Showing posts with label photo snapping. Show all posts
Showing posts with label photo snapping. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Ngidam

Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni entah kenapa.
Bila tidur jer termimpi mimpi.

Mimpi strawberi.
Mimpi rebung masak kari dengan daging.

Tiba tiba kali ni mimpi bergedil pulok..
Bergedil buatan sendiri..
Bukan yang tak berapa best kat kedai tu.
Yang dimakan dengan bihun soto.

Kenapa dengan aku nih?

What's wrong with me. Asyik mimpi makan jer.

.
.
.
.
.
NGIDAM???
Omak aiiii...

Sekian

Thursday, January 10, 2013

Double

Assalamualaikum,

Bahasa Melayu bagus.
Ada satu kebagusannya.
Ada perkataan yang diulang dua kali menjadi makna yang lain.
Kadang membawa maksud yang berlawanan.
Kadang bermaksud yang berbeza sama sekali.
Kadang langsung tak ada kaitan dengan perkataan asal.

Contoh :-

Hati - ulang dua kali jadi 'hati-hati'.
Muka - ulang dua kali jadi 'muka-muka'. Ditambah perkataan 'ber' maka jadilah 'bermuka muka'.


Contoh ayat :

1. Berhati-hatilah kepada mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi hasad dengki.
2. Kadang kadang ada yang bermuka cantik tetapi cukup pandai bermuka muka.





Bunga ~ bunga bunga

contoh ayat :-
Bunga selalunya dikaitkan dengan perempuan.
Bahasa aku tak berbunga bunga!

.
.
.
Ishhh....

sekian








Wednesday, January 09, 2013

Reput

Assalamualaikum,

Kala berseorangan aku lebih suka melihat keindahan yang dicipta Allah.
Memikirkan hari hari yang berlalu
Hati rasa lebih tenang.
Tiada apa yang ingin dikejarkan.
Melihat ciptaanNya lebih menyedarkan diri.

Tentang begitu kecil dan kerdilnya diri.
Tentang hidup dan terhadnya masa ini.
Semalam yang muda belia telah ditinggal.
Diri mereput dalam detik yang berlalu.

hmmm...

Kita memang mudah alpa.
Menyangka yang mereput itu hanya mereka.
Walhal mereka dan kita sama.
Hanya MAKHLUK...
CiptaanNya.
Dan menumpang seketika...



p/s
Orang pergi Cameron Highland nangkap gambor bunga.
Aku tangkap juga.
Tapi sajer jer nak bubuh gambor ni.
Bagi insaf sikit..
Sedorkan diri ini.
Lama lama akan jadi macam kayu reput juga...


sekian

Tuesday, January 08, 2013

Penglipur lara

Assalamualaikum,

Lipur lara beerti hiburan di kala duka.
Penglipur lara pula adalah mereka yang menyampaikan cerita secara lisan untuk tujuan hiburan.
.
.
.
.
.
.
" Kamu nak buat aper gambor banyak banyak?" tegur mak.
" Nak buat lipur lara ke? " sambung mak lagi.
.
.
.
.
Aku diam jer.


Zaman ini dah tak ada penglipur lara, mak.
Zaman ini zaman orang naik turun bulan macam pergi chow kit jer..




p/s
Taman Tamaddun Islam kat Kuala Terengganu pun ada angkasawan tau!

sekian.

Monday, January 07, 2013

Dia dan aku...

Assalamualaikum,

Hujan sepanjang perjalanan.
Memutih.
Itu sungguh meletihkan.

Dia ada mesyuarat.
Aku?

Pergi mengorat....?
.
.
.
.
.
takkkk...
.
.
Itu bukan kerja aku.


.
.
.
hahaha






Kerja aku pancing strawberi.
Pancing guna kertas hijau, biru, merah, ungu.



Sedap makan strawberi celup coklat.
Sudah semestinya.



Lain kali kalau ke Cameron Highland singgah di Kampung Taman Sedia ni.
Tak jauh dari Brinchang.
Belakang kawasan padang golf Sultan Ahmad Shah.
Perkampungan orang orang Melayu di Cameron Highland.


Aku singgah di salah satu kebun strawberi.
Kakak, adik penjual memang ramah tamah.
Menjual skon, aiskrim, kek, dadih dan lain lain makanan dalam gerai di kebun mereka.
Nampak sedap tapi aku minta strawberi celup coklat dan kopi panas.
Yang tu memang UMPPPHH!!



Tempat pun bersih dan nyaman.
Suka makan dalam kebun yang nyaman begitu.


p/s
menemani Dia, Cameron Highland.
05/ 01/2013 - 06/01/2013

Sekian

Friday, December 28, 2012

Menyusuri sungai..

Assalamualaikum,





Kita hanya sebagai peninjau
Yang menjenguk jenguk
Tidak tahu sebenarnya jerih pedih mereka.
Dalam mencari rezeki di laut sana.



Dari kejauhan aku melihat payang tersadai tanpa jurumudi
Mungkin tengkujuh sudah menjengah
Dan amarah segara yang akan berkunjung sudah
Layar tidak tertebar dan biduk kecil beroleng tertambat





Anak kecil masih mampu tertawa
Bersama rakan
Melambai lambai
Tiada derita di wajah mereka
Biarpun bayu berlagu sedih sayu



Kembara aku ke sana
Cuba memahami kesaktian mereka
Bisa meredah kepahitan mendalam
Di tengah lautan, di terik mentari perit menikam


Oh...

p/s
satu catatan bergambar menyusuri sungai Terengganu, K. Terengganu
16/12/2012

sekian

Mana kita tahu..

Assalamualaikum,

Sambil aku menaip ni...lagu yang terpasang kat youtube ialah RAPUH- by OPICK.
Entah kenapa lagu ini aku ulang ulang dengar..
Sayu rasanya hati.
Aku dengar berkali kali dari kelamrin, semalam dan hari ini.
Setiap kali dengar rasa hati sebak.
.
.
.
Hmmmm..
Kepala otak melayang.
macam macam di fikiran.
Memikir perkara lama.
Memikirkan nasib diri di masa akan datang.
Juga memikirkan nasib anak anak yang akan diamanahkan pada aku untuk dititiskan ilmu.
Adeh..
.
.
.
Anak anak sekarang tak sama macam anak anak dulu.
Hmmmm...

Cikgu VETERAN macam aku ni pun dilanda 'butterfly in the stomach' setiap kali sekolah nak dibuka.
.
.
.
Minta minta la tak da budak kencing berak dalam kelas masa first day!
Kalau yang melolong meronta tu dah macam alah bisa tegal biasa...
kah kah kah.


Okay, bakal anak anak muridku serta juga anak anak aku  kat rumah sekelian,
masa untuk bersuka suki mandi manda cuti cuti seMalaysia sudah habis ye.





 amboihhhhh.......bang aji ooooiiii!!


 ingatkan budak budak jer yang tak HENGAT dunia...haha
 de Rhu, Kuantan 15/12/2012






okayyyyyyyy....
Sekarang ini adalah masa siri baru selamat KEMBALI ke SEKOLAH pulak ye...

HARAP MAKLUM


sekian
.
.


Thursday, December 27, 2012

Srikandi Cintaku

Assalamualaikum,

Dingin malam tirai kenanganku,
Menyerlahkan sekurun ingatan..
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan..

     Kesetiaan sebagai bekalan
     Bisikanmu penuh pengharapan
     Tiada garis dapat memisahkan
     Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti segala yang terjadi
Embun menitis penuh simpati
Pertemuan tiada ....awal... akhir

Perutusan berdarah kuterima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini ku rasakan sepi
terpaku....pilu

     Kan ku usung oh jenazah cinta
     Semadikan nisan kasih suci
     Semangatmu tetap bersama ku
     selama....pasti...

Kusemaikan pepohon kemboja
dan bunganya adalah hatiku
Semadilah dalam kedamaian
semangatku tetap bersamamu

     Debu malam meragut kenangan
     Menyedarkan dari lamunanku
     Percintaan dalam perjuangan
     Kau abadi srikandi cintaku...

( Lagu : M.Nasir , Lirik : Nasir Jani )




 ada gaya cam srikandi tak? 
hehehehehe


nak berjuang KUNUN nya laa..
untuk pembebasan bumi Palestin..
.
.
.
.
.
pun begitu....
niat TETAP kena ADA
walaupun .....
buat masa ni gi tinjau tinjau jer!








p/s
gambar diambil di Taman Tamaddun Islam, Kuala Terengganu
16/12/2012
mujur Ganu dok banjir lagi masa tu.


sekian



Thursday, December 13, 2012

No wave in Fave

Assalamualaikum,

Cuti sekolah masih lagi bersisa.
Masih tidak berkesempatan untuk ke mana mana?
Kalau mampu, merayap lah hingga ke utara.
Bukan semua boleh ke luar negara.
Di Malaysia pun tak kurang cerianya..

Langkawi, destinasi kami semasa cuti.
Walaupun tak semua anak ada di sisi.
Tapi cukup letih ke sana dan ke mari.
Membawa angkatan putera dan puteri.

Menginap di hotel yang bernama Fave
Walaupun sebelah bendang dan takder 'wave'
Not bad, bilik biasa biasa, harga tak bencana
Keluarga besar macam kami, kena tempah dua


pandangan dari bilikku...mengintai bapak budak dan anak anak di kolam



 Harap tak jemu tengok muka mereka berdua...bersenda senda




sekali sekala kena letakkan gambar anak anak bonda
rindu pada anak yang kedua...
yang telah pun dihantar ke tempat studinya
( lokasi : ruang makan hotel )


p/s
Hotel Fave terletak di Pantai Tengah, Langkawi dan tidak jauh dari Pantai Chenang
Di sebelah hotel ini ada tempat makan.  Boleh makan malam di situ.
Dan di seberang jalan berhadapan hotel, ada gerai yang menjual sarapan pagi.
Kuih muih sarapan pagi di gerai itu sedap sedap belaka.
    
sekian

Wednesday, December 12, 2012

Korban..

Assalamualaikum,




Mereka menyatakan makna korban.
Mereka menyusunkan senarai kebaikannya.
Mereka menghurai, mengaitkan cerita dalam  pelbagai suasana.

Aku mendengar.
Tunduk.

Mengira ngira sejauh mana pengorbananku.
Perlukah aku termenung?
Perlukah aku mengira?
Perlukah aku memikirkan semua itu.

Siapa aku?
Insan kerdil hina dina.
Mungkin lebih kerdil nilaiannya dari nyawa seekor lembu.

Sungguh ironi.

Lembu itu lebih gagah.
Tidak seperti aku yang lemah.
Nyawanya melayang lebih beerti.



Aku, kamu dan mereka..
Nyawa nyawa yang masih melekat di badan dan anggota.
Apa erti korban buat aku dan kamu serta mereka?

Hah!


Setitik keringat sudah berkira kira...
Selaung suara sudah mengata ngata..
Setitik darah terasa lelah..

Sogokan wang merah, jingga dan hijau biru
Yang kamu tadah..

Cinta kamu  hanya lompong..
Sombong pada tuhan
megah dengan gagah dan wajah
cinta kamu hanyut pada yang fana..

Kalimat 'korban' hanya mainan?






sekian




Lavender hati..

Assalamualaikum,

Segar mewangi haruman...
Meresap hingga ke jiwa.
Semerbak menyentuh hati
Membangkit sinar berseri

Aku di sini
menunggu dengan penuh harap
agar segala wangian
tidak berkurap

dan musim  tidak pudar
maka biarlah
bunga harum mekar dan menguntum
kerana
itu lavender hatiku...


 yooooo laaa ini bukan lavender!! berangan dengan SEMAK SAMUN  jer.


oooppppsss! ni pun bukan LAVENDER..

Tinggal anganan...

sekian


Monday, December 10, 2012

Cermin

Assalamualaikum,

" Hei, hangpa ingat hangpa lawa sangat ka? Pi tengok muka hangpa dalam cermin!" seorang anak muda bernama S menengking seorang anak gadis bernama H pada suatu pagi.

" Hmm...aku tak kata aku lawa. Tapi tiap tiap hari memang aku tengok muka aku dalam cermin. Aku sikat rambut. Aku boh bedak. Memang selalu pun aku tengok muka aku kat cermin " anak gadis itu menjawab tanpa teragak agak.

Anak muda bernama S berdengus sambil memandang tajam pada anak gadis bernama H
Terasa seperti mahu ditampar sahaja pipi anak gadis itu.
Tapi dia terus berlalu.
Kesabarannya sememangnya diuji.
Dia mengomel dan merengus seorang diri.

H tersenyum sinis. Terasa mendapat satu kemenenangan apabila S berlalu pergi . Namun sebenarnya tetap terasa gerun di hatinya. Takut takut juga kalau kalau kesabaran S melepasi sempadan dan sebiji penumbuk atau penampar singgah ke mukanya.

Enam tahun berlalu....dan peristiwa S menengking H di tepi padang sekolah mereka itu sentiasa bermain di kotak memori H dan perkataan 'cermin' sentiasa datang terngiang ngiang di telinganya.

.....dan setelah enam tahun kemudian, akhirnya H mendirikan rumahtangga juga dengan S.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
cuma bukan dengan S yang sama.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi tetap dengan si dia yang bermula nama dengan huruf S!
hahahahahaha...

 Ini ialah PANTAI CHERMIN
TERLETAK DI SEMPADAN NOGOGHI DAN MELAKA.


p/s
dan di sini my hubby, S, menemaniku berfotografi!

sekian

Wednesday, November 28, 2012

Ruang

Assalamualaikum,


Jalan jalan cari ruang.
Jalan jalan cari makan.
Ruang makan!

p/s
Bayou Lagoon Resort, Melaka

sekian

Persinggahan..

Assalamualaikum,

Hidup adalah satu perjalanan yang singkat. Waktunya telah termaktub.
Cuma kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Yang kita maklum hanyalah permulaannya.
Itupun setelah beberapa tahun kemudian yakni pada detik di mana ilmu telah serasi dengan akal.
.
.
.
Hmmm..

Hidup memang terasa panjang, letih dan lesu apabila tidak diisi.
Dunia akan terasa kosong, lompong dan mampung.

Aaahh...semua menggambarkan satu ruang yang ampuh dan akan berkecai serta berdebu apabila dilanda satu gegaran yang mengoncangkan jiwa.
.
.
.
.
Ruang kosong perlu diisi.
Hati lompong perlu dirawat.
Waktu luang perlu dipenuhi.




p/s
sesekali kener ler bawak diri tu berjalan jalan...
kan??

wahai orang melaka sekelian,
kemer numpang nyinggah yerrrrr.

ishhhh...ape kener bot kemer ni senget semacam????

sekian


Trajis

Assalamualaikum,

Putih melihat wajah anaknya, Jingga.
Anak yang kini telah berusia 7 tahun.
Anak tunggal yang dibesarkannya seorang diri.
Anak yang dibesarkannya tanpa belaian kasih seorang ayah.

Bukan.
Jingga bukanlah anak yang lahir di luar pernikahan yang sah di sisi syarak.
Bahkan anak ini masih ber ayah cuma ayahnya nun jauh di seberang dunia sana.

Hitam adalah ayah Jingga yang sah.

Malah pernikahan antara Putih dan Hitam disaksikan ramai rakan rakannya.
Tempatnya pula di masjid yang penuh berkat.
Diraikan dengan penuh sempurna.

Namun mereka terpisah jua dek kerana keadaan, masa dan tempat.
Lantas Putih membawa anaknya menyeberangi lautan dan benua.
Membesarkannya seorang diri penuh kepayahan.
Kasih Putih pada Hitam masih terpahat.
Memori indah di benua seberang masih utuh.

" Why did you let them go? " tanya kawan Putih pada Hitam.

Hitam diam.
Tiada ekspressi di wajahnya. Tiada rasa kesal. Tiada rasa kasih.
Setitik airmata pun tidak tergenang di kelopak matanya.

Sukar membaca hati Hitam.
Apakah yang bermain di fikirannya.
.
.
.
.
.
.
.
Putih termenung. Matanya  memandang laut yang terdampar di luar jendela.
Tangannya menguis nguis kertas putih di hadapannya.

Borang.

Borang itu perlu diisi segera. Surat surat yang berkenaan perlu dilampirkan bersama.
Walaupun hatinya sayu.
Rasa kasih dan sayangnya masih utuh pada Hitam.
Walaupun setelah 6 tahun mereka tidak ketemu.
Tapi hidupnya perlu diteruskan..
Dan Jingga perlukan seorang ayah.

.
.
.
.

 sekian







Tuesday, November 27, 2012

Ekspressi..

Assalamualaikum,

" Kau ada masalah apa? " Biru bertanyakan Ungu.

" Tak da apa apa...."

" Habis, kau bersikap seperti ayam tercekik kapur barus. Termenung sini sana. Merengus dan mengeluh. Bukan kah itu tanda tanda orang yang dilanda kerunsingan ?"

Ungu diam.
Bungkam sambil merenung jauh.
Matanya sayu.
Lantas Ungu bangun dan mengambil kunci keretanya.

" Nak kemana tu?" Biru menyoal.

Ungu tidak menjawab sebaliknya terus ke arah pintu.
Membuka dan keluar.

Biru mendengar enjin kereta dihidupkan.
Dan Ungu hilang dalam senja yang merangkak menuju malam.

Maghrib maghrib begini keluar nak cari apa..cetus hati Biru.

.......ahhhhhhh...lantak kamulah Ungu!!
.
.
.
Dalam kemerahan mega di kaki langit...

" Dingin malam tirai kenanganku, menyerlahkan sekurun ingatan...." sayup sayup terdengar nyanyian keroncong di dinding gegendang telinga Ungu.

.
.
.
.
.
Kehidupan sememangnya begitu.
Itulah warna warna corakan yang menjadi paparan di dinding kisah diri.



p/s
di rembang senja, sila masuk rumah...jangan merayap keluar!!
.
.
.
.
....melainkan kalau ko pergi surau/masjid laa...solat maghrib.

sekian

Friday, November 23, 2012

Kampung kota..

Assalamualaikum,

Kami berhenti di sana.
Di tempat kelahiranku. Untuk melepaskan lelah dan merehatkan diri pada malamnya.
Bertolak seawal pagi untuk mengejar waktu.
Anak anak dikerah bersiap siaga.
Dengan pakaian dan kelengkapan sejak malam sebelumnya lagi.

Kami berlipur di sini.
Mengubat letih dan lenguh anak anak. Bercanda dan bersantai.
Tapi kini gaya santai telah jauh berbeza.
Tidak sama dengan waktu dulu.

.....atas nama PEMBANGUNAN...


Aku merenung jauh.
Cuba menjangkau waktu lalu.
Mencari cari detik di mana kanak kanak seperti aku dulu yang lebih suka menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
.
.
.
.
....atau apakah  mungkin masa itu telah lama berlalu?



hmmmmm...

sekian

The second state..

Assalamualaikum,

Kembara bersama keluarga  ke sana menggamit berjuta nostalgia.
Hati bernyanyi nyanyi ingin menyatakan kerinduan yang teramat sangat.

Kisah silam bersama teman teman seakan kembali merangkak dan menerjah ke dalam kotak pemikiran. Satu demi satu dilayarkan. Ada adegan yang membuatkan diri ini tersenyum dan tak kurang jua yang menggigit rasa hati.

Namun semua itu telah berlalu.

Sungguh.... suasana di sana jua telah terlalu berbeza.

Kenangan lalu mungkin sukar dipadamkan.
Namun ia tetap satu penceritaan bagi diri.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah terpadam kerana ianya telah terpahat dan terukir untuk sekian lama...


.........percayalah.



sekian

Thursday, November 22, 2012

Ku biarkan rindu mengulit kalbu..

Assalamualaikum,

Sepi bukan beerti benci..

Sepi mungkin kerana tiada kata yang dapat disusun untuk menyatakan rasa.
Nota semalam mungkin tidak dapat dilarik dan diukir untuk membuahkan apa yang difikirkan.
Dan kadangkala apa yang terpendam dibiarkan berlalu tanpa perlu dimuntahkan.

Jadi biarkan sepi bertemankan sunyi.

Biarkan ia...


.....dan mungkin itu lebih baik buatnya.

Maka merindulah kalbu...

sekian

Wednesday, July 18, 2012

Dalam hati ngidam taman..

Assalamualaikum,

Hari ini hari Rabu.
Esok hari Khamis.
Lusa hari Jumaat.
Tulat Sabtu.
.
.
.
Maghrib esok tengok anak bulan.
Kalau laaaaaaa nampak, Jumaat puasa.
Kalau tak nampak ( cer habark mai berapa kali dah besa nampak sebab aku tak keep track record dia ),  maka Sabtu la akan kita mula puasa.
.
.
.
Puasa la elok elok...
Hiasi la ia cantik cantik....

Jangan jadi macam aku ni.
Dah la rumah bersepah.
Nak hias pun tak berapa nak mampu.
Bukan tak mampu sebab miskin wang ringgit
tapi miskin PERTOLONGAN!!

Puasa??
Entah la nak hias lagu mana pun tak tau

.
.
tulunggg tulungggg...
aku dah tuooooo ni weii..
.
.
.
Nak bertaman taman kasi rumah lawa  pun, dah tak  berkudrat!
Dah tak berkuasa.
Tak payah kuasa kuda, kuasa ikan bilis pun  jadi laa...
.
.
dan....
bior hati aku jer la yang ngidam taman!


Suka nyer tengok kobun bunga oghang ni..
Tapi ya la, bungo kalau tak pandai bela pun  lama lama jadi semak.
Kalau dah semak, seghobut mato memandang..
Bunga yang ko sobut sobut, lalang yang tumbuh berserabut!
.
.
.
Aduhai la omak...


.....dan sesungguhnya......
aku mengharap kasihMu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Engkau saja yang memahami...

Berikan aku puasa yang penuh perhiasan..
....walaupun....
....walaupun.....
....walaupun........


sekian