Saturday, January 31, 2009

Hari pertama kerja..

Salam,
Pepagi lagi kak Chah dah bangun.
Hari ini kak Chah mula kerja for the first time. Kerja dari pukul 7.30 hingga 6 petang. Kerja sementara menunggu result SPM keluar. Jadi waitress kat salah sebuah restoren di Bandar Baru Bangi ni. Nak tengok ketahanan kakak!
Hopefully kak Chah tahan lasak sikit. Cekal sikit..

Hari tu tak dapat pergi PLKN (Program Latihan Khidmat Negara). Dia pun sebenarnya fifty-fifty dengan program tu.

'Tak dapat, bagus juga..' dia kata.
Tang melasak lasak tu, dia teruja juga.
Kalau pergi kemas kemas kawasan sekitar, pergi rumah anak yatim atau orang tua tu, dia tak kisah juga.
Mengingatkan nak kena dengar kuliah tu....macam dia BORING sikit. Baru selesai sekolah ni kadang kadang memang kena rest kepala otak juga..
Entahlah..
aku pun tak tau program PKLN ni exactly macam mana...

Tak payah kata budak budak..orang tua pun boring jugak la kan kalau nak masuk kelas melas ni. Melainkan kalau kelas yang ada aktiviti macam masak memasak, bengkel tukang tukang, komputer...dan sebagainya yang beraktiviti...( ni kalau aku lerrr ni..).

Aku kalau dengar TEORI jer, mau MENGUAP sepuluh dua puluh kali. Kalau masuk kelas mengaji QURAN, kalau asyik dengor ustaz ustazah bagi TEORI TAJWID jer tanpa ada praktikal dari anak murid, mula aku punya fikiran berputor dan mata aku pun naik berpinor!! ADUI..
( setan tertenggek kut atas kelopak mata!!)
he he he..

Berbalik kepada tajuk entry ni, sebenarnya aku nak biarkan kakak kerja untuk cari pengalaman. Biar dia tahu kehidupan ini pelbagai. Pengalaman nak deal dengan ragam manusia. Pengalaman untuk bersabar dengan karenah orang ramai. Pengalaman dengan rakan setugas. Pengalaman dengan owner restoren..dan lain lain hal lagi.

Duit masuk tu perkara kedua. Kalau kita bagus, amanah, jujur dengan kerja yang kita lakukan, InsyaAllah rezeki ada..

Kerja kena amanah. Kena jujur. Kena perihatin..

Bila kakak kerja kat retoren macam ni, abah dia buka cerita pengalaman abah kat Boston. Kerja kat restoren KOSHER YAHUDI. Jadi tukang basuh pinggan..

YAHUDI yang jenis jaga agama ni, kalau ayam atau daging di sembelih stail kosher. (sembelih putus dua urat macam yang orang Islam praktikkan tu)
Babi, depa tak leh makan.
Arak depa tak leh minum..
So kalau kita kerja jadi tukang basuh pinggan tak gaduh pasal ada babi ke apa ke..
Tu suami aku bagitau la..Mudah sikit kerja.

Kalau kerja restoren lain kat oversea tu..ba alif ba ya' ni jadi makanan harian. Susah sikit kalau nak basuh membasuh ni.
Pepagi lagi depa dah pekena bacon strip tu..kekadang sosej la..
Tengahari pula depa bantai HAMBurger yang bercampur baur antara lemak lemak ba alif ba ya ngan daging lembu.
Pizza pula kalau PEPPERONI tu sah lah ada lemak lemak haiwan tu.

Sebenarnya jadi tukang basuh pinggan kat restoren di US tu, lebih kepada memasukkan sisa sisa makanan ke dalam tong sampah kemudian memasukkan pula segala sudu garfu, pinggan mangkuk ni ke dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
( ha ha ha..ada mesennn..jangan tak tahu)
kemudian mempastikan pinggan mangkuk, sudu garfu terORGANIZED duduk bebaik kat tempat masing masing..tidak berkeliaran di sana sini....he he he..
Tu yang abah dia cerita la..Aku tambah garam gula sikit.


Kesimpulannya..
Kak Chah kena perihatin bab bab ni. Kerja kat restoren kena jaga kebersihan. Pakaian kena kemas. Tempat orang makan kena bersih. Meja kena clear lepas makan. Sudu garfu yang telah dibasuh kena keringkan dulu sebelum customer ambik. Pastu kalau dengan customer kena serve dengan baik...tak boleh endah tak endah.. Selain dari makanan yang sedap, benda benda macam ni akan menyebabkan restoren tu akan dikunjungi ramai orang..sebab ORANG DATANG makan dan dia BAYAR!!
You have to know that..Okay?

Kak Chah..good luck dan selamat bertugas..

sekian.

Friday, January 30, 2009

Seni tangannya..



Salam,

Bila nak buang buku buku anak yang bertimbun ni..terjumpa pulak seni tangan si Zainab ni waktu dia darjah 4. Taruk dalam blog lahhh..


Pertama kali menggulai..





Hari ini kak Chah baru belajar menggulai ayam.


Kakak buat semua sendiri.


Dari menyediakan bahan hinggalah memasaknya..


(Mujur tak dari tangkap ayam idup idup)


Tak sangka juga..


Malam ni abah makan dengan berselera sekali sebab


Abah kata gulai ayam kakak sedap…


Terima kasih kak Chah..


Tolong Ummi..Terharu..


Thursday, January 29, 2009

Tak ladylike langsung!

Salam,

Dulu ada seorang kawan suka usik dan ketawakan aku. Aku buat deeekkk jer...

'Hang ni aku tak tau la, Hida..'
'Apasal?', aku tanya.
'Awat lah aku tengok hang gena tah..,' kawan aku komen.

Aku tetap buat dekkk saja.
Lantaklah..Aku rasa aku nak pakai baju apa. Aku pakai. Aku tak mengikuti fesyen terkini. Aku tak ambil pusing. Kain bunga bunga kecik ka, bunga besag ka.Chiffon ka..geogette ka..apa ka..aku tak ambik hal.

Kalau aku bergaya sikit, orang tegur juga..
Berperasaan betullah aku ni..
Itu yang aku malas tu..

Waktu kat oversea lagi best, aku pakai baju kurung tapi kalau musim sejuk dan berangin baju kurung ni susah sikit sebab selalu jadi eletrik statik..kainnya suka melekat sana sini. Jadi untuk lebih praktikal sebab aku selalu masuk lab maka aku pakai baju kurung berseluar jean.
Ha ha..
Cuba pakai macam tu kat sini!!

Selama 41 tahun dah hidup aku ni, aku rasa aku hanya ada dua beg tangan yang betul betul boleh dipanggil beg tangan. Kedua duanya pun bukan aku beli. Dihadiahkan orang.

1) Beg tangan bertali panjang halus, warna coklat diberi khusus untuk semarakkan semangat datangnya dari kakak aku yang seorang tu sebelum aku pi luar negara. Aku guna sakan beg ni waktu kat oversea sampai putus talinya.

2)Beg tangan warna coklat beli kat Padang Besag oleh suami tercinta aku..Rega RM35 jer. Pun aku guna sakan sehingga terkoyak talinya.

Selain kedua dua beg ni memang aku tak ber'hand bag'. Beg keperluan bayi atau beg yang tak dipanggil 'handbag' tu mungkin banyak la..
'Hand bag' asli aku ialah yang aku kendong setiap dua tahun sekali ini. Itu yang aku jarang 'miss' letak!

Selalunya aku ke sana ke mari bawa dompet macam orang lelaki. Boh dalam poket. Dulu baju kurung aku selalu ada poket. Sengaja aku buat berpoket. Selalu rabak juga poket baju kurung aku tu sebab macam macam benda aku sumbat dalam poket.

Bila dah tuo tuo ni malas le nak buat poket kat baju kurung. Aku jarang tengok orang pakai baju kurung berpoket dah sekarang ni. ( macam dah fashion conscious le sikit..sikit jer..ha ha ha)

Tapi kalau aku pakai baju jubah senang sikit sebab selalunya jubah berpoket so rabak jugaklah selalunya poket baju jubah aku tu.

Time ada dinner function ke atau kenduri kahwin, aku cuba la juga nak bergaya macam orang POMPUAN..tapi beg tangan selalunya suami aku tak kasi bawa.
( tak dak mana pun sebenarnya..nak bawa gena ha ha ha...).

Dia kata mengarut jer kalau aku bawa. Takut tertinggal kat mana mana. Sebab aku bukannya jenis pakai beg tangan ..

Aiseh man...tak leh le aku bergaya cam mak mak datin ker..
ISH ISH ISH...

Kawan tetap kawan...tetapi...

Salam,

Bila aku baca entry Kak Pah's 'Selalu terkena', aku rasa kesian. Bukan nak pekena lagi Kak Pah tapi aku nak cerita hati kering aku. Kadang kadang ada masa nya kita kena buat juga perangai hati kering ni..kalau tidak naya jugak kita.

Waktu aku dok kat Wangsa Maju aku, jarang le kena pujuk rayu macam yang Kak Pah selalu kena tu..tapi bila aku mai Bangi, aku tengok...aaahhh boleh tahan juga ajakan dan pujukan ni...

Macam Kak Pah cakap la..kena pula kengkawan taulan yang dok merayu rayu tu...hai sakit pewut pewut..

Bila mai tang bisnes, aku rasa rimas sangat orang dok mai rumah merayu suruh beli barang. Kalau orang yang datang tu salesmen atau saleswomen yang tak dikenali..tahu jer aku nak perambat. Samada aku suruh anak aku keghiau kuat kuat..menangis melalak dan aku pun minta excuse anak keghiau..ataupun aku buat senyap matikan diri dalam rumah. Orang bagi salam, aku jawab dalam hati jer..ha ha ha..

Kalau terserempak kat luar rumah time aku dok rehat rehat..aku kata aku nak rehat tak kuasa diganggu. Kalau orang tu cakap, 'Sekejap jer kak sekejap jer..'
Aku kata dengan ringkas,"Minta maaf ye..saya tak kuasa nak layan."
..MASUK RUMAH.Tutup pintu.Habis cerita.

Biar ler dia nak menyumpah..nak bengang ngan aku sekali pun. Aku tak peduli. Hak aku untuk tidak melayan orang yang aku tak kenali.
...tapi kes kes macam ni memang senang sikit ditangani sebab orang macam ni orang luar..

Macamana pulak kalau orang dalam? Orang yang kita kenali. Mungkin kawan kita..sahabat kita..sedara mara kita?

Kalau diorang bagi katalog, aku tengok ler..kalau dia suruh jadi ahli ke..senang jer..
'Nanti aku tanya suami dulu ye..'

Orang tak berduit macam aku senang sikit..alasan..' Duit saya kena minta suami...'

Dan suami aku pula takkan beli barang yang aku sendiri tak suka. Aku nak pakai Zhullian?...ha ha ha..Gelang apa pun aku tak minat! Aku RIMAS! Kalau pakai gelang, suka sangkut sana sini..Aku kan ramai anak. Asyik tersangkut kat rambut anak kalau dukung anak. Lepas tu mencederakan anak aku sendiri. Kalau pakai barang kemas ke apa ke suka tinggal merata rata. Kat tempat basuh pinggan. Dalam bilik air la..Kat atas kabinet dapur la..

Jadi daripada aku beli dan hilang...lebih baik aku tak pakai terus! Habis cerita.
Walaupun kadang kadang pergi kenduri memang terasa ODD tak pakai barang kemas..tapi aku jenis yang tak peduli..
Dah lama dah aku macam ni..So kalau aku pakai perhiasan jadi macam ODD pula..
BERGAYA terlebih sudah!
ha ha ha..

Aku jenis yang tak pakai make up. Aku rimas. Aku tak pakai beg tangan..Lemas..Aku ni jenis simple. Kasut masut yag tinggi..terpelecok. Ngarut jer kalau beli.

Jadi apa barangan yang orang nak jual kat aku?
Produk slim badan? ha ha ha..Kirim salam je lah..buat habis ayark liur goda aku..
Produk kecantikan muka dan rawatan kulit..hmmmm..
Biskut raya? Cookies?....Allah..kalau setakat cookies tu, aku dan anak anak pun boleh le bergasak kat dapur tu..Sedap tak sedap belakang kira. Janji boleh telan!

Kut aku terliur pun barangan baby..tu pun anak anak aku dah semakin membesar. Kalau mahal mahal pun, aku tak beli sebab anak ni cepat membesar.

Aku tahu kelemahan aku di mana..he he he..tapi hanya mereka yang rapat sahaja yang tahu..
dan kawan yang nak layork kat aku produk jualan mereka boleh la cuba..
tapi jangan marah kalau aku tak terLIOG!!

Dan yang penting, ingat ye..apa apa pun.. ongkosnya datang dari bapak ye..bukan dari aku..
ongkosnye kureng..kena kasi bilang bapak dulu...

sekian

Wednesday, January 28, 2009

Betul ke?

Salam,

Mereka beramai ramai boikot KFC, McD, 7-11, TESCO..etc.

Aku tanya kenapa?
Marah! GERAM! Bengkak!Bengang! Benci!

Pada siapa?.
...si Yahudi laknatullah yang buat MASSACRE kat GAZA.

Aku tanya lagi..
Sejak bila orang kita pandai boikot?

NTAH...

Aku tanya..lagi?
Sejak bila Yahudi ni berlaku kejam..
NTAH..

Baru sedar ke? Aku tanya lagi...
Mungkin lah..

Tapi kenapa konsert amal tu baju artis macam nak terlondeh..
Konsert amal tu orang Islam punya? atau Yahudi ke?
mereka yang buat konsert tu betul betul ke nak tolong orang di GAZA?

Yang buat muka sedih minta bantuan tu..kenapa?
telekung hari tu dah di lelong ke?
dapat berapa rega?
betul ke nak tolong orang di GAZA?
...............hmm aku macam was was...................

mesti YAHUDI seronok!..sebab itu mereka tak kisah..
nak boikot..boikotlah...
mereka gelak kah kah kah...
kat WJC!!

..........................aku?
..............masih cuba memahami
dan turut bersimpati ...

tapi nak menderma pada si muka belas kesian itu?
aaahhh aku SANGSI.............

Suatu hari di .....(bersama Miss Anne)

Salam,

Nama penuhnya Cik Tan Bu Chu Anne. Tapi kami semua kenal dan memanggilnya Miss Anne sahaja. Aku tak tahu pun nama penuhnya Tan Bu Chu Anne. Kalau aku tahu dulu...mesti ada penambahan pada nama itu. Aku hanya tahu nama penuhnya bila aku membelek dalam majalah pertama Puteraindera tahun 1981 yang ada di tanganku ini.

Ohhh..
Nama penuh, Miss Anne Tan Bu Chu rupanya ye...
Hmmm ...dan aku sudah mula nak menambah nambah..
Err...tapi aku sudah menjadi guru sekarang. Tidak betah buat aku menambah nambah nama seseorang.Tidak betah buatku menggelar nama yang sudah cantik buat seseorang itu.

Tapi kotak fikiranku terus diterjah.
Hmmm... kalau dulu kutahu..sudah pasti Tan Bu Chu ni menjadi Miss Anne BUCHUK..he he he
( NO, You shouldn't do that! YOU ARE Absolutely NOT ALLOWED TO DO THAT)

Berbalik kepada Miss Anne...rupa rupanya dia mempunyai kelulusan SC/MCE dan juga mendapat sijil guru (MPSP, MPIK) jadi tak hairanlah sekiranya dia adalah guru pendidikan jasmani. Asyik berjemur di padang sahaja Miss Anne ni. Dari pagi pagi pukul 7:45 sampai 11:00, tiap tiap hari.
Dan aku ada cerita yang agak menarik juga bersamanya.....

beginilah ceritanya :-

Pada suatu hari yang sungguh panas. Hari di mana, kalau boleh, semua orang rehat rehat di rumah sambil minum teh 'o' ais limau, aku di SMTSP terpaksa bertungkus lumus dengan tugasan sebagai pelajar.
Hari itu juga merupakan hari kelas aku mempunyai waktu pelajaran P.E (physical education) di paginya.

Pada pagi itu kami bermain bola keranjang...permainan yang aku memang tak handal langsung. Dengan susuk tubuhku yang agak rendah dan tanganku yang kurang kuat, aku tak suka kalau disuruh bermain bola keranjang.

'Alahai..Main basketball ke? Aku malas la nak main basketball ni..Boring...mau patah jariku sambut bola. Dah la bolanya keras kematu." itulah rungutan aku kalau kelas terpaksa bermain basketball.

Bukan aku tak pandai dribble bola. Bukan juga aku tak pandai sambut dan lontar bola. Aku cekap menyambut dan melontar bola. Tetapi aku paling menyampah kalau terpaksa 'shoot net'. Rendah..Hah..Mesti tak masuk punya!!
Jangan mimpi lah nak buat SLAM DUNK..
Selesailah period P.E hari tu.

Kemudian dua waktu sebelum waktu rehat adalah masa SRT. ( Sains Rumah Tangga). Ahh ha..pelajaran masak memasak. Best juga..Dapat makan.
Se tak pandai tak pandai aku memasak, keputusan SRT aku tak le fail tau!! he he he..
Nasib badan..

Hari itu aku dan kawan kawan di ajar memasak kuih karipap berinti kentang dan daging.
Daging kena hancurkan dengan pisau. Kentang kena potong dadu kecil kecil. Tepung pastri pula kena gaul dan ramas pakai ujung ujung jari..
(Oh ye..ingat lagi cara gaul dan ramas pakai ujung ujung jari...hah! tu sapa dah nak kona 360 derjah tu?)

Letih juga kelas masak memasak ni. Tapi yang bestnya kelas ini hanya ada 10 orang sahaja.
Almaklum..the boys at the time kena belajar SENI PERUSAHAAN. Hah! Tok tukang..tukang kayu. tukang petri. tukang besi....
Kelas aku,budak pompuannya ada 10 orang sahaja. Manakala budak lelakinya ada 20 orang. Ratio budak pompuan dan budak lelaki ialah 1:2. Kelas waktu tu hanya ada 30 0rang sahaja.
Jadi kalau kami memasak, meja dan dapur yang digunakan hanya 5 sahaja kerana satu kumpulan 2 orang...Alangkah seronoknya ketika itu..

Kena pula kalau dapat pasangan kawan yang cekap memasak macam seorang kawanku yang bernama Timah.
Hari itu tak silap aku masak berpasangan dengannya...
Tapi kalau dah memasak itu, letih tetap letih kerana selama 2 jam kelas itu, sejam yang pertama selalunya kami terpaksa mendengar segala leteran dari guru SRT kami, CIK S. M. a.k.a 'saya cekik pala awak kang..' ( ooohhh bukan aku yang bagi gelaran tu tau..tapi dirinya yang sering menyebut nyebut kalimah itu hingga terkenal seantaro SMTSP dengannya)
Kelas yang berakhir sebelum rehat itu sungguh memenatkan. Sementelah pula tenaga aku telah digunakan sebahagiannya pada waktu P.E pagi itu..

Mata pelajaran lain tetap kami pelajari sehinggalah pada waktu yang akhir, mata pelajaran KESIHATAN!! Ada satu period sahaja MATA PELAJARAN kesihatan ini dan padahari itu kami semua ke bengkel alatan sukan bersama dengan Miss Anne sekali lagi. ( untuk pengetahuan..Miss Anne hanya mengajar P.E bagi pelajar perempuan. Pelajar lelaki diajar oleh En Ahmad B Hussain..) Tetapi bagi pelajaran KESIHATAN dia yang mengambil kelas ini.
Oleh kerana Miss Anne ini guru yang rajin berdedikasi maka masa MATA PELAJARAN KESIHATAN ini selalu terisi dengan ceramah ceramah kesihatannya. Dan juga setiap minggu ada sahaja assignment yang diberinya.

Minggu sebelumnya kami disuruh melakarkan gambar anatomi bahagian paru paru
Alahai..nak kena lukis gambar paru paru serta menamakan setiap rongga rongga yang penting dalam pernafasan.
Kebanyakan dari kawan kawan aku, agak malas nak melukis paru paru ni. Tapi mereka tetap buat assignment yang diberi. Aku pula bagaimana??

Hah!! Aku pula terlupa habis habisan tentang assignment yang diberi. Aku masih tidak menyiapkan lakaran gambar ini..
Sedangkan waktu itu sepatutnya kami sudah siap melakar dan masa kesihatan yang akhir itu untuk melabel serta mewarna dan menyenaraikan nama rongga rongga dan fungsi anggota pernafasan.
Aku juga terlupa habis habisan untuk membawa manila kad yang mempunyai lakaran tak siap itu ke kelas.

Hari itu yang aku ingat hanyalah kelas memasak karipap sahaja dan aku tak lupa untuk membawa apron dan kap yang AMAT penting untuk kelas itu kerana kalau tidak 'kepala kami akan dicekik' oleh Cik S.M.

Jadi, aku pun memberitahu Miss Anne bahawasanya manila kad aku tertinggal di bilik dorm. Miss Anne menyuruh aku mengambilnya..Maka aku berlari ke asrama, naik tingkat empat tergesa gesa tetapi sebaik sahaja aku di atas aku dapati yang aku tertinggal kunci loker dalam kotak penselku di kelas. Maka aku berlari turun dan ke kelas semula.

Miss Anne bertanya ' Mana manila kad awak?'

Aku, " Saya tertinggal kunci loker. Saya nak ambik kunci cikgu"

Entah kenapa hari itu agak malang..

Miss Anne marah marah..
Selalunya dia tak begitu.

" Awak jangan bohong saya. Awak tak buat kerja. Awak kata itu ini. Mau trick dengan saya. Ketuk ketampi seratus kali"

Satu kelas bisik bisik..terutamanya budak lelaki. Semua orang terdiam.
Biar betul. SERATUS KALI??!!

"Cepat!! kalau awak tak buat saya bawak awak jumpa pengetua.."

Kecut perut aku mendengar perkataan 'PENGETUA'. Orang yang paling cuba dielakkan sama sekali.
Dengan kerana itu, walaupun kaki aku begitu letih berlari ke sana ke mari, aku terus mengetuk ketampi...dan dalam beberapa ketika selesailah 100 kali ketuk ketampiku itu.

"SUDAH?!" kata Miss Anne meraguiku.

"Sudah.." kata ku takut takut..Al maklum memang ada yang aku cilok.

"Manyak cepat. Lu kata seratus kali ka? Saya tak percaya! Buat seratus lagi!"

Angin apa entah hari tu Miss Anne ni..

"Fatimah, awak kira tengok betul tak seratus.."

Miss Anne menyuruh sahabat karibku mengira ketuk ketampik yang ditambah seratus kali lagi.
Hah! Timah..Timah amat kesiankan aku.
Dia suruh aku ketuk ketampi lambat lambat sebab dia tahu aku dah tak berdaya. Dengan waktu P.E pagi pagi yang telah mengambil sebahagian tenagaku, dengan waktu SRT yang telah mengambil kudratku..dan aku berlari ke sana ke mari..lututku seolah olah terketar ketar untuk melakukan ketuk ketampi seratus tambahan!

(KEZAMMM....KEEZAMM..KATA HATIKU)

Bila sampai 30 kali, Timah bilang 50 kali. Bila sampai 80, Timah kata dah cukup seratus. Aku takut teramat. Letih pun teramat. Gigil lututku. Timah kata tak pa..Dia berani bohong untuk selamatkan aku. Tapi memang aku dah tak daya. Stamina dah meleweh.Perut aku pulak dah lapar. Makan ala kadar. Setakat dua biji kuih sewaktu pukul 10 pagi.
Tak sabar sabar nak menunggu loceng berbunyi untuk habis kelas.

Bila selesai sahaja aku ketuk ketampi untuk seratus kali kedua itu, Miss Anne suruh aku balik ambil kertas manila kad itu juga. Sampai di dorm, aku terjelepok. Rehat sekejap sambil air mata aku menitis...
Ya..aku menangis.
Menangis sebab geram. Sampai hati cikgu aku denda yang bukan bukan..
Menangis sebab ditertawa kecil oleh budak budak lelaki kelas aku.
Yang bisik bisik sambil senyum senyum seronok...

BENCI!!!!BENCII!! Jerit hati ...menyumpah juga di dalam hati.

Sebaik aku tiba di kelas...KRRRRRRIIIINNNNGG..habis waktu belajar untuk hari itu. Kami semua ke dewan makan dengan aku berhidung kemerah merahan kesan kesedihanku.

'Tak pa, Hidayatun..Aku ada idea,' kata Timah menumpang geram kerana kejadian itu.

Petang itu sewaktu kelas prep, kisah aku didenda ketuk ketampi dua ratus kali itu tersebar kepada rakan sebaya bagai api yang marak.
Bahaya betul..

Timah mengemukakan satu idea lucu..Ha ha ha. aku ketawa..Biar betui. Biar betui betui..

Untuk praktikalnya kami tunggu waktu P.E berikutnya.

'TIMAH, AWAK TAK NAMPAK KE SAYA NI!!!' jerit Miss Anne sewaktu Timah TERBALING bola keranjang tepat ke kepalanya.

'OOOpppss..tak sengaja cikgu'

BOINK! BOINK! Dua kali tak sengaja nyer TU!!

*maaf kupinta cikgu...cikgu baik sebenarnya..cuma hari tu mood talak baik punya...

Sekian











Tuesday, January 27, 2009

Sepatah dua kata..

Salam,

"Sesudah lebih kurang enam tahun sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, memang banyak boleh ditulis sebagai 'memoirs' tetapi kesuntukan masa tidak mengizinkan perkara ini terlaksana. Insya Allah, sekiranya keadaan mengizinkan, hasrat ini akan saya tunaikan di masa masa akan datang ini."

...........begitulah petikan kata kata yang diambil daripada majalah pertama sekolahku, Puteraindera. Kata kata ini adalah penulisan Pengetua sekolahku yang bernama En Abdul Rahim Abdul Majid yang kini telah bergelar Dato'. Majalah yang pertama kali dikeluarkan dalam tahun 1981 itu masih elok dalam simpananku. Ia adalah sebahagian 'memoir' yang begitu berharga bagiku.

Kini Dato Abdul Rahim Abdul Majid melalui alumni sekolahku ingin meminta kerjasama dari bekas pelajar SMTSP untuk mencoret sedikit sebanyak peristiwa berkenaan guru guru bagi menjadikan impiannya seperti di atas sebagai satu kenyataan.

Jadi mungkin entry aku yang berikutnya akan cuba mengumpil kembali kenangan bersama beberapa orang guru...dicatat khusus untuk permintaan itu..

Pun begitu aku tidak mengharap ianya tercatat masuk ke dalam buku 'memoirs' bekas pengetuaku kerana mungkin ada nukilan yang lebih bermutu daripada penulisan aku.

sekian

Martin Luther King

Salam,

Martin Luther King never expected to be a leader. All he wanted was for black people like him to be treated fairly in America. But what began as a small protest finally became a revolution...
and I wonder...
How is Obama going to lead the Americans?
Is he going to fulfill Martin Luther King's dream?
...remember these famous words?
"I have a dream that one day on the red hills of Georgia the sons of former slaves and the sons of slave owners will be able to sit down together at th table of brotherhood...I have a dream that my four children will one day live in a nation where they will not be judged by colour of their skin but by the content of their character."
".....and when we let freedom ring from every village and every hamlet, from every state and every city, we will able to speed up that day when all of God's children, black men and white men, Jews and Gentiles, Protestants and Catholics, will be able to join hands and sing..
Free at last! Free at last!
Thank God Almighty, we are free at last!"

Tempat aku berkarya..

Salam,

Blog ini seumpama jurnal.
Ia mungkin satu cetusan minda untuk fikiranku berputar mencari jawapan pada sesuatu persoalan.
Ia juga tempat aku meluahkan rasa yang kadang kadang tidak mungkin akan dapat kuluah dengan tuturkata. Terlalu sukar untuk berkata kata lantaran itu di medan kalimah bisu inilah tempatku adukan rasa hati.
Ia juga tempat kuukirkan detik wajah dan panorama...menyatakan sesuatu nota yang terselit. Kerana bukankan tiap wajah terdapat kisah yang tersendiri. Tiap panorama terdapat sejarah.

..namun bagi mereka yang menziarahi jurnal ini akan datang dan pergi kerana ini hanyalah sekadar tempat persinggahan. Tempat persinggahan cetusan minda, tempat persinggahan luahan rasa dan tempat persinggahan ukiran panorama..

dan bukan tempat aku mencari POPULARITI..
...kerana ITU BUKAN AKU!!

Monday, January 26, 2009

Snap snap snap..masuk blog..

Salam,
Malam tadi kami ke rumah adik suami di Taman Karunmas. Balakong.
Sebabnya sebelah siang tak sempat nak jumpa sembang sembang dengan mak dan ayah suami di rumah sepupu suami aku tu.
Lagipun, ye lah kenduri...
orang ramai..
sibuk le sikt.
Hah!!
Malam tadi kami memeriahkan diri di rumah Lan, adik suami aku.
Ammmmbboii, bebudak ni. main bola malam malam.

Eh eh ..kelihatan Paksu Rostam sedang menyediakan bara api..
Nak bako ape tu??

Ohhh..Nak bako ayam, sotong dan udang rupanya..
bagus bagus..
silakan silakan..



Maksu?? Macam biasa..tenang jer..
he hehe..
snap snap snap masuk blog gambar maksu yang tenang ni..


Errrrrr..gambar Pak Mertua.
Izinkan SAYA mengambil gambar ye ayahanda..
snap.. snap.. snap..masuk blog!





OHHHHH ADA BIRTHDAY PARTY RUPANYA!!
ERRR..next time potong pulut kuning la pulak.
baru kelas..
kelasik!
lilin lilin tu pun OUT kan..
he he he..







Apa pun SEMOGA ADIK IPOR AKU NI DIPANJANGKAN UMUR DAN DIBERKATI KEHIDUPANNYA...
SEMOGA KORANG SEMUA BAHAGIA!!
OKAY..


sekian...







Kehidupan di celah kota..

Salam..

Kuala Lumpur ini dipenuhi pelbagai kehidupan.
Ada yang hidup senang lenang. Mewah. Dengan rumah besar. Dengan kereta besar. Dengan ISTERI yang berjumlah besar..walaupun isterinya tak le berbadan besar...

Ada pula yang hidup sederhana cukup untuk menjalani kehidupan hari demi hari.

Di celah celah kota raya yang BESAR ini juga ada yang terpaksa berhimpit himpit dalam rumah yang serba sederhana..

..dan semalam aku menyaksikan betapa biarpun berada dalam keadaan yang serba kekurangan, kehidupan yang dijalani oleh satu keluarga ini tetap meriah..









Aku ke Jinjang.
Menghadiri satu lagi kenduri.
Anak sepupu suamiku pula..
Biarpun kawasan perumahan ini agak sempit dan tidak selesa kerana jalan di hadapan kawasan perumahan ini sekadar lebih kurang 8 kaki lebar sahaja namun kendurinya tetap meriah!!
Gambar di bawah ialah seorang pesilat NUSANTARA sedang mempersembahkan bunga silatnya kepada kedua mempelai.
Aku sebagai mamarrazi yang pendek dan tak bertauliah sekadar boleh mengambil gambar ini di celah celah ketiak orang yang lebih tinggi..
he he he..
ntah sapa punya tangan le nak nunjukkan jamnye masuk dalam gambar ni..
lantaknye le..
malas nak edit.
Pengantin tetap disandingkan di atas pelamin yang serba sederhana..
Selamat Pengantin Baru...
ERR nama pengantin ni tak tau la!
Sebab suami aku ni kenal abang pupunya jer..anaknye tak sempat nak kenal..
ha ha ha.
Tahniah Abang Zain..
menerima menantu pertama.
dan aku, suami serta keluarga bergegas balik memandangkan hari nak hujan dan kasi ruang untuk tetamu lain pula mengambil tempat..
HMMMMMMM....






Sunday, January 25, 2009

Cerita pasal cikgu..

Salam..

Kelmarin aku baca email aku yang bertimbun timbun dalam mailbox. Sebenarnya aku ada banyak egroups. Antara egroup aku ialah group rakan sebaya yang satu sekolah.

Semalam aku terbaca mail yang telah ditulis oleh xhead-boy 1984, Dr Ahmad Murad, pakar OnG.

' Bekas pengetua Dato' Abdul Rahim Majid nak kan cerita pasal cikgu cikgu.Dia nak bukukan.. Kalau ada cerita yang menarik hantag kat aku. Hidayatun, hang kena tulis niii..'

Aku malu malu alah gak la kalau nak cerita pasal cikgu ni..Bukan apa kan..Selalunya cerita yang aku boleh recall time dah berkurun tok nadok tu ialah samada kisah lucu, terkena naya atau nak bantai balik cikgu yang membantai kita tu...

Kalau cerita lucu tu kira orait la juga..
Kalau kes naya, nanti kena saman tak pasai pasai pulak.
Kalau cerita kena marah ngan cikgu, kena bantai ngan cikgu takut berdendam kesumat ngan cikgu pulak..Dok terbakag tak habis habis lagi.....walaupun kalau boleh kita nak forgive and forget..

so aku rasa, better aku tulis kisah lucu walaupun sebenagnya aku ada banyak kisah pasai pasai lain yang aku rasa hmmm lebih baik tak dibukukan takut terbuku pulak rasa hati especially bila dah tuo tuo ni..takut juga cikgu cikgu tak redho ngan ilmu yang dia dah curahkan!!

Tapi sebenagnya di sebalik kena marah tu..ada masa bila kita ingat balik, mende mende tu jadi funny..So I'll try to make it as funny as possible..Kalau kawan aku yang namanya Makmie tu nak menambah, kita boleh ubahsuai secukup rasa..and let's make it even funnier so that mende serius jadi KELAKOR!! he he he..

Teman...


Salam,
Dalam hidup ini, kita sepatutnya ada ramai kawan. Kita tak boleh dok sorang sorang. Kita tak boleh melopong tak bersembang. Kita perlukan teman. Ada teman waktu nak gurau. Ada teman nak tolong picit badan time sakit belakang. Ada teman nak tolong ubat time pening lalat, mabuk muntah dan sebagainya..
Alang kan ayam, burung, dan segala mak neka binatang yang merangkak, menjalar, mengesot, berenang, berlari, terbang, luncur, lompat, ayun..semua suka berkawan kawan.
Hatta katak pun akan bernyanyi keriangan bila sesama kaum keluarga suku sakat teman taulannya. Yang perumpamaan katak di bawah tempurung kelapa tu..sebab ada hamba yang kenat kat katak. Diserkupnya katak tu nak tengok katak tu ada daya upaya atau tak melompat sambil angkat tempurung..
Tu kerja sapa waktu kecik tu?
Pastu kawan kita tu kita pakat start kumpul time time dok kenik lagi. Lepas tu kita kumpul lagi time lompat zero point walaupun patah tangan sekalipun, kita tetap akan berteman takkala nak melompat getah. Kita akan cari teman bila nak main polis sentri. Kita akan cari teman bila nak ajak terjun ayark sungai belakang rumah. Kita cukup teruja bila dapat lepas gian mandi manda dalam seluag sekeping bersama sama teman time kecik kecik la kan..(tak main la birthday suit..tau malu aihhh)
Kita cukup syok kalau dapat merayap pi rumah teman time petang petang. Sampai Maghrib pun kita cukup syok nak main aci nyorok lagi walaupun mak kita dah pesan Maghrib kena balik..Kita selalu lupa diri bersama teman sebab bestnya berteman. Kita tak kisah berbalog badan sebab pergi main sampai Maghrib dengan teman..Kita sayangkan teman..Kita sayangkan kawan..Kita sayangkan jalinan kemesraan bersama teman kerana keriangan itu tercipta bila berteman..
Dan bila kita semakin remaja..teman adalah individu yang dapat kita curahkan perasaan kita. Dapat kongsi kedukaan kita. Dapat memahami hati budi kita. Kita sayangkan teman kerana di saat kita bergembira, dia akan memahami. Disaat kita menangis dia akan mengasihani...
Dan aku bersyukur punya teman seperti di atas..teman yang kuanggap sebagai saudaraku sendiri...Biarpun ada yang lain fahaman politik, lain cara pemikiran tapi kami errrr..agree to disagree ( pinjam kata kata dari GJ) dan saling cuba faham memahami..
Sayang kat hangpa weeehhhh!!..semoga pertalian ini berkekalan sehingga akhir hayat...

Saturday, January 24, 2009

Ini pula kenduri yang kedua..

Salam,
Selesai kenduri pertama, kami balik rumah untuk pick up anak anak yang lain.
Kenduri pertama hanya bawa anak sulong sahaja.
Solat zohor dulu..Dah azan time kami balik dari kenduri pertama.
Pastu....
Weng weng ..
Zooom zooomm..
masuk terowong smart!!
neng nong neng nong...
Sampailah kat Dewan Orang ramai..Au2..
KERAMAT!!
mana pengantin..
mana pengantin??


Ni sapa sibuk posing pulak ni??
Ish ish ish...Ni adik pengantin ngan anak pupu..
Single and available??
Ntah le...
Hani gelak bila aku habag nak masuk blog..
'Mak Ngah SIBER' depa pangge aku..

Ni pulak..
Ish ni pun anak pupu gak..
Tak available dah..
Tak lama lagi nak boleh anak sulong.
Ahak..bergelar OPAH le aku!!

Kat bawah ni lah pengantinnya..
Hmmm...siap suap suap kek..
Ambooooiii..



Ini pulak kakak sepupu aku yang bakal bergelar OPAH!!
The Only kakak sepupu belah abah yang aku ada.
Kak Mimah anak Pak Long.
Dia kata"Hang ni memang suka ambik gambark ka, Hida?'
he he he..ambik untuk BLOG.
Tak pa kan kak mimah...
Suruh si Hani cari dan tunjuk blog saya!!





Gambar kat atas ni pulak..Pak Su Din. Bergegas baru sampai dari Terengganu. LOGISTIK pilihanraya tempohari..
Sian... Polis hutan pun kena buat kerja pilihan raya.
Pak su, kalau demo, paksu kena pangge tak??
he he he...





Posing seorang yang dah bergelar ISTERI..





Ni mak pengantin!!
Seronok dapat menantu nuuu..
he he he




ISH yang sorang ni pulak?
Hang bila pulak Min?
he he he....
Single and available??
Posing untuk masuk blog kak Pupu pipitnya..

TERIMA KASIH SEMUA MEMBERI KERJASAMA PADA AKU YANG JADI PAPA RAZI TADI....
HE HE HE...
OH YE..Cenderahati, bunga telur dah dapat!!
dan kepada adik beradik sendiri..
sorry la aku sampai pukul 3..
Kan aku dah habag aku sampai pukui 3!
Buat cam nooooo...
SEKIAN










Ini kenduri pertama hari ini..

Salam,
Hari ini ada 2 kenduri.
kenduri 1 buat kat Dewan BANkuet..
he he he
UPM
tak baik tau...
Yang kahwinnya Cikgu Addmath anak aku kat Balik Pulau Hari tu.
Cikgu anak aku tu adalah anak sulong kepada Prof Madya Ramlan..
kat sebelah ni korang teropong la tengok gambar keluarga yang diorang pamerkan kat dewan tu..
he he he..
kalau boleh teropong lah!!
dan aku pulak nampak kat dalam dewan tu satu wajah yang aku familiar sangat....
ahak...
sapa rajin cuba teropong tengok gambar atas...
kalau boleh teropong lah..

Si Sabri ngan anak isterinya..
Sabri mana?
hanya mereka yang kenal sahaja... boleh tau!
cari lah ye..





dan aku diberi tanda hati seperti yang tertera..
walaupun pengantin tak dapat dijumpa..
sebab kami datang awal dan nak berkejar ke majlis yang satu lagi!
Tahniah cikgu Aishah dan pasangannya Izzad!

Riz...isteri khazani

Salam,
Petang khamis kelmarin aku terserempak ngan Riz kat Petronas.
Siapa Riz?
ha ha ha..Riz bini Dr Khazani.
Siapa Dr Khazani?
Alaahhh..anak ganu kita. Yang termasuk dalam senarai nak dicalonkan oleh Pemuda Terengganu tempohari tu. Ni aku ambik dari seseorang yang bagi info kat Dr Hamirdin...

Info nye berjela jela..cerita aku ngan Riz zaujah Dr Khazani bersambung kat bawah info yang berjela jela ni..

........................................................................................................................................
Prof Dr Mohd Khazani Abdullah – Chief Technology Officer.

Mohamad Khazani Abdullah was born in Terenganu, Malaysia, in 1968. He obtained his B.Sc. and M.Sc. degrees in Electrical Engineering from University of Missouri at Rolla, USA, in 1990 and 1993, respectively, and a Ph.D. degree in Physics from University Malaya, in 1999.

He was awarded the Malaysian National Young Scientist award for the year 2001 for his various contributions in the field of optical fiber communications. He has won several medals at various international expositions including Best Design in the Asia Pacific Region at INPEX-Pittsburgh, 2004 and Special Award at Eureka, Brussels 2005.

He has successfully filed 11 patents for his inventions and scientific works.Professor Abdullah, a member of IEEE LEOS-Malaysian Chapter, was the Deputy Dean of Graduate School, and Head of the Photonics and Fiber Optic Systems Laboratory, Universiti Putra Malaysia (UPM) until April 2008. Currently, he is the Director and Chief Technology Officer at Significant Technologies Sdn Bhd, a company specializing in fiber optic products and services (www.sigtech.com.my). He also currently serves as an Adjunct Professor at the Electronics and Communications Engineering Dept., Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).His research interest includes fiber optics devices, non-linear optics, DWDM, OSCDMA systems and digital communications techniques. His research finding on Optical Amplifiers was reported in Photonics Spectra, a leading scientific magazine in the field of photonics. His latest research focus is on a novel multiplexing technique known as Duty Cycle Division Multiplexing (DCDM).

Dr. Khazani is currently serving as a reviewer for various international publications including top-ten journals in photonics/optics. He has published 64 articles in Citation-Indexed journals and 168 in other journals/conferences. He also has the experience in commercializing various RnD products into local and oversea markets, and has spun off 5 start-up companies. Recently he has obtained the Trade Mark for his new knowledge-based invention known as K-ChartTM, an effective tool for research project planning and management. In graduate thesis supervision he has produced 25 Masters and 10 PhD holders, some with the assistance of K-Chart™.

........................................................................................................................................................

Aku agak baik gak ngan Riz. Rakan sebaya waktu kat Shah Alam.

Ha ha ha..

Pernah gak satu kelas English ngan dia. Walaupun English aku tak le sehandal Riz yang dah jadi lecturer kat UKM ni.

Kat Bangi ni dulu dia dok seksyen 1 lepas tu dia pindah seksyen 2. Aku selalu jugak lepak pi rumah dia. Kacau dia..
Ada masa dia pulak mai dok sangkut kat rumah aku.

Ya lah..sebelum dia sibuk buat thesis PhDnya..

Ada masa dulu, kami selalu jumpa jumpa time buat gathering reunion.

Riz ni orang Johor. MUOR Johor. Orang Jawo. Tapi nak cakap Jawo tak tahu! Faham cakap Jawo tapi kurang bertutur so susah le sikit katanya..KATAnyer..

Riz orangnya baik dan mesra..Nak minta tolong pun mudah.

Yang menariknya dulu kami sama sama bawa SERENA..ha ha ha.

aku SERENA kaler hijo, dia SERENA kaler merah hati.
SERENA bontot bulat tu..bukan SERENA kotak tu..

Sekali entah macamana, suatu hari SERENA aku tu buat hal.
Mak latuk..
Apekemende nya ntah.. serombong mufflernya patah kat betul betul bawah van tu.

Dah le SERENA aku tu bunyi bunyi macam kapal perang atau motorbot sangkut jer. Waktu tu pukul 6 lebih. Aku on the way nak ambik anak aku kat sekolah agama dekat BOMBA.( anak aku antara last batch yang buat sekolah agama JAIS sebelum ditukar taraf menjadi sekolah intergrasi sekarang berhampiran BOMBA BANGI)

Aku panik giler waktu tu. Takut meletup terbakar ke kereta tu..
Al maklum!!Orang pompuan..
ha ha ha

Telefon laki aku. Dia kata bawak jer le kat mekanik. Aku kata dah pukul 6 lebih. Nak kena ambik anak dulu. Lagi pun kedai mekanik yang selalu tu dah tutup.
Aku tak nak bawak kereta. Bunyi macam motorbot sangkut. BOB BOB BOB..takut aku..
Tinggal tepi jalan.
Kat tepi jalan sebelum simpang masuk ke TNB bangi..

Lepas tu aku panik. Anak tak ambik lagi..Aku pulak tersangkut di tengah jalan ni. Dah petang pulak tu..
Siapa nak aku minta tolong? Last last aku talipon rumah Riz. Waktu tu aku tak dak hand set lagi. Handset benda glemer lagi waktu tu. No telefon rumah Riz saja yag aku boleh recall antara jiran jiran yang ada...(kiranya jiran la walaupun dia dok jalan 2 waktu tu)
ha ha ha..

Aku telefon guna telefon awam. Kuss semangat..mujurk Riz yang angkat.
Alhamdulillah... ada kawan cam Riz. Boleh gak minta tolong!

Riz,
Sekiranya hang baca ni..
( aku doubt...ha ha ha sebab aku tau betapa 'rajin' nye ko melayari internet)

Aku hutang budi ngan hang banyak mende...yang aku cerita tu adalah yang antaranya..

Moga Allah permurahkan rezeki ( yang boleh hang kongsi...) hangpa sekeluarga.
Dan aku doakan kesejahteraan untuk hangpa sekeluarga.

InsyaAllah..Amin..

Jew: race OR religion??

Salam,

What have the Jews theselves to say about 'race or religion"? The following quotations put the reader ini possession of information regarding the Jew's own thought of himself as a member of a separate people quite aside from the consideration of his religion.

Leo N. Levi, President of B'nai B'rith, 1900-1904:

"The distintive character of the Jew does not arise solely from religion. It is true that his race or religion are indissolubly connected, but whatever be the cause of this junction of the race idea with the religion, it is very certain that the religion alone does not consitute the people. A believer in the Jewish faith does not by reason of that fact become a Jew. On the other hand, however, a Jew by birth remains a Jew, even though he abjures his religion."
Dr. Israel Friediaender says :
"It is enough for us to know that the Jews have always felt themselves as a separate race, sharply marked off from the rest of mankind."


...................................extracted from 'The International Jew by Henry Ford 1920'-this book is almost impossible to find......this book has been nakedly suppressed!

Friday, January 23, 2009

Loghat Utara..

Salam,

Ada kawan orang Johor mai tanya kat aku. Awat orang Utagha ni dengark cakap kasag. Aku tanya tang mana yang kasagnya? Yang bunyinya ka atau biji butiag perkataan yang dikeluagkan?

Dia pun tak tau..

Aku kata kut bunyi kutt..Mo kalau rujuk kepada bijik butiag perkataan tu aku kata tak lah semua orang utara tu bijik butiag nya cakap MAKI HAMUN ..KASAG GEDEGAK..

takkan alim ulama' dari UTARA macam Us Haron Din, Us Hassan Din dan Ustaz ustaz lain yang turun dari UTARA tu..maki hamun ja kerjanya..kan kan kan..itu sudah tak patuit!!

Tak boleh nak generalized kan orang UTARA cakap kasag. Lepaih tu semua orang UTARA dilabelkan lagu tu!

( bela bela bela....mentang mentang dok mengaji kat UTARA 5 tahun)

Mungkin bagi yang ada sound system lemah lembut tu, mungkin rasa orang UTARA ni cakap bunyi agak kasag. Tak upaya lah kan..

Orang UTARA sebutan sukukatanya banyak guna FATHAH!!

terbuka..a a a a a a..

Dia tak guna e e e e atau bunyi e tanda macam kebanyakan orang selatan.
Jadi sound yang menghambog dari mulat lebih terbuka...

Lepas tu pulak orang UTARA cukup handal dalam sebutan huruf ghain dan nga ..Suruh orang UTARA sebut dua huruf ni..akan bunyi lebih arab lagi dari arab!!

ha ha ha..

dan dua huruf ni kedengaran kasag bila melekat di telinga yang 'lemah lembut' sebab huruf huruf ni huruf tekak!..


Tapi bagi pendapat aku la kan kan kan.. sebenagnya dalam 3 negeri (tak termasuk Perak sebab Perak ni ada banyak loghat loghatnya....yang e tanda, yang e biasa dan a kategori bercampug aduk kat Perak tu) Penang, Kedah dan Perlis terdapat berbezaan dalam loghat UTARAnya..

hanya orang yang biasa dengan loghat Utara saja boleh bezakan perbezaan dalam 3 negeri ini...

Bagi aku yang besa dok perlis..nilah komen aku:-

Kalau kat Perlis cara cakap Utaranya agak lanjuit lanjuit..Lepas tu bahasa dia mendayu dayu..Cakap macam nak ke arah Siam punya slang pun ada jugaaa.

' Chek sakit senak peruit tak sanggga..chek makan puluit dakak..banyiak sangat..chek tak sangka muleh njadi lagu ni..'..
antara ayat yang aku muleh habag mai sebab selalu dok dengark kawan cakak..


Errrrr... pendapat korang pulak lagu mana?
(lagu keroncong ke lagu dangdut ke lagu rock??? he he he)

Apa lauknya tengahari tadi?

Salam,
Tak upaya la kan..
Perut lapag mesti nak kena isi..
Kalau tak isi, sat lagi dia menyanyi karaoke pulak..
Okay..
Makan lauk apa tengahari tadi?
AYAM BAKAR??
BEREMPAH MADU??
BERKUAH PERCIK...
AMBOIIIII..
MELELEH AYARK LIOG!!
TAK PUN..
HMMM..
IKAN SIAKAP?
TIGA RASA LAGI...
EH! NI MAKAN MALAM DAAA..
TAK PUN..
GORENG JER IKAN BAWAL TUUU..
BUAT MACAM SI LUKMAN DOK PEKENA KAT KEDAI TU!
KAT RUMAH PUN BOLEH BUAT.
HMMMMM..
TAPI AWAT IKAN NI DAH GHOBEK??
MANA KUCING KEPALA HITAM TU..

TAPI TAK UPAYA LA KAN..
WALAUPUN PAK ASAI ORANG KEDAH/PENANG
MAK AKU ORANG PASIOR KUBU..
JADI MAKANAN YANG AKU DOK IDAMKAN
MESTILAH JENIS CAM NIIII...
PATIN MASAK ASAM TEMPOYAK..
UDANG GALAH MASAK LEMAK..
PERGHHHHHHH!!!!
OGHANG PEGHAK LE KATAKANNNNN
YAK TEMPOYAK
SAMBAL NYOR
PUCUK PEGAGER..
KOME RASE..
BAGAI NAK GILER..








Reaksi...

Salam..
Ada masa dia menangis..menjerit jerit..minta diberi perhatian..
Ada masa dia bersahaja..




Ada masa dia asyik maksyuk dengan santapan kegemarannya..





Ada masa dia menghidangkan wajah keriangannya....

MAWADDAH..
MY QURRATAA'YUNN




Thursday, January 22, 2009

Apasal..

Salam,
Tertanya tanya juga kenapa Henry Ford menulis buku ini..
Poning palo den membacanya.
Payah..
Weng weng weng...



Sembang petang bersama Si Huda..

Salam,

Ummi : Hari ni ada homework tak?
Huda : Tak..

Ummi : Homework yang 'cat' tu dah hantar?
Huda : daaahh..(bunyi cam eksyen jer)

Ummi : Ummu kata Huda suka sangat cerita Ali si gembala, betul ke?
Huda : Eh, Ummi tahu ke? Ummu cakap kat Ummi ke?

Ummi : Tak cakap...tapi ummi tahu.
Huda : Ummi tahu macamana? tenet ke??
Ummi : Aa ahh..

Huda: Wah..Ummu cakap kat komputer??( macam konpius jer..)
Ummi : .......( malas nak jawab)

Ummi : Ceritalah kat ummi pasal Ali si gembala tu..
Huda : Ummi nak dengar ke?
Ummi : Aaa aah..

Huda : Ali tu dia dok kat bukit sorang sorang jaga kambing. Kambing dia ada sepuluh ekor..pastu dia pikir apa dia nak buat sorang sorang. Dia boring..lepas tu dia pun macam nak pangge orang kampung.

Ummi : Iya ker..ohhh

Huda : Pastu dia pangge kuat kuat, jerit minta tolong kata ada harimau nak makan kambeng dia. Pastu orang kampung datang. Ada naik basikal. Ada naik kereta. Ada naik motor.Ada yang tua jalan kaki bawak tongkat. Ada bawak pedang.

Ummi : Iye ke bawa pedang...
Huda : Aaa ahhh..Yang jalan kaki bawa tongkat tu nak pukul harimau dengan tongkat. Macam macam diorang bawak. Nak tolong Ali. Tapi Ali gelak kuat kuat bila diorang datang sebab Ali tipu jer.

Ummi : Sian pakcik tua tu..mesti penat dah kena tipu..

Huda : Aaaa ahh. Pastu esok pun Ali buat macam tu lagi. Dia pangge lagi orang kata ada singa nak makan kambing dia. Orang pun raaaaaamai datang. Tapi Ali gelak kuat kuat jer sebab dia tipu lagi..

Ummi : Huda nak tipu macam Ali ker?

Huda : Tak lahhh...Ummi ummmi..lepas tu kan..pastu hari yang no 3, Harimau datang betul betul. Dia lapar. Pastu dia tengok kambing Ali. Dia kata..haa perut aku lapar, aku nak makan kambing ini. Pastu Ali takut. Naik atas pokok. Dia jerit kuat kuat minta tolong. Tapi orang tak nak datang sebab orang dah sibuk main tenislah..main bola la..bila dengar Ali jerit orang buat tak tahu jer sebab orang kata Ali mesti tipu lagi.

Ummi : Oh ye kerr..
Huda : Ha aaahhh...Pastu Ali balik tanya kenapa orang taknak tolong...habis kambing Ali kena makan..
Pastu orag kampung kata sebab Ali suka tipu.
Ali pun pikir pikir..aaah tak boleh tipu tipu gelak pada orang...
Macam tu la cerita.

Ummi : best la cerita Huda..nanti boleh Ummi cerita kat Perdana pulak. ( walaupun aku dah biasa baca cerita ni dalam buku teks sekolah aku entah zaman bila dulu...)

'Kerbau pendek'

Salam,

Aku tak tau samada hangpa tau tak binatang yang orang Utara pangge 'kerbau pendek'? ek elehhhlah..bukan KERABU lah... KERBAU...yang pendek pendek tu!

Istilah orang utara ni menarik juga. Binatang ini dipangge kerbau sebab ada yang memakannya.
Bagi setengah orang memang lah tak salah dan tak dak apa apa masalah.
Bagi setengah orang pulak alergik...in fact nak sebut nama sebenar pun rasa segan silu..malu malu alah gitu..

Kat belakang rumah mak aku, kat kampung, 'kerbau pendek' ni hidup agak meriah juga. Cukup meriah sehinggakan habis dikerjakan saki baki ayam mak aku di waktu malam.

Mulanya mak aku sangkakan binatang lain yang mengerjakan ayam ayam mak aku tu. Tetapi bila dah disuluh dan dilihat kesan tapak kaki sewaktu siang maka tak silap lagi yang mengerjakan ayam ayam mak aku itu tak lain tak bukan si 'kerbau pendek' inilah.

Ada suatu ketika sewaktu pulang berhari raya, sewaktu menjelang subuh...

KEDAPANG!!!!

Bunyi tembakan yang aku sangkakan letupan bom menjagakan aku dari tidur...Mula mula sewaktu aku bangun itu, aku sangkakan ada orang pecah masuk rumah kerana kelihatan lampu suluh merawang ke sana ke mari berdekatan dengan rumah mak.

Sangkaanku meleset kerana rupa rupanya ada geng yang datang mencari cari si 'kerbau pendek' ini. Dicari kerana katanya kalau 'kerbau pendek' yang liar, dagingnya lebih sedap dan enak...

AAAAAAHHH!!

Manaku tahu dagingnya enak atau tidak!

AKU ALERGIK!!!

Wednesday, January 21, 2009

Hatta RM5 sekali pun..

Salam,
Dulu aku diberi belanja RM5 sehari..
.
.
.
.
.
dan wang itu bukan untuk belanja sewaktu aku di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
...tetapi wang belanja itu diberikan sewaktu aku mula mengenal erti hidup berumahtangga bersama suami dan beranak seorang, menyewa di Wangsa Maju.
Pada mula mula kehidupan itulah dianya..Rumah kosong. Tiada berperabut. Yang ada hanyalah kotak kotak yang diperolehi dari packaging sewaktu balik dari US. Mula mula benda yang kami beli hanyalah dapur gas, sekeping tilam, rak besi buat meletak pakaian serta tempat menyangkut pakaian dan tikar getah.
Tempat meletak dapur yang buruk ditinggalkan oleh penyewa sebelumnya, kami gunakan sehingga suamiku berupaya membeli yang baru. Seorang jiran India yang kebetulan ingin membuang sebuah almari buruk telah memberikannya kepada kami dan kami mengambilnya buat menyimpan barang barang.
Entah kenapa sewaktu mula mula hidup di Wangsa Maju keadaan agak sukar..suamiku telah meletakkan jawatan di Tan Chong. Dua bulan dia menganggur..dan dua bulan itu cukup perit buat kami bertiga.
Sebelum jawatan seterusnya diperolehi hidup kami sekadar mengisi sesuatu yang tak pasti. Hatta sewaktu itu RM20 dirasakan begitu mewah..hatta RM5 sekali pun..
Dan apabila suami aku mendapat kerja di sebuah bank, wang yang dipinjamkan kepada kami terpaksa digunakan sebaik mungkin supaya ianya tidak kehabisan sehingga suamiku mendapat gajinya yang pertama di bank itu.
Nak tahu bagaimana aku menghabiskan wang RM5 sehari itu.
1) Nasi lemak Rm0.50 dikongsi bersama anak kecil seorang..
2) Rm 2.00 untuk membeli 2 ekor ikan. RM0.50 untuk membeli sayur jika mahu..( optional)
3)Rm 0.50 selalunya aku beli udang kecil untuk dibuat bubur nasi anak kecilku.
4) Selebihnya aku simpan untuk membeli karipap Rm1 lima biji di waktu petang.
...........................begitulah awalan rumahtangga kami di sini.
Jadi hargailah RM5 yang ada di poket anda...kerana ianya mungkin adalah perbelanjaan sehari bagi satu keluarga seperti aku!

Tuesday, January 20, 2009

Satu image..

Salam,

Imej ini tidak jelas...
Imej ini adalah seorang insan..
Imej ini adalah datukku..sebelah ibu..
....terlalu sukar untuk aku mengenang kembali saat bersamanya

hanya dua perkara sahaja yang mungkin aku boleh imbasi.

1) Imej datukku memikul seguni durian sambil tangan memegang kakakku dan berkata " Anak kome JE A ni kena demam campak. Aku nak ngator nye balik"...( waktu itu aku dan kakak sekitar umur 4 dan 5 tahun)

2) Imej mak saudaraku Nor Azian berlari menangis mengiringi jenazah yang diusung ke kubur dalam tahun 1972 dan aku pula melihat di jendela tanpa ada emosi..

Al Fatihah untuk datukku, Almarhum Hj Ibrahim b Mohd Zin...seorang guru Al-Quran...


Monday, January 19, 2009

Lawatan sambil belajar..

Salam,
Suami aku ni dia memang seronok sungguh pi buat 'lawatan sambil belajark'. Hari tu waktu aku boh entry pasal buat kek Lembab tu, aku dah tunjuk hasil dia pi melawat kilang syringe. Dia bawak balik sample syringe.

Aku nak buat apa tak tau. Buat hiasanlah kut..
Tak pun buat koleksi hasil lawatan dia..


Minggu lepas pulak dia buat 'lawatan sambil belajark' lagi. Kali ni dia pi kilang ADABI..
IYA..apa lagi! Hah..bawak balik hamper sample produk ADABI. Ni lah sebahagian produk ADABI yang telah atau hendak dipergiatkan lagi di pasaran.
Aku bukan nak iklan promosi ke apa ke..
Nak habag jer..
Kut nak beli, hangpa pi beli sendiri kat kedai, supermarket ke apa ker..

Suami aku dapat SAMPLE jer..




Sunday, January 18, 2009

SIRPRICE!!!

ON YOR FOTITOOTH BESDAY..

SIRPRICE!!

Masak asam pedas CILOK!!

Salam,
Aku memang tak pandai masak asam pedas..dan aku pun sebenarnya tak da le gemar sangat makan asam pedas ni. Walaupun selang sehari aku dengar bunyi giling kat rumah sebelah aku ni..( pakcik dan makcik tu orang Melaka)..selang sehari isterinya menggiling cabai.

Hebat!
Eh, bukan senang tau menggiling giling ni. Sapa nak eksesais..hah giling le cabai! Baru kaw kaw asam pedas atau buat kari!

Kelmarin, oleh kerana teringin sangat nak makan ikan terubuk, aku beli lah seketul ikan terubuk masak asam pedas dari sebuah restoren. Mana lagi kalau bukan ZnI di seksyen 4 BBBangi. Okay je lah terubuknya. Tak la sedap sangat. Tapi tak la tak sedap. Tapi kuah asam pedasnya boleh tahan juga. So..aku boh kuahnya lebih sikit walaupun aku ambik seketul jer ikannya.

He he he..

Kemudian pada malamnya, aku rebus dulu ikan beberapa keping...kemudian aku masukkan baki kuah tengahari dan tambah sikit air dan sos serta garam dan gula secukup rasa. Maka jadilah ikan masak asam pedas CILOK..STAIL aku...he he he ...
jangan marah...

dah tak pandai masak..

buat cam ni lah kan...


Entry pendek..

Salam..

PAS MENANG DI KT.
BN PULA KALAH..

KENAPA PAS MENANG?
KENAPA BN KALAH?

jawab...
sekian.

Peluang pekerjaan..

Salam,

Kelmarin anak aku yang sedang menunggu keluarnya keputusan SPM, mengisi borang mohon kerja di 7 eleven yang tak jauh dari rumahku. Nak isi masa lapang katanya. Dah boring sangat duduk rumah menjaga adik adik yang kecil kecil dan kuat meragam ini.

Dia juga nak jadi personal tutor kepada mereka yang memerlukan khidmatnya. Aku tanya siapa yang nak khidmat tutionnya kalau mereka yang dah graduate pun banyak yang menawar khidmat demikian di Bandar Baru Bangi ini? Antara budak yang menunggu result SPM dengan budak yang dah grad tapi tak dapat kerja lagi, siapa yang orang akan lebih percaya?

Aku tanya dia..
Dia diam. Bukan aku nak memperkecilkan kebolehannya tetapi dia harus tahu keadaan realiti.

Kalau dia nak mengajar, ajarlah adiknya yang terkial kial dalam Tahun 6 tu. Dia diam..Kalau dia serius nak mengajar, dia kena mula dengan adiknya dulu. Ajar adik yang memerlukan khidmatnya. Tanpa gaji..kan lebih mulia begitu. Bayarannya adalah kepuasan hati bila melihat adik sendiri yang pandai!
Dia diam lagi..

Bagi pendapat aku menjadi tutor memang satu pekerjaan yang mulia. Memandaikan orang..Berkhidmat memandaikan orang. Tapi bukan beerti seorang itu harus berebut rebut ingin menjadi guru tutor disebabkan ganjaran wang yang diperolehi. Itu bukan lagi satu keikhlasan. Bahkan merosakkan imej profession seorang guru.

Kadang kadang aku bimbang trend yang melanda kebanyakan guru di luar sana. Guru yang menambah pendapatan melalui tution ini ghairah dalam bertuition sehinggakan mengabaikan tugas sebenarnya di dalam bilik darjah. Seolah olah yang di bilik darjah itu bukan lagi tugas utama. Seolah olahnya yang di dalam bilik darjah itu bukan lagi muridnya.

Aku faham tugas utama guru ialah memandaikan budak. Aku juga faham betapa guru juga perlukan mata pencarian tambahan tapi aku kira kesungguhan seorang guru untuk mengajar sepatutnya di curahkan sepenuhnya di dalam bilik darjah. Tution atau back up class pula adalah untuk mereka yang benar benar memerlukan .Contohnya ialah bagi mereka yang jauh ketinggalan sewaktu di dalam bilik darjah itu.

Sewaktu aku bersekolah dulu, tak pernah aku bertution. Segala ilmu dikutip terus menerus dari guru. Kalau tak tahu, cepat cepat aku ke bilik guru untuk bertanya. baik sewaktu di sekolah rendah maupun di sekolah menengah.

Di sekolah menengah contohnya aku mempunyai seorang warden yang juga guru Matematik Tambahanku. Kalau ada kemusykilan, pintu bilik warden akan aku ketuk tak kira waktu. Cikgu Masriah Tasripin bersedia berkhidmat tak kira waktu. Betapa mulianya hati guruku itu...( semoga Allah memberkati jasa guruku itu) Begitu juga dengan Cikgu Wong dan Ustaz Mala. Mereka juga adalah warden di hostel pelajar lelaki tetapi selalu ada di bilik guru sewaktu prep petang. Mereka juga boleh ditanya bila bila masa apa apa jua soalan yang anak murid mereka musykilkan.

Ramai juga guru guruku yang stayed back sewaktu kami ada prep petang. Cikgu Haron, guru kimiaku. Cikgu Tan Ka Chai, guru fizikku. Cikgu Halim guru Biologiku adalah mereka yag sentiasa memberi ruang masa untuk anak anak murid mereka bertanyakan soalan.
Bagi aku memberi ruang masa untuk pelajar bertanya adalah satu keperluan.

Beginilah juga caranya aku belajar di unversiti dulu. Pensyarah mesti menyediakan ruang masa untuk mana mana pelajar bertanya dan berjumpa dengannya secara personal. Aku tak tahu cara belajar di universiti tempatan bagaimana..tapi aku kira mungkin ada juga! Oh ye..selalunya di muka pintu bilik pensyarah akan diletak jadual ruang masa itu dan pelajar bolehlah mengisi appointment mereka pada masa yang sesuai. First come, first serve basis..pepandailah rebut!

Menyentuh semula isu anakku ingin bekerja tadi, aku kira terlalu banyak peluang pekerjaan yang boleh diisi. Cumanya 'odd jobs' ini bukanlah perkara yang boleh dipilih pilih. Macam suamiku dulu pernah bekerja sebagai pencuci pinggan di cafeteria universitinya di Boston...Ha ha ha..Tapi ia pekerjaan yang mulia. Mencuci sesuatu yang kotor bukankah selaras dengan kehendak Islam? Why not?

Seperti juga seorang kawanku yang bekerja sebagai penjaga KHUTUB KHANAH di unversiti tempat kami belajar..SUSUN BUKU!! Seperti juga geng geng yang rajin kerja di Student Center macam Razif (senior buat CE), Fadhil ( senior buat ARCH),Zul (senior buat ARCH) semuanya jadi KULI mengangkat itu ini untuk mencari duit poket tambahan sewaktu belajar !

Aku pula sering menjadi baby sitter kepada anak anak Arab yang mak diorang rajin buat jamuan..Dapat upah tau. Tak banyak la..US3 per hour jer..Tapi duit tambahan juga kan? Siapa nak bagi duit senang senang?

Bila dikenangkan kerja jadi baby sitter inilah, aku rasa lucu pula..aikkk..sampai sekarang aku dok jadi TINY WEENY sitter?? Ha ha ha..

Dah aku rajin sangat melayan kanak kanak, sampai waktu MISG (Malaysian Islamic Study Group) convention, (time - time aku nak kahwin tu ..) ada mak Arab ajak ikut pi ISNA ( Islamic Society of North America) convention. Suruh aku baby sit anaknya..Weeehh aku nak kahwin laaa..mana rajin nak pi ISNA convention pulak.

Tapi bayaran mahal. Dia nak bagi US250..kus semangat. Banyak tu..Seminggu dapat US250. Aku bagi kat kawan aku sebab aku nak kahwin time tu! Kalau dia offer time lain, aku sapu..Tak kisah. Jaga budak pun tak per..Aku ngam ngan anak anak diorang. WALAUPUN anak anak Arab ni lasak lasak! ( di manakah mereka..Usamah, Aisyah, Muna, Syaima', Muhammad, Laila, Bandar etc etc..anak anak Arab dari Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Syria yang pernah bermain dengan aku dulu..)

Kelakarnya dulu, dah tak tahu lagu apa aku nak nyanyikan diorang, aku bantai nyanyi lagu Melayu!! Lagu negaraku pun diorang ikut..
Kah kah kah..
Habis ikut aku nyanyi sama! Adui..aduii..kelakar bila ingat kembali.

Oh ye kat mana aku tadi?? Oh pasal si anak sulung aku yang cari kerja..

Kesimpulannya aku cadangkan pada anakku, grab jer apa apa pekerjaan yang dilihat baik (kalau dapat ler) as long as ianya halal dan selamat ( safety mau kira jugak). Kadang kadang tak semua pekerjaan halal itu sentiasa dalam air con. Kadang terpaksa berjemur..macam orang nyapu sampah kat jalan tu..Mulia kerja mereka tu. Lebih baik dari mereka yang kerja jual diri!

Hatta zaman zaman angkut dulu, kerja angkut tong berisi najis itu pun kerja yang mulia kerana menjaga kebersihan..Bayangkan dulu, kalau geng angkat tong najis ini mogok dan tong di jamban yang dah penuh tak diangkat angkat?? Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

Sekian...

Saturday, January 17, 2009

Scanning..

Salam,
Aku tengah berkira kira melihat lihat, meninjau ninjau, mengenalpasti tingkah laku anak anak muridku yang 20 orang ini.

Aduhai..

Nampaknya kali ini anak muridku aktif aktif belaka. Bukan kategori slow and steady macam tahun lepas.

Bagi anak anak yang aktif ini, ada pro and kontra nya.

Yang bagusnya, kebanyakan anak anak yang aktif ini, otaknya selalu cergas.
Mudah faham. Mudah mengikut. Mudah mengenal dan menghafal dan mudah disuruh membuat kerja.
Yang kurang bagusnya ialah mereka juga mudah jemu dengan perkara yang diulang ulang. Membuatkan cikgu pula yang terkejar kejar mencari idea dan teknik baru untuk mengajar.

Bagi anak anak yang slow and steady pula, ada pro dan kon juga.

Yang slow and steady ni, perkara yang mudah mudah pun sukar dibuat sendiri. Memegang pensel mesti ditunjuk cara. Mewarna mesti ditunjuk warna apa. Nak warna bagaimana pun mesti ditunjukkan. Segala galanya memerlukan bimbingan hatta nak ke tandas pun perlu di tanya dan dibawa..kalau tidak, alamatnya banjirlah kelas.
Tetapi bagi yang slow and steady kategori ini, gurunya senang untuk kontrol anak anak sebab anak anak dengar kata dan duduk diam baik baik belaka. Hmmm....

Okay mari mengenal anak anak muridku dan dalam golongan manakah mereka ini..Aktif atau slow and steady?

1. Iwana - aktif, suka bercakap dan teruja untuk menjawab soalan cikgu. Suka ke depan walaupun adakalanya jawapan yang diberi salah..kerja yang disuruh cepat siap.

2. Dina - aktif bercakap dan menyanyi. Suka bercerita. Tetapi masih sukar untuk memegang pensel, menulis dan adakalanya terlalu dependant dan kurang self confident. Tidak mahu 'membuat salah' dalam kerjanya. ( bagi aku, it is okay for the children to make mistakes. It is part and parcel in learning process..Bukankah begitu? Kita semua buat kesalahan..RIGHT?) Selalu terpaksa dipujuk untuk membuat kerja dan sukar untuk menerima arahan guru.

3. Dhiya - pendiam tetapi jenis yang diam diam ubi. Memberi tumpuan ketika cikgu bercakap. Tumpu dalam membuat kerja. Response bagus. Mudah faham. Pelajar yang ada potensi untuk score.

4. Wani - pendiam, pemalu. kurang aktif. Memberi tumpuan pada guru tetapi masih terlalu takut untuk bergaul dengan teman temannya. Mempunyai bakat dalam mewarna. Kidal..( aku tengok budak ni macam gaya pelukis jer pegang pensel)

5. Husna - respon dengan guru amat bagus. Suka bertanya. Suka bercakap. Suka dipuji. Memberi tumpuan yang baik kepada guru. Kerja pun bagus.

6. Nazihah - pelajar yang memberi tumpuan penuh.Respon bagus. Kerja tip top. Agak advance dari orang lain. Another potential scorer.

7.Syafiqah - another advance student. Kiut..Ingatan bagus. Mudah menghafal. Mudah mengenal. Respon dengan guru amat baik.

8. Fariha - kerja penulisan bagus sekali. Tip top. tapi agak reluctant dalam response yang lain. Teragak agak untuk participate dalam kelas. Kurang bergaul dengan mereka yang tak dikenalinya. Agak pasif sedikit.

9. Hadif - pelajar yang aktif bercakap. Adakalanya mudah beralih pandang. Selalu kontra dengan cikgu. Cikgu kata hitam, dia kata putih. Cikgu suruh warnakan benda yang besar, dia nak warna yang kecil. Sengaja..Aku rasa anak ini minta diberi perhatian penuh padanya.

10. Rasydan - pendiam. tumpu pada guru. cepat dan tangkas membuat kerja walaupun tak cantik. mudah faham. a listener, ada potensi besar budak ni..

11. Syamim - agak merayau fikirannya. selalu kurang tumpuan. lain yang cikgu cerita, lain pulak responsenya..kadang kadang way...entah ke mana. masih perlu dilatih pegang pensel, mewarna dan sebagainya. agak dependant tetapi suka bertanya itu ini.

12. Nik - anak yang pada mulanya malu malu ini sudah agak bergaul dengan rakan rakannya. Response di kelas bagus. Kerja buat. Cuma tak boleh ditegur. Samada baik atau tidak kerja, jangan ditunjuk di hadapan kelas..Malu..

13. Haziq - beri tumpuan yang bagus cuma selalu terganggu oleh seorang rakannya, Furqan. kerja jalan. ada potensi budak ni.

14. Amin - kerja bagus. tumpuan bagus. respon pun bagus. mudah faham. mudah ingat. sorang lagi anak yang mudah di ajar.

15. Suhail- agak pendiam tetapi memberi tumpuan yang bagus bila belajar. kerja buat. ada respon walaupun agak perlahan tetapi jenis yang diam diam ubi juga.

16. Luqman - a talker. tetapi kerja bagus. suka dipuji. suka diberi perhatian.

17. Faiz- aaahhh..mak kena ikut dah sampai seminggu ni. Sukar membuat kerja. Agak terganggu kalau mak tak ada. Budak ni pandai tapi terlalu dependant. mak pulak tak berapa nak lepas anaknya..waduhh..sampai bila sih?

18. haikal..-minggu lepas sehari jer datang. mana pergi anak sorang ni. a talker. kurang tumpuan. suka main..penulisan masih way back. nak kena pegang tangan!

19. Furqan - a very active boy...aduii..ngaco orang pun ye jugak. kerja tak berapa nak buat. naik atas meja..cakap cakap dan main main jer kerjanya..AAAAAA...

20.....oooh sorang lagi budak pompuan yang aku tertinggal namanya, AISHAH. anak yang pendiam tetapi tumpu dalam kerjanya. Tak menimbulkan apa apa masalah cuma kena lebih aktif lagi!

Ini lah 20 anak anak 5 tahun...Kita tengok perubahan perubahan yang akan berlaku pada mereka nanti, okay! ...

Friday, January 16, 2009

KAWASAKI..a disease!

Salam,

Aku bukan nak cakap pasal motorsikal grand prix ke mende ke...
Bukan juga nak cakap pasal Mat Rempit langgar lari bontot kereta orang.
Aku pun tak nak cakap pasal motor Pak Su aku yang hancur berderai terpelosok masuk bawah lori...( alhamdulillah Paksu aku selamat ...nyawa masih panjang..Hanya terpelanting terbang lalu jatuh atas belakang lori).
Pun aku tak nak cakap pasal anak Pak Lang yang meninggal waktu baru seminggu dapat motor!

Ini bukan Kawasaki the big Bike!
This is KAWASAKI, a disease.

Ada ke nama penyakit KAWASAKI?
ADAAAAAA!!

tak caya?..layari le mana mana website pasal penyakit.

Sebenarnya penyakit Kawasaki ni pernah menyerang salah seorang anakku. Oh ye..diulangi sekali lagi KAWASAKI.
Bukan Cocksakie..eh cam mana le pula eja nya?Cowsakie..eh tak betul..Cowsakai..Lagi tak betul. macam nak sakai orang le pulak...
Apa apa pun aku harap korang perbetulkanlah ejaan tu yerr..Pepandai koranglah....aku malas nak tengok kamus Medik.

Cuba teka siapa di antara 9 anakku ini yang telah diserang penyakit ini sewaktu dia berumur kira kira 4 bulan?
Hah!!
Siapa cepat dapat ganjaran mata..mata kuching!

Ye..betul. betul. memang tak betul.

okaylah.

Yang kena penyakit tu sewaktu berumur 4 bulan ialah tak lain tak bukan si Rahmah, budak yang menang Hadiah Nilam TAHAP 1 tahun 2008 sekolahnya tu. Dah darjah 4 dah anak aku tu. Walaupun kalau diperhatikan badannya lebih kurang sama tinggi saja dengan adiknya yang dalam darjah 2.

Sewaktu 3 bulan yang pertama, Rahmah tak pernah jatuh sakit. Alhamdulillah..kuat minum susu dan badan pun kuss semangat. Montok seperti kanak kanak sihat yang lain sehingga Mak Udanya menggelarnya Rahmah Tomei.


Tapi entah kenapa pada suatu hari, bila masuk sahaja umurnya 4 bulan, sewaktu kira kira dia dah mula mahu meniarap sendiri. Rahmah demam panas. Pada mulanya aku kira demam panasnya itu demam panas yang biasa lalu aku berjumpa doktor biasa dan diberi ubat demam sahaja.
Tetapi apa yang merisaukan aku ialah setiap kali ubat diberi, suhu badannya akan turun dan bila habis sahaja tempoh kesan ubat itu maka suhu badannya akan kembali tinggi. Kiranya panas dibadan tidak mahu kebah.

Lantas selang dua hari, aku bertemu lagi dengan doktor yang sama, memberitahunya tentang demam anakku yang terus menerus tak mahu kebah itu. Pada malam hari, aku terpaksa berjaga keran arisau. Kepala anakku kerap ku lembabkan dengan tuala lembab supaya dapat dikurangkan panas. Tambahan pula Rahmah mula tak mahu menyusu. Sakit badannya berpindah kepadaku pula. Aku pula terasa nak demam kerana bengkak susu dan tak tidur malam keletihan menjaganya.

Perasaanku kian gusar bila sahaja masuk hari ketiga kerana kulihat tapak tangan Rahmah mula membengkak dan lidahnya mula bintik bintik kemerahan. AHHH..Penyakit apa pula yang menyerang anakku ini. Sewaktu ini Rahmah mula kurang bersuara. Suaranya agak tersekat sekat. Selalunya tangisan suaranya agak nyaring tetapi menjadi begitu perlahan dan hanya kelihatan seolah membuka mulut tanpa suara.

Aku berkejar ke klinik pakar Azzahrah. Namun pakar kanak kanak tiada sewaktu itu. Lantas aku telefon semula kepada klinik Ummi Salihah yang ketika itu lokasinya di seksyen 4 di mana terletaknya Klinik Al-Huda sekarang.

Doktor pakar kanak kanak adalah adik kepada doktor perempuan yang merawat anakku itu. Nama mereka semua bermula dari Khairul..Doktor perempuan itu menyuruh aku datang segera ke klinik. Lantas pada malam itu aku bertemu dengan Dr Khairul Azhar ( ke Anwar..aku dah tak ingat namanya..) Doktor ini terus mengenal pasti penyakit anakku. KAWASAKI katanya. Rawatan di HUKM ada tapi RM3000 something harga ubatnya. TERKEDU aku!

Nak keluar duit dari mana sebanyak itu dengan sekaligus. Waktu itu gaji suami aku berapalah sangat dengan anak yang dah masuk 5 orang. Aku telefon abah. Memberitahu masalah aku.

Abah kata "Tok sah dok kira banyak mana belanja..Masuk dulu anak tu ke hospital. Bawak dulu..Ubat dulu. Duit cari kemudian!"

Doktor menasihatkan aku pergi ke hospital malam itu juga kerana keadaan anakku sangat kritikal. Lembik tak bermaya.. Kesan serangan virus memang sudah ketara benar. Suami aku belum sempat pulang kerja lagi, aku telah dibawa jiran sebelah rumah untuk ke HUKM.

Sebaik sahaja tiba, Rahmah terus diambil darah dan dicheck segala segi. Rupa rupanya Dr Khairul telah menghubungi pihak HUKM.
Esok harinya Dr Zulkifli pakar kanak kanak turun padang memeriksa anakku. Kawasaki is a very rare disease. Puncanya ketika itu masih tidak diketahui. Alhamdulillah, penawarnya ada..

SERUM dari KUDA!!


Sebaik sahaja mendapat kelulusan dari pihak atasan HUKM, rawatan segera dilakukan ke atas anakku. Serum dari kuda dimasukkan ke dalam saluran darah dan masa yang diambil adalah selama 10 jam.

Letih aku menunggu sepanjang malam...

Kesan ubat itu begitu ketara keesokkan harinya. Rahmah mula mengeluarkan suara kembali dan mula mahu menyusu. Keadaannya semakin ceria. Tetapi bengkak di telapak tangan masih belum surut. Doktor masih lagi mau memeriksa keadaan jantung dan organ penting yang lain.

Rupa rupanya penyakit ini menyebabkan darah menjadi beku ( clogging ). Dr Zulkifli membuat pemeriksaan jantung Rahmah setiap dua hari. Ubat ubatan lain juga diteruskan. Aku di HUKM hampir seminggu sehinggalah aku merayu kepada doktor untuk pulang kerana anak anakku yang berempat di rumah sudah seperti anak ayam kehilangan ibu. Doktor membenarkan anakku dibawa pulang dengan syarat anakku dibawa berjumpa doktor seminggu dua kali pada dua minggu pertama dan seterusnya seminggu sekali jika keadaannya pulih. Aku juga dikehendaki mematuhi segala perincian ubatan yang diberi. Ubatan yang diberi sebanyak lima jenis itu...

Dua bulan aku pergi dan balik ke hospital membawa anakku. Sehinggalah ubatan yang diberikan tidak perlu disambung lagi dan anakku diisytihar pulih sepenuhnya...dan bill nya agak agak berapa ye?

Oh.. tak lah banyak sangat kerana kos ubat yang RM3000 itu telah dikira sebagai wang ehsan dari HUKM kerana mereka mendapat benefit 'research'. Anakku jadi bahan kajian budak medik UKM. Hanya pemeriksaan jantung sahaja yang agak mahal sedikit. So dapatlah suamiku settlekan segala kos yang dikenakan itu..dan aku juga mendapat 'benefit' dari penyakit anakku itu. Sebelum anakku sakit, aku hanya bawa kereta sekitar Bangi tetapi bila KEADAAN memaksa maka aku terpaksa memandu sehingga ke HUKM di Cheras itu..Skill pemanduan aku juga dapat dimajukan. Naik taraf!!

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah.