Thursday, August 27, 2009

Jamukan mereka waktu berbuka puasa..

Salam,

Aku sebenarnya tak da lah rajin sangat dalam arena masak memasak ni. Kalau hari hari lain memang aku lebih banyak membeli daripada membuat sendiri...terutamanya di waktu tengahari kerana faktor masa dan anak anakku nak ke sekolah dan balik dari sekolah.....takut kelaparan!

Tetapi dalam bulan Ramadhan, aku memang serta merta jadi rajin..ha ha ha..(diperakui oleh suami dan anak anak jua)

Ada beberapa faktor yang mendorong kerajinan aku untuk ke dapur.

1) Faktor perut lapar : rupa rupanya berlapar ni membuatkan fikiran kita lebih tajam. Kita jadi ringan tulang. Idea lebih banyak sewaktu begini especially dalam memikirkan resepi resepi ..he he he ( ni bagi orang DAPUR la kan...)

2)Faktor masa : sewaktu Ramadhan aku boleh concentrate nak masak dalam satu masa sahaja. Tak perlu nak masak sarapan, tengahari, petang dan malam!!...Tu yang membuat aku jadi LEGA tu..Aku hanya perlu masuk dapur waktu pukul 3 petang dan tumpukan untuk masak waktu berbuka..Makan sahoor?? Ala kadar..Nasi besar separuh tapak tangan dan telur goreng mata kerbau pun adakalanya dah mencukupi!!

3)Faktor pahala ; ganjaran kepada mereka yang memberi makan orang yang berpuasa adalah berganda..itu untungnya jadi tukang masak bagi orang yang berbuka puasa. Di rumah aku ada 8 orang yang berpuasa..takkan aku nak bagi YUSOF TAIYOOB je pahalanya kerana KURMA nya itu adalah jamahan pertama seluruh anggota keluargaku.
Di mana SYER aku? Aiseh man...sikit punya ramai anggota keluarga yang berbuka ini takkan aku nak bagi kat MAKCIK/ADIK MOLEK/ABANG Roti JOHN pahala pahala itu...
ho ho ho..
aku kena TAMAK bab bab ni kan??
Rebut peluang ketika MASIH ADA!!
Mana tahu..kut kut Ramadhan akan datang aku tak mampu lagi nak hidangkan juadah untuk keluarga..
entah ada entah tidakkkkkkk....
ohhhh...

ada BETUIII ka???

sekian

12 comments:

Unknown said...

salam kak...waaahh rajin akak masak2 ek.. kite bulan pose ke tak bulan poser ker sama jek kadar kemalasannyer nak masak..hihihihihi

ASH said...

lelasz,
kena ada semangat berkobar kobar sikit..GRAB the pahala!
Anggapkan Ramadhan akan datang tak jumpa..anggap jer..harap harapnya masih ada laaa..

ibundo said...

betui..betui..
time bulan pose ni anak aku nak yang sedaaappppp je.

Insyirah said...

Dalam bulan puasa ni juga saya dapat grab banyak resepi daripada kakak-kakak blogger. Kekeke :)

kucingorengemok said...

ada 1 ustazah ckp kat radio ikim - ibu² jgn sibuk sgt masak sahur, masa masak sahur tu lebih patut diisi dgn mengaji dan solat malam...

iye ke? bukan utk org ppuan, sediakan makanan utk suami & anak² lebih utama?

Nizam.Ariff said...

Ashley, KOG: memang betul, kena utamakan perut para suami/lelaki... cepat, meh masak untuk aku... hahaha


Tapi ada gak pendapat, tanggung jawab memberi makan anak isteri jatuh kepada suami. The extension to 'beri makan anak isteri' termasuk memasakkan utk mereka atau kalau malas memasak, belikan untuk mereka ATAU sediakan pembantu untuk memasak. Kalau isteri memasak, itu kira tolong tapi bukan tanggung jawab, tanggung jawab isteri adalah melayan & menjaga suami , anak-anak dan harta benda.

Itu first time aku dengar dari mulut kawan. Entah mana punya pendapat aku tak tau. Betul ke?

ASH said...

Kakpah..
anak anak yang nak bersedap sedapan tu kalau dapat hulurkan tangan lagi bagus!!

ASH said...

Insyirah,
ko dapat pahala kutip resepi..tapi jangan simpan jer ILMU tu!!

KOG,
kalau dapat dua dua lagi bagus..
pandai pandai la bahagikan masa.
mengaji quran semuka surat, PERANGAT makanan sekejap, sahur..pergi subuh kat surau pastu..balik mengholoh sekejap..bangun..pastu solat sunat dhuha..pastu ngaji..pastu kemas ghumah..pastu tengok internet...weii...hai..kalau semuanya diniatkan untuk IBADAH, semua dapat pahala!!
he he he..tak gitu?

ASH said...

Nizam,
betui la tuuu..sebab Rasullullah pun memasak dan menyelengarakan rumahtangga.

Tapi masak, kemas rumah dan sebagainya yang dibuat oleh orang pompuan itu jika datang dari kasih hati seorang isteri akan dapat pahala yang berganda..
cumanya jangan para suami ambik kesempatan, peluang dan lepas tangan..

hidup berumahtangga kan ada GIVE AND TAKE?!!

wahhh..
dah jadi ADVISOR rumahtangga pulak aku nih!!
ngeh ngeh ngeh..

Insyirah said...

Betul la tu bro.Nizam. Saya pernah dengar ceramah seorang ustaz, dia kata, memasak dan mengemas rumah itu BUKAN tanggungjawab isteri. Seingat saya, ustaz tu kata ia adalah belas ihsan seorang isteri. Tapi para-para isteri pun tak boleh juga nak mengambil kesempatan utk tidak membuat apa-apa kerja rumah walaupun ia bukan tanggungjawab.

addyaholix said...

diskusi yang bagus. boleh buat forum perdana ni kak. ajak bang nizam bagi ceramah. baru saya perasan yang dia ni ada bagusnya jugak kan? haha!

saya tunggu orang masak. harap saya masak? sampai matilah kak. haha!

ASH said...

Insyirah,
esok esok pepandai jadikannya sebagai alasan yang bagus...
ha ha ha

addy,
abang Nizam ko tu saja tak nak BUKA kitab KUNING!!
kut tak larat ko nak dongar dia ceramah kang..

...agak agak bila nak jumpa orang yang dapat masak kat ko tu hah?