Wednesday, August 26, 2009

Malam yang diintai intai..

Salam,

Masa aku kecik kecik dulu, Ustazah Umi selalu cakap pasal malam Lailatu Qadar. Bukan Ustazah Umi saja yang cakap tapi abah pun selalu. Bukan abah saja tapi Ustaz Zainal juga. Bahkan semua orang. Kak Yan, Yong, Mak..dan kawan kawan sedarjah dengan aku.

"Kalau ada ayam berkokok bersahut sahutan waktu malam, mungkin itu menunjukkan tanda malaikat banyak..." kata kawan aku, Sarinah sewaktu geng kami sembang sembang pasal malam Lailatul Qadar. Kami sembang waktu rehat sambil main batu seremban. Bulan puasa mana ada makan jadi kami main batu seremban masa ni.

"Ye ke?" tanya aku kepastian.

"Malam lailatul qadar ni, kalau dapat, dia nampak pokok pokok semua jadi bengkok...sebab depa sujud" sambut Ani pula.

"Siapa yang dapat tengok" tanya aku.

"Sapa sapa la..."

"Lepas tu pulak air sungai pun boleh beku tau..sebab sejukkkkkk sangat..jadi ais" sambut seorang lagi kawan aku.

Lepas tu bila balik rumah,waktu malam sebelum tidur, kadang kadang aku buka tingkap sebab nak tengok kut kut nampak pokok jadi bengkok sampai mencecah bumi.

"Apa dibuat buka tingkap tu! Nyamuk masuk...." marah mak sedara aku.

"Aaahhh..orang nak tengok malam lailatul qadar la!"
.
.
.
.
.
.
Tapi ada satu malam tu memang ayam ayam jantan yang aku bela bersahut sahutan dengan ayam Pak Awang jiranku. Bila aku dengar tu aku rasa lain macam jer..
Seram sejuk...

Hatiku berdetik, "Mungkinkah malam ini adalah malam yang disebut sebut tu"

Aku tengok jam pukul 2 pagi...nak bangun tengok luar?
........brrrrrrr.........
.
.
Aku jadi takut.


Takut kalau kalau bila aku buka tingkap, aku akan nampak ramai 'malaikat' berjalan jalan di luar sana...
Aku tarik selimut...sambil telinga aku terus menerus mendengar kokokan ayam jantan bersahut sahutan sepanjang malam itu....
.
.
.
Apa mungkinkah.....??

sekian




8 comments:

tasikmerah said...

time tu ko ada doa mintak apa2 tak kak? :)

Nizam.Ariff said...

Laa.. apasal tak keluar? Mana tau terserempak dengan malaikat rahmat ke, maut ke...

ashley said...

TM,
ada..
bagi aku dapat pergi sekolah asrama!
he he he..

Nizam,
kalo ko pulak?

GPI SKSV said...

Ustazah umi yg dimaksudkan tu ke yg baru2 ini meninggal dunia di Makkah masa kami kat sana? (Umi Kalsom - SKGS)
Al-Fatihah utk beliau..

Juga untuk ayahanda yg tercinta...

Terkenang semasa Ramadhan tahun 1426 @ 2005.. semasa ayahanda sedang sakit... :(

ashley said...

SKSV,
ye..beliau lah..
mengajarku dari darjah 2 hingga darjah 4.
kemudian darjah 5 dan darjah 6 kelas diajar oleh Us Zainal.

alfatihah untuk semua mereka yang telah pergi....

Nizam.Ariff said...

Kalau aku???

Oleh kerana suasana jadi terang benderang... aku akan ajak kawan-kawan main aci...

Nizam.Ariff said...

Aku tak tau la bila nak dapat...

Tapi, kalau dapat pun, doanya pun aku belum hafal ...

Silap-silap dek kerana ketar dan terkejutnya, terbaca doa makan je...

ashley said...

He he he...

Wallahualam..
Walaupun aku rasa sedikit keganjilan pada malam itu tapi oleh kerana aku hanya seorang budak, apa yang aku rasai itu aku diamkan saja sebab siapa yang nak percaya dengan budak nakal seperti aku..