Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

Berdiam ada masanya lebih baik..

Assalamualaikum,

Entah kenapa bila dalam keadaan begini, fikiran aku teringat abah.
Hmmm...
Ada perkara baik yang mungkin boleh dijadikan tauladan.
Buat diriku dan buat mereka yang membaca penulisanku ini.

Nikmat besar yang diperolehi oleh ayahandaku....

Semasa dalam keuzuran sakit diabetesnya, ayahandaku telah diberi suatu nikmat dari Allah yang tak terhingga.
Kenikmatan dan kurniaan itu terjadi takkala kaki ayahandaku sedang rosak teruk sehingga isi kakinya terlerai dan menampakkan tulang kakinya. Walaupun kakinya rosak dan luka teruk akibat diabetes, Allah kurniakan nikmat kebas dan nikmat kabur pandangan untuk menenangkan perasaan ayahandaku.

Ayahanda tidak berasa sakit langsung malah boleh tidur nyenyak sedangkan kami yang melihat luka ayahanda lebih risau dan gundah gulana.Ayahanda yang diabetes telah dikaburkan pandangannya dari melihat luka di kakinya dan dia tidak merasa terlalu risau tentang kakinya yang semakin hari semakin teruk.

Bukankah dua perkara itu suatu nikmat yang tidak terhingga?

Bayangkan kalau lah ayahandaku dapat melihat dan merasai kesan luka di kakinya...
Tentu arwah ayahanda resah gelisah dan tidak dapat tidur.
Mungkin juga habis seluruh ahli keluarga terbias dan terkesan dengan kesakitannya.
Malah kami mungkin saban hari akan terlempias kemarahan nya juga.
Bukan mudah untuk menghadapi orang yang sedang sakit.

Kita yang diberi kesakitan yang sedikit pun adakala mencecer cecer mulut sehingga orang di sekeliling tidak tahan dan tidak sanggup lagi mendengar keluh kesah dan aduan kita.

Petikan Buku Celik Mata & Jiwa, Prof Dr Muhaya:

"Dua perkara jangan disebut iaitu:
Saya letih dan saya tidak sihat.
Jika disebut 2 perkara tadi maka 50% tenaga kita akan turun kerana tindak balas negatif akan terhasil dari minda kita. Oleh sebab itu diri kita akan merasa tidak seronok sahaja"




Semoga penyakit diriku lekas sembuh.
Semoga aku tidak cepat letih.
Semoga mulut aku tidak mencecer cecer merungut tentang sakit yang menimpa.
.
.
.
Berdiam itu adakalanya lebih baik dan mendamaikan diri dan orang di sekeliling kita







sekian






Wednesday, January 09, 2013

Reput

Assalamualaikum,

Kala berseorangan aku lebih suka melihat keindahan yang dicipta Allah.
Memikirkan hari hari yang berlalu
Hati rasa lebih tenang.
Tiada apa yang ingin dikejarkan.
Melihat ciptaanNya lebih menyedarkan diri.

Tentang begitu kecil dan kerdilnya diri.
Tentang hidup dan terhadnya masa ini.
Semalam yang muda belia telah ditinggal.
Diri mereput dalam detik yang berlalu.

hmmm...

Kita memang mudah alpa.
Menyangka yang mereput itu hanya mereka.
Walhal mereka dan kita sama.
Hanya MAKHLUK...
CiptaanNya.
Dan menumpang seketika...



p/s
Orang pergi Cameron Highland nangkap gambor bunga.
Aku tangkap juga.
Tapi sajer jer nak bubuh gambor ni.
Bagi insaf sikit..
Sedorkan diri ini.
Lama lama akan jadi macam kayu reput juga...


sekian

Wednesday, December 12, 2012

Korban..

Assalamualaikum,




Mereka menyatakan makna korban.
Mereka menyusunkan senarai kebaikannya.
Mereka menghurai, mengaitkan cerita dalam  pelbagai suasana.

Aku mendengar.
Tunduk.

Mengira ngira sejauh mana pengorbananku.
Perlukah aku termenung?
Perlukah aku mengira?
Perlukah aku memikirkan semua itu.

Siapa aku?
Insan kerdil hina dina.
Mungkin lebih kerdil nilaiannya dari nyawa seekor lembu.

Sungguh ironi.

Lembu itu lebih gagah.
Tidak seperti aku yang lemah.
Nyawanya melayang lebih beerti.



Aku, kamu dan mereka..
Nyawa nyawa yang masih melekat di badan dan anggota.
Apa erti korban buat aku dan kamu serta mereka?

Hah!


Setitik keringat sudah berkira kira...
Selaung suara sudah mengata ngata..
Setitik darah terasa lelah..

Sogokan wang merah, jingga dan hijau biru
Yang kamu tadah..

Cinta kamu  hanya lompong..
Sombong pada tuhan
megah dengan gagah dan wajah
cinta kamu hanyut pada yang fana..

Kalimat 'korban' hanya mainan?






sekian




Wednesday, July 18, 2012

Apakah..

Assalamualaikum,

Kadang kadang aku bertanya pada diri aku soalan soalan ini..
Mencari cari jawapan...
Menimbal balik....
Mengimbangi diri...
Mengingatkan diri pada umur yang tinggal entah berapa hari..

Kenapa orang berebut rebut solat sunat SUNAT berjemaah TARAWIKH kat surau masa bulan Ramadhan tapi taknak memenuhkan surau atau masjid semasa SOLAT FARDHU lima waktu pada masa masa lain.

Kenapa orang perempuan selalu persoalkan solat di SURAU atau MASJID kena bermuhrim dan mendapat izin suami sedangkan nak pergi SHOPPING untuk raya atau pada hari hari biasa atau jumpa geng geng takder berteman pun?

Kenapa kalau pergi ke Mekah buat UMRAH atau HAJI tak kira perempuan atau lelaki semua berebut rebut nak solat jemaah walaupun berjalan kaki berpuluh puluh meter dan termengah mengah tapi bila balik Malaysia...surau atau masjid  tepi hidung dah tak dijengah?


Aku tanya lagi...


Bukankah Ramadhan itu bulan MADRASAH...bulan pengajian, bulan menjalani latihan ibadah  intensif?
Sepatutnya segala solat sunat dan fardhu dan amalan baik itu diteruskan pada bulan bulan yang sebelas lagi.
Solat fardhu lagi cantik kalau berjemaah.
Bacaan Al quran kan lebih molek diteruskan sepanjang tahun.
Puasa sunat alangkah indahnya dibuat acapkali?

Pandai la orang perempuan buka hukum bila tiba masa nak ke masjid atau surau...
Tu...kalau pergi ofis, pergi shopping, pergi merayap merata tu....???
Baju jarang tu nak pergi mana tu?
Ketat sendat tu pakai hukum mana pulak tu??
Ishhhhhh....
hehehehehehe
MOLEK ke diaaaaa jerr...


Hah...bang Haji, kak Hajjah ....
Ko ingat ingat sikit...
jangan menangis..... huhuhuhu...kat depan Kaabah jerr
Balik Malaysia adalah cabaran sebenor benor nye..


Aku ingatkan diri aku jerr..
Bercakap sorang diri pada skrin kosong..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Takk...aku tak gila!
Jangan tuduh aku bukan bukan...
Apa kes pulok kan?



 p/s....bulan puasa ni adalah masa terima gelang TH. Bagi mereka yang berkenaan sahaja..


sekian






Friday, June 08, 2012

Seumpama embun di hujung daun..

Assalamualaikum,


" Masa hidup di dunia ini terlalu singkat. Ya..TERAMAT SINGKAT dan begitu sementara jika dibandingkan dengan masa yang akan ditempuh di alam akhirat." kata seorang ustaz yang datang mengajar secara berkala di surau berhampiran rumahku.

"Ya benar " secara jujur aku mengakuinya di dalam hati.

Membenarkan kenyataan yang dikeluarkannya.

Bayangkan mereka yang telah mendahului kita ke alam sana.
Datuk, nenek, sepupu, ayahanda...dan semua nenek moyang yang kita pernah ada tetapi tidak pernah mengenali.

.
.
Abang sepupuku misalannya.
Dia hanya sempat merasai kehidupan di dunia ini selama 15 tahun sahaja.
Dia kembali ke rahmatullah dalam tahun1977.
Dan dari tahun 1977 hingga sekarang ini berapa lama sudah dia di alam sana?
2012 - 1977 =.........hmmm ( tak yah guna calculator ye...CONGAK jer!! )

35 tahun sudah berlalu.
Itu pengiraan masa DUNIA.
Itu pun dah melebihi masa hidupnya di dunia.

Agak agak mereka yang di alam sana...bagaimana pengiraan masa yang dirasai pula?

Alam barzakh hanya permulaan alam akhirat.
Baru pengenalan bagi alam yang KEKAL ABADI..
.
.
.
Belum lagi tiba HARI yang PALING BESAR...hari di mana sekelian manusia akan dibangkitkan.
Berapa lama lagi masa yang kita perlu menunggu pula?
Dan ketentuan masa DEPAN kita ke syurga atau terpelosok ke neraka akan mengambil masa berapa lama?

dan ini YANG KEKAL!!

Fuhh...ngeri.
Tidakkah terasa CERING bulu roma memikirkannya?
.
.
.
.
.
TAPI

kalau tengok keliling kita....melihat keadaan manusia yang mundar mandir...
Apakah dapat KITA rasai kengerian itu?

Macam takder mender jer kan?
Macam dunia ni KEKAL jer kan?
Seumpama DOSA tu tiada apa apa ..
Dan seperti PAHALA itu tiada nilaian harga...




hmmmmm

Aku rasa mungkin labah labah ini lebih merasa ngeri dengan maut berbanding kita.
Atau embun ini lebih memahami maksud kekontangan dari manusia...

ENTAHLAH...
wallahualam



sekian


Tuesday, December 20, 2011

Tatih

Assalamualaikum,

Danish terbongkok bongkok mengaji. Bacaannya sangkut sangkut macam enjin kereta volkswagen lama yang macam kura kura tu.

" Kalau mim ngan nun ada tanda sabdu macamana bacaannya, Danish?"

" Kena dengung " jawab Danish.

" Habis, kenapa ko kodukut sangat nak dengung? " aku tanya Danish semula.
Danish pandang aku terkebil kebil dan tersengeh sengeh. Dia tak jawab apa apa. Aku pandang muka anak murid aku dalam masa cuti sekolah ini.

Tiap tiap pagi sekira kira jam 8.30 pagi, Danish dan adiknya Dalina akan datang mengaji di rumah aku. Aku ingatkan masa musim cuti ni aku boleh rehat rehat tapi rupa rupanya nenek Si Danish awal awal lagi telah minta aku tolong ajarkan budak berdua ni mengaji. Aku pula tak tergamak nak menolak. Rasa macam dah jadi tanggungjawab pula bila dah selama ni memang kerja aku mengajar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

" Balik nanti saya kena cari guru yang boleh ajar tajwid. Boleh tolong dengar bacaan saya. Boleh tolong ajar anak anak dan keluarga saya. Bacaan saya teruk. Saya tahu. " In bisik bisik padaku suatu pagi.

"Selama ni kami sekeluarga memang jarang jarang nak baca Al quran. Kalau ada yang baca pun hanya anak anak. Itupun bukan di rumah kami tetapi di sekolah agamanya. Saya berazam untuk menghidupkab bacaan Al quran di rumah"


Aku tak berkata apa apa.
Dalam hati aku mengakui agak ramai bilangan jemaah yang masih merangkak rangkak ketika membaca Al quran. Tajwid tonggang langgang sekira kiranya lebih kurang macam bacaan Danish.
Itu baru sudut bacaan. Bukan lagi masuk sudut penghayatan isi kandungan Al quran.

Kalau dari sudut penghayatan isi kandungannya aku sendiri rasa lebih lompong. Rasa hina diri. Rasa jauh sangat dari hakikat Islam sebenar.
Dan tiba tiba aku rasa sayu yang teramat sangat..

Haihhh..sendu...

Sekian

Monday, December 19, 2011

Oh...

Assalamualaikum,

" Abahnya tak merokok. Tapi masalahnya...anak yang dah jadi perokok tegar."

Aku terkedu menelan air liur bila salah seorang teman sebilikku bersuara

Kami sebilik sedang menyuarakan rasa tidak puas hati kami tentang segelintir jemaah lelaki yang masih lagi berdegil merokok di kawasan bangunan tempat tinggal kami. Ianya cukup mengganggu para jemaah terutamanya bagi jemaah yang telah berusia dan berpenyakit. Bagi aku, memang mereka yang masih menghisap rokok ini tidak memikirkan hak orang lain.
" Bukan anak ko baru tingkatan 5, Fa? "
" Ya lah.. yang tingkatan 5 tu la. Tapi dia lah hero rumah tu. Dari darjah 4 lagi dah ngisap rokok, kak. Apa nak jadi pun tak tahu lah saya."

Terlopong aku sobontar.
Den macam tak percaya jer sebab den tengok dalam banyak banyak kawan den yang sebilik tu, si Fa inilah yang nampak paling warak.

" Budak tu memang nak menduga saya sejak kecil lagi, kak"

Aku terfikir fikir la kalau anak dia ni dah jadi perokok tegar semenjak umur 17 tahun lagi, dah nikotin penuh tepu dalam dada semenjak muda belia...kalau dah umur umur petang macam aku ni macam mana pula?
Gamaknya itulah sebabnya ada jemaah yang tak boleh nak diberi teguran ataupun nasihat biarpun berkali kali disuarakan oleh pemimbing bila dah sampai ke tanah suci Makkah...GAMAKNYA laa..

Tapi Allah Maha Mengetahui..
Allah juga Maha Mengasihani..

" Ko jangan putus asa, Fa. Terlanjur kita dah sampai di sini, ko kena doakan untuk dia. Jangan biarkan dia hanyut.."
Itu saja nasihat yang aku mampu beri pada teman sebilik aku yang juga merupakan seorang guru.

" Otak anak saya tu pandai, kak. Dalam pelajaran tak ada masalah besar. Tapi tang akhlak tu, saya memang dah rasa nak give up. Dah hard talk. Dah slow talk..Apa sebabnya pun saya tak tahu. Di mana silapnya pun saya tak nampak..Kadang kadang kita yang jadi cikgu ni rasa agak terkilan juga. Mendidik dan menasihat anak orang lain tapi anak sendiri..." tergantung ayat kawanku itu di situ.

Terdiam dia. Aku nampak matanya sudah mula bergenang dengan air mata.

Ya memang..kadang kadang lebih mudah mendidik anak orang berbanding anak sendiri.
Aku tahu rasa keterkilanannya itu.

" Baca Yassin tepi telinga dia masa dia tengah tidur..Ko pernah buat tak?" aku bertanya.

Dia senyum.

" Bila malam payah nak berjumpa dengan anak saya tu, kak. Merayap, menyelinap.."

" Adui..budak jaman sekarang!!"

" Ko bacer je la bila bila masa dia dah tidur..Tak kisah le malam atau siang. Kalau dia terjaga tengok kau baca Yassin sebelah dia tu lagi baguih.."

" Apasal kak?"

" Bagi dia gerun sikit...ko kata je la...Mak baca yassin ni sebab ada orang dah NAZAK. tak boleh nak dibuat apa dah..Kalau dia faham, faham la.."

Kawan aku tergolak besau.

" Biar bonau kak ni !"

Aku pun tergelak juga sambil teringatkan peristiwa suatu masa dulu aku pun pernah di baca Yassin oleh ibuku.
TAKKKKK...aku BUKAN MEROKOK!!
.
.
.
.
..
CUMA DEN NI ada penyakit!
PENYAKIT tak dongar kato!!!


sekian

Friday, December 16, 2011

Hendak seribu daya..

Assalamualaikum..

Tok Mah dan Mak Didik adalah dua nendaku yang aku kenal semenjak kecil lagi.

Tok Mah adalah bonda tiri kepada ayahandaku. Bonda kandung ayahandaku telah meninggal dunia sewaktu ayahandaku berumur sekitar belasan tahun. Jadi aku hanya kenali Tok Mah sebagai nenda sebelah ayahandaku. Tok Mah lah yang menyambut kelahiranku sewaktu aku dilahirkan di rumah datuk sebelah ayahandaku.

Mak didik pula adalah nenda sebelah ibuku. Dia lebih mesra dipanggil MAK DIDIK. Asal usul kenapa dipanggil begitu, aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, mak didik cukup gigih mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal semenjak berumur 40 an lagi. Membesarkan 10 orang anak dalam kehidupan yang cukup susah. Memikul tanggungjawab dalam keadaan yang serba tiada.

Tok Mah, bagiku lebih bertuah berbanding mak didik.
Tanah dan harta peninggalan arwah datuk ku serta arwah suaminya yang sebelum itu agak banyak jadi Tok Mah lebih berharta jika dibandingkan dengan Mak Didik.
Seingat aku Tok Mah juga bernasib baik kerana anak anak dengan suaminya sebelum datukku lebih 'MENJADI' dan kehidupannya lebih selesa selepas ketiadaan datukku walaupun pekerjaan utamanya ialah mengerjakan sawah sahaja.

Mak didik pula agak kurang bernasib baik. Kesusahan hidup dan tidak berharta ditambahkan lagi dengan anak anak yatim yang terpaksa dijaganya begitu menyulitkan keadaan.

Biar bagaimanapun keadaan kehidupan kedua dua nendaku ini, akhirnya sampai juga mereka ke tanah suci Makkah.

Tok Mah sudah tiada.
Begitu juga dengan Mak Didik.

Pemergian Tok Mah ke tanah suci Makkah rupa rupanya sekaligus mengakhiri perjalanan hidupnya. Tok Mah pergi ke Makkah dalam tahun 1982 semasa aku di dalam tingkatan 3. Dia sihat walafiat sewaktu itu tetapi Allah lebih Maha Mengetahui ke atas sesuatu perkara lantas dijemput Tok Mah terus mengadapNya sewaktu Tok Mah masih berada di Madinah.

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda :-
"Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah)". Hadis riwayat Muslim.


Moga moga beruntunglah Tok Mah ku itu...InsyaAllah.

Kehidupan Mak Didik di dunia ini juga telah berakhir.
Biarpun mengharungi kehidupan yang kurang selesa namun rezeki untuknya ke Makkah tetap ada.
Kadang kadang aku kagum dengan Mak Didik. Biarpun miskin dan buta huruf tapi masih berusaha untuk berdikit dikit menyimpan duit untuk menjadi tetamu Allah. Akhirnya dia dapat menjadi tetamuNya sekitar pertengahan tahun 1980an.
Pekerjaannya hanya menoreh getah, membela ayam dan kambing, menjual hasil kampung seperti buah limau nipis, tempoyak dan durian. Dan dengan duit hasil titik peluhnya itulah yang membawanya menyahut panggilan Allah ke tanah suci.

Hmmm..

Wahai teman..lihat diri kita.
Kita mempunyai kehidupan yang selesa.
Rumah besar.
Ada kereta.
Kemudahan sana sini.
Sudahkah kita redho dengan apa yang ada?
.
.
.
.
Benarkah kita berusaha bersungguh sungguh untuk menjadi TETAMUNYA?
Melengkapkan diri dengan rukun ISLAM ke 5?
.
.
.
hendak seribu daya...


sekian

Friday, December 09, 2011

Lu siapa??

Assalamualaikum,

" Lu siapa nak suruh gua sembahyang sembahyang ni. Mak bapak gua pun tarak ambik kisah gua mau sembahyang ka, tak mau sembahyang ka..Lu apa peduli ?!"

Jawapan sebegini mungkin adalah jawapan yang pernah anda berikan kepada mereka yang mengajak anda bersolat bersama.
Jawapan seumpama ini juga mungkin pernah ada dengar ketika anda mengajak kawan kawan di sekeliling anda untuk solat.
Jawapan seakan akan ini juga mungkin akan anda perolehi ketika berada di kampung bersama saudara mara atau ketika anda berada di pejabat bersama teman teman sekerja atau ketika anda berada di pasaraya membeli belah dengan teman teman 'kaki shopping'!!

Mungkin jawapan yang diberikan tidak sekasar yang di atas itu tapi maksudnya tetap sama.
Orang yang anda ajak untuk menunaikan solat enggan melakukannya bersama.

Dalam satu majalah Solusi terkandung satu petua :- " Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solatnya"

Orang Islam yang ingin memperbaiki diri, perlu baiki hati dan mulakan dengan memperbaiki solat.

" Solat itu adalah tiang agama"
" Solat dapat mencegah diri daripada melakukan kemungkaran"

Perbaiki solat bermaksud teliti semula bagaimana kita bersolat.
Adakah kita fahami atau tidak falsafah solat itu?
Kenapa disuruh menutup aurat ketika bersolat?
Kenapa kita wajib berwudu' terlebih dahulu?
Kenapa kita mesti menyucikan diri tanpa hadas kecil atau hadas besar?
Kenapa solat tidak boleh didirikan sekiranya tempat bernajis?
Apa bacaan yang perlu dibaca ketika solat?
Cukupkah kefahaman kita tentang bacaan yang dibaca?
Kyusukkah kita?
Kenapa perlunya solat sunnat ditunaikan?
Kenapa perlunya kita melakukan solat secara berjemaah?
Kenapa perlunya kita menunaikan solat menepati waktu, tidak bertangguh tangguh?

Wuisssshh...berapa banyak soalan yang bermain di kepala hanya berkitar pada rukun Islam yang kedua ini!!

Nampak macam bodohkan bila soalan soalan begini datang bertubi tubi?

ALAHAI..nak solat, solat je la..Apahal pulak nak tanya tanya soklan..

Dahhhhh...kata tadi nak khusyuk.
Kata tadi nak berubah jadi baik....
Kata tadi nak mencari redha Allah...

Bukankah solat TIANG AGAMA?
Bukankah solat dapat mencegah diri dari kemungkaran?
Bukankah solat juga ADALAH AKTIVITI yang dilakukan ketika mana kita berada di mana mana saja sebaik diseru laungan AZAN?

BUKANKAH ITU JUGA CARA KITA MENJAWAB atau MENYAHUT PANGGILAN ILAHI???

Ingatlah bahawasanya ALLAH memanggil kita dalam 3 panggilan.
1. untuk menunaikan solat
2. untuk menunaikan haji
3. untuk menghadapnya nanti....dan ketika itu roh akan meninggalkan jasad.


sahutlah dengan syahdu panggilan PERTAMANYA itu.
sahutlah dengan hati yang tenang.
sahutlah dengan hati yang terbuka.
.
.
.
dan bergembiralah jika anda sudah dapat menunaikan FARDHU SOLAT secara sempurna!!

Anda telah bersama sama mendirikan agama dengan menegakkan TIANGNYA. Alhamdulillah...

sekian

Wednesday, December 07, 2011

Balik kepada asas..




Assalamualaikum,

Seorang petani ingin menanam sepohon pokok rambutan di kebunnya.
Dia akan meninjau keadaan tanah kebunnya.
Dia akan menyelidiki terlebih dulu keadaan tanah tanih di kebunnya.
Satu keperluan untuk menyelidiki dan mengetahui keadaan tanah tanih kerana pengetahuan ini akan berupaya menghasilkan pokok rambutan yang subur dan mengeluarkan buah yang baik.
Untuk menghasilkan pohon yang baik maka tanah mesti subur dan bergaram galian yang sesuai, perlu ada air dan saliran yang baik, perlu ada cahaya matahari yang mencukupi.
Pendekata, penghasilan yang baik memerlukan asas yang baik.

Menjana model insan..beerti cuba menghasilkan insan insan yang berakhlak mulia yang dapat menggunakan akal fikiran yang baik dan dapat menapis perkara perkara yang buruk.

Manusia ada akal tapi ramai yang tidak dapat menggunakannya dengan baik lantas sering melakukan perkara mungkar dengan sewenang wenangnya. Membunuh, mencuri, minum arak, berzina, berfoya foya...dan adakalanya berperangai lebih buruk dari binatang dan ini bukannya seorang manusia yang layak dipanggil INSAN sebaliknya hanyalah layak dilabelkan sebagai ANNAS - satu bentuk manusia yang berakal tapi tidak dapat membezakan antara perkara yang dilarang Allah dan perkara yang disuruh Allah.

Walaupun kedua dua perkataan ini yakni INSAN dan NAS bermaksud manusia tetapi terdapat perbezaan yang cukup besar di antara keduanya. Dan hanya PENGHIJRAHAN yang dapat membezakan di antara dua kelompok manusia INSAN dengan manusia NAS.

Sekiranya seorang pemuda Mu'min inginkan keturunannya menjadi manusia yang bergelar INSAN, dia tidak akan sewenang wenangnya memilih pasangan hidupnya secara semborono. Dan seorang pemudi Mu'minah juga tidak semudahnya menerima sebarangan orang untuk memimpinnya dalam melayari bahtera rumahtangga.

Seorang pemuda yang baik pastinya mengharapkan pasangannya nanti dapat menjaga anak anak dari benihnya agar terus menerus memiliki akhlak yang mulia sekaligus membentuk manusia yang bergelar INSAN. Anak yang menjadi model INSAN ini dikandung, disusui, dipelihara, dididik, dibelai oleh pasangannya agar nanti segala tanggungjawab itu tidak dipersoalkan dan dituntut di akhirat kelak.

Soalnya sekarang apakah diri kita ini sudah menjanakan diri sendiri, diri keluarga, diri masyarakat untuk menjadi MODEL INSAN?

Betapa ramai pemuda di luar sana yang mengambil isteri dengan hanya melihat dari satu sudut kategori saja yakni KECANTIKAN LUARAN lantas selalu alpa untuk menyelidiki KECANTIKAN DALAM. Perangai buruk bakal isteri selalu diabaikan. Akhlak yang tidak senonoh diketepikan dahulu kerana menyangkakan pasangannya nanti dapat dibentuk di kemudian hari. Tapi didikan dan tarbiyyah dari si suami rupa rupanya hanya sebuah impian yang tidak kesampaian dek kerana si suami juga kesibukan mengejar habuan untuk dunia.

Rumahtangga yang diharapkan menjana MODEL INSAN hanya tinggal harapan. Isteri tidak terdidik. Anak tidak terjaga malah betapa ramai ibu ibu hari ini yang lebih mengutamakan jagaan kecantikan bentuk badan untuk dipamerkan pada 'ayah ayah' anak lain dari ayah anak sendiri!
Betapa ramai juga isteri isteri yang keluar rumah dalam keadaan menghairahkan suami orang lain dari menaikkan syahwat suami sendiri!
Alangkah malunya bila si suami seakan redho dengan si isteri yang berakhlak seperti MODEL ber'jenama dan berlabel' ini.
Bayangkan MODEL KELUARGA sebagaimanakah yang akan dijanakan oleh pasangan seperti ini?

Mungkin entri ini kelihatan begitu menghiris hati tapi bagiku tidak terlambat untuk mana mana individu atau pasangan suami isteri atau keluarga untuk sama sama BERHIJRAH. Bagiku perkara asas sebegini perlu diketahui oleh setiap manusia yang ingin bergelar INSAN...dan pengHIJRAHAN satu satunya tuntutan untuk itu. Moga PENGHIJRAHAN akan membuatkan diri dan jiwa merasa lebih tenteram dan tenang terutamanya jika ingin dijemput menjadi TETAMU ALLAH.

sekian

Tuesday, November 29, 2011

Layakkah aku menjadi tetamuNYA?

Assalamualaikum,

Hati yang sayu sering menemani diriku kerana mengenangkan diri yang tak punya apa apa selain anak anak yang dilahirkan tahun demi tahun.

Wang simpananku tidak pernah ada.

Semua perbelanjaan sara diriku, anak anak dan keluarga datang dari gaji bulanan suami.
Wang untuk perbelanjaan ke sana ke mari semasa bercuti juga datang dari poket suamiku.

" Saya teringin nak ke Mekah..tak kira samada untuk menunaikan haji atau umrah" aku suarakan hasrat hati suatu hari pada suami.

Airmataku selalu mengalir ketika menonton siaran langsung yang dipancarkan dari Masjidil Haram tak kira samada ketika solat sunnat tarawih atau solat sunnat hari raya apatah lagi siaran langsung dari Arafah yang menayangkan jemaah haji di sana.

" Duit kita cukup cukup jer untuk perbelanjaan hari hari " itulah jawapan yang sering diberikan oleh suamiku.

Dan ianya seolah olah satu jawapan muktamad dan aku akan diam menyimpan hasrat yang tidak pernah terpadam.
.
.
.
.
.
.
Ini hanyalah satu entri permulaan bagi aku memulakan penulisan mengenai perjalananku dalam menyahut seruanNYA.

Penulisan adakalanya tersekat dek kerana sayunya hati untuk meluahkan apa yang tersirat dalam hati lantas apa yang ditulis akan di padamkan.
Kalimah hati adakalanya tidak selari dengan bait bait yang dirangkaikan dan ianya kelihatan pincang dan kaku kerana tiada roh di situ.

Aku ingin menulis dengan jiwa dan bukan sekadar memaparkan penulisan yang hambar dan tidak bernyawa..jadi fahamilah kawan kiranya penulisanku adakalanya kelihatan seperti orang yang meracau dan merayau..berdebu dan berhabuk atau mungkin hapak dan haprak seakan akan menggambarkan keadaan mereka yang berjalan kaki tak berkasut dari Makkah ke Arafah..
.
.
.
kerana perjalanan mencari keredhaanNya bukanlah seperti berjalan dan bersiar, melancong atau melencung di Kota New York, London, Paris atau Chicago..

sekian

Wednesday, November 23, 2011

Satu perjalanan..


Assalamualaikum,

Perjalanan menuju bumi barokah cukup mengharukan.
Ianya bukan sekadar perayauan fizikal tubuh badan tetapi yang lebih penting perjalanan rohani dan jiwa yang mengharapkan keredhoan Ilahi.
Persediaan untuk ke sana bukan sekadar persediaan kesihatan diri dan keperluan fizikal tubuh badan tetapi jua pengisian rohani agar jiwa terisi dan tidak kosong.

Walaupun secara mata kasar bekalan untuk fizikal tubuh badan penting tetapi kiranya roh dan jiwa tidak mempunyai bekalan yang betul betul mantap maka akan rugilah diri yang mengharap keredhoan Ilahi.

Terlalu banyak konklusi serta rumusan yang boleh aku simpulkan dari perjalanan fizikal dan rohaniku ini. Cuma samada aku berupaya menzahirkannya dalam penulisan, aku pun tidak tahu. Aku tahu aku perlu berkongsi pengalaman dan rumusan rumusan itu tapi aku mungkin tidak berupaya menyatakan apa yang bermain di kepalaku. Mungkin aku takut kalau kalau rumusan itu disalahertikan lantas menyesatkan yang lain. Atau mungkin aku takut ianya kelihatan terlalu berat untuk dipikul oleh individu lain. Tapi yang pasti perjalanan ku itu sebenarnya satu jihad bagiku...bagi tubuh badanku secara fizikalnya serta juga perjalanan yang indah buat rohaniku.

Dan aku kira tidak salah sekiranya aku paparkan di sini satu lakaran sajak yang dapat aku ukirkan semasa di sana :-

" Ku titipkan rasa rindu di langit luas bebas tak berawan..
Kerdipan bintang yang menemani rasa sayu yang menggigit jiwa..
Angin sejuk dari bukit menyapa lembah,
apakah mungkin dapat kufahami perkhabaran dan berita..

Di sisiku bisikan bacaan quddus memuji Ilahi..
Aku di sini duduk berfikir kenapa diri ini dicipta
dan jalan mana yang dapat kususuri nanti..
Kanan atau kiri..
maju dengan masa yang tidak mengenal erti undur..

Penciptaan manusia yang pelbagai rupa bentuk, warna dan bahasa..
Di jemput menjadi tetamuNya

Dhuyufurrahman...satu jemputan yang tiada tandingan..

Dan mereka menyahut jemputan itu
Seorang demi seorang
dan datang berbondong bondong
dan bergerombolan

Oh..janjiNya sangat benar..
"Labbaikallahumm malabaik..labbaikala syarikala kala baik.." sahut mereka.
Menepati waktu dan tempat dan ....
satu peristiwa besar tercipta!
Menzahirkan apa yang termaktub dalam KalamNya!

sekian

Thursday, August 25, 2011

Ittaqullah...

Assalam,

Kalimah 'Ittaqullah...' sering berkumandang sewaktu khutbah Jumaat.

Menyeru insan supaya takutkan Allah dengan sebenar benar takut.

Mengharapkan belas kasihanNya kerana Dia adalah Tuhan dan kita adalah hamba.

Tapi setakat mana kalimah BERTAQWA itu meresap masuk dalam jiwa.

Setakat mana diri kita takutkan pencipta?

Apakah kalimah amaran itu sekadar masuk telinga kanan dan mengalir keluar melalui telinga kiri.

Tidak sedikit pun bertapak dan berkesan di hati.

Kita terus menerus melakukan dosa tanpa ada rasa segan silu pada Pencipta yang MAHA melihat setiap perbuatan.

Kita lafazkan taubat di malam hari tapi di siangnya kita menokok kembali dosa.

Kita berharap keampunan Allah tapi kita tidak mencampak jauh perbuatan yang menggamit dosa.

.

.

.

Apakah kita bangga dengan dosa dosa yang berdaki pada diri?

Dosa dosa biarpun kecil jika dibiarkan dan ditokok tambah tanpa ada rasa ingin bertaubat akan menimbulkan kegelapan pada hati. Hati akan bertitik hitam..bertambah dan membesar melitupi hati dan semakin hitam menjadi seumpama bontot kuali yang tidak pernah bercuci setiap hari. Hati akan menjadi keras dan pemilik hati akan semakin jauh dari Allah dan menjadi terus seronok dan gembira melakukan kejahatan. Lantaran itu menjadikan dirinya lemah dan imannya semakin terkikis dari jiwa.

Sabda Rasulullah SAW,

" Sesungguhnya orang mukmin itu apabila berdosa akan meninggalkan titik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat dan berhenti melakukan dosa serta memohon ampun terhapuslah titik hitam itu dari hatinya dan jika dia menambah dosa maka titik hitam itu bertambah besar. Itulah noda yang disebut Allah dalam Kitabnya"

Dosa dosa juga menyekat keberkatan rezeki dan sesiapa yang meninggalkan diri dari berbuat dosa nescaya Allah akan membuka jalan rezeki buat dirinya.

Firman Allah ( At-Thalaq : 23 ) yang bermaksud,

" Barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka Dia akan memberinya jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka sangka "

Jadi, kepada yang merasa tersesak dalam apa jua keadaan hendaklah bertaubat dan berhenti dari berbuat dosa kerana mungkin perbuatan dosa itu menyebab terhimpitnya rezeki dan kembalilah kepada suruhanNya serta tinggalkanlah segala laranganNya mudah mudahan dipermudahkan Allah segala urusan.

Taubat adalah satu cara menuju keampunan Allah, menyingkirkan perasaan yang bergejolak yang ditimbulkan oleh oerbuatan yang bertentangan dengan nilai moral, sosial dan rohani.

.

.

.

dan Taubat itu WAJIB hukumnya ke atas setiap orang yang berasa berdosa dan merasa takut akan sisksaan Allah azza wajjala.

" Wahai orang orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat Nasuha. Mudah mudahan Tuhanmu menghapuskan dosa dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai sungai.."

At Tahrim : 8

Tidakkah Ramadhan ini satu kenikmatan dan kurniaan???

Allah menunggu nunggu taubat dari hamba hambaNYA...

sekian