Showing posts with label kampungku. Show all posts
Showing posts with label kampungku. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Kampung kota..

Assalamualaikum,

Kami berhenti di sana.
Di tempat kelahiranku. Untuk melepaskan lelah dan merehatkan diri pada malamnya.
Bertolak seawal pagi untuk mengejar waktu.
Anak anak dikerah bersiap siaga.
Dengan pakaian dan kelengkapan sejak malam sebelumnya lagi.

Kami berlipur di sini.
Mengubat letih dan lenguh anak anak. Bercanda dan bersantai.
Tapi kini gaya santai telah jauh berbeza.
Tidak sama dengan waktu dulu.

.....atas nama PEMBANGUNAN...


Aku merenung jauh.
Cuba menjangkau waktu lalu.
Mencari cari detik di mana kanak kanak seperti aku dulu yang lebih suka menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
.
.
.
.
....atau apakah  mungkin masa itu telah lama berlalu?



hmmmmm...

sekian

Friday, August 10, 2012

Sesejuk bedak itu...

Assalamualaikum,

Entah kenapa bila TAS mentioned Halwa Maskat dalam komen di blog dak Nizam di sini, fikiran aku terus teringat ingat Tok Mah aku. Aku sudah biasa menceritakan dan menggambarkan  tentang ibu tiri ayahandaku ini dalam satu entry dulu.

Fikiranku terus menerus tergambar wajah Tok.
Masih terpahat di fikiranku gambaran mukanya.
Senyumannya.
Bibirnya yang sentiasa merah dibasahi air dari daun sireh yang sering dikunyap kunyapnya.
Kelumbung putih yang sering dipakainya bila keluar rumah.
Beg tangan yang dibawanya ketika menaiki bas.
Baju kurung Kedah yang sentiasa dipakainya ketika di rumah.
Suaranya ketika mengaji ayat ayat suci Al-quran apabila selesai solat Maghrib.

Aku masih ternampak nampak Tok di tengah panas terik mengerjakan bendang di keliling rumahnya.
Kemudian bila Tok balik, dia akan berjalan meniti batas batas di bendang.

Aku juga seakan akan masih terbau bau bedak sejuk Tok yang dipakainya.
Bau bedak sejuk yang wangi dibuatnya sendiri dari beras yang direndam dan diseduh serta dibuangkan airnya berkali kali. Tok akan kisar beras yang direndam itu dan ia akan menjadi bancuhan tepung beras yang putih molek.
Kemudian Tok akan titiskan bancuhan tepung beras itu di atas kain serban lama Tokwan menggunakan daun mempelam yang dibuat menjadi kun kecil.
Tok titiskan dengan penuh hati hati dan titisan itu jatuh ke atas kain serban Tokwan seperti air embun yang menitis dari daun di pagi hari.
Tok jemur bedak sejuk buatan sendiri sehingga kering atas nyiru pada pacang berkaki tiga di tepi rumah.
Bila kering, bedak sejuk Tok akan jadi bulatan kecil kecil besar sedikit dari biji sagu.
Kemudian Tok mayang daun pandan halus halus dan akan campurkan dengan bunga melor atau kadangkala dengan bunga tanjung.
Tok masukkan daun pandan dimayang halus dan bunga melor dalam bedak sejuk buatan sendiri.

Bila aku berada di rumah Tok, aku akan pakai bedak sejuk Tok lepas mandi petang.
Bila malam, bau bedak Tok akan mewangi di muka ku.
Dan bedak sejuk itu sangat nyaman.
Bila di tengahari, selepas selesai makan aku akan mandi dan bedak sejuk Tok akan kupakai lagi bukan hanya di muka tapi di tubuh badan aku juga.

Tok kata, " Pakai bedak bagi sejuk dan bagi wangi satu badan".

Oh Tok....

Aku mengharapkan agar kediaman Tok juga harum mewangi serta nyaman di sana...
Di ALAM SANA....

p/s
Jom sedeqahkan Al fatihah.

sekian

Monday, June 11, 2012

Kuih kegemaranku dari zaman kocik lagi..

Assalamualaikum,


Suatu masa dulu, setiap hari Selasa pagi di kampungku, mesti aku pesan pada ayahanda.

" Jangan lupa kuih peria Makcik Banjar! "

Pekan Selasa adalah pasar lambak seumpama pasar tani atau pasar malam. Cumanya kalau di kampungku ianya diadakan sewaktu pagi.
Penjual ikan dari keturunan Cina sudah bersiap sedia di hadapan kawasan masjid pekan Gunung Semanggol sebelum masuk waktu subuh lagi.
Sebaik selesai Subuh, orang kampungku sudah mula keluar membeli ikan, sayur mayur, kuih muih dan pelbagai aneka barang keperluan lain.


Pukul 11 pagi, pasar ni dah berkemas. Tamat.


Dan kuih muih macam kuih peria kegemaranku ini pula, kalau jam 9 baru nak terhegeh hegeh ke sini. Alamatnya tinggal talam kosong je laaa...
.....selamat mengigit jari!

Err...aku wonder makcik Banjar tu masih menjual atau tidak lagi.
Kuih yang dalam gambar ni aku beli kat kedai makan jer..
Bukan kat pekan Selasa.
Yang makcik Banjar pekan Selasa tu jual, lagi sedap laa..Lagi UMPPPH..
Yang ini macam kureng sikit.......tapi boleh la.
Kat KL payah jumpa.
Tak pernah jumpa pun selama berbelas tahun aku dok di Bangi ni.
.
.
.
Makcik BANJAR ( atau keturunannya ), minta resepi....boleh?


p/s
TAS....ko pandai tak?


sekian

aNaK aYaM diKeJar MuSanG...chip,chip, chip, chip...

Assalamualaikum,

Suatu masa dulu aku pernah menulis entry ini...

.
.
.
Dah tengok link tu?
Dengan gumbiranya ingin aku tunjukkan gambar gambar terbaru ini..
.
.
.
Reban itu tidak terbiar lagi...

 Calon calon TERBAIK untuk rendang atau masak kicap di musim hari raya nanti...

NOT ONLY this reban PENUH SESAK bahkan....jeng jeng jeng...


Ada satu reban baru yang telah didirikan di belakang rumah mak..

JOM KITA MENYAKAT PENGHUNINYA.....
JOM JOM JOM!!

Kita ngendap...

Mak ayam tu kembang kembang bulu tengkuknya....marah kena kaco!
kikikikiki

Bapak ayam tu pulok?..
Berkukuk kukuk bagi warning kepada penghuni lain..
" Ada bahaya!...ada bahaya.!."
* aku terjemahkan maksud bahasanya supaya korang faham!
hehe...

 Anak ayam pula???
 Berdecit decit di suatu sudut dalam reban itu bersama dengan maknya..




Macam nampak musang lagaknya mereka ini.

Tu laaa..asek TERKURUNG dan MEMERAP dalam reban..

Cuba la keluar sekali sekala..
jelajah dunia..
jadi perayau macam aku!

hehehehe

Takder le TERCANGAK BANGAK jer bila nengok pendatang asing..

.
.
.


"Tak educated punya ayam. Tengok orang lain jer udah  tercangak cangak..Berkiok kiok macam nampak musang. Komer tunggu dekat dekat raya nanti...Tahu la nasib siapa yang kena!"

.
.
.
.
.
BOINKKKK!!!

"HADOI!!!!"
 "Hishhhh...siapa la buat alang pintu reban rendah bebenor ni!!"
.
.
.
Kokok kokok.kokkkkkk....
* padan muka!! * (terjemahan terakhir bagi kokokan ayam jantan yang mengepak ngepak sebelum aku keluar dari rebannya!)

Cisss...


p/s
......dengan ayam pun nak cari pasal!!
Uk alahai..


sekian







Thursday, May 10, 2012

Penyental PETOLA

Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawasanya PETOLA boleh dijadikan penyental?
Penyental periuk..
Penyental daki di badan..

Tak percaya???!!




Betolllllll....

Kat bawah ni, aku ambil gambor sejenis PETOLA yang telah dikeringkan seadanya sehingga menjadi penyental yang BIO-degradable. ENVIRONMENTAL friendly kekdahnya.


 Spongy dried PETOLA!


Pokoknya ada kat rumah mak aku..


Ketahuilah kalian bahawasanya apabila Luffa ( petola ) ini dibiarkan sehingga tua dan dikeringkan semahu mahunya maka jadilah dia seperti sponge.

Warna setelah ia kering sepatutnya warna kuning cair tapi yang ini tak berapa cantik tapi tetap boleh digunakan.

Ianya boleh dikerat kerat kecil untuk dijadikan penyental pinggan atau juga penyental badan.

Save duit kat GIANT kan???

sekian

Tuesday, June 07, 2011

"Baroh", "Daghat" dan "Deyo"

Assalam,

Ada perbincangan yang dibuat oleh sepupu sepupu ibuku tentang kedudukan rumah ayahanda mereka di dalam FB.
Ayahanda mereka ini adalah adik bongsu opah sebelah ibuku.
Mereka membincangkan kedudukan rumah ayahanda mereka yang hampir dengan Sungai Perak.
.
.
.
.
Rumah opah sebelah ibuku juga berhampiran dengan Sungai Perak.
Sekira kira 10 atau 15 meter sahaja lokasinya di belakang rumah opahku atau yang aku panggil Mak Didik.
Rumah abang sulungnya pula bersebelahan dengan rumah opahku yang aku panggil Tok Wer.
( Tok Wa )
Tetapi rumah Tok Busu ( adik opahku) itu tiadalah aku ketahui lokasinya.

Seingat ingat aku, kebanyakan ziarah yang dibuat semasa aku kecil dulu, aku hanya berkunjung ke rumah quaters yang di sediakan oleh Jabatan Saliran Negeri ( DID) kerana Tok Busu aku bekerja di situ. Rumah kecil sebilik yang didiami oleh penghuni yang begitu ramai. ( Anak Tok Busu aku ramai )
Jadi rumah kampung yang didirikan oleh Tok Busu sebelum dia berpindah ke Quaters DID itu tidaklah aku ketahui.


Sepupu sepupu ibuku ini sibuk memberi tunjuk arah lokasi rumah ayahanda mereka.
Mereka menggunakan perkataan "BARUH"< "DARAT"< "DEYO" bagi menunjukkan lokasi.
Perkataan "BARUH", "DARAT" dan "DEYO" ini bukanlah perkataan asing bagiku. Sememangnya aku telah mendengarnya dari kecil lagi.
Tapi.....errr.....tapi....sehingga hari ini aku masih terpinga pinga bila mendengar perkataan perkataan ini bila ianya digunakan.
.
.
.
.
hehehehehe..

Dalam subjek Geography, "Darat" adalah tempat / tanah yang bukan berair yakni daratan. Manakala BARUH...err...BARUH...err..ada ke istilah ni dalam GEOG?
"DEYO" pula rasanya....hmmmm.....


...ini adalah petunjuk arah yang digunakan dalam negeri Perak belah SELATAN.

so....aku berhak untuk BLURRR!

p/s.....sehinggalah Pak YEOB ( anak sulung Tok Busu aku menerangkan maksudnya kepadaku )

" Baruh " ialah satu arah yang menuju ke sungai.
" Darat " ialah satu arah yang menuju ke daratan.
.
.
........" DEYO"???....cer cari?

sekian

Tuesday, March 15, 2011

Kain putih SATU KAYU!!

Assalam,

Di satu sudut rumah mak aku, selalunya ada tersandar di dinding KAIN PUTIH sekayu seperti yang terdapat dalam gambar di atas ni.
Kadang kala gulungan kain itu sudah menipis.
Kalau sudah menipis maka ayah tiri aku akan membeli SEKAYU lagi.
Apakah kegunaan kain putih sekayu ini?
Apa lagi kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

UNTUK BALUTAN MANUSIA LAAA...
hehehehe..
.
.
.
.
.
.
.
Ayah tiri a.k.a jiran aku dulu nih pekerjaan utamanya yang sebenar adalah sebagai petani. Mengerjakan sawah padinya sendiri. Selain dari itu, dia juga adalah antara mereka yang akan dipanggil untuk mengendalikan penyembelihan lembu, kerbau sewaktu musim kenduri kendara di kampungku.
Kebolehannya ialah menyembelih, melapah serta memasak lembu, kerbau dan disebabkan kebolehannya itu JENOH LA anak cucu makan lauk kenduri di musim cuti begini!!

Selain dari pengendalian lauk pauk kenduri, ayah tiri aku ni juga terlibat dengan satu pekerjaan FARDHU KIFAYAH.
SORANG BUAT, LAIN TAK PAYAH!
Iaitu pengendalian jenazah.......daripada memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehinggalah mengkebumikan jenazah.

Kebanyakan situasi, dia hanya terlibat secara langsung dalam memandi dan mengkafankan jenazah sahaja jika waris boleh mengendalikan urusan solat dan kebumi.
Tetapi adakalanya ada jenazah yang tidak ada waris langsung untuk menguruskan jenazah maka ayah tiri aku akan menguruskan segalanya bersama seorang rakan.

Kelmarin, sebuah kedai di kampungku menyuruhnya menyediakan 3 set kain kafan. Maka dia pun mengambil segulung kayu kain putih yang tersandar itu untuk di potong. Katanya, untuk jenazah lelaki, 11 meter kain diperlukan bagi 3 lapis kain pembalut kafan dan sekeping untuk kain basahan sewaktu jenazah dimandikan.
Oooooo...
Kalau perempuan?
Kalau perempuan, 12 meter pula diperlukan.

Pagi kelmarin pula, sekitar jam 8 pagi, rakannya telah menelefon untuk mengajaknya mengendalikan satu jenazah di sebuah rumah orang tua tua. Rumah SERI KENANGAN berdekatan dengan stesen keretapi Taiping. Yang meninggal itu tiada mempunyai waris kerana dia adalah seorang warga orang Asli yang memeluk Islam.
Maka pergilah ayah tiri ku ini bersama rakannya mengendalikan urusan jenazah dari urrusan mandi sehinggalah dimasukkan ke liang lahat. Hanya mereka berdua sahaja. Upah pengendalian yang diberikan tidaklah seberapa kerana yang meninggal itu hanya sebatang kara dan tinggal pula di rumah kebajikan masyarakat. Tapi apa yang penting, fardhu kifayah tuntutan agama tetap dapat disempurnakan.

Pernahkah anda menguruskan jenazah sesiapa?
........................ TERUTAMANYA
AYAHANDA?
dan
BONDA?
atau
orang orang yang sewaktu hayat mereka sangat sangat anda CINTAI?
.
.
.
.
.
fikir fikirkanlah...

p/s kut dapat solat sekali pun kira dah cukup baguih dah tu..

sekian

Wednesday, February 02, 2011

Cerita budak pengsan jatuh basikal..

Assalam,

Hari tu ada dua orang budak bertukar tukar cerita dalam ruangan komen tentang kisah masa lampau zaman persekolahan, aku pun turut menyampuk sekali. Demer bersembang sembang tentang cara bagaimana nak ke sekolah.

Aku pun turut le menanya, takder ke demer nak tahu cara aku ke sekolah pula?
.
.
Mula mula aku ke sekolah dulu, aku berjalan kaki sahaja.

Masa aku darjah satu, aku tinggal di kawasan pekan. Pekan Batu Gajah di Perak sana tu. Sewaktu itu, abah aku mengajor di sekolah menengah rendah Sultan Yusoff...kalau tak silap aku. Abah pergi ke sekolah menaiki basikal. Dekat. Taklah terlalu jauh dari rumah kami.

Kakak aku pula pergi ke sekolah China yang hanya lima belas langkah dari belakang rumah aku. Sewaktu rehat dia selalu balik ke rumah, makan makan. Kadang kadang jengok dapur dengan kawan kawan Chinese nyer.

Aku pulak pergi ke sekolah dengan makcik aku yang aku panggil kak Yan sahaja. Kami bersekolah di sekolah kebangsaan. Kak Yan ini sebenarnya adik kandung mak aku. Oleh kerana keluarga mak aku ni agak susah jadi mak aku telah memelihara dua orang adik adiknya sebaik sahaja dia berkahwin dengan ayah aku. Kak Yan ni hanya dua tahun lebih tua dari aku. Masa aku darjah 1, dia di dalam darjah 3.

Kami sama sama belajar di sekolah yang sama. Tidak seperti kakak aku yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan China sehingga dia tamat sekolah rendah.

Kami berpindah ke kampung halaman ayahandaku di Semanggol semasa aku berada di dalam darjah dua yakni sebaik sahaja datuk sebelah ayahandaku meninggal dunia. Tanah yang didirikan rumah oleh ayahandaku ialah tanah kebun pusaka yang ditinggalkan oleh datukku. Tanah ini pada asalnya dipenuhi dengan pokok buah buahan seperti rambutan, durian, manggis, langsat, pisang serta tanaman lain. Tetapi bila ayahku mendirikan rumah di situ banyak juga pokok pokok buah buahan yang terpaksa ditebang.

Semasa permulaan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol, aku pergi berjalan kaki sahaja bersama sama dengan mak saudara yang aku panggil kak Yan itu.
Setiap hari kami mesti melalui jalanraya yang sempit menaiki dan menuruni bukit yang telah dibuat menerusi pemecahan bukit. Di laluan ini juga terdapat sebuah pondok penunggu di mana ( pernah aku ceritakan di entry sebelum ini) dikatakan ada PENUNGGU KRAMAT di situ. Sabanhari aku melalui jalan ini namun tidaklah pernah aku meracau malam, tersampok atau ternampak lembaga tidak menentu yang sering diperkatakan oleh orang orang kampung.

Oleh kerana aku berjalan kaki ke sekolah maka aku dan makcik mesti keluar awal dari rumah kerana sekolah aku terletak lebih kurang 3 kilometer dari rumah. Apabila keluar awal, kadang kadang hari masih gelap lagi. Cuaca di kawasan bukit juga selalunya teramat dingin terutamanya di waktu pagi tambahan pula di masa tahun 70an dulu, hutan masih menebal tidak seperti sekarang yang telah ranap habis pokok pokoknya.

Sewaktu pagi selalunya lutung di hutan masih bersahut sahutan, unggas unggas pula berkicauan mesra menyambut kedatangan mentari dan saban pagi selalunya kabus masih menyelimuti gunung dan bukit. Begitu nostalgik apabila mengenangkan suasana pagi yang damai dan tenteram masa lalu di rumah pinggiran bukit itu.

Semasa aku berada di dalam darjah 4, kami telah dibelikan basikal baru oleh ayahandaku. Maka aku dan makcikku mula ke sekolah menaiki basikal.

Sewaktu mendaki bukit, adakalanya makcikku tidak mampu mengCARRY aku lalu aku akan turun dan dia meneruskan pengayuhannya sehingga ke sempadan puncak. Dia akan menunggu aku di sana dan aku akan terkedek kedek berlari mengejarnya dari belakang. Sewaktu menuruni bukit pula....weeeeeeeeeeee.....kami akan membiarkan basikal kami meluncur laju sehingga ke pekan kecil Gunung Semanggol ( yang macam pekan KOBOI tak jauh dari BUKIT MERAH LAKE TOWN itu )

Begitulah juga keadaannya sewaktu balik sekolah, ( kadang kadang aku beli ais kacang untuk menyeruppp nyeruppp sambil terkedek kedek berjalan menaiki bukit ) aku selalunya ditinggalkan berjalan kaki sambil makcik aku mengayuh basikal dan membawa dua beg peti kami. Kemudian dia akan menunggu aku di sempadan puncak dan kami sama sama akan meluncur laju menuruni bukit sehingga sampai ke rumah.

Pada suatu pagi Jumaat yang cerah, kami berdua sama sama mengenakan baju kurung sekolah. Sewaktu tahun 70an dulu, adalah kelihatan janggal bagi pelajar sekolah rendah mengenakan baju kurung kecuali hari JUMAAT....( pelikkan?) Pelajar BERtudung? TERAMAT la TIADA sekali. Setiap hari kami berdua memakai pakaian skirt PINAFORE biru tua yang dipakai oleh pelajar bukan Islam sekarang ini.

Sewaktu menaiki basikal itu, aku berkain dan terpaksa duduk di belakang seatnya yang sempit itu sambil memegang dua buah beg PETI yang agak besar berbanding dengan diri aku semasa itu..
Lantas apabila mula menuruni bukit sahaja .......tup tup...GEDEBUK...seorang budak pembonceng basikal telah TERLENTANG ke BELAKANG lantas kepalanya terhentak ke jalanraya.
Dia kemudiannya tidak sedarkan diri lalu ditolong oleh seorang pakcik...enggak tahu siapa kerana dia pengsan masa tu...
.
.
.
.
sedar sedar dia terasa ada bonjol seketul di kepala dan dia muntah KUNING selepas sedar dari pengsan!
Bawak pergi hospital?.....X-RAY?.....jumpa PAKAR?....
.
.
.
.
.
.
MANA ADA!!
.
.
Kalau udah bangun sedor tu, kira dah baik ler.
...GITU LA cara orang dulu dulu.




p/s
oh ye...sebelum luper..gambor hiasan ialah gambor makcik yang aku panggei KAK YAN itu.
.....sedang memodelkan rantai MUTIARA yang dikebasnya dari negeri SABAH!!
Aku blankokan mukanya atas keselamatan rantai MUTIARA itu!
.
.
hahahahaha

sekian

Monday, September 20, 2010

Secebis kenangan..

Salam,

" Siah, kalau konduktor tu tanya, kata jer budak Hida ni tak sekolah lagi. Tak payah bayor tambang. Jimat sikit" begitulah pesanan Pak Yang Zambri ku sewaku aku dan Mak Yah balik semula ke Batu Gajah dari kampung Opahku di Pasir Kubu.

Sebelum tu, aku di dukung oleh Pak Yang dan diloloskannya aku menerusi tingkap bas yang akan bertolak dari pekan Parit. Orang cukup ramai dan berebut rebut menaiki bas ke Batu Gajah. Aku disuruh oleh Pak Yang meletakkan beg di tepiku supaya Mak yah akan dapat tempat duduk bila dapat menaiki bas itu nanti.

Walaupun aku sudah bersekolah dan berada di dalam darjah satu tetapi badanku kecil dan kurus kering. Mungkin kerana aku dilahirkan pada hujung tahun dan belum pun menjangkau usia 7 tahun lagi maka aku sememangnya kelihatan seperti kanak kanak yang berusia 5 tahun.

Pada masa aku berada di lingkungan usia itu, beraya di kampung Opah sebelah ibu adalah sangat sangat menyeronokkan. Rumah Opah yang kami semua panggil 'Mak Didik' itu sangat hampir dengan sungai Perak. Rumah Opah juga tiada bekalan letrik dan air paip bersih. Rumah Opah juga tiada peralatan canggih atau juga perabut yang mahal mahal. Seingat ingat aku, rumah Opah cukup lapang dan hanya beralaskan tikar mengkuang besar yang dibuat sendiri untuk menyambut dan menerima cucu cucunya serta anak anaknya yang seramai 10 orang itu beraya di kampung.

Aku tak pernah ingat akan adanya langsir atau kerusi meja baru di rumah Opahku. Mungkin hiasan dan perabut itu tidak bermakna apa apa buat Opahku. Entahlah...baginya yang penting adalah kepulangan anak anak dan cucu cucunya.

Selalunya jika menaiki bas, kami terpaksa berjalan kaki jauh dari pekan Teluk Sena kerana bas hanya mengakhiri perjalanannya sehingga ke penghujung jalan yang berturap tar sahaja. Ianya agak meletihkan terutamanya jika sampai di pekan Teluk Sena itu sewaktu matahari terik tambahan pula sekiranya pada mereka yang pulang dua atau sehari sebelum hari raya dan masih berpuasa. Jalan dari pekan Teluk Sena sewaktu itu hanya berkerikil sahaja dan tidak berturap.

Kalau tidak mahu berjalan kaki jauh, jalan pintas terbaik ialah dengan menaiki sampan tambang menyeberangi sungai Perak. Adakalanya yang menjadi pengayuh sampan itu ialah Pak Yang aku sendiri jadi kami merasa lebih selamat dan tidak perlu membayar tambang. Kami hanya perlu berjalan kaki dari tempat tambatan menyusuri denai denai kecil yang redup sekira kira setengah kilometer sahaja jaraknya dari rumah Opahku.

Perjalanan dari pekan Batu Gajah yang juga terletak di dalam negeri Perak itu terasa amat jauh sewaktu itu.

Memikirkan kemudahan jalanraya yang ada sekarang, alangkah bertuahnya anak anak dan cucu cucu serta cicit cicit nendaku sekiranya hendak pulang beraya ke rumah Opah. Tapi itu semua hanya secebis kenangan. Rumah dan tanah Opah pun sudah menjadi milik kekandaku yang dibelinya dari anak anak Opah. Opahku juga sudah lama meninggalkan alam ini kembali menemui Penciptanya. Datukku juga sudah lama tiada meninggalkan beberapa orang anak anak yatim.

Namun kenangan perjalanan ke kampung masih segar dan terpahat dalam kotak fikiranku. Kenangan bermain sekitar rumah Opah serta melihat Opah mengacau dodol dirasakan seolah baru kelmarin aku menjadi anak anak. Hawa sejuk dari pokok yang merimbun, bunyi serangga riang riang dari pokok hutan, bau asap dari dapur kayu Opah dirasakan seolah olah baru semalam aku berada di kampungku.

Opah or lebih mesra dipanggil 'Mak Didik', semoga sejahtera di alam sana..
Al-fatihah..
.
.
.
dan aku sangat merindui suasana itu.

sekian

Monday, November 16, 2009

Hujan..

Salam,
Aku rasa dalam seminggu ni tak dak yang tak hujan..
Setiap hari kalau tak pagi maka petang akan hujan.
Kalau tak petang maka malam akan hujan. Tak pun tengahari.
Ada hujan lebat, ada hujan renyai renyai..ada hujan lightweight gitu..
Tapi pokoknya UJANNNNN.. Jemuran??
Jiran kat sebelah ada 2 anak teruna.
Aku tengok bibik dok sidai JEANS depa tak kering kering 3 hari dah!
Gantung bawah porch macam pasar malam.

Aku kata kat bik, "Kalau meniaga boleh untung tak, bik?"
KUI KUI KUI...Bibik GELAK mengekek.

Baju kat ampaian rumah aku pun sama. Mujur ampaian ada roda.
SORONG MASUK, SORONG KELUAG..
TAPI lebih baik tak payah keluag..sebab cuaca habis baik takat pukul 11.
Masuk pukul 12 tengahari dah mendung. Sebaik petang, akan hujan..

Hmmm...alhamdulillah kat rumah aku tak banjir.
Setakat air melimpah masuk longkang sahaja.
Tapi nak kena jengok jengok juga dalam longkang tu.
Takut takut aliran air tersekat.

Tapi kampung aku kat Perak?
Kawasan Krian?
Dengar kata air naik kat Alor Pongsu.
Hmmm.....kawasan bendang nih.
Gena orang sana?
Kalau rumah bawah, harus ayark naik...

Ish.....

"Berhati hati semasa musim banjir...awasi anak anda!!"

sekian

Thursday, November 05, 2009

Usin Poowek..( sambungan Pondok, Gua dan Usin)

Salam,

Pada penggal kedua, 1975, aku telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol. Sewaktu itu aku dalam darjah dua. Keluarga kami berpindah dari pekan Batu Gajah untuk menetap di kampung ayahandaku. Ayahku telah mendirikan sebuah rumah sendiri di tanah pusaka peninggalan datukku.

Maka dengan itu aku mula melalui jalan sempit berbukit tersebut. Jalan yang berkabus dan sejuk di waktu pagi. Aku tidak menyusurinya sendirian bahkan ditemani oleh ibu saudaraku yang sewaktu itu berada di dalam darjah empat.

Sungguhpun terpaksa melalui jalan yang sempit dan berliku, suasana awal pagi ketika itu cukup mendamaikan. Yang kedengaran hanya lolongan pekakah dari rimba sekeliling. Juga kicauan unggas hutan yang sayup sayup riang menyambut pagi. Ianya benar benar syahdu...

Cuma sesekali hati aku bergetar juga ketika melalui hadapan gua kecil itu. Takut takut juga pada mulanya kerana sebelum ini aku sering dimomokkan oleh bapa saudaraku dengan ceritanya tentang orang bunian yang menghuni kawasan sekitar itu.

Tetapi lama kelamaan kisah tentang orang bunian itu tidak menjadi apa apa hal buatku. Lantaran inilah jalannya yang kulalui saban hari. Ke sekolah. Ke pekan Semanggol. Ke khutub khanah. Ke rumah tok wan. Ke rumah Pak Long bahkan ke rumah kawan kawanku kerana hampir kesemua kawan kawan baikku tinggal di sebalik bukit sana.

Di laluan yang sunyi dan sempit ini terdapat sebuah pondok yang didirikan di tepi jalan.Pondok ini hanya mempunyai atap tetapi tidak berdinding. Di sinilah selalunya aku perhatikan seorang dua manusia yang berhenti sebentar, berteleku, menilik nilik dan meminta minta sesuatu. Kadangkala ada di antaranya membawa makanan berupa limau atau kuih muih untuk ditinggalkan di bawah pondok ini. Tujuan mereka berhenti di situ cukup menjadi tanda tanya buatku yang ketika itu berumur sekitar delapan tahun.

Tetapi aku tidak ambil kisah melainkan kiranya di pondok itu terdapat si dia ini. Si dia yang sering menunggang basikal ke sana ke mari. Si dia yang menjadikan pondok ini tempat melepaskan lelah. Juga tempat dia berlibur dengan kawan kawan. Juga tempat dia mengusik anak anak kecil seperti aku yang pulang dari sekolah. Dia jugalah yang sering mengutip duit duit syiling yang dilemparkan ke kawasan ini oleh sesiapa sahaja yang melaluinya. Aku tidak tahu kenapa orang membuang duit syiling di sini kerana yang bergembira dengan duit duit syiling itu ialah si dia ini. Si dia yang hanya kukenali dengan nama USIN POOWEK!!

Usin Poowek bukan gila. Dia juga tidak sasau. Sewaktu dahulu, aku tahu dia mempunyai ibu tetapi sudah tidak berayah. Tetapi entah kenapa sering aku lihat Usin Poowek merayap ke sana ke mari. Dengan basikalnya. Bukan basikal tua..tetapi basikal BERHIAS!

Basikalnya lengkap berlampu. Berkipas kecil. Juga turut dilengkapi dengan hon ala ala penjual roti. Jejari tayar basikalnya turut dihiasi dengan lampu lampu kecil yang agak menarik perhatian.

Usin Poowek ke hulu ke hilir mengayuh basikal ini. Baginya untuk ke pekan Bagan Serai yang terletak kira kira 10 km adalah perkara biasa. Begitu juga untuk ke bandar Taiping yang terletak kira kira 12km jauhnya dari pekan Semanggol. Dan itulah kerja setiap hari...ke hulu dan ke hilir di atas basikal. Cuma pada musim musim menuai padi, aku ada melihat Usin mengambil upah mengangkat guni guni padi ke atas lori. Kadangkala aku juga mendengar cerita kawan kawan bahawa Usin mengambil upah memukul padi di petak sawah ayah mereka.
(sewaktu dulu mesin memotong padi yang besar masih tiada lagi) Sumber kewangan Usin ini mungkin dari upahnya membuat kerja kerja kampung sebegitu.

Tapi hanya itulah kerjanya. Sebahagian besar masanya dihabiskan merayap ke sana ke mari dan lepak di pondok itu.
Siapa saudara maranya?
Siapa adik beradiknya?
Aku tak pernah tahu.
Dulu aku sering melihatnya begitu mungkin kerana usianya sekitar duapuluhan dan dia umpama seorang anak muda yang inginkan kebebasan hidup. Tetapi setelah 30 tahun kemudian adalah cukup memeranjatkan sekiranya kelibatnya masih ada sekali sekala di pondok itu.

Usin Poowet kini berusia 60 tahun. Dia masih lagi menunggang basikal yang sama seperti mana 30 tahun yang lalu. Cuma basikalnya tidak semeriah dahulu dan Usin kelihatan dimamah usia...
Apakah sehingga kini dia masih SOLO dan ke sana ke mari seperti dulu.
Hmmmmmmmmmm...
MUNGKIN!

sekian

Wednesday, November 04, 2009

Pondok, gua dan Usin...

Salam,
Sekiranya anda pernah melalui Jalan Krian dari Taiping yang menuju ke pekan kecil Semanggol anda akan melalui satu jalan sempit. Jalan sempit ini dahulunya adalah sebuah bukit yang telah diPUTUSkan untuk dijadikan jalan perhubungan antara dua kampung.
Kampung Balik Bukit dan Kampung Gunung Semanggol.
.
.
Bagi orang kampung aku, mereka memanggil tempat ini Bukit Putus.
.
.
Di Bukit Putus ini terletaknya satu pondok...dan juga gua kecil berhampiran dengannya.
Oleh kerana rumah orang tuaku terletak di kampung Balik Bukit dan sekolah rendah aku pula terletak di sebelah kampung yang lagi satu maka setiap hari aku terpaksa menapak ke sekolah melalui jalan sempit ini.
.
Dan dengan itu setiap hari aku terpaksa menempuhi pondok dan gua kecil BERPENUNGGU itu.
.
.
Apakah misteri di sebalik pondok kecil itu?
Apa pula kaitannya dengan gua kecil tadi?
Siapa pula PENUNGGUnya??
.
.
Aku hanya mendengar ini dari cerita cerita orang kampung. Cerita cerita kawan kawan aku..
Jadi korang dengar sajalah yaaaa.....
.
1) Menurut satu sumber cerita, kawasan yang didirikan pondok itu merupakan kawasan tempat pertapaan seorang KRAMAT. ( entahlah benar ke tidak)
Keramat itu dikenali sebagai Keramat Serban Hijau.
Dulunya dia dikatakan sebagai seorang wali Allah.
Yang aku hairannya mende ni tak masuk dalam mana mana sejarah pulakkk...
so AKU tak de le percaya.
.
.
2)Ada cerita lain pula dari sumber kawan aku, tempat yang didirikan pondok itu adalah tapak rumah orang bunian....errrr..( kalau tengok kawasan bukit bukit ni, mungkin boleh percaya la...)
Tapi since aku lalu tempat ini setiap hari dan tak pernah ada masalah HISTERIA KE MENDER ke jadi aku IGNORE juga anggapan ini.
.
.
Yang pastinya, kawasan sekitar gua kecil ini adalah tempat yang teduh, sejuk dan sesuai benar untuk berehat sebentar ketika panas terik.
.
.
Baru baru ini, ada seorang rakan blogger bertanyakan tentang PENUNGGU tempat ini.
"Kak, awat aku tengok orang dok baling duit kat sini..lepas tu ada tukang kutip pulak tu?",
tanya rakan blogger ini.
.
.
Amalan melontar duit ini selalunya dilakukan oleh kaum China.
Sebab musababnya?
Aku pun tak tahu...
Mungkin nak dapat ONG lebih kut.
Atau nak minta hajat.... cara mereka.
.
Dan memang agak ramai kaum China yang datang ke sini minta NOMBOR.
Ramai kaum China yang kata tempat itu LUCK!!
BETUL ke?
Hmmmmm..aku geleng geleng jer!
.
.
.
.
KHURAFAT...
Disebabkan itu, ada masanya datang mereka yang meruntuhkan pondok kecil itu untuk mengelakkan perbuatan KHURAFAT ini.
Tapi ada pulak yang rajin, datang semula dan mendirikan PONDOK di situ...
.
.
.
Siapa pula penunggu yang rajin mengutip duit duit syling yang dibaling di tempat ini?
Oh ha ha ha..hampir saja aku terlupa...
Namanya USIN POOWEK!!!
Siapa USIN POOWEK?!!
he he he
nanti aku cerita kisahnya (yang ada berkait dengan aku) di episod seterusnya..
.
.
sekian

Sunday, October 11, 2009

Flowers in my mom's garden..

Salam,

Semua gambar flora di bawah diambil dari laman bonda.
Bukan laman web ye..
Sebenarnya di laman rumah mak cukup banyak pokok pokok. Tapi lalang pun cepat juga nak tumbuh..al maklum kawasan yang BERKELEMBAPAN yang tinggi.
Pokok pokok di kawasan rumah mak memang subur dan cepat tumbuh.
Pokok yang mudah tumbuh ialah jenis orkid dan paku pakis.
Tapi aku tak tahu mana pergi pokok orkid mak..
Dah habis di pongkahnya..

bunga jenjarum atau IXORA..
betul tak?
Ini hanya sebahagian kecil yang menarik kamera kecil aku untuk disnap gambar sekitar jam 8.30 pagi...
.
Ini bunga pokok ULAM RAJA..
CAM tak?
.
.
.

Yang kat bawah ni pokok bunga orkid..
Mak PONGKAH anak anaknya dan baru nak mula naik semula.

.
.
jeng jeng jeng..
bunga serombong macam trompet ni nama sebenarnya apa ek?



ala...
ni pokok yang duri duri tu..
macam jenis kaktus juga tapi kat rumah mak cukup banyak.
entri ni ada sambungan..
tunggu ye..




Wednesday, October 07, 2009

Pokok kayu manis - Cinnamon

Salam,
Kayu manis atau cinnamon mempunyai sejarah yang tersendiri sejak daripada zaman dahulu lagi. Haruman yang dikeluarkan oleh kulit pokok dan daun daun pokok ini telah digunakan sebagai pengharum masakan, perasa makanan, minyak wangi dan juga ubat ubatan.

Bagi aku pula, pokok kayu manis yang terpamer dalam gambar di bawah ini mempunyai sejarah tersendiri dalam keluarga kami. Ini adalah pokok kayu manis yang berasal dari sebuah belukar di Batu Gajah, Perak.
.
.
.
Suatu hari semasa aku dan kakak ku berumur sekitar 7 dan 8 tahun, kami merayap rayap di sebuah kawasan semak. Di sana, kami mengambil daun daun dari sebuah pokok yang agak tinggi dan rimbun daunnya. Yang menarik perhatian kami ialah daun daun dari pokok ini sungguh wangi sekali. Kami tidak tahu nama pokok yang daunnya telah kami ambil itu. Lalu kami pun berlari pulang memberitahu ayah kami.

Ayah melihat daun daun di tangan kami dan menciumnya. Ternyata itu adalah daun daun dari pokok Kayu Manis ( cinnamon). Pokok kayu manis ini adalah sejenis pokok kayu hutan yang boleh tumbuh sehingga 10-15 meter tingginya. Ianya mengeluarkan bunga dan buah buah kecil seperti kopi dan dari buah buah kecil inilah benih baru boleh diperolehi.

Setelah melihat daun daun tersebut, ayah sungguh gembira sekali kerana pokok ini bukan mudah di dapati di kawasan pekan seperti pekan Batu Gajah, Perak itu. Jadi ayah bertanyakan kami tempat di mana kami memperolehinya. Kami membawa ayah ke belukar tempat kami menjumpai pokok ini. Rupa rupanya tanah belukar itu dipunyai oleh seorang Cina yang tinggal berdekatan. Jadi ayah pun meminta kebenaran dari orang Cina itu untuk mengambil anak anak pokok kayu manis yang tumbuh sekitar induknya. Ayah ambil lebih kurang lima pokok setinggi satu kaki.

Semasa kami pindah ke Gunung Semanggol dalam tahun 1975, ayah membawa bersama sama anak pokok kayu manis ini dan sehingga hari ini pokok kayu manis yang ayah tanam masih ada bersama sama.
Selepas bersalin, selalunya daun daun pokok kayu manis ini aku akan ambil untuk direbus bersama sama daun pandan dan daun serai wangi untuk mandianku sewaktu pagi dan petang bagi memberikan kesegaran pada tubuh badanku.
.
.
Walaupun ketika aku balik cuti hari raya tempohari, Pakcik Ishak ( suami baru ibuku) telah menebangnya kerana sudah terlalu tinggi namun pucuk baru dan tunas baru sudah mula tumbuh kembali.
Itulah gambarnya yang aku telah rakamkan...
.
.
.
sekian

Friday, September 25, 2009

Yang ditinggalkan..

Salam,

Aku tidak tahu kenapa emak biarkan reban ayam ini.
Reban yang suatu masa dulu meriah dengan penghuni penghuninya yang beranika rupa dan jenis.
Kini ia bagaikan terbiar sepi. Samada menunggu penghuni baru atau terus dibiar mereput ditelan masa.

Suatu ketika dulu rumah kecil ini berpagar besar. Berjaring tinggi. Penghuninya terdiri dari 80 ekor ayam kampung dan ayam daging berbagai rupa. Ada juga sepasang ayam belanda yang berwarna kelabu. Ianya dihuni juga sepasang ayam sutera berwarna putih. Kecil seperti ayam katik tetapi mempunyai bulu yang begitu cantik. Kokokan ayam jantan sutera itu nyaring dan halus seperti kokokan ayam jantan muda biasa yang baru PECAH suara.
Reban yang dikelilingi jaring ini juga didiami bersama sepasang ayam TURKEY yang mempunyai jantan yang garang. Tapi si Turkey jantan selalu ingin menguji kejantanannya dan sering mengepak berlawan dengan ayam jantan Pak Awang seberang jalan.

Saban hari mahu sahaja dia menyeberangi jalan untuk ke sana. Hinggalah nyawanya berakhir apabila dilanggar sebuah lori beroda lapan. Si Turkey betina mula sugul dan sering menyendiri dan akhirnya hilang. Mungkin dimakan ular sawa atau dibelit tenggiling atau dimakan musang...atau dilarikan orang entah ke mana.

Reban kecil berpagar besar ini begitu ramai penghuninya suatu ketika dahulu. Ianya juga tempat tinggal sepuluh ekor itik yang riuh rendah berkawan kawan. Setiap pagi itik itik ini perlu diberi makan kerana merekalah yang paling kuat makan di antara sekelian penghuni di situ. Mereka juga yang paling riuh rendah. Setelah diberi makan pagi, itik itik ini perlu dibebaskan keluar dari pagar reban untuk mereka bermain air, berenang renang sehingga petang di anak sungai belakang rumah ayahbondaku.
Biarpun mereka penghuni yang riuh rendah serta kuat makan, mereka juga penyumbang telur terbanyak setiap hari. Dari sepuluh ekor itik ini hanya 3 sahaja yang jantan. Dan tujuh ekor itik betina ini berjaya memberi sumbangan sekurang kurangnya 4 atau 5 biji telur sehari.

Bayangkan betapa banyaknya telur masin yang berjaya dizahirkan dengan telur telur itik itu.

INI semua sekadar kenangan yang bermain dalam kotak memoriku. Aku luahkan ia dalam entri ini mengimbaunya kembali. Kenangan itu datang apabila terlihat rumah kecil yang tidak berpagar jaring lagi. Rumah kecil ini sudah tiada penghuninya lagi. Penghuni penghuni dulu mungkin telah menjadi hiburan di alam lain..
Mungkin..
Dan rumah kecil itu akhirnya telah mereka tinggalkan..
.
.
begitu saja.

sekian

Buah buahan di sekeliling rumah Semanggol..

Salam,

Waktu arwah abah masih hidup, memang abah rajin menanam pokok buah buahan yang bermusim di sekeliling rumah.
Pokok durian, pokok rambutan, cempedak, nangka banyak di tanam di Semanggol itu. Asal tanah yang didiami kami itu sememangnya tanah dusun yang bersebelahan dengan kebun getah. Jadi tidak hairanlah pokok pokok buah buahan itu mudah tumbuh.

Sewaktu mula mula rumah di Semanggol itu di dirikan, ada banyak pokok rambutan yang terdapat di situ. Pokok pokok rambutan itu ditanam oleh arwah To'wan aku, To' wan Hj Mat Isa. Tanah di situ lebih kurang 5 ekar. Ada juga pokok pokok durian. Ada pokok manggis.

Kami sekeluarga memang puas makan buah buahan rambutan dan durian yang terdapat di situ. Lama kelamaan pokok pokok yang ditanam To' Wan itu sudah tua dan buah buah rambutannya sudah tidak cantik lagi. Maka abah aku menanam semula pokok pokok rambutan dan durian di tanah yang menjadi miliknya.
Tanah yang lain menjadi milik adik beradik abah yang lain.
Paksu menanam pokok dokong dan sebagainya.
Arwah Pak Long menanam pokok rambutan agak banyak juga.
Cantik cantik buah rambutan di tanah Pak Long.
Tapi sayangnya bila arwah Pak Long meninggal, segala pokok buah buahan di tanah peninggalannya terbiar menjadi hutan belukar tidak berjaga.

Cuma buah buahan di Semanggol itu apabila berbuah sahaja, ada saja peminatnya. Sekali sekala saja dapat merasa buah durian yang cukup enak itu.
Masalah utama ialah LUTONG berbadan hitam berekor panjang yang datang dari kawasan hutan berdekatan.
Datangnya berpuak puak..( dia pun nak makan juga kan???)

Mak kata, kalau nasib baik, ada la rezeki untuk merasa buah buahan di bawah ini..
Sekarang ni semua baru berputik dan masih muda lagi...
Hmmm...lihatlah sendiri!
.
.
.
Ini buah nangka..
Ada banyak!!
Aku ambik satu gambar dia dah la kan..
Orang putih panggil JACKFRUIT!
.
.
.
Yang bawah ni pulak adik beradik dia..
Rupa macam sama tapi rasanya of coz la lain.
Bila tengok cempedak mesti teringat Maryam.
Sebab si MARYAM ni memang TERAMAT suka cempedak goreng.
so tengoklah buah cempedak kat rumah ni.
ada dekat 70 biji satu pokok tu saja!!
HAI..KALAU MAKAN TU MAU ASEK KENTUT JER..

hah..rambutan pun masih muda dan berputik lagi!


durian ni kalau dapat makan...fulamak isinya sensasi betul!
ni baik punya!
ITU PUN kalau dapat MERASA!
Uk alahaiiiiii..



Buah yang ini pula tidak bermusim.
Ini buah limau kasturi dari pokok pokok limau keliling rumah mak.
Ada lebih kurang 15 pokok kesemuanya.
Punya la banyak buah limau kasturi ni.
Mak jual buahnyer.
Tapi datang cucu cucu, ambil buah limau buat peluru!
Main tembak tembak!
Weeeeiiii...kat KL 1 biji seposen TAU!
Yang bagusnya, kali ni aku tidaklah rajin nak mengutipnya.
SEBIJIK HARAM AKU TAK BAWAK BALIK.
Selalunya aku bawak juga SEBEG PLASTIK..
haiyaaaaaa...
kepingin la nak minum teh-o-ais LIMAU!!

sekian




Tuesday, September 22, 2009

Semang OOOOiiii!!

Salam,

Subuh subuh lagi aku dah bangun hari ini. Body clock aku seolah olah sudah getting used dengan waktu sahur jadi aku tersedar pukul 4.45 am. SePATUTnya bila dah sedar tu kenalah bangun untuk terus solat tahajudd lah kan? kan ? kan?
Tapi dah dasar pemalaas ni..( sejujurnya aku..)..maka aku lepak lepak dulu atas toto di ruang depan rumah mak....
Ruang yang paling depan di rumah mak aku ni dah jadi tempat lepak kami sekeluarga. Bahagian depan ni luas..dan tersekat dengan bahagian lain oleh pintu ASAL rumah.
Pada ASAL nya, ia adalah PORCH sebelum ayah aku merenovate rumah yang entah kali ke berapa..
Ianya mungkin ditambah sewaktu kenduri kahwin Paksu Bakar aku..mungkin..

Aku terjaga dari tidur. Hujan begitu lebat di luar. Begitulah kebiasannya kalau berada di kampung aku. Hujan begitu sinonim dengan tempat asalku itu.
Aku lihat di luar rumah. Terlalu gelap..Bunyi air hujan mencurah curah seperti bunyi air di kolah mak. Aku akhirnya bangun ke tandas..
.
.
.
.
.
Usai solat subuh, suami aku mengajak ke pekan Semanggol yang kecil itu.

Anak anak di kejutkan sebelum kami pergi. Hujan telah berhenti. Kakak, abang ipar dan adik aku, si Budin sudah keluar sebelum subuh tadi. Mereka memang rajin untuk bersolat di masjid Semanggol. Aku syak mereka pasti menyinggah pekena nasi lemak SEDAP dan teh tarik KAW KAW di kedai depan Masjid sebelum balik.
.
.
.
Sebaik aku dan suami sampai di kedai....kakak dan adik aku si Budin tersengih sengih..baru selesai makan.

"Weh, mak Ngah ni siap bawak kamera..Habis le muka aku masuk blog dia nanti!"

Aku memang banyak mengambil gambar tapi yang paling aku geram sekali aku terlupa nak bawa wayar yang sambung kamera ke netbook aku nih.

haihhh..

Sebaik selesai makan nasi lemak paling MORAH dan SEDAP dalam dunia..
ha ha ha... ( 5 kupang sebungkus) aku menyenap gambar gambar pemandangan yang indah di kampung.
Aku berasal dari kawasan yang di kelilingi bukit bukau..
Keindahan bukit bukau itu begitu menggamit kedamaian.

AAAhhh memang tak jemu dipandang mata.
Aku pergi ke Bukit Merah Lake Town lagi. Melihat pemandangan matahari terbit...
Hmmmm..
Wait till you all see the pictures..
.
.
.
.
Balik dari menshooting gambar pemandangan indah bukit bukau yang berkabus ( disebabkan hujan) itu, kami balik.
.
.
.
Dan sebagaimana biasa upacara menyebarkan duit raya pun bermula..
Inilah saat saat NGERI bagi sesetengah orang..ha ha ha..
well..nasib le.....

1) Anak Mak Long - sembilan
2) Anak Mak Ngah - sembilan
3) Anak Pak Lang - empat
4) Anak Pak Njang - empat
5) Anak Mak Uda - ??? eh mak uda masih SINGLE AND AVAILABLE lagi daaaa
6) Anak Mak Cik - seorang..( tapi aku syak makcik ni takut tak pulang MODAL jadi dia CHOW balik LIPIS sebelum kena serang ngan anak anak sedara...ngeh ngeh ngeh..jangan marah..)
7) Anak Mak Su - ?...hei maksu pun masih belajo kat universiti lagi TAU!!!

selesai semua itu kami mula mengemas dan bersiap siap untuk ke Sungai Petani pula..rumah ayah suami aku!!
.
.
.
sekian.

Wednesday, April 01, 2009

Trong..

Salam,

Suami aku anak kelahiran TRONG..hmm pekan Temelok to be exact!
Ada apa kat TRONG?
Ada apa kat pekan kecik Temelok tu?


Errr..yang aku tau Trong ada Roti RIA..masih ada kah kilang Roti BUMIPUTRA ini?
kat Trong juga ada sekolah agama yang terkenal kat Batu 8...
Kat Trong juga ada air terjun.
Juga ada dusun durian peninggalan datuk suamiku yang kini milik keluarga anak maklong suamiku. Boleh tahan juga rasa buah duriannya.


Di Trong juga ada rumah Mak Lang suami aku. Rumah Mak Wa suami aku. Rumah Mak Ngah. Rumah Makcik..semuanya kakak kepada ayah mertuaku.
Anak anak mereka memang ramai ramai belaka. 10, 9,12 orang..

Mereka adalah anak kelahiran TRONG. Sepupu sepapat suami aku.
Tapi ramai yang dah tak tinggal di situ. Semuanya mempunyai rumahtangga sendiri..
Ramai yang bukan lagi menjadi PENGUNDI di TRONG.
Ramai yang telah menjadi ORANG LUAR tetapi KELAHIRAN TRONG.

Mungkin ada di antara sepupu sepapat suami dari kalangan ahli UMNO.
Mungkin juga dari PAS.
atau mungkin juga orang ANWAR..
ya lah..dah ramai..

masing masing ada sebab masing masing..
tapi setahu aku kebanyakannya tidak tinggal lagi di situ. Yang di situ pun entah berapa kerat sahaja..

Dulu, sewaktu Tokwan suami aku masih ada, aku selalu balik ke Temelok,TRONG.

Tapi setelah Tokwan meninggal dunia dalam tahun 1993, rumah Tokwan di pekan Temelok tu dah dijual. Tok pun dah tinggal di IPOH. Dan TOK pun dah jadi PENGUNDI di IPOH!



Semasa hayatnya, Tokwan suamiku orang KUAT UMNO TEMELOK...
Tokwan Daud pernah dilantik menjadi ahli Majlis Bandaran Taiping dan dianugerahkan PJK oleh Sultan Perak

Tokwan juga amat bangga dengan seorang yang bernama PM!
Dan sewaktu Tokwan ada, letih juga aku mendengar segala PANDANGAN serta ISI HATInya terhadap UMNO dan PM..
PM beginiiiii..PM begituuuu..
(aku mendengar kerana dia orang DEWASA yang perlu dihormati)

hmmm....cucu tokwan pula bagaimana??

cucunya seperti dirinya.....
seorang rakyat yang diperah keringat hari ke hari...

Tapi cucu tokwan tetap hormat tokwannya.
Sebab tokwanlah yang mengenalkannya pada solat lima waktu.
Tokwanlah yang membawanya setiap hari dan waktu ke masjid semenjak dia berumur 7 tahun.


dan tokwan pernah berpesan padanya..

'JANGAN SEKALI KALI MENINDAS ORANG BAWAH'
kalau dah jadi orang atas..


dan aku terfikir...
kalaulah TOKWAN masih ada dan melihat rentak tari POLITIK hari ini, apakah Tokwan masih boleh menyanjungi si DIA itu?


entahlah..
LAIN ULU, LAIN PARANG..dan Temelok, Trong tercatit sebagai tempat kelahiran suamiku..
tetapi bukan lagi tempat tinggalnya.
TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG..

sekian.

Wednesday, March 25, 2009

Dulu aku pernah...

Salam,

Ini kisahku sewaktu sekira kira berumur 5 tahun. Waktu ni, aku dah ada seorang adik...Entah kenapa sewaktu adik aku ni masih bayi, dia sering sahaja sakit sakit. Pada masa dia dimasukkan ke hospital, mak aku pun sibuk menjaganya. Maka sedara mara aku pun datang menjenguk kami (aku, kakak, abah, adik mak yang berdua..- aku pangge Kak yan dan Kak yah jer mak sedara aku ni ).

Masa tu kami tinggal di Batu Gajah, Perak.

Sekali, datanglah abang abah yang sulong, Pak Long Man ( nama sebenar Abdul Rahman).
(Arwah) Pak Long Man ni tinggal di Semanggol. Lebih tepat lagi di kampung Tua. Dia ada anak dua orang sahaja. Kak Mimah dan Abang Acun. Kak Mimah, waktu tu dah ke Sek Taayah di Ipoh dan Abang Acun pula masih di sekolah rendah.

Sewaktu datang ke Batu Gajah itu, Pak Long telah memujuk ayahandaku untuk membawa aku balik ke Semanggol kerana dia ingin menjagaku sementelah mak aku pula sibuk di hospital menjaga adik kecilku yang sering sakit.

Aku terlompat lompat gembira kerana seronok nak balik ke Semanggol.

Maka dengan kebenaran ayahanda, aku pun mengikut Pak Long Man ke rumahnya di Kampung Tua, Gunung Semanggol..atau sewaktu itu lebih dikenali dengan nama Tebuk ( sebab agak jauh dari jalan besar)

Sebenarnya walaupun di rumah Pak Long, tiada letrik dan bekalan air paip yang bersih, namun aku tetap gembira dan merasa sungguh seronok.

Sewaktu di rumah pak Long, pagi pagi lagi aku telah digerakkan oleh Mak Long untuk mandi air telaga.
Cerummm cerummm..brrrr..
Aku dibangunkan untuk melihat mereka bersolat subuh. Kadang kadang aku pun turut mencelah ikut Pak Long, Mak long dan abang Acun solat berjemaah. Kadang kadang aku melihat sahaja.

Mak Long memang suka mengajar pasal agama. Seingat aku, mak long lah yang menyuruh mandi dengan mulakan bahagian sebelah kanan badan. Perlahan lahan, Mak Long sabar mengajar aku.
Dulu aku suka bertanya..'Kenapa?'
Dia akan kata,"Dapat pahala.."

Bila nak pakai baju, Mak Long akan kata,'Pakai tangan kanan dulu'
Lepas tu aku akan kata,'Kenapa?'
Mak Long jawab,'Nak pahala tak?'

Aku selalu terfikir dulu..pahala tu apa?
Kalau aku tanya Mak Long, dia kata,' Kalau banyak pahala, nanti boleh masuk syurga'
Aku tanya pula,' Syurga tu apa..'
Mak Long jawab,' Syurga tu tempat yang cantik..Orang yang baik boleh masuk. Orang jahat tak dak. Semua yang baik ja'

Dan bila dengar macam tu, aku pun selalu berangan angan nak masuk syurga..
smile....
(walaupun aku sebenarnya termasuk kategori kanak kanak yang tak reti dok diam..he he he )

-------------------------------------------------
Tinggal di rumah Pak Long dan Mak Long, ada thrillnya yang tersendiri.

Toilet rumah Pak Long waktu tu agak berjarak dari rumah. Kira kira 30 - 40 kaki jaraknya...
Biasa lah rumah kampung. Jamban pula jenis ANGKAT/ANGKUT sendiri. ( jamban angkut ialah jamban yang mempunyai tadahan tersendiri..hanya orang yang melalui perjalanan hidup sebegini sahaja dapat merasakannya)
Nak membuang isi perut kena tahan hidung..he he he..faham faham le kan.
Kemudian bila tadahan itu telah penuh, Pak Long akan menanam segala ISI TADAHAN SISA PEPEJAL itu ke dalam satu lubang yang agak dalam yang telah dikorek sendiri kemudian lubang itu dikambus dengan baik.

Selalunya Mak Long akan menanam segala sayur sayuran dan pokok pokok di atas kawasan ini...NO WONDER tanaman Mak Long cukup cantik dan menjadi..Baja semulajadi yang dikitar semula..
keh keh keh!

Tapi aku hanya menggunakan jamban ini sewaktu siang hari sahaja. Kalau sakit perut bila waktu dah GELAP, bagaimana pula?...ha ha ha...
Titi laluan depan rumah yang di bawahnya ada parit taliair yang mengalir, boleh ajerrrr...
( aku budak 5 tahun kan... siapa nak peduli!)

smile..
itulah antara kisahku sewaktu dulu..

sekian.

Tuesday, February 24, 2009

Kisah buah NYOK..

Salam,

Bahasa Melayu persuratan memanggil namanya KELAPA. Tetapi ada juga panggilan lain iaitu NYIOR..tetapi perkataan NYIOR nampak lebih dramatik dan puitis lagi.

Mak aku tak cakap kat anaknya, "Tolong parutkan buah NYIOR ini.."
Tetapi mak aku cakap, " Hang kukog NYOK sat"..ha ha ha..
Aku lebih kenal buah kelapa dengan nama NYOK..
Nampak macam kelakar tapi itulah yang disebut kepada aku saban hari.

Ada kisah di sebalik buah kelapa atau NYOK ini.
...nak tahu?..jom layannnn..

Pada suatu hari mak aku nak mengKARI IKan. Di suruhnya aku kukog NYOK. Tiba tiba aku dapati bahawasanya buah nyok yang dah berkupas ( yang selalunya dibuat oleh mak aku) telah langsai..eeelek..khalas...habis digunakan.
.....maka mak aku yang dah pun membancuh kari, menyiang ikan serta menyiapkan segala AWAS AWAS ( bahasa mak aku menyebut tentang segala herba herba penumis KARI) pun menyuruh aku mengupas BUAH KELAPA yang bergolekan di bawah pokok kelapa. ( Rumah aku kat kampung memang di tanam pokok kelapa berbaris elok jer sekira kiranya lebih kurang 7/8 pokok..jadi kelapa memang banyak. Buahnya sentiasa ada )

Kecut lah perut aku bila disuruh oleh mak mengupas kelapa kerana sehingga saat itu tak pernah sekalipun aku mencuba mengupas kelapa...keh keh keh..(anak betuahhhh...)
Waktu tu pulak mak dah pun menumis segala AWAS AWAS penumis kari.

KECAAAAISS..

..bunyi mak menumis maka naiklah aroma AWAS AWAS itu..harum semerbak.
Manakala aku? Terkial kial menakik kulit buah kelapa dengan parang. Walaupun parang itu memang tajam, ber de eh - de eh juga bunyi mulut aku marahkan kulit buah kelapa TUA yang liat itu! Setelah mak aku menumis, dia MENYOUND dari dalam rumah.

"Dah siap kupas NYOK tu NIIIIINNN...?' ('nin' adalah nama timangan yang masih aku kurang gemari..he he he)

"Beluuummmm..!" sahutku.
"Bila nak siapnyer?" tanya mak aku lagi.

Aku tak menyahut. Geram pun ada. Rasa nak menangis pun ada. Rasa nak menyebal pun ada.
ha ha ha..
Akhirnya buah kelapa itu dapat juga ku kupas walaupun serabut serabainya masih ada lagi tak selicin dan secantik kerja tangan mak aku. Berpeluh peluh aku dibuatnya.

Habis mengupas NYOK tu, mak cakap.." Hah! Belah dan kukog le teruih.."

Bab belah dan kukog NYOK ni aku sebenagnya handal la juga tapi oleh kerana tenaga aku dah habis digunakan untuk bersilat MENGUPAS NYOK tu dan rasa SEBAI aku dah mula datang maka aku pun kata kat mak, "Alaaa..dah kupas NYOG tu..Tak larat le nak kukog daaaahhhh"

Mak cakap," Baru kupas NYOG sebijik dah nak MENYEBAI"

MEMANG ANAK BERTUAH!!

Dan itulah kisah aku suatu masa dulu dengan sebijik kelapa..
he he he..

Habis ceritaaaaa...