Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Serious..

Assalamualaikum,

"Why do you look so serious lately" asked one of my friends.
" Me? Looked serious?"
" Yeah.."

Entahlah..

Mungkin masa untuk gurau senda semakin berlalu.

Tapi perlukah aku jadi old and grumpy?
No.. I am not like that.
And.. I am not thattttt old!

Lately, ada saja kematian yang berlaku di kalangan keluarga atau jiran terdekat.
Umur muda muda belaka.
Sekitar late twenties and early thirties.

My cousin, Ijol.. Ada cerita tentang perkahwinannya dalam blog ini, telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 31 tahun. Seakan tidak mempercayainya. Sakit hanya dalam masa seminggu. Anaknya baru berusia 7 bulan. Usia perkahwinannya sekitar 3 tahun..
Al fatihah..

It really struck me..!
Hei..maut tak mengenal usia. Tidak mengira waktu.

Bukankah sebelum ini juga sudah dua orang sepupuku meninggal di usia muda?
Abang pupuku, anak Pak Long, meninggal di usia 15 tahun. Sakit ketumbuhan di leher.
Adik pupuku, anak kepada Pak Lang, meninggal di usia 16 tahun. Kemalangan motor.
Yang terbaru, Ijol, anak Pak Su, meninggal kerana blood clog di saluran usus perut. Dalam masa seminggu.

Hati mana tidak sedih..
Dalam usia yang sebegini, apa yang difikirkan hanyalah amalan..
Cukupkah amalan baik?
Diterimakah Allah?
Bagaimana pula dosa yang lalu?
DiampunkanNya ke atau tidak?

Jadi itu mungkin penyebab...
Penyebab aku jadi kelihatan lebih serius.

Mungkin..

Wallahualam

Sekian

Thursday, December 13, 2012

No wave in Fave

Assalamualaikum,

Cuti sekolah masih lagi bersisa.
Masih tidak berkesempatan untuk ke mana mana?
Kalau mampu, merayap lah hingga ke utara.
Bukan semua boleh ke luar negara.
Di Malaysia pun tak kurang cerianya..

Langkawi, destinasi kami semasa cuti.
Walaupun tak semua anak ada di sisi.
Tapi cukup letih ke sana dan ke mari.
Membawa angkatan putera dan puteri.

Menginap di hotel yang bernama Fave
Walaupun sebelah bendang dan takder 'wave'
Not bad, bilik biasa biasa, harga tak bencana
Keluarga besar macam kami, kena tempah dua


pandangan dari bilikku...mengintai bapak budak dan anak anak di kolam



 Harap tak jemu tengok muka mereka berdua...bersenda senda




sekali sekala kena letakkan gambar anak anak bonda
rindu pada anak yang kedua...
yang telah pun dihantar ke tempat studinya
( lokasi : ruang makan hotel )


p/s
Hotel Fave terletak di Pantai Tengah, Langkawi dan tidak jauh dari Pantai Chenang
Di sebelah hotel ini ada tempat makan.  Boleh makan malam di situ.
Dan di seberang jalan berhadapan hotel, ada gerai yang menjual sarapan pagi.
Kuih muih sarapan pagi di gerai itu sedap sedap belaka.
    
sekian

Wednesday, November 28, 2012

Persinggahan..

Assalamualaikum,

Hidup adalah satu perjalanan yang singkat. Waktunya telah termaktub.
Cuma kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Yang kita maklum hanyalah permulaannya.
Itupun setelah beberapa tahun kemudian yakni pada detik di mana ilmu telah serasi dengan akal.
.
.
.
Hmmm..

Hidup memang terasa panjang, letih dan lesu apabila tidak diisi.
Dunia akan terasa kosong, lompong dan mampung.

Aaahh...semua menggambarkan satu ruang yang ampuh dan akan berkecai serta berdebu apabila dilanda satu gegaran yang mengoncangkan jiwa.
.
.
.
.
Ruang kosong perlu diisi.
Hati lompong perlu dirawat.
Waktu luang perlu dipenuhi.




p/s
sesekali kener ler bawak diri tu berjalan jalan...
kan??

wahai orang melaka sekelian,
kemer numpang nyinggah yerrrrr.

ishhhh...ape kener bot kemer ni senget semacam????

sekian


Friday, August 10, 2012

Sesejuk bedak itu...

Assalamualaikum,

Entah kenapa bila TAS mentioned Halwa Maskat dalam komen di blog dak Nizam di sini, fikiran aku terus teringat ingat Tok Mah aku. Aku sudah biasa menceritakan dan menggambarkan  tentang ibu tiri ayahandaku ini dalam satu entry dulu.

Fikiranku terus menerus tergambar wajah Tok.
Masih terpahat di fikiranku gambaran mukanya.
Senyumannya.
Bibirnya yang sentiasa merah dibasahi air dari daun sireh yang sering dikunyap kunyapnya.
Kelumbung putih yang sering dipakainya bila keluar rumah.
Beg tangan yang dibawanya ketika menaiki bas.
Baju kurung Kedah yang sentiasa dipakainya ketika di rumah.
Suaranya ketika mengaji ayat ayat suci Al-quran apabila selesai solat Maghrib.

Aku masih ternampak nampak Tok di tengah panas terik mengerjakan bendang di keliling rumahnya.
Kemudian bila Tok balik, dia akan berjalan meniti batas batas di bendang.

Aku juga seakan akan masih terbau bau bedak sejuk Tok yang dipakainya.
Bau bedak sejuk yang wangi dibuatnya sendiri dari beras yang direndam dan diseduh serta dibuangkan airnya berkali kali. Tok akan kisar beras yang direndam itu dan ia akan menjadi bancuhan tepung beras yang putih molek.
Kemudian Tok akan titiskan bancuhan tepung beras itu di atas kain serban lama Tokwan menggunakan daun mempelam yang dibuat menjadi kun kecil.
Tok titiskan dengan penuh hati hati dan titisan itu jatuh ke atas kain serban Tokwan seperti air embun yang menitis dari daun di pagi hari.
Tok jemur bedak sejuk buatan sendiri sehingga kering atas nyiru pada pacang berkaki tiga di tepi rumah.
Bila kering, bedak sejuk Tok akan jadi bulatan kecil kecil besar sedikit dari biji sagu.
Kemudian Tok mayang daun pandan halus halus dan akan campurkan dengan bunga melor atau kadangkala dengan bunga tanjung.
Tok masukkan daun pandan dimayang halus dan bunga melor dalam bedak sejuk buatan sendiri.

Bila aku berada di rumah Tok, aku akan pakai bedak sejuk Tok lepas mandi petang.
Bila malam, bau bedak Tok akan mewangi di muka ku.
Dan bedak sejuk itu sangat nyaman.
Bila di tengahari, selepas selesai makan aku akan mandi dan bedak sejuk Tok akan kupakai lagi bukan hanya di muka tapi di tubuh badan aku juga.

Tok kata, " Pakai bedak bagi sejuk dan bagi wangi satu badan".

Oh Tok....

Aku mengharapkan agar kediaman Tok juga harum mewangi serta nyaman di sana...
Di ALAM SANA....

p/s
Jom sedeqahkan Al fatihah.

sekian

Thursday, July 12, 2012

Jangan buat aniaya ( II )

Assalamualaikum,

Sewaktu di kelas tadi aku mengajar kira kira campur kepada anak anak murid ku.
Untuk memberi gambaran yang jelas tentang olahan kira campur itu, aku gunakan pengepit baju sebagai alat bantuan mengajar. Sebelum ini aku pernah gunakan gula gula sebagai alat bantuan mengajar.

Penggunaan gula gula sebenarnya memberi impak yang lebih kerana kanak kanak suka akan gula gula. Sessi pembelajaran akan lebih  menyeronokkan dan pada akhir waktu, semua anak anak akan lebih bersungguh sungguh mencari jawapan yang betul kerana akan dihadiahkan dengan gula gula. Pun begitu bagiku kesan sampingannya pula ialah selepas satu sessi pembelajaran, anak anak akan mula tertunggu tunggu untuk dihadiahkan gula gula lagi.

Heppppppp... cikgu tak boleh bagi gula gula lebih lebih la sayang....

Nanti gigi cepat RONGAK!


Bercakap tentang gula gula ni, aku ada suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.....
.
.
.
.
.
.
.
Sebagai seorang kanak kanak yang berumur sekitar sembilan tahun di waktu itu, aku memang rajin bila disuruh pergi ke kedai.Tetapi kalau aku disuruh pergi oleh sesiapa selain mak atau abah aku maka diwajibkan ke atas mereka itu membayar UPAH kepadaku.

haha

Pada suatu hari sekitar jam 4 atau 5 petang, ibu saudaraku yang berumur sepuluh tahun lebih tua dariku menyuruh aku ke kedai. Kedai runcit Ah Hock terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari rumahku.

" Nin, tolong beli envelope kat kak Yah, jap..." kata Kak Yah ( dia membahasakan dirinya kak saja walaupun dia sebenarnya ibu saudaraku )

" Duit??? " aku tanya kepadanya.

" Envelope, tiga kupang."

" Upah??? " aku tanya lagi kepadanya.

" Dua kupang....duit baki. "  kata ibu saudaraku sambil menghulurkan duit lima puluh sen kepadaku.

Dua puluh sen sangat besar nilainya ketika itu.
Aku tersengih sengih sambil mengambil duit syiling lima puluh sen darinya.

Sambil berjalan ke kedai aku memasang keinginan beberapa barangan yang patut aku beli dengan duit upah dua puluh sen yang aku perolehi itu.

 Kalau beli 'chickadees' dapat dua jer...tapi kalau beli cekelat ( gula gula ) dapat banyak! 

Aku berkira kira di dalam hati.


Aku nak beli cekelat (gula gula) sekupang. Dapat 8 biji. Sekupang lagi aku nak beli kacang.


Harga gula gula berangin berisi coklat di masa itu ialah 4 biji lima sen. Jadi dengan duit sebanyak sepuluh sen, aku akan mendapat 8 biji gula gula. Baki sepuluh sen lagi aku beli kacang tanah berkulit ( ala ala kacang tanah NGAN YIN sekarang ini ) tetapi yang diambil dari balang kaca besar di rak kedai runcit Ah Hock itu dan ditimbang serta dibungkus dengan kertas surat khabar lama sahaja.

" Banyak nye cekelat. Mintak satu... " kata kak Yah sebaik saja melihat poket baju skirt aku yang penuh berisi gula gula.

" Tak boleh...ini upah. Mana aci mintak " jawab aku.

" Kedekut! "

" Suka hati orang la.."

" Bertuah punya anak sedara.. bla bla bla bla bla bla..."

Kak Yah mula membebel sambil mengungkit dan mengugut aku tidak mahu diberi upah lagi atau dibawa jalan jalan ke mana mana.

Aku berlalu sambil mengulum gula gula satu persatu.
Habis gula gula, aku mengupil kacang pula.
Sambil melihat kertas pembalut gula gula dan kacang itu , aku mendapat satu akal...

JENG JENG JENG.....

Aku menjenguk jenguk mencari ibu saudaraku.

Oh tengah sembahyang Asar...

Aku tunggu.

Sedang ibu saudara ku menadah tangan berdoa, aku masuk perlahan lahan ke dalam biliknya dan meletakkan baik baik 'gula gula' di atas telapak tangannya.

" Allahhhhhhhaiiii...baiknya anak sedara aku. Terima kasih  laaa... Teringat juga nak bagi kat mak sedara dia. Sejuk hati aku..... " kata ibu saudara aku sambil tersenyum sebaik selesai berdoa.

Aku?
Menyengih nyengih penuh makna...dan cepat cepat berlalu.


Selepas beberapa minit.......












" HAMPEHHH punya anak sedara!!!! KULIT KACANG dibaginya aku!!!"
 

Aku dengar sayup sayup saja segala ngomelannya. 
.
.
.
.......dan malam tu siap le aku dengan mak.

sekian





Thursday, June 21, 2012

Budak budak sekolah..

Assalamualaikum,

Setiap anak mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Ada anak yang dikurniakan suara yang baik, boleh menyanyi, boleh berpuisi, boleh mengaji dengan baik. Tetapi semua kemahiran menyanyi, berpuisi, mengaji itu datangnya dari latihan dan pengajaran yang baik dari guru guru jua. Kalau sekadar berserah kepada kurniaan Allah swt semata mata mana mungkin anugerah itu dapat digilap menjadi kilauan yang  berharga.

Ada anak yang dikurniakan kemahiran melukis dengan baik. Tetapi itu jua perlukan bimbingan.
Ada anak mempunyai bakat terpendam dalam kulinari. Kemahiran dalam kulinari jua akan menjadi lebih baik kiranya latihan dilakukan sehari hari. Pendekata setiap sesuatu hobi, kurniaan, bakat atau sebagainya akan lebih bermakna jika dilorongkan kepada pendekatan yang betul.

Hari ini aku berperanan sebagai ibubapa...( sememangnya lah aku telah bergelar ibu dan suamiku sebagai bapa semenjak 21 tahun lebih yang lalu )...manakala guru sekolah rendah pula bertanggungjawab untuk meleteri memberi pendapat kepada aku pula ( hehehehe ). Sebab musababnya ialah kerana hari ini adalah hari pengambilan kad profil murid murid bagi sekolah rendah.


" Kalau dia nak dipilih sebagai pelajar cemerlang, dia perlu jadikan markahnya 90% ke atas " kata cikgu budak tu.

Aihhh..cikgu ni...Aku tak der ler nak paksa anak aku pulun gila gila pulok. Dia baru derejah 5. Bior jer le dia buat apa yang dia mampu. Jangan le lebih lebih cikgu oooiii..
Karang OVERDOSE pulok!

Itu hanya kata kata aku di dalam hati.

Aku hanya senyum dan hangguk hangguk jer memandang muka cikgu dia yang jauh lebih senior dari umurku.

" Tahniah la kerana kedudukan yang baik ini " kata cikgu itu sambil memandang muka budak tu.
" Err..kakak dia cik Mah ye? Jenab pun ? " tanya cikgu tu lagi.

Aku hangguk hangguk lagi sambil tersenyum, " Alhamdulillah..ya semua tu anak saya "

Alamak, udah femes le pulok nama laki aku kat cikgu ni. Almaklum... anak berderet.

" Ada kakak dia yang form five kan?"

" Ada, si Una.."

" Oh...ya ya..budak yang pandai syair dulu tu...Dia kat mana sekarang?"

Aku pun memberitahu yang si budak Una telah belajar di sebuah sekolah di Negeri Sembilan.

" Bagus la tu, nanti kirim salam kat dia "

Aku bangun perlahan lahan sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan cikgu budak tu dan minta diri untuk pulang.

Okay, anak anak sekelian...

MAINTAIN nama ayahanda korang kat sekolah tu, ye!
hahaha..




Yang budak budak kecik di tadika JUGA!!! Kena ingat...

Harapan ummi satu jer :-

Let's konker the world!!
Gegarkan dunia!!!
INSYAALLAH!!!!

UMMI berkobar kobar dah nihhhh!!!



KAH KAH KAH...



YO la tuuuuuuuu......

.
.
smile...


sekian

Wednesday, June 13, 2012

Haihh..udah nak kahwin dah budak ini ghupernye..

Assalamulaikum,

Masa dia diberanakkan dilahirkan oleh bondaku, aku tak der kat negara ni.
Aku nun jauh di seberang dunia sana.
Kununnya bawa diri laa..
Kununnya menjadi perayau antarabangsa.
ha ha

Masa aku balik bercuti dalam tahun 1989, budak ini dah setahun lebih.

Mula mula dia jumpa kakaknya itu, PUNYA LA TAKUT manja!!

Di waktu percutian kakaknya itu ada satu adegan yang kakak dia tak boleh  lupakan.
Dia mestilah tak ingat sebab masa tu dia KOCIK BONAR LAEI..
.
.
.
Yang berada di rumah di kala itu ialah kakaknya yang tengah mengelupor nak kahwin telah bertunang itu, mak, budak yang kecik kenik banyak ragam. serta seorang kakak sikecik kenit yang juga masih kecik.

Jam menunjukkan 10 pagi...
Masa ini adalah masa santai santai si ibu dan anak anaknya.
Mereka berlabun ngiong ngiong berkisah itu dan ini.....dan detik yang berlalu tidak terasa.
.
.
.
.
Tetiba...

" Eh, Udah pukui 11. Apah tak masak lagi!!" kata mak aku.

Mak pun terburu buru ke dapur.
Diikuti sikenit budak bongsu yang teramat takut manja dengan kakaknya. Sikecik kenit itu memang sentiasa nak bergayut gayutan di kain mak jadi kerana itulah mak pun meluru ke dapur dan menutup pintu dapur dengan cepat.
Tetapi masa tu jari jemari sikecik kenit tu dah pegang pintu dapur.

Hmmmmm...aper lagi!!

Jari sikecik kenit tu pun tersepit  lah di celah pintu.
Mak yang tak perasan jari budak kenit tu tersepit telah menekan lagi pintu dari sebelah dapur.

MERAUNGGGGGG lah si budak kenit !!

" MAK!!! JARI NA!!!" aku menjerit.

Meleleh leleh darah keluar dari jari budak kenit yang dah memang halus tu.

"ALLAH!!!"

Aku dan mak bergegas ambil tuala kecik balut.
Aku ngeri.
Berderau darah mak.
Mak pun pucat.

" Jom kita bawa pergi klinik!"

Budak Na tu meraung raung jangan dikira la..
Aku papah Na sambil pujuk pujuk dia.
Na dah tak peduli apa apa. Dia mengeleding ngeleding kesakitan.

Mak capai  kunci kereta.
Kami berdua masuk kereta.
Mak pecut ke pekan Semanggol terus ke Klinik.

Mujur kakitangan klinik tu dah memang kenal mak.

" Kenapa anak kak Intan ni? " tanya Encik Dresser.
" Terkepit pintu "

" Dalam juga luka ni...Tapi luka budak cepat baik " kata Encik Dresser sambil merawat jari budak kecik kenit.

Bila di rumah, mak pesan kat aku jangan beritahu abah.
Biar mak yang cakap sendiri.

.
.
.
.
Tup tup....sebaik jer abah balik dari sekolah dan masuk dalam rumah, Na telah tayang tayangkan balutan jarinya kat abah.

 Dan abah pun bersuara dengan agak kuat...

" AWAT JARI NA NI!!!?" abah tanya.

Errrr...aku cepat cepat masuk bilik.
Bior mak aku berurusan dengan abah...
hehehehehe....
.
.
.
.
.
Itu salah satu cerita masa silam budak kecik kenit ini.


Itu kira kira 23 tahun yang lalu.
Dan tak lama lagi udah nak kahwin dah budak ni..
.
.
.
.
.
.
TUP TUP....
HUWAAAA....
.....................aku pulak yang ghaser nak TEGHOYAK!
.
.
.
.
.
.
.
kikikikiki


sekian






Wednesday, May 30, 2012

Perayauan semasa cuti

Assalamualaikum,


Kalau pergi ke pantai pantai di sebelah barat Semenanjung Malaysia, aku suka menunggu matahari terbenam.

tapi 

kalau ke pantai di sebelah timur Semenanjung, aku akan melangkah kaki panjang keluar bilik sebaik selesai solat Subuh....( tak kisah la kalau aku berseorangan sekalipun )
.
.
.
.
Tumpang dah Allah jadikan cuaca molek maka sila hela nafas panjang panjang sambil dakap kamera rapat rapat ke muka....dan sertakan ucapan kalimah memuji Allah.
heheheehee..



Aku di sini dari Ahad hingga Selasa ( 27/05/2012 - 29/05/2012 ).
Di mana??



Swiss Garden Resort and SPA, Kuantan...





Kalau pagi pagi, mata tak diganggu dengan keramaian manusia.
Suasana lebih tenang...



Kalau dah petang, maka suasana akan lebih kacau bilau, riuh rendah dan hingar bingar..



Yang bagusnya di sini, anda ada dua pilihan.



1. Nak terjun kolam ATAU




2. Nak terjun laut




Pokoknya...... anda BAHAGIA!!!



dan yang penting sekali 
.
.
.
.
.
si PEngAMBIL GAMBAR TETAP BERGUMBIRA...
walaupun tidak melakukan aksi terjun kolam atau terjun laut.


sekian

Majlis Tilawah Al-Quran - laporan bergambar dari seorang perayau

Assalamualaikum,

Pada 3-6 Rejab 1433H bersamaan 23 - 26 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung majlis tilawah Al- Quran peringkat Negeri bagi Negeri Sembilan Darul Khusus.

Majlis telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Seremban.


Aku pergi masa majlis penutup jer..hehe..( BERTUAH KAN? )



Majlis buat waktu malam..
Kalau hari Rabu tu macamana eden nak poei...
Suami kojo kat Key El.
Jauh nak balik pastu nak ke Soghomban lak.
Kalau dari key el pun dah jam 8, pukui beghapo nak kojar ke majlis?



Poei masa majlis penutup pun dah kira okay la kan?
 
Bersusun hadiah tu kan?
Milik sapo gamaknya..




Ni masa orang tak masuk dewan lagi. 





Oleh kerana sampai sebelum waktu maghrib maka boleh merayau rayau tengok tempat ni.





Sayu juga perasaan..
Entah la kenapa..




Kat tepi dewan utama, ada gerai gerai jual makanan dan minuman serta buku buku dan tudung juga.
Aku melihat lihat saja tanpa membeli apa apa.
Menunggu maghrib dan bermulanya majlis.



Selesai solat Maghrib, maka orang ramai mula memenuhi dewan utama.
Menunggu dan menunggu dan menunggu..


.
.
.
.
.
.
.
.
Ada nasyid..dari kumpulan FAR EAST..

Kemudian setelah VIP, VIP dan VIP tiba maka majlis dibuka dengan doa.


Kemudian tak lama lepas itu, Tuan Haji Amirahman b Abas.
( Johan tilawah negeri sembilan juga johan kebangsaan juga johan peringkat antarabangsa 1432H/2011M )
membuka majlis dengan bacaan Al qurannya yang VERY POWERFUL!

herot herot mulutnya....menggayakan bunga bunga TARANNUM.



Pastu ucapan MB dan selepas itu majlis penutupan Tilawah pun dirasmikan oleh...jeng jeng jeng..
D.Y.M.M Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan




Setelah ketua hakim membicarakan mutu bacaan peserta maka keputusan pun diumumkan.

Dewasa lelaki yang jadi johan ialah 
En Abdul Hanis b Mohd Daud, wakil daerah Jelebu.





Dewasa wanita pula ialah Puan Hajjah Noorliza bt Tajudin, wakil daerah Rembau.




Remaja lelaki dijuarai oleh adik Zainur Irsyadi b Zainal, daerah Jempol.



dan....dan...dan....

errrrr.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
remaja perempuan pula.

Kita boh gambor piala pun jadi la kan???
hehehehehe
Alhamdulillah..

tu tangan abah dia...
.
.
.
Tuan empunya ( wakil SOGHOMBAN ) tidak dapat hadir untuk sambut hadiah kerana berada di luar kawasan.
hehehehehe...



sekian



Thursday, May 24, 2012

Nak ke mana tu?

Assalamualaikum,

Aku agak ramai yang dah ke sini..

Errr ke mana?

....pantai MORIB..SELANGOR!
bukan MADRID, SEPANYOL tau!!

walaupun bunyi nama macam lebih kurang.

Yo la...kalau semua dah tahu.
Tengok gambar je la..kan?
.
.
.
.
errrr tak tahu nak tidur kat mana?
Balik rumah laa..
.
.
hehe

tetapi untuk sesiapa yang nak bawa anak anak dan mandi mandi kat hotel..
BOLEH leeeeerrr

menginap di GOLD COAST RESORT, MORIB ni..




......book kena awal time time cuti sekolah ni sebab mungkin ramai orang.

TEMPAT?

errr...biasa biasa jerr...macam tak best pun ye jugak. agak sesak sebab tempat sempit dan orang ramai.


tapi mungkin ada yang suka...
anak anak terutamanya




Aku?
Tak mandi...



Aku tangkap gambor orang mandi jer..



sambil tengok PANTAI KELEBORK air laut nyer...
yang sayuuuuuuuuuuuuuppppp jauh nun ke tengah!



 Nak makan?

Sila ke gerai gerai di benteng awam tak jauh dari MASJID....sedapppppp!...


sekian


Thursday, December 29, 2011

Budaya HOHA HOHI, YOYA YOYI..

Assalamualaikum,

Masa mula mula aku berkenalan dengan suami aku sekarang, aku tidak pernah tahu siapa dia.

Aku di Chicago dan dia di Boston.
Dua tempat yang berbeza dan jaraknya sekira kira 1000km.
Kalau memandu kereta akan memakan masa sehari semalam.
.
.
.
Bagaimana kami boleh berkenalan?

Kebetulan masa aku berkelana dan mengembara bersama kawan aku untuk ke Niagara Fall, aku singgah di Boston. Aku ada kawan yang biasa serumah di Shah Alam yang menyambung 'sekolah' di Boston.

Seorang senior yang serumah dengan kawan aku tu menjadi penghubung. Jadi orang tengah memulakan bibit perkenalan kami. Dia disuruh oleh suamiku mencari orang PERAK untuk dijadikan isteri. Suamiku mencari orang negeri sendiri kerana di fikirannya mudah untuk berulang alik ke kampung halaman nanti.

Aku tidak pernah tahu menahu tentang suamiku.

Apabila kakak PENGHUBUNG ini menyuarakan hasrat hatinya untuk memperkenalkan aku dengan suamiku, aku terasa lucu. Apa yang menarik pada diriku pun aku tidak tahu. Aku bukanlah seorang gadis yang cantik jelita..hahaha.
Tiada apa yang istimewa terutamanya sekiranya orang baru mengenali aku. Aku gadis COMPANG CAMPING ....dalam erti kata lain..
SELEKEH SEREBEH..
TAK RETI BERGAYA!!
TAK DER MAKE UP, MAKE UP!!
atau
BERHIAS DIRI.

Pulak tu...aku jenis yang tak berapa suka nak berpura pura dan akan cakap direct!
Selalunya CAKAP DIRECT aku ni la yang ramai tak BERKENAN!

Kawan baik aku pun dah lali dengan cakap direct aku ni.
Tapi itu lah AKU.

Kalau bukan aku yang bercakap, selalunya orang lain tak berani nak bersuara.
Di sekolah dulu, aku selalunya akan jadi jurucakap. Apa apa jua rasa tidak puas hati, aku akan disuruh menjadi JURUCAKAP. Sebab aku jenis yang akan bersuara bila ada perkara kusut masai di kalangan kawan kawanku. Siapa yang faham dengan perangai aku, maka mereka akan menyayangi aku.

Siapa yang kena bantai dengan aku, akan menjauhkan diri.
Nasib aku laa..dan nasib dia la...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berbalik kepada perkenalan dengan suami...

Bila suami aku telefon aku untuk mengenali aku dengan lebih dekat, aku beritahu ibubapa aku.
Aku beritahu mak ayah aku kerana aku ada satu prinsip.

Prinsip aku mudah.
Sekiranya seorang lelaki ingin berhubungan dengan aku maka ibubapa aku KENA TAHU.

Aku memang bukan jenis dari kalangan gadis yang mudah diajak keluar oleh mana mana lelaki.
Aku LARANG DIRI aku dari keluar dengan lelaki melainkan lelaki itu bergelar suami atau MAHRAMku.

Jadi aku tak mudah menerima undangan untuk keluar makan malam, tengok wayang atau bercanda di mana mana saja. Even, aku juga tidak pernah mengambil gambar berdua duaan dengan mana mana lelaki selain SUAMI dan MAHRAM aku.

Surat menyurat? Sedari dulu surat aku dipantau ibu. Jadi aku sudah lali apabila surat yang datang kepadaku telah dibuka oleh bonda...... itupun kiranya aku ada menerima surat laaa.

Aku bersikap begini kerana aku tak nak hubungan aku dan bakal suami akan bertitik noda di kemudian hari. Aku tak nak hubungan aku dicemari. Walaupun aku pernah menyukai seseorang sebelum suamiku tapi aku sedar diri dan aku jaga diri aku supaya aku tidak mudah melontarkan kata kata CINTA sebelum hubungan SERIUS diteruskan. Aku cuma menyimpan segalanya di dalam hati. Begitu juga buat mereka yang pernah jatuh cinta dengan aku. Aku tapis hubungan itu.

Aku tidak melayan hubungan yang sekadar SUKA SUKI dan TIDAK BERARAH.
Maksud TIDAK BERARAH ialah hubungan hoha hohi..yoya yoyi..yang tidak berakhir dengan ijab dan kabul. Pendekata macam hubungan muda mudi sekarang yang berpoya poyi ke sana ke mari lepas tu..TINGGAL..

Hubungan sekadar TOUCH n GO!

.
.
.
.
.
.
.
Sebaik Si DIA menyatakan hasrat untuk meneruskan hubungan dengan lebih serius, aku pun memberitahu ibubapaku. Mudah cerita, ibubapa aku suruh aku TENGOK ORANGNYA dulu. Ibunya juga suruh kami berdua berjumpa.
haha...
Part tukar gambar adalah PART pertama mengenali Dia.
Part kedua pula ialah berjumpa secara LIVE!
Part kedua paling BEST...
Bukan senang nak menengok orang yang TAK DIKENALI dan BERSETUJU untuk dijadikan suami!
Semua itu kenangan yang sentiasa mengukirkan senyuman di bibir.
.
.
.
PART ketiga..ialah berjumpa dengan SUAMI setelah dia benar benar BERNAMA suami!!
.
.
.
Ya..aku cuma berpeluang bercakap secara berdepan SEKALI sahaja dengan bakal suami sebelum DIA itu menjadi suamiku.
.
.
.
Adakah BERBALOI?
Worth it?
Okay ke?
Apa ke hal pulok?
Best ke macam tu?
.
.
.
.
.
.

Adakah worth it, berbaloi, okay, best kalau kita YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI sana sini...tapi lepas tu orang yang kita YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI tu langsung tak JADI suami kita?!


Lu pikir lah sendiri...

Dan jangan jadikan BUDAYA BERKAWAN YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI...ni satu BUDAYA MELAYU.... TERUTAMANYA di kalangan anak anak aku.
Harap faham..


sekian.

Wednesday, December 21, 2011

Mak..

Assalamualaikum,

Hari Ahad kelmarin mak aku dan seorang adik aku yang masih bujang jalan jalan.
Demer menyusuri adik aku si Oman sekeluarga.
.
.
.
Terbang...





Adik aku si Oman memang suka jalan jalan macam aku juga.
Mak aku pun.

Cuma kali ni kat tempat demer pergi tu tengah sejuk bonar.
.
.
.
.
Tapi sejuk tu tak sama macam kita yang ditimpa hujan petang petang ni.
Aku wonder mak seronok ke tidak rasa sejuk kat sana tu.
.
.
.
.
Aku harap dia seronok.
.
.
.
.
Pada semua yang ada mak, gembira kan lah hati mak kamu sementara dia masih ada.
Hati ibu ni mudah sayu dan jangan bebankan rasa sendunya itu.
.
.
.
Aku mak.
Aku tahu ler..

"Kalau komer jadi mak nanti, komer tahu ler!!"...kata kata yang selalu dicakapkan oleh mak aku.



sekian

Wednesday, December 14, 2011

Kita rehat dulu...

Assalamualaikum,

" Lehat dulu, lehat dulu!" laung peniaga peniaga di BAZAAR/ kedai sepanjang perjalanan aku dan suami dari Hotel Dar Janadriyah ke Masjidilharam.

Hotel kami terletak kira kira 850 meters dari pintu masuk masjid.
Perjalanan pergi balik dari hotel yang berlokasi di atas bukit itu terasa agak meletihkan.

'Hiburan' kami untuk menghilangkan letih semasa berjalan balik mungkin hanyalah laungan peniaga peniaga Bangladesh yang mencari rezeki di kedai kepunyaan Towkey ARAB ini.

" Murah, murah..sipuloh riyal, sipuloh riyal, lima riyal..murah murah..cantik cantik..Malaysia bagooossss "

Tapi aku tahu..yang SIPULOH RIYAL, lima Riyal tu barangannya sedikit sangat dan laungan laungan itu cuma DAYA PENARIK ke kedai mereka.
.
.
.
.

YA laa..siapa nak JAJA kat KAKI LIMA BARANG yang MAHAL! Iya Tak?


Apa apa pun kita LEHAT dulu LEHAT dulu...

jangan tomonung dan bermalas malasan cam badak kat bawah ni!!


atau membungkus dalam selimut macam KELAWAU ni..



Cuba cuba la lihat sekeliling..tinjau ke dapur tu..
boleh berasap ke tidak macam dapur Kakpah..hehe



Buat STEAK SELADANG ke...kan??



Aik?!!! anak sapo nih..babai babai cam gini?


hati hati nak wei...cuba tengok kat bawah tu ada aper?







Gajah ni takleh naik dah kat Zoo Melaka. Tahun 2006 masa last time pergi ada Elephant RIDE. SEKARANG dah penuh semak jer tempat tu.



Hmmm...kat Zoo tu ada tasik sebelahnya. Tapi malangnya tak dapat jumpa pula orang yang bernama TASEK.
sekian

Friday, September 09, 2011

Isketambola...

Assalam,



Ketam adalah sejenis haiwan laut bercengkerang.


Di rumah aku, kalau ianya dimasak, maka berselerakan lah segala cengkerang merangnya.

Ianya digemari oleh semua ahli keluargaku.

Walaupun isinya sedap dan manis, memakannya agak leceh terutamanya kalau budak yang paling kecil di rumah ni minta untuk di per isi kan ketam buatnya.



Bulan ramadhan tempohari, dua kali keluarga ku mengadap masakan ketam.

Tapi kami hanya memperolehi ketam yang kecil.



Kalau dapat yang besar dan padat isinya, mesti lebih MANTOp.

.

.

.

.

Masak aper?

Apa lagi kalau bukan SANTAN BERLADA.

.

.

.

PEDAS pedas lemak maniss....



Hmmmm sedapnya!!


p/s
Hari ni kalau dapat makan ketam, kan ke BAHAGIAAAA!!!
haih...takder le yang comei comei kat pasar tadi

sekian

Thursday, August 25, 2011

You all dah on the way balik kampung kan?

Assalam,

You all dah sibuk pack barang barang?
Nak balik ek?

Okay...sila sila...aku kasi laluan.
Lepas solat RAYA nanti, lapang sikit PLUS HIWAY...




Okay selamat hari raya...hati hati selalu.
Minta maaf zahir batin.

Ehem...berkenaan dengan gambar pula....hmmmmm...

Kita masak masak juga bulan puasa ni.
Ni puding caramel we all untuk RAMADHAN kali ini.



Ni pulak BUBUQ SOM SOM..O SOOOOMMM


nak resepi juga?
Ishhhh...dah berulang kali aku masak semua ni..
Malas le nak taruh lagi dah!
Ni resepi arwah ayahanda yang diperturunkan pada ambo.


Bengkang Bawang goreng!

p/s
al fatihah untuk ayahanda ambo..
Moga ayahanda sejahtera di sana.

sekian

Sunday, August 14, 2011

Mee Udang Arwah Abah..

Assalam,

Suatu hari mak aku malas nak ke dapur..

" Bang, masak le apa apa..mee ke bihun ke.." kata mak

" Aku masak mee udang kat hang. SAT jaaa" sahut abah yang memang boleh dikategorikan sebagai seorang suami yang pandai memasak.

Waktu tu aku ada di kampung. Entah sebab apa.

Mungkin sedang menunggu saat kelahiran anakku.

" Jom ida, mai abah nak tunjuk cara nak masak mee udang "

Aku hanya melihat gerak kerja abah yang sememangnya kalut bila di dapur.

" Hang kupas bawang besag sebuku. Bawang putih ambik 3 atau 4 ulas dah "

" Rendam cabai kering dalam ayag panas 12 biji!" abah mengarah aku.

" Udang ngan daging ambik dari peti ais "

Abah merebus seketul daging.

Abah mengupas seketul keledek dan memotong dadu serta merebusnya juga.

"Masuk ja dalam blender cabai kering ngan bawang merah/putih tu " abah meneruskan arahannya.

Kemudian abah menambah jintan manis dan jintan putih di dalam blender yang sedang berputar.

Bila daging dan ubi keledek sudah empuk, abah ambil daging dan hiris kecil kecil.

Dia menyuruh aku memasukkan keledek yang telah empuk itu ke dalam blender dan menghancurkannya.

Abah tumis bawang dan cabai. Bila wangi abah ambil air rebusan daging dan masukkan dalam periuk itu juga. Abah tambah hirisan daging dan keledek yang telah diblend juga.

" Udang ambik 5 ekog. Rebus sat. Pastu hang blend hancog juga" kata abah.

" Ngan kulit kulit ka abah? "

" Ngan kulit kulit laaa...sat lagi kita tapis."

Udang direbus dan diblend.

Airnya dan isi udang yang dah hancur abah tapis dan tambah dalam kuah yang sedang menggelegak.

Abah ambik sos tomato dan tambah sikit dalam kuah mee. Abah masukkan garam, gula dan sikit kicap masin.

Abah ambil sayur sawi dan potong,begitu juga dengan tauhu. Semuanya abah masukkan dalam kuah yang sedang menggelegak itu. Kemudian abah tambah udang dan mee.

Akhirnya abah pecahkan 2 biji telur dan masukkan taugeh.

Waktu menghidang pada mak, abah tabur bawang goreng dan daun sup.

.

.

.

Aku merasa kuah mee udang abah!

MEMANG MENGANCAM!!

.

.

Ya Allah,

Minggu lepas aku buat mee udang dari resepi abah...untuk bagi pahala pada abah di alam Barzakh.

Moga Abahku tenang di sana...

Ini salah satu ilmu yang diberikan kepadaku.

Ya Allah...untuk menggembirakan ahli keluargaku pula.

sekian

Monday, July 18, 2011

Jom merayap ke bukit..

Assalam,

Sabtu pagi..
Bergerak selepas Subuh.
Berkumpul di satu tempat yang telah ditetapkan.

" Pokcik, nak pergi mana pokcik?"

Ikut jer...
Jangan banyak soal.
Jangan banyak tanya.

" Eh, kena tanya laa..Kang tak bersedia pulak. Susah.."

Sediakan sandwich..
Okay.....siap.
Air mineral?
Siap....
Pakai pakaian yang sesuai dan sewaktu dengan nya.
Set!

SPEK ITAM...
Okay!! siappppp...





Ni kat mano ni?
jalannnnnn jerrr...jangan banyak tanya daaaaa.

Macam kat kampung aku jerr...

Ni jejak jejak seorang ANGKASAWAN negara nih.
Jangan memain!


Alahai...siapa pulok cik abang ni??
Letih?
Cik abang, jangan marah ye sebab AKAK ambik gambor.
Tengok posing bagus je atas batu tu.



Ni?
Kumpulan dari mano pulok?
mana le aku tau..




Hi there...Hi!!!!!





wuissshhhh...cam gayat le pulok!




Senyum cik kak senyumm
walaupun ngeri naik kat cerun tadi kan?
pucat pucat dan macam nak nanges..
hehehehehehehe


Yeahhh...We were here!!

In a place called BROGA HILL.



aummmmmm chak!!
peace peace kacang pis!

p/s
walaupun macam nak terkucil naik Broga, namun sampai le juga makcik tu!
POKCIK pula walaupun dah prepare SPEK ITAMnya...namun pi SADAIkan kat dalam VAN.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
adeh adeh adeh adeh...
awat betih ngan peha macam nak KREM ek?
hehehehehe

sekian