Wednesday, August 19, 2009

Apake mendanya ini?

Salam,

Dua tiga minggu lepas, sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, sebagaimana biasa aku berhenti di beberapa buah rumah untuk mengambil anak anak muridku yang menumpang ke sekolah bersama.

Setibanya aku di sebuah rumah yang hanya dua block sahaja dari sekolah, aku buat la 3 pointers seperti selalu...oooopppppsss..tetiba kereta aku bergegar semacam.



Gambar COIL yang ROSAK..
COIL MENDA??
Mula mula aku ingat kut, aku terlupa turunkan hand(..foot)brake. Tapi tinjau...hmm hand(err..foot)brake aku dah dilepaskan.

ALAHAI..SUDAHHH...kereta ni buat hal pulak!

Jangan dia panas tengah tengah jalan..meletop ke mender ke..pulak!!
ha ha ha..
Aku ni pesen TAK RETI satu mender pasal kereta.
Harap boh minyak ngan boh angin tayar jerr..

Lelain =ZEROOOOO!
Baguskan pengetahuan aku tentang KERETA?

Setibanya di sekolah, aku pun sms cik abang," Kereta gegar lain macam jer..TAKOT SAYA!!"

Oleh kerana aku biasa mengalami peristiwa MUFLER kereta patah tengah tengah jalan dan BUNYI CAM MOTOBOT sangkut maka aku pi la menjengok Mufler kereta aku yang ini pulak.
Okay je MUFLERnya..tak patah.

Aku juga pernah mengalami BATERI kereta kong tengah tengah jalan maka aku pun picitkan HONnya..
Elok jer berbunyi..
BONK!BONK!..( pesen bunyi macam lori ikan jer..kui kui kui)

Maka aku pun kata pada diri sendiri, " Bior nyer leh..Tunggu cik abang bawak pomen"

Maka hari Sabtu berikutnya terpaksalah suami aku pergi bawak kereta aku tu jumpa DOKTOR.

alahai alahai....

DOKTOR KERETA itu dengan sewenang wenangnya menekan minyak dan berkata,"Ini macam..ada coil sudah losak. Kasi ganti. Seketul dua latut.."

Setelah adik pomen menggantikan COIL yang dikatakannya itu maka kereta aku pulih seperti biasa...

COIL MENDA???
Entah berantah..
Jangan tanya aku!!

sekian

23 comments:

umi_e said...

ashley... kira ok jugalah boleh isi minyak dan aingin tayar... saya boleh isi minyak tapi tak berani nak isi penuh - berapa kali termelimpah :P

* masuk angin tayar pun tak tau - tadi baru je gi kedai tayar minta tolong tambahkan angin :S

DrSam said...

agaknya 'coil' macam tu le yang menjadikan sup gearbox popular ye?

ashley said...

kak e,
Tayar tu kalau tak tahu kena tengok tepi kereta.selalunya ada tulis berapa psinya.kalau nak tahu tekanan angin yang ada dalam tayar pula test jer dgn alat pengukur angin.ada jual kat kedai.

Dr sam,
..apa apa aje la kan..

kucingorengemok said...

seketul dua latut, aiyooo, utk objek yg tak dapat dikenalpasti apa fungsinya, amat la menggegar poket, kan kak!

kakpah said...

err..err.. coil tu bukan obat nyamuk ke. (kik..kik..)

Insyirah said...

Coil tu apa?

Ayah saya selalu bising kalau saya tak reti pasal kereta. Sebab dia risau kalau-kalau kereta tersadai tengah jalan. Na'uzubillah. So far, yang saya tak reti ialah tukar tayar kereta. Yang lain-lain tu, boleh lagi la. Tu pun saya masih akan call ayah sebab tak confident nak buat sendiri.

azza_irah said...

hekhekkk kak..
sama la kita..
sy tau bawak, isi minyak je..
skali dl abg takde tayar takde angin..rapat...cl kwn dia yg guide satu2 apa nak buat...hahaa...haru tul..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

nizam mesti tahu...tanya dia

ashley said...

Kog,
seketul dua latut
2 ketul 4 latut,
3 ketul 6 latut...
lepas tu bergegar dengan lutut lutut aku sekali membayornya!!!
ha ha ha

ashley said...

kakpah,
kut boleh boh coil ubat nyamuk dalam injin tu bagus juga!!
ha ha ha selamat dua latut..

ashley said...

Insyirah..
coil tu sepatutnya dawai gulung gulung..
OMPUTIH punya cakap..
tapi Doktor KERETA tu cakap menda ni coil, suami aku pun kata COIL le..
entah apa nama sebenornyer idak le akak tahu!

ashley said...

Syirah,
akak bab bab kereta ni pangge TOW TRUCK akak tahu la..
ha ha ha..MUJUR gak tu!

ashley said...

azza,
kalau bab angin tayar ni ada experience kena PAKU PAYUNG..bila jalan bunyi tik tik tik..tengok terbenam paku dalam tayar.
terus bawak pergi kedai tayar. tarik paku...puuuuussss keluar angin...

cikgudeen,
nizam demam kut lagi..batuk kelekeng kelekeng lagi tuu..

YUHUUUU NIZAM,
ko tahu tak mende ni apa fungsinya???
yuhuuuu..
sah lah tidur berdengkur DAK tu!

Gurindam Jiwa said...

It is the Ignition Coil.

Benda alah tu bagi letrik voltan sangat tinggi kat palam pencucuh supaya boleh mengeluarkan percikan api untuk meletupkan petrol dalam enjin untuk menolak omboh bagi memusingkan roda.

Wikipedia ada tolong explain kat sini.

Ada juga dijual di sini dan sini.

Gambar yang besar sikit di sini.

Yang orang Amerika panggil MUFLER tu, orang kat Tanah Melayu ni panggil EKZOS je. Walaupun perkataan/istilah MUFFLER tu lebih tepat maknanya dalam Bahasa Omputih Amerika. EKZOS tu diputarbelit dari istilah British.

Hantar kat China? Tak tolong Melayu ke? Uda Kamal kat sebelah pejabat ADUN tu baik orangnya.

zafi said...

salamz sis...
lawak jugak bila baca... im not really good pasal kete nyer stuff nih.. heheheh tau gune jek... hahahhahaha

Nizam.Ariff said...

Kak Ashley, Cikgooden,

Betul macam Gurindam Jiwa cakap tu.

Coil yang itu jenis 'pen'. Kat hujung bende alah tu nanti dicucukkan kepada spark plug.

Tugas Coil untuk mengaruhkan voltan rendah kepada voltan tinggi (dari volt kepada kiloVolt!). Macam step-up transformer (kalau handphone charger tu terbalik, dia kasi turun dari 240V kepada 3.6 volt, itu step-down).

Voltan tinggi ni nanti akan dialirkan ke palam pencucuh (spark plug) untuk menghasilkan percikan api (spark) dalam kebuk pembakaran (cylinder). Percikan api ini akan membakar campuran udara-minyak dan meletup, menghasilkan tenaga untuk menolak omboh dan aci sesondol. Kuasa yang dipindah ini akan terus terpindah ke beberapa siri gear dan akhirnya kepada pusingan tayar.

Dengan kata lain, kalau coil rosak, spark plug tak boleh kelaurkan api. Kalau tak ada api, minyak tak terbakar dan enjin mati.

Kalau satu cylinder tak ada power, kereta semput dan tak larat nak gerak.

Dari segi bahasa, sama macam orang yang dah kena sakit jantung, dia orang guna istilah 'dah tinggal 3 selinder je'. Maksudnya, jantung dah tak kuat nak kerja untuk berlari atau sukan lainnya.

Ada juga istilah orang guna untuk demam kura-kura atau demam yang sampai gigil-gigil, macam aku kena Denggi dulu. Abang aku jenguk aku kat hospital, lepas tu dia repot kat mak aku yang aku menggigil macam 'kereta dengan 3 selinder je'.

Mungkin peribahasa baru, 'dia batuk terkokol-kokol macam kereta 3 selinder jer..'

hahaha

ashley said...

GJ,
terima kasih banyak banyak..
susah susah BIG BRADER AKU ni ( he he he) mencari dan mengexplain..

..bukan tak nak hantar kat orang Melayu tapi yang kita orang hantar ni memang dah di rekomenkan oleh kengkawan yang menggunakan kereta yang sama....dan dah biasa ngan DOKTOR ni...

Zafi,
ohhh Dak Zafi ni! Sampeeeeiii nya hati!
ko gelakkan kami ek??
....BTW,lamer tak dengor ceriter..
dah habis ke projek apekemender kamu?

ashley said...

Hah!!
Tu dia haih Adik Nizam aku nih dah tolong explain...

he he he..

TERIMA KASIH banyak banyak..
akak tetiba rasa TERHARUUUU sesangat!

Rozita said...

huhuhu..kita pompuan
cam tu lah
tau tekan minyak je..keta jalnnnn

Nizam.Ariff said...

Koh koh koh..

Ahakss.. kroorrrgghhH

Gulp!
*telan cendul*

(Kalau puasa batal tak? sebab benda dari dalam anak tekak dan masuk ke tempat yang lebih dalam... ahahaha)

tasikmerah said...

bab2 kereta ni dak nizam la dewa hebat. he he.

aku yg tengah makan keropok ni jadi hilang selera dok bayangkan cendol si nizam. haih...

:p


.

Gurindam Jiwa said...

Bila bandingkan pengalaman kerja dengan omputih Amerika dengan orang sini, nampak lebih kurang je.

Pernah sekali, masa baru balik dulu, mekanik cha ya nun alif tanye kita, "Mau pakai oil filter baik punya ka?" Dengan terkejut terpegun kita tanya balik, "Awak ada jual tarak baik punya ka?"

Dia terpegun balik, lalu pergi ambil oil filter yang kita panggil OEM dan meletakkan jarinya ke dalam "thread" oil filter tu sambil teragak-agak. Kemudian dia pun pasanglah oil filter tu. Kita pun selawatlah banyak-banyak.

Mekanik mim lam alif ya wau EON/Proton pulak, bila tukar minyak itam, bila dah habis minyak itam lama tu keluar, terus pasang balik plug tu, terus turunkan kereta, terus boh minyak itam baru, terus start kereta, terus keluar balik dan kata, "Dah siap dah." Kita pun selawatlah banyak-banyak.

Same jeeee...

Masa kat Amerika dulu, setiap step ada quality check, ada warranty. Kalau dia yang silap, dia akan sanggup ganti enjin tu pun. Ini cakap dari pengalaman...

ashley said...

Rozita,
mungkin sebab kereta punya part part ni tak seindah gemerlapan intan permata..ha ha ha

Nizam,
eeeeeeee kut ye pun nak berkahak..jejauh lerrrr!!

TM,
AHAKAAAss..Ketepuih!!
...terbang dari tingkat 14 dan menghinggap kepala seseorang...

GJ,
ooo ye ker...hmmm..
nanti lah kita sembang sembang ngan mekanik yang diceritakan tu. Nak minta berapa ketul pulak!