kawan aku ni dulunya suka membaca novel macam aku juga. Tinggal lagi aku akan concentrate membaca cerita SUSPENSE, THRILLER dan aku suka pilih Sidney Sheldon's manakala kawan aku ni suka membaca cerita cerita spooky karangan Stephen King. Kadang kadang aku baca juga Stephen King yang dipinjam kawan aku ni tapi 'kurang sikit' bila cara STEPHEN KING ni olah karangan BERHANTU dia so GRUESOME. Tak lalu nak baca!!!

Dia ni berasal dari Perlis. Kat Perlis pula selalu terkena bahang SIAM. Meaning that di sana adakalanya mudah terkena santau SIAM, HANTU SIAM, pukau SIAM, rasukan hantu SIAM etc etc.
Oleh itu kawan aku ni dulu selalu bercerita kisah orang kampung yang terkena rasukan dan cara mereka diubati.

Berbalik kepada panggilan yang dibuat olehnya malam kelmarin...

Mie : Hang dok buat gapo tu?

Aku : Dok rehat rehat..

Mie : Aku dah lama nak habag kat hang pasai rumah aku kat Ulu Langat tu.

Aku : Rumah hang yang hang buat surau sementara tu?

Mie : Ha la..tapi dah tak jadi surau dah sebab depa dah ada surau so aku sewakan pada orang.

Aku : Okay la tu.

Mie : Wei..tak okay laaa..

Aku : Awat pulak tak okay.

Mie : La ni tak dak sapa mau sewa rumah aku tu. Hang tau dak penyewa yang mula mula sewa rumah aku tu, husband dia pi bunuh DIRI kat dalam rumah tu!!

Aku : Hang bagi sewa kat sapa? Orang Melayu ka?

Mie : Ha laaa..Orang Melayu la..Tah pasai apa tah jenis bisnes tak menjadi. Utang keliling pinggang kut..last last dia pi gantung diri kat tangga dalam rumah. Bini dia kerja cikgu tadika gak..Balik lebih kurang pukul 11.30 pagi. Tup tup tengok laki dia dah mati gantung diri. Kelam kabut panggil jiran bawak turun. Cerita laki dia mati gantung diri tu masuk METRO laaa tapi aku tak baca pun. Dia habark kat aku waktu nak keluag rumah tu kata husband dia meninggal sakit jantung. Aku tak tau pun cerita dia MATI TERGANTUNG. Jiran sebelah yang bawak turun mayat laki dia, yang habark kat aku!! Bila aku telefon dia, baru dia beritahu cerita sebenag.

Aku : Hai..macam macam nuuu la ni.

Mie : Tu la aku dok pening ni. Kena pulak katanya rumah aku tu ada PENUNGGU dok bertenggek dah.

Aku : HANG BIARK BETOI!!!!

Mie : Lepas bini dia keluag, memang ramai orang dok tanya nak sewa tapi semua dok sekejap ja. Tak boleh lama. Ada gangguan.

Aku : Waktu jadi surau tu bukan okay ka? Patut okay la kan?

Mie : Waktu dijadikan surau sementara tu pun tak berapa nak okay. Rumah aku tu lokasi dia pun dok dekat ngan hutan. Belakang rumah tu hutan. Tempat JIN dok bertendang. Waktu dijadikan surau kadang kadang jemaah dok rasa lain macam juga. Had dok ganggu tu mai dalam bentuk anak anak kecil. Dok main chak chak gitu. Lari lari time jemaah dok solat...KATA DEPA LAAA!! Lepas dah keluarga yang laki dia bunuh diri tu keluag habis 'DIA' dok kacau penghuni situ. Tapi dia tak la kacau teruk teruk sangat.

Aku : Ha ha ha..hantu pun main kacau sikit sikit ka?

Mie : Aku bagi budak budak muda la sewa rumah tu. Semua lelaki. Ada yang jenis kaki mengail so ada batang kail, joran dan sebagainya. 'DIA' dok main joran depa tu la. Tengah tengah malam budak budak tu dok dengark bunyi joran dok berkayuh macam dok tangkap ikan...ha ha ha..
Apa lagi budak budak semua tak berani tidork dalam bilik. Bilik ada 3 pun pakat habis semua tidork kat ruang tamu!!! Kadang kadang tu pulak time depa masuk bilik ka, masuk bilik ayark ka, 'DIA' sakat padam lampu. Tu yang lawak tu..GETAG habissss..
Sorang sorang pakat pindah keluag. Last last sampai hujung tahun lepas tinggal la sorang. Dia dah tinggal sorang, dia pasang kaset mengaji 24 jam. ha ha ha..
Haruuuuu biru.

Aku : Berani pulak budak tu tinggal sensorang.

Mie : Tak upaya la..dah tak dak rumah lain nak pergi kut. Tapi dia pun cabut gak awal tahun ni. Satu malam tu time dia balik ke rumah. TUP TUP TUP..si 'DIA' tu tunjukkan diri sebenar!!
Bertenggek atas bumbung rumah aku tu. Macam nak pitam budak tu..Tu yang habis jiran semua getag lutut gak tu!
Ni yang aku dok pening ni. Hang tulong cari sat orang PERAMBAT si'DIA' tu. Naya la aku dok bayark rumah kosong lagu tu. RM 850 sebulan tau!!

Aku : Darussyifa' tu memang la dekat tapi hang kena make sure rumah tu berpenghuni juga sebab kalau rumah tu kosong kebarangkalian besag dia akan mai bertenggek semula. Tengok lah nanti..aku calling calling tanya..
.
.
.
.
.
.
ish nuuu..payah juga geng dari makhluk halus ni mai bertenggek dalam rumah!
errrrrr....agak agak sapa dok belakang korang time dok baca nih?

he he he he he ....HANTU SIAM APA???

sekian

Thursday, February 04, 2010

Dalam hujan kuberlari..

Salam,

Hari ni pukul 3.30 petang tadi keluar sekejap.
Ada hal..
Boh minyak.
Keluarkan duit.
Bawak kereta.
.
.
.
Tengah jalan.... mendung.
Sms si Kak Hus suruh angkat jemuran..hujan nak turun.
Ishhhh..ni gamaknya siapa pulak nyanyi tak berhenti henti ni?
ha ha
.
.
Sampai tempat yang dituju di seksyen 5.
Habis tu pergi seksyen 7 pulak.
Rintik rintik..
Habis la aku ni.

Payung?

Beli 2 KETUI semalam. Tinggal kat rumah!
Pasal apa payung kena guna penjodoh bilangan KAKI?
Payung ada KAKI?
SEKAKI payung?
Payung aku panjangnya lebih kurang 3 kaki..pasai apa kata SEKAKI.
Protes...

Tak pa.
Payung 3 kaki aku yang baru. Masih malu malu pengantin.
Taksanggup digunapakai lagi!

Aku?
Bukan pengantin baru yang perlu dipayung payung..

LARIIIIIIIII..LOKOIH dalam hujan!!
.
.
.
Adeh adeh adeh..rasa macam pening lalat!!

sekian

Tuesday, February 02, 2010

Seandainya (lirik lagu Allahyarham Rafeah Buang)

Salam,

Entah kenapa hati aku jadi sayu bila dengar suara Rafeah Buang nyanyi lagu ni.
Sebab musabab :-
1) Suara Allahyarham sungguh lunak.
2) Senikatanya macam merintih.
3) Very meaningful.

Imagine kalau aku yang nyanyi...
okay..ngeh ngeh ngeh..
layannnnnnnn..
Harap ujan tak turun..
tapi sila angkat jemuran seksiap!!

Lihat burung riang berterbangan,
Rama rama di kuntum bunga,
Sesungguhnya aku terpesona,
Menikmati keindahan.
Seandainya aku ini unggas,
Oh damainya penghidupanku,
Tiada dusta di hujung lidahku,
Tiada cemburu di hatiku.

Takkan aku menyakiti hati,
Tiap insan aku hiburkan,
Dengan rupa suara yang seni,
Ku mengabdi dengan bakti.

Ku bersiul...Melagukan..
Keriangan...Kesyahduan...


Ku bersyukur penuh kesyahduan,
Menyanyikan kemerdekaan,
Tiap saat tidak ku lupakan,
Nikmati Tuhan ku rasai.

Kan ku cari satu tempat sunyi,
Bertemankan bunga yang wangi,
Tiada marah, tiada yang benci,
Tiada fitnah, irihati
Seandainya aku ini unggas,
Betapakah pengertianku,
Pada cinta bisikan berahi,
Yang dicipta oh Ilahi...
Unggas juga...Kenal cinta...
Ingin terbang...Berpasangan...
sekian





Monday, February 01, 2010

Kemahiran

Salam,

Jika seseorang itu ingin memasak kek, dia perlu belajar pelbagai perkara terlebih dahulu.
Dia mesti mengenali bahan bahan asas kek seperti tepung, mentega, telur dan gula.
Dia mesti mengetahui cara memasang oven.
Dia mesti mengetahui cara cara bahan itu dicampur adukkan.
Pendekata dia perlu mempelajari kemahiran asas berkaitan pembuatan kek untuk mendapatkan hasil yang baik.

Dalam menyediakan anak anak kecil untuk menghadapi kehidupan mereka yanga akan datang, pelbagai perkara asas yang kita ingin titik beratkan. Antaranya menjaga kebersihan diri serta juga kebersihan tempat yang mereka diami.

Anak anak seharusnya didedahkan dengan kemahiran asas menjaga kebersihan tempat seperti membuang sampah ke dalam tong sampah, kemahiran mengelap sekiranya menumpahkan air minuman mereka, kemahiran menyapu sampah yang mereka sendiri hasilkan contohnya ketika mereka selesai mengasah pensel dan juga remah selepas mereka makan.

Sekiranya asas menjaga kebersihan ini tidak diajar semenjak tadika lagi kebarangkalian besar anak anak ini tidak tahu menilai dan menghargai kebersihan di sekeliling tempat tinggal mereka. Dan mungkin kerana itulah kita lihat terlalu banyak sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sekiranya diadakan majlis keramaian di satu satu tempat itu.
Puas kita mengingatkan rakyat kita, tapi....hmmmmmmmmmm

Maka dengan itu, AULAD telah memasukkan keperihatinan untuk mempunyai kemahiran asas begini kepada anak anak didiknya.
Mak ayah... Sila jangan salah anggap, okay!
Kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Ingat tu!!
Memperkenalkan anak anak kepada kemahiran menyapu.
Walapun pegang penyapu tu ala ala pegang KAYU GOP!
IT'S OKAYYYY..



Kok jangan terkejut kalau anak anak yang mempunyai BIBIK sampai tak tahu nak buat apa apa. Parah nanti tau..

Tak perrr....jangan risau anak anak tu terkial kial menyapu.
At least, demer dapat kemahiran.
Kat rumah, siapa mak bapak kat sini yang ajar?
Sila angkat tangan..

p/s
.....Anak anak tu belajo kais kais jer. Yang sapu semua sampah bersepah akhirnya cikgu JUGA!!
....ha ha ha...harap maklum.

sekian