Showing posts with label destinasiku. Show all posts
Showing posts with label destinasiku. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Persinggahan..

Assalamualaikum,

Hidup adalah satu perjalanan yang singkat. Waktunya telah termaktub.
Cuma kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Yang kita maklum hanyalah permulaannya.
Itupun setelah beberapa tahun kemudian yakni pada detik di mana ilmu telah serasi dengan akal.
.
.
.
Hmmm..

Hidup memang terasa panjang, letih dan lesu apabila tidak diisi.
Dunia akan terasa kosong, lompong dan mampung.

Aaahh...semua menggambarkan satu ruang yang ampuh dan akan berkecai serta berdebu apabila dilanda satu gegaran yang mengoncangkan jiwa.
.
.
.
.
Ruang kosong perlu diisi.
Hati lompong perlu dirawat.
Waktu luang perlu dipenuhi.




p/s
sesekali kener ler bawak diri tu berjalan jalan...
kan??

wahai orang melaka sekelian,
kemer numpang nyinggah yerrrrr.

ishhhh...ape kener bot kemer ni senget semacam????

sekian


Wednesday, May 30, 2012

Perayauan semasa cuti

Assalamualaikum,


Kalau pergi ke pantai pantai di sebelah barat Semenanjung Malaysia, aku suka menunggu matahari terbenam.

tapi 

kalau ke pantai di sebelah timur Semenanjung, aku akan melangkah kaki panjang keluar bilik sebaik selesai solat Subuh....( tak kisah la kalau aku berseorangan sekalipun )
.
.
.
.
Tumpang dah Allah jadikan cuaca molek maka sila hela nafas panjang panjang sambil dakap kamera rapat rapat ke muka....dan sertakan ucapan kalimah memuji Allah.
heheheehee..



Aku di sini dari Ahad hingga Selasa ( 27/05/2012 - 29/05/2012 ).
Di mana??



Swiss Garden Resort and SPA, Kuantan...





Kalau pagi pagi, mata tak diganggu dengan keramaian manusia.
Suasana lebih tenang...



Kalau dah petang, maka suasana akan lebih kacau bilau, riuh rendah dan hingar bingar..



Yang bagusnya di sini, anda ada dua pilihan.



1. Nak terjun kolam ATAU




2. Nak terjun laut




Pokoknya...... anda BAHAGIA!!!



dan yang penting sekali 
.
.
.
.
.
si PEngAMBIL GAMBAR TETAP BERGUMBIRA...
walaupun tidak melakukan aksi terjun kolam atau terjun laut.


sekian

Thursday, May 24, 2012

Nak ke mana tu?

Assalamualaikum,

Aku agak ramai yang dah ke sini..

Errr ke mana?

....pantai MORIB..SELANGOR!
bukan MADRID, SEPANYOL tau!!

walaupun bunyi nama macam lebih kurang.

Yo la...kalau semua dah tahu.
Tengok gambar je la..kan?
.
.
.
.
errrr tak tahu nak tidur kat mana?
Balik rumah laa..
.
.
hehe

tetapi untuk sesiapa yang nak bawa anak anak dan mandi mandi kat hotel..
BOLEH leeeeerrr

menginap di GOLD COAST RESORT, MORIB ni..




......book kena awal time time cuti sekolah ni sebab mungkin ramai orang.

TEMPAT?

errr...biasa biasa jerr...macam tak best pun ye jugak. agak sesak sebab tempat sempit dan orang ramai.


tapi mungkin ada yang suka...
anak anak terutamanya




Aku?
Tak mandi...



Aku tangkap gambor orang mandi jer..



sambil tengok PANTAI KELEBORK air laut nyer...
yang sayuuuuuuuuuuuuuppppp jauh nun ke tengah!



 Nak makan?

Sila ke gerai gerai di benteng awam tak jauh dari MASJID....sedapppppp!...


sekian


Thursday, May 12, 2011

Dengan izinnya..

Assalam,

Entry sebelum ni aku tulis pasal Gemilang ( salah satu syarikat swasta yang menguruskan urusan jemaah Haji) yang buat kursus Permasalahan Wanita Dalam Mengerjakan Haji.
.
.
.
Sebenarnya ada banyak perkara yang dibincangkan oleh Ustazah Yusnah Yusuf ( ustazah jemputan ) tempohari.

Antara perkara yang disentuhnya ialah bagi mana mana wanita yang ingin mengerjakan Haji dan Umrah perlulah mendapat keizinan dari suaminya jika dia telah berkahwin dan juga wali walinya seperti bapa, datuk, saudara lelaki, bapa saudaranya dan berkaitan dengannya jika perempuan itu tidak berkahwin.

Pemergiannya ke tanah suci itu pula mestilah ditemani oleh mahramnya seperti suami atau walinya atau jika tidak mendapatinya bolehlah dia pergi bersama dua orang lagi perempuan yang thiqah ( yakni perempuan yang elok perangai dan baik )

Bagi perempuan yang masih didalam IDDAH RAJ'I juga WAJIB meminta izin untuk menunaikan HAJI dari bekas suaminya kerana dia masih boleh dirujuk oleh bekas suami yang menceraikannya itu. ( Tempoh Iddah raj'i ialah 3 kali Quru' = bersuci bagi yang masih berhaidh atau melahirkan anak bagi yang sedang mengandung )

Permasalahan IDDAH WAFAT pula :

Bagi wanita yang masih lagi belum berangkat ke tanah suci, tiba tiba kematian suami, wajib dia menangguhkan pemergian hajinya manakala bagi wanita yang telah berada dalam perjalanan ke tanah suci MEKAH wajib baginya pula menyempurnakan hajinya dan haram baginya bertahallul sehingga selesai.

Perkara yang boleh dilakukan bagi perempuan yang di dalam IDDAH WAFAT dalam pekerjaan HAJI ( jika telah berada di Mekah ) :-

1) Selesaikan ibadat haji dan umrah.
2) Menunaikan solat di Masjidil haram tetapi mesti ditemani perempuan yang thiqah dan tidak mendatangkan fitnah.
3) Membeli keperluan hajat
4) Menziarahi kawan kerana hajat.

PERKARA LARANGAN DALAM IDDAH WAFAT.
1) memakai pakaian yang menarik dengan niat berhias.
2) memakai perhiasan emas, perak dan permata.
3) memakai wangian di badan dan di pakaian.
4) memakai celak kecuali untuk mengubati sakit mata.
5) bersolek
6) memakai inai

LARANGAN di atas ini dikenakan ke atas semua wanita yang kematian suami berKUATKUASA selama 4 bulan 10 hari selepas suami meninggal dunia.

.
.
.
.
Itulah sedikit sebanyak pelajaran yang boleh disampaikan untuk entry kali ini.

Harap harap ianya sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu anda.


sekian

Saturday, March 14, 2009

Sikit hari ni, aku jadi kalut..

Salam,

1) Hari Khamis dan Jumaat aku tak pi kelas. Pi Penang..Asalnya aku tempah tiket AIR ASIA untuk anak nak ambik result SPM. Tempah hari Khamis minggu lepas lagi dah. Tup tup..hari Ahad naik tanda tanda Chicken Pox yang amat NYATA kat muka dia. Pi klinik..SAH! Doktor kata kalau dia nak sedekah VIRUS CHICKEN POX kat paramugari Air Asia atau juga pada kengkawan yang dapat RESULT bagus tu..silalah..
aduii..

Sedia maklum, aku ni walaupun dah lebih sepuluh kali naik kapal terbang, PHOBIA dan LEMAH lutut aku tetap ada..he he he..

Jarang sangat la yang aku tak muntah. Samada time pergi atau balik.
HA HA HA..pasal tu lah gamaknya aku benci naik KAPAL TERBANG!
Time aku pi USA dulu, aku muntah time kapalterbang elok berlepas.
Bau rokok, aku rasa PINAU habis. Bau makanan pun aku jadi tak dak selera.
Tekanan udara dan sebagainya menyebab anak aku kata aku tak leh jadi ANGKASAWAN..
he he he

Pilot pun aku tak hingin nak jadi..apatah lagi ANGKASAWAN..

Mujur lah kawan aku ada kat Penang. Tersadailah aku pada hari Khamis dan Jumaat itu di PENANG kerana anak aku yang suruh tempah pada hari Jumaat untuk balik.
Bayangkan aku dah tempah tiket untuk balik hari Khamis, dia suruh tukar hari Jumaat.
AIR ASIA CHARGE ! Kos tambah..GRRRRR
Tukag nama pulak.
AIR ASIA CHARGE sekali lagi. Tambah KOS..GRRRR

Result pulak??..hmmm..malas nak ulas sebab takut anak jadi sedih lak kan!!
So faham faham la..
Kalau tengok anak anak lain LOMPAT LOMPAT.
Aku selamba jer..
( maksudnya sederhana la tuuu..)
he he..

2) Hari Jumaat tu balik dari Penang adalah satu perjalanan yang panjang. Oleh kerana husband aku risau keselamatan aku maka sesampai saja di LCCT tu, aku kena naik bas ke KL central.
Setelah sekian lama terlupa pula aku cara untuk naik bas..
he he he..
Sejam sampai di KL central.
Tercanggak bangak juga sebab aku ni baru kali kedua sampai KL Central!!
Hangpa jangan GELAK nuu..
Bila saja nampak muka suami aku yang dah sedia menunggu, aku LEGA..
Perut yang dah berbunyi kena isi dulu. Waktu tu dah pukul 6.30pm. Aku ni melugai sebab MABUK naik kapalterbang masih ada lagi..
MEMANG aku alah..
ha ha ha.
( Dulu waktu kecik, aku mabuk naik kereta atau bas)
Selesai makan, suami ajak pi solat Maghrib kat ofis dia, naik LRT. Kemudian naik LRT semula time balik sebab husband aku bawa kereta setakat stesen Sg Besi sahaja setiap hari. Jadi parkir kereta di sana.

By the time sampai rumah, dah 9.30pm. What a journey!

3) Hari ni, waktu pagi aku ada appointment menemuduga orang. Nak pilih guru dan pengasuh. Satu tadika, ada pekerja yang nak berhenti untuk berkahwin. Dan satu tadika yang lain, ada yang dapat offer sambung buat nursing. Yang nak kahwin tu pekerja yang agak lama..Rasa sedih untuk berpisah tetap ada tapi ye lah..dia pun nak mengakhiri zaman bujangnya juga..

4)Petang tadi pula kalut pi Karnival Pendidikan MARA di PWTC. Untuk tengok pilihan Universiti. Anak aku ni minat bebenor la bab bab forensik..nak dok kat LAB! Suka BIOLOGY katanya..Hah! AKAN cuba bidang yang ada kena mengena dengan BioMedik/Lab etc etc ni..
Hopefully, apa yang dicitakannya akan BERJAYA, InsyaAllah...
( Hujan lebat bagai nak rak..kesian anak aku. Chicken pox dia tu baru nak sembuh..sapa yang kena VIRUS nasib lah..Aku dah tak boleh nak buat apa lagi..Mesti kena bawa dia untuk tinjau sendiri pilihan terbaik buatnya)

5) Balik dari meranduk hujan lebat di PWTC dan setelah puas bersaing bahu dengan orang yang berebut rebut ke MATTA fair, akhirnya kami tiba di rumah around Maghrib. Sesampai saja, anak kedua aku tersengih sengih. Sewaktu keluar tadi aku benarkannya menggunakan netbook aku ni. (Laptop aku yang lama entah kenapa dah PADAM!! Bebudak ni..malas nak komen!)..
Oh! sengih sengih nya itu membawa seribu makna!
Anak KEDUA pulak dapat OFFER ke MRSM!!
( Tak silap aku, hari tu macam dia TAK MAU PI?? seronok jer bila tengok nama dia tak terpilih waktu pemilihan pertama tempohari..??aku jadi macam confuse lak..)
Aduii..akan mendaftar 23/3 ni. Ini shortlisted yang kedua pula..
Aku TERDIAM!
Parut CHICKEN POX tak habis lagi kat muka cik adik ni wehhhhh..
Alhamdulillah..aku macam CONFUSE SIKIT..

Jap Jap..aku ni mimpi ke?
atau
MASIH DALAM MABUK FLIGHT lagi ke??

ooohhhh....

Wednesday, December 31, 2008

Asyik tak boleh jer...

Salam,
'Asyik tak boleh pergi jer..!!'

Itu rungutan aku sewaktu mak dan abah aku MELARANG aku mengikuti rombongan pengawas sekolah untuk sama sama ke Bukit Maxwell ( kini dipanggil Bukit Larut). Waktu itu aku di dalam darjah 6, di penghujung penggal akhir persekolahan. Memang sedih sangat rasa hatiku kerana tidak dapat mengikuti rombongan pengawas sekolah itu. Hampir semua pengawas darjah 6 pergi kecuali aku. Aku menangis seharian..membentak kerana tidak dapat pergi.

Sedih hatiku kerana tidak dapat berseronok dan bergembira bersama kawan kawan yang akan berpisah nanti. Memang terguris benar hatiku kerana aku telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam penilaian darjah limaku dan aku telah pun ditawar ke sekolah berasrama penuh di negeri Perlis.

Bagiku sepatutnya kejayaan aku itu dihadiahkan dengan kebenaran dari abah untuk mengikuti rombongan tersebut.

'AAAhhhh..' terjerit jerit aku menangis. Aku kalau dah menangis memang tak boleh berhenti. Sengaja aku panjang panjangkan sebab geram.
'WAAAA...' raung aku lagi.

'Menangis sampai keluar air mata berdarah pun, abah tak bulork nak bagi pergi. menangis le..menangis..' memang itulah jawapan dari mak aku.

Aku merajuk gilerrr..

Selepas tu aku terdengar dengar juga mak aku pujuk pujuk abah supaya benarkan aku ikut rombongan tu..

' Nak pergi cari HUJAN! Jalan licin! Nak cari nahas! TOKSAH!!'..tamat ler harapan aku untuk ke sana. Hitam kata abah, hitam le jawapannya.

'WAAAAAAA' aku sambung keriau!!

Meradang giler dibuatnya waktu itu. Rasa rasa macam nak koyak jer slip keputusan periksa penilaian darjah lima tanda protes. Dah dapat bagus pun macam tak diiktiraf!!

Kemudian sewaktu pagi hari bas Kok Kia lalu depan rumah aku bawa geng pengawas ke Bukit Maxwell, aku buat perangai lagiii..

'WAAAAAAA..." memang aku nak kenai tibai dengan mak. Ada ada saja perangai buruk aku yang keluar hari tu..tanda protes! Abah memang tak tibai aku. Abah memang BEGITU! Yang jadi tukang ligan aku keliling rumah, bawa rotan..mak! Mak jadi runner, kejar aku. Dan aku memang selalu kena. Sebab mak pelari pecut waktu sekolah. Tak dak can aku nak terlepas.

Seminggu aku bermuram durja. Tambah tambahan pula kawan kawan aku pula sengaja menunjuk nunjukkan gambar gambar yang diambil cantik di atas Bukit Maxwell itu. Gambar gambar kumpulan pengawas kecuali aku yag diambil beramai ramai di atas bukit itu.

Kemudian takkala cuti di akhir tahun 1979 itu, entah bagaimana abah dengan hati murninya telah ajak kami sekeluarga ke Bukit Maxwell.

'Jom kita pi naik..' kata abah pada suatu hari yang begitu indah.

Aku bagaikan tidak percaya. Apa? Abah nak ajak naik jip ke Bukit Maxwell? Bukanke abah gayat? PHOBIA TEMPAT TINGGI??

Oh!! Rupa rupanya abah sayang padaku...walaupun abah bukanlah penggemar tempat tinggi namun untuk memenuhi impianku naik ke atas Bukit Maxwell dan melihat panorama yang begitu indah dari sana, abah bawa kami sekeluarga.

....dan akhirnya aku sampai juga ke kemuncak BUKIT MAXWELL sehingga ke tempat pancaran TV sebab abah ada sedara yag tinggal di kawasan bukit Maxwell dan bekerja di atas sana..

Alangkah....ohhhhh...

Tuesday, December 30, 2008

To Kuantan with LoVe

Salam,
Seumpama kembara..kita akan hadir di situ sekejap cuma. Setiap perjalanan ada akhirnya. Namun biarkanlah kehadiran kita memberi makna pada diri..kerana perjalanan tanpa pengisian, ianya sia sia...
Selamat tinggal bandar Kuantan..
Semoga bertemu lagi.





Di pinggiran sungai sewaktu hampir senja..
.....nak maghrib dah.
Nak balik ke tempat penginapan.
Diambil dengan menggunakan handphone.
Kamera tertinggal la pulok..

Melihat burung burung lepas bebas..

Salam,

Waktu di Pantai Balok kelmarin, terlihat olehku sekumpulan burung burung camar yang begitu banyak di atas bongkah batu di tengah laut berhampiran pantai. Rasa aku, bongkah batu itu adalah tempat berehat burung burung ini setelah penat menangkap ikan.
Cantik pemandangannya..Warna bintik bintik putih kecil berlatar belakang warna batu yang gelap dan air laut yang membiru. Aaaahh..ruginya aku tidak dapat merakamkan dengan kamera Nikon s210 aku yang kecil comel ini...Apakan dayaku! Rasanya kalau ada duit lebih, mahu saja aku beli kamera yang lebih baik. Tapi terpaksa kutangguhkan..budget lari bebbb..

Selepas itu takkala aku di bandar Kuantan, minum minum petang bersama suami di pinggir sungai; seekor helang berlegar begitu hampir dengan permukaan air mencari dan menyambar seekor ikan. AAAAHHH!!..terlepas lagi detik detik menakjubkan ini!

Melihat kepada Azza's blog, Kak Hida pun dapat peluang melihat seekor helang menyambar ikan di permukaan air di tengah bandar Kuantan. Indahnya saat itu...
( Kukira seorang blogger dapat merakamkannya secara live..dalam video! Jealous aku)

Aku kagum melihat burung burung berterbangan lepas bebas di angkasa. Si camar terbang berkawan kawan. Si helang terbang menyendiri..gagah membelah angkasa.

Tetapi tiba tiba aku rasa sayu..dalam pada itu ada juga mereka yang mengurung burung burng yang cantik ini di dalam kurungan yang tak sepatutnya. Di kurung dalam sangkar kecil hingga mereka tak berdaya untuk terbang lagi hanya sekadar untuk mendengar nyanyian burung burung ini. Bukankah burung burung ini berhak mendapat kebebasan. Bayangkan burung burung yang tidak bersalah dan berdosa ini dikurung tanpa bicara sekadar untuk menghiburkan kita..Di mana belas kasihan kita pada makhluk kecil ini?

Bayangkan juga kiranya kita dikurung tanpa sebab atau perbicaraan..tidak tahu apa kesalahan..
DIKURUNG SEPERTIMANA MAKHLUK ALLAH YANG MERINTIH INI!

Bukankah itu zalim namanya??

Saturday, December 27, 2008

Melihat kepulan awan itu..

Salam,
...dan dari nikmat tuhan kamu, yang manakah yang kamu dustakan??
Indah kepulan awan itu..
Putih kelabu bercampur
Tompok tompok menghiasi langit biru
bersama sinaran mentari yang memancar
menemaniku sepanjang perjalanan..
Destinasiku..
Yang dialiri air Sungai Pahang..
mendung di penghujung perjalanan

namun hatiku tetap ceria

dek kerana kutahu
titis titis itu adalah nikmat
nikmat dan hikmat dariNya
yang mendamaikan


tetapi apa balasanmu?
pada nikmat dan hikmat yang diberi?
gondolan dek kerakusan
yang tak beradab..



kuantan
27 Disember 2008