Sunday, August 16, 2009

Funduq vs Pondok

Salam,

Shhhh...orang yang tahu bahasa Arab mesti senyum senyum jer..
Ya laaa..korang belajor bahasa Arab.

Macam aku ni, nama je AGAK pandai baca Al-Quran..tetapi Bahasa Arab sekadar tahap TADIKA jer....


he he he

setakat wahidun = satu, ithnani = dua tu, boleh la kan..


Kut tak tahu, aku ada banyak tempat rujukan..
1) cik abang tersayang
2) anak anak tercinta
3) adik adik terloveleey



Hah!



Waktu tahun 2001, aku berjaya juga sampai ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.
Sebelum tiba di tanah suci Mekah, kami singgah di Jordan dahulu kerana menaiki Royal Jordan.
Sewaktu persinggahan kami di Jordan, kami bermalam di sebuah FUNDUQ.


FUNDUQ?? PONDOK??
hah?..


Kalau orang yang tak tahu bahasa Arab macam aku ni bila sebut BERMALAM di FUNDUQ, sah la susah hati..
Apasal lak nak tidor kat pondok di JORDAN ni..

Teruk sangat ke negara ni sampai depa nak boh kita kat PONDOK?
he he he he..

kengkawan..
yang BUTA BAHASA ARAB macam aku,

Meh sini nak habark mai..
FUNDUQ bermaksud HOTEL/Tempat Penginapan..
Jauh beza kan makna sebenar dengan perkataan yang diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu, PONDOK?


Gambaran PONDOK di kepala aku ialah sebuah rumah kecil beratap nipah yang selalunya di dirikan di pinggir sungai atau di tepi laut..
Usang..Sepi..dan SUNYI.

Cuba tengok FUNDUQ ALIAH ini..
he he he

ERRR..sejak bila adik aku jadi tuan EMPUNYA hotel nih?

Hotel Alia ini sesuai untuk penumpang yang sedang transit kerana ianya berdekatan dengan lapangan terbang.



Dah cerita pasal singgah di Jordan, biarlah aku post sama dua tiga keping gambar..

Gambar kat bawah ni di Laut Mati.
Nak pergi Laut Mati ini kena lalu KARAK..
Karak, PAHANG?
he he he..
Di Jordan pun ada KARAK..berbukit bukit dan berbiku biku macam KARAK kita la jugaknyaa.. Sobonarnya Chek ngandung time pergi nih.
Chek ngandung anak nombog NAM.

Masuk bulan ke enam juga kandungan chek tu?
Waktu kastam Jordan cek tubuh badan kat airport, dia ghaba peruit chek..

Dia tanya, "HAMIILL??"

Chek kata la, "NAAM"

Pandai kan cek cakap ARAB?


he he he

Had yang kat bawah ni pulak gambag Chek ngan Tok mertua CHEK.
Dia pun pi gak la sekali.
Comel kan Tok Manis?
Maneeehhhh ja muka dia!

'Manis' tu nama dia lah!!
Ishhhh!!



Had yang ni pulak gambark kami depan FUNDUQ di Mekah pulak..


habeh cerita..


p/s sebenagnya Tok Manis dah tak berapa laghat sikit hari ni..
Umur dia dah nak masuk 82 dah..

Aku saja nak post gambag ni 'BUAT KENANG KENANG'
( perkataan yang digunakan Tok Manis)


sekian.




5 comments:

tasekM said...

kamu diraba kak? ko rela yek? hehehehe...


:p

ASH said...

TM,
Yang diraba tu KASTAM POMPUAN..harap maklum ha ha ha

ASH said...

ooopppss..MERABA!!

kucingorengemok said...

ada cite thn 80-an org negara mana tah dtg msia nak belajar ckp melayu, apa kabar? malaun yg ajar dia suruh kata, boleh raba-raba? hahaa... teringat...

mmg comel la tok manis :)

ASH said...

KOG,
ha ha ha..
Kalau yang tanya tu Mat Bangla pada isteri tokey, alangkah malang nasibnya!