Wednesday, September 16, 2009

Bersolat raya di Chicago

Salam,


Hanya beberapa hari saja lagi, kita semua akan menyambut Eidul Fitri. Kalimah takbir akan bergema di seluruh pelusuk dunia. Bukan sahaja di negara kita bahkan juga di negara negara lain seluruh dunia..hatta seluruh alam.


Pada tahun kedua aku di US, aku berpeluang bersolat raya di Chicago bersama 10,000 ribu umat Islam di sana. Solat hari raya diadakan di Mc Cormick Center yang disewa oleh persatuan umat Islam di bandar itu. Sebenarnya tempat ini merupakan tempat yang selalunya diadakan pameran seperti pameran kereta, computer dan sebagainya ( seperti PWTC). Tapi dalam tahun 1989 itu, umat Islam Chicago berjaya berkumpul untuk menunaikan solat sunat hari raya beramai ramai.

PUNYA la ghamai UMAT ISLAM yang tinggal di Chicago. Berbilang bangsa pula tu..Ada berasal dari Pakistan, Palestine, Iraq, Iran, Africa Selatan, China, Jepun, Korea,.....bangsa kulit putih asal US pun tak kurang hebatnya!!

Memang tak disangka betul!!

Terkejut juga aku pada mulanya.

.
yang menariknya..KHUTBAH hari raya dalam BAHASA INGGERIS ...memang ODD pada mulanya...ialah aku bukan pergi bersolat Jumaat seperti rakan rakan lelaki. Mereka tentu sudah biasa.

Aku perhatikan kaum wanita dari bangsa lain. Kalau orang Melayu suka memakai barang kemas semasa hari raya, bangsa lain pun sama juga. Tapi aku rasa geng geng dari India dan Pakistan memang yang jenis suka memakai perhiasan yang HEAVY HEAVY!
SEJIBIK macam cerita cerita dalm filem HINDUSTAN!!

Yang agak pelik..tapi menarik sebenarnya, ramai dari kaum India ni solat guna sari jerr..Cuma mereka pakai sari dengan baju yang berlengan panjang dan tak nampak perut laa.. Kepala tutup guna kain sari...he he he..(so apa kata aku pakai sari tahun ni untuk solat raya? ada makcik makcik nak JEGIL kat aku tak?)

Kalau Mak Itam chicago lak..ramai yang datang pakai topi..ala ala macam geng Christian nak pergi Church. Depa pakai shawl sekali. ..Fashionable gak la.

Yang mak Iran..biasa la..Dengan Jilbab labuhhh berwarna hitam. tapi kain tu tak berjahit pun. Depa pakai skirt MIDI ngan stokin HITAM pastu cover lagi dengan kain PANJANG tak berjahit tu.

Weii..kalau tengok fashion orang pompuan Islam time tu...memang ternganga!!
Macam macam staillll..
Orang melayu Malaysia, Singapore, Brunei, Thailand, Indon je yang pakai telekung putih.
Yang dari negara lain...WERENA WERENI gituuuu...

Semasa solat di sini tersentuh rasa di hatiku...
ISH..
Agama Islam ni BUKAN kepunyaan orang Melayu sahaja.
Ianya untuk semua!!
dan sepatutnya aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam
Ye memang sepatutnya aku BANYAKKAN SYUKUR...

Alhamdulillah!!!Alhamdulillah!!Alhamdulillah!!

sekian

8 comments:

Nizam.Ariff said...

Akak pulak pakai apa? Baju kurung?


Kalau akak pakai telekung putih, agak-agak dia org tenguk pelik tak?

kucingorengemok said...

oh, orang anti klimaks tu dah komen dulu :p hehe

pakai sari tutup aurat mesti lawa kan

NJ@goboklama said...

ye, umat Islam di mana-mana, pulak tu lepas tengok keajaiban azan di youtubi yg menggambarkan kitaran azan yg tak putus-putus berkumandang di seluruh dunia, lagilah sayu hati & berbangga kerana walau di manapun kita berada, umat Islam bertebaran di muka bumi & sebenarnya kita tetap di bawah lindunganNya, insyaAllah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri utk Kak Ash sekeluarga, semoga dikurniakan kegembiraan yang berterusan :)

addyaholix said...

akak pakai apa pon sure cun kan. muahaha~!

Insyirah said...

Pengalaman yg best tu kak.

Kat Mekah nanti, kita dapat lihat org Islam dari pelbagai bangsa juga. Cuma tak ada baju berwarna-warni mcm akak tengok kat US. Hehe. Yg berwarna-warni adalah kulit mereka...tapi tetap sama-sama org Islam. Alhamdulilah.. :)

Norazah said...

Ashley, thn pertama kat usa dulu, saya beraya di masjid. tp masjid 2 agak kecil jugalak. thn kedua, kami solat aidil fitri kat padang. meriah sungguh dgn malaysian n mostly arabs.mereka mmg friendly, sbb mostly dh kahwin. budak2 malaysian aja yg muda2 dan masih bujang.lucky, thn 88 n 89 2, u cuti. klu x menangis dlm kelas agaknya. family arab ni akan buat pot luck, kita pun join jugalak. Xlah terkonang kg halaman.

ashley said...

Nizam,
Ini adalah second raya aku di US. Aku pergi ngan family Iran yang baik ngan aku tu.
Dia pakai cador..Aku macam aku laa..
Tiba sana pakai telekung. Biasa jer..depa tengok aku pelik?
Itu biasa..

KOG,
Patut aku kena pergi kedai kat kawasan DEVON sana tu..
CARI KAIN SARI!!
iiishhh silap tak buat!

ashley said...

NJ,
ya seronok kalau kita semua boleh bertoleransi di bawah naungan Islam..
selamat hari raya untuk NJ sekeluarga too. Eid Mubarak!!

Addy,
......ishh....
nama pun hippo kiut..

Insyirah,
kat mekah waktu umrah dulu ada dua warna..either hitam or putih!
kalau telekung putih, geng asia tenggara..kalau hitam, geng mak arab!
he he he

Norazah,
Tahun 88 memang waktu cuti.
Tapi tahun 89 tu, tengah PERIKSA akhir semester laaa..
Lepas solat, bergegas ke kelas..ada EXAM!
sebelah petang berpiknik raya ngan geng mak arab.
BEST gak laaa..

I merasa sampai tahun 1990..time ni dah ada HUBBY!!
he he he..
walaupun raya waktu tengah kelas, tapi tak la nak nangis..