Thursday, August 20, 2009

Bukan kupinta untuk jadi the BIONIC woman!

Salam,

Petang semalam, sekira kiranya selepas waktu Asar, aku ke dapur untuk melihat lihat apa yang aku boleh buat di dapur tu.
Tiba tiba aku dapati pintu dapur berkunci. Kuncinya yang selalu aku letak di suatu tempat juga tiada.

"Huda, mana kunci pintu dapur?" aku tanya si Huda yang sedang menonton TV bersama Muhammad.

"Tu..kat tangan Muhammad tu." kata Huda.

Sambil membebel marahkan Muhammad kerana memandai ambil kunci itu dari tempat selalu, aku pun masuk ke dapur. Mawaddah mengekori aku sambil merengek rengek nak kan susu.

"Waddah campak mana botol Waddah?" aku tanya anak kecil berusia dua tahun itu.
"Kalau letak merata rata, Ummi tak nak cari..cepat mana botol Waddah?" aku bebel lagi kat Waddah lalu keluar dari ruang dapur.
Mata aku membelingas ke sana ke mari mencari botol susu yang selalu dicampak merata rata sebaik habis minum susu.

"Kan Ummi kata jangan campak botol. Letak kat meja, kalau dah habis minum!"

KETAPPPP!! Tangan aku menekan kunci tombol pintu dapur...

Aku jumpa botol Waddah bawah tempat letak TV..
HISHHH budak nih..

"Ummi, nak susu gak" kata Muhammad pulak.

"Okay.."

Aku nak ke dapur...TAPI..KUNCINYA!! Mana kunci PINTU DAPUR NIH???

AAAAHHHHHHHHHH...
DAANGGGGG!!
DAAAANNNGGG!!

Bagus lah engkooooo!!
SAPA SURUH KO TINGGALKAN KAT DALAM DAPUR TUHHH!!

Aku rasa seperti semangat aku hilang..Luntur di tiup sang bayu..
....................................................................................................

THINK! THINK! THINK! ASTAGHFIRULLAHHHH..

....tetiba saja aku rasa macam nak minum PATI AYAM BRAND's..
ha ha ha....

Dan dan tu aku teringat Wan Lukman. Aku rasa nak tanya dia pasal MASTER key.
Tapi apahal pula aku nak call dia tanya MASTER key?

ye laaa....dia kan ada IDEA IDEA tentang keselamatan ni?

*****smile*****
.......................................................................................

Aku terus siap siap.
Nak cari TOK TUKANG KUNCI!
Pergi Billion.
Hah..apek buat kunci tu tak de pulak.
Tunggu....dekat 10 minit.

Apek sampai.
Aku tanya : Tokey, saya punya pintu dapur terLOCK. Kunci ada dalam. Lu boleh bikin kasi buka pintu?

Apek : Wa boleh tulong adik kasi pintu itu buka...tapi ini jam sudah lebih pukul lima kasi tambah charge sikit aahhh. Selalu OUT servis charge RM50. lepas jam 5 tambah RM10. RM10 luit minyak. Semua jadi rm70.

Aku : Lu kasi pecah itu kunci ka hapa?

Apek : Wa talak pecah itu kunci..Wa dengar. Kasi itu macam MCgyver..Kunci talak losak.Pintu pun okayyy..

DAAAANNNGGG...
( Aku syak sure dia akan guna MASTER KEY PUNYA!!! McGYVER KUNUN....)

Aku : Talak boleh kulang ka..kasi semua RM50 linggit sahaja ( hey..lima puluh tu dah BANYAK tau..kalau setakat bawak MASTER KEY pergi buka pintu tu, aku pun boleh!!! Tinggal lagi, aku TAK DAK itu MASTER KEY)

Apek : wa...ini sulah persatuan bikin looo. ( sambil dia tunjuk senarai harga yang ditetapkan oleh persatuan PEMBUAT KUNCI...)

Aku : ( DANNNNGGG....dah agak agak MENYUMPAH juga dalam hati!!) talak apa la kalau macam tu. Saya kasi pecah la sendiri! ( Aku pun selalu juga buat menda ni..Ni bukanlah kejadian kali pertama)

..........................................................................................

Aku merayap ke kawasan berhampiran station minyak SHELL di fasa 1. Harga lebih kurang sama cuma cara kerjanya lain sikit.Di sini dia beritahu, keluar servis RM 30. Buat kerja pecah kunci RM20. Tambah harga lock baru lebih kurang RM 18-RM24..maka sama je lahhhh.
Kedai tutup pukul 7pm. Jam dah dekat 6.15 pm...

Allahhhhh..Anak anak yang sekolah petang dekat nak balik pula. Sure lapar dan dahaga.
Itu tak termasuk Waddah dan Muhammad yang masih tak dibancuh susu mereka tadi.

............................................................................................
THINK! THINK! THINK!
SubhanaALLAH..
Mudah kan lah aku..( susah baru ingat ALLAH kan?)

Apa apa pun beli makanan sikit..untuk bebudak alas perut.
.
.
.
Balik.
Aku pergi belakang. Tengok dari tingkap dapur.
Eeeee...geram!!!
Nampak kunci (yang ada TIGA TIGA) tu betul betul kat tepi THERMOPOT air panas.

Tapi jarak antara tingkap dan THERMOPOT ialah kurang lebih 12 kaki.
DANG!
...............................................................................................
Pintu dapur belakang??
Jangan harap.
.
.
.
.
Aku ada tiga pilihan.
SAMADA:-
1) Aku teruskan hasrat untuk pecahkan kunci tu.
atau
2)masuk ke dapur melalui BILIK AIR yang ada tingkap terbina bersama galang besi. ( dapur aku ditambah belakangnya jadi bilik air berada di tengah tengah)
atau
3) aku tunggu je suami aku balik..sesambil rehat rehat.

"UMIIIII!!!.ADAH lapar le...Ada apa apa nak dimakan?"

Aku TERPAKSA ambil risiko no 2.
..................................................................................................

1. Mula mula telefon CIK ABANG dengan suara cam nak nanges.
" Abaannng, pintu dapur terkunci. Kunci lak kat dapur..."
"Tak per laa..Try la pecah kan kunci tu. Kalau tak boleh tunggu abang balik!"

Pukul berapa tu? 9 PM...hmmmm tak leh jadi.

2.Aku terus TUIL TUIL..ha ha ha ha..lekang satu kayu.
3. Keluarkan kepingan kaca. Satu satu.
4. Galang besi?????
he he he...

DIK
DIK
DIKKKK..
aku KELUARKAN TENAGA BIONIC WOMAN aKU...
HA HA HA HA HA...
(dengan sebelah tangan ROBOTIC ku ini!!!..sila abaikan ye)

5. Okay siapa nak masuk rancangan BOLOS???... ADAH!!..goood.
6. Bolos..sila buka pintu dapur..

MISSION ACCOMPLISHED!!! BRAVOOOO!!
Hantar kat abang gambar.

Abang macam nak tergelak. Macam macam hal bini aku niiii..

......the damage????..
lantak le besi tu VENKUK sekali pun. Janji boleh masukkan cermin semula dan tak de pula sesapa nak NGINTAI!!

.........................................................................................

Malamnya aku rasa POWER BIONIC AKU ada getaran dan gangguan. Mungkin IGNITION COIL nya kena diservis juga kuttt..

"ABANG, ada minyak AFIAT tak?'

he he he..

*** moral of the story: Jangan PECAH RUMAH sesapa. Harap maklum.

sekian.

18 comments:

siti_m said...

sesekali bila perlu kena guna jugak power bionic tue. tak sangka sampai bengkok besi tue power betol la. minum power root ke???
Selamat menyambut bulan Ramadhan

ashley said...

....eh percaya ke saya guna tangan?
sila padamkan kepercayaan itu!

Gurindam Jiwa said...

Dari dalam rumah nak ke dapur pun ada kunci ke pintunya? Untuk apa ye? Takut ada puasa yang yok ke?

Rumah murah saya ni pun dulu ada pintu dapurnya yang berkunci jugak. Saya buang terus pintu tu, tapi saya simpan kuncinye untuk spare kalau kunci lain rosak.

Lepas tu ada le kunci lain rosak, malas lak nak repair. Sebab masih boleh kunci grill, he he...

ashley said...

Anak kecik berdua ni lasak..
suka memunggah pinggan mangkuk, suka punggah peti sejuk..
.
.
.
macm macam kat dapur tu yang mereka kerjakan!

Gurindam Jiwa said...

Oooh, ibu mertua saya pernah pasang rantai berkunci pada pintu peti sejuknya, kerana seorang cucu yang tinggal bersamanya tu...

Insyirah said...

Saya duk fikir, apa lah yg akak guna sampai bengkok galang besi tu.

Tijah said...

kalu umah aku tingkap pecah aku tau la sapa buat tu kak. heheh

DrSam said...

saya percaya aura bionik tu masih ada sehingga saat menulis entri ini - lenguh mulut saya terkumat-kumit membacanya :)

kakpah said...

Len kali kalau ada kecemasan kat tadika panggil kau je lah. tak payah panggil wak muji lagi dah..

tasikmerah said...

kak, ko mintak minyak afiat ke ais krim vanilla?

kikikiki...

:P


.

kucingorengemok said...

bionic woman tu mcm ppuan biasa je, tak syok... wonder woman la kak, shexxyyy skit ;)

ashley said...

Insyirah,
aku guna POWER tenung..
aku tenunggggg jer..
pastu dia bengkok sendiri!
he he he he..
sila jangan terkejut.

Tijah,
aku nyorok kat belakang tabir!!

ashley said...

Dr Sam,
kumat kamit juga mulut saya waktu tu..
BACA doa!!

Kak pah..
HO HO HO..kesian lak Wak Muji tu kakpah. Nanti tak do korja pulak dia nanti.

ashley said...

TM,
ooooopppssss..oooppppsss..
la la la la..
cam tak faham le..
apa kaitan minyak afiat ngan vanilla krim?

KOG,
tu la pasal..kalau aku jadi catwoman ke kan? mesti PERASAN lawa...
tapi catwoman tak bionic..
dia ada nine lives jerr..

Nizam.Ariff said...

Laen kali pakai le kad mesra atau kat kredit terpakai, jolok dia punya penyelak...

hehehe

ashley said...

Nizam,
trick tu trick lama...aku pun agak tahu juga cara tu tapi tak boleh diguna pakai dengan pintu aku tu..

lukmanw@gmail.com said...

He, he, he

Ada posting saya 2, 3 tahun lepas - bilik air di rumah mesti yang boleh buka dari luar pintunya (seperti pintu bilik air di wad pesakit hospital).

Mak saya minggu lepas terpaksa pecah (tendang pintu) bilik air sbb bapa saya tak boleh bangun dari mangkuk tandas itu.

Saya memang tak tukar kunci bilik air rumah mak saya itu kpd jenis yg boleh buka dari luar sbb pintu plastik itu mudah dibuka secara kekerasan oleh sesiapapun.

Lukmanw
http://oshthejourney.blogspot.com/

Utk keselamatan kanak-kanak, almari lauk atau almari pinggan mangkuk yang perlu dikunci (ada kunci khas) dan bukannya dapur cik kak ooi!

ashley said...

Lukman,
Macamana nak buat kalau
1)Anak suka punggah pinggan mangkuk.
2)Anak suka petik dapur gas.
3)Anak suka main air paip kat sinki dapur. Buka dan tak tutup balik air paip..
4)Anak suka punggah IKAN IKAN dan ayam dan apa apa jua dalam peti sejuk. Buka dan tak tutup balik pintunya..kemudian dia buka pintu peti sejuk serta baring di hadapannya.
5)Anak aku yang LELAKI seorang tu sangat suka memasukkan seluar bajunya dan memetik suis mesin basuh kain..MEMANDAI MANDAI basuh seluar bajunya walaupun yang dimasukkannya itu hanya baju dan seluarnya sahaja...(dia baru berumur 3 tahun ye..dan ini sangat tidak berpadanan dengan umurnya)
6)Yang sikenit perempuan itu suka MEMUNGGAH tong beras..diangkutnya beras dan ditaburkannya ke luar rumah..BAGI BURUNG makan..atau menaburnya di dalam rumah juga.
7) Segala barang di rumah terpaksa di letak di atas.

BUDAK MUHAMMAD ini akalnya cukup panjang. Dia melihat dan meniru kerja kita.
Kadang kadang dia ambik pisau dan memotong sendiri buah buah macam kita buat.
PISAU yang tajam dia buat macam tak de menda....
Terlalu banyak aktiviti yang budak berdua ini boleh mereka buat di dapur tu...
Kadang kadang kita tak menjangka yang mereka boleh merekacipta kerja kerja itu...

Walaupun aku dah ada 7 orang anak sebelum mereka tapi aku rasa budak berdua ni PALING PALING KREATIF sekali dalam MEMBERI KERJA EXTRA pada aku!!

MUHAMMAD, pemangkin kerja PENUH KREATIVITI!!
ha ha ha..