Showing posts with label aktiviti di pasti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti di pasti. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Cerita Atuk lagi..

Salam,

"Atuk ramai kawan" kata sorang cucu yang bernama Faris.



Atuk sangat suka berkawan. Tak rugi ada ramai kawan.
Atuk pun suka belanja belanja kawan..
.....errr..tang 'belanja' tu errr....errr..nanti sembang lain lah ek..

Tapi Atuk memang suka ajak kawan kawan makan.
Terutamanya kawan kawan yang selalu tolong Atuk buat kerja.

Semalam, Atuk ajak kawan kawan makan lagi. Kali ni bukan kat rumah Atuk.
Hmmmmm..kat kedai makan. Besttttt..ramai kawan Atuk datang.

Ada pakcik pakcik..
Ada abang abang..yang saya maksudkan abang ialah yang pakai baju hitam tu, okeh..

.....ada cikgi cikgi..


Apa yang aku tunggu tunggu nak makan??
ahakkkkksss...

Udang galah masak lomak!!
PERGHHHH...sila perhatikan dengan teliti udang udang itu, okay..



Ayam kampung yang digoreng KORAIH!! hahahaha




....tak lupa juga sambal podaih podaih pedihhh niihh..
ulam ulaman?? takkan nak posing jugak kan...
tomyam campur??
sejukkk sket..
tak nak kasi ruang lah!!
Lepas konyang menyapu bersih udang udang itu, Atuk kasi ucapan...
errrr... Apo bondo atuk cakap ek??
tak dongar la pulokkk.
sekian







Sunday, April 11, 2010

Suka suka ajar..

Salam,

Pada suatu hari, saya dan atuk saya pergi ke Temasya sukan.
Saya masuk acara tarik tali.
Atuk saya begitu bersemangat.
Dia turunkan ilmu tarik tali pada saya.

Macam macam atuk saya ajar saya.

" Ko musti kuda kudakan kaki ko" kata atuk.
" Ko musti beratkan badan ke belakang " kata atuk lagi.

Saya rasa sungguh bertuah kerana ada atuk.
Seorang pakcik pun memberi harapan yang tinggi.
Dia pun bagi air power pada saya supaya saya boleh tarik kuat kuat.

Atuk tanya lagi, " Ko paham tak apa aku kata"
Saya kata, " OKAYYYYY...no hal la atukkkk"


.
.
.
tapiiii..pasukan saya TETAP NAIB JUARA!!

wakakakakaka..

"takperrr..." kata ATUK

SEMANGAT musti ADA!
.
.
sekian



Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah...thank you to ALLAH!

gambor ini seludup dari blog kakpah

Salam,

Sepertimana senikata lagu Konvo Aulad..."Alhamdulillah, Thank you to Allah..."
Begitulah juga perasaan aku apabila semua yang dirancang untuk Konvo semalam selesai.
( aku tulis ni jam 12 lebih..malam).

Mentally and physically exhausted!
Letih oooo...
Nak makan pepagi tak lalu.
Perut isi roti sandwich sekeping jer.
Habis konvo Aulad jam 11 pagi sambung lak KONVO tadika satu lagi (PASTI) sampai lebih kurang 1.30pm.
Mau tak perut nyanyi lagu RAP!
Tapi aku SYUKURRR sebab everything goes well..(as I see it laaa)
ha ha ha...
( kut ada mana mana yang KONTROVERSI TU kita bincang lain la ek!! ha ha ha)

ini gambor anak AULAD PERDANA menunggu giliran persembahan


Inilak?
ha ha ha..
ACIKKONTROLAYU ni SHOOT aku beraksi!
apa kata AKU SHOOT dia tengah BERAKSI..
BALAS DENDAM sket..
ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh

KONTROBESI?

apa motif tayang gambar strawberies lak nih?

KONTROBESI atau tidak..
BALIK rumah dapat STRAWBERRies...
yeahaaaaaaaa..
jiran sebelah kasi

SODAPPPPPPP!

sekian

Friday, October 23, 2009

HARI KONVO 25hb Okt nih!!

Salam,
Tajuk macam glemer...He he he he..
Ni bukan KONVO U!!
NI KONVO ANAK ANAK AULAD...yang berumur 6 tahun.
Yang akan menamatkan pengajian mereka di INSTITUSI PRA SEKOLAH ini.
.
.
.
dan aku???
.
.
.
Aku agak sibuk dua tiga hari ni.
Menyiapkan beberapa lukisan yang tak siap dikaler lagi.
Menyiapkan munger munger yang nak dipinkan di tudung dan dada.
Ingat ye, kami nak persembahkan nasyid jer..
TAPI...ha ha ha..nak kena lukis gambar binatang untuk disangkutkan pada tengkuk anak anak yang berbaris di hadapan.

Contoh macam gambar ayam yang telah dilukiskan oleh Cikgooden ini.
TARAAAA....
Cikgooden, aku dah kaler ayam ko ni...
Juga gambor lembu yang dilukis guna projektor tempohari tu..
Gambor ini dikaler oleh anak anak murid 6 tahun.
....tapi aku cokeh cokeh sikit bagi nampak ada ghuper lembu...ha ha ha
(cokeh cokeh tu maksudnya make up makeup..touchup sana..touch up sini)
Maap le ye..gambor ni kut comot dan compang camping sikit..
.
.
.

dan aku juga aku dah siap siapkan sikit hadiah untuk
KONVO TADIKA YANG SATU LAGI...
YANG AKU KENA tunggu lepas habis KONVO AULAD INI..
Itu saja entry kali ini.
Sorry la nuhh.
Ada kerja nak buat lagi...

sekian



Thursday, October 08, 2009

Troli..

Salam,
Hari ini aku pergi Billion. Sebelum ke Billion aku ke Pustaka Rakyat. Sebelum ke Pustaka Rakyat, aku ke My Mydin, Bangi.
ha ha ha..
shopping sakan nampak?

Takkkkk!!
Ini punya shopping bukan untuk diri sendiri tapi untuk tadika. Tadika yang lagi satu..
tadika yang bukan Aulad!
Ini dah jadi tugas aku.

Aku ke Mydin tengok tengok barang. Apa yang dapat aku beli dari sana..Tak banyak menda sebab My Mydin yang di Bangi ni kecil sahaja. Barangannya tak semeriah di Kajang atau di KL jadi aku hanya beli pembalut hadiah dan envelope besar serta beberapa benda yang diklasifikasikan sebagai worth the price.

Pergi ke Pustaka Rakyat. Barangan stationary di sini, aku rasa OVER sikit..
Agak lebih mahal. Aku bandingkan ngan harga di billion dan kedai buku serta kedai stationary lain...Barangan kategori stationarynya banyak yang berharga lebih mahal lima posen dari kedai kedai yang aku telah tinjau. Tapi harga buku lebih kurang sama. So aku beli buku cerita lagi untuk hadiah kali ini. 50 puluh buah. Buku kecil kecil. Buku untuk bacaan anak anak dan suku kata perkataannya diwarna warnikan. Aku rasa sesuai..AKU RASA!!

Aku kena pergi Billion juga untuk cari benda benda lain. Aku tak pernah ke Tesco. Lagipun Tesco di Kajang. Payah nak ke sana. Masa aku terhad. Aku tak boleh berlama lamaan. Benda yang aku nak beli pun sedikit sahaja. Air kotak..dan 12 hadiah lagi.
Aku ke tempat stationary. Belek sana belek sini, aku sambar 12 itu, 12 ini. Mungkin okay kut.
Kemudian aku turun ke tempat lokasi air kotak. Hmmm nak kena beli air kotak.
TUJUH PULUH!!
Ambil 3 X 24 air kotak kecil = 72.
Okay la..Masukkan dalam troli.

.....ET OT ET OTTTTT..
.....ET OT ET OTTTTT...
.....ALLAH!!
Tayar troli depan sebelah kiri melelong dan meliut liut. Hendak pusing ke kanan cukup siksa..ia berputar ke kiri . Tolak dari belakang asyik menyendeng ke kiri..

Aiseh men..aku parking kereta kat luar. Nak ditolak troli ni berde eh de eh.. Berkeriuk keriuk..
Aku rasa nak tinggalkannya air kotak itu dalam troli. Ambik kereta. Dekatkan pada kawasan tepi BILLION...
Tapi nanti kalau air kotak tu lesap pulak?
Mahu tak mahu...aku ikut jalan jauh..
PUSINGGGGGGGG....
BERPOLUH POLUH aku..
Troli %$#@$^&%$%$#!!!!
.
.

CIS!!!
Aku ingat kut kakpah jer MERUNGUT tayar troli TESCO melelong..
TAYAR TROLI BILLION PUN sama!!

sekian

Sunday, April 05, 2009

Selesai satu BAB..

Salam,
Dah selesai sukan PASTI F4,Melor dan Seksyen 15.
Aku selaku tukang jaga hadiah, boleh tahan jugaberjemur..
Mengejar peserta untuk ambik hadiah ..
Hadiah mengejar peserta..
(sebab takut ada yang keriau tak dapat hadiah)

Segala makneka GAMBAR aku tak dapat nak ambik sebab YANG JADI CAMERA WOMANnya siapa lagi kalau bukan SI KAKPAH tuu..
Mungkin sekarang ni, dia tengah sesibuk meng 'update' gambar dalam blog BRO HEMI dia ataupun BLOG dia sendiri..
kui kui kui...

MINGGU DEPAN SUKAN AULAD PULAK!!
HOPEFULLY tak hujan macam hari ini..InsYALLAh..

psssttt..
hadiah 'REZEKI UNTUK SIAPA'..
no aku, suami dan anak yang jadi PETUGAS..NAIK NOMBOR..
MEMANG LE REZEKI..
alhamdulillahhhhhhh.....

sekian..(aku dah tak larat ni!! errr...psst esok BOLEH MONTENG SEKOLAH tak? he he he)

Saturday, April 04, 2009

SUKAN! SUKAN! SUKAN!

Salam..
Err..hari ni..
(sekarang waktu di komputerku menunjukkan pukul 4.20 pagi...)
(bukan stay up..saja terbangun awal pulok )
Sabtu 4 April 2009
ada sukan sekolah menengah.
Sekolah menengah anak aku.
Kelmarin dia beritahu yag dia masuk kawad.
Kena beli kasut KAWAD yang hitam berkilat!!
Harga RM35..
okay..go ahead..
Kawat jangan tak kawat.
Dia dari pasukan KAWAD Puteri Islam.
Tahun lepas, pasukan PUTERI ISLAM yang pinky tu..
MENANG KAWAD KAKI..
ishhh..
aku kalau jadi BUDAK LELAKI yang dalam pasukan lain contohnya kadet polis ke, bomba ke, pengakap ke..
mesti MALU..
ditewaskan oleh pasukan PINKY
ha ha ha..
nasib korang le kan..
Bagi aku YANG PERNAH JADI Naib Pengerusi Puteri Islam sekolah time dulu dulu..
tumpang BANGGA..
________________________________
Esok pula
AHAD 5 April 2009
3 buah TADIKA akan berentap pula di tempat yang sama..
BUKAN AULAD tau!!
Tapi ..
Tadika PASTI F4, MELOR dan SEKSYEN15..
aku sekadar jadi tukang beli hadiah hadiah
di bawah ni sebahagian dari hadiah untuk acara LAST!
'REZEKI UNTUK SIAPA?'!!
errr..notebook tu..tak masuk senarai ye..
SPONGEBOB tu boleh le..
he he he..
'majulah sukan untuk negara'
sekian