Saturday, September 12, 2009

Cegah jenayah..

Salam,


Ini cerita yang diperolehi dari sumber yang sahih...walaupun story ni dah agak lama tapi boleh diambil tauladan dan sempadan serta panduan.


Ceritanya bermula begini:-


Pada suatu hari si ibu dan si anak ingin pergi kota A. Mereka ingin pergi ke kota A dengan menaiki sebuah bas Ekspress.

Setibanya mereka di stesen bas, mereka pun menaiki bas yang telah dibeli tiketnya.

Si anak berumur kira kira 11 tahun manakala si ibu pula seorang wanita pertengahan umur.

Si anak merupakan seorang kanak kanak perempuan yang agak comel tetapi pendiam dan pemalu.


Apabila kedua duanya telah berada di dalam bas bersama sama dengan penumpang yang lain maka naiklah seorang peminta sedekah ke dalam bas itu. Peminta sedekah itu berpakaian compang camping dan rambutnya kusut masai. Kakinya pula agak tempang apabila berjalan. Dia membawa sekeping kad bercop. Sambil bertasbih dan bertahmid, si peminta sedekah menyua nyua kepingan kad itu kepada penumpang penumpang di dalam bas Ekspress yang masih tidak bergerak itu.


Wanita pertengahan umur tadi duduk di suatu tempat bersama anaknya di kerusi yang agak kebelakang bas. Anaknya duduk di bahagian 'alley' manakala ibunya duduk di tepi cermin bas.


Setibanya peminta sedekah tadi ke tempat mereka maka dia pun menghulur hulurkan kepingan kertas tadi kepada mereka berdua. Dia berhenti di situ agak lama sambil bertasbih dan bertahmid. Ibu kanak kanak perempuan tadi memandang keluar tingkap kerana tidak mahu melayan kehendak peminta sedekah yang sudah kerap dilihatnya merayau rayau di stesen bas itu.


Apabila ibu budak perempuan tadi tidak melayannya maka dia pun terus ke depan semula..

.

.

.

.

Tiba tiba si ibu memandang anak gadis suntinya. Anak perempuannya sedang menangis perlahan lahan.


"Apahalnya kamu menangis?" tanya si ibu.


"Orang tu...orang tu..," kata si gadis.


"Kenapa dengan orang itu?" si ibu bertanya lagi.


"Dia meraba dada...."


Mendengar sahaja kata kata anaknya itu, tersirap darah si ibu..


CISSS!! BULAN BULAN PUASA NI KO BUAT MENDA TAK SENONOH KAT ANAK AKU YE...???


"Ke tepi ke tepi..biar mak kerjakan si CELAKA itu!"


.

.

.

BOOOOINKKKK!!


Si ibu menumbuk muka PENGEMIS TEMPANG YANG TAK TAHU MALU TU.


"OOHHH... kamu pura pura minta sedekah sambil kamu meraba budak budak pompuan yang tak tahu apa apa?

Ye??

Kamu tak tahu ke ini bulan PUASA!!

Memang kamu nak kena dengan aku!!"


BOIIIINNKKK!!!


kena se das lagi..

.

.

.

terus Si Tempang terjun dari bas..dan berlari susup sasap ....

dan kelihatannya si TEMPANG TIDAK TEMPANG lagi!


Kisah ini adalah kisah BENAR cuma nama tidak disiarkan agar identiti mangsa dilindungi.


MORAL OF THE STORY :


BEWARE...OF TIPU MUSLIHAT MANUSIA DI MUSIM PERAYAAN INI...


sekian







11 comments:

mamalina said...

Terbaca blog akak, terus semangat nak bagi komen, coz kes ni saya sendiri pernah kena, masa rumaja-rumaja dulu. Dalam bas ekspress gak di bandar T, Perak (tempat sama ke?)
Pernah nampak gak, dia meraba perempuan buta, geramnye.. nak tolong tak berani. Lagi tambah geram, ternampak lelaki tu, dok main snooker kat satu kedai. Kalau terjumpa lagi, rasanya nak buat misi pembalasan...

yuyee cap limau said...

cis benawe baru nak tangkap feeling kesian rupe2 nye penjahanam..memalukan betulla..
alamak kak,dahla selasa nie nak naik bus..aduh takut gue,nampak gaya kena sedia pisau dalam beg nie..langkah berjaga-jaga..TQ kak 4 this story..at lease dapat saya berhati-hati lain kali..

Insyirah said...

Kurang hasamnya. Kalau saya, memang saya kerjakan mamat tu betul-betul.

ashley said...

mamlina,
akak rasa orang yang sama..
memang dia ada merayau di bandar T..
kadang kadang di sampai di PB dan kadang kadang dia merayau di stesen bas Butterworth.

yuyee,
pisau is not suitable actually.kadang kadang ianya BACKFIRED.
Bring semburan LADA instead..lebih mudah digunakan.

Insyirah,
tak semudah itu sebenarnya..bila benar benar terjadi, wanita selalunya akan KETAKUTAN!

Me Tomei said...
This comment has been removed by the author.
Me Tomei said...
This comment has been removed by the author.
umi_e said...

semasa saya remaja - bila menaiki bas express - perjalanan yang jauh terutama diwaktu malam, bila rakan penumpang saya lelaki (yidak kira usianya) saya akan berusaha bertanya penumpang lain yang rakan sebelahnya berlainan jantina - sekiranya mereka bukan muhrim, saya akan minta tukar tempat supaya dapat duduk dengan perempuan.

* Kenalah bertanya dan meminta dengan penuh hemah :)

** Sentiasa berwaspada ;)

geraugebang said...

bila akak baca bab ni, akak rasa kamu ni macam ada bau-bau durian dengan adik shah bukit aman tu. Sebab bukak cerita tang jenayah.

ashley said...

kak umi_e,
benar..tapi kalau lelaki yang baik, dia sendiri pun tidak selesa duduk bersebelahan perempuan

gerau,
jenayah ada di mana mana

kakpah said...

Orang yang ambil kesempatan ni ada di mana-mana. Kena beware ..

Wei.. bila rumah ko tukar langsir. Beraya sakan nampak!!

ashley said...

kakpah,
he he he..
langsir yang tak perlu menegluarkan RM yang banyak!