Friday, September 25, 2009

Yang ditinggalkan..

Salam,

Aku tidak tahu kenapa emak biarkan reban ayam ini.
Reban yang suatu masa dulu meriah dengan penghuni penghuninya yang beranika rupa dan jenis.
Kini ia bagaikan terbiar sepi. Samada menunggu penghuni baru atau terus dibiar mereput ditelan masa.

Suatu ketika dulu rumah kecil ini berpagar besar. Berjaring tinggi. Penghuninya terdiri dari 80 ekor ayam kampung dan ayam daging berbagai rupa. Ada juga sepasang ayam belanda yang berwarna kelabu. Ianya dihuni juga sepasang ayam sutera berwarna putih. Kecil seperti ayam katik tetapi mempunyai bulu yang begitu cantik. Kokokan ayam jantan sutera itu nyaring dan halus seperti kokokan ayam jantan muda biasa yang baru PECAH suara.
Reban yang dikelilingi jaring ini juga didiami bersama sepasang ayam TURKEY yang mempunyai jantan yang garang. Tapi si Turkey jantan selalu ingin menguji kejantanannya dan sering mengepak berlawan dengan ayam jantan Pak Awang seberang jalan.

Saban hari mahu sahaja dia menyeberangi jalan untuk ke sana. Hinggalah nyawanya berakhir apabila dilanggar sebuah lori beroda lapan. Si Turkey betina mula sugul dan sering menyendiri dan akhirnya hilang. Mungkin dimakan ular sawa atau dibelit tenggiling atau dimakan musang...atau dilarikan orang entah ke mana.

Reban kecil berpagar besar ini begitu ramai penghuninya suatu ketika dahulu. Ianya juga tempat tinggal sepuluh ekor itik yang riuh rendah berkawan kawan. Setiap pagi itik itik ini perlu diberi makan kerana merekalah yang paling kuat makan di antara sekelian penghuni di situ. Mereka juga yang paling riuh rendah. Setelah diberi makan pagi, itik itik ini perlu dibebaskan keluar dari pagar reban untuk mereka bermain air, berenang renang sehingga petang di anak sungai belakang rumah ayahbondaku.
Biarpun mereka penghuni yang riuh rendah serta kuat makan, mereka juga penyumbang telur terbanyak setiap hari. Dari sepuluh ekor itik ini hanya 3 sahaja yang jantan. Dan tujuh ekor itik betina ini berjaya memberi sumbangan sekurang kurangnya 4 atau 5 biji telur sehari.

Bayangkan betapa banyaknya telur masin yang berjaya dizahirkan dengan telur telur itik itu.

INI semua sekadar kenangan yang bermain dalam kotak memoriku. Aku luahkan ia dalam entri ini mengimbaunya kembali. Kenangan itu datang apabila terlihat rumah kecil yang tidak berpagar jaring lagi. Rumah kecil ini sudah tiada penghuninya lagi. Penghuni penghuni dulu mungkin telah menjadi hiburan di alam lain..
Mungkin..
Dan rumah kecil itu akhirnya telah mereka tinggalkan..
.
.
begitu saja.

sekian

7 comments:

DrSam said...

mana pergi semua penghuni reban tu? Dah dapat rumah kos rendah ke?

ASH said...

Dr sam,
Sebenarnya either way.. mereka mungkin telah direndang, digulai, dipanggang..
atau juga digherkah, disiat, dilapah..

Yang pastinya mereka dah berada di alam LAIN..
he he he.

Nizam.Ariff said...

Eh, pelik pulak rasanya...



Kak, tenggiling makan ayam ke?

Bukan ke tenggiling makan semut je?
Ish..ish..ish, spesis tenggiling baru kut ni...

aza ni said...

apa kata ash sambung balik usaha terbak ayam...ni...

ASH said...

Nizam,
ayat itu menyatakan beberapa kemungkinan..( mungkin dibelit tenggiling..he he he)

Tuan punya ayam tak tahu ke mana pergi ayam TURKEY betinanya..

.....lintasan hati paling kuat, ayam TURKEY betina tu kena kebas orang sebab selalu merayap bersendirian..

azani,
zaman zaman penularan pelbagai jenis selsema ni, nak bela ayam?
.
.
.
hmmmm biarlah reban itu tinggal kenangan.

Encik H said...

terimaginasi ada kat kampung, duduk menatap 80 ekor ayam terkurung..memang nostalgik..

ASH said...

haha

kalau masuk reban, jangan lupa keluar tau!
dan jangan terantuk!