Showing posts with label makan makan. Show all posts
Showing posts with label makan makan. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Ngidam

Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni entah kenapa.
Bila tidur jer termimpi mimpi.

Mimpi strawberi.
Mimpi rebung masak kari dengan daging.

Tiba tiba kali ni mimpi bergedil pulok..
Bergedil buatan sendiri..
Bukan yang tak berapa best kat kedai tu.
Yang dimakan dengan bihun soto.

Kenapa dengan aku nih?

What's wrong with me. Asyik mimpi makan jer.

.
.
.
.
.
NGIDAM???
Omak aiiii...

Sekian

Monday, January 07, 2013

Dia dan aku...

Assalamualaikum,

Hujan sepanjang perjalanan.
Memutih.
Itu sungguh meletihkan.

Dia ada mesyuarat.
Aku?

Pergi mengorat....?
.
.
.
.
.
takkkk...
.
.
Itu bukan kerja aku.


.
.
.
hahaha






Kerja aku pancing strawberi.
Pancing guna kertas hijau, biru, merah, ungu.



Sedap makan strawberi celup coklat.
Sudah semestinya.



Lain kali kalau ke Cameron Highland singgah di Kampung Taman Sedia ni.
Tak jauh dari Brinchang.
Belakang kawasan padang golf Sultan Ahmad Shah.
Perkampungan orang orang Melayu di Cameron Highland.


Aku singgah di salah satu kebun strawberi.
Kakak, adik penjual memang ramah tamah.
Menjual skon, aiskrim, kek, dadih dan lain lain makanan dalam gerai di kebun mereka.
Nampak sedap tapi aku minta strawberi celup coklat dan kopi panas.
Yang tu memang UMPPPHH!!



Tempat pun bersih dan nyaman.
Suka makan dalam kebun yang nyaman begitu.


p/s
menemani Dia, Cameron Highland.
05/ 01/2013 - 06/01/2013

Sekian

Wednesday, November 28, 2012

Ruang

Assalamualaikum,


Jalan jalan cari ruang.
Jalan jalan cari makan.
Ruang makan!

p/s
Bayou Lagoon Resort, Melaka

sekian

Friday, June 15, 2012

My Eggtarts

Assalamualaikum

Masa cuti sekolah adalah masa untuk merayau rayau..
bukan sahaja di tepi pantai..
tetapi juga
merayau rayau di dapur..

Sebelum ke dapur kena tahu apa mender yang nak dimasak.

Kena merayau rayau dalam laman siber dulu.
Mencari idea dan resepi.

Almaklum...bukan semuanya pernah dimasak.
Bukannya terer pun!!

Walaupun dah umur empat puluh lebih ni..

MENGAKU JER LA tak pernah masak TART TELUR ni!!

hehehehe





tapi...walaupun pertama kali masak EGGTARTS dalam hidup, menjadi juga nampak gayanya.

Thank you YOUTUBE!!

dan thank you pada yang bersusah payah meletakkan video you all tu.

Entah sapa.
Mana le aku kenal...( kalau dia Islam, paling tidak ...dah dapat pahala. )

Lepas ni aku nak buat Blueberry cheese tart pulak.

Blueberry filling dah ada tu.
Cream cheese dah beli juga.
Pastry tart dah pandai buat...hehe


errr
esok esok la kut.

Hari ni malas le pulok...

p/s
Muzik background blueberry cheese tart resepi tu macam cerita SUSPEN nak BUNUH ORANG!
....tak matching!!
.
.
haha


sekian




Monday, June 11, 2012

Kuih kegemaranku dari zaman kocik lagi..

Assalamualaikum,


Suatu masa dulu, setiap hari Selasa pagi di kampungku, mesti aku pesan pada ayahanda.

" Jangan lupa kuih peria Makcik Banjar! "

Pekan Selasa adalah pasar lambak seumpama pasar tani atau pasar malam. Cumanya kalau di kampungku ianya diadakan sewaktu pagi.
Penjual ikan dari keturunan Cina sudah bersiap sedia di hadapan kawasan masjid pekan Gunung Semanggol sebelum masuk waktu subuh lagi.
Sebaik selesai Subuh, orang kampungku sudah mula keluar membeli ikan, sayur mayur, kuih muih dan pelbagai aneka barang keperluan lain.


Pukul 11 pagi, pasar ni dah berkemas. Tamat.


Dan kuih muih macam kuih peria kegemaranku ini pula, kalau jam 9 baru nak terhegeh hegeh ke sini. Alamatnya tinggal talam kosong je laaa...
.....selamat mengigit jari!

Err...aku wonder makcik Banjar tu masih menjual atau tidak lagi.
Kuih yang dalam gambar ni aku beli kat kedai makan jer..
Bukan kat pekan Selasa.
Yang makcik Banjar pekan Selasa tu jual, lagi sedap laa..Lagi UMPPPH..
Yang ini macam kureng sikit.......tapi boleh la.
Kat KL payah jumpa.
Tak pernah jumpa pun selama berbelas tahun aku dok di Bangi ni.
.
.
.
Makcik BANJAR ( atau keturunannya ), minta resepi....boleh?


p/s
TAS....ko pandai tak?


sekian

Saturday, May 26, 2012

Jatuh bangun sesebuah restoren..

Assalamualaikum,

Pada suatu hari di masa perut lapar dan berbunyi, kami bercadang menuju ke sebuah tempat makan yang pernah kami kunjungi suatu ketika dulu di sini .

......tetapi....

Aik?!!

Dah bertukar nama??

Oh rupa rupanya restoren yang pernah aku war warkan dalam blog aku ni dulu, sudah bertukar tuan dan bertukar nama serta bertukar sajian.
Maka tak dapat la kami merasai keenakan makanan yang disediakan di situ lagi.

Kami terpaksa mencari cari restoren yang sesuai untuk selera kami di petang itu.

Maka kami pun ke sini.


Sebuah restoren yang menyediakan makanan ala ala Arab dan Indian Mughal juga di Cyberjaya.

Melihatkan retoren yang ingin kami tuju sebelum itu telah bertukar tuan terfikir juga aku, bukan senang untuk buka sebuah restoren.

Sewa kedai kena fikirkan.
Makanan yang disediakan nak kena enak.
Tukang masak pun nak kena mantop.
Pekerja pekerja mesti rajin dan tak banyak ragam.
Management dalam hal hal perniagaan dan kewangan ni pun nak kena bagus.

Kalau tidak dijaga semua ini, restoren yang ingin dimajukan mungkin tak lagi dapat membungkus nasi lemak...sebaliknya ANGKAT MEJA KERUSI DAN DIBUNGKUS!

Sambil sambil menunggu makanan yang di order tu, aku dan suami bersembang sembang tentang betapa pentingnya seorang Tukang Masak @ Chef di sesebuah restoren. Ada sebuah restoren Tomyam di BBBangi yang sering tutup buka hanya kerana karenah tukang masaknya. Kalau tukang masak cabut lari maka restoren tu ditutup sekejap. Kelam kabut tokeynya mencari pengganti. Kemudian bila tukang masak baru datang dan buat perangai pula maka tutup lagi kedainya kerana ketiadaan Chef.

Hmm...mula mula tukang masak lari...
....lama lama kalau restoren asyik TUTUP BUKA dan TUTUP BUKA, pelanggan pun boleh LARI sama.

hehehehe....

Oh ya, kepada KOG si kucing oren gemuk yang rajin  menyelongkar tinjau restoren tu, ko kena tengok link link restoren yang pernah kau kunjungi juga.
Sebagai contoh, restoren yang pernah menyediakan MURTABAK SINGAPORE 3 lapis di seksyen 15 BBbangi tu.
Dah KHALAS dah weii...
TUTUP dan tak buka buka dah.

Tiada lagi!!
Aku agak mamak yang buat murtabak 3 lapis tu dah bungkus balik Singapore kut...hehehe

Okay la..
Aku lapar ni..
Sarapan pagi tak masuk perut lagi.





Kalau dapat terbang pergi Cyberjaya best gak...
Hmmmmm
Hmmmmmm....







Takper la..
Kita makan apa yang ada kat Bangi ni.





sekian



Thursday, May 10, 2012

Jom lepat melipat..

Assalamualaikum,

Mula mula bersihkan daun pisang.
Layorkan. ( tak tahu layor? err tengok kamus..hihihi )
Potong agak agak boleh  melipat menggulung membalut membungkus doh tepung.


intinya










tubuh badan yang membalut inti itu adalah doh kental ini




maka jadilah.....  jeng jeng.....


 LEPAT LIAT

kuih tradisional geng UTARA tanahair.

rasanya kenyal kenyal tapi tak la liat sampai tercabut gigi palsu pulok.


Nak resepi?

1. Buat doh kental dengan mencampurkan air gula merah yang PANAS  kepada campuran tepung pulut + tepung gandum. 
( gula merah lebih kurang 200gm, gula putih lebih kurang 50 gm dimasak dalam lebih kurang 400 - 500 ml air . tepung pulut lebih kurang 500 gm + tepung gandum 200 gm )

2. Buat inti. ( kelapa parut setengah biji  + garam secubit )

3. Letak doh dan inti atas daun pisang. Bungkuskannya elok elok.

4. Dah siap...sila kukus. ( anggaran resepi ini adalah untuk mendapat lebih kurang 30 biji kuih ..ye )


( TIP :Peringatan penting untuk menyedapkan lepat liat..MUSTI kena campurkan tepung gandum! Kalau tidak, ada yang akan TERCEKIK makan lepat LIAT tepung pulut jer!! Pastu waktu nak bubuh doh atas daun pisang, kena sapukan sedikit minyak kelapa dulu...TAU!!)



sekian

Wednesday, September 14, 2011

16 september

Assalam,

Aku menerima message sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah tadi.

" Kalau family puan buat kenduri prgi makkah harap jemput saya & kakpah "

hahahahaha...

Aduhai...rasa macam kelakar!
Sebab apa kelakar?
Entah laa...tapi aku rasa sangat kelakar!

Sebenarnya kalau nak buat KENDURI bagi tujuan ke Makkah memang aku rasa macam dah tak berkesempatan.

Manakala kalau doa selamat dan bacaan Yassin sesama ahli keluarga suamiku..telah pun dibuat di rumah adiknya dan diketuai oleh ayahanda mertuku sendiri.
Doa dan bacaan Yassin itu lebih kepada doa selamat dengan apa apa niat yang terlintas di hati.
Ada yang doa masuk rumah baru dan minta keberkatan.
Ada yang doa nak lulus periksa UPSR, PMR.
Ada yang doa selamat bagi murah rezeki dan sihat tubuh badan manakala aku pula niat nak selamat pergi balik mengerjakan haji serta berdoa untuk mendapat haji MABRUR.

Selalunya bacaan Yassin dan doa selamat ini memang lebih bermakna dan lebih AFDHAL dilakukan sesama ahli keluarga terdekat.
Kita rasa lebih seronok, lebih kusyuk dan lebih bermakna ketika berdoa sebab yang mendoakan adalah dari kalangan ahli keluarga sendiri.

Kalau dengan jiran tetangga dan sahabat handai?
Aku lebih suka jemput makan makan..bual bual dan bertanya khabar!
.
.
.
Oleh itu, aku nak habark mai la kat sini...kalau kawan kawan BLOGGERS nak mai rumah, jemput la mai rumah 16 Sept ni....
Kita bertamu, bertemu dan berjamu.


p/s
KHAS untuk kengkawan BLOGGER yang ada no phone aku.
Sms aku kalau CONFIRM mai, okay?!!
Yang takder?
.
.
.
yang takder tu macam tak berapa kenai le tuuuuu...hehehe


sekian

Friday, September 09, 2011

Isketambola...

Assalam,



Ketam adalah sejenis haiwan laut bercengkerang.


Di rumah aku, kalau ianya dimasak, maka berselerakan lah segala cengkerang merangnya.

Ianya digemari oleh semua ahli keluargaku.

Walaupun isinya sedap dan manis, memakannya agak leceh terutamanya kalau budak yang paling kecil di rumah ni minta untuk di per isi kan ketam buatnya.



Bulan ramadhan tempohari, dua kali keluarga ku mengadap masakan ketam.

Tapi kami hanya memperolehi ketam yang kecil.



Kalau dapat yang besar dan padat isinya, mesti lebih MANTOp.

.

.

.

.

Masak aper?

Apa lagi kalau bukan SANTAN BERLADA.

.

.

.

PEDAS pedas lemak maniss....



Hmmmm sedapnya!!


p/s
Hari ni kalau dapat makan ketam, kan ke BAHAGIAAAA!!!
haih...takder le yang comei comei kat pasar tadi

sekian

Thursday, August 25, 2011

You all dah on the way balik kampung kan?

Assalam,

You all dah sibuk pack barang barang?
Nak balik ek?

Okay...sila sila...aku kasi laluan.
Lepas solat RAYA nanti, lapang sikit PLUS HIWAY...




Okay selamat hari raya...hati hati selalu.
Minta maaf zahir batin.

Ehem...berkenaan dengan gambar pula....hmmmmm...

Kita masak masak juga bulan puasa ni.
Ni puding caramel we all untuk RAMADHAN kali ini.



Ni pulak BUBUQ SOM SOM..O SOOOOMMM


nak resepi juga?
Ishhhh...dah berulang kali aku masak semua ni..
Malas le nak taruh lagi dah!
Ni resepi arwah ayahanda yang diperturunkan pada ambo.


Bengkang Bawang goreng!

p/s
al fatihah untuk ayahanda ambo..
Moga ayahanda sejahtera di sana.

sekian

Sunday, August 14, 2011

Mee Udang Arwah Abah..

Assalam,

Suatu hari mak aku malas nak ke dapur..

" Bang, masak le apa apa..mee ke bihun ke.." kata mak

" Aku masak mee udang kat hang. SAT jaaa" sahut abah yang memang boleh dikategorikan sebagai seorang suami yang pandai memasak.

Waktu tu aku ada di kampung. Entah sebab apa.

Mungkin sedang menunggu saat kelahiran anakku.

" Jom ida, mai abah nak tunjuk cara nak masak mee udang "

Aku hanya melihat gerak kerja abah yang sememangnya kalut bila di dapur.

" Hang kupas bawang besag sebuku. Bawang putih ambik 3 atau 4 ulas dah "

" Rendam cabai kering dalam ayag panas 12 biji!" abah mengarah aku.

" Udang ngan daging ambik dari peti ais "

Abah merebus seketul daging.

Abah mengupas seketul keledek dan memotong dadu serta merebusnya juga.

"Masuk ja dalam blender cabai kering ngan bawang merah/putih tu " abah meneruskan arahannya.

Kemudian abah menambah jintan manis dan jintan putih di dalam blender yang sedang berputar.

Bila daging dan ubi keledek sudah empuk, abah ambil daging dan hiris kecil kecil.

Dia menyuruh aku memasukkan keledek yang telah empuk itu ke dalam blender dan menghancurkannya.

Abah tumis bawang dan cabai. Bila wangi abah ambil air rebusan daging dan masukkan dalam periuk itu juga. Abah tambah hirisan daging dan keledek yang telah diblend juga.

" Udang ambik 5 ekog. Rebus sat. Pastu hang blend hancog juga" kata abah.

" Ngan kulit kulit ka abah? "

" Ngan kulit kulit laaa...sat lagi kita tapis."

Udang direbus dan diblend.

Airnya dan isi udang yang dah hancur abah tapis dan tambah dalam kuah yang sedang menggelegak.

Abah ambik sos tomato dan tambah sikit dalam kuah mee. Abah masukkan garam, gula dan sikit kicap masin.

Abah ambil sayur sawi dan potong,begitu juga dengan tauhu. Semuanya abah masukkan dalam kuah yang sedang menggelegak itu. Kemudian abah tambah udang dan mee.

Akhirnya abah pecahkan 2 biji telur dan masukkan taugeh.

Waktu menghidang pada mak, abah tabur bawang goreng dan daun sup.

.

.

.

Aku merasa kuah mee udang abah!

MEMANG MENGANCAM!!

.

.

Ya Allah,

Minggu lepas aku buat mee udang dari resepi abah...untuk bagi pahala pada abah di alam Barzakh.

Moga Abahku tenang di sana...

Ini salah satu ilmu yang diberikan kepadaku.

Ya Allah...untuk menggembirakan ahli keluargaku pula.

sekian

Thursday, July 14, 2011

Meehoon pun meehoon laaa..

Assalam,

Pagi semalam ada anak murid bawa magazine kanak kanak.
Aku pun minta tengok.

Eh...ada resepi pulak dalam magazine tuh.

Resepi meehoon goreng ala Singapore.

Teringat pesan POKCIK spek Itam..

" Abang malas la nak makan nasi time malam malam. Nak makan mender lain, boleh?"

Errr...


....I terus berazam nak buat resepi dalam magazine tuh!

Selalunya I goreng meehoon stail IPOH MALI sebab Pokcik pun olang sinun.
Sesekali boleh le ubah ubah stail gorengan kan?


Resepi?
Carik sendirik laa..

I malas le pulok nak taruk.
Ngantuk nih..


sekian

Wednesday, June 29, 2011

Fantastic photos and postcards

Assalam,

Buku ini dibeli lebih 22 tahun yang lalu oleh Pokcik Spek Itam.
Buku yang mengandungi gambar gambar bermusim di Niagara Fall yakni salah satu air terjun yang tercantik di dunia.
Kami berdua telah sampai di tempat ini suatu ketika dulu. Tempat yang indah menggambarkan keajaiban ciptaan Allah.
Kami tidak pergi bersama ke tempat ini.
Kami pergi bersama geng masing masing laa sebab masa tu aku kenal pun tidak lagi dengan Pokcik Spek Itam ni.


Aku suka tengok gambar gambar dalam buku ni.
Buku ni disimpan sekian lama kerana mengingatkan kami tentang keindahan tempat ini.
Masa dulu mana ada internet.
Gambar gambar seindah ini perlu disimpan dengan baik untuk diabadikan.

Aaaahhh...kalau lah aku boleh ambil gambar seindah ini
Hmmmm....

Aku dan suami juga sama sama menyimpan postcards yang kami beli di US
Satu album penuh postcards yang menandakan kami telah sampai ke tempat tempat ini.


ALCATRAZ?
korang pernah dengar?
hehe
.
.

Aku tak pernah sampai...sebab postcard yang ini suami aku yang membelinya.
Errr...tak sure pulak dia dah sampai ke tempat ni ke tidak.

Cuma suami aku biasa la merayap ke San Francisco semasa dia tinggal di California.

Alcatraz ini adalah pulau yang terdapat tinggalan penjara.
Penjara yang dihuni sekelian lama semenjak tahun 1933 lagi.
Kalau kat Malaysia ni macam PULAU JEREJAK kat Penang tu la.

Sekarang ni, Alcatraz dijadikan tempat tarikan pelancong.




TORONTO ni bukan kat Mesia atau Indon.
Juga bukan kat US.
Ni kat Canada...(FYI)
mana ler tahu kut kut ada yang tak sure lokasinya di mana.
Toronto adalah ibu negeri ONTARIO, sebuah negeri yang terdapat dalam negara Canada.
Dulu dulu sesiapa yang biasa belajar Geog mesti dah familiar dengan nama ONTARIO ni kan?

Kat Toronto ni, ramai orang luar yang jadi warganegerinya.
Contohnya orang Arab, Pakistan, Cina, India, Bangladesh dan sebagainya.
Jadi jangan terkejut kalau datang ke mari dan melihat ada ramai orang Asia sebab almost 50% warganegerinya orang yang lahir luar Canada.

Hmmm kat bawah ni pula postcard yang dibeli di St Louis.

Oh ya...
Bangunan ini ialah Gateway Arch.
Landmark bagi bandaraya St Louis.
Bangunan ini dibina untuk tujuan peninjauan para pelancong.
Dibina berdekatan dengan Sungai Mississippi ( sungai terbesar dan terpanjang di US )
Yang menariknya tentang idea binaan ini ialah architectnya mendapat ilham dengan hanya terpandang sebuah PENYANGKUT BAJU!!
hehehe...
Menarik bukan?!



BOSTON...
ohhhhh
bandar tua yang penuh sejarah
juga mempunyai sejarah antara POKCIK SPEK ITAM dan aku.

errrrr...


dah..

Anak anak sekelian, hari ni ummi masak lamb, okay!
Boston LAMB CHOP?
errrr...


makan diam diam..


sekian

Friday, June 24, 2011

Pernah singgah kat sini?

Assalam,

Masa cuti sekolah tempohari, kami sekeluarga keluar rumah pagi pagi untuk berangkat ke Utara.

Sebelum pergi, kami pekena sarapan pagi.

Budak budak bangun tidur, mandi dan bersiap sorang demi sorang... so SLOW MELOW.
Ada yang bangun dari tilam, tidur balik kat sofa.
Alasan : takleh masuk bilik air...
Ada orang mandi.
Last last masa target untuk bertolak lepas subuh berginjak sampai pukul 9 am.

Itu pun...ada juga yang kami biarkan keseorangan kat rumah untuk kami pergi sarapan sebab dia tak mandi mandi lagi.
Lepas solat subuh boleh main ACI PI TIDORK BALIK!!
Selepas kami semua kenyang makan, baru kami KUTIP DIA BALIK untuk teruskan perjalanan ke UTARA.

PADAN MUKA sarapan roti 70 sen ngan air kotak dutch lady jer...



Kami singgah makan di sini. Pernah sampai tak?
Lokasi : kat Kg Abu Bakar Baginda.
Kalau nak pergi Putrajaya ikut pintu 1 dari BBBangi akan lalu depan restoren yang baru dibina dan dibuka ini.

Very spacey.
Cantik sebab mungkin masih baru.
Kalau dah lama lama nanti tak tau laaa

Tapi one thing for sure, aku suka tengok dinding dia..
MAK EKAU...colourful!!
BESAU NO LUKISAN DIA!!

waaaaaaa...dan dan rasa nak nyanyi lagu ALLEYCAT

" Angin pantai dingin mencengkam,
Ombak laut mengajak pulang..
Di sini kurindu kampung halaman
Yang lama ku tinggalkan..

Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
bermain di mataku di kala sepi

Sawah ladang dan pohon nyiur
dengarkanlah jeritan hati
Ku ingin nyatakan
Aku sering merindu belaianmu"





....dah sudah sudah la menyanyi tu.

Moh kita makan jer.
Roti canai, roti bom, nasi lemak lauk paru, sotong, telur goreng lesap dalam masa 20 minit.
Lebih cepat dari masa nak seksiap datang sini.

REGA?
RASA?
Biaser biaser jer.
Idak le mahei bebenor.
Idak le mughah pulok.
Idak le tak sedap.
Idak le SEDAAAAPPPP sesangat.

p/s
POKCIK tak pakai spek Itam sedang melayan kerenah anak anak sekali dua kala!


sekian

Tuesday, June 21, 2011

'Tissue'

Assalam,

Aku sentiasa pastikannya ada dalam tas tanganku.
Senang.
Bila bila kecemasan, ada bekalan.
Tak perlu panik.
Tak perlu susah hati.
.
.
.
Tapi kalau berjalan jalan dan tak bawa beg tangan, nasib aku la.
.
.
Untungnya kedatangan si'dia' itu very PREDICTABLE.
sebab musabab jadi PREDICTABLE kerana setiap hari aku akan menelan biji biji seperti kacang putih itu.
Satu biji satu hari.
Tepat waktu jam 10 pm.
sebab musabab aku menelan biji biji seperti kacang putih itu pun atas dasar tanah ladangku yang subur.
Nak buat macam mana.
Kurniaan.
.
.
.
Suatu hari, aku dan suami ke ALAMANDA.
Menikmati juadah di food court.
Hmmmm...
Sedap juga nampak gayanya Nasi Beriyani Iran itu.
Sepinggan dikongsi berdua.
GAYA PASANGAN ROMANTIK gitu..
haha
Air?
Air jambu pink.
Juga dibeli segelas dan dikongsi berdua.
Kalau dah tidur malam berkongsi satu bantal, takkan tak boleh sepinggan nasi dikongsi berdua kan?
Kalau dah tidur malam berkongsi satu tilam, takkan tak boleh segelas air dikongsi berdua?
.
.
.
'Alahai....tissue mana? tissue?' tanya POK CIK yang tak pakai spek itam hari itu.
' Laaa..lupa nak ambik tadi. Jap, jap, jap...kat dalam beg saya ada'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

OPOCOT MAK EKAU!!!
.....hisssssh....apekehai pulak nak bagi PAD untuk DARLING Ai gabuih mulut dia kan?
hehehehehehehehe
.
.
.
tersedak NAFSU makan!


sekian

Saturday, June 18, 2011

Project cuti sekolah

Assalam,

Korang tahu le kan masa cuti sekolah hari tu kebanyakan anak anak ada di rumah.
Yang terkecuali hanyalah anak kedua yang baru masuk UITM tempohari.
Lain lain melepak di rumah.
Dan bila anak anak ada di rumah, selain tidur, mereka akan makan.
Selain makan mereka akan tengok TV.
Selain tengok TV mereka akan berkelai, gong geng gong geng!

Kadang kadang maknya macam nak cabut lari dari rumah...
hehehe.

Tapi dalam tidur tidur, makan makan dan tengok TV itu adakalanya demer mentelaah juga. Cuma kadar masa mentelaah buku itu teramatlah rendah nisbahnya jika dibandingkan dengan masa demer tidur, makan dan tengok TV.

Sewaktu menengok nengok rancangan di TV itu adakalanya mereka terpikat dengan apa yang ditonton.....maka rancangan BEST WAN di AFC telah memberi mereka idea untuk merayu ibu mereka supaya masuk dapur.
.
.
.
hasilnya ialah gambar di atas sana tu...

AYAM PERCIK...

resepi?
alahai...... tiru jer dalam rancangan chef wan tu.
Insya Allah jadi!



p/s
macam boring jer entry ni kan?
......memang pun, sebab tuan yang menulisnya pun tengah boring dan letih TERAMAT!

sekian

Monday, May 16, 2011

aduhai BLOGGER yang....tak tau nak cakap!

Assalam,

Dua tiga hari tak meng HAPDET..
Time ada ide, blog pula UNDER MENTENEN
.
.
.
LETIH..
.
.
Dah boleh tulis, idea pulak susup sasap hilang entah ke mana..
.
.
Aku boh gambar kuih CARA udah leeer
.
.
Petanda AKU MASIH UJUD di alam PEMBLOGGERAN
.
.
.
Kuih cara tu juadah buker poser..
Poser senin.

sekian

Tuesday, April 12, 2011

Puasa Isnin

Assalam,

Hari Isnin dan Khamis adalah hari hari yang digalakkan berpuasa sunnat.
Hmm..bila tiba waktu berbuka, bagus juga kalau dapat menikmati ikan bakar.
Nak nak pula kalau HOMEMADE..
aaahhh sodap....
Amacam Ikan siakap bakor kat atas tu.
.
.
.
.
.
.
si Dia cakap, "FINE DINING ke nih?"
.
.
.
.
ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh..
Di gandingkan pula dengan Homemade Honey Lemon Tea..



p/s
Sikit hari ni gua masuk entry masak dan makan saja..
Maap le ye pada yang berdiet..


sekian

Monday, April 11, 2011

Kununnya nak masak Nasi Mandhy..

Assalam,

Aku sungguh teruja bila seorang kawan sekolah aku menunjukkan resepi Nasi MANDHY...nasi ayam ARAB la kiranya.
Dia bagi tau resepi.
Tunjukkan rempah yang digunakan dan tempat nak mencari rempah itu.
Hajat hati aku memang lah nak membuatnya weekend baru ni...errrr tapi tak berkesempatan nak mencari rempah ratus yang dianjurkannya itu.
.
.
.
so last last aku buat masakan di atas tu.
Masakan kat atas tu aku namakan Ashley's Buttered Rice
...hihihi..
guna beras Basmathi tapi tak masak beriani ka apa ka.
Masak macam nasi biasa cuma bila dah kering airnya, taburkan garam dan lada sulah sikit kemudian masukkan sepotong butter mengikut kadar nasi itu. Taburkan juga bawang goreng serta daun parsley kalau suka.

Digandingkan dengan GRILLED MARINATED LAMB.
Lamb ni aku beli kat kedai Daging ADAM..
Kat seksyen 3 BBBangi ni ada. Kat seksyen 4 BBBangi ni pun ada.
Balik rumah kut nak tambah bawang besag ka, bawang putih ka, kentang ka..nak buat ala ala Naked Chef pun buleh.
Janji taruk dalam bekas, cover ngan aluminium foil, buka oven... tauk pi dalam 45 minit. Suhu 180 derejah.
Dia dah marinated seksiap kat kedai.
Memang mengancam kalbu..
Aku beli dalam 7 keping..

Kemudian buat pula salad timun-tomato aku tu yang di campur sedikit garam, pepper dan sedikit perahan lemon untuk disesuaikan dengan lamb.
Kalau boleh makan dengan yogurt...hmmm..baru match!!
.
.
.
.
Okay..tak dapat buat nasi Mandhy pun tak pa.
Ashley's Buttered Rice pun orait..
.
.

Lain kali kita buat pulok Nasi yang disuggestkan oleh kawanku itu.

sekian

Thursday, April 07, 2011

Mabuk Nasi..

Assalam,

Nampak gambar kat atas tu?
.
.
.
Cuba teka aku masak nasi apa?

A. nasi goreng China
B. nasi beriani
C. nasi beriani China
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
teeeeeekkkkk...masa dah tamat!
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya NASI BERIANI CHINA.
hahahaha..
.
.
.
.
Resepi memang nasi BERIANI...tapi rupa macam NASI GORENG CHINA!!

Cara membuatnya

1) TER lebih kan rempah berianinya so that nasi rupa macam dibubuh kicap.
2) TER LUPAkan diri nak beli kismis atau bawang goreng yang siap sedia.
3) Masukkan saja sayur campur jagung, peas dan karet sebab itu jer ada stok kat peti ais.

.
.
.
lain lain bahan sama macam buat nasi beriani.
.
.
.
hasilnya....Taaa daaaa..
DAPAT mender baru!!
Kan??

p/s
TAS,
amacam nasi beriani China aku...
sama tak INNOVASInya dengan cekodok tepung jagung engko?

sekian