Tuesday, August 04, 2009

Jangan buat aniaya..

Salam,

Bila aku tengok gambar kakak dan aku waktu kecil kecil dulu tu, aku teringat begitu banyak kisah antara kami berdua. Aku sebenarnya adalah pelakon watak anak yang nakal manakala kakak aku pula adalah pelakon watak anak yang baik di pentas dunia yang sebentar ini.

Watak nakal aku mengundang banyak perkara yang menyebabkan badan aku berbalar balar dengan rotan dan juga tali tupperware.
( Ish...kadang kadang rotan itu lesap hilang..selepas beberapa hari dibeli..dan kemudian ibunda beli lagi..dan lesap lagi...dan beli lagi...dan lesap lagi...)

Siapa empunya kerja yang melesapkan rotan rotan itu?
Hah! Aku buat pengakuan..
Banyak kali juga aku 'cederakan' rotan itu dan aku campak masuk dalam hutan lalang yang mengelilingi rumah aku..

keh keh keh..
bagus dan kreatifkan cara aku untuk menyelamatkan diri?

Bila mak aku tanya mana rotan yang mak aku baru beli, aku buat buat tak dengar dan tak perasan.

Siapa yang nak kena rotan?
Sakit tau!!

Tapi kalau diikutkan, memang layak aku dibantai mak aku.

Ini salah sebuah cerita aku dan kakak...tapi dalam peristiwa ini aku tak kena rotan sebab dah besar panjang. Pun begitu perangai GILER GILER aku tetap ada!

Rentetan dari peristiwa ni, aku agak INSAP..
macam rasa bersalah GILEEERRR..
Kakak aku boleh ingat tak cerita nih?

....meh aku tolong recall.

Pada suatu petang petang, time cam gini la..
Dalam pukul 3 petang cam tu. Kakak aku tengah study kat ruang tamu.
Masa tu kat kampung la.
Aku rasa time cuti sekolah...mungkin hujung tahun 1982.
Aku dah habis SRP, kakak aku pula dah di penghujung form four.

Mula mula aku dengar kakak aku dok berbuih mulut menghafal fakta dan menda menda alah dalam subjek Biology kat meja makan di ruang tamu tu.
Lepas tu aku tak dongar apa apa dah...

Aku jengah ke ruang depan.

Oh..ghupo ghuponya hamba Allah ni dah buat AYARK LAICI...
Siap kepala baring atas buku Bio dia tu dan mulut ternganga.

Melihatkan itu, aku pun dapat idea nak pekena kak aku tu.
( ha ha ha..dah cam rasa tumbuh ekor ngan tanduk)
Aku nak gerak bangun sebab dia selalu pesan, kalau dia tertidur tengah study..jangan bagi lena lama lama.

Jadi...he he he..aku pun ke dapur.
Korang tau aku ambik apa?
Ya bijak bijak...pandai korang teka!
Apasal pandai sangat teka nih?
Sah..korang pun mesti biasa buat!

Aku ke dapur dan mengambil sedikit garam halus.
Kurang lebih setengah sudu kecil gitu..
Kemudian aku ke depan dan perlahan lahan meletakkan secubit garam itu masuk ke MULOT kakak aku yang sedang sedap tidur tu..

Mula mula dia rasa cam sedap sedap je..
Pastu aku bubuh banyak lagi..

Pastu dia TERJAGA dan meludah ludahkan garam itu.
Aku ketawa kekek kekek..

Sekali kakak aku kata " Yong PUASA la hari ni! BERDOSA bubuh garam kat mulut orang!!"

......................................??? gulp *
.
.
.
.
.
.
KALAU AKU KENA GHIMBOK NGAN MAK AKU PADA HARI TU PUN, MEMANG PADAN LA MUKA AKU!!!!!

insap LAH....

sekian

11 comments:

kucingorengemok said...

hahaha sian kat yong! tu kira batal puasa ke? haha... apa jenis idea sumbat garam kat mulut org, hahaha (lom boleh abis gelak)

tasikmerah said...

kak, aku kecik2 baik tau. tak mcm ko. kikikiki...

:p



.

ashley said...

KOG,
tapi aku rasa bersalah gilerr..walaupun tujuan asal nak pekena kak aku!

ashley said...

TM,
aku adakalanya baekkk..
adakalanya...kena kejar keliling rumah!

Nizam.Ariff said...

Aku lak, org buat kat aku gitu...

ashley said...

Nizam,
ko rasa rasa cam nak ghimbok tak orang tu?
ha ha ha..

errr..ko ada stuDOR(study dalam tidor) kat library UITM tak?
bukan apa...
aku tukar plan.
tak berapa nak INSAP lagi....

Insyirah said...

Hahaha. Awat letak garam? Letak la cili padi yang dah dipotong kecik-kecik. Baru umpppphh! Hahaha. Nakalnya kak Ashley...

DrSam said...

kena jaga-jaga tu madam. Mulut Kak Yong tu dah terlebih masin, sekali dia cakap menjadi orang tua kata :)

eh...air laici semulajadi memang banyak bulan puasa ek.

Nizam.Ariff said...

Tak. Aku tak tau pun libarary nye kat mana!

Abih kelas aku terus balik. Aku STuMa (study dgn Mama)...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ha ha ha...sian kak hang...

bekas kena ghimbok masih berbekas ka?..

ashley said...

Insyirah,
aku nakal jerrr..tak KEJAM!

Dr sam,
ye ker..
haah kan?
tak pe..aku minta minta dia LUPA..
ha ha ha


Nizam,
StuMA..
ye ke ko study?

cikgooden,
kalau ghimbok tu berbekas, aku boleh dial teledera tak?
ha ha ha