Monday, August 24, 2009

Apa yang mereka sedang buat tu?

Salam,

Sedar dari mimpi pagi tadi, aku lantas mandi dan bersiap siap untuk ke sekolah. Kalau berlama lamaan di rumah pun nanti LOLAP juga lagi. Jadi untuk tidak terus TIDURRRRRR maka aku berazam untuk membuat sesuatu yang lebih bermenafaat. Yang lebih bermakna dan terisi!

Jadi aku bawa netbook aku dan projector aku nih bersama sama..

Jeng jeng jeng..

Sebenarnya dalam fikiran aku, ada kerja yang mesti diselesaikan dalam cuti sekolah ini.
APA DIA?
Persediaan untuk Hari Graduasi AULAD nanti.

Bagi Aulad Perdana, kami akan mempersembahkan sebuah Nasyid bertajuk "ANIMALS".
Dalam nasyid kami itu terdapat 12 binatang yang akan berbunyi bunyi..
he he he..
Untuk membuat costume, adalah rumit dan menelan belanja yang agak besar jadi aku cadangkan supaya 12 binatng ini dilukis sahaja gambarnya di atas manila kad.
.
.
.
tut..tut..tut..
alahai..sms dari tepun pulak bunyi...
errrr..
sms dari BANK ISLAM...
GAJI DAH MASUK...
yipeee..hei katalah Alhamdulillah!!
ni selingan sahaja ye..sekadar GANGGUAN dalam penulisan ini.
.
.
where are we?
.
.
Cadangan aku ialah gambar 12 binatang ini dilukis besar besar di atas Manila kad dan akan digantung di leher 12 anak anak Aulad sewaktu mereka bernasyid nanti.

12 GAMBAR BINATANG?
Banyak tu..
siapa yang nak lukis lawa lawa dan cantik cantik?
.
.
.
Kut tak lawa nanti?
Kut harimau rupa cam gajah..
Tikus macam lembu lak nanti?
hah..siapa yang susah..

Jadi perkara yang sebegini ..jangan pening pening.
Komputer ada, projector ada.
Gambar gambar tu dalam thumbdrive jer.
Kalau tak ada, cari dalam internet. Apa nak susah kan?


So di bawah ini adalah caranya..
Cikgu berdua ini sedang trace gambar seekor kambing BESAR yang
diPROJECTkan ke atas sebuah manila kad!!
amacam??
mudah tak keghojer..

Selesai cikgu cikgu men 'trace' lima ekor binatang,
kita kasi can anak anak daycare untuk belajar ABC sekejapppp..
kasi mereka happy la.
cuti cuti kena dok kat sekolah..
kan?
tak ramai ada empat orang jer hari ni.
sekian.

4 comments:

Nik Ha said...

Kreatif teacher ni. Patut Qaiyum bgtau teacher hidayah dtg buat kerja kat komputer. Dia tgh sakan nyanyi 'tanya sama pokok apa sbb goncang...bla..bla..(part akhir)..tanya pada cikgu apa itu cinta..bla..bla..Allah..bla..bla..(tak jelas pekebenda..he..he..)Aik, ada 'cinta' pulak dlm lagu br ni..he..he..

Dia tanya kenapa org tak dtg, ummi jwb sbb tak bljr, kwn2 dok umah sbb ada bibik, kita takde bibik kena gi sekolah..hi..hi..

ASH said...

Wah..itu lagu baru tu!
Cikgu tak ajar cam gitulah..

Last part tu cam gini...
"Tanya pada cikgu, siapa yang MENCIPTA,
Nanti jawab cikgu, Allah yang ESA!!"

Maknyer dongar "CIPTA" jadi "CINTA" lak!!haiiihh..
he he he he

Nik Ha said...

He..he..dah agak cipta tu tp dia sebut cinta, ke ummi yg salah dgr..ngeee..

ASH said...

Biasa lah Ha, budak baru belajorr..