Showing posts with label photo snapping(klasik). Show all posts
Showing posts with label photo snapping(klasik). Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Haihh..udah nak kahwin dah budak ini ghupernye..

Assalamulaikum,

Masa dia diberanakkan dilahirkan oleh bondaku, aku tak der kat negara ni.
Aku nun jauh di seberang dunia sana.
Kununnya bawa diri laa..
Kununnya menjadi perayau antarabangsa.
ha ha

Masa aku balik bercuti dalam tahun 1989, budak ini dah setahun lebih.

Mula mula dia jumpa kakaknya itu, PUNYA LA TAKUT manja!!

Di waktu percutian kakaknya itu ada satu adegan yang kakak dia tak boleh  lupakan.
Dia mestilah tak ingat sebab masa tu dia KOCIK BONAR LAEI..
.
.
.
Yang berada di rumah di kala itu ialah kakaknya yang tengah mengelupor nak kahwin telah bertunang itu, mak, budak yang kecik kenik banyak ragam. serta seorang kakak sikecik kenit yang juga masih kecik.

Jam menunjukkan 10 pagi...
Masa ini adalah masa santai santai si ibu dan anak anaknya.
Mereka berlabun ngiong ngiong berkisah itu dan ini.....dan detik yang berlalu tidak terasa.
.
.
.
.
Tetiba...

" Eh, Udah pukui 11. Apah tak masak lagi!!" kata mak aku.

Mak pun terburu buru ke dapur.
Diikuti sikenit budak bongsu yang teramat takut manja dengan kakaknya. Sikecik kenit itu memang sentiasa nak bergayut gayutan di kain mak jadi kerana itulah mak pun meluru ke dapur dan menutup pintu dapur dengan cepat.
Tetapi masa tu jari jemari sikecik kenit tu dah pegang pintu dapur.

Hmmmmm...aper lagi!!

Jari sikecik kenit tu pun tersepit  lah di celah pintu.
Mak yang tak perasan jari budak kenit tu tersepit telah menekan lagi pintu dari sebelah dapur.

MERAUNGGGGGG lah si budak kenit !!

" MAK!!! JARI NA!!!" aku menjerit.

Meleleh leleh darah keluar dari jari budak kenit yang dah memang halus tu.

"ALLAH!!!"

Aku dan mak bergegas ambil tuala kecik balut.
Aku ngeri.
Berderau darah mak.
Mak pun pucat.

" Jom kita bawa pergi klinik!"

Budak Na tu meraung raung jangan dikira la..
Aku papah Na sambil pujuk pujuk dia.
Na dah tak peduli apa apa. Dia mengeleding ngeleding kesakitan.

Mak capai  kunci kereta.
Kami berdua masuk kereta.
Mak pecut ke pekan Semanggol terus ke Klinik.

Mujur kakitangan klinik tu dah memang kenal mak.

" Kenapa anak kak Intan ni? " tanya Encik Dresser.
" Terkepit pintu "

" Dalam juga luka ni...Tapi luka budak cepat baik " kata Encik Dresser sambil merawat jari budak kecik kenit.

Bila di rumah, mak pesan kat aku jangan beritahu abah.
Biar mak yang cakap sendiri.

.
.
.
.
Tup tup....sebaik jer abah balik dari sekolah dan masuk dalam rumah, Na telah tayang tayangkan balutan jarinya kat abah.

 Dan abah pun bersuara dengan agak kuat...

" AWAT JARI NA NI!!!?" abah tanya.

Errrr...aku cepat cepat masuk bilik.
Bior mak aku berurusan dengan abah...
hehehehehe....
.
.
.
.
.
Itu salah satu cerita masa silam budak kecik kenit ini.


Itu kira kira 23 tahun yang lalu.
Dan tak lama lagi udah nak kahwin dah budak ni..
.
.
.
.
.
.
TUP TUP....
HUWAAAA....
.....................aku pulak yang ghaser nak TEGHOYAK!
.
.
.
.
.
.
.
kikikikiki


sekian






Tuesday, July 26, 2011

Hamba mu...

Assalam,

Ke arah satu perjalanan dalam sebuah kehidupan,
Demi untuk mengecapi hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisi MU ku berserah
terimalah hambaMU....ALLAH!!

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
masanya akan tiba
Dengan restu ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisi MU ku berserah
terimalah hambaMU....ALLAH!!




My imam masa muda...
smileeeeeee...


sekian

Thursday, March 17, 2011

Pakaian seragam

Assalam,

Mula mula sekali maafkan daku kerana keadaan gambar yang tidak memuaskan hati anda. Ianya tidak dapat dielakkan atas sebab sebab peribadi.
.
.
Agak agaknya best tak kalau dapat pergi sekolah yang kena pakai pakaian seragam macam ni?
.
.
.
Kalau tanya aku, mana la aku nak tahu.....sebabnya sekolah aku tak suruh pakai macam ni.

Kenalah tanya budak tu.
Budak OMAN tu.
.
.
hehehe..
Seingat ingat aku nak masuk sekolah ni dulu, dia kena test/interview 3 kali.
Sekali kat Taiping.
Sekali kat Ipoh.
Sekali kat KL.
Dari sekolah kampung aku tu ada 10 orang yang nak cuba pergi.
Dan sewaktu peringkat Taiping je, dah ada kena reject sebab badan tak cukup tinggi.
Mujur adik aku cukup cukup paras ketinggian yang dikehendaki.
Sampai Ipoh reject lagi dua tiga orang..entah sebab tak pass interview/periksa.
Sampai KL, last last nyer...adik aku sorang je yang lepas.
.
.
Mak aiiii...bukan main payah bebenor nak masuk sekolah ala ala COMBAT nih.
Masa tu adik aku derejah nam je.
Nak masuk waktu tingkatan satu.
Dia kemaen minat nak bawak kapal terobang tembak tembak...
KATANYA!
.
.
.
Bila dah dapat masuk, mak aku udah riso.
Nyaris nyaris lagi mak aku nak sughoh dia tolak.
TAPI ayah aku tak bagi leeer..
UDAH adik aku minat bebenor.
Ayah aku bagi semangat suruh ANAK JANTAN dia masuk sekolah COMBAT ni!
.
.
.
Bila balik cuti, adik aku cerita le dia kena godam sana sini tak tentu pasal.
BIASA leerrr..dah sekolah lelaki semua.
Ajer nyer GHOPER itu.
.
.
Aku suruh sabor jer..
Asal jangan cacat cela..
udah..
.
.
Masa gambor ni diambik, aku udah habis sekolah menengah.
Aku sibuk sibuk pergi sekolah dia kat KL tu.
Masa ni dia dapat hadiah.
Sekolah pun ada le buat HARI TERBUKA.
Sanak sedara, sahabat handai boleh le jengah nengok.
Best juga nengok pameran..
.
.
Antara pertunjukan yang demer buat ialah latihan perang...serta solat sewaktu dalam perang.
Tu kira ILMU paling menarik aku dapat tengok yang tak dapat dilihat di tempat lain.
.
.
Komer tahu cara solat dalam PERANG?
Errrr...kalau tak tahu, kena masuk sekolah COMBAT le kutttt...
hehehehe..
.
.
.

p/s
budak yang tertenggek kat belakang tu ialah si BUDIN....sibuk main AYOR!
budak pompuan yang diri sebelah OMAN ialah si kak cik..err.. sibuk nak noleh belakang!


sekian

Wednesday, March 16, 2011

Nut..

Assalam,

HIHIHIHIHIHIHI...okay sila gelak puas puas.
.
.
.
Gambar ni aku seludup dari satu album kat rumah mak.
.
.

"Okay, Mom,..one of your photos missing, you know where to find..okay?"
.
.
.
.

..( errrrrr..mak aku faham orang putih ke? gasak la kan...)
Cuba teker teker...aku yang mana satu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebelum komer jumpa jawapan kat bawah ni!

Terdapat catatan yang tertulis di belakang gambar tersebut.
Catatan yang dibuat oleh seorang budak!!
hahaha..
tapi mungkin masa dia dah besar sikit dari dalam gambar tu laaa..

Kalau komer tak faham apekemender tulisan yang terconteng itu, let me explain.

ATAS : Samiah ( mak aku la tu ), emak NUT, bapa NUT,
BAWAH : Yan ( mak sedara aku le tu ), Abang NUT, Yong ( kakak aku le tu ), I, NUT, adik NUT dan dua lagi adik beradik ( yang tidak berapa nak dikenali dulu dan sekarang...saja nak menumpang masuk bergambor le tuh...haha)
.
.
.
.
.
Siapakah NUT?
Adakah ia kekacang yang rangup?
Atau ?????
apakah??
siapakah??
.
.
.
nama sebenarnya aku pun dah tak ingat!!!
hahahhaahahah..

tapi dia kawan sepermainan aku la.
SEBAYA.
Ayahnya pun kawan ayah aku.
.
.
.
NUT, kalau kamu terjumpa blog ni...ini lah kenangan kita suatu masa dulu.

p/s
This picture was taken by my dad probably in 1972 when I was living in Batu Gajah, Perak.

sekian

Thursday, March 10, 2011

Kasut..

Assalam,

Ada PEPATAH ORANG PUTIH cakap, kalau nak tahu umur pompuan, cuba buka almari kasutnya.
Lagi banyak kasut maka lagi banyak lah umurnya..
Betui ke?
hahaha..

Kasut adalah ASSESORI bagi orang pompuan.
Bukan setakat NECESSITY...

Orang pompuan rata ratanya suka beli kasut...KECUALI mungkin kasut SUKAN!
Kalau orang POMPUAN minat kasut sukan, kebarangkalian besar dia ni jenis yang ala ala TOMBOY sikit.

Aku?
Kalau ikutkan rasa memang syok nak beli kasut.
Dulu pun, kalau keluar pekan atau kota, antara tempat persinggahan adalah kedai kasut.
Tapi bab nak membeli, aku kedekut sikit.
Aku tak akan beli UNLESS kasut aku dah terkoyak GHABAK dan tak boleh dipakai lagi.

Cuma waktu di US dulu, kasut kena ada pelbagai jenis sebab pertukaran musim.
Kena ada kasut boot untuk meranduk snow.
Kena ada kasut SPRING sebab cuaca dah best...takkan nak BERBOOT lagi.
Kena ada selipar ala ala JEPUN dipakai dalam musim panas.
Kena la fashionable sikit..... kan???

Rata rata kasut yang aku beli adalah tidak bertumit....KECUALI kasut yang aku TENGAH PAKAI kat atas tu..
Korang tahu kasut apa tu?
.
.
.
Husband aku namakannya KASUT MEMBAZIR!
Sebab?
Sebabnya aku pakai time nak menikah ngan my hubby.
Lepas tu, aku TERAMAT jarang memakainya sebab TUMITNYA yang agak tinggi.
Aku, kalau berjalan seakan akan berlari lari anak jadi kasut itu teramatlah TIDAK SESUAI dengan aku!!

Jadi sudahnya kasut itu aku buat apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
CATWALK dan POSING...
hahahah


sekian

Monday, February 14, 2011

Ada kawan cari gua..

Salam,

Ada kawan cari gua.
Dia yang post gambar ni dalam fb dia.
Gua nampak gambar ni dalam sorang kawan lain punya fb.
Dia kena TAG.
Gua rasa macam nak guling guling gelak.
Gua tak da gambar ni.
Dulu dulu gambar macam ni kena beli dari cikgu.
Satu - lima posen.
Ada masa gua malas nak beli gambar.
Sayang duit!
Semua yang dalam gambar ni satu kelas.
Gua cukup kenal.
Kira GENG GUA la nih!
Cikgu tu pun gua kenal.
Cikgu English yang tak reti cakap Melayu tu.
Gua rasa gua ada cerita.
.
.
.
.
.
.
.
SEKSI tak gua punya cikgu?
hahahahaha
.
.
.
Cikgu gua lawa.
Waktu English, gua memang semangat berkobar kobar nak belajar!
.
.
.
Thank you Mrs Tan.


Gua masih rasa nak tersengih sengih...
HAIYA!!!!

sekian

Sunday, January 16, 2011

Ulangan tarikh kelahiran..

Salam,
Di tepi sebatang sungai yang airnya jernih mengalir, di suatu kampung bernama Temelok, di situlah terletaknya rumah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak. Dan bila sesuai masa dan ketika, dipasangkanlah anakanda mereka yang molek rupawan dan telah dewasa itu dengan seorang pemuda yang secocok dengan anakanda mereka.
Setelah sekian lama tinggal berdua, maka hamillah si isteri kepada pemuda tadi lalu bergumbiralah pasangan tua yang tinggal di tepi sungai di kampung yang bernama Temelok itu. Sempurna sembilan purnama sepuluh hari maka berserilah rumah pasangan tua dengan kelahiran cucunda mereka yang molek lagi cerdas dan cerdik rupanya.

Adapun anakanda mereka berdua yang disangkakan hidup bahagia itu rupa rupa ada juga retak dan sengketanya. Maka setelah sepurnama kelahiran cucunda yang indah menawan itu tiba tiba bertiup angin barat yang kencang meruntuhkan rumahtangga yang disangkakan bahagia itu.

Tinggallah cucunda yang molek rupawan lagi elok perangai itu dengan pasangan tua yang hanya mempunyai anak seorang sahaja itu. Biarpun hati telah gundah kerana melihat kesedihan dan ratapan sang anak yang telah bergelar janda namun adanya cucunda yang molek rupawan dan elok perangai itu telah menghilangkan rasa resah gelisah di hati pasangan tua yang beranak seorang itu.

Adapun hari ini genaplah sudah umur si cucunda yang lahir dan memberi rasa gumbira di hati nenda nendanya itu. Sudah 44 tahun lamanya dia bernafas di bumi yang terbentang luas ini. Berdiri gagah bersama putera dan puteri dan seorang srikandi penghibur dan penyenang diri. Semoga hari hari yang mendatang akan terus diberkati dan disulami dengan rasa rendah diri terhadap Ilahi. Amiin...ya Rabbal alamin..

sekian

Tuesday, September 29, 2009

Gambar raya zaman bebudak!!

Salam,

Ngeh ngeh ngeh..
Gambar ni aku berjaya selinap masuk ke dalam kamera aku!
Time hari raya...bila ek?.
.
.
OOOOOkay...memandangkan mak aku tengah mendukung budak OMAN maka aku jangkakan raya ni mungkin tahun 1971 atau tahun 1972!
dari pandangan mata kasar pula, OMAN tu mungkin berumur dua tiga bulan maka boleh aku katakan gambar asal ialah dalam tahun 1971.

Aiseh man...flash kamera aku ni kacau aaaaa..
Kalau tidak korang boleh nampak betapa BANYAKnya kuih muih yang terhidang!
Tapi ni sebenarnya bukan rumah aku.
Rumah aku tak de RADIO gram macam kat belakang tu.
Ini rumah kakak yang pakai spek cam dak TIJAH tu!!

Wei JAH...!!
ko punya spek itu hari, KLASIK aaaaa...

Adik si kakak yang pakai spek glemer tu, pakai songkok senget.
Tak silap aku nama dia RASYID.
Cuma tak pasti samada dia adalah RASYID SIBIR atau tidak!!
ha ha ha..
wei...Rasyid Sibir orang mana aaa?
Kalau asal Perak tu, mungkin boleh siasat...
Dak Rasyid ni lebih kurang 2 tahun lebih tua dari aku.

Yang mendukung aku tu, MAK YAH.
Mak sedara yang sepuluh tahun lebih senior..
kira cam lebih kurang KAKpah aaaa..
he he he..
Eh! KAKpah sepuluh tahun ke lebih senior dari aku?
Takk..
muda aaa dari MAK YAH aku tu 2/3 tahun.
.
.
.
Kalau tengok gambar tu korang mesti heran.
Apasal ada sedara India INTERFRAME pulak kan?
Nak habark mai, tu lah jiran yang baik ngan kami.
Depa ni penganut Kristian tapi BAIK dengan kami sekeluarga.
Anak pun lebih kurang sebaya.
Budak pompuan yang berdiri tu, nama dia CAROLINE. Dia sebaya aku.
Yang Aci tu dukung pulak namanya MARY...sebaya dengan OMAN.
Inilah gambaran ONE MALAYSIA zaman aku!
Kami memang duduk berjiran di kawasan rumah murah yang bernama CHANGKAT di Batu Gajah, Perak.

Sebelum mengakhiri entry ni,
apa kata kalau
POKUS dekat sikit pada budak yang TIUP belon
time raya tu!!!
he he he
sekian

Friday, July 03, 2009

Esok ada DINNER alumni!

Salam,

Malam esok ada dinner ASPUTRA (alumni Sek Men Sains Tuanku Syed Putra, Perlis).

Aku nak pergi. Dah tempah tempat duduk dah pun..
Sebenarnya esok aku dah janji ngan kengkawan pergi lepak kat Hotel dari pukul 3 petang lagi.
Ada yang nak menyicah pelam ngan GARAM BELACAN tepi kolam renang...

( Ni ngan Geng POMPUAN la ni..Had lelaki, depa lepak kat PADANG RAGUT)

Depa pakat nak bawak buah pelam, buah amra, buah jambu berbagai lah.
errrr..sapa bawak GARAM BELACAN? Aku pun tak sure!

Tak cukup belacan kalu, kat ghumah aku ni ada satu plastik belacan bakag yang aku angkut dari Melaka tempohari..TAK HABIS HABIS lagi..Stok 3 bulan TAU!! Lagi pun la ni MELAKA tu dah macam dekat jerr..

Habis stok, aku boleh beli lagi.
Tumpang dah anak aku tersadai kat sana sekarang.


he he he..

Bila sembang pasai sekolah, aku teringat kat Almarhum Raja perempuan Peghelih yang besa bagi hadiah kat aku. Merasa la juga naik pentas waktu Hari Penyampaian Hadiah...kat sekolah dulu..
Raja Perlis ngan Raja Perempuan turun untuk bagi hadiah kat kami TAU!! ( cam eksyen..ha ha)
Ya lah.. dah sekolah pun guna nama Almarhum Tuanku Raja Perlis.


Tu tangan aku le tu..yang terima hadiah.
Dapat le hadiah salah satu MATA PELAJARAN TERBAIK!


he he he
buat kenangan...


Sebenarnya hadiah untuk satu mata pelajaran tu aku dapat selama tiga tahun untuk the whole tingkatan. Waktu form one, waktu form three dan waktu form four. Pemegang subjek tu lah kiranya aku ni..

macam terer le sangat!

ha ha ha...

Dak aihhh..Siapalah aku ni?? KEBETULAN jer aku rasa..Tak de mende aku ni. Terlalu kerdil dibandingkan dengan orang lain..

Malam esok, dijangkakan ramai yang akan hadir dari kalangan bekas guru guru yang pernah bertugas di sekolah. Bekas pengetua Dato' Abdul Rahim Abdul Majid juga akan hadir. Geng SUPER SENIOR agak rama juga yang akan hadir. Batch aku, 1980-1984 dijangka akan hadir seramai 30 orang lebih. Ramai yang dah aku jumpa pada gathering sebelum ni. Tapi ada juga yang baru nak berjumpa pada gathering kali ini. Tak sabar rasanya nak melihat kawan lama yang dah 25 tahun terpisah..Bagaimanalah agaknya rupa mereka..

Aku yang kurus KERING SEKEPIANG dulu pun dah TAMBUN dan bertimbun lemak di badan. Kalau dulu berat badan around 40 plus KG..SEKARANG???

ha ha ha..JANGAN TANYA!..( rasa cam nak masuk ASIA's The biggest loser jer)

okaylah..

semoga perjumpaan hari esok berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.

sekian








Thursday, June 18, 2009

Kunjungan ke Rumah Putih




Salam,

'Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat. Bangunan yang terletak di 1600 Pennsylvania Avenue di Washington, D.C. ini merupakan tempat tinggal rasmi presiden dan keluarganya selama masa dia memegang jawatan tersebut. Ia juga berfungsi sebagai pejabat presiden. Sebagai pejabat Presiden AS, istilah "Rumah Putih" juga digunakan sebagai ganti pentadbiran Presiden AS. Rumah ini dibina dari batu pasir Aquia dicat putih dengan gaya seni bina George, dan dimiliki oleh Perkhidmatan Taman Kebangsaan (National Park Service) Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari Taman Presiden (President's Park).'


Petikan di atas aku ambil dari WIKIPEDIA.

Sebagai catatan sejarah hidupku dan satu lagi tempat persinggahan yang telah aku jengahi ialah tempat tinggal presiden Amerika Syarikat ini. Rumah Putih atau dalam bahasa Inggerisnya 'White House' adalah satu daripada tempat kunjungi aku semasa jelajah aku ke Washington D.C.

Beratur untuk masuk dan melihat di dalam Rumah Putih ini mengambil masa yang cukup lama. Sewaktu musim panas, terlalu ramai orang yang datang untuk meninjau ke dalamnya. Kami datang seawal mungkin setelah bermalam di sebuah apartment seorang rakan. Tetapi itupun hanya dapat masuk sekitar pukul 10.00 pagi. Masuk adalah percuma tetapi terdapat barang larangan seperti kamera untuk dibawa masuk bersama.

Sungguhpuh pengunjung dibenarkan masuk melawat ke dalam Rumah Putih ini, kami hanya dibenarkan melalui bilik bilik tertentu sahaja. Dan masa tinjauan di dalam Rumah putih ini sebenarnya lebih singkat jika dibandingkan masa untuk menunggu masuk..

HAIHHH..

Antara dua..( UPDATE dan JAWAPAN)

Salam,

Gambar kedua dua jejaka di bawah diambil oleh aku. Di tepi sebuah tasik.
TASIK MICHIGAN..

Antara keduanya siapa yang aku pilih sebenarnya menjadi teman hidupku?
Bagaimana pula jejaka yang satu lagi?
Apa nasibnya sekarang?


JAWAPAN :
Jejaka pilihan aku mestilah yang kat atas sana tu..
hmmm tu gambar 20 tahun lalu ye..
selepas berkahwin dengan aku lebih kurang 3 bulan.
he he he..
Jejaka di bawah pula...
ALAAAA!! Aku mana ada bopren..
Inilah si OMAN adik aku..he he he
Waktu dia datang melawat aku di Chicago.
Gambar tu pun 20 tahun yang lalu ye.
Ha ah..dia pun jadi student.
AMACAM?? puas hati semua?

Wednesday, February 11, 2009

Seorang teman yang jauh di mata..

Salam,

Masihkah kau ingat saat kita bersama...bermula ketika masih muda..kita berkenalan di Hospital Taiping.

Eh..bukan lahir kat situ daaa..

Kita kebetulan membuat pemeriksaan kesihatan untuk ke SMTSP. Engkau dengan mak engkau.
Aku dengan mak aku..
Engkau lulus pemeriksaan kesihatan itu..tapi aku? Seperti biasa oleh kerana gelabah dan phobiaku dengan hospital maka doktor perempuan berbangsa India tu charge kata aku ada problem dengan jantung. Mana tidaknya..dah berdebar debar PENAKUTTTTT...

maka aku terpaksa datang semula sekali lagi...berjumpa dengan doktor pakar! he he he..

Maka setelah di sekolah pada 3 tahun pertama, hubungan kita biasa biasa sahaja. Tetapi setelah di timgkatan 4 dan 5 seterusnya di Shah Alam dan di USA kita semakin akrab..

Setiap detik dan saat kita mengembara bersama ke Niagara Falls adalah kenangan terindah...
Tengok gambar haru biru kita kat 'art' KEPALA orang yang tertimbus di Washinton DC tu..
ha ha ha..macamana kita meragas pun tak tau..dengan pakai baju kurung. Dengan angin dok bertiup..

Kerja kita tu mau buat depan geng GUYS SMTSP (zaman sekolah dulu), sure kena kutuk!!
weng weng weng..



Gambar (konon konon jiwang) kat Taman tasik di Shah Alam ni pulak, mengingatkan aku saat hang dengan penuh semangat jiwa dan raga, cuba mensauk ikan tanpa menghiraukan pandangan pandangan dan gelengan gelengan kepala orang ramai yang lalu lalang..

Ha ha ha..apa ke halnya dok tertunging tungging SAUK ikan ngan raga tempat orang taruk roti....

Tapi itulah saat INDAH bersama..

Aku harap saat saat itu masih kau kenang...duhai seorang Teman..Cik LIA!!

( saja nak bagi puitis sikit sikit..bagi hang TERHARU..kah kah kah )

Monday, December 22, 2008

gambar klasik...

Salam,
korang pandai tak dalam mengagak yang mana satu aku..
ye lah sebelum aku dewasa..
begitulah rupa aku..
agak agaknye yang mana satu dari anak anak 'comel' dan agak seksi ini aku ye?


nama cikgu cikgu tu pulak..
hmmmm...

Cikgu China tu Mrs Chua. Dia tak ajar aku tapi mengajar adik lelaki aku.

Cikgu pompuan melayu baju putih tu nama dia cikgu Zainon. Ajar aku english waktu darjah 5. Speaking berabok. Tak bagi can kami cakap melayu langsung waktu english..tergagap gagap kami cakap orang putih waktu tu.. kadang kadang kami cakap yes yes yes jer..

yang aku ingat, dialah buat script masa pertandingan berlakon cerita Mahsuri (cakap orang putih)kat Convent Taiping masa aku darjah 6

berbuih mulut aku menghafalnya.

ha ha ha...terima kasih cikgu..

walaupun terasa macam kena dera waktu tu!


Cikgu lelaki yang sorang tu? Nama dia cikgu Shamsuddin. Umur dia dah 72 sekarang. Aku jumpa dia time dia datang kenduri adik aku tahun lepas.
Dia datang sambil nak jumpa bekas anak muridnya,
aku dan mak sedara aku si Nor Azian Hj Ibrahim tuuu..
Kepala aku ni dia pernah luku dengan keras!
Eh! best student kena luku?!!
Gara gara aku menyebok bagitahu jawapan kat kawan aku yang menggigil tak tahu jawab matematik..dengan aku aku sekali kena LUKU!
aku keriau bagai nak ghak!!GERAMMM..
Sorang lagi cikgu sebelah cikgu Samsudin ialah cikgu Shamsiah. Cikgu ni ngajar aku waktu darjah 3 dan 4. Aku sayang sangat kat dia sebab dia selalu encourage aku to do the best!!
Dia pula sebaya ngan mak aku..very motherly..


hah ni lagi satu gambar klasik!
Cikgu cina tu nama dia Mrs tan. Cikgu ni ngajar English masa darjah 4. Dia tak boleh cakap Melayu..English dengan dia memanjang..kena pulak darjah 4 tu dia jadi guru kelas...
aduuuuiiii..
Bayangkan betapa siksanya budak kampung nak bercakap dengan dia.
Tapi dengan dia lah aku belajar banyak poem poem
dan
lagu English kanak kanak yang evergreen


By the way, cari aku juga dalam gambar ini..
makcik aku pula ?Si Nor azian Ibrahim tu?

errr ada sesapa kenai tak depa ni?
Mohd Shah Ramlee, tu yang jadi head boy tu...pergi Izuddin, pastu KIK pastu jadi Ustaz..la kat pendidikan Ipoh kut?
kak Noraizah..head girl, pergi Taayah pastu gi KIK, pastu gi USA
cari kak basmina Balqis. budak taayah gak
Cari juga kak Thalwamaisur..cucu Ustaz bakar bakir.budak taayah gi KIK kemudian pi USM
he he he ni semua geng Prefect tahun 1977..aku waktu tu darjah 4
mana aku?

Tahun ni la aku selalu aje menangis pepagi hari..
cari necktie prefect sambil makcik aku ugut nak tinggalkan aku jalan kaki sorang sorang..
dia pula naik basikal!
ha ha ha...