Saturday, August 29, 2009

Surat siber untuk my sweet smiling Sue.


Assalamualaikum,
Dearest Sue,
How are you today?
Hida harap Sue berada di dalam keredhaan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.
Hida tahu Sue mungkin tidak dapat bergerak sepertimana kami yang sihat ini.
Hida juga tahu Sue sudah kurang daya upaya.
Tapi Sue..itu adalah satu anugerah dari Yang Maha Berkuasa.
Sue tidak perlu bersusah payah lagi memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari ini..
Sue,
Pastinya Sue tidak seperti orang lain. Anggapkan ianya juga sebagai Rahmah dari Allah kerana memberi kerehatan buat Sue.
Sue sahabatku,
Isikan kerehatan ini dengan mengingatiNya. Sue adalah insan terpilih oleh Allah kerana diberi kerehatan.
Sue tidak seperti kami..Yang terpaksa berkejar kejar ke sana ke mari dalam sibuk duniawi ini.
Betapa untungnya Sue..
Biarpun Sue merasa lemah dengan kehilangan daya upaya itu tapi di situ ada kasih dan sayangnya Allah kepada Sue..
Sue..
Inilah sahaja surat dari Hida untuk Sue..
Biarpun di sebalik kekurangan Sue itu namun Sue mampu tersenyum..
Senyuman yang akan sentiasa bersemadi di hati ini.
Moga Sue sentiasa redha dengan kurniaan Allah ...
Ingat Sue..
Sue insan TERPILIH.
wassalam.

8 comments:

tasikmerah said...

kenapa kak sue kak? :)

ashley said...

Tm,
dia sakit..
dah semakin hilang keupayaan..kena sakit saraf macam Mokhtar Dahari dulu

kucingorengemok said...

selalu terhensap dari rasa malas nak buat itu, malas nak buat ini, malas nak gi kerja - kita boleh lagi buat itu ini dan pegi kerja, kan... :|

ashley said...

KOG,
dia ada ramai anak..tu yang lagi terasa..
so kita yang masih berupaya ni kena banyak syukur..
..entry aku ni dah banyak sediiih jer dahhh..
he he he
biase kan suka duka kehidupan.

DrSam said...

sama-sama kita mendoakan semoga Sue tabah menghadapi ujian yang juga merupakan rahmat dariNYA (bagi orang-orang yang terpilih sahaja) terutama dibulan yang penuh dengan keberkatan ini. Juga dikurniakan kesabaran olehNYA serta diangkat lagi darjat disisiNYA dengan ketakwaan dan keredhaan.

ashley said...

Dr Sam,
itulah yang saya katakan kepadanya sewaktu pergi rumahnya sampai sesat sesat di Puchong Prima tempohari.

AZANI said...

muscular dystrophy adalah salah satu cabang natijah dari multiple sclerosis, syukur, saya hanya tersabit dengan epilepsy dan depression,yang lain masih befungsi baik.Alhamdulillah, benar yang di kata bila kita sedih perhatkan kiri dan kanan mungkin ada yang lebih hebat cubaannya.
Semoga dia tabah,ashley.Allah pebuh dengan hikmahNya.

ashley said...

Azani,
dia memang tabah orangnya..aku kagum.
errr..awat surau tak azan lagi nih?!tak masuk isya' lagi ka..ish..