Friday, August 14, 2009

Membudayakan RAMADHAN..

Salam,

Tahun lepas, seorang kawan suami menghabiskan satu bulan Ramadhannya di Mekah. Mengerjakan umrah bersama isteri dan anak.

Dia beritahu, di Mekah, Ramadhan di raikan dengan berpuasa di siang hari dan beribadah di malamnya dengan penuh kesungguhan dan kemeriahan. Kehebatan Ramadhan semakin terasa apabila berada pada sepuluh malam terakhirnya.

Bukan kawan suami aku sahaja yang biasa berkunjung ke Mekah sewaktu Ramadhan bahkan ramai lagi rakyat Malaysia yang bersungguh sungguh untuk mengerjakan Umrah dalam bulan Ramadhan kerana ingin merasai kehebatan Ramadhan di tempat yang mulia ini.

Sewaktu aku di US, aku berpeluang meraikan Ramadhan bersama sama dengan pelbagai bangsa dari pelbagai negara ARAB. Hampir setiap hari dalam bulan Ramadhan, ada sahaja jemputan untuk berbuka puasa di rumah keluarga keluarga Arab ini. Aku selalunya memenuhi jemputan mereka sewaktu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad memandangkan selalunya aku ada kelas pada malam Isnin hingga Khamis. Kadang kadang aku pergi juga jemputan bertadarus pada sebelah petang selepas Zohor. Itupun aku pergi sekadar untuk mendengar dan membaca Al-Quran.


Apabila tiba waktu mak mak Arab ini berdiskusi tentang hikmah hikmah yang terdapat dalam ayat ayat yang dibaca, aku HANYA MELOPONG sebab selalunya mereka akan berdiskusi di dalam bahasa ARAB. Kadang kadang inilah masanya aku bermain dengan anak anak kecil mereka...jadi BABY SITTER!


Pengalaman berbuka puasa dengan mak mak Arab ini sungguh menyeronokkan. Sebaik sahaja azan, mereka akan terus memberikan kurma yang pelbagai jenis dan sejenis teh pudina. Kemudian sebaik selesai menjamah kurma dan minum seteguk air itu, mereka akan terus mengajak kita bersolat Maghrib. Usai solat maka jamuan makan akan bermula. Jangan terkejut sekiranya roti roti Arab datang melayang layang dilontar oleh mak mak Arab ini!!

( ha ha ha..mula mula aku TOKOJUIT juga dengan stail demer nih!!)

Sewaktu mula mula dilemparkan kepingan roti Arab ini untuk dicicah dengan kari Arab, aku terkejut lantas beristighfar.....Biar betul demer ni main lempor lempor jer barang makan.
Tapi ianya seolah olah budaya dan kebiasan mereka melayang layangkan roti yang pipih melayang itu...
Tak caya, cubalah ke Mekah sewaktu bulan Ramadhan!
Nescaya pengalaman begini mungkin dapat anda rasai.

Jamuan berbuka puasa di rumah rakan Arab ini diteruskan lagi dengan solat 'Isya dan berterawih bersama. Yang menariknya, mak mak Arab ni akan sembahyang rehat rehat...
Yaaa!! memang mereka solat dan rehat rehat. Selesai dua rokaat, ada yang berhenti untuk minum teh. Sembang sekejap..Pastu sambung balik. Ada yang 'nenen' kan anak..pastu sambung balik. Ada yang baca quran sekejap, kemudian sambung balik.

Kiranya walaupun Tarawih dibuat 8 rakaat secara berjemaah tetapi ianya mengambil masa yang lebih kurang sama dengan solat terawih 20 rokaat di Malaysia sebab terhenti henti..
...he he he..REHAAAAATTT..uikss TERAWIH tu kan REHAT maksudnya?

-------------------------------------------


Pun begitu sebenarnya apa yang aku ingin luahkan di sini ialah di negara kita, kita sering bersungguh sungguh memBUDAYAkan Syawal....hingga kadang kadang kita terlupa bahwasanya yang patut kita rai dan meriahkan ialah RAMADAN.

Seperti orang Arab, mereka lebih suka MERIAHKAN Ramadhan dengan beribadah terutamanya di malam hari. Mereka meriahkan Ramadhan dengan bersedekah terutamanya sewaktu berbuka puasa. Bersungguh sungguh meraikan orang yang berpuasa. Mengajak orang yang berpuasa untuk berkunjung ke rumah dan menjamu mereka takkala berbuka.

Di waktu malam pula mereka penuhkan dengan ibadah tarawih dan qiamullail dan sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah malam yang dicari cari mereka.

Kalau di Bandar Baru Bangi ini, aku merasai juga tempias kehebatan orang orang Bangi beribadah..
Cuma orang orang yang baru menetap di Bangi ini, diharapkan dapat meneruskan Budaya BERIBADAH ini. Harap harap nya kita masih ada rasa hormat kepada seorang Ulama besar yang masih ada di Bandar Baru Bangi ini..sebelum Allah tarik nikmat itu dari kita pula..

hmmm.....apa kata kurangkan lah sikit keraian sewaktu SYAWAL nanti tetapi ajaklah kengkawan berbuka bersama dalam Ramadhan pula..
AMACAM? Setuju?

sekian

2 comments:

Insyirah said...

Pengalaman yg menarik tu kak Ashley. Melempar-lemparkan roti Arab. Hehe.

Yang sebetulnya pun memang kita kena meriahkan bulan Ramadhan berbanding Syawal. Tapi budaya orang Islam kat Malaysia ni, Ramadhan baru nak mula...lagu raya dah berkumandang! Aduhai...sabar jelah.

ASH said...

Insyirah,
errr..selamat hari raya!
kui kui kui..