Showing posts with label kisah di perantauan. Show all posts
Showing posts with label kisah di perantauan. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Rezeki yang tak disangka sangka...

Assalamulaikum,

Masa belajar di US, sambutan raya hanyalah ala kadar sahaja.
Kalau dapat buat rendang dan nasi impit segera dah rasa macam hari raya.
Kalau dapat buat biskut raya, dah kira macam bonus.

Aku masih terkenang kenang seorang kawan sebilik yang pernah cuba buat biskut sarang semut.
Aku tak pernah tahu ada biskut sarang semut.
Bila kawan aku buat biskut ni, aku tak tahu nak komen tentang rasa.

Dia tanya aku, " Sedap tak? "
Aku jawab, " Sedap jer "

Dia tanya lagi, " Rupa dia okay tak?"
Aku tengok memang macam sarang semut, jadi aku jawab, " Kalau dah rupa ala ala sarang semut, Tak hangit. Tak terbako. Kira okay laa kut "

Dia jawab, " Laaaa...ko nih. Yang mak sedara aku buat tebal lagi."
Aku kata, " Mana la aku tau...Ini first time aku tengok biskut sarang semut "


Kalau pergi rumah seniors, kami seronok makan rendang dan nasi impit.
Kadang kadang kakak senior rajin masak nasi beriani juga.

Rendang dari geng aku, ala kadar jer.
Tak rendang dendeng, rendang ayam.
Rendang dendeng adalah pembuatan seorang kawan aku dari Shah Alam.
Rendang ayam pula selalunya aku yang masak.
Kami match kan dengan nasi impit.
Nasi impit kami masak dengan memasukkan beras ke dalam plastik dan sepit dengan stapler.
Kemudian rebus lama lama.
Lepas tu tindih dengan Yellow pages atau White pages yang setebal 5 inci.

Dulu mahir juga kami masak nasi impit stail ni.
Sekarang ni, aku sendiri dah tak sure samada aku boleh buat atau tidak sebab dah ada yang boleh dibeli terus dari Supermarket.

ADABI, NONA...macam macam jenama.

Nak menganyam guna daun...kikikikiki...daun apa?
Daun pandan ada la...

Sayu sungguh bila terkenang seniors yang baik hati.

Kak Aya, kak Wani, kak Nor.
Tiga orang seniors yang buat pengkhususan dalam komputer Sains.

Nak tahu?
Masa aku pergi Mekah tahun lepas, setibanya aku di Mina dan sedang sibuk mengatur jemaah dalam khemah di sana...tiba tiba aku disapa.

" Eh, hang cam akak tak?" dua tiga kali kakak tu bertanya aku.

Aku tengok muka dia.
Blur habes.

" Ni aku laaaaa....KAK WANI!!!"

Subhanallah...setelah berpuluhan tahun tidak berjumpa, Allah pertemukan kami di Mina.
Di Maktab yang sama. Maktab 88.

 kak Wani, kak Nor dan aku
Chicago (1988 )


aku dan kak wani 
Mina ( 1432H / 2011 )

Allah beri rezeki dalam bentuk yang pelbagai.
Dan ada yang datang dalam bentuk yang tak disangka sangka.
Contohnya pertemuan aku dengan Kak Wani ini.





p/s
......dan siapa nak sangka, rezeki BAJU SUKAN AULAD tu.
Sampai juga 'dia' ke MEKAH, MADINAH, ARAFAH, MINA...hihihihi

sekian





Thursday, December 29, 2011

Budaya HOHA HOHI, YOYA YOYI..

Assalamualaikum,

Masa mula mula aku berkenalan dengan suami aku sekarang, aku tidak pernah tahu siapa dia.

Aku di Chicago dan dia di Boston.
Dua tempat yang berbeza dan jaraknya sekira kira 1000km.
Kalau memandu kereta akan memakan masa sehari semalam.
.
.
.
Bagaimana kami boleh berkenalan?

Kebetulan masa aku berkelana dan mengembara bersama kawan aku untuk ke Niagara Fall, aku singgah di Boston. Aku ada kawan yang biasa serumah di Shah Alam yang menyambung 'sekolah' di Boston.

Seorang senior yang serumah dengan kawan aku tu menjadi penghubung. Jadi orang tengah memulakan bibit perkenalan kami. Dia disuruh oleh suamiku mencari orang PERAK untuk dijadikan isteri. Suamiku mencari orang negeri sendiri kerana di fikirannya mudah untuk berulang alik ke kampung halaman nanti.

Aku tidak pernah tahu menahu tentang suamiku.

Apabila kakak PENGHUBUNG ini menyuarakan hasrat hatinya untuk memperkenalkan aku dengan suamiku, aku terasa lucu. Apa yang menarik pada diriku pun aku tidak tahu. Aku bukanlah seorang gadis yang cantik jelita..hahaha.
Tiada apa yang istimewa terutamanya sekiranya orang baru mengenali aku. Aku gadis COMPANG CAMPING ....dalam erti kata lain..
SELEKEH SEREBEH..
TAK RETI BERGAYA!!
TAK DER MAKE UP, MAKE UP!!
atau
BERHIAS DIRI.

Pulak tu...aku jenis yang tak berapa suka nak berpura pura dan akan cakap direct!
Selalunya CAKAP DIRECT aku ni la yang ramai tak BERKENAN!

Kawan baik aku pun dah lali dengan cakap direct aku ni.
Tapi itu lah AKU.

Kalau bukan aku yang bercakap, selalunya orang lain tak berani nak bersuara.
Di sekolah dulu, aku selalunya akan jadi jurucakap. Apa apa jua rasa tidak puas hati, aku akan disuruh menjadi JURUCAKAP. Sebab aku jenis yang akan bersuara bila ada perkara kusut masai di kalangan kawan kawanku. Siapa yang faham dengan perangai aku, maka mereka akan menyayangi aku.

Siapa yang kena bantai dengan aku, akan menjauhkan diri.
Nasib aku laa..dan nasib dia la...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berbalik kepada perkenalan dengan suami...

Bila suami aku telefon aku untuk mengenali aku dengan lebih dekat, aku beritahu ibubapa aku.
Aku beritahu mak ayah aku kerana aku ada satu prinsip.

Prinsip aku mudah.
Sekiranya seorang lelaki ingin berhubungan dengan aku maka ibubapa aku KENA TAHU.

Aku memang bukan jenis dari kalangan gadis yang mudah diajak keluar oleh mana mana lelaki.
Aku LARANG DIRI aku dari keluar dengan lelaki melainkan lelaki itu bergelar suami atau MAHRAMku.

Jadi aku tak mudah menerima undangan untuk keluar makan malam, tengok wayang atau bercanda di mana mana saja. Even, aku juga tidak pernah mengambil gambar berdua duaan dengan mana mana lelaki selain SUAMI dan MAHRAM aku.

Surat menyurat? Sedari dulu surat aku dipantau ibu. Jadi aku sudah lali apabila surat yang datang kepadaku telah dibuka oleh bonda...... itupun kiranya aku ada menerima surat laaa.

Aku bersikap begini kerana aku tak nak hubungan aku dan bakal suami akan bertitik noda di kemudian hari. Aku tak nak hubungan aku dicemari. Walaupun aku pernah menyukai seseorang sebelum suamiku tapi aku sedar diri dan aku jaga diri aku supaya aku tidak mudah melontarkan kata kata CINTA sebelum hubungan SERIUS diteruskan. Aku cuma menyimpan segalanya di dalam hati. Begitu juga buat mereka yang pernah jatuh cinta dengan aku. Aku tapis hubungan itu.

Aku tidak melayan hubungan yang sekadar SUKA SUKI dan TIDAK BERARAH.
Maksud TIDAK BERARAH ialah hubungan hoha hohi..yoya yoyi..yang tidak berakhir dengan ijab dan kabul. Pendekata macam hubungan muda mudi sekarang yang berpoya poyi ke sana ke mari lepas tu..TINGGAL..

Hubungan sekadar TOUCH n GO!

.
.
.
.
.
.
.
Sebaik Si DIA menyatakan hasrat untuk meneruskan hubungan dengan lebih serius, aku pun memberitahu ibubapaku. Mudah cerita, ibubapa aku suruh aku TENGOK ORANGNYA dulu. Ibunya juga suruh kami berdua berjumpa.
haha...
Part tukar gambar adalah PART pertama mengenali Dia.
Part kedua pula ialah berjumpa secara LIVE!
Part kedua paling BEST...
Bukan senang nak menengok orang yang TAK DIKENALI dan BERSETUJU untuk dijadikan suami!
Semua itu kenangan yang sentiasa mengukirkan senyuman di bibir.
.
.
.
PART ketiga..ialah berjumpa dengan SUAMI setelah dia benar benar BERNAMA suami!!
.
.
.
Ya..aku cuma berpeluang bercakap secara berdepan SEKALI sahaja dengan bakal suami sebelum DIA itu menjadi suamiku.
.
.
.
Adakah BERBALOI?
Worth it?
Okay ke?
Apa ke hal pulok?
Best ke macam tu?
.
.
.
.
.
.

Adakah worth it, berbaloi, okay, best kalau kita YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI sana sini...tapi lepas tu orang yang kita YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI tu langsung tak JADI suami kita?!


Lu pikir lah sendiri...

Dan jangan jadikan BUDAYA BERKAWAN YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI...ni satu BUDAYA MELAYU.... TERUTAMANYA di kalangan anak anak aku.
Harap faham..


sekian.

Wednesday, June 29, 2011

Fantastic photos and postcards

Assalam,

Buku ini dibeli lebih 22 tahun yang lalu oleh Pokcik Spek Itam.
Buku yang mengandungi gambar gambar bermusim di Niagara Fall yakni salah satu air terjun yang tercantik di dunia.
Kami berdua telah sampai di tempat ini suatu ketika dulu. Tempat yang indah menggambarkan keajaiban ciptaan Allah.
Kami tidak pergi bersama ke tempat ini.
Kami pergi bersama geng masing masing laa sebab masa tu aku kenal pun tidak lagi dengan Pokcik Spek Itam ni.


Aku suka tengok gambar gambar dalam buku ni.
Buku ni disimpan sekian lama kerana mengingatkan kami tentang keindahan tempat ini.
Masa dulu mana ada internet.
Gambar gambar seindah ini perlu disimpan dengan baik untuk diabadikan.

Aaaahhh...kalau lah aku boleh ambil gambar seindah ini
Hmmmm....

Aku dan suami juga sama sama menyimpan postcards yang kami beli di US
Satu album penuh postcards yang menandakan kami telah sampai ke tempat tempat ini.


ALCATRAZ?
korang pernah dengar?
hehe
.
.

Aku tak pernah sampai...sebab postcard yang ini suami aku yang membelinya.
Errr...tak sure pulak dia dah sampai ke tempat ni ke tidak.

Cuma suami aku biasa la merayap ke San Francisco semasa dia tinggal di California.

Alcatraz ini adalah pulau yang terdapat tinggalan penjara.
Penjara yang dihuni sekelian lama semenjak tahun 1933 lagi.
Kalau kat Malaysia ni macam PULAU JEREJAK kat Penang tu la.

Sekarang ni, Alcatraz dijadikan tempat tarikan pelancong.




TORONTO ni bukan kat Mesia atau Indon.
Juga bukan kat US.
Ni kat Canada...(FYI)
mana ler tahu kut kut ada yang tak sure lokasinya di mana.
Toronto adalah ibu negeri ONTARIO, sebuah negeri yang terdapat dalam negara Canada.
Dulu dulu sesiapa yang biasa belajar Geog mesti dah familiar dengan nama ONTARIO ni kan?

Kat Toronto ni, ramai orang luar yang jadi warganegerinya.
Contohnya orang Arab, Pakistan, Cina, India, Bangladesh dan sebagainya.
Jadi jangan terkejut kalau datang ke mari dan melihat ada ramai orang Asia sebab almost 50% warganegerinya orang yang lahir luar Canada.

Hmmm kat bawah ni pula postcard yang dibeli di St Louis.

Oh ya...
Bangunan ini ialah Gateway Arch.
Landmark bagi bandaraya St Louis.
Bangunan ini dibina untuk tujuan peninjauan para pelancong.
Dibina berdekatan dengan Sungai Mississippi ( sungai terbesar dan terpanjang di US )
Yang menariknya tentang idea binaan ini ialah architectnya mendapat ilham dengan hanya terpandang sebuah PENYANGKUT BAJU!!
hehehe...
Menarik bukan?!



BOSTON...
ohhhhh
bandar tua yang penuh sejarah
juga mempunyai sejarah antara POKCIK SPEK ITAM dan aku.

errrrr...


dah..

Anak anak sekelian, hari ni ummi masak lamb, okay!
Boston LAMB CHOP?
errrr...


makan diam diam..


sekian

Thursday, March 03, 2011

Bujang kelana..

Assalam,

Waktu aku di US dulu, sebelum aku berpindah ke apartment kampus, aku tinggal bersama sama 3 orang rakan perempuan yang sebaya dengan aku di sebuah rumah lebih kurang 4 bloks dari kawasan universiti. Pergi dan balik ke kelas hanya berjalan kaki. Tidaklah jauh tapi tidaklah dekat sangat. Kalau musim sejuk, rasa macam nak beku juga berjalan dari rumah ke kelas dan dari kelas balik ke rumah. Cuma yang paling bagus ialah tidak perlu mengeluarkan barang sesen pun untuk transportation.

3 rakan sebaya aku tu, dua darinya mengambil architecture study dan yang seorang lagi mengambil engineering. University yang aku pergi tu jurusan Architecturenya adalah antara yang paling top di US. Sebut ja graduate dari situ maka orang akan tahu ianya sebuah school yang bagus dalam jurusan senibina. Tapi macam biasa lah..kalau dah school nya berstandard tinggi maka pelajarannya pun mestilah TOUGH.

Seorang dari kawan aku yang ambil jurusan Arch tu memang pandai melukis. Dia ni jenis tekun dan study hard. Suka kerja dan suka dengan apa apa yang berkaitan dengan ARCH. Dalam kerja ARCH ni memang kena banyak konsentrasi. Bila nak konsentrasi pula, kita tidak boleh diganggu maka kawan aku ni pun suka menyendiri. Kami roomates dia yang lain lain ni memang tak berani nak kacau dia especially masa dia tengah buat kerja melukisnya itu.

Pada masa yang lain, dia seperti biasa akan bersembang sembang dengan kami terutama sewaktu makan malam dan pada satu ketika aku bertanyalah kepadanya apa yang dia nak buat selepas graduate nanti.

" Aku nak kerja, cari duit banyak banyak, buat bisnes pastu aku nak travel keliling dunia" itu jawapan dia.

" Eh, ko tak nak kahwin ke Ruzi?" terpacul soalan itu dari mulut aku.

" Hahahahahaha, entah tak terfikir pula aku" jawabnya.

" Kenapa?" tanya aku.

" Why do I have to get married when I can be happy being single ?" jawabnya.

Sampai ke hari ini aku diberitahu, dia masih single.
Dan?
Dan dia mengotakan katanya,

She is travelling all over the world...
.
.
.
.
Duit?
Mestilah banyak...
hehehehehe
.
.
.
Kahwin?
Sila jangan tanya ya!


sekian

Thursday, February 10, 2011

Anak rusa nani sudah mau muncul..

Assalam,

Ya...aku nak buat confession.
Aku mengaku.
Aku mengendap.
Aku mengendap anak rusa tengah menyusu.
Aku suka tengok rusa rusa ini.
.
.
.
Eh...semua binatang aku suka tengok.
Alamak..dah macam sedara mara le pulok!!
Padan pun aku tengok demer semua ni macam tegur aku jerr...
.
.
.
Anyway, tahukah anda bahawasanya rusa terdapat di segala ceruk rantau dunia?
( Cepat!! Sila tumpukan perhatian kepada fakta fakta...haha )

Kat Amerika Utara, rusa jenis MOOSE adalah jenis rusa ( CERVIDAE ) yang TERBESAR sekali.

Masa aku dok kat USA, aku ngendap juga kat ZOO LINCOLN di Chicago tu tapi tak nampak pula MOOSE ni.
.
.
.
Cumanya aku dapat ucap salam kat beruang ARTIK.
Cantikkkkkk...Warna PUTIH!!
tapi malangnya dia tak jawab pun salam aku!
.
.
cerita pasal beruang, kita sembang lain tahun...okay.

Dan tahukah anda juga bahawasanya tanduk rusa akan bertukarganti sepanjang hayat mereka terutamanya tanduk rusa yang jantan.
Tanduk rusa sering dijadikan ubat terutamanya dalam perubatan China.
Ubat apa???
.
.
.
Hmmmm...korang tolong tanya SEH SEH kat tempat korang.
Nanti kabor dekat aku!


Dari segi kehalalan...
Rusa rusa ini kalau disembelih dengan nama Allah, maka kita orang Islam boleh lah fikir fikirkan nak buat rendang ke, stik ke, satay ke, masak kicap ke, gulai ke...etc etc.

Kalau agak agak macam susah sangat nak memburu rusa, korang dijemput saja datang ke KAJANG, cari RESTOREN HAJI SAMURI tengah tengah pekan. Sebelah STADIUM MPKJ. Order 20 cucuk SATAY rusa untuk makan seorang.
Lebih BERBALOI BALOI...
.
.
.
cumanya kalau liat, jangan marah aku...marah demer yang masak tu!! hahaha...
( ooooppppss...agak agak PAK HAJI tu nak saman aku tak lepas nih? )


Korang tengok mak ngan anak rusa ni.
Sanggup nak makan SATAY rusa?



Tunggu kejapppp...
Rusa kat atas ni TERTULIS namanya di papan kandang itu sebagai RUSA BABI?
UEKKKK...
Boleh makan ke?
.
.
Kena tanya kat program " TANYA USTAZ" lah kalau cam gini..
KONPIUS ?

p/s
sambil nunggu program tu aku nak nyanyi kejap..
.
.
" Doe is deer a female deer..
Ray, a drop of golden sun..
Me, a name I call myself......
bla bla bla bla...
.
.
.
Do re me fa so la ti doooooo...
JANGAN TIDO!!"

hehehe

sekian

Tuesday, February 01, 2011

Keluhan perantau..

Assalam,

Angin senja yang membelai,
Keheningan desa permai,
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku..


Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan kutemui
Sinaran cinta suci..




Dari desa ku merantau
Ku memburu cita cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahgia..




Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan kutemui
Sinaran cinta suci..


p/s
pastinya hati kekanda ku bergetar bila mengetahui Mesir sedang mengalami pergolakan dalaman sekarang kerana salah seorang anakandanya berada di sana.
hati ibu mana yang tidak resah sebegitu bila anakandanya berjauhan di mata..
.
.
.
sama samalah kita berdoa agar segala huru hara cepat beransur reda!
( haiiiiihh...pemimpinnya pun kalau dah rakyat tak suka, sila lah turun dari takhta!! sebab kamu seorang, habis segala rakyat jelata menderita dan penuh duka nestapa...isshhhh)


sekian

Friday, January 14, 2011

sambung cerita " Suatu malam di tempat yang bersalju putih "

Salam,

Aku mengamati suara yang sayup sayup kedengaran itu. Apakah benar seseorang sedang membaca surah Yaasiin? Sewaktu begini? Di pagi yang hening dan dingin ini?
Perlahan lahan aku duduk. Gebar eletrik yang dipasang sederhana panas melurut turun dari tubuh badanku. Kedinginan malam walaupun di akhir Januari masih mencengkam sehingga ke urat saraf.

Aku bangun lantas memetik suis lampu bilikku.
Terdapat kegelisahan di dalam nada suara si pembaca Yaasiin itu.
Hati aku tiba tiba merasa berdebar.

" Eh, itu suara Ria.." detik hatiku.

Aku menerjah keluar dari bilikku yang hanya bersebelahan dengan ruang dapur rumah itu.

Ria menjadikan ruang makan sebagai biliknya yang hanya disekat dengan langsir dipasangnya sendiri. Ruang makan itu agak luas dan terdapat closet bertutup. Ria telah menjadikan closet itu sebagai tempat meletakkan pakaian dan barang barangnya.

Bilik aku tidak terdapat closet tetapi aku mempunyai almari kecil yang boleh diletakkan pakaian dan barang barangku. Jika dibandingkan dengan ruang makan itu dengan bilik aku, ruang makan itu lebih besar dan selesa. Cuma ia tidak mempunyai daun pintu seperti bilik aku.

Terdapat dua bilik lagi di rumah tingkat ketiga itu. Satu dihuni oleh Ruzi dan satu lagi oleh Lynn. Bilik Lynn terletak di hadapan sekali berdekatan dengan ruang pendiang api. Malangnya pendiang api itu tidak dapat digunakan jadi bilik Lynn adalah yang paling dingin sekali takkala musim sejuk.

Bilik Ruzi pula berhadapan dengan ruang tamu dan ianya agak selesa kerana terdapat pemanas yang menghangatkan ruang tamu lantas biliknya turut merasai kehangatan itu.
.
.
.
.
.
Ehhhhh...anak anak aku ni ngacau le pulok.
Terbantut penulisan!
Cheh..
Sambung lagi ek...
Jangan marah!!

Thursday, January 13, 2011

Suatu malam di tempat yang bersalju putih..

Salam,

Malam sudah merangkak ke dinihari. Aku masih di meja studi merenung angka angka dan meyudahkan kerja kerja yang masih tidak selelsai. Perutku sudah berbunyi bersahut sahutan minta diisi. Aku keluar dari bilik meninjau ruang dapur lantas menjengok ke dalam peti sejuk kalau kalau ada makan malam yang bersisa dan boleh dimakan lagi.

Ria masih tertiarap di katilnya. Juga sedang kusyuk menyiapkan laporan makmalnya untuk hari itu. Sekali sekali terdengar rengusnya menghamun Cikteh yang melompat di atas katil.

" Cikteh, Get down! You are not suppose to play here "

Ria berbahasa Inggeris dengan Cikteh. Si gebu yang berwarna putih bersih itu seolah olah faham dengan apa yang dituturkan lantas melompat turun dari katil Ria.

" Ria, engkau nak peanut butter sandwich tak?' tanya aku dari ruang dapur.
" Kalau engkau rajin, sudi sudilah kan membuatkannya untuk aku "

Aku lantas mencapai roti yang hanya tinggal separuh bantal dari peti sejuk dan mengambil mentega kacang yang tersimpan di dalam kabinet dapur. Sudu yang di dalam laci aku keluarkan lantas segera menyiapkan empat keping sandwich mentega kacang.

" Nah, lepas makan ni aku nak kemaskan buku buku aku. Lepas tu aku nak solat Isya' dan masuk tidur. Engkau nak stay up ke? "
" Lepas aku siapkan report ni, aku nak study sikit pasal Management. Esok ada kuiz "
" Okay la..jangan lupa kejutkan aku time Subuh kalau engkau jaga awal '
" Hokey dokey "
.
.
.
Bila selesai segala urusan, aku terus belayar masuk tidur sehinggalah dikejutkan dengan bunyi seseorang membaca surah Yassin pada kira kira jam 3 pagi....
.
.
.
.
.
.
aduihhhhh..
pembaca sekelian.
sambung esok la ye.....
NGANTUK
.

Thursday, November 11, 2010

Status..

Salam,

Sewaktu aku di Chicago, di dalam kelas C.E ku terdapat 20 orang pelajar. 4 darinya adalah perempuan termasuk aku. Selebihnya pelajar lelaki.
Dahsyatkan? 1P : 4L..hehehe

Kalau pensyarah kami pecahkan mengikut kumpulan maka akan disuruhnya setiap kumpulan mempunyai 1 ahli perempuan. Jadi kami yang perempuan ni tak dibenarkan membuat kumpulan sendiri.
4 pelajar perempuan itu ialah aku, seorang budak perempuan Iraq, seorang budak perempuan kulit hitam dan seorang budak perempuan Minah Saleh.

Aku baik dengan budak Iraq itu manakala Minah Itam tu aku kureng suka...
Minah Saleh tu aku tak pernah berkawan. Dia pendiam.....dan aku tengok dia hanya nak berkawan dengan yang sama warna kulit dengan dia ja.
Aku bukan tak suka Minah Itam tu sebab dia ITAM..TAKKKK...
Aku kureng suka sebab dia TERAMAT lah malas buat kerja kerjanya. Homeworknya asek copyright aku punyer...
ADA KE PATUT?!!
Nak masuk group DISKUSI kami, PEMALAS nak mampoih!
Hinggakan waktu exam pun dia asek asek tanya aku...
.
.
AIHHHH nak cari NAHAS dapat straight F?
So dengan Mak Itam ni, bila nampak kelibat dia jer, aku menyorok.
Dengan students lain dia tak berani nak minta tiru homework tapi dengan aku kemain lagi buat samseng.

Ada gak geng geng Mat saleh yang dok perhati tabiat dia datang minta tiru homework kat aku so diaorang ni kata la kat aku jangan bagi muka dekat Mak Itam ni sangat.
Suka TAKE ADVANTAGE!
.
.
So satu hari, bila dia datang desak aku minta tiru homework, aku pun katalah kat dia...

" What were you doing at home? We are all having the same 24 hrs, right. Why couldn't you do you homework like the rest of us?"

.......walaupun waktu tu aku ngeletor juga nak cakap..ngeletor sebab menahan marah...tapi tak nak bunyi macam kureng ajor. ( actually si mak Itam itu memang KURENG AJOR)
.
.
.
Sekali budak perempuan tu cakap la..

" Hei...I have a kid at home to look after. I have to go to work and school at the same time. Juggling all the work."
.
.
OOOO... single mother ghopernya Mak Itam ni.
Aku tanya la anak dia umur berapa?
Waktu tu umur Mak Itam ni duapoh satu tahun.
Anaknya dah 5 tahun. So dia beranakkan anaknya semasa dia umur 16 tahun la...
.
.
.
NIKAH dah ka?
Mana ader nyerrrr...
Trend orang Barat.
Beranak dulu, nikah kemedian.
.
.
.
Errr...tapi aku tengok la ni pun trend tu dah menular masuk ke Malaysia.
UPSR result tak keluor lagi, tapi anak dari perut dah keluor?
.
.
Hai...
15-20 tahun lagi korang rasa akan berlaku tak, BIOLOGICAL FATHER kahwin dengan ANAK BENIHNYA sendiri kat MALAYSIA seperti yang berlaku di luar negara?
Apa nak dihairankan kalau ramai yang menabur BENIH BENIHNYA di merata rata tempat.
.
.
STATUS anak benih yang dilahirkan pula bagaimana?
.
.
.
Pembiakan STATUS apakah ini?


p/s....ngelewor jauh betui aku punya karangan....dari Chicago...terbang sampai Malaysia!!
hahaha...
aku gerammmmm sebenornya nih.
Dengor kabor ada budak umur 12 tahun BERANAK!
BUDAK KAT TENGGANU!! HAIIIIIHHH

sekian

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Ramadhan pertama..

Salam,

Ish...setiap kali Ramadhan ni mesti jadi nostalgik. Teringat berpuasa di perantauan. Teringat beraya di perantauan. Teringat itu...teringat ini. APASAL ek?
.
.
.
Tapi paling BEST sekali bila teringat masa pertama kali ber RAMADHAN dengan suami I yang tercinta tu..
Wei haaai.. hahaha
Ramadhan kami yang pertama BERSAMA adalah sewaktu di Chicago, USA.
OBERCI oo.....
oooittt ooooittt..

1990 adalah masa honeymoon.
Masa tu suami aku telah habis belajar first degreenya dan mengambil keputusan untuk pindah dari Boston ke Chicago setelah kami berkahwin di penghujung bulan Disember 1989. Konon kononnya taknak la biarkan aku berseorangan sambil nak mencari kerja di Chicago. Malangnya pekerjaan adalah sangat sukar diperolehi di Chicago terutamanya yang berkaitan dengan kelulusannya...tidak seperti di Boston.

Maka suami aku pun jadilah penanam ANGGUR sementara sambil menjadi peneman hati aku selama 6 bulan sebelum visanya tamat dan pulang ke tanahair. Kadang kadang kesian juga tengok suami yang TAK DAK kerja dan melopong di rumah. Aku ke kelas, dia TERSADAI di rumah. Baca paperrrr, tengok iklan, buat laundry, lipat kain...heheheh...MASAK??? Err...not his specialty.
DUIT?
Duit simpanan dia adalah sikit sebanyak sebab waktu kat Boston dia memang rajin buat part time job kat universitinya plus duit biasiswa aku yang dapat setiap bulan. Tapi duit tu terhakislah setiap hari kerana yang masuk hanya biasiswa aku sahaja.

Tapi perkara yang aku suka tentang suami aku sewaktu tu ialah dia rajin bangun malam untuk solat hajat, rajin bergaul dengan masyarakat Islam di universiti aku dan sentiasa bersedia untuk menolong kawan kawan yang perlukan khidmatnya.

Sewaku Ramadhan, ramai kawan kawan dari Bangsa Arab mengajak kami berbuka puasa di rumah mereka atau berbuka secara beramai ramai. Selalunya suami aku tak menolak tetapi kalau aku dah masak di rumah maka dia akan menolaknya dengan baik. Untuk Tarawih pula, selalunya suami aku disuruh ke depan untuk menjadi imam.
Aku pun hairan dengan pak Arab ni, mereka faham bahasa Arab sepatutnya mereka lah yang lebih layak menjadi imam tapi selalu menyuruh pelajar Malaysia untuk mengimamkan solat.

Terasa cukup indah ber Ramadhan buat pertama kali bersama suami sewaktu itu. Dan yang paling mengharukan di Ramadhan itulah kami telah menerima sumbangan zakat dari Pak Pak Arab yang nak bayar zakat. ALASANNYA ialah suami aku termasuk dalam golongan AHNAF sebab tak dak kerja/pendapatan dan kami pun memang agak memerlukan segala sumbangan itu sewaktu itu.
WEIIII hai...macam sedihkan?
Tapi bagi aku itulah keindahannya ISLAM ini....dan aku berdoakan agar mereka yang menolong kami berdua sewaktu itu dikurniakan ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT. InsyaAllah..
Amiinnn..

sekian

Tuesday, March 02, 2010

Makan angin..

Salam,

Pada suatu hari, semasa di dalam kelas Technical Drawing, rakan aku bertanya padaku samada aku telah membeli bahan kayu untuk kelas 3D. Rakanku ini adalah Az. ( pakwe kepada makcik yang pernah membiarkan aku kesejukan di luar telefon booth...ha ha ha)

Aku benar benar terlupa tentang bahan kayu yang sepatutnya aku beli semasa hujung minggu.
Lalu aku bertanya kepada Az di mana aku boleh dapati bahan kayu tersebut.

Az memberitahuku nama kedai yang berada di downton Chicago. Dia juga memberitahuku direction untuk aku ke sana.
Sewaktu itu aku tidak pernah lagi keluar ke downtown seorang diri. Sebelumnya aku ditemani oleh rakan serumah atau kakak senior.

Az telah meyakinkan aku untuk tidak merasa takut dan gentar. Dia menyuruhku pergi sewaktu lunch break kerana kelas 3D diadakan pada jam 2 petang. Masa untuk lunch break pula ialah dari jam 12 pm hingga 2pm jadi masih sempat untuk aku pergi ke downtown bagi membeli bahan kayu tersebut.

Az menyuruhku menaiki bas dan melukiskan plan arah ke kedai yang dikatakannya itu.

Lalu dalam debaran aku pun menaiki bas seorang diri untuk ke sana. Alhamdulillah...aku sampai ke tempat untuk membeli bahan kayu tersebut.
Aku membelinya secepat mungkin dan kembali kepada ke tempat menunggu bas.
Semasa tiba di tempat menunggu bas ini tiba tiba aku jadi termangu mangu.
Aku hanya tahu no bas sahaja. Oleh kerana jalan di tengah tengah bandaraya Chicago itu hanya sehala jadi aku tidak dapat mencari tempat menunggu bas untuk ke arah yang berlawanan.
Aku hanya pergi ke tempat di mana bas menurunkan aku pada mula mula tadi.
Waktu ni aku dah rasa nak menangis....
Kalau aku naik bas yang bernombor sama itu maka sudah pasti bas itu akan terus ke utara sedangkan kolej aku berada di selatan downtown. Aku dah mula panik!!!
Aku tidak tahu jalan yang mana terdapat bas ke arah selatan.
Aku takut..aku keliru.
Lantas aku naik juga bas yang benombor sama itu walaupun aku tahu ia menuju ke utara.
.
.
HA HA HA HA HA....
KOK AKU MAKAN ANGIN YEAHHHHHHH...
JALAN JALAN SAMPEI ITU STESEN UJONG!
.
.
Seorang demi seorang penumpang turun tapi aku tak juga turun turun. Waktu ni aku duduk seat betul betul belakang drebar bas!!
Jam menunjukkan hampir pukul 2 pm tapi aku dah tak peduli. Dalam hati aku hanya berdoa agar aku sampai semula ke kolej aku.
.
.
Memandangkan hanya aku seorang sahaja yang masih berada di dalam bas itu maka drebar bas tu pun bertanyalah pada aku,
"Whetchu goin', mem?"
.....dalam dialek pekat Pak Itam Chicagonya.
" Am goin' to IIT"
" Oh....dat's way back in South. Mem"
" Yeah..I know..but I made a mistake by takin' dis bus'"
"It's okay mem, EVEN SMART PEOPLE MAKE MISTAKE!!"
.
.
HA HA HA...
aku macam nak hempok kepala sendiri.
Betapa malunya aku kat drebar bas tu!
.
.
" Dis bus goin' back there..no worry mem, but u 've to wait 5 minutes cos I'm goin' to rite sumthin'"
.
.
Fulamak lega aku..drebar bas tu kena register sekejap...lapur diri tentang route dia. Kemudian dia pun drive balik bas yang sama menuju ke selatan semula.
Buat laluan balik ke downtown Chicago dan sampai le semula ke kolej aku.
Cuma laluan ke selatan mestilah jalan lain sebab mostly jalan di kota raya itu SEHALA!
.
.
Aku sampai ke kelas dah pukul 3 lebih.
Masuk kelas dengan muka macam nampak hantu.
Pucat lesi dan lembik sebab letih dok dalam bas.
Az tanya pasal apa aku lambat sangat masuk kelas.
.
.
Aku KATA.." HANG BAGI DIRECTION NAK PERGI SAHAJA TAPI HANG TAK BAGI DIRECTION NAK BALIK!!!! AKU SESAT NAIK BAS SAMPAI NORTH. STESEN UJONG!!!
MUJUR AKU TAK KENA CULIK"
Dia gelak macam PONTIANAK KAT AKU...
ha ha ha ha ha ha ha..
.
.
CISSSS...
.
.
sekian

Monday, December 21, 2009

God is GREAT!!

Salam,

Remember....when I was searching/googgling in the net to find an Iranian family?
An Iranian family who used to be my friend when was in the State..

FINALLY,
I found one of the member...the second child....
GOD!!!!! HE HAS ANSWERED my doa'!
She is a YOUNG LADY NOW!! A beautiful one!

he he..

Atefeh,
if you read this....
okay, go on..
keep smiling...

the end

Thursday, December 10, 2009

NABBED!!

Salam,

Waktu tu Aku dan Ann jalan jalan..sopping sopping kat Marshall Field, sebuah Mall di tengah tengah bandaraya Chicago.

Ann sebenarnya belajar kat Kalamazoo. Dia saja nak jalan jalan kat Chicago masa cuti break seminggu. ( yang ye nye TUJUAN UTAMA lebih kepada nak jumpa pak we dia yang satu U ngan aku...ha ha ha ha)

Oleh kerana masa kat KPP, Ann rapat ngan aku, jadi dia lebih senang bermalam selama seminggu itu di rumah aku. Masa ni aku hanya tinggal di studio apartment. Apartment yang disewa USD375 sebulan itu merupakan sebuah apartment pelajar di universiti aku.

Hari tu kami keluar naik CTA ( train) dari university aku ke Downtown. Ronda ronda, window shopping. Keluar masuk department store. Bila masuk Marshall Field, Ann belikan sehelai baju tidur untuk aku...
Wahh...hadiah untuk perkahwinan aku..KAH KAH KAH..kelakar kawan aku nih!
Tapi aku tetap GUMBIRA..ye lahhh. Baju tidur tu cantik.

Lepas lenguh kaki naik turun Marshall Field, Ann nak telipon PAK WE dia..( kawan aku juga sebenornya...)Maka kami pun singgah kat satu public phone bersebelahan pintu keluar Marshall Field tu.
Masa ni tengah salji turun tau..Awal Januari.
"Dalam dalam salji dok tengah turun, nak telipon juga budak nih..." sungut aku dalam hati sebab gigil juga nunggu luar pondok telefon. Dia dalam pondok tu tak lah gigil.
Aku?? Brrr...Brrr...Brr...
Agak lama juga la makcik tu telefon. Almaklum...orang tengah HANGIT bercinta.

Sebaik dia keluar dari pondok tu, entah dari mana datangnya seorang MAK ITAM yang besar dan GEMPAL lari dan rempuh dia. Ann TERTOMOIH kat sidewalk. BELEPUK muka dia kena pavement. Berdarah habis gigi dan bibirnya.
Aku tergamam sekejap tengok kawan aku TERTOMOIH gitu. Mak Itam ini pun jatuh tertiarap juga sebab rempuh kawan aku.

Apekejadah Mak ITAM ni lari lintang pukang tak nampak orang. Pastu tu dua orang Pak Guard Marshall Field datang tangkap dia. Rupa rupanya Mak Itam ni cuba melarikan sehelai coat kulit. Gilerr...Mencopek siang siang hari gitu. Ingat senang senang nak lepas.
Padan muka kena tangkap juga akhirnya.

Tapi kawan aku? Masa berdarah tu lap ngan tisu. Tisu habis, ambik salji untuk kurangkan pendarahan dan bengkak kat bibir. Ye laaa..bibir kena PAVEMENT youuuu!
Aiseh...nanti nak jumpa PAKWE kan...
seksi macam ANGELINA JOLIE.
ha ha ha ha

p/s sebenornya iktibar dari kejadian ni adalah :-

.......jangan siksa kawan dengan membiarkan dia kesejukan!!
kui kui kui...tuhan balas.


sekian

Saturday, December 05, 2009

Pitam..

Salam,
Waktu itu di hujung hujung semester. Cuaca pula tak menentu kerana peralihan musim antara musim salji dan musim bunga. Ada masanya salji masih turun lagi. Ada masanya pula dah panas. Jadi adakalanya terpaksa pakai 'winter coat' dan adakalanya pula 'spring jacket' pun dah memadai.

Oleh kerana tubuh badanku masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan cuaca itu maka aku telah demam selsema yang agak teruk. Sekejap sejuk, sekejap panas. Tapi aku tetap pergi kelas. Tambahan pula di hujung semester peperiksaan akhir akan diadakan. Banyak yang terpaksa diulangkaji. Dan di kelas kelas akhir inilah juga pensyarah mula memberi tips/klu soalan yang bakal ditanya. Jadi aku tidak mahu ketinggalan.

Hari itu ada kelas STATICS. Kelas yang aku gemari. Kelas yang diajar oleh seorang pensyarah wanita berasal dari Greek, Dr Maria. Aku ke kelas bersama dengan kawanku, si Zain. Hanya aku dan dia sahaja pelajar dari Malaysia di kelas Dr Maria itu. Pelajarnya ada lebih kurang 40-50 orang. Kelas bermula jam 10 pagi.

Aku sudah rasa tak sedap badan. Zain bertanya samada aku perlu keluar awal. Aku kata tak mengapa. Aku boleh terus berada dalam kelas. Sekejap aku rasa sejuk kemudian aku rasa panas. Kepala aku rasa pening sangat. Berdenyut denyut. Aaaahhh.....migraine aku sudah datang.

Mujur kelas itu hanya berlangsung satu jam sahaja. Selesai kelas, aku dan Zain menuju ke Students' Center, tempat pertemuan kebanyakan pelajar. Jarak antara E-building dengan Students' Center tidak berapa jauh. Hanya lebih kurang 200 ratus meter sahaja tapi disebabkan badan aku rasa tak berapa sihat dan kepala aku terlalu berat maka aku rasa ianya sangat jauh.

Sewaktu aku menolak revolving door bangunan Students' Center itu...tiba tiba pemandangan aku rasa gelap.
Bupppppp...aku jatuh tersepuk.
Sekejap jer...lebih kurang sepuluh minit.
Aku terasa badan aku diangkat orang dan terdengar riuh rendah suara budak budak Arab.
.
.
.
Sedar sedar si budak Zain tengah sengih sengih ngan gelas berisi air kat tangan. ( Zain ni budak lelaki Mesia....yang kecik dan kiut sahaja..ha ha ha)
"Weiii..awat hang pitam betui betui pintu tu!" kata dia.
"Hang tau dak budak AROB angkat hang..."
.
.
.
Mak aiiiiii...Malunya kena DOKONG ngan seorang pelajar lelaki AROBBBB!!
Tobat aku REDHO tak pitam dahhhh!!
Selepas itu, kepoh di kalangan budak budak Mesia berita tentang aku pitam depan pintu masuk Students' Center. Biasa la..kannnnn.
Sorang Senior, Bro Ad, insist aku pergi hospital petang itu juga. Dia tolong bawakan. Sebagai junior, aku kena patuh aaaa kan. Sat lagi kalau ada perkara yang lebih buruk terjadi, nyusahkan geng geng senior juga.
Dari pemeriksaan doktor, aku terkena kejutan cuaca, under stress dan kurang tidur....plus DEMAM!!
sekian

Wednesday, December 02, 2009

Kad raya..

Salam,

Suatu masa dulu..

"Eh Lin, ko dapat kad raya dari Malaysia la.."

"Aku tahu"

"Kad ni dari ayah ko ni hah..Dari Shah Alam"

"Aku tahu"

"Habis apasal ko tak buka lagi nih?"

"Malas..Dah tiga hari dah kad tu. Ko jer baru nampak"

"Eh..Kalau ayah aku yang kirim, dan dan tu aku buka"

"Ko nak baca kad tu baca la..tapi jangan beritahu aku isinya"

.
.

.
.
??????????

sekian

Thursday, October 15, 2009

Treat or trick?


Salam,

Kat USA kalau masuk bulan Oktober je, maka rancangan rancangan TV mula la tayang cerita hantu. Aku tengok ASTRO dan TV3 pun dah mula terikut ikut..
Hujung bulan Oktober di USA ada hari perayaan Halloween.
.
.
.
Halloween ni adalah hari meraikan hantu?
Hantu pun dapat hari perayaan?
Ceh!
.
.
Dan mula lah mereka membeli topeng topeng dan kostum kostum yang pelbagai rupa! TERUTAMANYA kanak kanak.
.
.
Pengalaman aku sewaktu mereka ini merayakan Hari Halloween ini tidaklah begitu ketara sangat kerana selalunya pada waktu beginilah pelajar sekolah aku akan mula cramp dengan assignment di akhir akhir semester.
Dan selalunya yang meraikan hari halloween ini adalah anak anak pelajar yang tinggal di apartment kelamin sekolah kami itu.

Pada suatu malam di Hari Halloween ini, ada anak anak datang ke apartment kakak senior dengan memakai kostum pelbagai rupa. Ada yang memakai topi witch serta berjubah hitam, ada yang memakai seperti pirate dan ada yang memakai topeng drakula beserta pakaian tuxedonya.
Mereka mengetuk pintu...

" TREAT OR TRICK ?" kata mereka beramai ramai.

Kami yang tidak mahu di ganggu pun berkata " It is a trick!!"

ha ha ha....KEJAM kan? Tak yah bagi cekelat atau gula gula..

Oleh kerana pada malam itu, pintu apartment kami itu diketuk quite a number of times sebab ramai juga kanak kanak yang datang berkunjung maka kami ( aku dan kak aya) buat satu TRICK lagi...( btw..aku selalu LEPAK kat apartment diorang ni waktu tu!)

AKU pakai tudung hitam terbalik...(sebenagnya aku punya idea!!)

Bila depa mai ketuk pintu, kami tak jawab apa apa...sebaliknya muka pintu tu pelan pelan dan keluar dengan muka yang bertutup dengan tudung werena HITAMMMMMM..
he he he he...

IT IS A TRICK!!!
ngeh ngeh ngeh...merapak bebudak tu lari!!

HADOOIIII!!!.kui kui kui

KAMI (errr sebenangnya aku sorang je yang buat trick tu tapi telah dipersetujui oleh kakak kakak apartment tu) buat untuk dua tiga kunjugan kanak kanak dan selepas itu tak dak sapa lagi nak ketuk pintu rumah kami dah...he he he he!

Mungkin hari pun dah agak lewat malam...atau mungkin juga trick kami itu telah tersebar di kalangan kanak kanak yang lain.
.
.
.
Dan kini bila aku dok tengok iklan cerita cerita hantu dah mola tersiar kat ASTRO maka peristiwa pekena anak anak orang putih ni KEMBALI semula!
he he he...

sekian

Thursday, October 08, 2009

Map that looks very familiar!

Salam,

Di bawah tertera sebuah peta yang kelihatan begitu familiar sekali. Peta sebuah bandaraya..
Peta yang menunjukkan perjalanan aku dari sebuah lapangan terbang antarabangsa ke tempat persinggahan aku yang pertama sewaktu merantau di negara orang.



View Larger Map


Ada penceritaan di sebalik peta yang berselirat itu.
Laluan getir seorang gadis di perantauan.
Kisah liku yang terpendam di dada.
Sukar dilupakan..
Bahkan segar di ingatan.
Seolah baru kelmarin aku di sana.
Tercampak di tengah kota yang begitu asing.
Namun cuba aku familiarkannya menjadi sebahagian diriku.
Dan ianya kekal menjadi sejarah hidup.
Simpang siur itu adalah sejarah silam.
Yang mengajar aku tentang hidup.
Bukan semua yang didengar itu manis.
Bukan semua yang dilihat itu indah.
Bukan semua yang dirasa itu enak.
.
.
.
Kerana segala keperitan terpaksa disimpan.
Kerana segala kehodohan perlu disembunyi.
Kerana segala kepahitan ditelan menjadi makanan harian.

OH!!

sekian

Tuesday, September 29, 2009

Arabian DELICACY?

Salam,

Bila time raya ke atau bulan Ramadhan, selalu dapat hadiah dari kawan kawan berbentuk macam di atas tu. Sedap juga sekali sekala merasa makanan stail Arab. Rasa pudina. Manis manis kurma gitu..
Ada kacang almond, pistachio, kuaci dan sebagainya.
Semalam pun suami bawa balik dari ofis satu kotak kurma bercampur dengan kurma yang berinti almond bersalut choklat. Orang selalu beli cekelat jenis ni kat Mekah. Entah siapa bagi..Mungkin ada kawan yang baru balik Umrah kut.
Bila makan delicacy yang rasa pudina macam kat atas tu, dan dan terimbau kenangan bersama sama dengan mak mak dan pak pak ARAB.
.
.
.
.
Dan dan pulak teringat peristiwa geng pemuda pemuda ARAB berlari larian mengejar satu SHOW...
Alaaaaaa...show ni depa juga yang anjurkan kat sekolah aku dulu.
Yang ada adik manis pakai baju jurai jurai tu

hmmmmmmmmm....
.
.
.
errrrr...
Time wedding, sebenarnya puak puak ARAB ni suka jemput orang yang pakai baju lagu ni nari gelek gelek dalam majlis depa.
AMACAM?
Siapa yang nak buat kenduri nanti, ada berani jemput?
he he he...

sekian

Wednesday, September 16, 2009

Bersolat raya di Chicago

Salam,


Hanya beberapa hari saja lagi, kita semua akan menyambut Eidul Fitri. Kalimah takbir akan bergema di seluruh pelusuk dunia. Bukan sahaja di negara kita bahkan juga di negara negara lain seluruh dunia..hatta seluruh alam.


Pada tahun kedua aku di US, aku berpeluang bersolat raya di Chicago bersama 10,000 ribu umat Islam di sana. Solat hari raya diadakan di Mc Cormick Center yang disewa oleh persatuan umat Islam di bandar itu. Sebenarnya tempat ini merupakan tempat yang selalunya diadakan pameran seperti pameran kereta, computer dan sebagainya ( seperti PWTC). Tapi dalam tahun 1989 itu, umat Islam Chicago berjaya berkumpul untuk menunaikan solat sunat hari raya beramai ramai.

PUNYA la ghamai UMAT ISLAM yang tinggal di Chicago. Berbilang bangsa pula tu..Ada berasal dari Pakistan, Palestine, Iraq, Iran, Africa Selatan, China, Jepun, Korea,.....bangsa kulit putih asal US pun tak kurang hebatnya!!

Memang tak disangka betul!!

Terkejut juga aku pada mulanya.

.
yang menariknya..KHUTBAH hari raya dalam BAHASA INGGERIS ...memang ODD pada mulanya...ialah aku bukan pergi bersolat Jumaat seperti rakan rakan lelaki. Mereka tentu sudah biasa.

Aku perhatikan kaum wanita dari bangsa lain. Kalau orang Melayu suka memakai barang kemas semasa hari raya, bangsa lain pun sama juga. Tapi aku rasa geng geng dari India dan Pakistan memang yang jenis suka memakai perhiasan yang HEAVY HEAVY!
SEJIBIK macam cerita cerita dalm filem HINDUSTAN!!

Yang agak pelik..tapi menarik sebenarnya, ramai dari kaum India ni solat guna sari jerr..Cuma mereka pakai sari dengan baju yang berlengan panjang dan tak nampak perut laa.. Kepala tutup guna kain sari...he he he..(so apa kata aku pakai sari tahun ni untuk solat raya? ada makcik makcik nak JEGIL kat aku tak?)

Kalau Mak Itam chicago lak..ramai yang datang pakai topi..ala ala macam geng Christian nak pergi Church. Depa pakai shawl sekali. ..Fashionable gak la.

Yang mak Iran..biasa la..Dengan Jilbab labuhhh berwarna hitam. tapi kain tu tak berjahit pun. Depa pakai skirt MIDI ngan stokin HITAM pastu cover lagi dengan kain PANJANG tak berjahit tu.

Weii..kalau tengok fashion orang pompuan Islam time tu...memang ternganga!!
Macam macam staillll..
Orang melayu Malaysia, Singapore, Brunei, Thailand, Indon je yang pakai telekung putih.
Yang dari negara lain...WERENA WERENI gituuuu...

Semasa solat di sini tersentuh rasa di hatiku...
ISH..
Agama Islam ni BUKAN kepunyaan orang Melayu sahaja.
Ianya untuk semua!!
dan sepatutnya aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam
Ye memang sepatutnya aku BANYAKKAN SYUKUR...

Alhamdulillah!!!Alhamdulillah!!Alhamdulillah!!

sekian

Tuesday, September 15, 2009

Pemberian..

Salam,

Korang biasa pergi mana mana tasik yang banyak ikan?
Korang rajin tak bagi ikan ikan itu makan?

Aku dulu suka juga pergi Tasik kat Shah Alam tu.
Waktu tu taman tasik tu tak ramai orang lagi. Sunyi lagi..Ya lah zaman 80 an.
Kalau duduk di tepi tasik tu, aku suka tengok ikan ikan dalam air. Suka nak bagi mereka makanan. Waktu tu dah ada orang yang jual roti untuk diberikan kepada ikan ikan itu.
Pernah suatu ketika, aku dan rakan serumah pergi berehat rehat melapangkan fikiran di tepi tasik sambil memberi makan ikan.

Kita akan rasa seronok melihat ikan ikan itu berebut makan makanan pemberian dari kita. Kita rasa puas kerana dapat mengenyangkan mereka. Hati kita gembira kerana kita dapat menggembirakan makhluk Allah yang lain walaupun hanya ikan ikan di tasik.

Semasa aku meyewa apartment di kawasan universiti di US, apartment aku bersebelahan dengan tiga batang pokok yang besar dan rimbun. Di pokok pokok ini terdapat banyak burung burung merpati.
Bila aku ada roti roti yang sudah keras dan luput tarikh, aku akan turun ke bawah dan menabur sedikit demi sedikit roti roti ini kepada merpati merpati itu.

Hati aku juga terhibur kerana melihat makhluk Allah ini makan biarpun hanya burung burung merpati. Semakin hari semakin kerap aku memberi mereka makan. Kadang aku sengaja ketepikan dua tiga keping roti untuk diberi kepada burung burung merpati ini.

Sehinggalah pada suatu hari aku ditegur oleh makcik 'Salleh' yang selama ini memerhatikan perbuatan aku dari biliknya.

"Oooh..My dear, I think the birds recognize you.."

Terkejut aku..

Betul ke? Burung burung tu kenal aku?

Dia beritahu aku bila aku keluar dari pintu apartment, burung burung tu semua dah siap sedia turun dari pokok pokok tu.

Aku hanya ketawa kecil sahaja..separuh mempercayainya.

Hinggalah pada suatu hari yang lain, burung burung itu mengekori aku dari kawasan apartment hingga ke separuh perjalanan ke kelas.....
.
.
.
.
.
UIKSSSS???!!!!
Aku bagaikan tidak percaya!!
.
.
.
sebenarnya makhluk Allah yang lain juga menghargai pemberian dari kita.
.
.
dan petang semalam, suami bawa satu pemberian dari CEOnya!
CEO ni telah bagi SEMUA STAFF di HEAD OFFICE yang berjumlah kira kira 300-400 orang itu sebiji kek coklat! Ini personal punya pemberian..
Mak aiii...
Kalau sebiji kek harga RM15...korang darab aje la.


Thank you very much!
Anak anak ku gembira sekali!!
.
.
.
sekian