Sunday, May 31, 2009

nostalgik

Salam,
Sebenarnya gamabr ni aku uploadkan semalam. Sewaktu petang tengah rehat rehat. Sekali aku dapat panggilan tentang berita kematian Zura bekas guru Aulad Perdana itu maka terus tak jadi aku postkan untuk entry semalam.
Idea idea aku untuk menceritakan tempat tempat dalam gambar ni pun terputus...


Gambar di bawah merupakan gambar MAIN BUILDING 'sekolah' aku kat US.
Di sinilah tempat pendaftaran masuk sewaktu aku mula mula sampai dulu.
Daftar..pastu ambik gambar ID..
Hmmm termangu mangu macam cicak makan kapur..
sebab tak paham dengar mak TAM cakap dengan LOGHAT CHICAGO yang pekat.
Bangunan ni nampak macam CASTLE kan?
Bangunan lama...macam ada penjara bawah tanah..he he


CERITA BANGUNAN KAT BAWAH PULAK!!
Mula mula di sinilah aku bercengkerama.Bersama rakan sebaya yag ada 3 orang lagi. he he he..
Ni namanya Crown Hall.
Bangunan ni pemes sebab inilah bangunan yang menggunakan FIBER GLASS yang pertama diperkenalkan..
ERRR..kat sini ada studio studio untuk budak ARCHIEs...budak Interior design..ada bengkel untuk buat 3 Design..ada studio untuk photography etc etc..
BANGUNAN INI KHUSUS dalam kerja mendesign design ni..
HA HA HA
ya..aku dulu BUDAK ARCHIEs...
jangan tak tahu!! yang pengkag!!
tangan keras..LOKEH tah haper haper..
tahan satu semester jer..
OH TIDAAKKKKKK!!
aku maleh nak cerita pasal terpaksa jadi budak INJIN ni..
tak kuasa aku..


okayyy..yang kat bawah ni pula EL train..
he he he..
Dulu ni yang macam TEROWONG tu tak ada tau..
sekarang depa buat TEROWONG cover gitu..
untuk kurangkan bunyi bising.
Dulu aku sering lalu bawah ni..untuk ke SEVEN-ELEVEN atau ke bookstore..hari hari lintas bawah track keretapi ni. Bunyinya bising..every 10 atau 15 minutes lalu train..
lama lama jadi lali..





Haaaa..ni tempat lepak aku dulu. Suka tengok bebudak arch dan ID pamerkan senitangan mereka di sini. Ada lukisankat dinding..ada Arca 3D..dan sebagainya..
Tengok tempat ni pun macam depa dah RENOVATE..kasi upgrade lagi..


kat bawah ni pun aku rasa cam buliding baru gak..
so after 20 years ada perubahan menarik kat 'sekolah' aku tu...

sekian..
and enjoy the photos..
CILOK DARI saper tah...
mesti kerja geng geng ARCH, ID, PHOTO ni..










Kau bagaikan pelangi petang..

Salam..
Aku masih lagi sebak..masih lagi sendu dengan berita kematian Aizazura, seorang gadis sebaya dengan adikku yang telah pulang ke Rahmatullah semalam. Beliau ialah bekas guru Aulad Perdana yang mengajar anak anak 4 tahun, tahun lepas.

Dia bersama seorang rakan dari UKM masuk mengajar sekira kira pada cuti semester pertama sekolah tahun lalu. Datangnya ke Aulad seolah olah berkursus intensif dengan anak anak ini.
............Aaaaahhh tapi semuanya itu sekadar suatu catatan sejarah hidupnya dalam mengejar cita cita.

Hati aku sentiasa seronok melihat dia bersama Nani, rakannya itu bekerja di Aulad. Keceriaannya, senda guraunya memang menyenangkan hati. Kami ( aku dan kak Tie) selalu mengusiknya untuk mencarikan jodoh untuknya kerana dia merupakan calon yang telah bersedia untuk dijadikan suri. Aizazura pandai memasak dan menjahit pakaian serta juga diserikan dengan akhlak yang baik. Dia sering meminjam mesin jahitku dan menjahit baju kurungnya di waktu kelapangan.

Kami selalu berkata " Zura, mu ni calon baguih untuk bakal suami. Perangai berhalus..Masak pun sedap. Jahit baju macam pro."

...dan aku pernah menyuruhnya menyahit baju seragam nasyid anakku sewaktu anak aku menyertai nasyid tahun lepas.

Bekas graduan UKM ini rupa rupanya singgah di Aulad Perdana sekadar waktu sahaja. Biarpun singgahnya persis pelangi petang namun kedatangannya cukup untuk menambah seri di ruang hati kami.

Zura tidak pernah menyatakan sakitnya. Dan sememang dari rupa wajahnya tiada menunjukkan beliau menghidapi penyakit yang kronik. Namun begitu aku sering melihat bungkusan ubat yang banyak terletak di dalam peti sejuk Aulad.

Aku pernah menanyakan secara bergurau " Ni siapa yang jadi pengedar dadah kat Aulad ni pulok..."

Aku memang tak pernah terfikir langsung itu adalah bekalan insulinnya yang mesti disimpan di dalam peti sejuk. Dan aku tidak pernah terlintas untuk menggeladah jenis ubat yang disimpan itu kerana ianya dibungkus dengan rapi.

Zura selalu cakap, " Ohhhh..vitamin badan tu kak..Diet saya hari hari tu"

...dan memang aku menyangkakan budak ni makan vitamin sehinggalah dia collapsed pada hari terakhirnya di Aulad!

( ITU PUN MASIH LAGI NAK BERAHSIA DENGAN AKU!)

Pada minggu terakhirnya di Aulad, beliau telah terputus bekalan ubatnya itu. Pada hujung minggu itu pula kak Tie telah menjemput mereka yang bujang ini ke rumahnya untuk makan makan. Aizazura mengadu tak berapa sihat dan pening pening. Dan secara tiba tiba dia bertukar pucat lesi dan collapse..

"Hypoglycemia"!

Kandungan glucose yang rendah dalam darah akan menyebabkan pesakit diabetes collapse tiba tiba. Insulin yang sepatutnya disuntik pada dirinya telah terputus. Dan dia pula kurang makan hari tu. Maka apa yang terjadi? Perkara yang sama yang terjadi kepada arwah ayah aku. Zura pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Dan selepas itu baru aku tahu dia mengidap Juvenile Diabetes semenjak umurnya 15 tahun lagi. Ubat ubatan yang terdapat di dalam peti sejuk itu adalah segala 'DIET" tetapnya yang mesti dijamah setiap hari.
.
.
.
.
Rakan karibnya Nani yang menelefon aku semalam. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena bila Nani beritahu ada berita yang sedih hendak dikhabarkan..dan rupa rupanya dia telah dijemput Allah dalam usia yang begitu muda...26 tahun.

Zura,
meskipun kau telah tiada di dunia ini tetapi kehadiranmu biarpun sebentar di sini tetap mewarnai kehidupan kami dan juga anak anak ini..Kehadiranmu biarpun sebentar bagaikan pelangi petang yang cukup indah..

Innalillahiwainna ilahirajiun..
moga rohmu ditempatkan bersama dengan orang orang yang solleh.

amiiin..

Saturday, May 30, 2009

Zura, Allah lebih menyayangimu..

Salam,
Aku mendapat panggilan telefon dari seorang adik yang pernah mengajar bersamanya tahun lepas.
Dia juga adalah salah seorang warga Aulad Perdana tahun lepas sebelum mendapat tawaran JQAF.
Aizazura graduan UKM yang ceria, baik hati dan sentiasa murah dengan senyuman telah kembali ke Rahmatullah.
Zura,
senyumanmu yang terakhir ini sempat ku rakamkan sewaktu berita engkau mendapat tawaran JQAF tahun lepas..

Kenangan bersamamu tidak mungkin kulupakan..

Zura.....
semoga dirimu berada dalam JANNAH ALLAH.

Zura...
Mungkin lukisan lukisan bungaan kita itu tidak seindah bunga bunga di Jannah Allah
tapi
ianya tetap akan mengingatku kepadamu..

Al Fatihah...
.
.
.
.
sekian

Aku nak gi BerCOTI weekend ni..

Salam,
Aku nak sesiap ni.
Bercuti weekend ni jer. 3 hari dua malam jer.
Weekdays minggu depan hidup macam biasa.
Ngan anak anak..Ulang alik antar gi tempat rujukan kat Library ker..

Thursday, May 28, 2009

Cuti cuti Malaysia lagi..


Salam

Aiseh man..dah nak cuti pulak.
Agak agak nak ke mana ye?
Tidur kat sini pun cam bagus gak..

What'd you say?

Tomoi!!

Salam,

Muay Thai is a form of hard martial art practiced in large parts of the world, including Thailand and other Southeast Asian countries.

Muay Thai is referred to as "The Art of Eight Limbs", as the hands, shins, elbows, and knees are all used extensively in this art. A practitioner of Muay Thai ("nak muay") thus has the ability to execute strikes using eight "points of contact," as opposed to "two points" (fists) in Western boxing and "four points" (fists, feet) used in the primarily sport-oriented forms of martial arts.

Di atas tu definasi bagi Muay Thai ataupun TOMOI SIAM yang aku copy and paste dari WIKIPEDIA. Hmm... tak silap aku, tomoi ni ramai peminatnya yang berada di sekitar Utara Semenanjung tanahair dan juga pantai Timur. Dan tak silap aku juga rangkaian AXN juga ada menyiarkan program realiti yang bercirikan TOMOI ini.


Walaupun aku ini biasa belajar di UTARA SEMENANJUNG iaitu di negeri Perlis lebih kurang 25 tahun yang lalu, tapi tidak biasa pula aku menuntut seni TOMOI ini. Malah sewaktu aku belajar di sana seni TOMOI ini juga tak pernah aku ambil tahu asal usul dan perihalnya.
Begitu juga dengan rakan rakan seperjuangan aku yang mengajar di AULAD PERDANA..
walaupun keempat empat mereka berasal dari Pantai Timur Semenanjung iaitu Kelantan, tidak seorang pun dari mereka yang tahu bagaimana nak beraksi dengan seni TOMOI ini.
Eh..tetapi tiba tiba hari ini. ada pula suara suara aduan yang menceceh dan mengadu anaknya dihentam dan digodam..ditumbuk di perut ala ala boxing TOMOI ini..Kalau sianak tu jenis yang duduk diam baik sahaja perilakunya mungkin agak menghairankan dan boleh disoal siasat siapa yang empunya kerja....
INIIIIIIII.....
......UK ALAH HAI!! KALAU ADA KEJUARAAN TOMOI DI TADIKA tu, MAHU ANAKNYA YANG MENANG!!
agak agaknya TOMOI tu mana datangnye ye??
JANGAN la kasi tension sama itu ce' Gu..mau naik darahnya lagi..
he he he..

Wednesday, May 27, 2009

Anak pompuan Mike Tyson mati?

Salam,

Aku baca berita anak Mike Tyson yang pompuan mati. Baru umur 4 tahun. Mati sebab tengkok tersangkut kat tempat senaman?

Selalu tempat senaman untuk bagi sihat badan kan? Tapi ironinya anak yang umur 4 tahun ni mati kat situ pulak. Bahaya tempat senaman ni tetap ada.

Kat rumah mak aku ada tali buaian sangkut kat alang rumah. Zaman adik aku kecik kecik dulu depa suka dok naik buaian tu. Tapi tak naik secara berbuai. Depa pusing pusing dengan gaya yang bahaya. Ayah aku jerkah habag kata anak India mana kat estet ada tersangkuk tengkuk kat tali buaian. Dok main lagu tu la..dok pusing pusing pusing pastu terjerut tengkuk.

Kadang kadang kita memang tak perasan menda menda lagu ni yang anak selalu dok main jadi alat pembunuh.

Simpati aku pada Mike Tyson..eh dia ni dah muslim kan?
..errrrr tak silap aku la.

sekian

Tuesday, May 26, 2009

Mat Travolta..

Salam,

'Ini kisah yang lucu.' (jeng jeng jeng..bunyi muziknyer..)
' Kisah rakan jiranku...'( jeng jeng jeng jeng)
' Lagak bagai rang muda..tak sedar diri tua...'
'Siang malam asyik go go..dari disko ke disko'
' Jam bunyi pukul satu...masih di situ..'

' Isteri rasa tak sabar, sorok baju dan seluar..ooooooooooo Mat Travolta'
'Apa nasibbb buat sekarang...oooooooo...Mat Travolta'
'Baik jaga isterimu MERADANGGGGGGG!!'

he he he..

Itu baru induksi. Kena la nyanyi nyanyi dulu kan. Baru tak ngantuk..Tengok le jam.
Pukul 3 lebih petang petang cam ni patutnya aku beradu dalam alam separa ghaib. Ni terpaksa menyambung kisah semalam yang aku janji nak ceritakan. Kalau tak cerita pulak, tak baik sebab dah mengikat janji setia..sat lagi macam Kakpah kata la....hilang klimaks pulak.

Hmmm macamana aku nak mula ye..?

Lagu Sudirman kat atas kira cam bagus tu..Nampak macam kisah lucu kan? Ye lah..kalau adegan macam cerita P ramlee, memang lah lucu..tapi cerita kawan aku bukan kisah lucu..sekali kali tidak..Tidak ada unsur humorus dalam penceritaannya bahkan penuh dengan emosi yang sendu dan tragis..Mungkin juga diiringi dengan perasaan dendam yang membuak.

Biarlah anda sendiri yang menilai cerita dari seorang temanku .......
( yang aku cuba coretkan di sini sebagai iktibar sahaja tanpa ada niat lain )

BEGINI KISAHNYA :-

"Kamu kenalkan ayah dan ibuku? Kamu kenalkan semua adik beradikku."

Hmmmm memanglah aku agak kenal dengan ahli keluarganya...Malah aku sering juga ke rumahnya.

" Kamu ingat tak anak kecil yang kamu lihat kelmarin sewaktu datang ke rumahku dulu?" tanyanya lagi.

" Ye, aku masih ingat..bukankah dia adik kamu..comelkan baby tu.."

"Uhhh ye memang dia adikku. Adik yang tak tahu dari mana asal usul.."

" Eh..kenapa ni? Bukan dia benar adik kamu?"

" Sebenarnya sewaktu kita di sekolah, rumahku telah didatangi oleh seorang perempuan Cina yang agak muda. Dalam lingkungan umur dua puluhan. Perempuan Cina itu datang bersama seorang bayi yang berumur lebih kurang sebulan lebih."

" Kemudian?" tanyaku.

" Perempuan Cina itu suruh ibuku menjaga anak kecilnya tadi."

" Macamana perempuan tu boleh datang ke rumah kamu? Sebab mak kamu baik ke?"

Aku memang mengenali ibunya. Seorang wanita sekitar lewat 30 an (sewaktu itu) yang lembut, anggun dan jelita. Pertuturan ibunya selalu teratur. Kadang kadang aku selalu membayangkan ibunya persis seniwati Sarimah yang sentiasa molek, berseri serta bergaya. Kalau aku pergi ke rumahnya jarang sekali aku mendengar ibunya meninggikan suara. Senyumannya sentiasa di bibir dan mungkin disebabkan itulah kawan aku juga pun begitu. Sentiasa manis dan berketerampilan.

"Uh uh..sebab mak aku baik la..ayah aku jadi JAHAT. Sejahat jahat manusia!! Ohhhh.." katanya dan terus menangis lantas memeluk aku.

"Ayahku lupa diri dengan kebaikan mak aku ! Ayah aku tak sedar diri kerana kebaikan mak aku! Ayah aku naik lemak dengan kebaikan mak aku...!" sambung kawan aku penuh emosi.

Gambaran kebencian pada ayahnya kini terpampang di wajahnya. Kawan aku yang dikenali sebagai seorang yang lemah lembut kini benar benar menunjukkan emosi sebenar dirinya. Rupa rupanya inilah yang meletihkan jiwanya dan yang menghantuinya selama ini.

" Kamu tahu tak bayi itu siapa sebenarnya? Kamu tahu tak? Tahu tak..?!!"

Pertanyaan yang bertali arus itu menjadikan aku kaget sebentar.

" Siapa dia sebenarnya?" itulah soalan yang terpacul dari mulutku. Biarlah dia sendiri yang menghamburkan jwapannya. Mana aku tahu siapa bayi itu..

" Dia tu ANAK HARAM ayah aku dengan PEREMPUAN CINA tu!! DAN PEREMPUAN CINA tu adalah perempuan KABARET yang entah dari mana ayah aku KUTIP !"

Aku terdiam..malam yang dingin dengan deruan angin Timur di Utara Semenanjung itu tiba tiba sahaja dirasakan panas. Urat jantungku terasa seperti ingin putus dan darah di tubuhku bagaikan ingin membuak keluar.

" Hida..kamu tahu tak bagaimana perasaan ibuku? Kamu tahu tak bagaimana rasanya bila secara tiba tiba seorang perempuan yang tidak dikenali datang menyerahkan ANAK HARAM suamimu di ribamu? Kamu tahu tak perasaan itu?"

Manalah aku tahu. Perbuatan haram itu juga terlalu asing bagiku... inikan pulak babak penuh emosi yang terjadi di rumahnya sewaktu itu.

"Macamana perempuan Cina tu pasti itu anak AYAH kamu?" keluar satu soalan musykil yang bermain di kepalaku.

" Uh..Perempuan tu menerangkan segala galanya pada ibuku...Dia seolah olah menjadi mistress kepada JANTAN itu"

" Subhanallah...tapi ...eRR..kenapa tidak dinikahi sahaja perempuan itu?"

Mungkinkah gila pertanyaanku itu?

"Hah! kalau dah namanya perempuan KABARET buat apa dinikahi. Kelahiran bayi itu pun sudah menjadi bebanan baginya sebab itu dia hantar bayi itu pada mak aku dan masalahnya MAK aku tu BAIK sangat..masih bela lagi budak tu! Kalau aku, dah lama aku campak masuk dalam tong sampah!"

" SubhanaALLAh..B, aku rasa bayi itu tidak bersalah. Dia pun tidak diminta dilahirkan. Dia pun tidak mahu lahir tanpa ahli keluarga. Dia pun ingin kasih sayang. Dia adalah makhluk ciptaan Allah!"

"Tapi aku tak boleh lihat derita di mata ibu..Apa yang mak aku pandang padanya ialah Kejahatan AYAH aku yang begitu menghiris perasaan. Apakah dapat disembunyikan derita itu? Kamu tak perasan ke waktu kamu datang ke rumah aku tempohari. Rumah aku adalah rumah yang penuh KEHINAAN sekarang! Tiada lagi kemesraan di dalamnya..tiada lagi seriny lagi. dan kamu tahu apa yang mak aku beritahu semua saudara mara tnetang bayi ini..ohhh anak yatim..ambik anak angkat..cis.."

Ya..memang aku terasa tamparan kedinginan yang menghinggap di ruang sepi rumahnya itu. Ayahnya sering tiada di waktu siang dan juga menjadi kelawar yang keluar di malam hari. Ahli keluarga tidak dipedulikan. Tugas penting untuk menyembah Yang Esa jauh sekali. Hanya ibunya sahaja yang terus dengan kelembutan menahan sabar dengan perlakuan si ayah.....
.
.
.
.
.
........................................nak sambung lagi ke tak? Cukup kut nuuuu..letih gak ni. Sebenarnya ada lagi incident yang terjadi..tapi aku rasa this is good enough untuk dijadikan tauladan.

sekian.....habis.

Monday, May 25, 2009

Berkawan biar seribu..

Salam,

Dalam dok berblogging dengan teman teman yang tidak pernah bersua muka ni adalah suara suara yang menyound aku..biasalah kan..

Bagi aku, apa yang aku tulis kebanyakan apa yang aku ingin luahkan. Kadang kadang kalau bercakap lidah ni cam tak terukir perkataan. Kalau dalam bentuk tulisan tu, boleh delete delete ,edit edit dulu..dan bagi aku dah nama pun OPEN BLOGGING..aku tak kisah siapa nak membaca blog aku. Pandai pandai lah korang tapis, digest, fikir..nak ambik buat pedoman atau juga buat panduan atau masuk dalam tong sampah..
DELETE buat selamanya..

Aku nak kata banyak sangat kawan tak le juga. Ada yang tak suka berkawan ngan aku..sebabnya aku ni bukannya gheti bergaya orangnya.
SEGHEBEH.. ramai gak kawan yang suka mentertawakan aku..
Ada yang tak suka berkawan ngan aku sebab kekadang aku ni cam pelik jer..
Tapi aku tak kisahhh..Setiap orang mesti ada KEPELIKANNYA yang tersendiri..
Betul tak?

Pun begitu aku tetap ada kawan..
Sesiapa yang memahami aku, akan rapat dengan aku sehingga dapat meluahkan segala isi hatinya serta rahsia yang terdapat pada dirinya mahupun keluarga.

Ini kisah seorang teman aku yang biasa diluahkan padaku. Aku menamakannya B. Kisah ini mungkin boleh dijadikan iktibar, pedoman atau sempadan....

Suatu hari di suatu tempat...di suatu masa, aku lihat kawanku begitu sugul sekali. Aku sungguh hairan dengan keadaannya kerana kebiasaannya kawanku ini ceria dan riang bersama kawan. Perlakuannya ini semakin hari semakin ketara hingga aku lihat pelajarannya mula terganggu dan merosot yang teramat. Dia sering kali ketiduran di dalam kelas dan dimarahi guru.

Oleh yang demikian pada masa yang sesuai, aku bersemuka dan berbual bual dengannya menanyakan perihal masalah peribadi yang mungkin dihadapinya. Apakah masalah percintaan? Atau juga masalah kewangan? Atau masalah kesihatan? Mungkin masalahnya dapat aku kongsi bersama dan mungkin bebanan yang dihadapinya dapat diringankan sekiranya diluahkan kepadaku.

Pada mulanya B begitu berat untuk memberitahu takut takut aku menceritakan kepada orang lain. Tapi sehingga saat ini aku tidak pernah menceritakan kepada siapa jua perihal yan berlaku kepadanya ini..Aku menulis di dalam blog ini dengan harapan ceritanya dijadikan iktibar dan bukan sekadar satu entry sahaja..Sewaktu itu, aku katakan kepadanya kiranya dia tidak mahu berkongsi masalah denganku tidak mengapa kerana mungkin ianya terlalu peribadi..tetapi B merasakan dia juga harus bercakap dengan seseorag tentang masalahnya kerana ianya terlalu berat baginya untuk terus memendam rasa. Aku katakan padanya sekiranya dia sudah bersedia...maka aku sudi mendengar....hinggalah pada suatu malam yang agak sunyi kerana sewaktu itu ramai kawan kawan yang pulang bermalam di rumah. B mengajak aku duduk di satu sudut di ruang study room..

'Hida, aku dah bersedia untuk luahkan perasaanku....' maka dia pun bercerita.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nantikan ceritanya di episod yang akan datang...( he he he..jangan marah nuuu)

sekian

Saturday, May 23, 2009

Adegan yang tidak ingin kau lihat..

Salam,

Sewaktu mengembara ke Canada bersama 5 rakan dari Evansville dalam musim panas 1988, kami sempat singgah di bandar bandar di Selatan Canada seperti Ottawa, Montreal dan Toronto.

Semasa di Montreal, kami sempat melawat Stadium Olimpiknya. Kami melawat masuk ke dalam stadium pada waktu sebelah pagi. Selepas itu kami terus ke Montreal Botanical Garden yang terletak tidak jauh dari kawasan Stadium Olimpik.

Di kawasan Botanical garden itu terdapat taman taman yang cantik dan di jaga rapi. Ada taman Jepun, ada rock garden dan ada juga Chinese garden. Sebenarnya tujuan asal kami ke Botanical garden ini adalah untuk makan kerana perut kami sudah lapar dan jam juga telah menunjukkan waktu tengahari. Kami berkira kira untuk membuka periuk berisi nasi dan bekalan ayam goreng juga sardin yang telah kami sediakan di rumah pelajar Malaysia sebelumnya. Konon kononnya hendak makan di kawasan cafeteria yang disediakan..


Alahai alahai..terlalu ramai orang makan di situ dan mereka pula tiada yang MEMBAWA PERIUK NASI DAN BEKALAN makanan seperti kami. Semuanya makan makanan ya dibeli dari cafeteria tersebut..

Kami pula TAKKAN nak buat scene yang bagus dengan membuka periuk nasi di situ..
ha ha ha..
jadi seorang rakanku memberikan cadangan...



" Kenapa tidak kita berkelah saja di bawah pokok besar itu...'anjurnya.


Hmmm... bagus juga cadangan kawanku itu. Jadi kami semua bersetuju dengan cadangannya.


Kami dengan gaya yang bersungguh sungguh mengambil segala bekalan kami dari bonet kereta dan bersedia untuk 'having a nice picnic under a tall tree'..he he he..Al maklumlah..dah lapar benar..

Nak bentang tikar dan nak buat cam English style gitulah kiranya..

Sebaik sahaja kami atur periuk nasi..keluarkan bekas ayam goreng dan kuah sardin di bawah pokok tu....TUP TUP sampai lah pakcik GUARD BOTANICAL GARDEN...
'Excuse me...but you cannot have a picnic here..There is a sign there'
SOBONARnya ada tulis papan tanda, ' No stepping on the grass'..ha ha ha..
Alangkan 'Stepping on the grass' pun tak boleh..ini pula nak makan makan sambil rehat rehat bawah pokok cam kat Malaysia!! Ngeh Ngeh Ngeh..
Kami pun minta maaf kat pakcik Guard tu..MACAM bodoh pun ada rasanya..tak tertengok papan tanda tu... Malu giler pun ada sebab Mat ngan Makcik Salleh tengok kami semacam jer..
Tetapi dalam pada tu kami gelak besar juga sebab dok rasa taman tu kami boleh buat sesuka hati macam taman taman bunga kat Malaysia..
Dan akhirnya kami semua makan ajer lah kat dalam kereta kami yang terletak di kawasan parkir..ambik pinggan... taruh nasi, taruh ayam, taruh kuah sardin..MAKAN....tak yah nak picnic picnic.TAK KENA TEMPAT!!
Montreal Botanical Garden tu memang bukan tempat berkelah. Ianya dijaga rapi....
Dan sepatutnya kami yang kena perihatin kerana sebenarnya memang ada tempat lain yang pihak berkuasa tempatan benarkan untuk buka bekal dan berkelah sepuas hati!!
SILAP KAMI!!
ha ha ha..biasa lah kan..FOREIGNER!
# gambar gambar di atas menunjukkan persekitaran di dalam Montreal Botanical Garden, Canada.
sekian

Niagara Falls - ciptaan Allah yang mengasyikkan

Salam,

Pada musim panas tahun 1988, iaitu sekiranya dalam bulan Julai atau Ogos begitu ( aku tak ingat dah tarikh tepatnya ), aku bersama 5 rakan dari Evansville menjelajah ke Canada dengan menempuhi East coast terlebih dahulu. Di East Coast, kami singgah di beberapa bandar besar iaitu Washington D.C, New York dan Boston. Kemudian apabila naik ke Utara (Canada) kami ke Ottawa,Toronto dan Montreal. Untuk pengembaraan kami di Canada ini, aku tidak dapat mengingati bandar mana yang kami singgah dulu dan bandar mana yang kami singgah kemudian...mungkin ada kawan aku yang boleh tolong recall..

Sebenarnya tujuan utama kami mengembara ialah menuju ke destinasi indah...satu ciptaan Allah yang begitu mengasyikkan.
NIAGARA FALLS..sebuah air terjun yang terdapat di sempadan antara negara Canada dan Amerika Syarikat.

Melihat dan merasai satu ciptaan Allah yang begitu hebat ini tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Maha Suci Allah....menjadikan sungai sungai yang mengalir laju serta luas dan kedapatan air air terjun di antaranya bertujuan supaya makhluk makhluknya mengambil menafaat dan iktibar..

Image 'heli-view' inserted from 'Largeniagarafallsphotos.com'

Semasa aku di sana, aku dan 3 rakanku telah menaiki bot untuk melihat dengan lebih dekat lagi air terjun tersebut. Perasaanku sungguh teruja sewaktu itu. Dengan percikan air yang kami rasakan daripada hamburan air terjun yang sungguh besar dan kuat itu. Kemudian suasana kendahan air terjun itu dihiasi dengan satu lingkungan bulatan pelangi petang. Sinaran mentari memancar ke arah titis titis percikan air menghasilkan lingkungan bulatan pelangi tersebut.

Image of American Falls inserted from 'largeniagarafallsphotos.com'

Bagi dua rakan kami pula mereka lebih teruja untuk menaiki helicopter kerana ingin melihat gambaran keseluruhan tempat ini dari atas. Bayaran yang dikenakan sewaktu itu tidak silap ialah 30 dolar satu kepala.

Cuma apa yang agak mengecewakan..sewaktu itu aku tidak mempunyai kamera yang cukup bagus untuk mengambil gambar gambar yang lebih menarik. Sungguhpun begitu aku masih tetap menyimpan kenangan indah itu di dalam kotak memoriku.



Night image inserted from 'www.niagarafallslive.com'
Kami berada di sini bermula dari sekitar tengahari sehingga senja. Kemudian kami beransur untuk ke destinasi kami yang seterusnya. Walaupun ada suara suara sumbang rakan yang berkata " Apa lah buang duit nak pergi setakat TENGOK AIR sajer " tapi aku rasakan pengembaraan ini "Every single cent spent was WORTH IT!"..
**( ..dan satu pengalaman yang PALING MENERUJAkan ialah solat kami tetap dijaga dan kami SELAMBA dek solat kat padang mana mana yang kami rasakan sesuai..walaupun MAT SALLEH geleng gelengkan kepala....ha ha ha..)

Night image inserted from 'www.niagarafallslive.com'
* All the pictures above are not mine. They are the property of 'largeniagarafallsphotos.com' and 'www.Niagarafallslive.com'.
sekian..




Friday, May 22, 2009

To my youngest sister..

Salam...
I probably not the best sister in the family..
I probably not the best daughter to our parents..
I probably not the best wife to my husband..
But..
deep inside I always love all of you..
luv..
tak nin

Seorang BAR-TENDER itu..

Salam,
Ini sebuah kisah benar yang pernah menyentuh hatiku.
Kisah ini ku selitkan demi menyedarkan kita bahawasanya Allah Maha Mengasihi hamba hambanya..seiring dengan sebuah rangkaian kata kata.Bahawasanya selangkah kita hampiri kepadaNYA maka SERIBU LANGKAH DIA mendekati kita.

Pada suatu hari di satu cuti semester, rumahku didatangi oleh seorang jejaka yang tidak aku kenali. Jejaka ini bertanyakan ayahku. Oleh kerana sewaktu itu ayahku tiada maka dia pun bertanyakan bila ayahku akan berada di rumah.

Pada malamnya si pemuda ini datang semula ke rumahku dan bersemuka dengan ayah.
Aku tertanya tanya di dalam hati siapakah si pemuda itu..
( ha ha ha risau gak la kannn..entah sapa pulok nak masuk minang ni..ha ha ha..)
Lantas setelah selesai urusannya dengan ayahku, aku pun sibuk sibuk bertanyakan ayahku apa yang dikehendaki oleh lelaki tersebut.

Ayah memberitahuku bahawasanya lelaki tersebut ingin datang berguru dengannya dan juga dengan sesiapa saja yang sudi menyampaikan ilmu kepadanya.
Tidak puas hati dengan jawapan ayahku maka aku bertanya lagi kenapa tiba tiba ayahku pula yang menjadi gurunya sedangkan kami semua tidak mengenali lelaki asing itu.

Ayahku berkata pemuda itu ditemuinya di sebuah hotel sewaktu ayahku berkursus di sana. Oleh kerana ayahku jenis yang peramah maka dia bersembang sembang dengan salah seorang pekerja Islam di hotel itu. Dalam perbualannya dengan ayah, tahulah ayahku bahawasanya pekerjaan lelaki ini adalah sebagai seorang BARTENDER..kurang lebih bekerja sebagai pembancuh arak-coctail-sekaligus menjamukan kepada mereka yang berkehendak.

Sedihnya lelaki ini beragama Islam..maka ayahku pun menasihatinya sedaya mungkin untuk dia melepaskan pekerjaan yang tidak bersesuaian langsung dengan kehendak agama itu.

Jika sekiranya Allah mengkehendaki HIDAYAHNYA meresap masuk ke jiwa seseorang maka tiada apa yag boleh menahannya..begitulah yang terjadi kepada pemuda ini.
Walaupun setelah sekian lama dia telah hidup bergelumang dengan arak serta menjadi pembancuh dan penghidangnya namun kiranya Allah kehendaki maka ada jalan keluar baginya..

Lantas semenjak hari itu si pemuda telah berjaya mencari cahaya dalam hidupnya yang sekian lama di dalam KEGELAPAN serta hanyir dengan kepuraan nikmat dunia..
Beliau berjaya melepasi penghalang dan keluar dari kepompong yang hanyut dan tidak bererti itu..
Alhamdulillah...

Ambillah kisah benar ini untuk menilai diri kita...dan jangan menghina mereka yang terawang awang dalam kegelapan sebaliknya hulurkanlah tangan..kembalikan mereka ke sinar itu..
Mungkin cahaya yang mereka perolehi lebih terang dari kita..

..............sekian............wallahulam..

Sila buat karangan bertajuk..'Kalaulah aku menjadi...'

Salam..
Ditakdirkan aku menjadi kucing.....
maka malam tadi begitu indah sekali.
Aku telah merayap rayap berhampiran dengan sebuah rumah baru yang begitu indah di sebuah seksyen di Bandar baru Bangi ini. Rumah yang berharga mencecah angka juta itu adalah kepunyaan seorang hartawan beranak satu.
Mesti puas anak itu mendapat segala galanya.
Aku memerhatikan sahaja dari luar. Dari pagarnya yang telah diubahsuai dengan begitu indah sekali. Mungkin ribuan ringgit juga harganya
Ada bacaan Yasin rupanya di rumah itu...
Mereka menjemput sahabat handai dan saudara mara mengunjungi rumah itu.
Setelah puas aku merayau rayau mencari tikus..aku singgah di tepi pagar rumah ini.
Aku terhidu hidu keenakan bau makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah kepada tetamunya.
Hmmmmm
Ada bau ikan goreng. Juga bau ayam goreng.
Mungkin ada kalangan tetamu yang tidak menghabiskan makanannya.
Mungkin sisa sisa makanan yang tidak dihabiskan itu boleh menjadi makan malamku.
"Ibu..ibu..," tiba tiba suara seorang anak kecil memanggil ibunya.
"Tengok ni ibu..ada kucing lah...Warna putih..kesian dia ibu" sambung anak kecil itu lagi.
"Mari kita bagi dia makan ..Mesti dia lapar"
Anak kecil itu mengerti pandangan aku.
Aku memandangnya dengan rasa sayu.
Anak sekecil ini mengerti penderitaanku merempat ke sana ke mari mencari sisa sisa makanan..
Dia merapati daku.
Tangannya membelai belai kepalaku.
Aku mengiau perlahan..
Penuh harapan..
'BABY!!!!'
"Jangan main kucing tuuuu..KOTORNYA!!"
"Tapi buuu..kucing ni tentu lapar..Bolehkan ibu kita bagi dia makan? Bolehkan?" rayu si anak.
"Okay okay..tapi jangan pegang..jangan sentuh kucing tu. KOTOR!!"
Aku diberi seekor ikan kembung goreng yang besar. Aku makan dengan penuh selera dan lahap sekali. Inilah makanan terenak aku makan pada minggu ini.
Selesai makan aku melihat muka si anak kecil itu buat kali yang terakhir..
Moga dirimu diberkati wahai sianak kecil...
Dan di saat mentari terik sebegini...aku terasa begitu letih dan mengantuk sekali.
Izinkan aku ketiduran..
Biarlah lenaku dibuai mimpi yang indah seumpama semalam..
Berada di pelukan si anak kecil yang budi pekerti sungguh tinggi dan mulia..
Izinkanlah aku....
EH!!!
JANGAN KO BERANGAN NAK TERLOLAP MACAM KUCING TENGAH TENGAH HARI GHOMBANG NI!!
SIAP SEDIA!!
GI REWANG GHUMAH KAKPAH!!
AKU NGANTUK NI..
JADI CAM KUCING DAH NI....

Thursday, May 21, 2009

The haunted train !!

Salam..
Petang itu aku terkejar kejar..
Derap langkahku laju laju. Tercungap cungap nafasku menaiki tangga tangga di stesen LRT Bukit Jalil itu.
Elevator?
Aku tidak peduli..Ianya terasa begitu lambat..
Aku mengejar tren itu...AAAhhhh..terlepas pula.
Tiba tiba aku terasa ganjil.
Dunia terlalu sunyi!
Kupandang ke hadapan..
Tiada kelibat bayangan seseorang pun..
Segalanya terlalu pegun.

Lantas aku jengah di sebelah kananku kalau kalau ada peneman buat menghilangkan rasa sunyiku..
KAKU..
Keheningan itu terlalu menyeramkan..walaupun di petang hari.
Hatiku berdebar..
Bilakah saat tren seterusnya akan tiba ini!!

Oh..akhirnya ia tiba juga ia..
tetapi
kenapa aku masih berseorangan!!
AKU JADI KAGET..
Bayangkan kalau tiba tiba tren ini terhenti di tengah jalan.
Enjinnya tidak dapat berfungsi..
Di tengah tengah mentari yang bersinar terik.
Hanya aku sahaja yang menghuni gerabak ini..
Dan pintunya tidak dapat dibuka..
Suhu di dalamnya meningkat.
Tiada lagi suhu sejuk dari pendingin hawa..
Lalu kandungan oksigen semakin kurang..
Lantas aku kepanasan..
Dan kelemasan..
AAAAAAAAAARGGGGHHHHHHHHH...
TOLOOOONGGG!!!

ewah....
NAK SANGAT KER??
nauzubillah....
aku tak nak naik keretapi sorang sorang DAH!
tobat!

Silhoutte..

Salam,

Siapakah gerangan jejaka yang menjadi model header aku tu?
Aku suka gambar ni..
Masa ni aku nak ambik gambar matahari petang tetiba dia sibuk sibuk pulak bertenggek kat benteng tu..

Hmmmm aku pun main ambik jer lahh..

Saja aku nak boh gambar ni buat seketika kat header..

siapa empunya diri??
cepat mengaku!!...
nak royalti tak?? ha ha ha..

Wednesday, May 20, 2009

Bon appetite..

Salam,
tetiba jer aku teringatkan buah geduak setelah mengomen TM punya entry..
Aku pun google image geduak..kut kut le ada..
mana le aku tahu bahasa orang putihnya apa..
rupanya buah ini juga dipanggil KERDAS??
Kerdas atau di UTARA pangge geduak ini, aku kenali waktu aku pi rumah cousin suami aku.
Isterinya perkenalkan buah ini..
Aku tanya makan lagu mana?
Dia kata buat ulam..
Aku pun try..
Tak dak rasa pun..
Biasa biasa jer..lemak lemak gitu.
Orang kata bau dia lebih hebat dari petai..
ENTAH la..
Seingat aku, aku makan tak dak la berbau sangat..
Tapi aku makan baru dua tiga kali menda ni..
Oh by the way..
Kita makan isi yang kat dalamnya yer..
Yang ni tak buka lagi!!..aku CILOK gambar ni dari blog sapa tah..'Mynisa0607.blogspot.com'
sapa punya blog pun aku tak tau..
tak pa kut nuuu..tak dak profile...
Hah..kat bawah ni gambar feveret ulaman yang paling aku suka..
Dan ulaman yang SIDIA paling tak suka..
PETAI..nama scientificnyer menda?
PARKIA SPECIOSA
bunyi semacam jer..
parking??
tapi aku tak kesah..
kalau aku dah dapat petai ngan sambal belacan atau sambal tempoyak ngan ikan goreng
atau masak lemak..
korang nak melompat ke
nak mengata aku ker..
aku buat don't know jer..
selagi petai aku tak habis..
maka jangan harap aku nak berenti makan..
begitulah sekiran kiranya kegilaan aku (atau lebih tepat keluarga aku)
dengan menda yang juga dipanggil STINK BEAN ini
stink pun stink lah..pedulik!!!
tapi kat BANGI ni mahal la petai..
jadi kurang le sikit memakannya.

Okay.. setelah ambik ambik bau ulam ulaman di atas,
mari kita berjumpa dengan teman karib geng atas tu.
SI JERING!
Korang pernah tengok JERING bersama TANGKAINYA..
dan tahukah kenapa ada peribahasa TANGKAI JERING?
Mertua aku balik dari TRONG ( asal pak Mertua aku)..
Dibawaknya balik selonggok JERING bersama TANGKAI tangkai nyer sekali.
Kuss semangat..nak ngambik buah jering dari tangkai ni punya le susah..LIAT bukan main.
Mak mertua aku kata sebab tu orang kalau KEDEKUT PAHIT jadi macam
TANGKAI JERING..
susah nak mengulur..


Ulaman di bawah ini pula rasanya pedas pedas crunchy gitu..
Sedap dimakan bersama sambal NYOK.
Ape ke mende ini?
Ini namanya pucuk gajus..
Alah..
yang ada teka keti...
'buah apa biji di luar 'tuu..
Hah..daun hujung julainya yang muda muda di makan dan dibuat ulaman TAU!!
Makanan orang kampung...
SEDAAAAPPP..
cuba lah..
tak cuba, mana nak tahuuu..



Ni dah kira NOSTALGIK campur MELELEH ayark lior ni..
Tak mau cakap apa apa.
Pucuk paku yang bukan BESI ini adalah asalnya makanan orang SUSAH tau.
Orang orang kampung yang berjimat cermat macam opah aku dulu dulu..
inilah dianya sayur sayurannya..
walaupun sebenarnya sayur sayuran ini bersepah sepah di dalam semak dan di bawah pokok pokok getah zaman aku kecik kecik dulu, sekarang ni..kemain EKSYEN lagi sayur pucuk paku ni..
SEKARANG secekak RM2.00 pun susah nak dapat yang lembut dan sedap..
adapun dijual di pasar malam ituyang KORAIH KORIH belaka..
TERCOKEK makannya...




okay okay mentang mentang le ko kecik ye..
terung pipit yang kecik molek ini susah nak aku jumpa lagi dah..
nak masaknya pun aku tak berapa reti..
sesapa..TOLONG hantar semangkuk..
aku suka!!
he he he..
kak INAAAAAAAAA.. KL
comel la nampak hari ni..
smile..and sekian
BON APETITE..
p/s..saja nak boh kat sini cakap pasal ulaman...
kut kut kakpah nak buek sambal tempoyak POTAI yang ada ikan bilis N9 yang best tu..
MELELEH AYOR LIOR..





Tuesday, May 19, 2009

Sayang anakku sayang..

Salam,
biarpun sambutan hari guru pada hari Jumaat 15/05/2009 di Aulad Perdana berlangsung secara serba sederhana namun ia memberi erti yang cukup besar kepada kami guru guru..
Anak anak yang disayangi, biarpun kamu semua masih kecil namun kamu tetap cuba menggembirakan hati kami para gurumu ini..

Hati ini cukup tersentuh bila mana anak anak ini bersungguh sungguh membawa juadah untuk dikongsi bersama..terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa yang memahami anak anakmu..


Sekecil mana pun hadiah yang diberi ianya akan tersemat dalam kenangan..
......cikgu sayang kamu....
Jadilah insan yang berguna anak anakku...



Monday, May 18, 2009

Dulu gila, sekarang logik..

Salam,

Zaman aku belajar kat universiti dulu, handphone masih tidak ujud. Window pada komputer juga masih TIDAK ADA. Zaman aku belajar kat U, zaman 80'an.
Komputer MONOCHROME..Warna hitam putih..DOT DOT!
Warna warni di komputer masih sesuatu yang UNDER CONSTRUCTION.

Ingat balik macam kelakar..

Dulu nak buat repot kena guna WORDSTAR!!
Hanya orang DULU DULU zaman aku sahaja yang faham guna WORDSTAR.

Kalau nak taip essay atau buat report siksanya nak mengingat COMMANDS.
Nak besarkan tulisan, ada command tertentu.
Nak tukar font, ada command yang lain pula.
Nak tukar tulisan senget camni..ada lain command pulak.

Dulu dulu, aku sampai ada buku nota untuk ingatkan command command ni.

KOMAN betuiiii..ha ha ha..

tapi waktu tu..siapa yang pandai mengggunakan komputer pun, dah okay dah..
sebab masih ramai lagi yang tak pernah tengok komputer.
Masih ramai lagi yang tak tahu ujudnya komputer.
Masih ramai lagi yang tak tahu guna komputer.
....nak BELI? Jauh sekali....

dan aku pun guna komputer kat Lab Komputer di University sahaja.
Beli sendiri? hmmmmm...

yang mampu dibeli hanya CAKERA LIUT..5"..kui kui kui.

Dulu, kalau orang kata ada Video conference kat telefon mesti orang akan TERNGANGA?
ape menda..telefon ada TV..gila? mereng? ape ke menda??

sebab telefon zaman aku ialah telefon bercord kat DINDING tanpa camera, tanpa LCD.

Itu sahaja! Sekadar boleh dial, tunggu sehingga orang di sana angkat kemudian cakap.
No sms. No MMS. No video conference whatsoever..

Gamaknya kalau Alexander Graham Bell terus reka telefon bergambar macam sekarang ni...
orang nak bakar dia ke tidak?
Hei...Mat Salleh pun percaya gak menda menda WITCH-CRAFT / supernatural ni..
Kalau supernatural jer...depa kira nak bakar orang..
........dan kalau Alexander Graham Bell terus dapat idea telefon bergambar...apa agak agaknya yang akan terjadi pada dirinya??


hmmmmm.....

* tetiba aku teringat entry Nizam!!

sekian..

Sunday, May 17, 2009

Pentingnya doa harian..

Salam,

Kat tadika, aku kena mengajar anak muridku pelbagai doa. Agak banyak jugalah doa harian yang mesti diajar kepada anak anak muridku ini.
Berikut ialah doa yang mesti dihafal oleh anak anak muridku..

1. Doa bangun tidur
2. Doa sebelum masuk tandas
3. Doa selepas keluar tandas.
4. Doa memakai pakaian.
5. Doa melihat muka di cermin.
6. Doa sebelum makan.
7. Doa selepas makan.
8. Doa sihat tubuh badan.
9. Doa keluar rumah
10. Doa naik kenderaan.
11. Doa sebelum belajar.
12. Doa penerang hati.
13. Doa untuk kesejahteraan ibubapa.
14. Doa kesejahteraan dunia dan akhirat.
15. Doa masuk masjid
16. Doa keluar masjid.
17. Doa sebelum tidur...


wahhhhh..kalau tengok doa ni macam tak percaya je kan? Anak anak kecik diajar DOA YANG BEGITU banyak?!! Mesti ada mak ayah yang cekak pinggang macam nak marah jer tuu..

Sebenarnya doa ini doa yang mudah mudah. Kalau diulangi setiap hari..dan dibaca semula di rumah bersama ibubapa, Insyaallah doa doa ini akan lekat di mulut dan di kepala anak anak secara bersahaja.

Bagi aku eloklah anak anak amalkan doa ini bersama ayah dan bonda mereka. Mungkin ada mustajabnya..
Doa adalah permintaan. Ia adalah pengucapan serta permintaan kita kepada Allah. Anak anak kecil ini masih bersih. Kalau mereka sering berdoa untuk kesejahteraan keluarga itu, mungkin mustajab doa mereka lebih daripada kita yang telah dewasa ini.

Kita selalu mengambil mudah tentang doa yang dibaca oleh anak anak kecil ini sedangkan kita tidak tahu mungkin mereka ini lebih jujur dan ikhlas berdoa berbanding kita orang dewasa..

Dan kita tidak tahu mungkin kesn dari doa mereka inilah kita terlindung dari malapetaka yang mungkin merbahaya kepada kita. Jadi ajarlah anak anak kecil kita berdoa..dan jangan pandang enteng perkara ini.

Ingat ye para ayah dan ibu di luar sana...anak kecil itu sesuci kain putih..
Kitalah yang mencorakkan mereka..

sekian..

Hati-hati ye..

Salam,

Minggu lepas sebelum Kak Aisyah di hantar ke Londang, aku pergi ke Tabung Haji di Bandar Baru Bangi ini. Tujuan aku ialah untuk memasukkan duit gaji kak Aisyah yang terakhir yang diperolehinya hasil daripada kerja sementaranya di sebuah restoren di Seksyen Empat Tambahan. Tak banyak mana pun...

Elok sahaja nomborku dipanggil, kerani TH yang mesra itu berbual sebentar dengan aku.

" Akak nak masuk duit ye?" sapanya.

" Ye." jawab aku ringkas.

"Kalau nak keluarkan duit ke bila bila nanti, hati hati ye.." katanya.

"Akak nampak suami isteri di sana tu," sambil menuding mulutnya ke arah sepasang suami isteri yang berada di hadapan pakcik guard di meja pertanyaan.

"Mereka baru sahaja kena ragut.." tambahnya lagi.

Perkataan 'ragut' di sini bukan bermakna meragut rumput seperti kambing dan lembu yang selalu buat tu yer..ha ha ha..
Perkataan 'ragut' di sini bermaksud telah di ROMPAK secara merampas! ( tapi bukan rampasan kuasa..ini rampasan harta..yakni disamun! )

" Berapa jumlah duit yang kena ragut tu?" sibuk sibuk aku menanya.

" Dua puluh RIBU ringgit"....kusss semangat.
" Isterinya keluarkan sepuluh, suaminya keluarkan sepuluh. Beg tu dipegang oleh suaminya..tapi masih kena ragut juga" sambung kerani itu.

Ini bukanlah pertama kali aku mendengar cerita ragut ini. Dah banyak kali. Ada yang kena ragut sebaik sahaja keluarkan wang dari ATM. Ada yang kena ragut sebaik sahaja meletakkan beg dalam kereta. Ada yang kena ragut beg dari atas motor. Yang aku cerita ni dari kalangan rakan rakan kenalan aku. Bukan yang dalam surat khabar..Dalam surat khabar lagi lah banyak!!

Kes ragut yang melibat kematian adalah kes ragut yang paling menyedihkan...

Alhamdulillah aku tak pernah kena ragut..tapi pernah mengalami suatu detik yang agak mencemaskan suatu masa dulu di kawasan perpustakaan Bandar Baru Bangi ini.

Ceritanya begini..
-------------------------------------------------------------

Pada suatu hari di masa suami aku buat rawatan 'root canal' pada giginya, aku membawa anak aku Rahmah yang ketika itu berusia enam tahun ke perpustakaan. Waktu itu anak yang kecil sekali ialah Huda. Mawaddah dan Muhammad masih tiada lagi. Aku membawa Rahmah dengan niat supaya dia tidak mengganggu adiknya si Huda yang tidur petang serta juga Abahnya yang ingin berehat kerana sakit gigi.

Kami membaca buku serta bermain komputer di perpustakaan sehingga perpustakaan di tutup pada lebih kurang pukul 5.00 petang. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta UNSER ku, tiba tiba ada dua orang pelajar UKM berketurunan Cina menegur aku.

"Kak! Berhenti.. Berhenti.. Ada minyak mengalir bawah kereta.." kata mereka.

Pelajar yang seorang lelaki dan seorang wanita ini sebenarnya sedang bersiap sedia untuk menaiki motorsikal mereka.

Aku memberhentikan kereta dan melihat apa yang ditegur mereka. TERKEJUT besar aku apabila melihatkan memang ada minyak yang tumpah begitu banyak dari bawah keretaku!!
Kusss semangat..sangkaku minyak dari tangki. Macam mana pula tangki minyak boleh pecah..dan kenapa pula alirannya dari bawah enjin di hadapan.

Tidak semena mena datang seorang hamba ALLAH entah dari mana asalnya..seraya berkata..

"Eh eh..kenapa kak? kenapa? Kereta akak ada masalah ke? Biar saya tolong! Saya ni mekanik"

Tiba tiba sahaja di perpustakaan yang masih tidak berapa ramai orang itu ADA SEORANG MEKANIK yang SUNGGUH BAIK HATI hendak menolong aku...
( mekanik yang layak DIPANGGIL PENYANGAK sahaja kalau dari paras rupanya)

dan si MEKANIK ini terus sahaja berada di bawah enjin kereta sambil menunjukkan satu saluran paip yang telah terputus.

" Ohh...ni hah .Akak punya SALURAN MINYAK BREK ini telah putus..MUNGKIN dah lama ni..Jom akak ikut saya naik kereta saya ni beli saluran baru.." ( kut ye pun nak berlakun...sila masuk AKADEMI dulu laaa)
( Taik minyak dia!!..kereta UNSER aku waktu tu baru LIMA BULAN sahaja di beli..)

Tiba tiba adik adik UKM yang berbangsa Cina itu datang kepadaku seraya berbisik,

" Kakak..saya rasa saluran itu bukan putuslah kak. Macam kena potong sahaja..Kakak jangan ikut itu orang!"

Ya Rabbi..Mujurlah ada adik adik UKM tu di situ. Mereka saksi UTAMA kalau jadi apa apa kat aku waktu tu. Aku dah kecut perut. Aku suruh adik adik UKM tu tunggu aku. Jangan balik lagi sementara aku menelefon suami aku YANG KEBETULAN ada di rumah..

Si Mekanik GILA ni beriya iya mengajak aku naik keretanya..
NAK TOLONG KONON!!

Dipendekkan cerita setelah suami aku tiba, Si MEKANIK GILA ini masih beriya iya mengatakan yang terputus ( atau sebenarnya yang dipotong) itu ialah saluran minyak brek...

Blueeekkk...

Bila suami aku bawak pi kedai kereta, mekanik kat kedai kereta beritahu saluran yang terputus itu sebenarnya saluran automatic transmission fluid..(minyak transmisi)..sebab brek memang tak de masalah. Yang semput ialah apabila kereta hendak berjalan..Terbatuk batuk kereta aku tu..Terhenjut henjut...mujurlah masih ada saki baki minyak yang membolehkan kereta itu dibawa sehingga ke kedai servis kereta. Bila saluran diganti dan minyak transmisi dibubuh semula, kereta aku pulih seperti sediakala. Melihatkan pada saluran yang terputus itu...mekanik kedai itu mengakui saluran itu DIPOTONG!! Dia kata susah saluran itu terkoyak atau terputus kerana kereta UNSER kami sewaktu itu masih baru lagi..LIMA BULAN. TAK LOGIK benar dek akal!

Aku selepas itu agak serik juga hendak ke perpustakaan walaupun anak anak mengajak.
Igauan itu masih baru dalam ingatan..

Kejadian ini adalah pengalaman untuk dikongsi bersama anda semua...jadi berhati hati selalu di mana jua anda berada. TAKE CARE!!

sekian.

Saturday, May 16, 2009

Kelas 4 sains 3, 1983

Salam,



"Bangunnnn...Selamat pagi, cikgu!" kata ketua kelas aku, si Justin Augustinus. Waktu itu adalah giliran Justin menjadi ketua kelas 4 sains 3.

Itulah kelasku. Pada tahun 1983 di Sek Men Sains di Perlis itu.



Setelah selesai peperiksaan SRP dalam tahun 1982, semua kelas dirombak semula untuk penempatan pelajar. Penempatan pelajar tidak langsung berasaskan keputusan peperiksaan SRP jadi penempatan ini kelihatan lebih adil kerana terdapat kepelbagaian pelajar di dalam kelas ini. Ada yang memang bagus..ada yang kurang sedikit tetapi yang penting semuanya mendapat AGGREGATE tidak melebihi 12 dan mesti mendapat sekurang kurangnya 6 jika dicampur keputusan Matematik dan Sains.


Itu zaman aku.

Sekarang mungkin lain cara pengiraannya. Nak sambung semula ke sekolah itu mungkin paling kurang 6 atau 7 A...

MUNGKIN?!!
Aku tak tahu..



Pada mulanya, guru kelas aku masih kucar kacir..Asalnya ialah AKDA..nama gelaran guru Geografiku, En Ishak Darus. AKDA ialah initial nama nya yang sering ditulis di kertas kertas soalan periksa. Nama itu lekat terus menjadi panggilan kepadanya...AKDA sekadar mengisi kekosongan guru kelas. Dia bukanlah guru kelas kami yang kekal. (AKDA sekarang menjadi salah seorang PENGETUA di sebuah sekolah di Perlis)



Kami juga tidak punyai guru Matematik Tambahan yang benar benar kekal. Cikgu errr.... (besar bagai ..)JOHAN yang menjadi guru Matematik Tambahan sementara! Cikgu ini ada janggut sejemput..ha ha ha..dan sering memeningkan kepala pelajar apabila mengajar.

Tapi aku rasa, aku tak ada masalah dengan cara pengajarannya.

Ujian pertama kali diadakan aku dapat 72%!!
No bad for ADD Math subject..
...waktu itu....!!


Kami juga tiada guru subjek Kimia..

Inilah perkara yang benar benar menggegarkan jiwa kami sebagai pelajar tingkatan empat! Semua guru guru subjek Sains yang ada di sekolah itu di dahulukan ke Tingkatan Lima..kelas yang akan mengambil peperiksaan besar. Kami pula terpaksa menunggu guru guru BARU untuk dihantar ke sekolah oleh kementerian.


Seingat aku waktu form four inilah, subjek Bahasa Inggeris aku mula MERUDUM. A2 yang aku perolehi sewaktu SRP tidak dapat dikekalkan..Mungkin disebabkan KEKURANGAN guru. Guru yang mengajar subjek BAHASA INGGERIS untuk set B waktu itu adalah guru BAHASA MELAYU yang biasa berada di luar negeri!!..dan amat malang, aku pula tidak berapa MENGGEMARI CIKGU ini.



Guru Bahasa Melayu kami juga merupakan guru bahasa Inggeris aku di SET B. Minta maaf ..tapi cikgu ni telah membuat beberapa incident yang tak mungkin kami lupakan di kelas itu...
OH!! Aku tak nak sebut namanya kerana beliau juga adalah seorang penulis buku buku Novel Remaja...cukuplah hati hati kami di 4 sains 3 itu dilukai dengan karenahnya.
Mungkin kami juga melukai hatinya serta tidak memahami sikapnya..

MUNGKIN!!



Setelah sekian hari menunggu, cikgu yang sepatutnya menjadi guru KIMIA sekaligus guru kelas kami pun tiba...Cikgu Haron Dali. ( sekarang ini di Sek Men Teknik, Sg Petani)
Cikgu Haron mulanya nampak macam GARANG. Dengan misai melenting. Muka macam nak makan orang..(buat buat GARANG jerr) tetapi antara cikgu yang paling SPORTING!!!

Cikgu Addmath pula adalah cikgu Masriyah Tasripin....orang Jawa dari Johor yang agak takut takut sewaktu mula nak mengajor! he he he..Macamana lah dia nak confident sebab sewaktu belajar dia ambil pengkhususan dalam subjek BIOLOGY tapi disuruh mengajor ADDMATH pulak subjeknya!
Aiiii..bayangkan cara cikgu ni mengajar pada mulanya.. Mujurlah ada seorang dua anak murid yang dalam kategori MANTOP bersama sama menolong memperbetulkan kesilapan kesilapan kecil yang sering dilakukan oleh cikgu BARU ini.



Cikgu yang paling dihormati sekali ialah Us Abdul Mala Al-Hafiz. Ustaz BUJANG lepasan Al-Azhar ini antara cikgu BUJANG yang kemas dan teratur..PUNCTUAL! Tidak suka marah marah. Cikgu yang penuh disiplin dan berhemah mulia ini disegani bukan sahaja oleh pelajar tetapi guru guru lain di sekolah kami. Waktu pengajarannya tidak ada siapa yang berani ponteng. Tidak ada siapa yang berani mengantuk atau tidur. Tidak ada siapa yang berani masuk lambat kalau sebelum waktu itu 'bersiar siar' ke perpustakaan.

Mungkin di waktu subjek lain ada pelajar pelajar yang berani berani-takut... memonteng kelas dengan pergi ke perpustakaan tetapi waktu subjek AGAMA ISLAM, selalunya kelas penuh!


Suatu incident yang paling aku tidak dapat lupakan tentang Ustaz Mala ialah beliau telah memberi MARKAH 0% kepada dua pelajar di kelas aku yang cuba cuba nak meniru sewaktu peperiksaan penggal. Yang ingin meniru pun dapat 0%, yang memberi untuk ditiru pun 0%.

Selepas incident itu, tiada siapa ingin meniru aau memberi tiru atau getting caught RED HANDED ketika cuba cuba meniru...( cuba lah kalau berani..) Ustaz ni ilmunya tinggi. Dia boleh menundukkan budak yang nakal jadi baik. Budak budak mana pun kalau dengan ustaz Mala habis jadi segan silu..Tundukkkkkk. Mungkin sebab title AL-Hafiz nya itu atau mungkin juga disebabkan contoh tauladan dalam tindak tanduk serta perlakuannya sebagai seorang MUALLIM!! wallahualam..

Inilah sebahagian dari guru guru yang dapat aku sebutkan namanya. Ramai lagi yang telah sama sama menabur bakti dan jasa pada aku serta juga kawan kawanku. Mungkin ada yang telah pergi menemui Pencipta..

Kepada guruku semenjak dari awalan kelahiran iaitu ayah dan bonda. Kemudian di dalam darjah satu di SK Batu Gajah, seterusnya di SK Gunung Semanggol lantas ke Sains Perlis dan menuju menara gading di Shah Alam. Menjelajah ke IIT, Chicago serta semua guru guru Al-Quranku....dan kepada GURU GURU di luar sana, aku doakan kesejahteraan untuk semua!

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU..moga ilmu yang ditaburi menjadi bekal buatmu di akhirat nanti. InsyaAllah!!

Friday, May 15, 2009

Cam berkenan jer..

Salam,
aku tak leh tengok kamera..
Dari dulu sampai yang lah sekarang. Kalau diberi pilihan antara gelang emas sampai ke siku dengan kamera, aku lebih rela pilih kamera..

begitulah sekira kiranya..

tapi..
aku sebenornya tak suka tangkap gambar muka sendiri..
Ye lah..aku kan TAK fotogenik..gambar tak se indah rupa sebenar!!
ha ha ha..

Aku suka tangkap gambar gambar pemandangan..
berkoyan koyan dah aku ambik gambar pemandangan.
Sekarang ni yang bestnya ada digital kamera..tak suka jer, boleh delete!
Kalau dulu memang berabih duit lerr..sebab pakai film.
Kena cuci kat kedai..melayang duit.

Oh ye..kat bawah ni kamera Nikon D80..
ade sesiapa boleh bagi komen kat aku tentang NIKON yang ini..
Cam berkenan jerrr..
Mana le tahu...kut kut aku mampu beli NANTI!!

nanti laaaa...

Tak pun...
ada tak di kalangan mak bapak anak anak murid aku yang nak bagi HADIAH HARI GURU kat aku si NIKON ini??
ha ha ha...(PADAM SIKIT..berangan lah ko!!)

smileeee...

Thursday, May 14, 2009

Serangga zaman aku kecik dulu!!

Salam..

aku jalan jalan kat blog orang. Sekali entah macamana aku terjalan masuk kat blog seorang makcik yang kaji serangga.
MARIA-( blog seorang entomologist). Dia tunjuk gambar binatang ni..
Eh eh..aku kenal benda. (terima kasih sebab bagi info yang begitu berguna)

Rupa rupanya serangga kecil ni namanya ant-lion.
Nama scientificnya apekemende : Euroleon Nostras
gitulah..kira kiranya.
Apa yang menarik tentang binatang kecik ni ialah zaman aku dok main pasior bawah bawah ghumah kat Batu Gajah, Perak. (Ghumah Pak aji Nali yang ayah aku sewa dulu....no 32 jalan Kelab, Batu Gajah tuuu)..binatang ni cukup le banyak...Dia diam dalam tanah. Berlubang lubang habis pasior bawah ghumah kami tu..Lubang kecik kecik leerr. Ada besor besor kuku gitu lubangnya.
Lepas tu pulak, aku ni rajin ngorek ngorek ghumah kediaman demer ni. Aku cari yang besor besor. Ada masa aku ajak demer berlawan sesamer demer. Ada masa nyer pulak aku ikat demer dengan ghambut. Lepas tu aku bior demer masuk dalam pasior balik...Bila dah gitu, aku tarik balik demer keluor...(kira macam siksa jugak lerrr...ISH!! ISH!! doserr nye le!!) tapi waktu tu seronok jer..Tak ada raser bersalah ke aper ke.
Yang dalam gambor tu sebenornya peringkat anak tau. Kalau yang dewasa, dah boleh teghobang. Idak hidup dalam tanah lagi. Yang anak ni ler yang aku berkawan selalu...
Ish ish ish....NOSTALGIK ler binatang ni!

Okay..Laporan pendek.

Salam,

Ini adalah laporan pendek dari Huda.

Huda : Ummi, ummi..

Ummi : Ape nyer..

Huda : Semalam kan hujan lebat kan?

Ummi : ye lah..kan kilat sabung menyabung semalam.

Huda : Ah ahh..Sejuk semlam kan Ummi.

Ummi : yelah..sampai budak mana tah tidur kerekot jer..

Huda : he he ..tapi kan Ummi kat sekolah dahsyat!

Ummi : Apa yang dahsyatnyer..

Huda : Khemah kita orang..

Ummi : Hah! kenapa dengan khemah Aulad? kena terbang dek angin ke?

Huda : Tak tak..bukan kena terbang ngan angin?

Ummi : Habis tu? Bumbung dia runtuh ke?

Huda : Tak..tak..

Ummi : Habis tu? kena timpa pokok ke?

Huda : tak.. tak..

Ummi : Dah tuu????

Huda : Dia TERSELIUH!!

Ummi : Siapa yang TERSELIUH? UMMU LATIPAH KE?

Huda : Tak..KHEMAH TU YANG TERSELIUH...

Ummi : KAH..KAH..KAH..( ni angkara siapa ni..BIBIKKKKK!!)

Apasal tah..

Salam,

Violation menda la..
Siapa pulak YANG MENSPAM kan aku punya blog..memang la..

Hiiishhh.

Ni aku nak try masuk sat boleh ke masuk entry baru ke entah!

Tuesday, May 12, 2009

Kisah semalam..

Salam..

Malam tadi tiba tiba saja aku bermimpi. Entah apa yang membuatkan ku bermimpi. Mungkin sebab terlalu letih di siangnya. Entah apa pula mimpiku itu...Hilang begitu saja..

Semalam aku menghantar Kakak ke Londang.
Berpanas..
Letih ke sana ke mari.
Semalam memang suami aku hangen..
Bukan pada aku tapi pada sistem PARKIR yang tah ape ape yang menyambut kami di Kolej Matrikulasi itu.

Permulaan yang agak baik pada awalnya tetapi dicacatkan dengan hiccup mencari tempat parkir.

Pelajar di suruh datang secara berperingkat..ada 3 fasa.
8.00-10.00 pagi
10.30 -12.30 tgh
1.00 - 3.00 ptg

Kakak kena datang pada waktu fasa kedua.

Sewaktu proses pendaftaran, kami tidak ada masalah kelewatan atau menunggu lama. Kawasan untuk parkir kereta ialah kawasan padang hoki. Besar dan lapang.
Tetapi untuk parkir di kawasan asrama, keadaannya begitu menjengkelkan.

Parkir di sebelah asramanya blok A2 begitu sedikit. Muat untuk lebih kurang 20 biji kereta sahaja sedangkan barang barang perlu diturunkan dan diangkut ke tingkat atas sekali. Nak memberhentikan kereta pun tak boleh sebab semua orang nak lalu jalan yang sama..
Jalan pula dibuat one way..Kena round the whole area......
DAN TERUS KELUAR dari kawasan kolej untuk mencari tempat parkir.

MAU SAWAN..tengah tengah rembang tu!!

...last last sebelum darah suami aku mendidih atau membuak, dia putuskan untuk parkir di kawasan pendaftaran di tengah padang....

TAPI JAUH LE nak mengangkut BARANG ke atas BUKIT-kawasan asrama pompuan!...

Untuk pengetahuan semua, setiap kereta diberi pelekat.
Fasa pertama warna hijau.
Fasa kedua oren.
Fasa ketiga kuning.

Bagi pendapat aku, mereka yang berpelekat HIJAU sepatutnya beredar segera setelah siap mendapat tempat di asrama. Tak perlulah bagi ibu ibu atau bapa bapa menunggu terlalu lama di asrama anak. Sewaktu kumpulan fasa kedua tiba, terdapat ramai ibubapa TOLONG MENGEMAS NGEMASKAN barang anak anak di bilik mereka...

Hellooo...
anak tu umurnya bukan lagi 8 tahun ya!!
Udah 18.... duhai Bapak bapak dan Ibu ibu..
jadi bila BAPAK BAPAK dan IBU IBU ambik masa yang TERLALU LAMA mengemas BARANG ANAK ANAK maka kumpulan fasa kedua dan mungkin juga fasa ketiga begitu sukar mencari tempat parkir di kawasan asrama.

Contohnya terdapat ibu ibu yang siap memunggah baju baju dari beg beg.
Susun dalam lemari.
Weh...hai. Come on.
Give your daughter some space la..
takkan nak buat lagi mende mende tu semua?

AKU lak?

Sorry la si Aisyah nak suruh aku susun baju dia..ha ha ha..
Dia lebih RELA membuat segala galanya sendiri!!
Dia nak DESIGN kut mana..nak atur kut mana..dia punya TASTE tersendiri.

suami aku bersungut juga...
heii padan ler tak dak parkir.

Kalau tidak disebabkan oleh hal parkir ini mungkin kami boleh beredar dengan lebih cepat lagi.

well..buat cam no.

Aku kata kat UKM pun kalau masa pendaftaran atau hari graduasi....
mak bapak parkir kereta sampai ROUNDABOUT kat NIOSH tu..
ha ha ha..
mesti siksa berjalan kaki!!
so biasa biasa kan lah diri dengan situasi sebegini.

Anak kan berderet lagi selepas ni....

SMILE!!

Sunday, May 10, 2009

Macam mana nak diet?!!

Salam..
Hari ini sambutan hari IBU.
jadi sempena menjadi IBU kepada anak anak yang 9 orang ini
maka
sang suami men'treat' aku ke RESTOREN LIMAU NIPIS kat Bandar Baru Bangi ni.
hei..tak per..tak FANCY pun okay what.
JANJI makanan tengahari nya MANTOP!!
Tengok gambar gambar kat bawah ni.
Cik kak ni sedang membakor ikan ikan wehh.
Ikan pari, siakap, keli, kembong..
..ada belaka.
pastu pulak kerapu..wulamak..meleleh ayor lior!


ikan pekasam goreng pun sodap!
apemende yang aku pilih pula?..
err sapa hari tu yang nak kan makan masak lemak nangka muda.
meh sini..aku TOLONG MAKAN!!
siap ada ikan masin sekali...aduh duh duh..
bismillahirahmanirrahimm..

bab bab sotong bakar ni
serah kat aku
Meh sini aku tolong...
errrr..tolong MAKAN gak!

ya rabbi..awat gambar tu kelabu.
hmmm...
dah tak sabor nak makan le tu..


selepas membaham semua sotong sotong di atas..
nikmatilah ais limau nipis blended ni..
YANG SEPESEL kat RESTOREN LIMAU NIPIS NIII..
hanya kat sini jer TAU!!
lain tempat tarak jumpa lagi.



SLURPPPP SLURPPPP SLURPPPP
jangan JELESSSSSSS...

mak aiiiii..jom timbang..
dah DOT DOT KG?!!
macamana nak KURUIH?!!
ngeh ngeh ngeh..
alhamdulillahilazi at a mana wa sa qo na wa jaalana minal muslimin..
lepas makan jangan lupa baca ye...
p/s
kepada yang ingin ke Restoren LIMAU NIPIS ini, aku rekomenkan datang waktu tengahari start jam 12 tgh. Waktu sarapan dan malam ada gak tapi specialty nya lebih pada makan tengahari.
Macamana nak pergi?..ohhh tak susah.
sesiapa yang luar dari BBBangi ikut Hiway Plus, exit tol kajang. Terus sampai hujung jalan yang ada Trafic lite. Ambil kiri. Trafic lite satu lagi ambil kiri juga. Restoren ni berada seberang jalan yang berhdapan PKNS di seksyen 8 BBBangi. Ada dua shoplot yang digunakan. Satu lot untuk smokers. Satu lagi untuk non smokers..Everything is green colour..WARNA limau nipis..
JANGAN LUPA try ICE BLENDED SPECIAL tu.. sedaapp.

sekian.





Saturday, May 09, 2009

Kerjaya seorang doktor..

Salam,

Aku tahu aku tak layak bercakap mengenai kerjaya ini.

Sebab utamanya ialah aku bukan pun seorang doktor.
Kedua..sebagaimana yang kawan kawan sedia maklum hospital adalah tempat yang aku paling last sekali nak pergi.
AKU PHOBIA ngan hospital.

Takut tengok doktor dalam kot putih. Seriau tengok darah. Tak suka bau DETTOL yang cukup kuat kat hospital especially hospital kerajaan. Ngeri tengok patient yang berbagai rupa bentuk dan penyakit.

Jadi sepatutnya kita kena kagum dengan mereka yang mempunyai kerjaya ini.
Walaupun adakalanya memang tak dinafikan..(aku juga pernah kena..) ada doktor marah marah..Nurse yang tak friendly..Dan sebagainya..

Tapi oleh kerana aku ramai gak ahli keluarga yang ada kaitan ngan hospital ini maka aku agak memahami kerjaya mereka.

1) Kakak aku seorang doktor..dulu doktor kerajaan tapi sekarang dah buka klinik sendiri.
2) Aku ada sepupu yang jadi doktor gigi..
3) Pak sedara yang dulu jadi attendant dan kemudian jadi drebar ambulan. Tapi dah pencen la..
4) Seorang mak saudara aku juga dulu seorang nurse gigi...dah pencen gak
5) Seorang adik sepupu yang jadi nurse desa..macam bidan gak aku rasa dia ni!

Depa ni semua kerja yang ada kaitan ngan mengubati orang sakit.

Sakit nak beranak. Sakit gigi berlubang. Sakit itu..sakit ini..
Bekerja dengan orang yang sakit memang tak fun.
Kalau hangpa nak cari keseronokan, kegumbiraan, gelak ketawa, kekek kekek..
baik tak yah jadi doktor..

Kalau kerja ngan budak budak yang sakit lagi pening.. Tak caya hangpa masuk wad pediatrik. Tengok samada budak budak tu dok melompat riang gembira ke atau dok keriau waaaa waaaa? habag mai kat aku!

Kalau waktu anak sakit masuk wad..muka mak pak riang gembira ke..atau muka monyot?!
Doktor, nurse bukan sahaja kena deal ngan karenah anak yang sakit, depa kena deal lagi dengan mak ayah yang muka macam GHIMAU nak telan orang...tak berseri..he he he. Betui tak?

Hangpa rasa nurse yang aku pernah TOKAK tangan dia waktu aku sakit dok wad kat BATU GAJAH dulu ada lagi ke tidak?
Sian dia kan?
Bukan setakat kena tokak tangan..kena tendang tendang lagi ngan aku yang waktu tu dalam darjah satu.

LA NI PADAN MUKA AKU!!!
Sebagai balasan..anak murid aku PERNAH TOKAK SAMPAI LEBAM tangan aku waktu dia mula masuk sekolah!! he he he

Bila ingat balik kejadian aku menokak tangan nurse dan menendang nendang semua orang yang cuba MENGINJECT aku kat P****G**G waktu, aku rasa ishhh kerjaya seorang doktor dan jururawat ni kerja yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan kecekalan yang tinggi.
Kalau kena deal ngan karenah dan perangai aku tu, tak leh marah marah. Tak leh nak lepuk lepuk patient tak ketahuan hala. Tak boleh nak piat piat telinga budak yang tengah sakit tu.. TAK BOLEH NAK bagi UBAT BATUK berlebihan..nanti gol teruih patient tu!!
( aku tak leh bayangkan kalau TIJAH jadi NURSE yag kena TOKAK tu...Jah..jangan marah jah...he he he)

Dahsyatkan tahap kesabaran depa!!
Hangpa tak kagum ke?

oh ye..aku bukan nak bodek doktor ke ape ker..Tak dak niat pun. Tapi aku harap wartawan macam Mazidul yang bagi liputan berat sebelah tu..HAVE A HEART sikit la..

Mazidul,
hang jadi bidan sat..sehari!! nak??

sekian

Friday, May 08, 2009

hai anak..

Apalah daya aku..
Seorang ibu
Ingin mengasihi
dan dikasihi
Andai tak cukup
cinta
untuk dibahagi bahagi
Apalah dayaku..
Seorang ibu
Ingin membelai
dan dibelai
Andai tak cukup
kasih
untuk di tabur satu satu
Apalah dayaku..
Seorang ibu
Ingin merindui
dan dirindui
Andai tak upaya
jasad
yang satu
untuk ke sana dan ke mari
kasih ku ditagih..
cintaku dipinta..
rinduku dirayu..
hanya doa mengiringi semua..
selamat hari ibu!


Kukepilkan sebuah kenangan..

Husna, Aisyah, Maryam

Thursday, May 07, 2009

ANTIK..

Salam,
Nampak tak mesin jahit hitam kat bawah tu ?
Dulu dulu mesin jahit macam ni mesti ada di setiap rumah kan?
Sekarang rumah siapa yang ada mesin jahit? Angkat tangan..

he he he..

Rumah aku memang ada mesin jahit. Tapi mesin jahit otomatik SINGER..warna pun dah putih..err rasa rasa cam dah kelabu kut. Dek habuk!
Sekali sekala jer buka...Habuan nak jahit tudung. Kain batik. Kain pelekat. Kaki seluar sang suami yang selalu terungkai bila baru baru beli..sebab kat kedai depa pakai benang tangsi jer.

Tapi dulu dulu, mak mak kita, nenek nenek kita semuanya boleh buat baju sendiri. Jahit baju sendiri. Jahit baju suami dan anak anak..he he he..

Mak aku jahit baju raya aku time aku kecik kecik dulu. Yang bestnya dulu pun ada KONSEP SEDONDONG...ha ha ha. BUKAN apa.. senang nak beli kain.
Dapat murah pun ye juga.
Nak cilok waktu potong kain tu pun senang..
Silap silap haribulan baju kurung sama ngan kain langsir..
NGEH NGEH NGEH....GLEMER you!!
SEDONDONG dengan langsir dan alas meja!


Hah..dapur yang di show off kat sini lak more or less macam dapur rumah opah aku kat Kampung Pasior Kubu tu.. Tapi yang kat dalam gambar ni kira cam canggih juga la..Periuknya tembaga JATI tu.. Kalau periuk opah aku dulu dah tak nampak rupa dah. Hitam pekat berkilat ngan jelaga. Pegang jer mesti lekat hitamnya kat tangan. Kiranya dulu kalau anak dara muka comot comot kena hitam arang tu adalah calon isteri yang bagus la sebab rajin ke dapur..
he he he..
Yang sanggul siput sentiasa atas kepala dan tangan putih berseri seri cam TIJAH LAWA tu ... ada harapan le dapur tak berasap...
( aku ngusik sanggul ko kejap ye Tijah...ko ada pantang pantang ke..mane le tahu..PANTANG SANGGUL AKU DI USIK USIK!!)


Kemain lagi talam tembaga kat dalam gambor ni..Tapi you all nampak tak kuda kuda yang jauh di sudut kanan belakng tu? Menda kudanya makcik wehhhh???
ITU KUKUR NYOR!! jangan tak tahu..
Rumah siapa yang masih menggunakan peralatan itu? Angkat tangan!
( Tijah, ko tak yah angkat tangan..aku faham.)

he he he..macam le kat rumah aku ada mende tu...wakakaka
Tapi teman gheti le juga gunakannya. Bukan apa..ngeluorkan peluh.

smile..

p/s gambar gambar ini diambil di Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang

sekian