Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Saturday, May 05, 2012

Basic Art..

Assalamualaikum,

Ada orang kata sekeping lukisan dapat menggambarkan seribu cerita.
Lukisan boleh membuahkan pelbagai ekspresi.
Satu garisan boleh meluahkan pelbagai makna.
Satu titik boleh menyatakan  pelbagai maksud.
.
.
.
Tapi kalau tak pandai melukis dan mengintrepretasi, segala garisan, titik atau CAKARAN hanya akan tinggal garisan, titik dan cakar...kerana ianya tak memberi apa apa makna.

hehehe

Sebagai seorang guru TADIKA, aku juga perlu mengajar cara cara membuat TITIK, GARIS dan CAKARAN ini kepada anak anak muridku. Mungkin titik titik, garis garis atau cakaran ini tidak memberi apa apa makna kepada mereka sekarang tetapi aku juga tidak tahu berapakah kebarangkalian bagi TITIK TITIK, GARIS GARIS dan CAKARAN CAKARAN  ini dapat menghasilkan ribuan ringgit di masa akan datang. 

Lukisan di bawah ini mungkin mudah kerana ianya adalah perkara asas.
Ianya mungkin hanya dipandang sebelah mata yang kuyu oleh seorang dewasa.

....tapi cuba cari seorang kanak kanak berumur 5 tahun. Lihatlah cara dia membuat titik titik seperti di bawah dan  menghasilkan bunga bunga seperti yang ditunjukkan. Pemerhatian kita mungkin menyebabkan kita lebih perihatin akan keupayaan seorang kanak kanak.










Lukisan dot dot ini dibuat menggunakan q-tip ( putik kapas korek telinga tuu hehe)
 Celup dalam paint..dan buat dot dot mengelilingi bulatan.
Kemudian dengan menggunakan cat warna yang berlainan dan q-tip yang baru diulangi semula pada bulatan yang lain pula.
Garisan atau 'strokes' diperlukan untuk membuat tangkai dan daun serta background tanah.
Semuanya menggunakan perkakasan putik kapas dan cat air.
Pada bahagian tengah bulatan pula, anak anak dikehendaki meletakkan gam dan menaburkan serbuk 'glitters' untuk menaikkan 'mood' dan 'aura' bunga...hehe




  Lukisan HARIMAU BELANG yang GARANG dan BENGIS ( bengis ke? hehehe ) ini terhasil dari garisan garisan warna garang. merah, kuning, hitam. 

Warna warna panas ini digariskan secara sekuen.
Bagi anak anak yang mahu mengikut arahan akan membuatnya dengan baik. 
...tetapi bagi anak anak yang mempunyai 'kreativiti tersendiri' maka harimau belang yang ingin dihasilkan mungkin akan bertukar menjadi seekor KUGER yang berwarna HITAM keseluruhannya.....hahahahahaha.

okay..( aku wonder kalau KUCINGORENGEMOK hepi ke tak kalau ada anak murid aku kalerkan semuanya oren belaka )

Anda ingin mencuba kepada anak anak kecil anda.
Cubalah...


sekian

Tuesday, July 26, 2011

Hamba mu...

Assalam,

Ke arah satu perjalanan dalam sebuah kehidupan,
Demi untuk mengecapi hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisi MU ku berserah
terimalah hambaMU....ALLAH!!

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
masanya akan tiba
Dengan restu ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisi MU ku berserah
terimalah hambaMU....ALLAH!!




My imam masa muda...
smileeeeeee...


sekian

Tuesday, June 28, 2011

Yang lahir dan Yang mati

Assalam,

Merechup kembang di hujan pagi,
lahirlah bayi setiap hari,
Membuat dosa di hari nanti,
Atau hidup penuh bakti.

Manusia, antara malam dan pagi,
membentuk sejarah hidupnya sendiri,
Di garis kesopanan atau kekejaman,
Antara perhambaan dan berontakan

Yang lahir dan yang mati,
bentukan alam semula jadi,
Hanya manusia memberi erti,
Untuk kehidupan yang tidak abadi.


Sasterawan Negara : Usman Awang ( GELOMBANG )




Aku,
Masih berlegar
Atas pentas bernama kehidupan
Meniti siang dan malam
Silih berganti

Merintih dan mencacai
pada malam yang kelam
pada siang yang sirna

Aku,
masih merangkak
tapak demi tapak
mengisi waktu
pada hidup yang tidak menentu

Pasrah menanti mati...


Sasauan Negara : ASH


sekian

Saturday, May 28, 2011

Pak Ramli's song

Assalam,

Bait bait lirik yang cukup bermakna...
Fikir..





sekian

Monday, March 07, 2011

Permanent Underarm Hair Removal Treatment

Assalam,

Aku terpandang iklan.
Iklan kat blog budak TAS.

RM 39.80 instead of 199 for Permanent Underairm Hair Removal Treatment.
by Body Secrets

Kikikikikiki..
Aku ketawa.
Hai...sapa la tergamak nak mencabut bulu ketiak orang tu?
.
.
Kikikikikiki...
.
.
.
Dan siapakah pula yang sanggup bagi ketiaknya pada seseorang yang tidak dikenali untuk..
.
.
.
bahasa berlapik..
di 'TREAT' kan dan di 'LAWA' kan?

.
.
.
Padan la sekarang ni banyak IKLAN tunjuk ketiak.
Sebab ketiak pun dah lawa!
hahahahahaha
.
.
.
Siapa terpesona tengok ketiak?
Angkat tangan..
.
.
.
oooopppppssssss....

p/s...
apa kategori nak boh entry ni?
SENI?
ya...aku rasa seni..
SENI dan KECANTIKAN

sekian

Thursday, February 24, 2011

Dan tika ranjangku sunyi..

Assalam,

Dan tika ranjangku sunyi tak ditemani, ku hamparkan sajadah hijauku duduk berteleku dan memikirkan...

Di mana ENGKAU?

Di mana Engkau, Kekasih
Di bunga yang mekar pagi
Di bayang fajar menyingsing
Di embun menyentak naik
Di kokok ayam berderai
Di surau yang sunyi sepi
Di seru azan Pak Bilal
Di mana Engkau




Di mana Engkau, Gusti
Engkau di mana
Di ombak memukul karang
Di riak mengempas diri
Di oleng bidok nelayan
Di lokan berbagai warna
Di layar perahu jauh
Di mana Engkau

Di mana Engkau, Sembahanku
Di puncak gunung yang tinggi
Di tepi lurah yang dalam
Di sawah panjang bersusun
Di kepul asap jerami
Di langkah tani pulang petang
Di sinar Surya gurub
Di mana Engkau




Di mana Engkau, Junjunganku
Di cuaca panas tengahari
Di kelit helang di udara
Di angin sepoi sepoi
Di awan arak berarak
Di langkah ternak beriring
Di suling sayu gembala
Di mana Engkau



Di mana Engkau, Ya Allah
Di senyum budak di pangkuan
Di ayun buaian ibu
Di wahaj gadis rupawan
Di kejar anak ke halaman
Menyambut ayah pulang
Di mana Engkau
Engkau di mana, Tuhanku


Di mana Engkau, ya Rabb
Di gagah dewasa muda
Di lemah badan'lah tua
Di uban menjuntai kening
Di kerut jidat berfikir
Di saat pelita padam
Di mana Engkau

Di bujur mengujur panjang
Di kapas pemalut mata
Di kafan pembungkus badan
Di mejan tegak sa saing
Di puding yang panchawarna
Di kubur pusara sepi
Di mana Engkau, Kekasihku

Engkau jauh , ya Ilahi
Jauh tidak berantara
Engkau dekat
Dekat tidak bersuatu

Engkau ada, Ya Tuhanku
Dalam dadaku......

( dipetik dari Kenang kenangan Hidup - HAMKA )

sekian

Tuesday, February 22, 2011

Batu..

Assalam,

" Kamu ini memang betul betul berhati batu!! Tiada perasaan!!"
.
.
Kalau seseorang diherdik dengan kata kata demikian, apa agaknya reaksi orang itu?

Batu.

Jika dilihat betul betul.
Jika diselidik.
Jika dikaji.
Tidak lah buruk benar sifatnya.
Bahkan elok... lagi gilang gemilang sifatnya.
Malah batu juga mempunyai kegunaan yang pelbagai.

Ada batu granit.
Ada batu marmar.
Ada batu basalt.
Ada batu permata.
.
.
.
pendekata..pelbagai jenis dan kegunaan yang boleh diperolehi dari suatu benda yang bernama BATU.
.
.
.
.
Tapi peribahasa kita suka benar mengaitkan perkataan BATU ni dengan perkara negatif.
Kenapa?

HATI BATU : orang yang tiada rasa belas kasihan.
BATU API : orang yang kerjanya menghasut orang lain dan menimbul kekecohan.
BATU LONCATAN : mempergunakan sesorang untuk kepentingan diri sendiri.
LEMPAR BATU, SEMBUNYI TANGAN : melakukan kesalahan tetapi berpura pura tidak tahu.
PATAH BATU HATINYA : hampa


hmm..sementara korang fikir fikirkan jawapan persoalan aku tu,
Aku nak tepek lah lagu "BATU".
Sikit hari ni, aku rasa suka pula mendengornya.
.
.

BATU ( nyanyian Ramli Sarip )
.
.
La la la la la....laaaaaa

La la la la la.....la la la la la laaaaaa... ( baru INTRO tuh!!)

Sudah menjadi resmi manusia
Ingin hidup seribu tahun lagi
Seperti batu batu
Setulus putih hati
Melihat kurniaan tuhan

Lihat batu batu di iringan jalan
Telanjang disinari dan dibasahi hujan
Terbiar detik pagi
Tangisan mengiringi
Lihat anak kecil hadiri
Sampai akhir nanti

Batu....
Sayang kau tak boleh berkata
Semuanya kau lihat
Walau kau tak bermata
Dari mula dunia
Engkau dicipta
Hingga akhir dunia
Engkau kekal jua
.
.
ooooo....
( stetment last tu..aku tak setuju. BATU adalah makhluk. AKAN musnah jua akhirnya...Kalau tidak tak der le nama tempat PECAH BATU)

macamana?
Dah dapat jawapan?
Apa salah dan silapnya BATU.
Iya tak?



sekian

Monday, February 21, 2011

Serabut..

Assalam,

Keletihan..
Keserabutan..
Kebimbangan..
Sering bermain di fikiran.
Sesiapa pun akan diduga.
Samada hari semalam.
Mungkin hari ini.
Atau hari hari yang mendatang.
Kadang kadang terasa tidak mampu untuk menghadapinya.
Adakalanya kita menangis sendirian...
Adakalanya kita menangis berduan...
Ada kalanya kita menangis beramai ramai..
.
.
haihhh...
Emosi setelah balik dari kampung.
Weihaiii...
kalau tak balik, lagi EMOSI!
.
.
.
Aku cukup tak suka ada program yang ganggu weekend aku.
Sebab suami punya ibu dan nenek tua.
Dan aku juga punya keluarga yang perlu dijaga.
Nak bawa tinggal bersama, bondanya lebih selesa tinggal di rumah sendiri.
Selagi hayat masih ada, katanya.
Selagi kudrat masih berupaya.
.
.
.
dan perasaan orang tua perlu dijaga.
kadang kadang rasa tak berupaya.
terkejar ke sini dan ke sana.
tambah tambah mulai minggu depan
SABTU AKU AKAN TERISI!!
helllloooo....please..
JANGAN KACAU AKU TIME AKU KURSUS!!
Mulai 26 Feb sehingga pertengahan June.
Aku nak KONSENTRATE!!
Aku pesen tak leh ada gangguan.
hihihihihi
.
.
.
.
Aduiii..
tapi kalau dengar MAHER ZAIN versi MELAYU...
rasa macam lega la juga !
sila sila...
yang ada tanda ?????? tu aku tak berapa nak faham butiran yang dia keluarkan.
Al maklum, ARAB cakap MELAYU..dengar semacam jer.
.
.
.
MALAS nak boh youtube la.
BOH SENIKATA saja.

INSYAALLAH...MAHER ZAIN ( versi MELAYU )

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu

InsyaAllah..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Ada jalannya..

InsyaAllah
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Ada jalannya..


Andainya ??????????
Bagai tiada peluang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Ada jalannya

InsyaAllah..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Ada jalannya..

Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padanya
Bacakan lah doa'
Oooooo ya Allah ??????
Tunjukkan daku kepada jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang BENARRR

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah
Ada jalannya..

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah
Ada jalannya..


hehehe....senyum senyum senyum

kan dah lega sikit kepala otak.
TAK SERABUT dah kan?

sekian

Wednesday, February 09, 2011

Jom nyanyi..BANGAU o BANGAU

Assalam,

Masa zaman aku kecik kecik dulu aku selalu nyanyi lagu ini bila nampak burung burung bangau kat bendang Tok Wan aku.

Jom nyanyi sama sama...

Bangau o bangau
Mengapa engkau kurus
Macamana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul
Ikan tak mau timbul

Ikan o ikan
Mengapa tak nak timbul
Macamana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat

Rumput o rumput
Kenapa panjang sangat
Macamana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku



Kerbau o kerbau

Kenapa tak makan rumput
Macamana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit

Perut o perut
kenapa engkau sakit
Macamana aku tak sakit
Aku makan nasi mentah
Makan nasi mentah

Nasi o nasi
Kenapa engkau mentah
Macamana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu api basah

Kayu o kayu
Kenapa engkau basah
Macamana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku

Hujan o hujan
Kenapa timpa kayu
Macamana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku

Katak o katak
Mengapa panggil hujan
Macamana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku

Ular o Ular
Kenapa nak makan katak
Macamana aku tak makan
Memang makanan aku
Memang makanan aku

MEMANG MAKANAN ENGKAU
MEMANG MAKANAN ENGAKU..

Kalau nyanyi depan pakar pakar MOTIVASI lagu ini siap le korang kena leter.

" Lagu ini sentiasa membuat seseorang mencari ALASAN atas segala perkara yang berlaku"
" Lagu ini menunding jari mencari kesalahan orang lain "
" Lagu ini tidak memberi faedah kepada kanak kanak "
" Membawa kesan negatif pada minda kanak kanak "
.
.
.
.
hehehe...
apa pun alasannya, masa aku kecik kecik dan duduk tepi bendang dolu dolu tak der siapa BERSYARAH kat AKU tentang AKIBAT DAN KESAN senikata lagu ini.

MELALAK LALAK aku nyanyi panggil bangau...
.
.
dan...
Aku rasa aku masih elok menjadi MANUSIA.
hehe


p/s
sikit hari ni korang sabar je la dengan gambar gambar aku..
akan keluar segala jenis binatang dari zoo itu!!
hahaha


sekian

Friday, January 28, 2011

Bunga bungaan..

Assalam..

Ditiup angin senja..
Satu satu bunga berguguran..

Di dalam keindahan, tiada lagi cahaya
Hilanglah seri penghias taman..

Kelopak bagai sutera
Kini tandus tiada bermaya

Hilanglah keharuman tiada lagi berseri
Bunga layu di pangkuan bumi

Dimana jejari yang sering menanti..
Untuk menyuntingmu ketika kau mekar mewangi..

Dititis embun pagi..
Kau tak mungkin mekar kembali..

Di remang warna senja..
Bila bunga bunga berguguran..

Hilanglah kemegahan cahaya penerang taman..
Setelah bunga jatuh berserakan.


p/s
sayu jer senikata lagu Poziah Mat Daud ni kan..
......lagu penuh EMOSI..
kalau boh youtube nyer lagi EMOSI..
.
.
.
untuk peringatan..
bagi yang terlupa!


sekian

Friday, December 10, 2010

Umur


Salam,

Jumaat kembali lagi.
Menyaksikan dirimu dan diriku..
menjalani hidup sehari hari..
maka tiap saat berlalu
tercatat sudah
sebagai sejarah
.
.
apa yang telah aku dan engkau lakukan
pada hari hari semalam
bersaksikan bulan bintang
bersaksikan sekelian alam
yang kelihatan
yang tidak dinyatakan
yang cuba cuba disembunyikan
teliti tercatit oleh Raqib dan Atid
.
.
sehari lagi umurmu dan umurku dipendekkan
bukan ditambah
mendekati waktu waktu luput
mendekati saat saat maut..
.
.
maka bersedialah
lengkap sudahkah
segala bekal dan amal
yang perlu dibawa
ke satu alam yang kekal
.
.
hanya Dia yang tahu
hanya Dia yang menentu
jadi Tuhanku..
jangan aku dan dirimu dibiarkan sombong diri
angkuh bahawa akan hidup seribu tahun lagi
dan tidak akan mati

diri gagah akan reput menjadi debu
diri cantik akan hancur menjadi tanah
dimamah mamah, dihenyak henyak
tak mampu menahan segalanya
.
.
kerana kamu dan aku dicipta hanya bersifat sementara!


sekian

Friday, July 30, 2010

Terapi minda..

Salam,

Sebenarnya aku nak buat sajak seiring dengan lukisan yang aku tampal sekali ni..
Tapi aku kering idea..
nanti bila idea mari, aku edit semula...
Itu pun kalau idea mari.
Kalau tidak, you all semua enjoy the view sudah lah..ye?


hmmm...
oh idea..
oh idea...
apasal engko membeku!!
.
.
heheheh

Edited Version

Musim

Apakah ombak laut memahami

Adakah deru angin mendengar

Suara hati yang terpendam

Tentang bicara semalam

Anak laut kelesuan

melihat pantai berubah

namun tidak nasibnya

Terik mentari yang berbisa

Memamah kudrat dan daya

kerana anak laut di sini hidupnya

saban waktu usia terlarut

menjerih, merintih bermain ombak

bukan untuk bergembira dan bersuka

tetapi demi hidup yang merdeka..

sekian


Sunday, July 25, 2010

Robek..

Salam,

Rumah yang robek itu mungkin satu tempat yang pernah menyaksikan tumbesaran kamu suatu ketika dulu. Dulu mungkin penuh dengan hilai tawa, gurau senda, tangisan sekali sekala memenuhi ruang di dalamnya.
Hari ini mungkin rumah usang itu sekadar dilawati deruan angin panas. Juga renyai hujan yang meruntun kesedihan dan kepiluan. Rumah itu tiada dipedulikan lantas yang membinanya sudah tiada. Yang bertungkus lumus mencari wang untuk menegakkannya dahulu sudah pergi ke alam yang kekal abadi. Pewarisnya mungkin tiada merasa kepayahan dia yang membinanya. Lantaran itu rumah terbiar tidak berpenghuni dan akhirnya menyembah dan tersungkur ke bumi.
Aduh..alangkah!
p/s ini satu lagi lukisan pensel aku..
sekian

Thursday, July 22, 2010

MONOLOG Hujan II

Salam,

Sungguh kelabu warna dan suasana.
Langit bagaikan ingin menangis.
Muram. Tapi mungkin itu sifatnya.
Yang termaktub sejak azali lagi. Dan mentari terlindung di sebalik warna kelabu.
Bersembunyi di antara awan gemawan sementara langit melepaskan perasaannya.
.
.
.
Dan aku memerhati dari jauh butira mutiara mutiara indah yang terlahir dari langit.
Jatuh berderai lantas menyanyikan lagu hujan tika menyentuh lantai bumi.
......dan aku masih di sini menumpang secebis keceriaan dari warna kelabu. Cuba bersama bersatu suara dengan rintik rintik mutiara.
Mungkin suaraku sumbang tenggelam dalam kemerduan nyanyian hujan...
sekian

Dah siap pun..

Salam,
Akhirnya lukisan pensel aku yang hari tu aku pamerkan...siappppp juga..
Hujan hujan begini kalau dah tak da apa nak buat, best juga melukis dengan pensel ni. Walaupun aku bukannya tera.
Ada satu lagi yang dah siap. Nanti aku boh dan atu lagi in progress..Itu entah bila akan disiapkan, tengoklah nanti.
sekian..Njoythedrawing!

Wednesday, July 21, 2010

Belajor mengecat bunga ros!

Salam,

Kat atas ni aku boh youtube cara cara nak cat bunga Ros. Nampak sempoi ja makcik OMPUTIH ni tempek tempek kan? Berkobar kobar semangat aku nak mengecatnya. Maka aku pun dengan semangatnya ke kedai dan membeli berus, kertas dan water colour.

Maka TERJADILAH kemalangan seperti yang tergambar di bawah ini!

Macam mana???

KUI KUI KUI KUI KUI..oooooo gelakkan aku ek?

Cuba try tepek korang punya pulak!

sekian


Tuesday, July 20, 2010

Sepi?

Salam,

Sepi bukan beerti benci.
Sepi juga bukan beerti menyendiri.
Mungkin berhati hati.
atau mungkin memerhati.

Gelap malam yang sepi.
Ada cahaya di sebalik sana.
Ruang ruang suram.
Namun..bukan beerti muram.

kerana kelabu adalah warna tersendiri.
Yang tercipta dalam sunyi dan sepi.
tetap anggun, gah dan terserlah.
meneraju dalam gelap malam
dan serakan cahaya..


sekian

Restoren Al-Bustan..Cyberjaya

Salam,

Petang Ahad, setelah ke Mydin di Putrajaya membeli beberapa keperluan untuk anakku, si Jenab maka suami mengajak aku makan malam di Cyberjaya. Mencuba rasa makanan di sebuah restoren yang telah dikunjunginya bersama rakan Bangladeshnya.

Kami pergi ke sebuah deretan kedai yang kebanyakannya terdiri dari restoren kepunyaan Orang Luar. Ada restoren makanan Iran, Yaman, Arab dan juga Bangladesh.
Hmm..hiasan dalaman restoren ini seperti cafe biasa cuma warnanya hijau putih melambangkan bendera negara Bangladesh.

Restoren ini kelihatan lengang kerana tiada pengunjung lagi. Jam menunjukkan 6.30 petang.
Kami makan malam awal..
Sementara menunggu makanan yang dipesan, aku melihat lihat hiasan dindingnya. Hmm lukisan lukisan yang amat menarik perhatianku. Bukan menggambarkan lanskap Malaysia..Pastinya ia mencerminkan kehidupan di negara mereka. Lorekan sampan kolek beratap terapung di sungai mengingatkan aku pada Channel Travel and Living di Astro.

Lukisan berwarna terang dan garang (merah dan jingga) ini juga memberi gambaran kehidupan rakyat Bangladesh di negara mereka.


Apa pun aku pastinya gembira dengan kedatangan 3 jenis SHAKE ini! Aku memesan BANANA SHAKE!



Dan pastinya riang ria apabila roti Prata bersama kari kambing sampai panas panas di kala hujan renyai turun di petang Ahad itu.
Hmmmm...enaknya..hargapun tidaklah MELAMPAU LAMPAU sangat..
Selesa untuk datang dan mencuba makanan baru di sini lagi.
sekian


Monday, July 19, 2010

Mataku melihatnya..

Salam,

Mataku melihatnya..
Daun daun..
Bunga bunga..
Indah terbentang luas
Bagai lukisan
Tapi ada sekuntum bunga lalang
Yang gersang..
Kontang..
Kering..
Hilang seri dan tak bermaya...
.
.
Soalnya..
siapa akan memujamu?

Mungkin bayu puput
Mungkin hujan gerimis
Mungkin pelangi petang
Entah..


sekian

Friday, July 16, 2010

Hujan malam..

Salam,

Sedingin malam.
Sunyi.
...yang terdengar...
hanya rintik rintik hujan bernyanyi.

Riangkah kamu dalam tangis itu?
Mungkin...
... siapa tahu..

sekian


p/s
image from google, thank you Mr Google. Kalau aku pandai ambik gambar titisan air nanti, aku guna gambor sendiri!