Saturday, August 08, 2009

Insyirah DERA aku..opppss saya!!

Salam,

1. Bekas kekasih saya adalah:
Istilah Kekasih tu BERAT dan saya tidak biasa berkasih kasihan dengan memana lelaki bujang kecuali yang dah jadi suami saya sekarang..he he he.
Orang yang minat kat saya, simpan perasaan hatinya sampai MELOPAIH.
Orang yang saya minat pulak, tak pandang SAYA…wa wa wa..sedihnya..

2. Saya sedang mendengar:
Ceramah kuliah subuh yang datang dari Surau..walaupun badan saya kat rumah..
ha ha ha..baguskan?

3. Mungkin saya patut:
Menjadi lebih kreatif untuk menarik minat anak murid saya belajor!

4. Saya suka:
Photography..jadi saya selalu pasang angan angan gambar saya menang AWARD!
Menyanyi..tapi saya selalu lupa lirik jadi lagu yang saya nyanyikan tu selalunya bertukar senikata yang merapu macam kepala saya juga!!
ha ha ha


5. Sahabat-sahabat baik saya:
Seorang lelaki yang bernama suami.
Seorang cikgu di Sungai Petani.
Seorang cikgu di Serawak.
Dan Kakpah juga telah beransur ansur menjadi sahabat baik saya..
( kut tak dak duit..boleh pinjam pinjam!! Ha ha ha)
Lelain pun sahabat yang AGAK baik juga…(karang kecik ati pula kengkawan aku!!)

6. Saya tak paham:
Atau buat buat kurang faham..kenapa seorang Ibu/Bapa lebih banyak SPEND masanya mengejar menda lain daripada menjaga harta TERISTIMEWA yang dikurniakan ALLAH bernama ANAK?!!

7. Saya kehilangan:
Atuk, sepupu, nenek,bapa sedara,mak sedara, bapa dan seekor kucing bernama CUTIE..yang mendapat kemalangan ngeri.Di langgar oleh jiran sebelah rumah saya..terkuor bijik matanya…
SIAN kucing saya! Saya menangis bagai nak GHAK..
Lepas tu, saya tak nak bela apa apa yang bernama KUCING lagi…takut tak dapat menerima kehilangan menatang yang saya sayang…

8. Ramai yang kata:
muka saya ngan suami iras iras dan menyangka saya ini KAKAK nya!!!hisssshhhh..

9. Makna nama saya:
‘Petunjuk yang menyeluruh/sempurna’……..siapalah saya ni…cam nak nunjuk nunjuk lak kan?....sila LOYA!

10. Cinta itu adalah:
“Sambal belacan…walaupun pedas hingga mengalir airmata masih mahu dimakan jua!!” Ha ha ha… senikata lagu siapa ni saya kutip?

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk kursus.

12. Saya akan cuba:
Jadi isteri, ibu dan anak yang baik…walaupun macam tak baik baik lagiiii…

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Yang kekal abadi….yakni yang dipunyai oleh Al-Kholiq.

14. Telefon bimbit saya:
Mula mula cik abang beli Samseng..pakai dua tahun..pastu bagi kat anak sebab handphone yang dia punya dah masuk dalam lubang jamban kat R&R lebuh raya KL/Kuantan.
Tetapi telefon SAMSENG ini juga telah TERENDAM bersama dengan cadar sekolah anak saya…jadi tamatlah riwayatnya KINI!
Cik abang belikan saya Norkiah kiut tapi dah lekang dia punya penutup..ini juga dah menjadi hak milik anak.
Sekarang cik abang belikan saya satu lagi norKiah yang boleh layari internet …(baekkkk kan cik abang saya?
Kui kui kui…rasa LOYA?..hmmm berapa bulan dah?)
Saya tak suka telefon orang sebenornya melainkan benar benar perlu…tapi saya suka bersms..ha ha ha..sembang BISU!

15. Bila saya terjaga dari tidur:
Saya selalunya tengok jam di netbook saya..ha ha ha..netbook yang sentiasa online ini….pastu saya buat lah apa yang patut!

16. Saya paling meluat bila:
Cakap cakap cakap tapi kerja KURENG!
Walk the talk la kan?

17. Pesta/Parti:
Kejap? Apa erti Pesta?
Okay, International Food Festival yang pernah dianjurkan oleh sekolah saya di USA dulu.Saya telah sertainya..yang ini saya kena buat entry sebab boleh hurai panjang lebor..dan saya pun nak juga manaruh gambor gambor untuk tujuan MENUNJUK NUNJUK…sayakan PETUNJUK?..ha ha ha..

PARTI???..saya N.G.O! Kui kui kui…

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah:
Sepasang ayam sutera yang saya bela sewaktu umur saya 11 tahun. Cantik dan kiut makhluk Allah itu…Tapi bila saya ke sekolah menengah, mak ayah saya telah menyembelihkan mereka…alangkah sedihnya hati saya!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
12-17 tahun kerana semasa inilah saya dapat BERSUKA RIA di sekolah asrama bersama kengkawan…belajar adalah secara sambil sambilan sahaja! Ha ha ha…( sila percaya penyataan yang akhir itu!)

20. Hari ini:
ialah hari Sabtu..dan petang nanti saya nak pergi rumah kawan. Anak anak pula semua TIDOG. Yang bangun subuh pun, dah sambung TIDOG balik..BERTUAHKAN anak anak saya?

21. Malam ini saya akan:
Sepatutnya ke rumah adik saya di seksyen 7 itu..Dia buat house warming UP! Ahli keluarga dijemput hadir…Errrr… boleh pakai SUOR tidur tak pergi rumah adik yang buat majlis TAHLIL?..Lepas TAHLIL boleh terus tidur sana..ha ha ha.

22. Esok saya akan:
Saya tak fix lagi program untuk esok..sebab suami ada kursus lagi! Saya MUNGKIN akan gi shopping shopping..kalau dia bagi ONGKOS ketul ketul.

23. Saya betul-betul inginkan:
Sebijik kamera yang mampu menangkap gambar BULAN dan bintang yang bertaburan di langit especially bulan yang tengah MENGAMBANG sekarang ni..
Cantikkan alam ciptaan ALLAH?

24. Ketika saya lihat wajah saya di cermin di hadapan cermin pagi ini:
Syukur kerana saya masih mampu melihat muka saya sendiri…
Allahumm anta hassanta khalqi..fahassin khuluqi..wa ahrim wajhi a’lan naar..

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan:
Pusat membeli dan belah ini jarang saya kunjung sebabnya kurang ada duit..
ha ha ha
Saya hanya datang bersama suami sebab segala galanya diTANGGUNG oleh suami..
Billion dan BINTANG WARTA BANGI sajalah pot yang sering saya LEPAK..
Sekali sekali jengok Jusco Taman Equine.
Dua kali dua kala, jengok SOGO..
ALAMANDA jarang jarang sekali..walaupun dekat. MAHEIII.
Kalau nak shopping RAYA, saya TERJAH NILAI 3!!

TESCO??? Langsung tak PERNAH SAMPAI..
Hmmmm…

26. Makanan barat atau Jepun:
Saya suka Spagheti, Lasagna, Pizza, Lamb Chop, Steak tapi tak suka burger..sebab saya dah jemuuuuu makan BURGER waktu kat Shah Alam dulu.
Saya juga kurang menyukai Macaroni..cam rasa LOYA sikit.
Saya suka suka suka suka sangat Baked Potato yang ada cheeeseeee cair atasnya.
Saya memang hantu French fries dan Onion ring yang rangup rangup…

Weiiii…dah la cakap pasai makan nih!!

Makanan JEPUN- sayonara!!!!
pehal makan nasi gulung gulung dalam daun kan?

27. Bilik yang terang atau gelap:
Biasanya kalau tidur dalam bilik seorang diri, saya akan pasang lampu..sebab nanti kut nampak menda dan sangka bukan bukan dalam gelap tu especially lepas baca entry Nizam yang KUNUNnya SERAM SERAM itu.

28. Makanan segera adalah:
Maggi mee yang dilantak sewaktu time tak BOLEH puasa waktu di hostel dulu. Sekarang maggi ini agak jarang sekali ada di rumah ni.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
"Assalamualaikum..”

30. Siapa yang anda mahu TAG?:
Sebenarnya tak nak bagi sesiapa kerana soklan panjang.
Nanti orang marah lak..tapi tak best la kan sebab si Insyirah ni dah kasi sama saya..
...saya nak suruh hmmmmmmmmm.....
SALMI SOBRI! Siapa dia? Kalau dia baca, dia tahu dia kena!!
he he he he

***perkataan SAYA itu adalah satu ganti nama juga.. AKU pun boleh juga digunakan sebagai penyedap....

sekian

4 comments:

aza ni said...

ash:banyak je soal dia...nak buat thesis kot?he he he

Insyirah said...

Hahaha. Memang dah agak dah kak Ashley mesti mencurah-curah idea nak buat tag ni. Thanks! Lepas ni bleh tag lagi..kalau ada. Ngeh3x... :p

Nizam.Ariff said...

Kalau Insyirah tanya soklan macam tu kat aku, dah sah aku anggap soalan-soalan merisik... aauuuwww!

hahaha

ASH said...

Azani,
soklan tag ni dijawab sehingga TERLELEH seround ayark laici...
he he he

Insyirah,
TAG 30 soklan lagi?!
aku buat ni pun dari orang kuliah subuh sampai lah dah habis ceramah fekah wanita pukui 10..
dok pikiag jawapan...

Nizam,
ya..aku memang rasa soklan ni bertujuan untuk merisik..
cuma kalau hang kena, risikan itu lebih kepada merisik JAGAD!