Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Saturday, April 07, 2012

Tunas ummah..

Assalamualaikum,

Kamu bisa melihat bunga bunga layu berguguran..
Kamu bisa saksikan daun daun lesu dan pucat kekeringan..
Kerna masa berlalu
Musim tiba dan berganti

Kembang semalam akan longlai
Mekar kelmarin akan pucat lesi





Tunas baru mula segar
perlukan cahaya
perlukan nafas baru
untuk mengganti kembang kembang kelmarin


Keindahan tunas baru
Segar bagai embun
Mekar akan mewangi

namun...




jangan kamu cederakan ia
dengan tangan tangan kamu
merobek tunas tunas indah
gatal mengutil ngutil

lalu




pohon pohon kering akan tinggal ranting ranting
tanpa tunas
tanpa putik

kesegaran mungkin hilang
dan

taman indah akan kontang...


sekian

Wednesday, December 21, 2011

Orang lama..bahasa lama..

Assalamualaikum,

Masuk kedai buku masa cuti sekolah ni memang seronok cari buku.
Kalau beli novel, aku lebih suka cari novel pengarang orang dulu dulu.
Orang LAMA.

Novel cintan cintan ALAF 21??
BLUWEKKKKK...

Itu orang yang nak berkhayal ke dunia fantasi warna warni ..di kelilingi bidadari.

maap le...eden ni tak minat.

Aku lebih suka gaya orang dulu tulis cerpen atau puisi..

Khadijah Hashim
Fatimah Busu
A .Samad Ismail
Usman Awang

Buku ayah aku yang aku suka baca..
Masih tersimpan elok.

Kalau teliti cara orang lama menulis blog pun sungguh interesting.

Bahasa penuh berkias.
.
.
.
Tahu bahasa kiasan?

sekian

Thursday, July 22, 2010

MONOLOG Hujan II

Salam,

Sungguh kelabu warna dan suasana.
Langit bagaikan ingin menangis.
Muram. Tapi mungkin itu sifatnya.
Yang termaktub sejak azali lagi. Dan mentari terlindung di sebalik warna kelabu.
Bersembunyi di antara awan gemawan sementara langit melepaskan perasaannya.
.
.
.
Dan aku memerhati dari jauh butira mutiara mutiara indah yang terlahir dari langit.
Jatuh berderai lantas menyanyikan lagu hujan tika menyentuh lantai bumi.
......dan aku masih di sini menumpang secebis keceriaan dari warna kelabu. Cuba bersama bersatu suara dengan rintik rintik mutiara.
Mungkin suaraku sumbang tenggelam dalam kemerduan nyanyian hujan...
sekian

Tuesday, July 20, 2010

Sepi?

Salam,

Sepi bukan beerti benci.
Sepi juga bukan beerti menyendiri.
Mungkin berhati hati.
atau mungkin memerhati.

Gelap malam yang sepi.
Ada cahaya di sebalik sana.
Ruang ruang suram.
Namun..bukan beerti muram.

kerana kelabu adalah warna tersendiri.
Yang tercipta dalam sunyi dan sepi.
tetap anggun, gah dan terserlah.
meneraju dalam gelap malam
dan serakan cahaya..


sekian

Monday, July 19, 2010

Mataku melihatnya..

Salam,

Mataku melihatnya..
Daun daun..
Bunga bunga..
Indah terbentang luas
Bagai lukisan
Tapi ada sekuntum bunga lalang
Yang gersang..
Kontang..
Kering..
Hilang seri dan tak bermaya...
.
.
Soalnya..
siapa akan memujamu?

Mungkin bayu puput
Mungkin hujan gerimis
Mungkin pelangi petang
Entah..


sekian

Friday, July 16, 2010

Hujan malam..

Salam,

Sedingin malam.
Sunyi.
...yang terdengar...
hanya rintik rintik hujan bernyanyi.

Riangkah kamu dalam tangis itu?
Mungkin...
... siapa tahu..

sekian


p/s
image from google, thank you Mr Google. Kalau aku pandai ambik gambar titisan air nanti, aku guna gambor sendiri!

Warna warna kehidupan..

Salam,

Ada cerita di sana
Rahsia dalam warna warna ..
Sebuah kehidupan yang terlarik..
Mengisi ruang ruang waktu
Detik demi detik..
Hari demi hari..
Tahun demi tahun..
merah menangis..
jingga meratap..
biru cuba memahami..
unggu dan kelabu menghindari..


siang menyapa malam
malam menegur siang
tapi terpisah lantaran batas waktu
tak mungkin serentak
mentari cuba memujuk
rembulan juga
bintang bintang
lantas.........menghampiri
namun..
merah masih menangisi
jingga terus meratapi
biru lantas akur
kerana
masa silam
tak akan kembali
warna warna akan pudar..
siang tetap siang
malam tetap malam
takkan bertemu.....
....dan silih berganti.

sekian





Monday, July 12, 2010

Jangan sekat..

Salam,

Mereka cuba membisukannya..
Mereka cuba menulikannya..
Mereka cuba membutakannya..

namun berupayakah mereka..

Biar terkurung tubuh..
Biar dibutakan
Biar ditulikan
Biar dibisukan

namun minda masih berjalan
ada anggota yang mampu bertahan
ada lorong yang boleh diteroka
ada jalan dan ruang

masih ada kekuatan.

sekian

Sunday, July 11, 2010

Ash..

Salam,

Gambar gambar di bawah ni aku google jer..
Tak...tak...aku tak sampai lagi ke Iceland sana tu.
Kalau adik ipor ku MUNGKIN dah laaaaa...
Ish nu...kalau ASH yang ini sampai sana jumpa ngan ASH ASH yang membuak buak tu macamana le gamaknya, ek?

Rasaya aku tinggal salam je la..
Cuba korang teka apa nama gunung yang meletup itu hari..
AMACAM sejarah ngan geography....
ADA MANTOP?


Eyjafjallajokull Glacier - cuba sebut nengok!
Confirm berbelit lidah...hahahha
ay-yah-fyah'-plah-yer-kuh-duhl......
Learn VIKING LANGUAGE man.....
p/s....beritaadalahsangatbasiokay!

sekian

Saturday, July 10, 2010

Cerita yang perlu disambung..

Salam,

Dalam samar samar cahaya suram, perempuan hodoh yang berselendang kelabu itu berdengkut dengkut menyelinap ke belakang deretan kedai itu. Bayangannya dalam gerimis senja kelihatan cukup menyeramkan laksana seorang ahli sihir dizaman dahulu kala.
Harun menjengukkan kepalanya dari sebuah jendela tingkat atas rumah kedai itu. Dia menyewa bilik di situ. Dia memerhatikan langkah perempuan hodoh itu satu satu.........................................

Sila sambung cerita ini. Buat karangan tidak melebihi 200 patah perkataan. Idea mestilah original.
Hadiah? Pensel 2B sedozen yang berwarna merah...beli kat MYDIN Putrajaya.

Sekian

Friday, July 09, 2010

Caged eagle..

Salam,Andai dikau seumpama helang..
Relakah dirimu dikurung di sangkar emas?
Merenung jauh langit yang membiru..
Membayangi masa masa gemilang yang lalu?

Andai dikau seumpama helang..
Mampukah dirimu bertahan lama
Disua makan dan juga minum
Namun tidak bebas ke udara?

Andaikan dirimu seumpama helang
Pasti jiwamu merintih minta dibebaskan..
Minta diberikan kehidupan semula
Kerna ingin melayah ke sini sana

Yaa..berkata dia;

"Aku helang..
yang ingin melebarkan sayap
bukan terkurung menikus
di ruang kotak
berantai rakus
jangan sesekali
kau biarkan aku begini...

AKU BENCI!
sesungguhnya.."


sekian

Saturday, June 26, 2010

Hati yang menangis..


Ada kalanya tanpa airmata..
Ada kalanya sekadar sebak..
Ada kalanya teresak dan tersendu sendu...


Tangisan adalah nyanyian yang sama
Biar tua atau muda atau anak kecil yang disusui
Ianya ratapan hati

musababnya berbeza

kepiluan, kesedihan dan hiba rasa
dari kelukaan yang mungkin mendalam

jadi fahamilah

ketawa adakalanya ingin melindungi
sebuah tangisan yang hiba
ketenangan juga kerana kesabaran
gelodak hati yang membara

mungkin
adakalaya sukar untuk dimengerti
kerana setiap hati berbeza
yang tidak bisa disuluh dengan mata kasar

tapi getarannya tetap ada

mampukan sebuah pujukan
mampukah sebuah kemaafan
menerobos sebuah dinding yang pilu?
....sukar??
dinding asalan tanah
manusia juga asalannya

bukan besi khursani
bahkan tetap dapat dicair

bukan timah tembaga
bahkan dpat dilebur

asalan tanah kita ini mudah dibentuk..
percayalah, yakinilah..


sekian..

Sunday, June 13, 2010

Lakaran hati

Salam Apakah tidak cuba kau mengerti
tentang garis garis itu
yang terlorek dan terlarik
penuh makna..

Warna warna ini
diukir satu satu
melahirkan apa yang tersirat
menyatakan apa yang tersurat
dari lubuk hati

Mungkin jeritannya
Mungkin bisikannya

Dengarilah
Fahamilah
Jangan dipampan

Biarkan ukiran itu mengalir
bak arus air terus menerus
subur melalui delta dan tanah pamah

Kiranya tersekat
Nescaya membuak
menjadi bencana...

sekian

Tuesday, December 01, 2009

Mari Berpantun..

Salam,
Burung helang terbang di angkasa,
Tempua pula rendah sarangnya;
Red 'Ladybird' sudah biasa,
Green 'Ladybird' jadi teruja!
I found these GREEN LADYBIRDS in my sister's garden.
I wonder what their scientific and actual names are.
I think they love juice from those buds.
.
.
.
Berjalan lambat si kura kura,
Dari pagi hingga ke senja;
Bunga ini bagaikan Sakura,
Merah jambu segar warnanya.

Hujan petang turunnya lebat,
Habis kuyup si anak China;
Ciptaan Allah Yang Maha hebat,
Daun pisang pelbagai guna.

sekian

Friday, October 16, 2009

Petang petang hati jadi sayu..


Salam,

Petang tadi aku terdengar lagu Sanisah Huri dari radio SINAR FM.
Lagu apa?
Tak tahu...
Tapi hati aku jadi sayu...
Bila sayu teringat pantun..
Kodek kodek dalam internet cari pantun lama.
Ini pantun lama bila hati tengah sayu...


Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi;
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati..


Pergi berburu sampai sempadan,
Dapat kancil berbadan jalur;
Biar carik baju di badan,
Asalkan hati bersih serta jujur..


Baik baik mengirai padi,
Takut mercik ke muka orang;
Baik baik menjaga diri,
Takut nanti diejek orang..


Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak;
Apa diharap kasihnya orang,
Entahkan sudi entahkan tidak..


Dari Arab turun ke Aceh,
Naik Jawa berkebun serai;
Apa diharap hati yang kasih,
Badan dan nyawa lagikan bercerai..


Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak dipakai;
Umpama melukut di tepi gantang..

sekian

Sunday, March 22, 2009

Melepaskan anjing tersepit..

Salam,

Biasa dengar peribahasa 'Melepaskan anjing tersepit'?
Tahu maknanya?

Jom belajar sekejap..
jangan asyik makan keropok tengok TV rancangan kartun jer..

Biasa tengok anjing tersepit tak?
Mungkin kekadang ada lah ternampak anjing yang tersepit kena tindih ngan kayu ke apa ke kan..
Anjing ni apa?
Anjing ialah seekor binatang kategori mamalia. Beranak dan menyusukan anak..
Ianya juga termasuk dalam kategori karnivor..pemakan daging..menyalak..dan kalau dilatih, berguna kepada manusia. Dalam Islam, anjing, air liur, najis kencing beraknya dan segala keturunannya termasuk dalam kategori NAJIS MUGHALLAZAH..najis berat! ( sila rujuk buku FEKAH ye)
Bahasa Inggeris panggil binatang ni 'DOG'..
Kalau yang betina pula dipanggil BITCH..tapi hati hati le bila guna perkataan BITCH ni sebab ianya juga adalah bahasa kesat yang digunakan untuk memanggil 'perempuan jalanan'!!

Okay merujuk kepada peribahasa Melayu yang diguna pakai ini, 'Melepaskan anjing yang tersepit' ...apa pula maksudnya?

Anjing adalah binatang karnivor. Bergigi taring..dan takkala ia tersepit dia akan melolong lolong kesakitan.
Kasihan kan??
Ye benar..kita sebagai manusia perlu ada rasa belas kasihan..
tetapi peribahasa Melayu ada keindahan tersembunyi!
Walaupun kita merasa belas kasihan kerana ingin melepaskan seekor anjing yang dalam kesakitan ini, kita perlu mengambil langkah berjaga jaga kerana binatang ini adalah karnivor! Bergigi taring dan dalam kesakitan..
Ia tidak kenal siapa yang ingin menolongnya..selalunya binatang yang bergigi taring ini bila sakit akan cuba menggigit gigit dan menokak nokak segala benda di kelilingnya termasuk tangan manusia yang ingin menolongnya!

Jadi, HATI HATI ye...nak 'MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT'..-seseorang yang tidak tahu berterima kasih setelah ditolong sewaktu susah sebaliknya memberi kesusahan kepada si penolong!!
(ini aku punya definisi...nak yang lagi canggih, rujuk sendiri ye...)

sekian..

Thursday, March 05, 2009

Tinjau 'GOBOK LAMA'

Salam,

Jalan jalan kat alam maya.
Menyinggah kat GOBOKLAMA.

Muzik background ada Whitney Houston's The Greatest Love of All..
Bukan apa...dah la si Makcik Tam ni suara power..
Senikata lagu menarik.

Memang mengkagumkan la..
Kat tanahair ni yang hebat buat lirik lagu laguyang menyusuk kalbu ialah Makcik Habsah Hasan tu..
Lagu lagu Sudirman contohnya...banyak ditulis lirik oleh Makcik ni..
jadi HITS..
aku kagum cara Kak Besah ni nulis..bahasa cantik..



Bagi aku la, kita tak perlu tulis PERKATAAN yang TERLALU BESAR untuk orang lain memahami..( nak kena jadi prof pulak untuk faham lirik..)

Bagi aku bahasa yang INDAH ialah bahasa yang orang faham dan cantik ketika membacanya
Mudah dan menyentuh perasaan..


Kalau nak kena RUJUK kamus pulak bila dengar puisi atau lagu,
poning pala..

BLURRRR..
he he he..



Untuk sekadar sampingan..ini senikata Whitney Houston's The Greatest Love of All :-
(komen aku pasal senikata lagu ini selepas korang habis baca lirik tu..okay)



Whitney Houston
The Greatest Love of all Lyrics:



I believe the children are our future
Teach them well
And let them lead the way
Show them all the beauty
They possess inside
Give them a sense of pride
To make it easier
Let the children's laughter
Remind us how we used to be


Everybody's searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone
Who fulfilled my needs
A lonely place to be
And so I learned to depend on me.

I decided long ago
Never to walk in anyone's shadow
If I fail, if I succeed
At least I'll live as I believe


No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me

The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all


I believe the children are our future
Teach them well
And let them lead the way
Show them all the beauty
They possess inside
Give them a sense of pride
To make it easier
Let the children's laughter
Remind us how we used to be


I decided long ago
Never to walk in anyone's shadow
If I fail, if I succeed
At least I'll live as I believe.
No matter what they take from me
They can't take away my dignity

Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me

The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

And If by chance that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love



Komen aku tentang senikata lagu ni :...


Walaupun nampak macam ada unsur 'selfishness' dalam senikata lagu ni tapi dalam masa yang sama lagu ini bagi motivasi pada anak anak Orang berkulit HITAM.( Orang berkulit hitam di Amerika rata ratanya hidup dalam kemiskinan dan melarat..

Ditindas..walaupun kata macam tak, tapi realiti kehidupan memang masih diTINDAS!


Senikata lagu ni meniupkan semangat untuk mereka yang lemah terus berjuang walau dalam keadaan sukar sekalipun



Jadi..
lagu Whitney Hoston ni mungkin berjaya menyampaikan mesej KEYAKINAN DIRI buat mereka yang merasa kehidupan ini terlalu sukar untuk ditempohi..


Gitulah kira kiranya...
Itu KOmen aku....dari sudut pandangan aku jer...

Wednesday, March 04, 2009

Tolong huraikan erti 'cinta' ..

Salam,

Sebenarnya aku masih tertanya tanya apakah erti kalimah 'cinta'..
Pelbagai sajak, gurindam, pantun, syair yang mengambarkan kisah cinta.

Tapi aku tidak memahami erti kalimah ini...

Begitu sukar bagiku untuk membezakan antara cinta dan nafsu.
Mungkin bagiku terlalu banyak keadaan cinta yang datang bersama dengan sang Nafsu..atau mungkin benar cinta itu adalah Nafsu?...aaahh sepatutnya cinta itu apa?

rasa kasih?
rasa sayang?
rasa mesra?

atau apa sebenarnya?

Cinta agung itu apa?
Cinta sesama manusia pula bagaimana seharusnya?
Kalau bercinta pula apa kesan, akibat, mudharat yang mungkin ada?
atau mungkin cinta itu sebenarnya suci?
tapi di manakah kesucian cinta?
bagaimana ia dikatakan suci?

aku masih tertanya tanya..

Yang aku tahu, kiranya kita mencintai seseorang ada dua perkara yang kita mahu buat:-

1. Buat perkara yang dia suka..
2. Jauhkan perkara yang dia benci..

mungkin itu definasi cinta aku....
entahlah..aku jahil erti kalimah CINTA!

Thursday, February 26, 2009

Puas sudah aku memikirnya..soalan Kak pah betul ke?

Salam,

Aku bagi soalan pasal Tupai dan Tupai-tupai hari tu..
Kak pah response dengan memberikan soalan ni pula :-
kalau sebut sekali, boleh dicapai oleh kita..
kalau sebut dua kali, jauh sangat..tak tercapai..

Aku memikirlah juga jawapannya.

Hmmm..

Langit dengan langit-langit?

Tapi kalau sebut 'Langit'- sekali sahaja. Yang ni yang jauh dan tak tercapai..
Kalau sebut dua kali, 'Langit-langit'. Yang ini yang tercapai..

Errr...kak pah bagi soalan betul ke atau kesilapan teknikal????

Okay,aku nak ulas juga perkataan 'Langit' dan 'Langit-langit' tu..

Langit semua orang tahu..yang tinggi membiru di atas sana tu. Membiru takkala mentari memancarkan sinarnya. Pun begitu langit juga akan kelihatan kemerahan atau juga kekuningan dan keorenan takkala sinaran matahari petang dan senja..biasan cahaya pada sudut sudut tertentu.( ni bagi yang belajor FIZIK boleh ulas panjang LEBOR le niii...come on NIZAM, Muhajirah?)
Manakala bila sudah ketiadaan mentari maka langit yang membiru akan bertukar menjadi hitam pekat...
namun tika malam, di langit sana kelihatan kerdipan bintang bintang yang cukup indah menghiasi dadanya..
eh!eh!..dah bersastera le pulak..

Perkataan 'langit -langit' pula mengambarkan salah satu anggota badan yang terdapat pada bahagian dalam mulut manusia. 'Langit-langit' begitu berguna ketika mana ianya mempengaruhi bunyi yang dikeluarkan. Bagi mereka yang mempelajari ilmu tajwid al-Quran, kedudukan lidah pada langit-langit akan mempengaruhi sebutan huruf huruf tertentu. Contoh yang paling ketara ialah huruf lam dan ra'.

Ada orang cakap pula, lengkungan langit-langit ni mempengaruhi 'pitch' suara seseorang..lagi dalam lengkungannya, langit tinggi pitch suara..
YE ke?
..hah..apa lagi suluh tengok la, dalam atau tidak lengkungan langit-langit anda..
he he he..

sekian..

Tuesday, February 24, 2009

Bahasa kita..

Salam,

Bila ku lihat lihat, ku renung renung..menarik juga bahasa Melayu kita ni. Ada peribahasa. Ada Simpulan bahasa. Perumpamaan. Ada bahasa kiasan dan sebagainya..

Dulu masa sekolah rendah, bila ada simpulan bahasa atau peribahasa yang aku tak faham maknanya atau nak tahu asal usulnya aku mesti tanya kat mak. Kalau mak tahu, dia mesti jawab.

Contoh : Serkap Jarang makna - menuduh secara semborono.

Aku tanya mak apa dia SERKAP? Korang tahu tak apa dia SERKAP? Apasal pula dia jarang? Apa kaitan dengan tuduhan tuduhan semborono tadi ni? Semborono pula? Bahasa apa pulak tu?
Hah..siapa cikgu kat sini? Tolong jawab....he he he...
( aku tinggalkan untuk korang terangkan pada aku)

Lepas tu aku tengok perkataan perkataan kita ni kalau sekali sebut jadi satu mende. Sebut dua kali jadi mende lain pula.

Contoh : siku dengan siku siku

Siku ialah sendi yang terdapat pada tangan manusia.
Siku siku pula adalah alatan yang digunakan dalam pertukangan untuk mengukur ketepatan.
( ini aku punya definasi la..tak ambik dalam mana mana kamus..kamus SORI bahasa he he he. bagi yang nak tepat maknanya rujuk sendiri!)

Okay soalan bonus untuk kerja fikir fikir korang.

Soalan : Apakah perkataan yang sekali sebut dia melompat. Dua kali sebut dia melekat!
..................Penjawab pertama yang betul akan memenangi AWARD dari aku!! he he he...

Sekian...habis fikir!