Monday, August 10, 2009

SESAT!!

Salam,

Sebenarnya bukan suami aku tak nak beri aku drive sendiri ke luar dari Bangi ni....tapi masalahnya almost SETIAP kali aku nak pergi sesuatu tempat secara bersendirian MESTI AKU SESAT....
merewang ke jalan lain dulu!

ha ha ha ha..

Yang hairannya pulak kalau aku yang jadi CO pilot dan suami aku yang bawak kereta, elok je aku bagi direction!
Dan JARANG SANGAT sesat!

Cerita bab SESAT ni, meh aku nak habag kat hangpa semua..

Hari Sabtu kelmarin belah petang..dalam pukul 3.30 pm, aku sms suami.
Minta izin nak pi Puchong Prima.
Nak ziarah kawan aku..
Dia sakit...Dah nak jadi OKU sepenuhnya dah..
Tangan kiri dah tak berfungsi..
Tangan kanan hanya 3 jari yang masih ada deria rasa.
kaki lak dah terketar ketar berjalan..
kalau duduk atas lantai, dah tak dak UPAYA nak bangun sendiri..
Kena penyakit MOTOR-SARAF/Muscle cam Allahyarham Mokhtar Dahari kena dulu.
Kesian...dia ni sebaya aku.
My roomate kat sekolah lama..

Suami aku kan tengah kursus..jadi aku bertekad nak pergi sendiri.
Aku dah biasa pergi rumah kawan aku ni tapi suami aku yang drive bawak.
Try call seorang dua kawan sekolah yang dok sekitar Bangi ni, depa tak angkat telefon..jadi aku pi la sorang sorang..

Suami aku dah habag kat aku suruh GOOGLE dulu address kawan aku tu sebelum pi!
Aku google tapi lambat sangat BEROK BAND aku ni nak tunjuk peta dia maka aku visualize semula jalan jalan yang biasa dilalui dalam kepala otak jerr..
Addressnya aku tau.
Lokasinya pun aku tau!

Apa yang tergambar dalam kepala aku ialah mesti kena lalu jalan depan MASJID BESAG kat Puchong PERDANA tu untuk sampai ke Puchong Prima!

Maka bertolak la aku ke Puchong Prima ( walaupun dalam debaran.. takut sesat)
Aku ambil LDP dari Bangi ni.

Bila sampai lepas tol masuk kawasan PUCHONG tu mola la gabrah aku datang.
ha ha ha..

Mana nak tengok jalan lagi.
Mana nak tengok kenderaan..
motor, kereta, lori..dok bersimpang siur...
wang weng wang weng..

Lepas tu aku nampak tulis Kg Puchong Perdana...Taman tasik Prima...
SHIIIooookkk..terus masuk kiri!!

ha ha ha

Taman Tasik Prima adalah BERBEZA dengan PUCHONG PRIMA..wahai ASHLEY!!
Pastu aku tengok belah kanan ada TASIK..terus depan lagi tak nampak gaya ada MASJID PUN.
Perumahan BARU Taman Tasik Prima!
SAH!! Aku sesat..he he he. kena U turn..

masuk balik LDP..
tetengok... tu dia sign board punya besag tulis PUCHONG PERDANA kat traffic light!
chissss..aku terlupa betoi PASAI TRAFFIC LIGHT NIH!!
.......maka bila masuk ke kiri sampai lah juga aku kat rumah kawan aku tuuuu..
Alhamdulillah!

Lokasi Taman Puchong Prima bersebelahan ngan Tasik juga tapi lokasi TASIK mesti di sebelah kirinya!!

hai.... TASIK TASIK..

Gamaknya kalau aku nak jumpa Tasek Merah mahu aku TAWAF keliling taman TASEK UTAMA 7 kali baru nak jumpa dia KUTTT...
ha ha ha ha ha

sekian

14 comments:

Insyirah said...

Hehehe. Kelakar la Kak Ashley ni. Puchong tu senang je. Puchong Prima tu memang dah dekat sgt dgn saya. Taman Tasik Prima tu ada tasik, Puchong Perdana pun ada tasik. Jgn konpius. Sebenarnya dari Taman Tasik Prima tu pun dah bleh tembus terus ke Puchong Perdana, tak perlu keluar semula ke main road. Hehehe, tak apa...sebab saya pun jenis selalu SESAT. Tapi kebiasaannya KL je kantoi.

DrSam said...

alhamdulillah... kembali kepangkal jalan akhirnya.

memang nama perumahan lebih kurang sama kat KL/selangor. semua nak taruk kat hujung prima le...sunway le...perdana le...

Nizam.Ariff said...

Jalan yang selamat adalah jalan yang lurus... kata ustad...

ashley said...

Insyirah,
nanti boleh le belanja belanja akak kat gerai gerai sebelum Puchong Prima tu..Tengok cam banyak jer tempat makan!

Dr Sam,
RRI je tetap SATU!..tak dak lain dah..so senang je nak terjah sana..KUT KUT tak sesat!

Nizam..
kalau aku jalan teruiiiiih...mau sampai ke DAMANSARA!

kakpah said...

Sebab tu aku tak penah keluar bangi sengsorang....
penakut sesat..

ashley said...

Kakpah,
saya kena keluor juga kenkadang..
suami tak boleh nak teman sepanjang masa..
anak anak pulak kecik lagi..
kut jadi peneman pun, macam sensorang jugak laaa..

Nizam.Ariff said...

Damansara... laaagiiii SESAT dibuatnya.. HAHAHAA

ashley said...

NIZAM,
mahu nanges wa wa wa tepi jalan...

umi_e said...

kita sama lah eekkkkk

* kak e ni - Kajang pun tak berani nak gi :P - drive kat sekitar BBBangi je :D

kak ina kl said...

salam...akak pun sesat masa nak cari jalan taman medan..dari seri kembangan...masuk puchung...alih-alih keluar kat petaling jaya...

lawa gambar masa kecik...klu di warnakan barulah nampak glamour baju tu..

kucingorengemok said...

jogging la 2-3 round keliling tasik tu, insyallah cepat dpt petunjuk, haha

tasikmerah said...

jalan2 di tasik utama mmg menyesatkan. jalan no 3 kalau kau terusssssss.... nnti kau aku jumpa terus jalan 30-berapa-ntah. mcm bangang kan? hahaha...

:p

kak, kalau nk dtg sila talipon ok.



.

ashley said...

Kak Umi-e,
saya AT LEAST pernah drive bawa anak anak balik kampung juga laaa..
TAPI sebelum tu TERSESAT juga.
Nak ke tol jalan DUTA dah..tapi terrrrrewang masuk jalan menghala MASJID WILAYAH!!
ha ha ha

kak Ina,
..taman Medan tu bukan PJ punya area juga ka??
ha ha ha..
macam le saya tahu..
biasa la pergi tapi SUAMI yang drivekan..
err..zaman dulu pilem itam putih!

ashley said...

KOG,
aku rasa cam tu juga la..
kalau agak agak tak jumpa..aku rehat rehat kat Taman Buaya!

TM,
rasanya buat masa sekarang idak lagi lerr..
tapi entah la..
kut anak merenget nak kan apa apa..
mahu juga ke Melaka tu.