Wednesday, December 12, 2012
Korban..
Mereka menyatakan makna korban.
Mereka menyusunkan senarai kebaikannya.
Mereka menghurai, mengaitkan cerita dalam pelbagai suasana.
Aku mendengar.
Tunduk.
Mengira ngira sejauh mana pengorbananku.
Perlukah aku termenung?
Perlukah aku mengira?
Perlukah aku memikirkan semua itu.
Siapa aku?
Insan kerdil hina dina.
Mungkin lebih kerdil nilaiannya dari nyawa seekor lembu.
Sungguh ironi.
Lembu itu lebih gagah.
Tidak seperti aku yang lemah.
Nyawanya melayang lebih beerti.
Aku, kamu dan mereka..
Nyawa nyawa yang masih melekat di badan dan anggota.
Apa erti korban buat aku dan kamu serta mereka?
Hah!
Setitik keringat sudah berkira kira...
Selaung suara sudah mengata ngata..
Setitik darah terasa lelah..
Sogokan wang merah, jingga dan hijau biru
Yang kamu tadah..
Cinta kamu hanya lompong..
Sombong pada tuhan
megah dengan gagah dan wajah
cinta kamu hanyut pada yang fana..
Kalimat 'korban' hanya mainan?
sekian
Thursday, June 21, 2012
Budak budak sekolah..
Setiap anak mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Ada anak yang dikurniakan suara yang baik, boleh menyanyi, boleh berpuisi, boleh mengaji dengan baik. Tetapi semua kemahiran menyanyi, berpuisi, mengaji itu datangnya dari latihan dan pengajaran yang baik dari guru guru jua. Kalau sekadar berserah kepada kurniaan Allah swt semata mata mana mungkin anugerah itu dapat digilap menjadi kilauan yang berharga.
Ada anak yang dikurniakan kemahiran melukis dengan baik. Tetapi itu jua perlukan bimbingan.
Ada anak mempunyai bakat terpendam dalam kulinari. Kemahiran dalam kulinari jua akan menjadi lebih baik kiranya latihan dilakukan sehari hari. Pendekata setiap sesuatu hobi, kurniaan, bakat atau sebagainya akan lebih bermakna jika dilorongkan kepada pendekatan yang betul.
Hari ini aku berperanan sebagai ibubapa...( sememangnya lah aku telah bergelar ibu dan suamiku sebagai bapa semenjak 21 tahun lebih yang lalu )...manakala guru sekolah rendah pula bertanggungjawab untuk
" Kalau dia nak dipilih sebagai pelajar cemerlang, dia perlu jadikan markahnya 90% ke atas " kata cikgu budak tu.
Aihhh..cikgu ni...Aku tak der ler nak paksa anak aku pulun gila gila pulok. Dia baru derejah 5. Bior jer le dia buat apa yang dia mampu. Jangan le lebih lebih cikgu oooiii..
Karang OVERDOSE pulok!
Itu hanya kata kata aku di dalam hati.
Aku hanya senyum dan hangguk hangguk jer memandang muka cikgu dia yang jauh lebih senior dari umurku.
" Tahniah la kerana kedudukan yang baik ini " kata cikgu itu sambil memandang muka budak tu.
" Err..kakak dia cik Mah ye? Jenab pun ? " tanya cikgu tu lagi.
Aku hangguk hangguk lagi sambil tersenyum, " Alhamdulillah..ya semua tu anak saya "
Alamak, udah femes le pulok nama laki aku kat cikgu ni. Almaklum... anak berderet.
" Ada kakak dia yang form five kan?"
" Ada, si Una.."
" Oh...ya ya..budak yang pandai syair dulu tu...Dia kat mana sekarang?"
Aku pun memberitahu yang si budak Una telah belajar di sebuah sekolah di Negeri Sembilan.
" Bagus la tu, nanti kirim salam kat dia "
Aku bangun perlahan lahan sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan cikgu budak tu dan minta diri untuk pulang.
Okay, anak anak sekelian...
MAINTAIN nama ayahanda korang kat sekolah tu, ye!
hahaha..
Yang budak budak kecik di tadika JUGA!!! Kena ingat...
Harapan ummi satu jer :-
Let's konker the world!!
Gegarkan dunia!!!
INSYAALLAH!!!!
UMMI berkobar kobar dah nihhhh!!!
KAH KAH KAH...
YO la tuuuuuuuu......
.
.
smile...
sekian
Wednesday, November 03, 2010
Raya Haji..
Sepatutnya Raya Haji kita kena meriah kan?
Patutnya cuti 3 hari berturut turut..sebab TAKBIR RAYA pun 3 hari 3 malam.
Nak buat upacara korban pun senang.
.
.
.
Tapi kebanyakan tempat kerja dapat sehari jer?
.
.
.
AKU?
Aku tak kisah laa..
Sebab aku memang tak balik kampung.
Raya Haji sentiasa disambut di tempat yang aku menetap.
Seingat ingat aku, sewaktu di sekolah menengah dulu pun, aku memang dah tak balik kampung kalau time raya Haji.
Tambahan pula, aku ada seorang makcik yang menetap di Perlis jadi kalau kena kosongkan asrama maka aku akan balik ke rumahnya sahaja. Kalau tidak pun, aku pergi rumah kawan kawan di Perlis.
Masa time hari raya, kami pakat pakat round rumah kawan kawan dan cikgu cikgu di Perlis sana tu.
Bila dah kahwin dan menetap di KL, cuti raya Haji terlampau singkat. Sehari dua sahaja. Tak berbaloi nak balik especially masa awal tahun 90'an dulu. Hiway PLUS masih tiada lagi. Nak mengharungi jammed di Lebuhraya Persekutuan sangatlah meletihkan. Kalau tiba di pekan Bidor, Tapah dan sebagainya jammed bagai nak RAK. Kereta pula MANUAL. Hmmm..amatlah menyiksakan.
Sambutan di KL agak meriah kerana di kebanyakan surau atau masjid akan adakan majlis korban. Semenjak di Wangsa Maju lagi, aku suka gotong royong di surau.
Bila tinggal di Bangi, aku juga suka menghadirkan diri acara gotong royong dan masak memasak ini. Waktu inilah kita akan dapat ramai kenalan dan dapat beramah mesra dengan jiran jiran.
Tahun ini pula bagaimana?
Aku tak tahu la..
Mungkin masih ada majlis korban. Tapi gotong royong masak memasak pula?
Hmmmm..surau di tempat aku ni tengah buat RENOVATION. Nak buat tembok/benteng antara longkang besar dan kawasan surau.
Ramadhan hari tu hujan lebat. Longkang besar sebelah surau rebak dan membahayakan keadaan di tepi surau. Surau kami pula ada kelas untuk pelajar Tahfiz Ummah. Tentulah ibubapa turut bimbang keselamatan anak anak mereka yang ke kelas itu.
So...tahun ni kalau ada gotong royong masak masak MUNGKIN aku pergi la.
Kalau tidak, lepas solat raya ( kalau boleh solat la) aku lepak lepak kat rumah macam biasa.
.
.
.
Cuti pun sehari jerr..
sekian
Tuesday, September 28, 2010
Tsk..tsk..tsk..
" Tudungnya labuh sampai menutup punggung. Alhamdulillah..Stokinnya juga panjang sampai ke lutut. Alhamdulillah..Tapi tiba tiba kami menangkap anak gadis berusia 16 tahun ini dengan abang angkatnya sedang melakukan zina di dalam semak di suatu tempat perkelahan dalam keadaan tudungnya masih di kepala dan stokinnya masih di kaki," kata Ustaz Zul yang datang bersyarah di Surau Annur.
" Puan puan sekelian, jangan sangka anak perempuan yang kita hantar dengan penuh harapan ke sekolah agama bagi tujuan menjaga akhlak mereka tidak terlepas dengan penyakit yang sedang serius melanda kita hari ini" sambung Ustaz itu.
Berderau darah aku mendengarnya..
Hmm... fenomena apakah yang melanda sekarang?
Penyakit SOSIAL yang terlalu gawat sudah sukar di bendung.
Labuhnya tudung tidak menggambarkan LABUHNYA IMAN.
Panjangnya stokin tidak melambangkan PANJANGNYA FIKIRAN.
Penzinaan mata, telinga, hati, fikiran yang hebat mungkin mendorong ke arah perbuatan zina.
Dosa dosa kecil yang lama kelamaan bertitik dan bertindih dalam hati menyebabkan ianya bertapok dan bertompok tompok hitam menutupi segala lapisan nipis iman yang ada.
Melayani bisikan syaitan, melayari kehendak nafsu, menuruti rasa ghairah yang membuak buak tanpa ada rasa takut dengan pemerhatian Allah menyebabkan rata rata orang melakukan dosa dosa besar.
" Adakah puan puan menyangka anak remaja hari ini samada yang ke sekolah agama atau sekolah kebangsaan biasa tidak terdedah dengan pengetahuan SEKS?" tanya Ustaz Zul lagi.
" Puan puan perlu ingat bahawasanya hari ini gambar gambar lucah, cerita cerita lucah hatta anak anak sebesar 5 atau 6 tahun pun boleh mendapatkannya melalui internet kerana internet adalah informasi tanpa had dan sempadan."
Ya..apabila segala kemudahan disalahguna maka jadilah masalah yang bertimpa timpa sebegini.
"Apabila kami tanya anak gadis ini di mana dia mengenali abang angkatnya itu. Dia menjawab melalui internet sahaja."
Oleh kerana ayah dan ibu melarangnya keluar rumah maka internet adalah saluran di mana dia bersosial. Dan melalui laman facebook dia mengenali abang angkatnya selama setahun. Dia tidak pernah mengenali abang angkatnya secara LIVE maka oleh kerana perasaan ingin tahu, dia menyuruh abang angkatnya menyamar sebagai saudara dan menjemputnya keluar pada satu hujung minggu dari asrama.
Kunjungan dari 'saudara' itu akhirnya menyebabkan dia menyerahkan tubuh dan segala galanya demi rasa cinta yang mesra dan tersemai selama setahun.
Ini adalah salah satu dari pada jutaan kisah yang saban hari kita dengar.
Apa tindakan kita?
Apa penyelesaian kita?
Anak anak remaja yang telah 'rosak' akibat dari berfikiran pendek. Kita cuba mendidik mereka dengan menghantar ke sekolah agama juga tidak terlepas dari perbuatan zina.
20 atau 25 tahun yang lalu di sekolah sekolah menengah AGAMA mungkin tidak ada langsung kejadian sebegini.
20 atau 25 tahun yang lalu di pusat pengajian tinggi sukar untuk mendengar perkataan SISWI MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH.
Tapi hari ini, samada anak remaja itu ke sekolah agama atau ke pusat pengajian tinggi yang mempunyai perkataan ISLAM, dia mungkin tidak terlepas dari gejala sosial yang ROSAK DAN RANAP ini.
Kenapa?
Tepuk dada tanya iman kalian..dan pandang pandanglah serta tinjau tinjaulah keadaan anak anak remaja kalian. Mungkin kita tidak menduga hari ini kita cuba menatang dan mendidiknya supaya kekal berakhlak tetapi segala perlakuannya yang buruk MUNGKIN terlindung di sebalik 'labuh tudungnya' itu. Innalillahi wainna ilahi rajiun...Astaghfirullah...
sekian
Saturday, August 21, 2010
Pilih nak yang mana..
Lepas Subuh tadi pergi dengar kuliah lagi. Bulan puasa ni tu yang bestnya. Rajin sikit dengar kuliah subuh. Bulan lain tak tentu..sebab banyak dengar dari rumah jer. Mentang mentang surau sepelaung. Kalau dah dengar dari rumah maka banyak yang keluar telinga kiri berbanding yang masuk ke telinga kanan..
Kalau Sabtu lepas, aku banyak angguk angguk, kali ni tengkuk aku lebih POWERFUL. Aku dapat menahan tengkuk aku dari loihhhh tunduk.What a SURPRISE!!
Kali ni juga aku dan suami travel keluar dari kawasan kariah kami. Kami ke seberang jalan besar menuju ke surau yang telah diperluaskan...Surau berdekatan rumah seorang Ulama' di BBBangi ini. Surau Annur. Surau ni lebih aku suka pergi terutama kalau pagi Ahad jam 9.30 pagi...Yaaa..waktu kuliah pengjian untuk orang POMPUAN! Kalau sesiapa nak datang sesangatlah dialu alukan.
Okay..berbalik kepada kuliah Subuh pagi tadi kan.
Hmmm ada satu statement yang best yang ditanya oleh Ustaz.
Given the choice, which one do you prefer?
Nak suami you all mati dulu ke?
ATAU
Nak diri you all mati dulu?
hahahah..
.
.
Apa punya question kan?
Sebab Ustaz tu bincang termasuk soal mati la.. Apa nak marah...lagipun kita semua akan mati kan? Mahu atau tidak, semua kita BAKAL BAKAL JENAZAH belaka nih!!!
Ustaz tu beritahu yang bagus kalau si isteri mati dulu maka suaminya boleh tolong solatkan jenazahnya, boleh tolong usung jenazah isterinya serta boleh tolong sambut jenazah isteri dan masukkan dalam liang lahat.
Sedangkan kalau suami mati dulu, selalunya si isteri tak buat semua tu..
AMACAM??? ada betui??
hehehehhehhe..
.
.
Ustaz tu BERGURAU saja sebenarnya SEBAB DO WE REALLY HAVE THE LUXURY OF CHOOSING WHO'S GOING TO DIE FIRST?
.
.
.
................mana boleh.
TIBA SAAT dan MASA....Selamat jalannnnnn.
Friday, June 25, 2010
Teratai bunga indah..
Setiap hujung minggu, kalau aku rasa rasa nak keluar jogging, aku akan mengajak si Dia berjogging di Taman Tasik Chempaka, BBBangi ini.
Keluar mesti pagi pagi, around 7:15 atau 7:30 am, kami sudah berada di sekitar taman tasik itu. Kami jarang jogging waktu petang sebab aku suka suasana pagi. Sejuk, tenang dan mendamaikan.
Dan kalau hari Sabtu, bila jam 8 am ada acara senamrobik, aku kadang kadang turut serta. Ya..aku terlompat lompat..terkinja kinja..hahaha...
WOII.....aku tahu apa yang korang fikirkan.
Acara senam robik itu memang sesuai untuk ibu ibu dan bapak bapak setaraf dengan saiz badan aku, okeh?!
Dan takkala aku round round di tasik Chempaka itu beberapa minggu kebelakangan ini, aku sudah mula perasan ada pokok pokok teratai yang bunganya berwarna merah tumbuh di tepi tepi tasik..
"Cantiknya," kata hatiku.
Aku nak ambil gambar guna Nikon DSLR aku bila bila nanti.
Selalunya aku tak bawak NIKON DSLR kalau pergi jogging. Nantilah yer..
Sementara tu aku boh jer gambar lukisan dari MONET ni untuk tatapan sedara sedari sekelian.
Walaupun bukan ORI..tapi aku rasa okeh la kan...

All of sudden aku rasa nak dongar Ramli Sarip dendang lagu TERATAI...Seripah AINI's??...Nak Ramli Sarip gakkkk...hahaha
Oh teratai bunga indah..
engkaulah pujaan hatiku
telah lama kurindukan
wahai teratai bunga indah...
..LAYANNNNZZZZZ...
sekian
Friday, November 27, 2009
Salam Eidul Adha
Hari ini hari raya Eidul Adha 10 Zulhijjah 1430. Ianya bersamaan dengan 27 Nov 2009 jatuh pula pada hari Jumaat.
Jemaah surau yang buat korban tak laksanakan korban pada hari ini sebab hari ni hari ni Jumaat takut tak sempat selesai kerja sebelum tiba masa Jumaat.
Jadi pepagi besok around 7.30 am, geng geng yang menyembelih lembu akan mulakan kerja.
Selalu hari raya korban ni, aku memang tak balik kampung.
Raya korban suka gotong royong kat surau.
Gotong royong bahagian masak memasak.
Sembelih lembu?
Siapa nak bagi orang pompuan sembelih lembu?!!
he he he..
Jadi orang pompuan ni kebiasaannya sewaktu orang tumbang dan sembelih lembu, dia jenguk jenguk kejap. Lepas tu dia sambung kupas bawang, hiris bawang, blender "AWAS-AWAS"
( awas-awas= bermaksud bumbu atau perencah) yang hendak digunapakai untuk memasak daging lembu itu nanti.
Di surau aku ni, saban tahun beginilah aturkerjanya.
Selalu menu masakannya ialah nasi + sup tulang, kari daging, goreng hati+daging berkicap, sambal belacan, ulam ulaman + air asam.
Bila dah selesai upacara penyembelihan selalunya geng yang kena masak ni sama sibuknya dengan geng yang potong daging.
Sebahagian daging yang dikorbankan itu diperuntukkan untuk buat masakan dan dijamukan kepada jemaah surau.
Jamuan makan itu adalah makan tengahari selepas solat zohor.
Sup tulang itu pula sepatutnya dimasak paling awal.
Sebab sebaik selesai solat zohor daging pada tulang itu nak kena empuk dah.
Kalau mula masak pukul 9, maka dapatlah direbus daging itu 3 jam...dah kira cantik dah sup tu.
Daging yang dipotong nipis nipis dan dimasak kari lebih senang empuk. Begitu juga dengan hati+daging yang dimasak kicap.
Memang seronok gotong royong dan makan tengahari bersama sama jemaah surau berdekatan rumah ini.
Baru MESRA ALAM!! Dapatlah bermesra dengan qariyah surau ni.
Gitulah...
Hmmm tapi raya tahun ini, selepas Jumaat nanti mungkin nak balik rumah mak mertua di Ipoh sekejap. Kemudian terus ke rumah kakak aku, Yong, di Bota. Adik adik lain pun semuanya berkumpul di sana.
Malam ini mungkin lepak RUMAH HINGGAP si BUDIN. he he he
.
Wednesday, November 25, 2009
Cuti sekolah ek?
Okay...
Mak Ngah tahu sekarang ni tengah cuti sekolah.
Mesti releks relek depan TV atau main game kat komputer.
Atau tengah lepak lepak kat shopping komplek.
Amboooooiiiii....
Dah beli kasut?!!
Dah beli baju?!!
Wah!! yang nak naik darjah satu la tuuuu...
Semangat berkobar kobar kan?
Mak Ngah pun agak TERsiksa dok rumah.
Asek dengar anak anak bertekak.
Okay...ronda ronda sendirian.
Ambik gambar sekolah sekolah kebangsaan.
Sekitar Bandar Baru Bangi ni.
Gigih tak Mak Ngah?
HA HA HA HA..
gelak orang TENSION!!
Telah mendapat status SEKOLAH KLUSTER pada tahun 2009.
Nama : Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Lokasi surau di Seksyen 3, BBBangi
Ini adalah gambar gambar dan lokasi surau yang berada di dalam seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Bagi mereka yang melalui seksyen 3 dan ingin menggunakan kemudahan di surau surau ini, informasi di bawah mungkin dapat membantu anda.
SURAU ABDUL RAHMAN A'UF
Lokasi : di Jalan Utama 3/1 dan 3/26
Terdapat Tadika Tahfiz yang berhadapan dengannya
serta
taska Cahaya Ummah di sebelahnya.
Berdekatan taman permainan kanak kanak juga.
Di surau ini terdapat kelas Tahfiz Ummah (untuk kanak kanak 7-12 tahun),
cawangan Abdul Rahman A'uf .
Bagi penduduk sekitar, surau ini juga mempunyai kelas kelas pengajian yang aktif dijalankan selepas Maghrib dan Subuh.
Qariyah terdiri daripada penduduk sekitar jalan 3/20 dan seterusnya.
Dikelilingi perumahan rumah teres dua tingkat.
SURAU BANGI PERDANA
Lokasi : di Jalan 3/1 dan berhadapan deretan Kedai Bangi Perdana
Mempunyai taman permainan yang selesa berhampirannya.
Solat Jumaat telah dapat diadakan di surau ini.
Surau ini masih memerlukan perbelanjan untuk menyiapkan pagarnya.
Qariyah terdiri daripada penduduk yang mendiami perumahan rumah teres dua tingkat di Bangi Perdana.
SURAU ASSOBAH
Surau ini adalah surau yang paling awal didirikan di Seksyen 3, BBBangi.
Sunday, November 22, 2009
Majlis Khatamul Quran dan Penyampaian Hadiah
Pada hari ini telah berlangsung acara gilang gemilang Majlis Khatamul Quran dan Penyampaian Hadiah bagi pelajar pelajar kelas Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi.
Kelas Tahfiz Ummah ini mempunyai cawangan sebanyak 15 buah di usahakan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia atau dikenali dengan nama ABIM.
Ianya bertaburan di setiap pelusuk qariah surau di Bandar Baru Bangi ini.
Cawangannya ialah Al-Abrar, Al-Amirin, Al-Ehsan, Al-Hasanah, Al-Ikhlas, Al-Ikhwan, Al-Kausar, Al-Madani, An-Nur, Ar-Raudhah, As-Sobah, Bangi 3, Damai, Bukit Mahkota, Seri Putra.
Majlis hari ini ialah majlis yang ke 22. Berlangsung di dewan Kuliah Utama Pusat Pengajian Islam, Masjid UNITEN.
Anakku si Zainab menyertai Majlis Khatamul Quran tersebut serta juga menerima hadiah. Begitu juga adik adiknya si Rahmah dan Raudhah.
Di bawah ialah gambar gambar majlis tersebut.
..
.
Sebahagian ibu bapa yang hadir
..
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh adik Huzaifah dan Muhammad Najmi.
Kemudian ada 3 ucapan..Letih ooooo..
Kemudian Majlis diRASMIkan!
.
.
.
Kemudian baru start Majlis Khatamul Quran diikuti doanya....
Anak anak yang khatam Quran dibimbing oleh Us Zulkifli Yusuff PHEP, UniTEN
..
Selesai bacaan doa dan pelajar kembali mengambil tempat..
tu dia baru nampak anak aku, si Jenab!!
Ada persembahan nasyid dari pemenang Majlis Ihtifal, Kumpulan Nasyid Bangi 3.Lepas itu baru Majlis Penyampaian Hadiah....
.
.
.
Majlis hampir selesai bila ketiga tiga orang anak mendapat hadiah masing masing..
..
.
Dah selesai pun...posing tepi pagor Masjid UNITEN pula!
Tunggu abah jemput...
Alhamdulillah...Zainab telah tamat mengaji di Kelas Tahfiz ini.Semoga segala bimbingan Ustaz dan Ustazah dapat diingati sampai akhir hayat.
..dan semoga mereka yang mengajar anak anak aku ini mendapat pahala berlipat ganda di akhirat kelak...InsyaAllah..terima kasih Ustaz dan Uztazah..
.
.
.
sekian
Thursday, November 19, 2009
Lima jari..
Hari ni RESULT UPSR keluag...
Mak Jenab selamber lenggang kangkung keluag awai dari sekolah tedikernya.
Pukul 11:30 dah tercatuk kat kantin.
Sebab cikgu dia kata pukul 11:30 boleh ambik result dah.
Tunggu sembang..tunggu sembang..tunggu sembang..
PERUT aku pun bersembang juga.
Sama rancak ngan mulut!!
Bila anak dah masuk yang ke empat, kurang dah debaran.
Tak macam mula mula ambik result Kak Aisyah dulu.
Waktu ambik result Maryam,aku yang KERIAU....UNSANGKAREBEL..
Waktu ambik result Husna, dia yang bagai nak ghak keriau....aku biasa jer.
kali ni..dengan result Zainab, aku?.. setenang air di TASIK!! ha ha ha ha
Releks jer..dapat berapa pun aku terima.
PUKUL 12:30 baru slip dapat kat tangan bebudak.
Sekolah Kebangsaan Jalan 3 BBBangi ada 128 orang yang dapat 5A..
Out of tiga ratus lebih pelajar darjah enamnya.
well...ALHAMDULILLAH...Zainab antara yang 128 orang itu.
Nangisss??? Jenab jer..
aku? sengihhhhh..
SYUKURRRRR!!
sekian
Sunday, November 01, 2009
I am still so glad..(macam komen je entry nih)
Terasa keriangan di hati ini..entah kenapa..
Mungkin ianya disebabkan hasrat aku yang ingin bertemu adik adik bloggers telah tercapai.
Terasa hati ini berbunger bunger kerana aku tidak hanya mengenali mereka di alam cyber lagi tetapi kini telah bersua.
Mereka mungkin antara yang dapat mendengar dan membaca isi dan luahan hatiku.
Mereka juga mungkin antara yang mengikuti cerita ceritaku.
Mereka juga antara yang sudi membaca karangan dan coretan di "Hanya Persinggahan".
Tapi apa yang lebih penting, mereka sudi meneruskan ukhuwah yang telah terjalin di alam cyber ini.
I am really touched!
Terharu aku dengan kedatangan dan kesudian Tijah berjumpa kakpah dan aku.
Well, memang tidak dinafikan you nampak agak nervous.
Relax Jah....he he he.
Aku makan seperti juga orang normal.
Bukan monster macam cerita Halloween kat Tibi musim sekarang ni.
Dan ko memang comel!! Macam juga Chem..
Cuma tak sempat akak nak berkenalan dengan CHEM itu!!
Insyirah lagi best...
Time akak salam ngan dia, tangan sejuk kedi.
Kesiannya laaa adikku nih!
Rasa nak suruh dia tarik nafas lepas...tarik nafas lepas...
Syirah, yang sungguh kiut..
( hei apasal orang nama Syirah ni muka kiut belaka? Anak sedara akak pun nama Syirah juga sebenornya.... )
Nanti sebelum akad nikah, akak cadangkan ko calm down, zikr banyak banyak..
Takut pengsan sebab nervous...he he he he...
Acah mak enon jerrrrr...
TM,
ko sungguh MATURED, dik!
really...I can feel it..
No wonder ko boleh baca fikiran orang lain..
I am soooooo happy kerana akhirnya kita berjumpa.
.
.
.
cuma akak nerves dengan Mr darling..he he he.
BETOOOOI!
Time ko ambik hadiah dari kereta, aku dah hilang kata kata..
ha ha ha
Oh ye...BTW, kad syirah itu akak dah simpan..nak pos pakai setem, kalau beri alamat boleh juga!
Kalau tidak, aku scan dan hantar melalui email..
Cikgooden,
he he he..masuk kali ni kita dah jumpa 3 kali so ko nih ibarat adik aku dah!
lepas nih aku nak suruh ko buat apa pulakkkk...ha ha ha ha
ko kena jadi adik yang baikkan?!
Bila la aku nak jumpa anak bini ko secara LIVE, kan?
Nizam,
seriously memang aku rasa macam aku tengah sembang dengan ahli keluarga aku.
sanak sedara yang dari belah Kampung Teluk Sena itu.
Muka kamu seakan akan muka adik mak aku!
Betullllll...
Of coz la, lebih MUDA.
Entah ke ada bau bau bacang juga..
Mana tahu kan?
Cuma menurut mak aku..( keturunan sebelah ayahnya), berketurunan Bugis.
Malangnya aku ni tak rajin nak kaji selidik dan BERSOREH...(mencari sedara mara)
Kak Ezza,
aduhhh..
GUMBIRA dapat jumpa akak sekali lagi. Apasal sekejap jer nak balik dah?
he he he cik abang akak tu nak merayap mana le pulak?!
DrSam,
Should I write in English?
Apasal dan dan rasa nak speaking pulak kan..
Ha ha ha ha..
My husband and I rasa sungguh bertuah dapat berjumpa dengan you.
You are so COOL!!
You really are!!
When you mentioned Kuala Ibai, it reminds me of one of our friends, Dr Muhammad Khazani.
Same age as you..Maybe sekampung nih!
Or maybe geng kampung berhampiran yang lawan tembak meriam time raya dolu dolu..
heh?
Well..apa punya entry nih..
Dah macam komen jer..
ha ha ha ha
Terasa benar kata kata DrSam.....( entry lamanya)
Berkawan menjadikan kita luas fikiran.
Menjalinkan ukhuwah sebenarnya memberi kedamaian di hati. Kita mungkin berbeza pendapat kerana kita adalah individu yang unik dan berbeza tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita bercakaran atau memutuskan silaturrahim sesama Islam.
Dan semoga ikatan persahabatan yang terjalin di alam cyber ini dapat diteruskan di alam realiti dan moga ianya menjadi saksi di akhirat bahawa suatu ketika kita pernah berkongsi 'RASA dan JIWA'..
eh...cam dah emosi sikit nih!
he he..
Kakpah dan Atuk Faris,
terima kasih from the bottom of my heart kerana di kenduri YANA yang sungguh ISTIMEWA itu telah menjadikan tempat pertemuan antara kita semua.
Semoga mendapat haji yang MABRUR..dan selamat menjadi tetamu Allah...
WAAAAAAA..aku cam nak nanges!!! ( bila aku nak dapat pergi nih???)
sekian
Saturday, October 31, 2009
Sekitar kenduri anak KakPah..
Suasana hari ini sebenarnya sejuk dek hujan gerimis yang turun membasahi bumi meskipun temanya adalah MERAH!
Dan...seumpama sekuntum Mawar Merah yang berada di taman Kakpah, kini Yana telah di'petik'..untuk menghiasi sebuah taman di Utara Semenanjung.
4)Debaran sepasang suami isteri melihat anakanda berdua tercinta.
5) Kegembiraan tergambar di riak muka saudara seibu sebapa.
Finally...the moment!
Aku baru dapat update pepagi ni...
Akad nikah anak kedua kakpah, YANA..dengan pasangannya Mr Zubir.
Sorry tak banyak gambar yang dapat diambil.
Majlis dihadiri oleh ramaiiiiiii orang.
Memang istimewa akad nikah ini!
I am so glad dapat datang juga walaupun petang kat sini hujan...tapi time majlis berlangsung, hujan dah berhenti terus.
Yang bestnya elok sampai balik aku kat rumah, hujan sambung semula...sampai pagi ni!
I hope hujan berhenti time berlangsung kenduri kakpah nanti.
well..pada teman bloggers yang nak datang, you are very WELCOME!!
Thursday, October 29, 2009
Cliffhanger..
Entah kenapa bila si Yuyee chop limau cerita pasal daki gunung Jerai maka aku teringat filem Sylvester Stallone...." Cliffhanger" ( BTW, Yuyee, ini baru dipanggil PANJAT GUNUNG..)
Bukan naik van secara aman damai tu..
Itu namanya Mount Surfing...kui kui
Filem ini filem lama. 1993.
Cerita action.
Kisah penyelamat kat gunung yang terpaksa berdepan dengan penjenayah.
Kisah runtuhan jambatan gantung di Kuala Dipang, Perak itu juga mengingatkan aku pada Opening Scenenya.
Well....aku tahu kejadian di Kuala Dipang itu tak der kena mengena ngan pendakian gunung yang merbahaya macam ni. Tapi risikonya tetap ada.
Aku tak boleh bayangkan macamana perasaan cikgu yang menyelamatkan budak budak seramai 19 orang dari dalam sungai itu.
By the way..korang nak tahu tak aku tengok filem ni time bila?
Saturday, October 17, 2009
Keupayaan anak 5 tahun..
Tahun pembelajaran untuk 2009 akan berakhir di penghujung November ini.
Sudah tidak berapa lama lagi sahaja.
Anak anak di kelasku yang ada 20 orang itu sepatutnya telah :-
1) Kenal ABC
2) Kenal 123
3) Kenal warna
4) Kenal banyak dan sedikit
5) Boleh memberitahu nama hari
6) Tahu bersih dan kotor
7) Boleh memegang pensel dengan baik
8) Boleh menulis
9) Boleh mewarna
10) dan yang pandai sehingga boleh membaca dengan baik
.
.
.
.
dan telah dapat mengetahui sedikit sebanyak pelbagai pengetahuan asas tentang kehidupan sebagai seorang muslim serta pengetahuan am yang telah diajar sepanjang tahun ini.
Aku faham di antara 20 itu ada 5 dan 6 orang yang agak berat lagi dalam pembacaan tapi aku yakin apabila masuk 6 tahun nanti mungkin boleh bertatih membaca dengan lebih cepat lagi.
Apa yang paling aku risaukan ialah pencapaian seorang kanak kanak ini.
Yang masih tidak berupaya menunjukkan pencapaian setaraf umurnya.
Percakapan? lebih kurang sama taraf dengan 3 tahun.
Kebolehan meniru penulisan? aku masih perlu memegang tangannya..
Mengenal warna?....dia hanya seronok menconteng tanpa mengenali warna..
.
.
.
dan yang paling aku risau?...dia masih tidak dapat MEMBEZAKAN benda yang di dalam tong sampah itu menda yang hendak dibuang dan ianya KOTOR..
.
.
kanak kanak ini secara luarannya kelihatan cukup normal melainkan penrtuturannya sahaja seakan anak 3 tahun. Tetapi dari segi cara berfikir, dia seperti kanak kanak 3 tahun sahaja.
Dia tahu bermain.
Dia tahu bergembira.
Dia tahu makan.
Tapi pencapaian dalam pembelajaran agak ketinggalan.
Cuma yang dapat diikutinya ialah menyanyi lagu lagu..
Kenal huruf? begitu SUKAR SEKALI
adusss..
.
.
.
kanak kanak ini mempunyai tanda tanda LEARNING DISABILITY yang agak serius.
adohai adohai...
sekian
Friday, October 16, 2009
Bagaimana ek?
Tadi kat sekolah aku sembang ngan rakan rakan seperjuangan.
Nak pergi ke tidak time hari akad nikah anak kakpah.
Teringin juga nak pergi sebenarnya..
sebab???
kedua dua pengantin adalah ISTIMEWA..
MACAMANA ek akad nikah nanti?
sign language?
ada penterjemah?
pakai tulis jer?
angguk okay?
Kakpah,
tolong jawab..(kut berkesempatan baca entry ni laaa)...
pastinya ISTIMEWA majlis akad nikah ni!!!
sekian
Tuesday, September 29, 2009
Berkira?
he he he...aku tak pernah buat open house macam orang lain dok buat selalu tu.
.
.
.
sapa nak mai, telepon aku sehari sebelum...
pastu aku open la pada yang nak mai tu.
kui kui kui..
kalau kebetulan hari tu ada dua tiga keluarga nak mai..
jadi meriah la.
.
.
kalau 10 keluarga nak mai...meriah la juga, tapi aku dan dan kena tempah satay HAJI SAMURI atau nasi BERIANI kak MIN atau bihun kedai PAK NGAH!
Lepas tu aku kelam kelibut la pinjam pinggan mangkuk surau.
.
.
Heiiiii...kita orang BAYAR DUIT PINGGAN MANGKUK, PERIUK BELANGA...TAU!
maklumlah jadi ahli KARIYAH..
.
.
Ada hak untuk meminjam. Tak silap aku dekat dua ratus juga membayarnya dulu.
Kalau tidak, surau tu tak dak pinggan mangkuk, periuk belanga, penunu dapur segala bagai.
Time raya haji nak memasak sup daging dan tulang, terkial kial cari peralatan.
Ingat dulu time nak potong potong daging, suami aku mengangkut pisau dari rumah.
Selesai kerja terus dia tinggalkan kat surau.
Time aku nak masak kat rumah, pisau yang tajam...dah LESAP!
Bukan aku kedekut...tapi menda yang kita dah biasa guna ni lebih selesa lagi la dari yang BARU nak digunakan.
.
.
Sekarang ni kalau ada gotong royong kat surau tricknya ialah aku bawa peralatan aku sendiri yang BERTULIS NAMA dan ALAMAT!!
ha ha ha..
PISAU DAN ALAT ALAT AKU itu perlu berjalan kaki balik semula ke tempat asalnya.
Agak agak BEST tak kalau dapat tengok pisau, papan pemotong daging, batu pengasah berjalan lenggang kangkung dari surau ke rumah aku?
.
.
.
berkira?...tak der lah.
Cuma sayang!!!
sekian
Tuesday, September 01, 2009
Sekian lama aku tertanya tanya..
Bila kawan suami aku pergi ke Mekah tahun lepas waktu sebulan BULAN RAMADHAN, aku jadi hairan..Tertanya tanya.... kenapa sampai sebulan berada di Mekah.
Tak rasa sedih ka?..
Hari raya kedua baru balik ke Malaysia?
Mesti rasa macam tak seronok..
Dah la sebulan duduk di negara orang....
kemudian hari raya pula di sana?
Macam aku dulu..memang agak terasa juga berpuasa di negara orang..dan beraya di negara orang. Tiga tahun berturut turut..
Raya macam bukan raya( the second year), hari raya ada FINAL EXAM!!
Tapi malam kelmarin aku dapat jawapan kenapa kawan suami aku tu seronok berada di kota Mekah...
Baru terlintas dalam kepala hotak aku nih..
Eh..padan la kawan suami aku tu suka berpuasa di Kota Mekah sepanjang bulan Ramadhan..
Hmmmm korang nak tahu kenapa?
Cam gini...
Aku ke kedai Bangi Perdana untuk membeli susu sebaik sahaja habis surau aku ni solat Tarawikh 8 rakaat. Di surau berdekatan rumah aku ni solat Terawikh dibuat 20 rakaat. Imamnya pula dijemput khas dari berbagai tempat.
Tiga tahun lepas ada pelajar asal dari Johor. Bacaan Al qurannya mantap sekali. Berpusu pusu orang datang. Dia baca Al-quran ala ala Imam Masjidil haram..Macam Sheikh Abdul Rahman Sudais. Waktu dia mula mula datang tu bujang. Habis makcik makcik yang ada anak dara berkenan. Nak dijadikan menantu....
he he he..
UNTUNG tuhh!!
Tahun kedua dia datang, dia dah beristeri. Tahun ketiga isteri dah mengandung lepas tu time bulan puasa lepas, dia dah dapat anak (tak silap aku la)!!
Tahun ni dia dah tak datang..sebab aku rasa orang kampung dia pun dah tak bagi dia datang. Mestilah depa nak suruh dia jadi Imam di tempat depa pulak...
Tahun ni surau aku pangge seseorang dari Indon..Bacaan dia ada stail tersendiri. Bacaan dia pun bagus. Tapi doa yang dia baca selepas habis solat lagi menarik. Siapa yang faham bahasa Arab mesti terharu dengan doa doa yang dia baca. Aku faham juga la..Sikit sikit. Doa simple tapi mantap.
okay...berbalik kepada lintasan fikiran aku tadi...
Sebaik sahaja selesai solat 8 rakaat, aku pergi ke kedai. Surau berdekatan masih kedengaran bacaan dari Imam membaca ayat Al-quran untuk teruskan 12 rakaat lagi solat Terawikh.
Di dalam kereta, aku buka pula radio IKIM..imam masih lagi solat..bacaan QURAN lagi..sampai di Bangi Perdana, kedai berhadapan dengan surau Bangi Perdana..
Eh! kedengaran juga bacaan Al-Quran lagi sebab mungkin mereka pun buat Terawikh 20 rakaat..
Penuh kereta yang parkir..
Ramai anak anak sedang bermain di hadapan surau..
Mungkin dah selesai juga 8 rakaat.
.
.
.
Tapi bila tengok kawasan kedai makan, hmmm agak lengang!!
Woow..kata hatiku. Kalau luar bulan Ramadhan, kawasan depan kedai ni ramai anak muda lepak, tetapi dalam Ramadhan agak lengang pula..
Mungkin ramai yang mengimarahkan surau dan masjid.
.
.
.
....dan tiba tiba hati aku jadi sayu..
Hebatnya Ramadhan..
at least di Bangi ni ada juga rasa ke RAHMATAN bulan RAMADHAN ni..
.
.
.
.
.
dan sekiranya di Mekah mungkin lagi hebat..
ye sudah tentu hebat!!
Sebab sewaktu siang,
JANGAN CARI ADIK JELITA PAKAI skirt pendek!
JANGAN CARI ADIK COMEL pakai baju nampak PUSAT.
JANGAN CARI ADIK LAWA tayang lurah belakang pakai jeans..
Dan semestinya puasa di siang hari juga akan lebih TERJAGA!!
Wow!!
PADAN LAH kawan suami aku suka berada di Mekah sepanjang bulan RAMADHAN!!
Nak menjaga IBADAH puasanya sungguh sungguh dan menafaatkan malamnya betul betul..
WOW..hebat..
MASYA ALLAH!!
UNTUNGnya kalau dapat jaga puasa..jaga mata, jaga mulut..jaga hati..jaga sejaga jaganya!
Raya pulak??
Raya tu SARI je lahhhhhhhhhhhh..
apa nak di SOSAH SOSAH kan.
.
.
.
dan sebonarnya Raya Aidil fitri tu untuk mereka yang menafaatkan Bulan RAMADHAN.
sekian.
Friday, August 14, 2009
Membudayakan RAMADHAN..
Tahun lepas, seorang kawan suami menghabiskan satu bulan Ramadhannya di Mekah. Mengerjakan umrah bersama isteri dan anak.
Dia beritahu, di Mekah, Ramadhan di raikan dengan berpuasa di siang hari dan beribadah di malamnya dengan penuh kesungguhan dan kemeriahan. Kehebatan Ramadhan semakin terasa apabila berada pada sepuluh malam terakhirnya.
Bukan kawan suami aku sahaja yang biasa berkunjung ke Mekah sewaktu Ramadhan bahkan ramai lagi rakyat Malaysia yang bersungguh sungguh untuk mengerjakan Umrah dalam bulan Ramadhan kerana ingin merasai kehebatan Ramadhan di tempat yang mulia ini.
Sewaktu aku di US, aku berpeluang meraikan Ramadhan bersama sama dengan pelbagai bangsa dari pelbagai negara ARAB. Hampir setiap hari dalam bulan Ramadhan, ada sahaja jemputan untuk berbuka puasa di rumah keluarga keluarga Arab ini. Aku selalunya memenuhi jemputan mereka sewaktu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad memandangkan selalunya aku ada kelas pada malam Isnin hingga Khamis. Kadang kadang aku pergi juga jemputan bertadarus pada sebelah petang selepas Zohor. Itupun aku pergi sekadar untuk mendengar dan membaca Al-Quran.
Apabila tiba waktu mak mak Arab ini berdiskusi tentang hikmah hikmah yang terdapat dalam ayat ayat yang dibaca, aku HANYA MELOPONG sebab selalunya mereka akan berdiskusi di dalam bahasa ARAB. Kadang kadang inilah masanya aku bermain dengan anak anak kecil mereka...jadi BABY SITTER!
Pengalaman berbuka puasa dengan mak mak Arab ini sungguh menyeronokkan. Sebaik sahaja azan, mereka akan terus memberikan kurma yang pelbagai jenis dan sejenis teh pudina. Kemudian sebaik selesai menjamah kurma dan minum seteguk air itu, mereka akan terus mengajak kita bersolat Maghrib. Usai solat maka jamuan makan akan bermula. Jangan terkejut sekiranya roti roti Arab datang melayang layang dilontar oleh mak mak Arab ini!!
( ha ha ha..mula mula aku TOKOJUIT juga dengan stail demer nih!!)
Sewaktu mula mula dilemparkan kepingan roti Arab ini untuk dicicah dengan kari Arab, aku terkejut lantas beristighfar.....Biar betul demer ni main lempor lempor jer barang makan.
Tapi ianya seolah olah budaya dan kebiasan mereka melayang layangkan roti yang pipih melayang itu...
Tak caya, cubalah ke Mekah sewaktu bulan Ramadhan!
Nescaya pengalaman begini mungkin dapat anda rasai.
Jamuan berbuka puasa di rumah rakan Arab ini diteruskan lagi dengan solat 'Isya dan berterawih bersama. Yang menariknya, mak mak Arab ni akan sembahyang rehat rehat...
Yaaa!! memang mereka solat dan rehat rehat. Selesai dua rokaat, ada yang berhenti untuk minum teh. Sembang sekejap..Pastu sambung balik. Ada yang 'nenen' kan anak..pastu sambung balik. Ada yang baca quran sekejap, kemudian sambung balik.
Kiranya walaupun Tarawih dibuat 8 rakaat secara berjemaah tetapi ianya mengambil masa yang lebih kurang sama dengan solat terawih 20 rokaat di Malaysia sebab terhenti henti..
...he he he..REHAAAAATTT..uikss TERAWIH tu kan REHAT maksudnya?
-------------------------------------------
Pun begitu sebenarnya apa yang aku ingin luahkan di sini ialah di negara kita, kita sering bersungguh sungguh memBUDAYAkan Syawal....hingga kadang kadang kita terlupa bahwasanya yang patut kita rai dan meriahkan ialah RAMADAN.
Seperti orang Arab, mereka lebih suka MERIAHKAN Ramadhan dengan beribadah terutamanya di malam hari. Mereka meriahkan Ramadhan dengan bersedekah terutamanya sewaktu berbuka puasa. Bersungguh sungguh meraikan orang yang berpuasa. Mengajak orang yang berpuasa untuk berkunjung ke rumah dan menjamu mereka takkala berbuka.
Di waktu malam pula mereka penuhkan dengan ibadah tarawih dan qiamullail dan sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah malam yang dicari cari mereka.
Kalau di Bandar Baru Bangi ini, aku merasai juga tempias kehebatan orang orang Bangi beribadah..
Cuma orang orang yang baru menetap di Bangi ini, diharapkan dapat meneruskan Budaya BERIBADAH ini. Harap harap nya kita masih ada rasa hormat kepada seorang Ulama besar yang masih ada di Bandar Baru Bangi ini..sebelum Allah tarik nikmat itu dari kita pula..
hmmm.....apa kata kurangkan lah sikit keraian sewaktu SYAWAL nanti tetapi ajaklah kengkawan berbuka bersama dalam Ramadhan pula..
AMACAM? Setuju?
sekian











