Showing posts with label guruku. Show all posts
Showing posts with label guruku. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Surat yang tidak sempat dibacakan..

Salam,

Kalau hari ni dideclare Hari Wukuf maka telah 5 tahun Hijriyah ayahanda pulang ke Rahmatullah. Hari ni kalau ikut kalendar tahun Masihi pula, adalah birthday my elder sister.

Hmmm..ayah pergi atas sebab musabab komplikasi diabetes.(walaupun sebab asal sebonar ialah dah memang sampai masa) macam Allahyarham cikgu Hashim juga.

Surat di atas sepatutnya dibaca sewaktu dinner ASPUTRA 2009 yang lalu....tapi disebabkan banyak cikgu cikgu berucap maka surat ini tidak sempat dibaca di hadapan ex studentsnya.
Bila dibaca ketika pengirimnya telah tiada lagi, sayu rasa hati.

Kemana lagi kita kan?? Kalau tidak akhirnya ke sana jua.
.
.
.
.
Agak agaknya nak menongkat dunia sampai bila?
hmmmmm

.
.
p/s surat tu kena edit la sikit sebanyak...
.
.
sekian

Monday, October 19, 2009

Mendiang PROF "SALEM" dan my 'ORCHID'

Salam,


Takk...tak...
dia bukan seorang Islam.
Sebab tu aku guna perkataan "Mendiang".

Dia dah lama mati.
Dia mati satu semester selepas dia ngajar kami.
Dan nama 'SALEM' itu tiada kaitan langsung dengan nama seorang penyanyi rock.
Dia adalah Prof yang ngajar English Composition.
Waktu kami di IU ( Shah ALAM).

Di kelasnya kami kena baca karangan...karangan...dan karangan..
Pastu terangkan..
Pastu jawab soalan kuiz.
Yang soalan KUIZnya hanya satu sahaja.
LEBIH TEPAT LAGI HANYA SATU PERKATAAN sahaja.

.

.

.

.

and either you got A
OR
you GOT F!!!

PENGSAAAANNN!!

Kenapa aku panggil dia dengan nama Prof "SALEM"?
Kerana rokok jenama 'SALEM' tak pernah lekang dari dua jarinya.
Dalam kelas, dalam ofis, di cafeteria...

ALWAYSSSSSS!!

Dia adalah seorang Prof yang mempunyai TEBIAT BURUK merokok dalam kelas!
Setiap hari dia akan masuk ke kelasnya dengan membawa secawan KOPI pekat dan sekotak "ROKOK SALEM".
PEROKOK TEGAR!!

Apabila habis kelas, aku akan pening lalat.
Tudung, baju kurung aku akan lekat bau rokok ini!

TSK TSK TSK..
( Untuk makluman...tahun 1985-1987 MASIH tiada peraturan LARANGAN merokok di kawasan kolej...)

Tapi untuk gred kelasnya aku bernasib baik.

Biarpun semua KUIZ yang diadakan di kelasnya aku dapat F, final gred yang aku perolehi dari kelasnya ialah B MENES!!
LEGAAAAA...

Sebab pada hujung semester itu, kami semua disuruh membuat satu karangan sepuluh muka surat.
Tajuk karangan : BEBAS...suka hati kami..tapi kena terangkan perkara/benda yang kami paling suka sekali in DETAILS...buat lah macamana sekali pun, janji sepuluh muka surat.

Dan dia akan jadikan kertas penulisan kami itu sebagai gred akhir sekiranya gred itu lebih baik dari gred kuiz kuiz kami. ( PADA AKU, OF COZ LA KENA BUAT YANG TERBAIK SEBAB AKU BERADA PADA SKALA METER F..HA HA HA)

Jadi masa ni la aku kalang pukang cari idea..
Nak buat topik apa...
LEKAS LEKAS LEKAS..
Nak buat lagu mana...
FIKIR FIKIR FIKIR...

....akhirnya aku buat topik mudah.
menda yang aku suka tengok, enjoy tengok, gemar nak tengok....

Cerita pasal bunga...
lebih spesifik, ORCHID laaaaaa!!!


Aku turun naik library ITM
( masa tu mana ada internet daaa..komputer pun had yang MONOCHROME LAGI..GEDABAK..tu pun kat LAB)

Pi Taman Bunga yang tak berapa nak bunganya kat Shah Alam waktu tu.
Cari orchid.Tangkap gambark guna kamera cikadak aku.
Then baru start menulis...

GRAMMAR? Minta tolong depa yang tera tera laaa..
Check tengok.

Dan walaupun tak dapat A (hanya B menes sahaja) tetapi TERSANGAT lebih baik la dari solid F!!

sekian

Sunday, October 18, 2009

Kepelbagaian..

Salam,


Kalau ingin belajar di universiti di US, jangan lah ingat bahwasanya pensyarah yang mengajar nanti itu kesemuanya bangsa Mat Salleh Amerika sahaja. Anda perlu ingat bahawasanya di US itu terdapat beratus ratus bangsa yang datang dari pelbagai negara yang telah tinggal dan menetap di sana. Mereka ini ramai yang sudah menjadi rakyat Amerika dan ramai di antaranya telah diambil bekerja menjadi educators di universiti sana.

Kalau korang yang terer terer tu..sambung PhD dan rasa tak hengat nak balik, mungkin boleh jadi rakyat dan menetap di sana.

HA HA HA....



Sewaktu aku di sana, sila perhatikan cikgu cikgu aku :-


Yang ajar English ( untuk foreign student) dari ENGLAND...bersembor sembor cara dia cakap ENGLISH..ha ha ha...ya lah nak sebut T, dan sebut S mestilah kena PROPERLY kan!


Yang ajar Math ( kena ambik dua subject ), salah satu cikgu pompuan dari Russia..cakap bergulung gulung lidah macam nak diTELANnya perkataan..
Dia SANGAT conservative dan VERY particular soal KESOPANAN dan KESUSILAAN.


Yang ajar Material science ( dari England gak)...kadang aku rasa macam belajar kat Oxford pula sebab cikgu ini VERY VERY ENGLISH...dari pakaian hinggakan kepada stail cakapnya..cara dia bercakap ngan student pun.....asik asik cakap 'YOUNG LADY over there'...."yes, my dear"...yes young man..etc etc etc..
....ngeh ngeh ngeh



Yang ajar Statics - cikgu pompuan dari GREEK..Lawa!! dan agak seksi...
Cuma Mat Salleh selalu complain cara dia cakap macam mulut penuh makanan....depa susah nak faham tapi aku tak dak masalah sebab sama sama foreigner boleh agak apa yang cuba nak disampaikan.


Cikgu yang ajar SURVEY - ha ha ha INDIA mari...bergulung gulung lidah wehhhhh..kalau nak terang sesuatu kena dua tiga kali sebab budak budak mesti macam BLUR je dengan apa yang dia cakap.



Cikgu yang ajar Mechanics - Chinese man..professor TUO yang mengira pakai OTAk jer. TERER gila orang tuo ni!..kami kira guna calculator, dia main CONGGAK sahaja...macamana dia MENCONGGAK untuk cari jawapan square root pun, aku tak tau!!!!!


Cikgu yang ajor Thermo Dynamics - aduhai...dari Korea...cakap English memang OUT! Pelajaran dah la susah...cakap pula tak berapa nak faham...errrrrr errrr errrr


Cikgu yang ajar Fluids - pun dari KOREA...mujur terer sikit ENGLISHNYA!!


Yang ajar Steel Structure - Dari Jepun..ngeh ngeh...Masalah BAHASA agak sama ngan geng dari Korea....tapi dia ni very STRICT..homework kena TIP TOP. Kedatangan pun WAJIB kena awal! Tapi yang menariknya cikgu ni kadang kadang selalu jugak buat lawak lawak kering gitu...


Design ( CAD ) - India juga...tapi dia ni student yang buat PhD...so senang nak bodek bagi markah. Lagipun pelajaran ini tak susah dan banyak berada di lab computer.


Soil - INdon MARI!!! cikgu ni Chinese Indonesia. Nama apa ek..aku dah lupa..Cakapnya pelan and slow stail orang Melayu kita la..Mengantuk kelas dia ni. Ngajor straighttttttt je..dan agak busan....oh yeeee..dah ingat!! Namanya BUDIMAN..( mat sallleh kata BUDDY MAN..yang tak berapa BUDDY ...ha ha ha ha)


Aku ada dapat cikgu dari Iran...ajar Dynamics..tapi dia ni dah Very AMERICANIZE. Islam nya entah ke mana..


Selain dari mereka ini, aku dapat cikgu yang memang Mat Sallleh US la..Tu pun aku rasa ramai yang melting POT.

Cikgu EE aku seorang prof American yang sungguh menarik.. MENARIK sebab hari hari kerja dok TARIK satu kotak yang berisi pelbagai wayar, bateri dan peralatan elektronik untuk di DEMO kan depan anak muridnya. Tapi cikgu ni memang veryyyy friendly, funny dan sungguh kreatif!!
Dia dah VERY OLD tapi tetap disukai ramai. Dia antara orang yang telah mencipta TALI PITA KASET (tape) rakaman.. Cuma namanya aku dah tak ingat..
the LAst day of the class sebelum FINAL exam, dia bagi anak anak murid dia a cone of HOT PEANUT ( kacang rebus), donut serta a can of soda!!
...semua budak happy!
Mana nak cari prof yang nak bagi setiap seorang anak muridnya free food cam gini...tetambah kat US....

itulah sedkit sebanyak kenangan tentang guru guru yang boleh aku recall.

sekian

Repeat..

Salam,

Sewaktu memulakan pembelajaran di Indiana University ( Shah ALAM Center) antara subjects awal yang terpaksa aku bersemuka ialah Psychology. Subject ini bukanlah subject yang mudah bagi aku kerana aku terpaksa menghadapi BANYAK words ENGLISH yang pelik pelik yang tidak pernah aku jumpa sebelum itu.

Kesukaran untuk belajar subject ini amat ketara sekali kerana aku juga terpaksa memahami pelbagai THEORI yang pada pemikiran aku sewaktu itu begitu JANGGAL dan LUAR BIASA. Dan adakalanya aku terfikir bahawasanya subject Psychology ini akan membuatkan aku sendiri akan menjadi KURANG WARAS sebagaimana 'orang orang' yang dikaji itu.

ha ha ha..

Kesukaran memahami subject ini ditambahkan lagi dengan pengajaran dari seorang Prof yang hanya duduk di hadapan dan bersyarah tanpa menulis apa apa di papan hitam. Prof yang telah agak lanjut usia ini akan masuk dalam kelas, duduk dan mula bercakap selama satu jam tanpa henti atau berinteraksi dengan kami, pelajarnya. Bayangkan betapa BORINGNYA kelas ini.

Pelajarnya tidak dipedulikan langsung. Tiada interaksi antara pelajar dan guru. Tiada jokes. Tiada cerita menarik. Dan bayangkan setiap waktu dalam subject ini aku terpaksa menghadapi suasana yang SUNGGUH MEMBOSANKAN ini...tanpa memahami apa yang diajar dan diperkatakan oleh Prof ini. ( ooooo tidur lagi bagus laa..)

Kesudahannya bagi subject ini, aku mendapat grade 'D'..dan terpaksa me'repeat'nya.
DANNNNGGGGG!!

Aku terpaksa repeat subject ini pada the next two semester. Mujurlah pada kali kedua ini aku mendapat Prof yang handsome lagi muda..ha ha ha..Paling kurang paras wajahnya yang handsome serta gaya dan stailnya itu tidak membuatkan aku cepat bosan atau tertidur dalam kelas. Kali ini aku lebih beri perhatian.

Dan subject ini aku dapati amat mudah sekali. Theori theorinya aku dapat grab dan untuk kali ini aku mendapat SOLID 'A'. Hah!!! Betapa bahagianya aku..

Konklusi : Pengajaran yang berkesan perlu ada interaksi antara guru dan murid.
Kecantikan sepatutnya juga memberi kesan positif.
Guru kena fahami reaksi anak murid.

he he he...

sekian

Friday, March 20, 2009

Perginya seorang guru sekolahku..

Salam,


Baru sebentar tadi aku buka yahoogroups..Dua hari tak dapat tengok yahoogroups. Sibuk ke hulu ke hilir selesaikan urusan anak. Aku hanya tengok blog aku saja. Blog orang lain pun tak berkesempatan nak tinjau tinjau lagi..

Dapat berita sedih..


Seorang guru sekolah lamaku, Cigu Ahmad Husin telah kembali ke Rahmatullah pda petang Rabu di Hospital Ampuan Rahimah, Kelang. Dia datang ke rumah anaknya di Seksyen 7, Shah Alam tapi telah tiba tiba di serang sakit..(aku suspect macam heart attack..kalau daripada gambaran yang kawan aku hantarkan dalam yahoogroup tu..wallahualam..aku bukan doktor)

Entah bagaimana, dia sakit sakit dada hingga berpeluh peluh macam mandi..dan akhirnya petang around pukul 5 telah disahkan meninggal dunia di hospital.


Oleh kerana cikgu Ahmad Husin ni orang Peghelih maka kebarangkalian besar jenazah beliau akan disemadikan di sana. ( tak da siapa update kan berita dari Peghelih..hopefully ada kawan aku yang pergi waktu pengkebumiannya di sana..)


_________________________________


Sewaktu aku sekolah kat Peghelih sana tu, Cikgu ni mengajar P.E ( physical education)..Dia memang ajar kelas aku tapi disebabkan waktu P.E, girls and boys separated maka kami yang perempuan bergurukan Miss Anne manakala boys di bawah supervision cikgu Ahmad Husin ini.


So cikgu Ahmad Husin memang dikenali oleh semua pelajar lelaki sewaktu itu.

He was a nice man and cikgu yang peramah...(kebanyakan cikgu dari Peghelih memang macam tu..stail orang kampung..concerned, humble and down to earth..in fact kawan kawan aku dari Peghelih pun mostly macam tu..Aku suka depa macam tu..Please, orang Peghelih...)


Aku berdoa agar cikgu aku ni dirahmati Allah dan moga mog rohnya bersama sama orang orang yang soleh..Amiiinnn..


wassalam