Tuesday, June 30, 2009

Sessi MENGGELIAT...errr..lidah!

Salam,




Dulu dulu ada tak cikgu Bahasa Inggeris hangpa TOCER suruh baca poem cam ni?


"Peter Piper picked a peck of pickled peppers.

If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
how many pickled peppers did Peter Piper pick?"

Amacam?
Rasa macam dah dok kat obersi kan?

Tak pon rasa cam tertelan cabai ceruk ....


*sebab kena tegur ngan PUAN PENGETUA......typo......wat I min, CABAI JERUK


ha ha ha..

agak agak kalau aku TOCER bebudak suruh hafal POEM ni pulak,
berbaloi tak tenaga aku?

ngeh ngeh ngeh..

Monday, June 29, 2009

Hebat!!

Salam,

Sebenarnya dua minggu lepas aku pergi Putrajaya. Saja la..Ada anak kawan suami aku kenduri. Isteri dia attach ngan GOMEN. Anak yang kahwin ni anak kedua pasangan suami isteri tu.

Hmmmm....dah besag dah anak depa nu.
Lama dah suami aku kenai Pak depa.

Semenjak kami anak dua lagi.
Aku pun dah kenai ngan isteri dia semenjak kami dok Wangsa Maju lagi.


Ish..lama sungguh.

Ini kenduri pertama ..walaupun anak sulong depa tak bernikah lagi. Dia baru saja habis buat MASTER dia. Mungkin tahun depan kenduri anak yang sulong pulak.


Kenduri buat kat dewan..di Putrajaya ni.
Tapi yang lawaknya JENUH JUGA MELILAU CARI BANGUNAN yang betul!! ha ha ha..

Dah la pergi lambat! 3.30 pm baru nak sampai! Orang pun tak dak dah..

Dewan dah KELEAR!

Bagus juga..boleh kami PULUN MAKAN.



Tumpang dah sampai Putrajaya ni, biagla aku snap satu dua gambar bangunan kan..

he he he..


bagus architects ngan engineer yang buat bangunan semua ni
hebat hebat design depa!


Fulus yang keluag pun mesti HEBAT gak kan?!



Weiii..aku tak dengki khianat hangpa nak buat bangunan yang hebat hebat cam ni...

Buat la...


AT LEAST HANGPA ADA KHERJA GAK KAN???

he he he
Malah aku tumpang bangga!

Tapi aku nak habark mai la..

Hangpa kerja elok elok. Design bangunan hebat habat..cantik cantik..
make sure la bangunan ni boleh tahan 50atau 100 tahun akan datang..

Jangan masuk dua tiga tahun...



BRUUUUUUPPP.....ghanap tak tentu pasai..


weiiiii malu aaa kan?


Bukan apa..
FIRAUN YANG BUAT PIRAMID PUN,
DOK TERSERGAM LAGI PIRAMID DIA!!!

Apa barang..

dua tiga tahun bangunan naik

tup tup
runtuh sana
runtuh sini!
KAN?




Sunday, June 28, 2009

DOUBLE DARE!!

Salam,

Dulu dulu aku suka juga tengok rancangan kanak kanak 'DOUBLE DARE' tu.
Ala..waktu kat US ada tayang. Kat Malaysia pun ada tayang.

Hah!

Aku nak 'dare' kengkawan yang suka sangat nak maintain ke 'MACHO'an badan depa..

Ha ha ha..ooooo amacam?

WALL CLIMBING.

ala..badan korang akan jadi ketul ketul mengalahkan Jehan Tak Miskin ataupun masa zaman aku dulu Al-Malek B Noor!

Hmmm..kat Taman Tasik Cempaka, BBBangi ada juga Climbing Wall ni tau!..
Aku 'dare' korang panjat wall ni!
hua hua hua hua haa..

Climbing Wall ni boleh main AUUUUM CHAK jugak tau!


SEBAB DIA ADA LUBANGGGG!!
peee ...keeeerrrr...booooo



Pastu..meh aku bawa korang bersiar siar kat belakang nye pulak..
ha ha ha..
amacam?

AKU "DOUBLE DARE" KORANG!



ARE YOU DARING ENOUGH?!
PSTTTTT..

BUKAN SENANGKAN NAK MAINTAIN?!!

WHAT I MEAN NAK MAINTAIN BADAN...




BUKAN NAK MAINTAIN JAWATAN!


sekian.







Jom pekena nasi lemak sat..

Salam,

Aku tau...ye.. aku tau..
Aku memang pemalas sebenarnya nak main masak masak ni.
Bila pepagi jer, aku asyik ke kedai. Macam kedai makan tu mak bapak aku punya.

Senang..
Aku pergi ngan suami. Makan bihun ke..makan nasi lemak ke. Makan lontong ke. Makan soto ke.

Nak kata masak sendiri?
PEPAGI?..
Hmmmmmmm... IN YOUR DREAMMMMMM....

Tapi entah mimpi apa aku malam tadi..
dalam kerenyaian hujan malam tadi..
tetiba bangun tidur jer aku dapat satu idea untuk mensurprisekan semua orang.
Aku kata AKU NAK MASAK NASI LEMAK PAGI NI..

(errrr sebenarnya tak de le aku rajin nak masak pukul 5 atau 6 pagi! Dah pukul 8 lebih sebenarnya..ha ha ha)


amacam? nasi lemak aku nampak cam terliur tak?

1) ada sambal udang ngan petai

2) ada telur rebus

3) ada timun

4) ada ikan bilis goreng...

Sekira kiranya dah cukup sifat le juga nasi lemak aku ni...

Jom..aku ajar sesiapa yang nak tahu cara cara buat nasi lemak. MY STYLE!!

Macam biasa..Kena masak Nasi la dulu.
Nasi lemak : 4 cawan beras
1 biji santan kelapa
1 kuntum bunga lawang ( kalau tak kenai bunga lawang pergi TM nya blog)
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga ( tak kenai buah pelaga?..meh aku lagakan pala korang)
1 keping?ketul? kerat? kulit kayu manis
2 helai daun pandan ( diikat cam reben..ha ha ha)
sedikit halba ( aku suka boh halba dalam nasi lemak aku..walaupun orang kata cam nasi dagang le pulak)
garam secubit BUKAN segenggam ye!
Caranya :
Beras dibersihkan elok elok. Ukur airnya. Masuk santan..Agak agak le yek..Ukuran macam masak nasi biasa cuma dicampur santan. Lepas tu campak segala bahan yang lelain tu kedalam periuk sekali ngan beras. Ini masak dalam periuk KARAN jadi tak susah hati nak hangit!



Godaan UDANG MASAK TUMIS LAK...dengan PETAI!!
alaaaa..sempoi beebb.
Bahan : Udang - suka hatilah kan banyak mana. Cekau je le kat market tu.
Cabai kering barang 10 biji. direndam dalam air panas.
Bawang besor barang 2 ketul.
Kicap sikit.
Gula sikit.
Belacan.
Air asam JAWA..
Garam secukupnya.
Petai agak le barang 10 mata. Minyak untuk menumis.
Cara nak buat :
Kisar cabai kering yang dah dibuat biji bersama ngan bawang besor dan belacan.
Tumis bahan kisar sampai cantik berkilat dan keluar aromanya. Masukkan sikit kicap. Kemudian masuk udang. Kacau..Udang dah agak masak.. masukkan gula, garam dan air asam JAWA.
Dan akhirnya masukkan petai dan bawang besor yang dipotong bulat...
SONANG EHHH!
Untuk menjimatkan masa, sambil buat sambal udang ni juga..anda eloklah merebus telur barang 5 atau 6 biji sesuai dengan keperluan sajian anda..
he he he.
Jangan lupa eh..Dah direbus masak telur tu, terus masukkan dalam air sejuk untuk CANTIKKAN telur. Tak lah ia LOBAM MACAM bijik mato kono TUMBUK!
ITU TIPS TU..
Jangan LUPO!
Pastu gorenglah ikan bilis TERPILIH yang telah dibeli dari PULAU PANGKOR. Ikan BILIS lain TAK SODAP! Yang dari PANGKOR juga yang THE BEST!! ambik yang dah dibuang segala taik dan kepalanya...kalau ada ikan sepat kering pun, sedap juga makan ngan nasi lemak ni.
he he he..
PROMOTE NEGERI SENDIRI LAH KAN...
Kupas timun dan hirislah sesuka hati korang sebagai ulam ulamannya..
Aku malas nak rebus kangkung tau!
amacam...nak cuba? silakan...
Ini adalah hidangan BRUNCH (breakfast dengan lunch) sebab dihidangkan around jam 9.30 am.
Baru TERBUKA bijik mata anak anak aku yang sedap berlengkau lagi tu..
sekian.


Friday, June 26, 2009

Uwan Farah dan Pak Mikey

Salam,

Mati adalah pasti.
Bila?
Bila bila boleh..
jangan kata lagi lima tahun.
jangan kata lagi sepuluh tahun.
Jangan kata bila dah tuo..

sebab

orang yang sihat pun, boleh tiba tiba jadi sakit dan mati.
orang yang muda pun, bila bilaboleh dijemput BALIK!!

malam tadi dua orang manusia yang GLEMER dalam dunia telah balik jumpa PENCIPTA!

1) Farah Fawcett-Major :-
Dia ni, kanak kanak riang zaman sekarang mungkin tak kenal, tapi kanak kanak dan remaja zaman 70 an, rasa rasanya ramai yang kenal. Mana tidaknya..'Uwan' ni, zaman mudanya cukup seksi..Berlakon dalam Charlie's Angels. Melakonkan salah satu ANGEL tu..hmm..Suami dia dulu pula si Lee majors. Siapa Lee Majors? Alaaaa..yang jadi 'Steve' dalam SIX-MILLION dollar man tu !.Cerita satu taraf dengan The Bionic Woman!
Hanya mereka yang retro saja YANG MUNGKIN FAHAM apa yang sedang aku cakapkan ini..

Farah mati akibat cancer. (..sebab musabab jer tu)

2) Pak Mikey :-
hmmmm tak yah cerita lah..
Tok ketua kampung ulu pun kenai!

' I'm bad..I'bad..I'm bad...' tu lagu dia tuu...

Kalau Tok ketua kampung ulu tak kenai, aku rasa samada Tok ketua tu pekak, tuli dan buta atau Tok ketua tu memang WARAQUN habis!

errrr..nak kata apa tah kalau orang kafir mati?
kalau orang Islam tu boleh le sedekahkan fatihah.

hmmmm..Eh, Mikey ni MUSLIM ke atau tak?
confius dah aku ni..

( pak Miky mati sebab heart attack..)

sekian

Hujan hari Jumaat..

Salam,

Sebenarya kalau hujan selebat tengahari ni berlaku malam tadi memang elok ditadahkan airnya. Air hujan malam Jumaat bagus untuk dijadikan air untuk tujuan perubatan. Nak dibacakan doa penerang hati ke. Nak dibacakan doa selusuh bagi mereka yang nak bersalin ke. Atau nak dibacakan apa apa doa bagi penyakit lain juga. Air hujan malam Jumaat ialah alternatif kepada air zam zam. Air zam zam adalah yang terbaik.

Tapi malam tadi tak hujan.. Hujan turun lebat ialah pada kira kira pukul 11.30 pagi ni. Elok time aku nak balik dari sekolah. Lebat sungguh sampai menangis seorang anak murid aku ni. Dia memang takut hujan...kilat..apatah lagi kalau guruh.

Pun begitu tengahari ni hujan turun tanpa guruh dan kilat. Cuma angin bertiup agak kencang sedikit. Maka nampak macam hebat dan lebat hujan ini.

Kalau hujan hujan begini nampak memang sukar untuk balik terutama kalau kena menghantar beberapa orang anak murid ni. Berpayung masuk kereta pun akan berakhir dengan basah kuyup. Aku lah tu..
Tempias disebabkan angin kencang itu maka aku lencun, kuyup.
BELENGAIH!!..serabai habis..
.
.
.
.
.
.
.
Tapi dalam diam diam sebenarnya aku suka juga.
Macam kanak kanak riang main hujan..
yeaaaaahhhh..

sekian

Thursday, June 25, 2009

Tok..

Salam,

Tok mertua aku buta huruf.

Aku pernah tanya dia, " Kenapa tok tak tahu baca? Tok tak pergi sekolah ke?"

Tok mertua aku jawab," Tok pernah pergi sekolah. Tapi belajar setakat kenal huruf A sampai E saja."

Lima huruf sahaja. Lepas tu berhenti.

Aku tanya, "Kenapa Tok berhenti?"

Tok mertua aku jawab, " Sebab ayah Tok tak nak sekolahkan Tok lagi"

Aku tanya," Kenapa pulak?"

Tok mertua aku jawab, " ...sebab tak nak anak dara dia pandai tulis surat cinta!"

Aku terkedu.

Waktu Tok mertua tinggal sekejap dengan aku dulu, selalu dia datang tengok Al-Quran yang aku baca.

Aku kata kat dia," Tok tak tau baca pun, kalau tengok ayat ayat Al-Quran tu pun dapat pahala"

Lepas tu aku selalu tengok Tok belek belek Juz Amma (dulu dulu aku pangge jaha ma). Walaupun Tok tak kenal huruf..tapi Tok baca juga.
Tok hafal surah surah lazim tu sebenarnya.

Sayang kat Tok..sama umur ngan arwah mak DIDIK aku.
Dan sama sama buta huruf.
Cuma aku tak tahu sebab musabab mak DIDIK aku tu buta huruf.
Tak sempat aku menanya..

Mungkin kemiskinan..
MUNGKIN juga TIDAK.

wallahualam

sekian

Penjual kerepek..

Salam,

Empat belas tahun lalu. Kami kemas kemas halaman rumah baru.
Cangkul rumput liar. Harapan nak masuk rumah.
Pada minggu berikutnya.

Bila penat, aku ke sebelah.
Tegur jiran sebelah.
Pensyarah UKM.
Sembang sembang sekejap.

Datang penjual kerepek.. tanya nak beli kerepek ke..

Jiran aku geleng geleng kepala.
Kami sambung sembang. Kenal kenal..
dan aku masih di rumah sebelah.

Sekali aku dengar penjual kerepek tanya suami aku,

" Adik, mak ada kat dalam?"

Aku heran..

Suami aku kata, " Tak ada!"

TERUS SUAMI AKU YANG MASUK KE DALAM...

Tetiba jer aku baru terfikir:-
Apasal soalan itu yang ditanya oleh penjual kerepek.


Baru aku terkekek kekek.
Ketawa sorang sorang!!

Hmmm... ada ada saja.

sekian

Cam belia....

Salam,

Aku dan suami bersiar siar kat Taman Tasik Perdana. Lama dulu..memang dah lama. Hampir 19 tahun yang lalu. Masa tu aku pakai baju maxi. Labuh. Besar..Sebab perut aku pun dah besar. Sarat sangat. Kami jalan jalan. Tambahan bila dah dekat dekat nak bersalin. Elok exercise kalau dah dekat tarikh bersalin. Nak nak pula kalau anak pertama.

Aku jalan jalan tepi tasik. Tengok orang sana sini. Ada yang jogging. Ada yang exercise. Ada yang duduk duduk. Dua duaan pun ada.

Sekali orang lalu lalang tengok husband ngan aku.


Seorang kakak beranak dua tegur, " Adik, kakak adik tu tak yah le jalan jalan sangat kat pokok kayu tu..banyak akar..Nanti jatuh!"

Aku beralih kiri kanan.

Kakak tu cakap kat HUSBAND aku rupanya..
.
.
.
.
.
.
.
CISSS!!

sekian

Wednesday, June 24, 2009

Orang kaya....

Salam,


Seronok kan kalau jadi kaya..
Boleh tidur atas duit..

Jadikan duit macam bantal.
Boleh jadikan duit cam tissue jugak.
Untuk lap lap misai, kalau basah.
ha ha ha..



Hari ni, seorang bapa pulangkan duit sebelas ringgit pada cikgu.
Bapa ni kata seorang rakan anaknya bernama F telah berikan duit itu kepada anaknya.
Hmm..


Budak F niiii..


Hari tu kami nampak seorang rakannya bermain main dengan duit RM50.
Kami tanya siapa punya duit tu..

F juga!!


Jadi hari ini aku buat siasatan.
Bila F datangnya, aku terus check beg dia. Belek poket beg.
Geledah beg dia yang banyak compartment tu.

Ada bekal. Bagus..
Ada botol air..biasa..


Hmmm ada TABUNG??
Okay..Jom buka tabungnya.


ADA DUA RATUS SEPULUH RINGGIT!!!
MAK AAIIIII..BUDAK NI!


KOREK KOREK LAGI..
ada dompet cop gambar otroman..KOSONG..
tak per..
ada dabai..cop BEN TEN..ada duit ENAM PULUH SATU HINGGIT..


Nak buat apa duit duit ni dibawak ke sekolah?
11 + 210 + 61 = 282.


Terus telefon mak budak ni.
Hmm..
mak dia tak tahu menahu yang dia ada bawa tabung berisi duit duit tu..
Mak dia syak dia ambik dari dompet ayahnya..

Hmmm..

AYAH..duit manyak sangat ke? Hampir tiga ratus lesap tak sedar??
Tsk..tsk..tsk..

ORANG BANGI NI MEMANG KAYA KAYA ...
KUTTTTTT!!!

sekian

Tuesday, June 23, 2009

Pantun Hari Selasa..

Salam,

Bunga Melor bunga Melati,
Disunting oleh dara jelita,
..........................................,
............................................


Dayung sampan mudik ke kuala,
Singgah di jeti menegur Si Perkasa,
........................................................,
.......................................................



Hmmmm...aku terputus idea ahhh..
Sampai nak buat pantun pun tak leh nak reka!
MEMANG KENA MAKAN KACANG HIJO NI..
KASI CAMBAH SIKIT..

Sunday, June 21, 2009

Tribute...untuk Pak pak..

Salam,

Arwah Pak Long : Nama sebenarnya Abdul Rahman. Ya Allah, Rahmatilah Pak Longku di alam sana.. Dia pernah berbuat baik kepadaku. Dia adalah penghibur kepada diri ini semasa aku masih kecil. Dia adalah seorang bapa saudara yang baik. Lemah lembut dan sering bergurau denganku...I will always remember the good time we had together..Limpahkan RahmanMu dan RahimMu ke atas Pak Longku ini..amiin..


Arwah Pak Lang : Nama sebenarnya Abdullah. He was a good man. His smiling face will always be remembered. Sewaktu hari raya, aku selalu tidak sabar sabar menunggu bunyi vespa itu. Vespa biru Pak Lang. It was so nostalgic. Pak Lang adalah insan yang murah senyuman. Pak Lang akan bawa kami...kakak dan aku ronda naik vespanya pergi pekan Semanggol...bestnya ingat kasih sayang yang dicurahkan kepada kami sewaktu kecil oleh bapa saudara ini. Ya Allah, limpahkan kasih sayangmu kepada Pak Langku jua.

Arwah Abah ( Pak Njang): Nama sebenarnya Ahmad. Abah, bagiku, insan ini tiada penggantinya...Please Allah...Let him sleeps in PEACE!!

dan untuk Bapa Bapa yang baik di luar sana....semoga kebaikan kamu semua dibalas Allah dengan kebaikan.

Amiiinnn...

Do they really care or they just being snoopy?

Salam,

Mencikan kalau ada orang asyik sibuk bertanya hal kita..
Tanya soklan pulak macam tak tau jawapan..

"Errrr..manyak basuh baju nampak'"

Memang le banyak. Dah orang rumah ni pun sembilan orang. Kalau sorang pakai 1 helai baju dah 9 helai. Takkan nak pakai baju saja. Mestilah berseluar atau berkain. 2 darab 9 dah 18. Pastu kalau dah pakai baju ngan seluar mestilah pakai yang dalam dalamnya dan juga tudung tudungnya.. Jadi paling kurang ada 4 darab 9. Dah berapa dah tu..Pulak sehari suntuk takkan pakai baju yang sama dari celik mata hingga tidur waktu malam. Paling lekeh 3 pasang pakaian..Hah dah berapa dah ? Sila kira sendiri..

Kalau nak tanya pun, buat lah soklan cam gini..

"Banyak baju tu..boleh saya tolong sidai?"

Hah..kan ringan sikit beban kerja aku.
Uuuuukkk alahai.

sekian

Perjumpaan ngan Kengkawan..

Salam,

Tak lama lagi ada perjumpaan pelajar SMTSP ( Sek Men Tuanku Syed Putra ) Kangar, Perlis. Tempatnya di Hotel Singgahsana, PJ. Kira cam dinner cum perjumpaan Alumni. Semua ahli Alumni semenjak dari SPM/MCE 75 hinggalah SPM 2008 dijemput. Batch aku batch antara yang senior..sebabnya kalau anak aku seolah yang sama, dah boleh joint the ASPUTRA.

Jiran kat depan rumah aku ni pun senior sekolah aku juga. Dia batch dua tahun lebih senior. Aku tak sempat nak tanya dia samada nak joint makan malam tu atau tidak.

Masalahnya kadang kadang kengkawan ni nak jumpa geng batch depa je.. Kalau tak ada geng yang betui betui klik, depa tak mau pi. Tahun 2007 hari tu, dah buat di tempat yang sama. Tapi aku tak dapat pi..sedih betui..Ghamai kengkawan aku yang pi. Aku tak pi sebab baru seminggu bersalinkan si Mawaddah.
Tahun ni aku nak pi la..

Aku mula mula boleh dapat contact kengkawan ni pun semenjak depa buat yahoogroup. Dapat trace balik seorang demi seorang. Tu pun susah jugak nak contact kengkawan. Ada yang tak berapa nak mau jumpa dah..Ada yang dah dapat nombor lepas tu tukar no handphone baru, hilang balik. Ada yang bagi address email tapi tak pernah nak jengok mailbox lepas tu bounce.
Macam macam ada..

Cuma aku kagum jugak ngan KETUA KAMPUNG batch aku. Walaupun pelbagai karenah kengkawan yang satu batch ni, dia tetap rajin round rumah kawan. Singgah jengok sekejap pun jadi...

Memang segan betuiii la. Walhalnya kalau nak kata sibuk, dia antara orang yang boleh dikatakan sibuk sebabnya JADI DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN..
ehh..orang nak beranak mana boleh tunggu tunggu.

Tapi dalam pada sibuk sibuk kerja dia, dia pernah gak la mai jengok rumah aku ni. Dia bukan dok KL. NUUUU..dok Kuantan nuuu. Kadang jiran tepi rumah, tak teringin nak mai jengok rumah kita..kannn???

SIBUK KUNUNNNN...alassssaaannnnn.
Last last kita pun lebih suka melawat orang yang menghargai kita.
'RECIPROCAL' kata orang...'MUTUAL'..
ha ha ha..
lebih kurang gitu lah.

Kadang memang dalam hubungan tak kira samada kawan ke atau keluarga ke, kena ada give and take.
Suami isteri pun kena ada MUTUAL AGREEMENT....
engko give, aku take...aku give, engko take.
Kalau asyik aku jerrr give..engko tak de timbal balik..lama lama boleh MUAK!

Sama gak kalau asyik kita jer lawat rumah kawan atau sedara, dia tak de langsung nak datang jengok kita, lama lama kita jadi agak frust.
Last last kita jadi malas nak ada hubungkait dengan orang tu lagi..
ape ke hal kan..
asyik one way tiket to the moon jer..

Yelah..memang lah..tak baik kalau ziarah nak minta dibalas ziarah.
Tapi maksud aku kalau ASYIK ONE WAY TIKET JER.....last last orang yang nak datang pun akan terpikir juga...

" Takkan aku jer selalu datang rumah demer. Demer nak datang rumah kita yang cabok ni pun tak sudi."

Hmmmmmm....kecik jantung tauuuuu..

Friday, June 19, 2009

Jom baring baring..

Salam,

Hari tu aku tengok blog Tijah, dia menerai Oven barunya dengan membakor ayam.

Terliooorrrr..


Jadi petang semalam, hari Khamis, aku teringat nak membakor ayam jugak
Kena pulak ada yang puasa hari Khamis..
Nak bakor sekor..takut tak habis dan membazir jer. Jadi aku bako separuh ayam tu.

Tak susah nak buatnya tau..

Aku lumurkan ayam tu dengan rempah kari daging, garam, madu dan sedikit minyak zaitun. Aku biarkan dua jam..Pastu aku bako ler..

Tengok tak berkuah pulak...jadi aku ambik bawang,cili kering, halia, serai, bawang putih dan kisar. Kisar dan campur semua..tenggek dengan santan atas api.
Kemudian dah agak agak ayam tu masak aku pun simbah simbah le kuah kat ayam tadi..

macamana?? agak agak sedap takk..ada yang terleleh air lior?

Lihat lah ayam aku di PEMBARINGANNYA..
Hey...kalau makan ayam bako ni jangan lupa buat salad..
Alaaa salad bodo pun okay perr..

ambik timun, tomato potong dadu. Pastu ambik daun salad koyakkan. Masuk dan gaulkan ngan mayonis..taraaaaa...dah dapat salad!


Kalau ada yang kempunan nak makan kambing di pembaringan..sila tengok kat bawah ni pula..

ooooo.. Ni pun boleh dibako juga...
Kalau di Bangi ni, bekalan kambing yang dah dipotong ni boleh didapati kat satu kedai yang baru dibuka di seksyen 7.
Balik bako aje...
Jangan susah susahkan diri..

amacam??

tapi aku tak bako ini semalam..
aku bako minggu lepas!

Lepas pekena semua ni..
okay..
boleh baring baring..

untuk Dak Tijah..

Salam,

Harap Dak Tijah @ Yusni sudi menerima kek dan hadiah yang tak sepertinya ini..
Terimalah...

HEPI BEFDAY!!..yang ke 33

Khas didatangi dari Bangi,
dari kak Ashley @ Hida

psssttt ..
TM, jangan merajok 4 tahun lak ekk..

Untuk kengkawan..tengok cepat! (UPDATE)

Salam,

Okay...

okayyyyyy...sila tengok muka aku yang dah dizoooooooomkan ni!
ha ha ha..
DAH?
Aku bagi masa 2 jam dari sekarang. Pastu nak delete lah!!
Jumpa aku, sila bagi salam ek..
UPDATE :
OKEHHHH..MASA DAH TAMAT!!
3.20 PETANG DAH NI..
DAH DUA JAM.
MAAP..
GAMBAR DAH TAK DER.
sekian.

Thursday, June 18, 2009

Kunjungan ke Rumah Putih




Salam,

'Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat. Bangunan yang terletak di 1600 Pennsylvania Avenue di Washington, D.C. ini merupakan tempat tinggal rasmi presiden dan keluarganya selama masa dia memegang jawatan tersebut. Ia juga berfungsi sebagai pejabat presiden. Sebagai pejabat Presiden AS, istilah "Rumah Putih" juga digunakan sebagai ganti pentadbiran Presiden AS. Rumah ini dibina dari batu pasir Aquia dicat putih dengan gaya seni bina George, dan dimiliki oleh Perkhidmatan Taman Kebangsaan (National Park Service) Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari Taman Presiden (President's Park).'


Petikan di atas aku ambil dari WIKIPEDIA.

Sebagai catatan sejarah hidupku dan satu lagi tempat persinggahan yang telah aku jengahi ialah tempat tinggal presiden Amerika Syarikat ini. Rumah Putih atau dalam bahasa Inggerisnya 'White House' adalah satu daripada tempat kunjungi aku semasa jelajah aku ke Washington D.C.

Beratur untuk masuk dan melihat di dalam Rumah Putih ini mengambil masa yang cukup lama. Sewaktu musim panas, terlalu ramai orang yang datang untuk meninjau ke dalamnya. Kami datang seawal mungkin setelah bermalam di sebuah apartment seorang rakan. Tetapi itupun hanya dapat masuk sekitar pukul 10.00 pagi. Masuk adalah percuma tetapi terdapat barang larangan seperti kamera untuk dibawa masuk bersama.

Sungguhpuh pengunjung dibenarkan masuk melawat ke dalam Rumah Putih ini, kami hanya dibenarkan melalui bilik bilik tertentu sahaja. Dan masa tinjauan di dalam Rumah putih ini sebenarnya lebih singkat jika dibandingkan masa untuk menunggu masuk..

HAIHHH..

Antara dua..( UPDATE dan JAWAPAN)

Salam,

Gambar kedua dua jejaka di bawah diambil oleh aku. Di tepi sebuah tasik.
TASIK MICHIGAN..

Antara keduanya siapa yang aku pilih sebenarnya menjadi teman hidupku?
Bagaimana pula jejaka yang satu lagi?
Apa nasibnya sekarang?


JAWAPAN :
Jejaka pilihan aku mestilah yang kat atas sana tu..
hmmm tu gambar 20 tahun lalu ye..
selepas berkahwin dengan aku lebih kurang 3 bulan.
he he he..
Jejaka di bawah pula...
ALAAAA!! Aku mana ada bopren..
Inilah si OMAN adik aku..he he he
Waktu dia datang melawat aku di Chicago.
Gambar tu pun 20 tahun yang lalu ye.
Ha ah..dia pun jadi student.
AMACAM?? puas hati semua?

Wednesday, June 17, 2009

Catatan kisahku..

Salam

Sewaktu aku di USA, aku banyak travel keluar dari kampus aku. Cuti ajer aku mesti travel keluar daripada Chicago. Bukan tak best tinggal di kota besar Chicago tu tapi aku hendak juga ambil tahu tempat tempat lain selain tempat yang aku belajar tu.


Travel yang paling hebat sekali ialah sewaktu aku pergi ke Niagara Falls tu..Waktu tu kawan aku yang tinggal di Evansville, Indiana mengajak aku travel bersama sama dengannya. Tak silap aku kami travel selama hampir dua minggu. Dari midwest ke east coast dan terus ke Canada.


Sebenarnya kalau jadi pelajar di sana, cost travel hanyalah minyak, makan dan belanja untuk masuk ke tempat tempat yang memerlukan bayaran. Kos tempat tinggal almost zero! Sudah menjadi adat resam pelajar Malaysia di USA, kalau travel dan singgah di bandar bandar besar seperti Washington, New York, Boston, Chicago, LA, dan sebagainya, ada sahaja pelajar yang terbuka hati untuk memberi tumpang tinggal di rumah mereka. Kita pun hanya bermalam sahaja dan sewaktu siangnya kita akan berkunjung meninjau tempat tempat yang terkenal di bandar itu.



Dan jika anda bernasib baik, ada rakan yang dengan rela hati akan menawarkan khidmat sebagai pemandu pelancong TANPA BAYARAN kepada anda..BAIK KAN? Itulah kelebihannya travel sewaktu menjadi students dulu.


Bangunan SEARS TOWER...landmark Chicago

Dan sebagai pelajar yang tinggal di Chicago ( sebuah bandar besar) maka rumah aku pun sering disinggahi oleh rakan rakan dari luar yang ingin menjelajah bandar Chicago. Adakalanya aku jadi pemandu pelancong membawa rakan rakan naik ke bangunan pencakar langit seperti Sears Tower dan John Hancock Buliding. Aku juga membawa rakan pergi ke Museum of Science, Museum of Arts, Museum of History. Selain dari itu, Chicago juga mempunyai Aquarium yang menarik dan tersendiri. Di bandar Chicago, anda juga boleh pergi ke zoo yang terdapat tidak jauh dari pusat bandar. Tarikan yang terdapat di Lincoln Park Zoo sewaktu itu ialah terdapat beruang kutub yang putih dan besar...Uishhh..best!!

Bangunan Aquarium di Chicago.. Museum of History..yang bersebelahan

Tetapi tarikan yang menarik ramai kengkawan pompuan waktu aku kat sana DULU ialah..ha ha ha..apabila di bawa bershopping ke Carson Pirie Scott dan Marshall Field. Dua gedung membeli belah yang mewah dan cukup besar di tengah tengah bandaraya Chicago. He he he..tapi aku kalau mai kat sini buat lenguh kaki ngan sakit belakang ja..nak termuntah tengok barang barang..



Punya besag tempatnya dan punya banyak barang TETAPI punya la mahai!! Setakat BUAT WINDOW SHOPPING boleh le..Cuma sewaktu ada sale..datang juga sebab harga cadar ngan tuala akan diturunkan sampai 70%..Kalau time gini aku berebut gak la membelinya..ha ha ha..

Tak silap aku, Carson Pirie Scott ni pun dah mengalami zaman kemerosotannya akibat kemelut ekonomi.

Saingan kepada Carson Pirie Scott ialah Marshall Field. Gedung membeli belah ni punya la besag. Memang seronok..JAMU MATA..Tapi senasib juga ngan Carson Pirie Scott, dengar khabar, Marshall Field yang GAH suatu waktu aku kat US dulu pun dah terkubur dan bertukar menjadi MACY's.



Di Chicago, pengangkutan awam yang paling penting sekali ialah train. Terdapat train dari arah Selatan Chicago menuju Utaranya. Satu lagi pengangkutan yang sering aku gunakan ialah bas. Pun begitu train dan bas ada relation antara satu sama lain. Dulu, pengguna boleh membeli tiket yang membolehkan kenderaan ini dinaiki sebanyak 3 kali samada train, bas, train ataupun bas, train, bas dengan hanya US2.50 kemana mana sahaja dalam masa satu hari itu. Itu menjimatkan sekiranya kita hendak ke sana dan ke mari bagi tujuan lawatan.



Aku hanya pernah menggunakan khidmat teksi di Chicago sekali sahaja.Itu pun sewaktu pulang dari Malaysia setelah bercuti panjang. Aku menaiki teksi dari O'Hare airport bersama ngan seorang rakan kerana sudah terlalu penat dan agak JETLAG....

Begitulah serba sedikit catatan hidupku sewaktu di Chicago, Illinois..Mungkin akan aku ceritakan lagi serba sedikit kisahku dimasa akan datang. Jangan jelak..

Sekian.

Tuesday, June 16, 2009

SIBLINGS..

salam,

Aku ada sorang kakak.

Aku ada 5 adik.
So jumlah adik beradik aku 7 orang.
Kalau standard orang Melayu kira okay la tu. Tapi kalau standard orang putih kira dah agak ramai dah..

Daripada lima orang adik aku tu, dua adalah lelaki.
Dua dua dah dimiliki..tapi jangan risau..ada 3 lagi tapak kosong..
ha ha ha ( kut nak mencari masalah dalaman...silakan)

Selebih yang tiga lagi tu adalah perempuan.
Seorang daripadanya dah pun berumahtangga..
ERRR..pakmertuanya menjadi salah seorang blogger yang rajin berkunjung ke 'rumah' aku ni.


Aku jarang cerita perihal adik perempuan aku yang bertiga ini sebab terlalu jauh jarak umur mereka ngan aku..
Waktu aku form 4, mak aku beranakkan kakcik. Tahun 1983.
Elok hari pendaftaran TOEFL aku kat Shah Alam, 6/1/1985, mak aku beranakkan Sha.
Si Na pulak, dia dilahirkan time aku dah berada di luar negara. 1988.


So..apa yang aku tau pasai adik adik bertiga ni hanyalah si kakcik kerana dia sering dok kacau mak aku meniaga. Tu pun aku dapat cerita dari mulut mak aku.
Yang rapat dengan depa bertiga ni ialah si Budin sebab waktu itu dia masih sekolah rendah dan dia lah yang dok kena mengasuh budak budak bertiga ni..


Bab jaga budak, si Budin memang cekap.
Aku pun dulu belas kesian juga kat dia sebab dia jenis dengark cakap.
Suruh la apa pun..Jarang bantah..
( tak macam kak dia yang sekog niii!!

Kakak aku yang seorang itu, si Oman dan si Budin lah yang mempunyai cerita ceriti yang menarik bersama aku.

Waktu Oman lahir, aku baru 3 tahun lebih. So kami membesar bersama.
Dengan Budin pulak, aku dah umur 10 tahun.
Aku dan kakak aku lah yang dok mengasuh dia especially time mak aku keluar meniaga.

Ooooo..mak aku dulu bizi teramat TAU!!

Almost everyday tak lekat di rumah. Keluar jadi DEALER TUPPERWARE.
Jadi most of the time, kami jadi VERY independent!

Kadang kadang kami kena buat tugas yang dah ditetapkan..especially kalau mak aku keluar meniaga time hujung minggu.
Kak aku masak, aku jaga adik, mak sedara aku kemas rumah dan basuh kain.

Bila mak dan abah aku balik jer..semua kena siap sedia dah!

Rumah tak boleh semak, makanan dah siap masak ( cara kak aku masak la..but not bad at all), adik adik aku pula mesti terurus..
Masakan dulu dulu mana ada segera. Nasi kena masak atas dapur minyak. Kelapa kena kukur dan perah sendiri. Ikan mesti disiangi.
Bayangkan..walaupun kami masih bersekolah rendah..semua tu dah tahu dibuat.

nak order Pizza?
McD?
KFC?..macam budak budak sekarang..hmmmm..

Tak pernah sentuh sehinggalah aku datang KL dalam tahun 1985..lepas habis SPM. Tu pun tak berani nak makan KFC atau Pizza atau McD lagi sebab mahal dan masih ragu ragu!
Kalau burgernya harga 3 ringgit ke atas tu dah kira mahal le tu. Baik aku beli burger kat abang berger tepi jalan....baru singgit!! he he he

Begitulah cerita ceriti, sedikit sebanyak antara hubungan aku dan adik beradik aku waktu zaman dulu.

sekian.

Monday, June 15, 2009

Makam Hang Tuah

Salam,
Ada cerita kata Hang Tuah tak mati..
Katanya ghaib..
Hilang entah ke mana..
merajuk membawa diri..
Ada juga kata ghaib hilang terus menjadi bunian...
Ada juga kata membawa diri hingga ke Pahang..

Wei..macam macam versi ada kan?
Hikayat Hang Tuah ni pun bercampur campur antara fakta Sejarah ngan Dongeng Melayu.

Tapi yang pastinya aku sampai gak la kat kampung Tanjung Keling ni. Di Melaka.

Hang Tuah dikatakan dimakam di sini. Sakit tua dan mati dengan hati yang terluka.
Entahlah..

Apa pun aku mai jugak la kat kawasan perkuburan ini. Kerajaan hari ni pulak dah buat penanda.
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Pulak tu dah boh segala catatan sejarah mengenai Hang Tuah di sekeliling kubur yang panjang ni.

Tapi aku boleh agak..
Hang Tuah tak la setinggi atau sepanjang kubur ni sebab orang zaman dulu macam Firaun tu orang dah jumpa rangkanya pun besag lebih kurang manusia hari ini.
Lagipun waktu aku pi tengok makam Ibrahim tepi Kaabah tu, kesan tapak kaki dia pun besag lebih kurang macam Arab hari ni gak la..
so besar kemungkinan Hang Tuah juga sebesar dan setinggi macam Melayu hari ini juga la..
Cuma kuburnya..confirmkah di situ?!
Kalau bukan kubur Hang Tuah, kubur siapa pula?
wallahualam...
sekian.



Saturday, June 13, 2009

kerusi gegar..

Salam,

Kalau le aku ada kerusi yang bergegar gegar tu mesti lega sikit belakang aku ni. Kalau le aku ada kerusi gegar yang kasi getar kaki dan otak tu mesti angin kus kus keluar sikit dari badan ni.
Hari ni aku jadi MAMAK..walaupun aku seorang MAMA dan bukan MAMAK..

TUKANG BANCUH TEH TARIK KAW KAW!!
masak ayark, hangkut ayark panas..dan bancuh ayark teh.
TU KERJA AKU dan entah berapa kenduri dah niih..

Hari ni ada kenduri kat rumah jiran. Semenjak petang semalam sampai petang tadi, sanak sedara dan jiran tetangga habis semua kena keluarkan peluh dan lemak lemak dari badan.

Kami gotong royong kat rumah jiran. Masak dan rewang.

Malam ni kepala dan badan aku pula rasa terawang awang..
WOOOii penat wooooiii...

Sapa nak tolong reflexkan badan aku ni!!

psttt ..errrr..kakpah, pinjam bibik aini sat!

sekian

Friday, June 12, 2009

Macam macam berita sekarang ni kan?

Salam,

Berita isteri kena tikam sampai mati oleh suaminya kat Taman Sri Andalas, Kelang.
Ngeri..
Apo kono si laki tu main tikam tikam isteri pulak ni, hah?

Kalau perompak masuk ghumah macam kat Ipoh hari tu kira cam boleh diterima akal la..
Ini suami sendiri.
Haiihhh... LETIH!

Waktu aku kat Wangsa Maju dulu, yang boleh pindah cari rumah kat Bangi ni, sebab berjiran ngan keluarga yang kaki gaduh la. Laki bini asyik gaduuuuuhh. Tak kira siang malam. Rumah pulak rumah flet. Pening kepala.

Physically and mentally, diri kita pun tension sama bila dengark jiran bergaduh macam nak berbunuh bunuh..

Yang jiran aku tu, laki dia kaki mabuk. Bila petangnya dok lepak kat kedai, tunggang botoi. Pastu bila balik, bini dia siap sedia ngan penyapu. Bergaduh kadang sampai dua pagi. Kadang suami balik tengah tengah malam, depa dok berpuntau silat. Terajang gedebang gedebung. Aku ngan suami tengah tidork pun boleh terkejut jaga.

Kita pun naik tension dengar suami isteri bergaduh terjerit jerit macam tu..

Masalah utama : Alcoholic!

Suami tu pun kadang kadang bawak balik ayah dia. Ayah dia pun kaki minum.
Sekali tu polis datang mai ketuk pintu ghumah. Orang jumpa ayah lelaki tu terpuruk kat dalam longkang. Hidup lagi..Tapi tengah high..

Bila polis bawak balik ayah si lelaki tu, depa berkelahi pulak anak beranak..
MEMANG TUNGGANG LANGGANG habih ghomah tangga.

haih..

Suatu hari ghumah depa takdak letrik sebab lama tak bayark bill. Laki dia dengan mulut yang berbau arak mai tanya ghumah kami...kut boleh sambung masuk karan.
Suami aku tak nak bagi.

Lepas tu dia masuk ghumah menyanyi nyanyi kutuk kami..Hmmm..

Aku kesian kat anak anak depa ja. Anak ada dua. Waktu tu yang kakaknya umug 6/7 tahun. Yang adik dalam 2/3 tahun gitu..

Entah apa jadi kat depa sekarang ni. Elok kami dok situ dua tahun, jiran kami tu kena keluag dari situ sebab tak bayark sewa ghumah dan tak bayark segala bill letrik, ayark dan juga gas..( Wangsa Maju ada paip gas pakai meter! dulu la..)

Alcoholics..Rumah tangga boleh jadi kucar kacir.

sekian.

Mata aku dah kuyu..tapi nak gak wish ni..

Salam,
Ngantuk bagai nak ghak dah ni..
apa pun aku ucap selamat berbahagia di samping keluarga untuk Dak Nizam sempena besday dia..

TM,
betui ke hari ni besday dak Nizam ni?
Yang ke 37 ke 36 ?
ape ape lah..

okay..aku nak tidur...
kalau dok Bangi boleh gak la aku belanja Limau Nipis nyer ais blended sepesel!!

he he he..

Thursday, June 11, 2009

Nostalgik di Peghelih..

Salam,

Ambooooi..kemain lagi kakPah eksyen dia sampai Padang Besag sampai mabuk mabuk..Bukan mabuk todi tapi mabuk tengok barangan jualan.

Sebut Peghelih ja, aku teringat kengkawan.
Aku teringat sekolah.
Aku teringat cikgu..yang baik dan yang cengei.
Aku teringat keluag pekan Kangark.
Aku teringat dok jogging kawasan bendang.
Aku teringat semua yang syahdu tentang bendang.
Aku teringat boys sekolah aku yang kena mandi kat tali ayark time time sekolah aku tak dak ayark..
( kekadang depa pakai tola mandi..selamber dek buat muka sekupang lalu tepi hostel girls)

Aku teringat habuk pembakaran tebu kat Chuping boleh teghebang sampai sekolah kami di Bohog Pulai tu..
Aku teringat kengkawan bawak pelam cicah garam belacan!!FUH!!
Aku teringat makan ketam ghebuih dua ekog kat Kola Peghelih..pergh.
Aku teringat makan laksa sampai tersedak kat gerai.
Aku teringat ada tiga ringgit keluag pekan makan bihun sup ngan ais kacang pastu balik semula ke sekolah..
Aku teringat makan gulai daging ngan ghebungg..best EVER!
Aku teringat dok kawad sambil main flute waktu hari Kebangsaan jalan keliling Kangark.
Aku teringat pi cari biskut kat kedai Mak Nya time keluag pekan.
Aku teringat naik bas dengark lagu FUNKY TOWN..yang cekenit dok hangkut kami keluag pekan.
Aku teringat kawan kawan pi Posing TANGKAP gambar kat kolam di Perlis Inn..ha ha ha..
Aku teringat kawan kawan borong undergarment kat Padang besaggg ..pastu tak sanggup nak pakai warna warni kemedian celup Dai..wakaka..

Aku teringat pula pakwa pakwa yang pernah jatuh cinta kat aku...dan dikecewakan..ha ha ha
Aku TERINGAT PULA CINTA PANDANG PERTAMA aku...dan aku pula diREMOKkan hati..kui kui kui..

haaaaiiiiihhh Peghelih..remaja aku di sanaaaaaa!! VERY NOSTALGIK laaa..

Wednesday, June 10, 2009

Salam dari Makatulmuqarramah..

Salam,

Ring....ring...kringg...(acah mak enon..)

Mana ada bunyi handphone cam gitu sangat dah sekarang ni. Sebenornya lagu yang berbunyi ialah lagu errrr..apa tah tajuknya..omputih ke spanish ke..tapi lagu tema cerita Latinos yang bunyinya.."VIVA..bla bla..VIVA..bla bla..".

Ha ha ha..tak tau tajuk..tak tau lirik. Aku pilih sebab sentimental dan tak menyakitkan telinga bila handphone aku berbunyi. Nak boh lagu Sudirman ke nasyid ke tak reti nak upload lagu masuk handphone..

( handphone baru sebenornya. Saja nak kabor...Yang lama dah terkopak!! )

Okay, bila dah berbunyi handphone tu rasa malaih jer nak ngangkat. Almaklum, mata nak kuyu kuyu dah gitu.
Haiiih..sapa pulak ngaco my Siesta ni.

Oh..tetengok nombor panjang berjela. Sah lah orang oversea..
Sapa lagi kalau bukan adik adik aku yang bertiga tu. Teruih semangat sikit nak bukak bijik mata.
Saja adik aku nak habag kata depa sihat kat Mekah tu.
Dah dapat buat 3 kali umrah. Bagus la.. Depa muda muda lagi..

Aku hari tu dapat 3 kali jer.

Dengan perut BOYOT mengandung 6 bulan aku tu. Time nak tawaf tak la letih sebab waktu aku pergi bulan Jun 2001 tu, memang orang tak ramai. Boleh masuk Hijr Ismail. Boleh tengok dua bekas tapak kaki Nabi Ibrahim kat Makam Ibrahim tu dengan jelas dan terang.

In fact, kalau aku nak cium Hajar Aswad tu pun boleh.
Tinggal lagi sebab aku pregnant, aku takut orang tolak aku dari belakang..tak pasal jatuh pulak...susah cerita. So aku tak la cium Hajar Aswad tu. Sekadar melambai saja.

Time yang agak letih ialah berjalan dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali tu. Yang tu suami aku seriau. Tapi sebenarnya aku berjalan sambil tawakal..
Semangat aku datang apabila mengenangkan Siti Hajar berlari lari anak mencari air untuk Ismail A.S yang masih bayi. Itulah yang mendorong aku untuk berjalan sambil berdoa. Terbayang saat Siti Hajar yang beranak kecil ditinggalkan di tempat yang gersang oleh suaminya Nabi Ibrahim A.S.
Mesti getir saat itu.
Mesti dahsyat ujian terhadapnya dan mesti penuh tawakkal jiwanya.

Hebat bukan?

Okay..sambung balik cerita adik aku telefon.

Dia orang sihat dan tanyakan aku nak minta doakan apa apa ke..

Hmmmm.....teringat Mawaddah yang suka meragam.

"Tolong doakan supaya jangan RAGAM nye itu membuatkan aku runsing dan kucar kacir."
"Tolong doakan bagi Muhammad tu boleh jadi HAFIZ Al-quran dan baik akhlak'..

...walaupun hari hari nengok kartun SPONGEBOB squarepant...cam maner??

Sebenarnya banyak lagi kalau aku nak senaraikan apa yang aku hajat. Tapi aku reservelah. Nanti pening kepala pulak adik aku nak doakan semuanya. Yang penting doakan kesejahteraan untuk kami semua dunia dan akhirat.

Haiiih..lepas tu dengor pulak bunyi sms 'ting ting ting' kat handphone aku tu.

SMS berbunyi ,
" Dah lm din x bc blog taknin. Apa citer trbaru? Jgn lupa masuk tjuk umrah kmi ni..he he he..Hr ni akn buat 4th umrah. Insyaallah"

HAMBOOOOI!!!..sibuk no la nak baca blog aku.
Weii..buat ibadah tu elok elok!
Kang kena denda kang..kambing sekor ke apa ker..

sekian

Kadang di atas, kadang di bawah..

Salam,

Hidup ini ibarat roda kan? Ada masanya kita di atas. Ada masanya kita di bawah.
Bila kita berada di bawah..jangan berasa terlalu hina sebab InsyaAllah satu hari mungkin kita berada di atas.
Dan apabila berada di atas pula, jangan pula kita tak sedor diri kerana satu hari mungkin kita akan turun kembali ke bawah..

he he he..
falsafah..falsafah..

aku sebenornya nak cerita time aku naik EYE-On-MALAYSIA hari tu.

Ada cerita kelakor gak la waktu naik tu.
Aku, suami, Maryam, Raudhah dan Rahmah yang naik waktu malam.
To be fair, esoknya waktu siang, abahnya angkut Husna, Zainab, Muhammad dan Huda untuk naik pula.

Yang waktu malam tu, ..Kami berlima naik le RODA IMPIAN tu.
Aku seram sejuk jugak tetapi bercampur excitement. Thrill la nak naik menda menda cam gini. Rahmah anak aku yang umur 10 tahun tu memang la excited habis. Maryam pulak selambe dekk jer..


Sekali aku tengok si Raudhah dah gelisah semacam. Cam takut jer. So dia duduk jer diam diam..
Bila dah satu round, dia ingat dah habis. Kami pun ingat dah habis juga. Sekali roda ni pusing lagi. Suami aku kata bagus lah. Lama sikit baru berbaloi..
Si Raudhah lagi pucat. Dia kata bila nak habis ni..

Aku tanya dia apasal. Dia kata sakit perut nak terberak!!..ha ha ha..
Aku kata tunggu le kejap. Tiga kali kut pusing nanti dia berhenti la.

Tup tup habis tiga round, roda tu tak berhenti jugak.
Ayoooo..kakcik ni dah pucat pucat tahan... nak terberak! KATANYA..

RISAU JUGA AKU NI kut kut dia TERKUCIL DALAM SELUAR kat dalam cable car tu.
Mahu PONING orang yang akan masuk selepas kami!!
he he he


Berbeza benor dengan si Rahmah..yang happy ni...TERUJA..
Sekali dah habis round sampai enam kali, barulah kami keluar.
Elok keluar jer dari cable tu, RAUDAH terus menjerit dengan gembiranya..
"HAH!! DAH LEGA DAH...TAK SAKIT PERUT DAH!!"
CISSS...budak ni!
sekian


Tuesday, June 09, 2009

Terfikir tak nak berwasiat?

Salam,

Sebenarnya dalam seronok seronok menyakat orang dalam blog ni, sepatutnyalah bagi orang yang dah masuk golongan 'season' macam AKU ni nulis surat wasiat.
Ya lah..umurpun dah nak masuk empat POLOH dua. Golongan AMPAT POLOHAN ni sebenornya, penyakit dah sangat suka nak hinggap..

Penyakit tu sebenornya sebab musabab jer.. Tapi yang sebetuinya dah memang adat hidup ni berakhir ngan MATI. Tak de sapa juga yang terlepas.

Kadang kadang tak sakit pun mati juga..
Tengah jogging pun mati juga..
Tengah main bola pun mati juga..
Tengah makan makan pun mati juga.
Tengah tidur pun boleh mati juga..
Kiranya bila dah sampai ajal..tak ada yang boleh menghalang.

Macam semalam..aku dapat message dari adik aku.

Bunyi message " Ustazah Kalsom, isteri cikgu Zain Semanggol meninggal kat Mekah"

Ustazah Kalsom ni sebenornya ustazah aku dari darjah dua hingga darjah empat. Dia dah pencen dah le. Rumah dia tepi sekolah rendah. Zaman sekolah rendah dulu, kalau raya memang mesti pergi lah rumah dia.

Eerrr..Tujuan utama : Kutip duit raya. Mesti dapat dua posen..Kira banyak la tuu.

Ustazahnya baik. Tak la garang sangat tapi agak tegas juga.
Hmmm..dah pergi mengadap Ilahi.
Meninggal di Mekah, tengah buat Umrah.
Innalillahi wa inna ilahi rajiun..

Hmmm..adik adik aku yang bertiga tu, apa khabar gamaknya.
Sekarang cuaca panas kat Mekah ni. Musim SUMMER...

okay la..berbalik kepada berwasiat.

Sebenarnya kita semua dituntut berwasiat yakni berpesan dan sebaik baiknya ditulis sebelum masuk tidur setiap malam. Tapi siapa kat sini yang rajin buat wasiat sebelum tidur?..
ANGKAT TANGAN?!!

Aku pun takkk.. Tak teringat pun.

Tumpang aku dah ingat ni..bior le aku tulis kat sini ek..
MANA LE TAHUUU kan.

Ini wasiat aku :-

1. Aku tak de le harta..emas perak entah..rasanya tak da. Kalau ada pun sebentuk cincin..entah kat mana aku letak..he he he..sila jual kalau terjumpa dan dermakan duitnya pada rumah anak yatim.

2. Segala baju, kain, tudung..kalau sesiapa dari anak anak aku nak ambik, ambik la..tapi kalau demer tak nak, bagi le pada yang nak..especially makcik makcik yang datang minta sedekah. Yang buruk buruk..buang aje le. Tak usah disimpan simpan..BUAT MENYEMAK rumah.

3. Buku buku aku, kalau ada yang nak, sila berikan..Kalau tak nak, hantar pada KHUTUB KHANAH BANGI tuuu..bior ada orang yang baca.

4. Harta berupa barang elektrik seperti kamera, komputer, mesin jahit..pepandailah anak anak aku faraidkan di antara mereka.

5. KERETA?? itu laki aku punya..

6. Duit kwsp..faraidkan...walaupun se COET.

7. Duit tabung haji...tak le banyak mana..tapi sila bayar hutang aku kalau kalau ada??? ada ke? DAN TOLONG GUNA UNTUK UPAH HAJIuntuk aku DULU!!
Kut ada baki, dermakan pada PASTI sikit..sebelum komer FARAIDKAN selebihnya..

8. Tanah?? ada ker?..entah ler..SEPATUTNYA ada le bahagian aku..tapi..hmmmmm..
pepandai le orang yang hidup MEMFARAIDKAN pada suami dan anak anak aku yang berduyun tu....bab tanah ni leceh..kadang bertahun tahun tak selesai!!

LELAIN..??

lantak suami aku le..
kut dia nak nikah lain..
suka hati dia le....
aku mana boleh masuk campur!!
KANNNNNNNN...( cam geram jer?? he he he..)

Pun begitu aku minta ampun maaf kat semua oranglah termasuk SUAMI TERCINTA, MAK aku, MAK MERTUA yang bertiga tu, TOK mertua, AYAH mertua, adik adik, anak anak, mak ayah sedara, sepupu sepapat yang dikenali atau pun tidak..dan semua individu yang kenal dan pernah berhubungan ngan aku..

sedihnya..
relakan aku pergi BILA TIBA WAKTU ku pula..

jangan lupa DOAKAN segala kebaikan untukku..

psssstt..tak lupa juga.
sesapa yang ada hutang ngan aku, sila bayar pada anak anak aku..
kalau tak mampu?..ha ha ha..korang tanggung esok..
ishhhh tak kira
KORANG USAHA LAH DULU untuk bayor!!


sekian.

Pantun 'Air'

Salam, Budak budak bermain air,
Air di kolam biru sekali,
Hati mana yang tidak cair,
Melihat kegembiraan yang diperolehi..

Air sungai mengalir deras,
Berombak air di laut luas,
Tapi anakku hendaklah awas,
Elakkan diri daripada nahas..
sekian..
* jawap cik adik cik kak cik abang...jawabbbb....


Monday, June 08, 2009

Selamat menduduki rumah baru..


Beberapa ruang dan bilik dalam rumah yang masih memerlukan kemasan..
Salam..

Tadi baru jer balik melawat lawat rumah baru Oman..
Dia angkut barang masuk rumah..
Actually rumah tu tak berapa ready lagi..
Banyak menda yang tak siap lagi..
Kabinet dapur serabut lagi..
Bilik air pun ada yang masih tak ready lagi..

Tapi dia masuk jugak la...sesambil mengemas dan memerhati kerja kerja
yang perlu di SUPERVISED TU..

Kalau tak tengok..sat lagi tak betui pulak.



Gambar bilik ayorr..

Aku sebenornya tak tolong ape ape pun..sekadar melawat jer..

Kepada anak sedara aku..Ingat ye..

Setiap kali ko buka closet tuuu...

HE HE HE........INGAT!!!

...................aper yang tertonggggoookkk kat dalam closettt tuuuuuuu....hi hi hi...

sekian.

Masjid Sultan Abu Bakar


Salam..

Cantik masjid ni..menjadi kebanggaan orang Johor.
Mawi bernikah kat sini hari tu ek?

hmmmm..

Siapa lagi yang pernah bernikah kat sini.
Sila angkat tangan!

Bagus kan nikah kat masjid ni...
At least..lalu kat masjid TERINGAT le sikit.
perihal tanggungjawab NIKAH KAHWIN tu.

he he he..

posting ni bukan sahaja sempena aku menziarahi masjid ni..
tetapi nak remind kat orang orang YANG DAH LAMA MENDIRIKAN MESEJID ni..

errrr aku la tu...

sekian

Sunday, June 07, 2009

Senarai nama cucu..

Salam..
Dah umur umur cam aku ni..patut mau kea tulis gak la senarai nama nama anak sedara aku yang semakin bertambah tu..Hmm..kalau dah bertambah ramai nama anak sedara sendiri pun dah tak berapa nak ingat..okay..

Entry ni sebagai reminder pada aku yang sering TERLUPO..

CUCU CUCU al semanggoli..he he he

aku cuba buat senarai tahun kelahiran gak la..

1. Atiqah (1991 - anak yong)
2. Aisyah (1991 -anak sendiri)
3. Adilah (1992-anak yong)
4.Azamuddin (1993 -anak yong)
5. Maryam (1993 -anak sendiri)
6.Basyirah (1994 -anak Oman)
7.Helmi (1994 - anak yong)
8.Husna (1995 -anak sendiri)
9.Adibah (1996-anak yong)
10.Huzaifah (1996 - anak Oman)
11. Zainab (1997-anak sendiri)
12.Muaz (1998 - anak Yong)
13.Udin (1998 - anak Oman)
14. Rahmah (1999 -anak sendiri)
15.Amirah(2000 - anak Yong)
16. Raudhah (2001 -anak sendiri)
17.Sobihah (2002 -anak Budin)
18.Amir (2002 -anak Yong)
19.Tisya (2003 - anak Oman)
20.Huda (2003 -anak sendiri)
21. Zaid (2003-anak Yong)
22.Sobirah (2004 - anak Budin)
23. Muhammad ( 2006 -anak sendiri)
24. Nawfal (2006-anak Budin)
25. Mawaddah (2007-anak sendiri)
26. Nawal (2009-anak Budin)
27.Najlaa (2009-anak Sha)


.............ha ha ha..letih OTAK aku kena perah......yang nama 20 ke atas tu entah betul entah tidak tahun kelahiran depa...

okay just for rekod.

Mak dia saja nak tempek gambor anak..

Salam
Ni sebenarnya perut tak berisi lagi ni.
Jam dah pukui 9.30..anak anak sambung lena habihh..

Suami pun belayag sama.
Aku dok tok tek tok tek depan komputer..

LAPAG ni!!
tapi saja nak boh gambag MAWADDAH..buat kenang kenangan..
esok besag ada le dia gagau tengok dalam internet, boleh la terjumpa...

he he he..

Binatang pelik dan unik..

Salam,
Mana nak cari binatang seunik ini?

Ada paruh macam itik tapi bukan itik..
Ada badan macam memerang tapi bukan memerang..
Kalau yang jantannya..wahhhh..ADA RACUN ..jangan memain! Siap ada TUSUK lagi.
Ekor tak ubah cam BEAVER..(Beaver dalam bahasa Melayu apa hah??!!..kalau memerang tu dalam bahasa Inggeris panggil 'OTTER'...kira cam adik beradik juga la ni kann)

Binatang ni confirm bukan species yang berdarah o-type macam aku sebab nya depa ni suka makan menda menda kat dasar sungai.
CONFIRM tak gaduh nak guling guling sakit perut cam aku tempohari!! HA HA HA..

Pulak tu depa ni tak dak gigi..depa telan jer batu batu kerikil, cengkerang serba makneka masuk dalam perut. Makanan yang depa telan di'KUNYAH' dan di'HANCUR' kan dalam perut...KIRA PERUT DEPA ni cam sama kategori ngan BLENDER la..

Korang nak tau..binatang ini dalam kategori MAMALIA Mamalia patutnya beranak kan? Tapi unik depa ni lagi ialah depa berteluuurrr..Pelik no kan? Dah ciri ciri macam penguin pulak..

Ishhhh..
haaaaa nak tau nama depa ni apa? PLATYPUS..sebut betul betul PLATYPUS!
bukan tipu tipu tau..betul betul!!

HAH! ada satu lagi haiwan yang kategori mamalia tapi bertelur..CARI SAT!!!

he he he...hadiahnya belacan bako imported from MELAKA.
ooooooo meriah tu!!


sekian.
comelkan dia ni?

Saturday, June 06, 2009

Keputusan Undian DMPP..

Salam

Saja aku nak TEMPEK kat sini..Untuk MAKLUMAT.

Pengerusi Tetap
Noraini Husain - 81 undi
Nor Hashimah Deraman - 154 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Faizah Ismail - 72 undi
Wan Hamidani Wan Ahmad - 162 undi

Ketua DMPP
Nuridah Mohd Salleh - 136 undi
Dr Asiah Ali - 100

Timbalan Ketua DMPP
Siti Zailah Mohd Yusof - 142 undi
Wan Hasrina Wan Hassan - 90 undi

Exco DMPP

1) Wan Ubaidah Omar - 196
2) Dr Halimah Ali - 173
3) Mastura Mohamad - 173
4) Aiman Athirah Al Jundi - 162
5) Dr Najihatussolehah Ahmad - 158
6) Dr Siti Mariah mahmud - 156
7) Dr Rosni Adam - 155
8) Azizah Khatib Mat - 147
9) Salbiah Abd Wahab - 147
10) Nurul Huda Yusof - 135
11) Wardatul Jannah Sofia - 125
12) Fatimah @ Zainab Ibrahim - 122


errrrr..kategori BLOGGER SANTAI tak dak ka??
.
.
.
kui kui kui..
.
.
.
KELEKUKKKK......HADOOOOI!!
.
.
.
sapa LUKU PALA AKU NI???

errrrrrr...he he he..sengeh sengeh
sekian.

O-type

Salam,

Semalam aku belek satu buku kat As-Syabab. Buku tajuknya 'Diet for 0-type blood'..gitu lah.
OooOO..rupa rupanya orang yang darah O ni takleh juga makan sesuka hati.
OOooooOO..baru kutahu..
ha ha ha.
In fact, kena lebih berhati hati..

Tak digalakkan makan makanan asas gandum cam spaghetti, macaroni..(aiseh men..peberet)
Tak digalakkan makan timun, cendawan..( laaaa aku dok buat salad timun selalu..cendawan salut tepung my peberet also..takleh jadi ni!!)
Digalakkan makan daging tapi takleh makan daging yang berlemak.
Kena rajin makan buah buahan..sayuran tertentu.( okay aku makan salad epal dan mangga! no hal..)

Ada fact mengenai orang berdarah O..

1.Orang yang berdarah O mudah kena anemia..(aku ler tuuuu)
2.Orang berdarah O mudah kena sinusitis..( aku ..tak boleh menafikannya)
3.Orang berdarah O akan mudah radang kulit dan gatal gatal ( juga aku)
4.Orang berdarah O mudah muntah, loya dan sakit perut kalau tak jaga diet..( CONFIRM aku!!)
.
.
.
.
.
5. Orang berdarah O akan mudah mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam ....
eh eh...cam betul la tu..tapi aku LENTOK habis time tengahari!!

ha ha ha

yang paling bagus jadi orang yang berdarah O ni, ialah boleh mendermakan darahnya kepada semua orang tetapi hanya menerima darah TYPE O sahaja untuk dirinya....

cam BAEK kan!! berkorban gitu..

sekian

Friday, June 05, 2009

Poem BARU!! versi HUDA..

Salam,



Aku tak tahu le kenapa..
bila balik sekolah jer..dia nyanyi lagu baru..
bila balik sekolah jer dia dapat poem baru..
Kira canggih juga le anak aku ni..cepat jer dapat..
Pulak tu siap mengajar adik adiknya yang berdua tu..
Habis semuanya marching marching kat rumah ni..


Lagu 1 - dia kata cikgu Yati G yang ajar... (errr..g for gemok..DIA KATA...bukan aku tau ..jangan memain HUDA..nanti tak balik sekolah ko, dikerjakannya he he he..)



Hear our drum..dum dum dum..
Hear our drum..dum dum dum..
marching marching here we come
two by two..
caps of blue
you choose me and I choose you
tra la la la tra la la la
tra la la la tra la la la
here we come..
tra la la la tra la la la
tra la la la tra la la la
here we come..


lagu ni dah jadi lagu peberet sampaikan si Mawaddah yang cekenit tu pun ' acing acing hi wi tam..' GASAKKK..



Lagu 2, ni dia kata UMMU dia ajor..


I am a little teapot,
Short and stout,
Here is my handle and here is my spout..
When the water is boiling, hear me shout...
Pick me up and pour me out!


(siap ada gaya gayanya sekali..bayangkan sikenit mawaddah pun ikut sekali!! kui kui kui..)



Entah macam mana dia bawak balik juga satu lagu baru..
tapi lain macam jer aku dengor bunyi nya!!



Lagu 3,


Din Din Aladdin,
Naik motor, tak ada lesen,
Nak makan, tak de syiling,
Nak kahwin tak de cincin,

Siapa yang botak liiiiiicin?!!!



NI POEM apa lak ni ?.....dia dapat dari kawan katanya!

mujur lak dia tak kata..din..din...hemir....ooopppsss..

cabuuuutttt..
.
.
.
.
he he he gelak kecikkkk jerr..


sekian

Anak kecil (2)

Salam,

Anak kecil berumur 9 tahun itu melihat ikan ikan di dalam air jernih itu. Air jernih itu ialah anak sungai kecil yang mengalir perlahan dari bukit di belakang rumahnya. Air sungai itu sungguh sejuk. Jernih dan tidak terusik oleh sesiapa.

Anak kecil menghulurkan kakinya. Perlahan lahan. Dia merasai kesejukan air sungai itu.

"Oh! Sungguh sejuk air ini.."

Ikan ikan kecil berwarna warni berenang renang di permukaan airnya. Mengelilingi kaki si anak kecil itu.
Anak kecil tersenyum melihat ikan ikan yang berenang renang . Riak riak lembut kelihatan di permukaan. Ikan ikan itu bermain sebentar kemudian menyorok di celah celah batu dan rumpair.

"Hmmm..Alangkah seronoknya menjadi sang ikan. Tidak perlu susah hati. Tidak perlu dimarahi. Saban hari hanya makan dan bermain serta berenang renang," bisik hati si kecil berusia 9 tahun itu.

Si kecil mencari kedamaian dengan melihat sang ikan berenang. Dia dihiburkan dengan kedamaian alam semulajadi di tepi hutan itu. Anak sungai itu tempatnya mengadu segala dukalara di hatinya. Dia tidak gentar dengan bisikan sang rimba yang meyapakan ketakutan.
Dia asyik dengan tarian ikan ikan itu. Alpa sebentar dengan kisah realiti kehidupannya.

"Bisakah kau menemaniku selamanya, wahai sang ikan..' tanya si anak kecil.

Namun ikan ikan itu terus dengan rentak tarinya..
.
.
.
.
.
sekian.

Thursday, June 04, 2009

Anak kecil (1)

Salam,

Seorang anak kecil berumur 9 tahun terkial kial membasuh beras. Entah kali keberapa basuhannya. Anak itu mengagak mungkin ini yang mesti dilakukannya..membasuh beras berkali kali sehingga airnya bertukar menjadi jernih. Baru itu yang dikatakan bersih. Tiada lagi keruhan yang kedapatan.

Periuk nasi itu ditenggek di atas sebuah daput minyak tanah cap Butterfly. Anak itu sekali lagi terkial kial menyalakan api. Punat dapur dipusing terlebih dahulu. Dibiarkan minyak dari balang kaca itu mengalir masuk menyerap ke dalam sumbu. Lantas balang hitam berlubang yang menyerkup sumbu minyak diangkat. Sumbu tadi di bakar dengan menggunakan nyalaan kertas suratkhabar yang dikoyak..

Bubbbb...api menyala terang..
Oh! Api terlalu marak. Punat mesti diketatkan sedikit. Minyak terlalu banyak menyerap ke dalam sumbu dapur. Kalau api marak, bontot periuk akan hitam dengan jelaga. Nasi pulak akan masak terlalu cepat di bawah tetapi mentah di bahagian atas. Api mesti disederhanakan nyalaannya.

Kemudian nyalaan api menjadi biru. Anak kecil 9 tahun itu merasa lega. Kini boleh lah dia menyambung bermain batu seremban. Batu tujuh biji yang di lambung dan disambut secara bergilir gilir itu. Permainan itu cukup menggembirakannya. Permainan yang cukup cekap dilakukannya.
Anak kecil leka bermain batu seremban itu seorang diri. Dia mengira ngira berapa sudah jumlah batu yang berjaya disambutnya.
Nasi yang telah ditenggeknya langsung tidak diingati.

Tiba tiba...bau nasi hangit menerjah hidungnya.

"Oh! tidak....nasi dah hangit..Matilah aku dikerjakan ibu"

.
.
.
.
.

sekian

Milik siapakah..

Salam,

Aku meninjaunya dari kejauhan. Menilik nilik dengan kamera Nikon S200 aku yang kecil comel ini...
Ahhh..Tak boleh nak fokus dekat. Kelabu aje kalau zoomm..
Hmm..kalau lah..
jangan angan angan lagi!!

Jadi, dari jendela bilik penginapanku di tingkat 5 Mahkota Hotel itu, ini sahaja yang aku boleh klik kan. Aku melihat deretan kedai di seberang sana..
Kelihatan juga satu kubah keemasan bercampur biru.

"Masjid apakah di seberang sana tu?" detik hatiku.

"Abang, kedai kedai tu siapa yang dirikan bang?" tanya aku pada siDia.

"Entahlah..terbengkalai tuu..Abang pun hanya tahu bila TV3 highlight baru baru ni"

"Terbengkalai? Tu masjid tu masjid apa..siapa yang pergi? Jemaahnya siapa?" tanyaku lagi.

"Mana la abang tahuuu.."


Suami aku mengajakku meninjau ke seberang tempat projek terbengkalai itu selepas sarapan pagi hari Selasa itu. Oh..rupa rupanya masjid yang kami nampak dari tempat penginapan kami itu dinamakan Masjid Selat Melaka.

Hmm..sebuah masjid baru. Berhadapan laut. Ala ala masjid terapung di Terengganu. Tapi tidaklah sebesar masjid terapung di Terengganu itu.

Aku mengambil satu dua gambar. Cantik masjid ini. Tapi aku tertanya tanya..siapa yang datang bersolat di sini kalau kedai kedai yang di sekelilingnya telah terbengkalai.
Sayang...
apakah tujuan masjid ini didirikan kalau tiada yang datang berjemaah di sini.


Deretan bangunan di kelilingnya tidak berpenghuni. Kalau tidak, mungkin dapat mengimarahkan masjid ini....
Kalau dibiarkan masjid ini terpencil begini..aku risau ianya jadi SEKADAR HIASAN atau mungkin juga akan jadi tempat sang teruna dan dara memadu kasih asmara...
Hmmmmm.....alangkah ruginya..
wallahualam..
sekian...

Wednesday, June 03, 2009

Mano den tak berguling sakit pewut..

Salam,
Makan boleh sebarang makan
Cakap jangan sebarang cakap..
Den bantoh!!
Jangan makan sebarangan..
Cakap pun keno eeii jago jago..
Aduhai..tak gheti aku nak cakap NOGOGHI ni.
Rasa macam balik PUTU RIKO jer kalau cakap NOGOGHI..
Sampah sarap kat atas tu le yang aku mentekedaghah sampai sakit pewut guling guling.
Mujurk ada nyawa lagi..
Kalau tidak..tinggai kenangan la blog aku ni.
mesti ada yang rindu kan??
ha ha ha...perasan..
Malam PERTAMA kat Melaka tu kawan suami aku belanja.
Pi sampai UJONG PASIR..
makan seafood ngan nasi lemak melaka haluuuusss gitu.
Waktu dok kat hidangan..
aku paling dekat ngan KUPANG ( kat tempat aku, rasanya kami pangge LOKAN )
jadi aku dok mengadap KUPANG la yang banyaknya..
suami aku dok dekat ngan sotong goreng tepung ngan udang bakar..
dia tibai cukup cukup la sotong goreng tepung.dia memang tak pandang kerang kerangan ni..
sotong goreng tepung tu memang sedap..CRUNCHY gitu..
Ikan merah bakar tu pun sedap bagai nak rak..
Ketam..meleleh ayark lioG!
tapi kupang ni macam ada mentah sikit..
tapi dek kerana segan la juga nak menjangkau jangkau tangan..
maka aku rataaahhhh la kupang..
Malamnya perut aku OKAY lagi..
dalam perjalanan ke JB pun OKAY lagi..
mujurk la kan!!
tapi dalam pukul 4 petang Ahad tu sakitnya perut memulas mulas..
Mula mula gi toilet ingat dah okay..
oooooo jangan memain ler..
Muntah sampai mencengkam perut..
Suami aku pulak meeting sampai 6 setengah lebih ngan client.
Pi sight visit lagi..
Malam baru boleh melilau cari klinik.
Dah la tak biasa ngan JB.
Aku pulak dah lembik..
Entah kat mana suami nampak farmasi..
singgah beli ubat...
KLINIK MOSTLY TUTUP..
hari AHAD!!
Makan ubat dalam farmasi tu jugak..
keluor farmasi jer..
BLUEEEEKKK..
tapi kak farmasi tu bagi ubat tidur yang dah ada effectnya..
aku tidur sepanjang perjalanan balik ke Hotel..
pastu sambung tidur dan terjaga pukul 3.30 pagi..
wehhh..tak solat maghrib dan Isya' lagi..
Jama' pukui 3 pagi...
JANGAN MEMAIN NGAN KERANG KERANGAN..
like Nizam said KERANG KERANGAN ni dok kat dasar..
depa telan mendapan yang kat bawah gak..
akuagak keladak yang depa telan tu, turut sama masuk perut aku..
aduiii..
jadi kepada semua
take care semasa bercuti ni..
okay
sekian

Dah sampai Bangi semula..

Salam..
Aduiii la..badan aku lenguh bagai nak rak. Sepatutnya kalau jalan jalan mestilah relax kan? Alaaa..kalau dah berjalan ngan budak kecik dua orang ni memang begini lah..
Melayan kerenah budak berdua ni ditambahkan pula dengan si Rahmah, Raudhah dan Huda..Yang besar besar tu tak de masalah dah..Pandai jaga barang barang sendiri dan boleh menolong kita..
Sampai dari Melaka petang semalam around 4.45 pm..

tengok pulak baju yang bertimbun dalam bakul dan tepi mesin tuuu..

HMMMMMM..

hari ni siDia kena gi kerja..he he he..lepas Subuh, aku sterika baju dia..bantai tidur

Sampai rumah baru terasa keletihannya..

sekian

Tuesday, June 02, 2009

Eye-On-Malaysia..

Salam,
Tumpang dah sampai Melakau ni teringin lak nak naik Roda Besau tu..
Chewaaah..
Jadi bila ianya dekat jer dari Mahkota Hotel ni, kami pun pergi le pukul 8 malam tadi.

Jangan tak MERASAAAA..naik pusing pusing.
Waktu RODA BESAU ni ada kat Taman Tasik Titiwangsa hari tu, tak teringin pun pergi..
Bila dia tersadai kat tepi Selat Melakau ni.....eh..naik pi lah kan..

Tengok Rega : Dewasa RM20, Kanak kanak RM10

Yang pi..aku, suami, Maryam..ni kira dewasa la ni..
Kanak kanak pula si Raudhah dan si Rahmah tu.

Husna dan Zainab ngan Huda, Muhammad dan Mawaddah tinggal kat bilik.
Depa dok tengok TV ngan ngadap komputer.
Huda dah berendam petang tadi kat kolam macam ngantuk jer..

so kalau kira mau RM 80 melayang..
tup tup tunjuk MYKAD dapat 50% diskaun..
worait laaa tu..naik round 6 kali.
Dok ingat tak mau berenti dah roda tu!!
Ha ha ha.

Yang si Raudhah dok kecut perut..si Rahmah lak dok over excited..
Hei..macam macam ada budak budak ni..
Tengok bawah nampak antara seriau ngan dak je la...

Aku rasa kalau depa buat macam kita dok naik roda kat fun fair...
open air gitu... baru ada thrill..
he he he...rasa angin sepoi sepoi bahasa gituuu..
ni macam naik elevator bercermin je laaahhhh...

anyway..NICE VIEW ...MELAKA AT NIGHT!!

(gamborrr?? alaaa banyak blurrry jer..nantilah sampai ghumah aku update gambor..)

sekian

Monday, June 01, 2009

Bangi-Melaka-JB-Melaka..

Salam..

Dari Bangi ke arah Selatan,
Singgah sebentar menjenguk kak Chah,
Makan malam udang, ketam dan ikan,
Sakit perut lalu termuntah..

ha ha ha.....dondang sayang..

Dari Melaka turun ke JB,
Perut menyanyi tak sedap sungguh;
Nasib baik jumpa farmasi,
Kalau tidak, berjaga sampai ke subuh..

Masjid Abu Bakar indah dan anggun,
Istana Lama cantik berseri..
Danga Bay kini kian membangun,
Pantai Lido kesian...makin menyepi..

Rumah kawan di Jalan Abdul Samad,
Kawan lama di Universiti dulu;
Malang sibuknya yang teramat amat,
Tak pelahhhhh..aku balik dulu..

Kawan sekolah di Pasir Gudang,
Bila telefon tak dapat dapat.
Tengok tengok dah sampai Mersing..
Takpalah..kita buat hal masing masing..

he he he..
wei Mike..
aku tau la..hang takut aku serang hendap ghumah hang!!

Kalau bukan kerana kerja,
Tidak aku sampai ke JB,
Suami kerja..aku mengekor saja,
Umur panjang jumpa lagi..

Mentang mentang dah sampai Melaka,
Mahkota Century tempat lepak kami,
Malam ni nak makan apa??
Oh NO!! Serik nak tengok kerang kerangan lagiiiii!!

..............dondang sayang........apa yang berdondang?
perut aku yang tak berapa nak baik lagi.....

sekian..

Selamat berangkat..

Salam,

Kelmarin aku dapat sms dari bonda. Message dari bonda ni selalunya aku tak berapa nak faham sebab mak aku ni pun pakai singkatan singkatan gak kalau hantar message. Tapi message utama yang nak disampaikan tu aku dapat ler..

Okay..
Message utama :
adik aku si Budin, si Kak cik dan si Dik Na akan berangkat ke tanah suci pada 4/6 ni. Flight 11 am dari KLIA. Untuk mengerjakan UMRAH.

Message sipi sipi :
Tidur rumah opah Yan kat Putrajaya
(al maklum rumah aku sesak napas..rumah adik aku si Oman kat seksyen 8 tu lagi laaa sebab rasanya tak pindah masuk lagi ke rumah sebenarnya di seksyen 7....barang barang dok bertimbun lagi dalam kotak..)
Yang rumah Opah Yan ni pun aku tak tahu lagu mana..sebab hari tu dia dok pangsapuri kat precint 9. Ni kata dah pindah dapat rumah bawah...whatever la kan..sebab aku pun pening gak ngan makcik aku yang sorang ni. NOMAD sikit...
ha ha ha..seronok pindah randah...

Okay dengan message utama itu, aku ucapkanlah Selamat berangkat kepada adik adik yang bertiga tu menuju rumah Allah di Mekah dan selamat mensziarahi Rasulullah di Madinah.

Tips apa ek yang sesuai ?

1) Betulkan niat..( mana lah tau..he he he...kut niat nak melancong atau melencong lak kang..)
2) Dalam kapalterbang, kalau tak tahan tu bawak le minyak cap kapak ke ape..ke..macam aku ni memang mabuk naik kapalteghobang....KALAU TAK MUNTAH kira dah cukup bagus ler tuu..
3) Sampai sana sila buat ibadah khusus betul betul..Kat Madinah tu..kalau dapat masuk le ke kawasan Raudhah tu selalu...especially adik aku yang pompuan tu sebab waktu orang pompuan nak masuk ke sana dihadkan..
4) Ziarahlah makam makan sahabat.
5) Kat tempat tempat yang tertentu, jangan lupa baca doa doanya..
6) Kat Mekah masuklah ke kawasan yang doa MUSTAJAB..Hijr Ismail a.s, Makam Ibrahim a.s, Depan pintu kaabah. BERdoa banyak banyak. Solat sunat puas puas dan kat MEKAH perbanyakkan TAWAF SUNNAT sebab sampai kat tempat lain ibadah ini tiada especially selepas waktu asar dan waktu duha.

7)...least but still important....pergi mana mana pastikan waktu naik kenderaan orang lelaki naik dulu..tapi waktu nak turun kasi orang pompuan turun dulu..

lelain tu..membeli belah?...tak yah lebih lebih sangat!!
well...hopefully anda semua mendapat Umrah yang mabrur...

dan sampaikan salam saya pada Rasulullah..

sekian.