Monday, August 03, 2009

carik carik ayam yang berbulu..

Salam..
Apa pepatah Melayu kita tu..
Carik carik ayam berbulu dalam reban..lama lama jumpa juga? ke ..carik carik ayam lama lama jadi tomyam?
ha ha ha..

tak baik tau MEMPERMAINKAN keindahan dan kesenian pepatah Melayu dulu dulu.
Nanti marah lak cikgu cikgu kita...

Okay,
pepatah Melayu ada mengatakan " Carik carik bulu ayam, lama lama bercantum juga.."
maksud yang lebih kurang cam boleh dapat C3 dalam SPM ialah biar macamana gaduh sekalipun sesama adik beradik namun tali persaudaraan tetap dijaga dan dipelihara..

Bersempena dengan gambar yang dipamerkan yakni dua orang kanak kanak comel ni.
ha ha ha ha

Satu daripada kanak kanak kecik tu macam aku biasa alami kejadian rupa bentuknya manakala yang satu lagi tu pula macam biasa dirasai oleh kakak aku 37 tahun yang lalu.

Tengok gambar..
cam model kanak kanak kan?
ha ha ha ha ha ha ha

rambut tu..mahal!!!
salooon..
al tumpurung wal beetle
susah nak dapat dah masakini.

skirt lagi la..he he he
tayang lutut dan betis yang ada parut kudis!

yang macam rupa aku 37 tahun yang lalu tu pakai baju kaler OREN..
( walaupun gambar ni hitam putih)
beli kat kedai
Yang ada rupa kakak aku tu pulak..
macam bajunya jahitan bunda..ha ha ha sebab MUNGER MUNGER..( warna merah hati)
( entah lebih kain langsir ke..atau lebihan kain baju kurung sesiapa)

dah rasa LAWA habiiihh dah tuuu.

walaupun muka cam sembab dan kusam mangun tidur,ghambut sentot, skirt pendek..
kasut lak..he he he..SELIPAR jamban!
pantang dengar tangkap gambar..
POSINGGGGG ..

Biarpun suatu masa dulu, aku biasa kena sain surat perjanjian.
AKUJANJI untuk tidak melayang tumbukan tumbukan ke arah muka kakak aku..
gaduh macam anjing ngan kucing..
namun hari Sabtu baru ni aku tetap susah hati bila dengar kakak aku naik ke KL..
DEMO!

Weiii..
Kalu dah LU tembak gas pemedih mata kat stadium waktu Man U lawan Malaysian tiger itu hari, LU ingat tak jadi huru hara ke? Tak havoc ka?
.
,
.
.
.
.
.
.
......tetiba aku cam Minah Rock jadi jadian lakkk..

Wa ada perasaaan gak beb!! marah aaaaa gakkk...
agak agak la kan?

sekian

4 comments:

Insyirah said...

Wahh...gambar mahal tu. Hehehe..

Kakak kak Ashley join demo sabtu lepas? Semangat. Mengalahkan yg muda-muda belia.

Sabtu ni plak ada Karnival IKIM. Jommm...!

ashley said...

insyirah,
kakak aku mengiringi kawannya..
suami kawan kakak tu dah terkurung 8 tahun..
habeh camaner?
nak bincang meja bulat lagi?

tasikmerah said...

lu anak dah semilan mana bulih lu-gua lu-gua kak! hahahaha...


:P



.

ashley said...

TM,
wa tak kira..
sebab bila wa marah..
wa cam nak jadi mama rock!
lagipun rock tu naik zaman wa la...
ha ha ha