Thursday, September 03, 2009

Survival..

Salam,

Sewaktu aku dihantar ibu ke airport Subang masa mula mula pergi USA di akhir tahun 1987, ibu aku menangis teresak esak. Risau benar dia nak melepaskan aku...
Anak perempuannya yang BENAR BENAR hijau dengan dunia luar.

Hati ibu mana yang tak risau..

Kalau nak makan pun, tak berapa reti masak!
he he he..

Belum lagi bab bab lain.
Bab untuk SURVIVE di negara orang..

Memang bermacam macam benda yang aku tempuhi. Banyak pahit maungnya yang aku tidak ceritakan kepada keluarga untuk tidak merisaukan mereka.

Bila aku menelefon keluarga, aku katakan aku sihat dan baik baik sahaja..walhalnya adakala aku demam, aku TENSION dengan pembelajaran, tak ada duit, diganggu oleh mereka yang BENCIKAN orang LUAR, di PUNGGAI dengan snowball yang ada batu di dalamnya, dicurah air oleh sekumpulan anak muda yang RACIST, dikejar PAK HITAM tengah tengah malam takkala balik dari studio...he he he dan sebagainya.

Cuba kalau aku ceritakan semua yang di atas ini kepada ibuku..
Mungkin ibu aku akan kerisauan..tapi aku simpan perkara perkara yang negatif ini dari pengetahuan keluarga.
Hatta pernah sekeping cermin di apartmentku pecah dihinggapi peluru sesat namun aku tak pernah beritahu kepada keluargaku tentang kejadian itu.

Hidup di kota Chicago yang besar memang banyak cabaran dan dugaan terutamanya jika berada di lokasi SOUTH seperti universiti aku.
Setiap tiga minit akan kedengaran bunyi siren dari kereta polis. Kadang kadang dari atas apartment, aku boleh nampak aksi kejar mengejar polis dengan penjenayah. Tetapi selalunya orang ramai tidak ambil kisah sangat. Ianya seolah olah sudah menjadi kebiasaan.
SUDAH LALI.

Namun begitu, di kawasan apartment dalam universiti itu, sentiasa ada polis poranda yang akan datang setiap setengah jam sekali. Dan school police akan datang segera jika mereka dihubungi. Begitu cepat..
Kalau diri dirasakan tidak selamat sewaktu hendak pulang ke apartment dari mana mana school building, kita boleh meminta escort dari school police untuk menghantar kita pulang.

Selepas peristiwa dikejar Pak Hitam itu, ada kawan aku yang minta perkhidmatan dari school police ini manakala aku lebih rela untuk tidur di bangunan STUDIO tersebut..(tidur yang tak berapa selesa di ruang REHAT, RESTROOM..ha ha ha)

Kota besar Chicago juga mengajar erti keperitan tidak ber UANG.

Pernah satu ketika aku terpaksa menebalkan muka meminjam dua puluh dollar dari seorang pelajar Korea di kelasku. Untuk meminjam dari kawan senegara, masing masing BIASISWA tak sampai lagi sedangkan sewaktu itu aku dikehendaki membeli sebuah buku yang berharga 18 dollar. Buku itu adalah keperluan untuk sebuah kelas.
Setelah tertangguh beberapa hari, mahu tidak mahu terpaksa aku menebalkan muka memberitahu kedudukan kewangan aku kepada kawan dari KOREA ini.

Tapi aku paling tidak dapat melupakan 3 anak muda TAJAAN Petronas yang 2 tahun junior dari aku bila menyebut kisah TIDAK ber UANG ini

BUZZZZZZ....bunyi buzzer pintu apartment.

" Siapa tu," aku tanya melalui interkom. Cakap Melayu jer..
Kalau bukan Melayu, tak de kena mengena dengan aku!

" Kami ni...LAPARRR..Kak Hida ada masak apa apa tak? Nak makan!!"

Budak bertiga ni kalau tak de duit macam ni lah kerjanya. Merayap rumah kakak kakak..
Cari menda nak makan!

KESIAN...

dan kadangkala aku seperti terdengar dengar bunyi BUZZZERRR apartment aku tu lagi...

sekian

18 comments:

DrSam said...

pengalaman sebegitu merupakan pejalanan hidup yang amat unik. Pahit getir itu membuat seseorang lebih tabah. Dasyat juga pengalaman ashley ye...

p/s: biasiswa memang tak pernah cukup. Dimana-mana pun. Dalam pada tu pun, ada yang mampu buat balik kereta tiga bintang (di UK le) :)

zafi said...

aiyakk terasa kami org yg study di uk nih.. auch!! tu yg bawak kete semua tu sebab buat keje sampingan ... lebih dari yg sepatutnya la bro.. kalau dengan duit yg diberi tu sekadar cukup la untuk keperluan dan memuaskan beberapa kehendak yg simple2... saya setuju la kak.. bab2 duit ni org sensitif... ade setengah orh berkira.. ade setengah org betul2 suka membantu... now GBP dah naik to 6 ----> huh... makin panas rasanya di kala autumn ini... panas panas

Ielaz said...

ya Allah kak..insafnya baca pengalaman akak di bumi org putih nun... hish...ngerinyaaaaa....nasib baik akak tak apa2 sepanjang duk sana kan?

nasib baik lah kat jepun ni Alhamdulillah aman damai... semua buat hal sendrik jek....

Nizam.Ariff said...

Hmmm...tu sebab la aku tak jadi g study ke luar negara. AKu dah agak dah... aku tak larat kena kejar minah-minah saleh.

Insyirah said...

Kalau zaman skrg, adakah berbeza dgn zaman masa akak kat sana? Ke masih sama juga? Seriau juga ya baca experiences akak ni.

ashley said...

Dr Sam,
itu pengalaman saya..setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza..mungkin telah ditetapkan saya terDUGA dengan sebegitu rupa..

ashley said...

zafi,
akak dulu pun ada kereta gak..
SPORTIF lagi..
rega USD600.kongsi beli dengan 3 orang kawan serumah.waktu WINTER segala galanya KONG!
..he he he..

lelaz,
jepun adalah antara negara yang mempunyai crime rate yang paling rendah dalam dunia..
akak tinggal di Chicago..
kalau NEW YORK..
hmmmm...
lagi la..

ashley said...

Nizam,
ha ha ha..
ke engkau takut kelaparan??

Insyirah,
memang kena selalu mengadu pada YANG ESA..sebab hanya DIA sahaja yang dapat MEMBERIKAN PERTOLONGAN..

kakpah said...

agak2nya macamana perasaan hang kalau nak lepaskan anak dara hang gi obersi. Ish.. sebab tu aku cakap je kat dorang ni, belajar jelah dalam negeri. kat mesia ni pun banyak unibersiti keh..keh..

ashley said...

kakpah,
dok obersi sebenarnya menjadikan kita TOUGH sikit..
tak mudah menyerah kalah pada keadaan..

adakalanya INSAP sikit..he he he

Lukman said...

mak kawan datang nak makan!

macam pernah terdengar ayat ini? di mana ye?

lukmanw

tasikmerah said...

kak.. aku pun lapar. buatkan popiah goreng sikit kak. hehehe..

:p

yuyee cap limau said...

takut juga bile dengar pengalaman kak..
tapi pengalaman dapat memantangkan kite..nak-nak jauh dari famly,aduh bisa gugur jantung ini..hehe

ashley said...

Lukman,
mee maggi cepat dimasak sedap dimakan...
ha ha ha
lamo iklan TUH!!

TM,
popia goreng?..no problemo!
jemput datang Bangi.
.
.
ko datang, akak buat popiah ngan mee jawa..InsyaAllah...
kalau datang mengejut, akak bagi kulit popiah..he he he

yuyee,
Alhamdulillah..kita boleh bawa diri..sejak AZALI lagi kita dilatih..semenjak dalam kantung ibu lagi!

Shifu67 said...

salam ramadhan

tahun depan kalau tak de apa2 aral melintang, aku terpaksa melepaskan anak dara sulung ke UK... alahai risaunya aku.. macam mana la nnt kat sana... kat rumah ni, goreng ikan pun 5 bulan sekali...

ashley said...

Shifu67,
..tawakkal..
she will survive InsyaAllah provided that bagi kefahaman agama yang bagus..
sebab ada juga student yang sedap sedap makan pijahut ngan Kepsi kat OBERSI..
demer rasa macam halal belaka.

Norazah said...

Ashley, mmg belajar di oversea ni byk cabaran. Hanya keimanan yg teguh menjadi benteng kita. Tp sy rasa di msia ni pun jika tak bhati2 bole terjerumus ke kancah maksiat.

ashley said...

norazah,
ye benar..lebih mengharukan ianya berlaku ketika mana ibabapa cuba mengawasinya..