Wednesday, September 09, 2009

Rancangan 'APA ITU....?" - kak Yong

Salam,

Sambil sambil aku tengok blog nih aku layari juga laman web 'LIVE' Sembang Sinar ABBY FANA. Hari ni ada tetamu yang dijemput ABBY ke rancangan SEMBANG SINAR.
Tetamu itu ialah KAK YONG!!
alaaa...
Kak Yong.... juruhebah di radio RTM zaman aku KOCIK KOCIK dulu. Yang mengelolakan rancangan kegemaran aku. Rancangan "APA ITU....?" bersama dengan abang Chik.

Hei...suara dia masih macam dulu la. Masih macam kanak kanak dan manja walaupun Kak Yong ni dah 54 tahun umurnya.

Wahhh..... ni nak cerita kat kanak kanak zaman sekarang nih!!

Zaman 70 an dulu, waktu siaran TV bermula jam 5 petang. Kalau budak budak sekarang macamana lah gamaknya mengelisai...ha ha ha..

Walaupun tidak ada siaran TV, tapi alternatif yang kami gunakan untuk mengisi masa pagi di hujung minggu ialah dengor radio. Rancangan "APA ITU...?" kelolaan Kak Yong ini bermula jam 9.am. pada pagi Sabtu. Trick mak aku untuk nak benarkan kami dengar siaran ini ialah kami dikehendaki membasuh kasut, menyapu sampah atau kerja kerja rumah yang lain. Kalau kerja rumah tak selesai, jangan harap nak dengar siaran ni. Siaran kanak kanak ini pulak kejap bebenor. Setengah jam jer..Tak nak le MELEPAIH pulak.

Untuk itu kami kenalah selesaikan segala kerja yang patut dibuat by jam sembilan.
Lepas tu pakat pasang telinga tepi radio. Dengar karangan siapa yang terpilih untuk dibaca oleh kak Yong pada hari itu. Kalau keluar, ada hadiah. Tiap tiap minggu itu le kerja aku..Cuba menulis karangan yang bermula dengan "APA ITU......?

Katakan topik pada minggu itu tanya "APA ITU DURIAN?"...maka berputarlah kepala hotak aku untuk memikir dan mentafsirankan makna "DURIAN".
Zaman aku dulu mana ada komputer nak google ke haper ke..
HOTAK yang dalam tempurung kepala inilah digunakan untuk mentafsirkannya. Kemudian bila dah fikir maknanya, kena tulis karangan dan poskan karangan itu kepada Rancangan APA ITU..
Ada juga aku hantar karangan aku tu tapi hmmmmm tak pernah keluar PUNNNNN!!

Ya la..bukan aku sorang je yang hantar. Bahkan kanak kanak seluruh negara yang meminati rancangan ini. Nasiblah kalau dapat dibaca pun...

sekian

2 comments:

kucingorengemok said...

aikk, zaman kak ash pun kak yong dah ada? umur berapa kak yong ni start jadi dj gaknya? lepas mce ke? hihi...

ashley said...

KOG,
aku agak kalau waktu tu umur aku 10tahun dia mesti dah 22 sebab sekarang nih umur dia 54..
errrrr...
aku BARU nak masuk 42,sayang...
he he he he