Showing posts with label lawatan sambil belajar. Show all posts
Showing posts with label lawatan sambil belajar. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Senyum simpullah wahai Pak Tani!

Assalam,

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'd, ayat 3 dan 4 yang bermaksud;

" Dan Dialah yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung gunung dan sungai sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah buahan berpasang pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu tanda tanda
( kebesaran Allah ) bagi orang orang yang berfikir." - ayat 3.

" Dan di bumi terdapat bagian bagian yang berdampingan, kebun kebun anggur, tanam tanaman, pohon kurma yang bercabang, dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama, tetapi kami lebihkan tanaman yang satu dari yang lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda tanda ( kebesaran Allah ) bagi orang orang yang mengerti." - ayat 4.


Indah sungguh pengertian dari ayat ayat ini. Ayat yang mebuatkan kita berfikir sejenak tentang kebesaran Allah yang menumbuhkan tanam tanaman dalam berbagai bentuk dan rupa.
Tanaman untuk keperluan umat manusia dan juga binatang binatang.
Alangkah banyaknya kurniaan Allah kepada kita. Cuma mungkin kadangkala otak kita tidak terjangka untuk memikirkannya lantaran kesibukan dan tumpuan pada perkara perkara lain.

Betapa istimewanya tanam tanaman dan tumbuhan ini. Pastinya ada misteri di sebalik ianya dijadikan.
Apakah kegunaannya pada manusia?
Tidak mungkin ianya dijadikan semata mata untuk mengenyangkan perut sahaja.
Pastinya ada nilai yang lebih tinggi.
Nilai perubatan misalannya.

Selain dari tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan, tumbuhan juga mendatangkan sumber rezeki kepada petani.
Sayur sayuran dan buah buahan yang diperolehi memberikan hasil kepada pak tani yang menanamnya.
Semuannya datang dari kurniaan Allah yang maha pemurah.


Oh ya, selain itu juga tumbuh tumbuhan dapat memberi ilmu pengetahuan berguna pada mereka yang ingin mengkajinya.



Misalannya....

.
.
BARU KUTAHU BEGINI RUPA BENTUK POKOK ASPARAGUS!!
Betapa...
inilah pertama kali aku ketemu dengan POKOKNYA yang sebenar.
Dan kalau anda semua mahu tahu, Asparagus sebenarnya mempunyai kandungan Magnesium dan Vitamin A yang tinggi. Apabila sayuran ini diWAPKAN dan dibubuh serba sedikit herba dan minyak, dan jika dimakan, ianya boleh membantu memperbaiki buah pinggang anda!!
WOW..sila sila makan sayur ASPARAGUS ye..

Pasli pula cukup bagus dibuat seperti teh. Ambil segenggam dan masukkan ke dalam cawan kemudian di bubuh air panas. Perah sedikit limau nipis dan bubuh sedikit madu untuk penambah perisa. Hiruplah teh pasli ini sebagai minuman penawar penyakit. Ianya juga menyegarkan.

Eh...kok begini rupa rupanya bentuk kamu ya OREGANO?
Waduhhhhhh...harum sungguh daun daun kamu terutamanya dalam SPAGHETTIku!
Pizza? Lasagna??
.
.
.
.
.
.
dannnnnn....
Aduhhhh...kenapa aku tiba tiba saja merasa lapar ya?


sekian

Thursday, December 16, 2010

Montessori - satu bengkel di IIC

Salam,

Okay adik adik, tuan puan, sedara sedari yang dihormati sekelian.
Hari ini lebih baik kita sembang sembang mender yang bermenafaat, berfaedah, berguna yang mungkin dapat di apply kan pada kehidupan kita sehari hari dalam menangani anak anak kecil.

Kalau tak der anak kecil cammaner?
Korang kutip la tips tips ini bagi menangani cucu cucu kecil di masa akan datang.
Kalau anak kecil tak der, cucu pun tak nampak batang hidung lagi?
.
.
.
......ehhhhh banyak tanya pulak!!

APA APA YANG BERMENAFAAT TU SHARE LE DENGAN ORANG YANG ADA ANAK atau CUCU KECIL KECILAN!
HAIYAAAAA!!
ish ish ish..
kan dah kena ngan aku..
oopppss...tak aku tak marah...
KASI gempark.
NGANTUK pepagi ni weh!
.
.
.
Okay jom kita belajor sekejap.


First of all, dari mana asal usul perkataan MONTESSORI? cara nak cakap perkataan tu ialah MONtuhSORE-ee.
Asalnya ialah daripada nama seorang doktor di Itali yang mana dia adalah wanita pertama yang menjadi seorang doktor di sana,Dr Maria Montessori.
Sebenarnya Dr Maria ini ialah seorang engineer tetapi sangat suka akan pelajaran BIO dan SCIENCE lalu dia telah belajar ilmu kedoktoran setelah mendapat degree dalam engineering. Kemudian apabila lulus dalam bidang perubatan ini, dia ditempatkan sebagai pembantu doktor di sebuah hospital bagi kanak kanak TERENCAT AKAL atau kita panggil DOWN SYNDROM.
Di hospital inilah dia membuat kajian dan experiment lalu terhasillah satu kaedah pembelajaran dan suasana untuk kanak kanak ISTIMEWA di mana hasil pembelajarannya sama taraf dengan kanak kanak biasa yang NORMAL.

Kaedah dan suasana pembelajaran yang dibentuk dan dihasilkan ini akhir menjadi KAEDAH MONTESSORI yang digunapakai di kebanyakan child center di Rome seterusnya berkembang ke seluruh dunia.

Okay?

....dan oleh kerana aku dihantar untuk menyertai BENGKEL CARA PEMBELAJARAN ini oleh Boss aku, KAKPAH AULAD, maka dapatlah aku sikit sebanyak ilmu KAEDAH MONTESSORI ini..( aku rasa ilmu yang diperolehi dalam masa sehari itu TERAMATLAH CIPUUUUUTNYA dan kalau nak tambah, kenalah ambik SIJIL yang memakan masa 7 minggu atau degree dalam bidang ini)

Gambar kat bawah ini ialah lecturer aku waktu bengkel SEHARI SUNTUK itu.
Madam Seema Majid, berasal dari Kashmir.
Muka dia sebijik macam kawan aku kat US, si Forough, Iranian woman yang sering tolong aku dulu tuh!

p/s AKU LAPOR...nak gi breakfast jap. Nanti kita sambung ek?!!!





Saturday, February 07, 2009

Kisah lawatan..

Salam,

Masa aku kecil kecil dulu sekira kiranya dalam darjah 4-darjah 6, aku sering menyertai ayahandaku dalam sessi lawatan sambil belajarnya bersama anak anak murid sekolahnya (Sek Men Dato' Kamaruddin, Batu Kurau) ke merata tempat di Malaysia. Kadang kadang abah bawa anak muridnya ke Ipoh. Ada masa lain pula, abah bawa anak muridnya ke Pulau Pinang. Ada masanya ke Kuala Lumpur. Di lain waktu pula abah bawa anak muridnya ke Cameron Highland, Melaka, Pantai Timur dan sebagainya.
Kadang kadang aku turut serta bersama ahli keluarga yang lain manakala ada masanya pula hanya aku sahaja yang turut serta sebab yang lain dah jemu mengikut.

Kalau lawatan di dalam negeri Perak, selalunya abah bawa anak anak muridnya melawat Istana Bukit Chandan, Kilang F&N, Stadium, Muzium Taiping, Kilang Percetakan Surat Khabar, Kilang kicap etc etc...( Untuk pengetahuan, arwah abah adalah seorang pemberita sambilan BERNAMA, Kilang kopi dan kicap Sinaran Pagi kat Simpang, Taiping dulu tu adalah kepunyaan anak menakan pupu abah..so senang nak buat lawatan ke sana...smile...)

Dulu dulu, bukan senang juga nak keluarkan anak anak orang Batu Kurau dari tempatnya. Macam macam alasan mak ayah dia orang bagi. Dan selalunya wang adalah alasan utama. Mabuk kenderaan satu hal lagi. Batu Kurau zaman 70 an dulu nak pergi agak hoyong hayang juga..Jalannya bengkak bengkok. Banyak korner. Aku pun sementara nak sampai, mabuk kenderaan dua tiga round!
Tapi abah aku ni selalu galakkan anak muridnya tengok dunia luar.

Abah selalu kata kat anak muridnya, "Kalau kamu asyik dok tunggu bawah pokok durian nanti otak tak berkembang"...Nak nak pula kalau kelas yang hujung hujung. Nak tulis nama pun tak tahu..
Yang jenis tak tahu tulis nama ni lah, yang abah selalu nak bawa keluar dari Batu Kurau. Biar terbuka minda sikit. Biar dia orang tahu, kat luar Batu Kurau ni ada pelbagai jenis manusia. Dan ada bermacam jenis pekerjaan yang mengkehendaki ilmu dituntut. Kalau tak da ilmu, pekerjaan pekerjaan ini tak boleh dijawati. Kalau tak tahu tulis nama, siapa nak ambik kita bekerja? Kalau tak ada kelulusan yang baik, siapa nak tengok muka kita?
( Ini kira bahasa celupor aku ler..tapi betul la tu...kan kan kan? he he he..)

Seronok juga kalau aku turut serta dengan abang abang dan kakak kakak sekolah menengah ni. Kalau sampai kat tempat yang dilawati, macam macam soalan dia orang tanya. Soalan yang lawak pun ada...

Pernah suatu ketika sewaktu masuk ke Istana Bukit Chandan, kami berpeluang masuk ke dalam bilik seni sultan. Di bilik ini terdapat pelbagai jenis lukisan yang dipamerkan. Hasil seni Sultan Perak sewaktu itu.
Tiba tiba, ada seorang abang ni terpacul keluar dari mulutnya satu soalan," Ustaz, kenapa gambar lukisan perempuan ni banyak yang tak berbaju?"

Abah tak kata apa..
Buat buat tak dengar walaupun berkali kali abang tu tanya. Cepat cepat abah keluarkan anak muridnya dari bilik seni itu.

Aku pun pelik juga kenapa abah tak jawab soalan tu waktu itu. Dan aku pun mempunyai soalan yang hampir sama dengan abang tu cuma tidak dikeluarkan dari mulutku..

Hmmmm...
kenapa ya?

sekian...

Monday, January 19, 2009

Lawatan sambil belajar..

Salam,
Suami aku ni dia memang seronok sungguh pi buat 'lawatan sambil belajark'. Hari tu waktu aku boh entry pasal buat kek Lembab tu, aku dah tunjuk hasil dia pi melawat kilang syringe. Dia bawak balik sample syringe.

Aku nak buat apa tak tau. Buat hiasanlah kut..
Tak pun buat koleksi hasil lawatan dia..


Minggu lepas pulak dia buat 'lawatan sambil belajark' lagi. Kali ni dia pi kilang ADABI..
IYA..apa lagi! Hah..bawak balik hamper sample produk ADABI. Ni lah sebahagian produk ADABI yang telah atau hendak dipergiatkan lagi di pasaran.
Aku bukan nak iklan promosi ke apa ke..
Nak habag jer..
Kut nak beli, hangpa pi beli sendiri kat kedai, supermarket ke apa ker..

Suami aku dapat SAMPLE jer..