Saturday, January 30, 2010

Anak sedara Suami

Salam,

Hari ni nak kena pi visit adik suami kat Balakong. Dia dapat anak baru meaning that my hubby pun dapat anak sedara baru. Anak ni anak nombor tiga dia. Anak pompuan setelah dua berturut turut dapat lelaki.

Hmmm...hadiah tak beli lagi. Apa nak bagi? Apa lagi baju gaun kecik la..
PINK KALER!
Apasal kalau nak bagi hadiah kat baby girl jer mesti nak beli werena PINK?

Beli la kaler oren ke, purple ke, cokolat ke kan?
Tapi still berkenan kaler pink! HAIHHH..

Dah nak kena beredar dah nih.

Apa punya entry la...
membebel pagi pagi Thaipusam ni!
vel vel! vel vel!
Pstttt..wei hai tu agama diaorang la...
bukan aku punya.

Sorry..not mine.

sekian

Wednesday, January 27, 2010

I believe I can fly..

Salam,

Dulu dulu masa aku kecil aku selalu berangan untuk naik kapal terbang. Aku nak naik kapalterbang untuk pergi jauh. Pergi luar negara. Tengok negara luar. Tengok negara orang. Bukannya disebabkan aku bosan dengan tanah tumpah darahku.
Tak..tapi saja aku nak keluar. Nak keluar melihat sesuatu yang berlainan dengan apa yang aku telah selalu lihat.

Dulu juga aku selalu berkeinginan untuk pergi jauh jauh. Jauh seberang dunia. Jauh dari sesuatu yang sering menyakitkan aku. Aku ingin lari dari semua itu.

JAUH JAUH TERBANG TINGGI....tidak disakiti atau dinistai.
sekian

Tuesday, January 26, 2010

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA!!

SALAM...

MACAM TAK PERCAYA SEKOLAH AKU MASUK DALAM LIST TOP 20 !!!
HA HA HA

Tahniah kepada cikgu cikgu, anak anak, adik adik serta alumni yang bertungkus lumus menaikkan nama SMSTSP!!

Been there 1980-1984!!!

smile

Monday, January 25, 2010

Jom...

Salam,

Pagi Ahad 24/01/2010.
Suami kursus lagi. Jam 8.30 dah mula. Dia habis jam 12.00. Pastu kami kena check out dah. Flight 5.35pm.

Aku di waktu itu masih lepak kat bilik hotel...
Nak buat apa ek?
Takkan nak mengadap laptop jer.

INI LANGKAWI la..LANGKAWI!
Ada banyak tempat boleh dilawati. Yang boleh di explore.
Rugi memerap kat bilik.

So jam 9.00 pagi aku siap siap dan turun sarapan. Guna voucher yang diberi. Tibai nasi lemak berlaukkan sotong. Tapi takleh la kenyang kenyang sangat nanti perut buat hal!! ha ha

Lepas tu, aku sms kat suami.

" Nak pergi kat Cable car. Kalau saya berani, saya naik. Kalau tidak, saya merayap kat bawah saja."

Suami balas," Nak pergi naik apa?"

Aku jawab," Naik teksi kelmarin, teksi Zakaria tu"

"Okay, tapi hati hati"

" InsyaAllah "

So, aku pun call teksi Zakaria yang dah kami berdua naik hari Sabtu sebelum tu. Dah janji dengan dia pun, kalau aku nak pergi mana mana just call him. Dia pun tinggal tak jauh dari hotel tempat kami menginap itu.

Lima minit selepas aku menelefonnya maka dia pun sampai.
Tambang teksi dari Kuah ke kawasan kaki Gunung Macincang itu RM30-RM35.
( Kalau isteri kawan suami aku nak pergi maka sudah tentu lebih jimat lagi tapi dia teragak agak jer jadi aku pergi sendirian.)

Lebih kurang setengah jam maka aku sampai di sini. Di sepanjang perjalanan Zakaria menunjukkan aku beberapa tempat yang agak penting di Langkawi seperti tempat membuat minyak gamat, kedai makan yang terkenal kerana kesedapannya dan juga kampung yang dilanda Tsunami pada tahun 2004 dulu.

Dan akhirnya tibalah aku ke tempat yang hendak dituju.

Mula mula aku meninjau ninjau kawasan sekitar di kaki gunung itu.
Memang agak berlainan sekali dengan waktu aku pertama kali sampai di sini dulu.
Kira kira lima tahun yang lalu.
Kini dah ada tasik kecil ala Jepun ni.
Not bad..
Kedai kedai cenderahati dan serta T-Shirt masih ada.
Aku ingat nak beli T-shirt pink yang comel itu untuk Mawaddah.
Tapi aku hold dulu sebab takkan nak bawak naik cable car pulak..
he he
Macam berani jer nak naik!!
Aku masuk juga tempat pameran menda menda RESEARCH yang dibuat oleh geng UKM, LESTARI??
Ya lah...nak kena tengok tengok juga la kan.
Menarik juga segala kajian yang dibuat terhadap batu batan di Langkawi dan di pulau sekitar.
.
Okay..tangkap gambor sket!
Setelah 15 minit aku merayap rayap di pelusuk kedai maka tibalah masanya untuk aku mencuba nasib menaiki CABLE CAR!! MIND YOU..sensorang pulak tu.

Orang tidak lah berapa ramai lagi kerana hari masih awal.
Cuaca pun baik sekali.
Masa operasi ialah Isnin-Khamis mula 10.00 pagi - err tak ingat la
Jumaat, Sabtu dan Ahad mula 9.30 pagi.
Tambang dewasa 30 hinggit tapi kalau tunjuk IC dapat discount 15 hinggit.
Aku pun melihat lihat dengan siapa aku akan naik.
Okay..nampak ada dua couple naik dalam satu car tu. Maka aku pun menumpang sekali.
Ingat kut orang Malaysia...he he he....
tup tup..
Ibuk ibuk dan bapak bapak dari Indon sana. Mereka ini bekerja di KONSULAT Indonesia di Penang.
Maka aku berbual bual dengan mereka di sepanjang masa naik ke tapak tinjauan itu.
Angin sepoi sepoi bahasa..
Alhamdulillah..tak goyang sangat la.



Ini adalah pemandangan dari tapak pertama.




Ini pula pemandangan dari tapak yang tergantung dan dibuat dari steel itu.
SERAMMMMMMM lah aku.
Rasa gayat dan macam macam yang aku fikirkan.






Nak pergi ke jambatan STEEL ini kena menapak turun. Jauh juga...waktu menuruni tangga tanga tu, kalau ada yang sakit LUTUT, lupakan saja hasrat anda..OKAY!!
Sebab waktu nak naik semula...wuiissshhh TERCUNGAP JUGAK!!




Tapi aku rasa pemandangannya???
memang berbaloi!
Subhanallah...hebat.
.
.
.
.
Dan aku rasa otot otot betis dan peha aku semacam jer hari ni..
adeh adeh adeh adeh.
.
Weihaaaiii makcik, ingat umug ko DOPLOH LAGI KER??
ha ha ha ha
.
.
Alhamdulillah, aku selamat pergi dan balik...sampai di hotel semula pukul 12pm. Just nice.
Oh ye..aku tak INGAT nak beli T-SHIRT PINK yang cantik itu untuk Mawaddah sebab time balik tu kaki dah rasa lenguh lenguh dan aku pulak nak berkejar masa untuk sampai ke hotel semula.
Aiseh mennnnnn...gambar kat atas tu lah sebagai kenangan.
sekian








Saturday, January 23, 2010

Apa yang ku jumpa?

Salam,

Petang tadi suami dapat free time. Selepas pukul 3.30 petang, kami jalan jalan dari hotel tempat menginap. Sebelum tu pekena cendol homemade ni dulu. Boleh tahan gak cuma dia pakai ais KETUI jadi ada sikit missing ingredient la. Makcik gerai ni pakai pinggan cukup lawa. Siap lapiknya pun lawa. Almaklum pinggan mangkuk MORAH kan!!! Kami juga merasai laksa makcik ni. So so jer rasana. Tak la UMMMMPPHH sangat.

Kemudian jalan jalan. Kesian taman ni. Penjagaan yang cukup menyedihkan.
Tak dijaga dengan baik.
Tapi aku tetap ambik gambar..
Macam musim luruh pulak sebab daun daun tak BERSAPU!!

Taman LAGENDA yang DITUTUP untuk "Renovation"...katanya
Entah bila nak buka tak tau.
Macam ditutup TERUIHHHH jar!!
.
.
.

okay la..kita terus pergi Dataran Lang
...jap tangkap gambor sat!!
kena la enjoy the view kannn..



Tetiba jer teringat lagu KAKPAH..errrrr...I mean seripah AINI TAU!!
"Terbang sang helang bebas..."




Chuppp chuppp...ada bot lalu.
Cepat tangkap gambar lagi!!
Pastu jalan jalan tengok jeti.
Hmmmm..
Oh Langkawi...
Esok punya agenda?
Rasa nak gi pantai pulak!!
InsyaAllah...
sekian





Yuk sopping yuk..

Salam,

Semalam seperti biasa mabuk mabuk naik ini 'burung besi'...ha ha Lepas tu lepak lepak sini....kut rasa macam best?? Jangan tertipu. Ini hanya ilusi tukang ambik gambar. Hotel ni agak lama tapi view bagus. Nampak pulau yang macam dayang mengandung tu.



Kalau budak budak tengok ni for SURE MELELEH AYARK LIORK!!!



Mak mak pula MELELEH AYARK LIOG TENGOK YANG INI!!
HA HA




OKAY..bapak bapak, sila beli BEG BESOR BESOR okay!!
sekian





Friday, January 22, 2010

Tumpang rehat..

Salam,

Berehat di hujung minggu...

Nanti balik le..
Bawa cekelat, InsyaAllah.
.
.
sekian

Wednesday, January 20, 2010

Ratatouille..a chef in the making!

Salam,

Ever see the Disney's film, Ratatouille?
It tells about a rat named Remy who is gifted with a keen sense of smell and taste.
This rat aspires to be a gourmet chef!!

Talk about a sense of smell, today, I bring all these things to my school.
Okayy..the children of coz are not this special rat but they need to be aware of things that smell bad and good.
Well, one of them might become a chef in future...
Who knows?
Someday!!
ha ha..
So what are we having here?
1) Lemon
2) A packet of nescafe
3) Tea
4) Kaffir lime leaves
5) A bottle of syampoo
6) Baby powder
7) Dried Tyme
8) Dried fish ( ikan kedera of coz )
9) Belacan....he he he
.
.
So what's the game?
.
.
.
Sonang ehhh..
.
.
Cover the children eyes.
No peeping, please!
and......let the show BEGINS!!!
Guessing game of coz!
USE YOUR SENSE OF SMELL TO GUESS.
sekian

Tuesday, January 19, 2010

Mangli

Salam,

Kelmarin time aku balik sekolah, si Ebi dari Sinar FM dok mencecer tanya siapa besa dengark perkataan MANGLI. Dia tanya apa makna??
Besa la kan..si Ebi bab dok soal jawab perkataan.

Aku rasa aku baru ja guna perkataan aku tu kat blog. Dua tiga entry yang lepaih kut.

Rasa macam nak call tapi oleh kerana aku takla rajin bab bab nak meng sms atau mengecall siaran radio nih maka aku biagkan saja. Aku tak tau apa yang orang lain jawab sebab aku dengar siaran ni lebih kurang 15 menet saja.

Elok sampai rumah, aku tak RAJIN nak buka dengark mana mana siaran radio dah. 'SIARAN RADIO' cap kepala itam milik aku lebih POWERFUL!!

'Mangli' mengikut definasi aku sendiri bermaksud lali atau dah jemu atau dah muak atau dah biasa sangat atau dah immune.

Contoh ayat : "Aku dah MANGLI mendengar leteran guru sains rumahtanggaku."

ha ha ha ha ha...

Apa kaitan guru SRT dengan perkataan MANGLI???
Sebab waktu slot mata pelajaran ini lah perkataan MANGLI sering kami gunakan.

sekian

Tahun 1982

Salam,

Cikgu yang terdapat dalam gambar ini adalah Cikgu Suradi Sujak.
Orang Johor.Ini adalah antara gambar yang aku taruh dalam Fb aku.
Aku taruhkan juga dalam group ASPUTRA.
Untuk tatapan alumni sekolah aku.

Gambar ni diambil oleh Mr Ong ( cikgu sekolah yang stay sampai PENCEN!!) untuk boh kat magazine sekolah 1982.

he he he..time ni aku pun termasuk mewakili sekolah.

Masa perlawanan antara sekolah sekolah kat Perlis, selalu acaranya diadakan mula jam 2.30 petang.
Kat Perlis pulak cuaca paham paham la..
TERIK !!!
Lepas habis semua game, muka aku jadi belang belang macam ZEBRA!!

Aku tak sure cikgu yang dalam gambar tu melatih kami atau tidak. Aku rasa dia melatih pasukan pelajar lelaki. Yang aku ingat ada dua orang cikgu lelaki berbangsa Tionghua yang dok latih kami.
Ajar baling bola dan sambut bola mesti kena bunyi "POP" dalam itu MIT!!

ha ha..

Bila aku pi Chicago, akulah yang rajin dok melangut tengok game baseball kat TV. All my roomates HERAN awat aku suka tengok pasukan White Sox, Cubs, Yankee etc main...

well..sebab aku tau game tu kira lagu mana..
....dan ROOMATE aku pulak tak ambik pusing sebab tak faham.
Buat lagu mana kan??
ha ha

sekian

No more...

Salam,

Aku dah decide untuk jual segala mak nenek 'kambing biri2', 'pokok epal', 'pokok limau', 'pagar pagar'..etc etc di FARMVILLE aku.

No more 'perladangan'.
No more 'buka cafe'.
No more 'bela ikan'.

Dulu in real life aku ada bela kucing sekejap. Nama dia CUTIE.

Kucing comei ni aku jumpa terkonteng konteng kat pasar. Mengiau ngiau pada suatu hari di bulan Ramadhan. Halus cekenit sangat lagi dia waktu tu. Mengiau ngiau kejar kaki orang yang lalu lalang kat pasar.

Entah macamana bila time aku nak balik, dia kejar kaki aku.
Aku nak sepak?
ADA KA?????!!

Tolak..dia mai.
Tolak..dia mai.
Tolak..dia mai lagi.
Last last suami aku kata, ambik pi lah.
Suami aku memang suka sangat ngan kucing.

Aku?
Waktu aku kecik kecik dulu, TERSANGAT suka.
Tapi pak aku BUKANlah dari golongan PENCINTA kucing dan dia PANTANG time dia nak makan ada kucing around so NO KUCING was allowed in our house.

Bila suami aku suruh bawak balik kucing, I was so happy.

Cutie aku bawak balik rumah.
Aisyah, anak aku yang sulung became so attached dengan anak kucing itu.
The kitty was so cute. Warna dia putih, oren dan hitam tompok tompok.
But unfortunately, satu hari jiran sebelah rumah aku, tak nampak Cutie.
Time dia nak undur kereta, Cutie lari lari kejar tayar.

BOOOOOPPPP..
Cutie mati TERGELEK dengan mata tersembul keluag.

My heart BLED.
No more BELA KUCING lagi.

Lepas tu, aku bela ikan dalam satu kolam kecil.
Ada enam ekor semuanya.
Ikan carp jepun yang kecil.
Warna oren keemasan 3 ekor. Dan warna merah hitam 3 ekor.

Sekali waktu aku balik kampung, pam telah terhenti kerana dimasuki rumpai. Maka ikan ikan ini melompat keluar mungkin kelemasan.
Bila balik, aku tengok ikan aku bergelimpangan luar kolam.
I was so SAD!!

NO MORE BELA IKAN lagi...
.
.
.
jadi aku rasa aku better stop playing the FB game kan?
Don't want to be sad because of that CARTOON FARM OR CARTOON FISH OR CARTOON FOOD!!


sekian

Sunday, January 17, 2010

Fishville..

Salam,

Aku memang ada Fb account.
Aku lebih banyak guna untuk tengok message adik beradik dan sedara mara.
Plus aku berladang di FARMVILLE, buka cafe di CAFE WORLD dan bela ikan di FISHVILLE.

Tapi dah dua hari aku tak dapat masuk Fishville aku.
Aku rasa ikan ikan dalam tank aku yang ada 40 ekor tu mati dah..
waaa waaa waaa!!!

Sayangnyaaaaa...ha ha ha walaupun ikan kartun!!

Muhammad suka tengok ikan ikan itu. Dia pun tolong bagi makan sama.
Kadang kadang, anak yang rajin dok main kat account Facebook aku tu.

Hari ni aku kat Ipoh.

Huda tanya lagi, " Umi, tak boleh masuk lagi tengok ikan ke?'
Aku, " Tak leh"
Huda, " Habis la mati ikan ikan umiiii..." dengan nada sedih.
Muhammad, " Alaaaa..nemo pun mesti mati"

Nemo adalah ikan yang paling disayangi Muhammad.

Sekali Tok Nek depa menyampuk, " Ada bela ikan ka?"

Huda," Ada...tapi kalau tak bagi makan habis la mati"

Toknek," Ha..kena balik cepat la kalau lagu tu"

Huda," Takkkkkk..ikan tu DALAM KOMPUTER UMI"

Toknek yang umurnya 80an....????????? CONFUSED!!


he he he

sekian

Saturday, January 16, 2010

Auta anak anak.

Salam,

Mengenangkan peristiwa pagi semalam, aku gelak sensorang.
Jadi cikgu tadika nih macam gini la..
Ada ada saja benda yang menarik untuk aku ingati.

As usual setiap tahun ada ada saja seorang dua anak yang akan buat PE'EL bila masuk sekolah.

Kalau mengajar sekolah rendah, sekarang ni agak kurang sekali nak tengok budak budak meraung.
Sekolah menengah?? Korang ada tengok budak sekolah menengah meraung raung nak balik dan taknak pergi sekolah?

Yang tak nak pergi sekolah tu TETAP ada tapi caranya tak der le meraung raung kan?
Kut ada yang meraung raung samada kena SAMPUK atau kena HISTERIA lah tu.

Tapi kat TADIKA ni kalau terdengar budak MERAUNG RAUNG pada minggu pertama ianya bukanlah satu keganjilan.
Malah, kami yang mengajar di tadika ini sudah mangli kerana saban tahun sehari dua yang pertama, perkara inilah yang kami akan hadapi.
Minggu pertama adalah minggu LOLONGAN!

Selalunya bila masuk minggu ke dua, kebanyakan anak anak telah dapat mengadaptasi alam persekolahan yang baru bagi mereka. Kalau adapun mungkin seorang dua yang TERLALU attach dengan perkara atau benda benda di rumah mereka.

Tahun ini aku tak menghadapi masalah besar dengan murid murid lima tahunku. Alhamdulillah.
Anak muridku ada 18 orang tahun ini. 11 darinya anak perempuan dan hanya 7 sahaja yang lelaki. Aku tidak menghadapi masalah dengan anak anak perempuan yang kesemuanya boleh dikatakan dari jenis yang SUKA untuk datang ke sekolah.

7 anak lelaki pula..hmmm
1) Seorang pelajar lama yang agak hyper. Tidak boleh duduk diam. Berbadan TOUGH. Aku kena ada EXTRA mata untuk mengawasinya
2) Seorang pelajar yang agak MURUNG. Tak suka datang sekolah dan needs encouragement untuk membuat setiap kerja.
3) Seorang pelajar yang takut takut. Sifat ini macam dah menjadi turun temurun pada adik beradiknya sebab sebelum nih dua abangnya pun pernah bersekolah di sini dan mempunyai sifat yang hampir serupa.
4) Seorang pelajar yang rajin ponteng. Dua minggu dah sekolah. Tapi dia baru datang 3 hari. Haiyaaaaa..

jadi hanya 3 dari 7 anak lelaki ini yang senang di handle. But...itulah cabarannya jadi cikgu tadika nih kan?

Aku bernasib baik pada tahun ini kerana hampir kesemua anak anak muridku dapat memegang pensel dengan baik. ALHAMDULILLAH...lega!!!
Kalau dapat yang dari jenis 'JARI LEMBIK', aduiiiiii...sakit gak belakang sebab dok kena tunduk tolong pegangkan tangan dan jari mereka.

Tahun ini tahun yang menarik untuk kak Tie, yang mengajar 6 tahun.
Anak anak muridnya pelbagai.
Yang lebih menarik ialah anak murid 6 tahun yang baru.
Yang sewaktu 5 tahun tidak pernah bersekolah dan tidak mahu datang ke sekolah walaupun sudah 6 tahun.

Salah seorang darinya yang MERAUNG RAUNG semalam..
haruuuuu..

Mak dia yang surirumah rajin pulak menunggu.
Sekolah dah berjalan dua minggu maka kami suruh maknya balik tinggalkan anaknya.
Apa lagi mengamuk TURUN MINYAK dia semalam. Dikejar dan ditumbuknya aku.
BEDEBAB..BEDEBUK..

Nak digigitnya tangan aku.. ( Oleh kerana aku dah biasa kena gigit tangan ngan budak tadika nih maka this time around aku dah tahu cara nak elakkan KOKAKAN dari mereka...)
TARIK TUDUNG..RONTA RONTA..TENDANG TENDANG
NGAMUK bagi nak ghak anak nih.

Tak cukup aku maka kak Tie pulak yang dikejarnya..
ha ha ha berlari lari kejar keliling.

Helllllooo cikgu nih ada TAE KWAN DO, okay!!
Tapi takkan aku nak TAE KWAN DO kan anak murid TADIKA ni pulak kan..
ha ha ha

..dah dipujuk pujuk tak mahu juga maka semalam aku TERPAKSA keluarkan skill LAKONAN aku.
Aku pun buat buat TURUN MINYAK macam dia juga.
SEMBULKAN bijik mata aku...buat buat garang sikit.

HAMBOOIIIIH..
dia jer nak mengmuk, ingat cikgu tak buleh?
Try me..
.
.
.
ha ha ha
Yang kelakarnya anak murid yang ronta ronta dan naik minyak tadi TERUS pulih jadi baik.
Senyap..
hah!
.
.
.
Ko nak AUTA jer kan????
Cikgu pun AUTA ko balik!
amacam?


sekian

Tuesday, January 12, 2010

Kunjungan

Salam,

Hari Ahad kelmarin, my hubby, aku , dua orang anak ,Huda dan Raudhah berkunjung ke rumah seorang rakan sepembelajarannya.

Suami singgah di kampung baru untuk jemput rakan rakan kelasnya ...termasuk Mr Kabir, the smart Bangladeshi that I had told you all before.
Senin kelmarin dah masuk semester baru. Hari tu depa cuti dua minggu.
Result periksa untuk semester lepas pun dah keluag.

Alhamdulillah.... husband aku lulus ke enam enam subjects!

Kelihatan gambar rakan sekelas suami, a sabahan, a bangladeshi and kelantanese.
Rumah rakan ni kat Taman Melati, KL.
Depa sewa rumah flat kat situ.
.
.
A small family from Sri lanka.
The husband used to study in Egypt. An AZHARIAN!
His wife is still young. Anak pun sorang jer baru.
Tapi masak...sedaapppppp..
Beriyani ayam.
.
..
Ini salad yang aku pun tak tau nak describe lagu mana.
Tapi sedap!!


Ni la anak depa..nama AHLA. Seronok sungguh bila dia dapat main ngan Huda dan Raudhah.
Budak berdua tu pula berkesempatan menggunakan kemahiran SPEAKING mereka untuk speaking English..
he he he.
Sebelah kanan tu Pak Dia la...Mr Azwar.
Nice to meet you all.
sekian


Saturday, January 09, 2010

Aku mimpi..

Salam,

Seseorang sedang nazak.
Kemudian dalam sedan dan sendu.
Dia pergi....
.
.
.
Kemudian dia yang pergi tadi bangun.
Bercerita tentang kisah alam sana.
Bercerita tentang roh dan jasadnya yang berpisah.
Bagaimana tentang susahnya keadaan itu.
.
.
Aku gayat...
Aku lihat tadi dia nazak. Lesu dan kaku.
Dia dimandikan.
.
.
.
Kemudian dia bangun dan bercerita.
Tapi dia muda.
Tidak tua seperti waktu nazak itu.
Tubuh badannya seolah berumur 30 an.
Dan dia berjalan...sasa..lantas berlalu.
Lengkap berkaki.
.
.
Dia ayahku!!
.
.
DUSSHHH..terbangun tidur jam 4.15 am pagi ini.
.
.
ooooohhhh..
ayah dah pergi 4 tahun lalu.


Al fatihah.

sekian

Wednesday, January 06, 2010

Kes sabar menyabar..

Salam,

1) Aku tengok kelas kat Sek Men Keb Jalan 3 macam nak pecah wehhh...
SATU kelas yang bukan KAA ( Kelas Aliran AGAMA ) dah 70 orang murid.
Sikit hari lagi budak duduk kat siling!!
ha ha ha
Aku harap kat Aulad Perdana tak la melimpah macam tuhhh.
....wakakakakakakaka...
Kalau tidak, kena buka kelas kat atas ATAP!
Kelas awang awangan weiii.

2) Hari tu ada tetamu mai dok buat promosi kat rumah aku. Gedebang gedebung sembang SUNGUUHHHHHH sampai dekat pukul 12 malam. KUNUNNYA nak suruh jadi ahli.
Nak perambat pun, dia dok seronok buat promosi cari orang 'bawah'. Tapi dia tau dak yang kami ni tuan rumah nak masuk LENA?!!
Aku harap sesiapa jua yang berkunjung kat rumah sesiapa jua, FAHAM FAHAM LA KALAU DAH PUKUL 12 MALAM TU.
ORANG NAK MASUK TIDUR!!!
DAH MALAM!!
DAH LETIH! !!
ESOK NAK BANGUN AWAL, PERGI KERJA!!
TOKSAH LA MESORAT LAGI KA,
BERUSRAH LAGI KA,
BERSEMBANG LAGI KA...
TUAN RUMAH DAH MENGUAP DEKAT DOPLOH KALI PUN,
TAK FAHAM FAHAM LAGI????????!!!!!!!
he he he...

3) Kes sekolah...Haiya....alahai ibu, alahai bapa..
Dah tiga hari. Budak nangis sikit sikit tu takyah la dok bertenggek lagi kat dalam kelas. Cikgu cikgu pun rasa TAK COMFORTABLE.
ESOK AKU NAK TAMPAL KAT PINTU.
HARAP MAAF,
IBU BAPA TIDAK DIBENARKAN BERADA DI DALAM PREMIS TADIKA!!!

arahan....
errrr aku sendiri sebab b/p PUAN punya TADIKA yang demam dan ponteng kerja.....
ha ha ha ha

.
.
ngeh ngeh ngeh


pssstttt sila sabor banyak banyak!
ha ha

sekian

Tuesday, January 05, 2010

Rasa nak LEPUK!

Salam,

Minggu lepas, my phone number ditaruh dalam paper sebab nak cari cikgu tadika.
Cikgu berhenti last minit kerana dapat offer kat sekolah JAIS.
Kelam kabut la aku ni..
Alhamdulillah...akhirnya dapat guru untuk menggantikannya.
Memang agak ramai yang call dan bertanya tentang kerja tu..
ramai juga yang dari kalangan siswazah.
Mesti diorang susah dapat kerja nih!
Mungkin ada yang graduasi guru.
.
.
.
Dalam ramai ramai yang call aku tu termasuk le sorang lelaki yang dah jadi 'wanita'.
Itu kira mengkagumkan lah juga..
Tak pernah lagi aku dapat call untuk jadi cikgu tadika jenis MAMA AUW AUW ni.
.
.
Dalam pada tu juga, aku dapat sms yang jenis memang nak kena LEPUK.
Buat sms subuh subuh hari..
.....macam KUCING JANTAN MENGIAU MALAM!!
Geram betul aku!!!
.
.
Hah..korang nak sekeh tak orang jenis macam nih?
Ini adalah contoh manusia dari golongan YANG SUKA BUAT PRANK SMS NI.

Nama yang dia kasik : Izuan
Cerita dia : Kekonon mati bini.
Nombor dia :0193673991

Jom kita pakat SEKEH sorang sekali.
Dia dok hantar sms merapu rapu kat aku.
GERAM SUNGGUH!!

Tak tahu bahasa orang marah.

sekian

Monday, January 04, 2010

Azam..

Salam,

Sebut tahun baru, orang ingat AZAM..yakni kehendak untuk memperbaharui sesuatu bersempena dengan peralihan waktu atau perubahan tempat.

Bila sebut AZAM, aku teringat anak sedara aku, anak kak aku.
Nama dia AZAM!
Dipendekkan dari AZAMUDDIN..
AZAM = bagi aku adalah anak yang baik. Aku pun sayang kat anak sedara aku nih. Pendiam. tak banyak kerenah. Dan paling penting dia nih menjadi buah hati kak aku sebab dia dah bertaraf HAFIZ Quran....ya lah sekolah pun kat Maahad Tahfiz Sains di Kelantan sana tu.

Since aku dah ada anak sedara yang bertaraf Hafiz dan namanya pulak AZAM maka adalah molek benar kiranya aku pun nak kena ada keAZAMan di tahun 2010 ini.( errr patutnya dari MAAL HIJRAH ari tu lagi entry nih!! he he)

Apa agak agaknya AZAM aku, ek?

1) Mungkin kena rajin solat ON TIME?
2) Mungkin kena banyakkan solat sunat?
3) Mungkin kena rajin solat DHUHA?
4) Mungkin kena rajin pastikan anak anak solat dan mengaji?
5) Mungkin kena rajin pastikan anak anak belajar?
6) Mungkin kena rajin solat malam?
7) Mungkin kena rajin solat setiap waktu di surau?
8) Mungkin kena rajin ikuti kelas pengajian?
9) Mungkin kena rajin melihat kelemahan diri?
10)Mungkin kena rapatkan hubungan sesama ahli keluarga..adik beradik?....aku ni la yang paling bermasalah sekali..ya laaa..aku lebih suka menyendiri..ITU AKU!
11) Aku perlu dekat dengan PENCIPTA kerana hanya Dia sahaja yang 'kenal' aku...luar dalam, isi hati, isi perut, isi otak, isi darah, isi daging etc etc..orang lain ????mana ada!

.
.
.
he he..nak senarai lagi panjang?
dah la kutttttt.

sekian

Sibuk..

Salam,

Waktu aku kat US DULU (1987-1990), kebanyakan pelajar yang beragama Kristian dari kalangan ORANG PUTIH tak peduli pun nak masuk CHAPEL yang ada kat kolej aku tu. Chapel tu ada seorang BRADER Priest yang dok jaga. Lengang ja CHAPEL depa.
Tak meriah langsung.

Bila aku tanya seorang kawan yang beragama KRISTIAN, pasai apa CHAPEL tu sunyi?
Kawan aku tu kata, ni kawasan BANDARAYA...
Orang tak ambil KISAH pasai agama sangat.

Tapi berbeza ngan PAK ITAM ngan MAK ITAM. Depa ni rajin sikit la pi Church depa. Bila di amat amati....kemungkinan besar sebab Pak ITAM dan Mak ITAM ni adalah dari kalangan orang miskin dan masih tertindas jadi depa nak minta kekuatan dari TUHAN supaya hidup depa ada peningkatan.

Bila aku tanya kengkawan MAT atau MINAH SALLEH ni, KEBANYAKANNYA memang malas nak pi CHURCH time pagi ahad tu sebab malam SABTU depa berparty sakan...jadi tak kuasa nak bangun awal awal pi CHURCH pada pagi AHAD.

Kut nak meramaikan CHAPEL kat sekolah aku tu pada pagi AHAD ialah dari kalangan pelajar KOREA yang menjadi penganut KRISTIAN yang agak mantap. Kalau pelajar ORANG PUTIH KRISTIAN lain...hmmmmm..malam je party, malamnya party!!
Haru sungguh!

Aku juga pernah tanya pada seorang kawan...Mat Salleh la.
Dia religious ka atau tak?
Dia jawab, kalau religious yang aku maksudkan itu ialah percaya kepada adanya tuhan maka dia percaya akan ujudnya tuhan....
tapi....
kalau religious yang aku maksudkan itu samada dia pergi CHURCH ataupun tidak maka dia jawab dia bukanlah seorang pengunjung CHURCH yang RAJIN. Sekali setahun ja...tu pun waktu dekat dekat "EASTER"...dan mak dia yang ajak pi sama sama.
Lelain dia tak ambik kisah pun.

Okay... korang pikir sendiri awat yang GENG CHURCH kat NEGARA MALAYSIA ni pulak dok BERSABORK sangat nak guna KALIMAH ALLAH tu untuk refer TUHAN ( yang depa maksudkan)!!
Yang kat negara orang PUTIH sana tu, tak pedulik langsung CHURCH DEPA..tapi yang kat sini sesaja nak KUIS dan KUIZ bab nih!!

Selama ni depa dok guna JESUS CHRIST THE LORD!!...guna ja lah perkataan tu.
SESAJA jer kan?

KORANG PIKIR PIKIR....agak agak la pasai apa?
rasa rasanya banyak mana dah ORANG MELAYU YANG "RANAP" diKRISTIANkan?
Agak agak laaa.....kan?
Kalau tidak, takkan la depa DARING ENOUGH!!

Errrr...agak agak entry nih nak kena BLOCK ka?
aku suruh pikiag ja..takkan takleh.

Kadang orang lain ni berani sangat sebab depa dah rasa depa DAPAT BERDIRI GAGAH.
Dan mungkin sebab depa tengok ORANG ISLAM pun dok HENYAK kalimah ALLAH itu sebab depa jadi BERANI!!

Agak agak berapa ramai dari kita yang rajin memeriahkan/mengimarahkan surau/madrasah/musalla/masjid di tempat kerja masing masing? Kejiranan masing masing? Kampung masing masing? Kediaman masing masing?....kalau tak, takkan lah depa BERANI sangat kan?

Masjid Besi di PuTRAjaYA dan Masjid KRISTAL, GANU tu berapa saf jemaahnya setiap waktu?

saja tanyaaaaaaa...

sekian