Thursday, September 17, 2009

Weng weng..

Salam,

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan.
Hari ini juga adalah hari terakhir Zainab menghadapi peperiksaan PSRA (Agama).
Setelah selesai UPSR minggu lepas, minggu ini dia menghadapi peperiksaan yang disediakan oleh pihak JAIS ini.
.
.
.
Cuma tempat peperiksaan yang diduduki Zainab ini terletak di SRI ABIM, di Sg Ramal.
Jika hendak ke sana aku mesti melalui roundabout menghala DESA SURADA atau memilih untuk pergi ke arah BILLION dan memasuki simpang trafik light ke arah Sg Ramal.
Either way...aku terpaksa menghadapi kesesakan kerana jalan ke SRI ABIM itu sempit semput!
.
.
.
Waktu pergi, selesai solat Zohor, aku dah bergegas untuk berada di sana pukul 2 petang.
Tetapi hari Isnin selesai periksa pukul 6 petang. Maka aku berperang di jalan bersama sama dengan mereka yang baru pulang kerja! Tension rasanya tersengguk sengguk di atas jalanraya.
Selasa pula, periksa selesai pukul 4. Mujur... sebab jalanraya smooth.
Rabu, selesai 6 petang...PERANG lagi!!
Hari ini, periksa selesai pukul 4.30...balik dari ambil Zainab okay je...
.
.
.
TAPI!!!! hari ini aku kena jemput kakaknya yang pulang dari MELAKA.
Aisyah turun di R&R Serdang jadi aku bergegas ke sana.
.
.

.
.
Jam menunjukkan 6 petang!!
HUJANNNNNN pula selebat lebatnya..
Jalan sesakkkk...
Di jalanraya berhadapan kawasan kilang ada satu kemalangan melibat 5/6 buah kereta.
SANGKUT begitu teruk sekali. Aku rasa macam nak menangis.
Orang berpusu pusu balik kerja..
Campur mungkin dengan orang yang berpusu pusu nak keluar dari Bangi menuju kampung halaman masing masing juga.
.
.
.
Seorang lagi anak aku, si Maryam juga pulang dari Pahang. Suami aku yang masih ada kelas di INCEIF ditugaskan menjemput Maryam dari stesen bas.
Dia pun sangkut sebab hujan lebat.
.
.
.
Bila aku tiba di R&R Serdang, jam menunjukkan pukul 7.15. Hujan masih renyai renyai. Di R&R ni tiada kemudahan restoren. Sekadar gerai gerai menjual buah, air dan snek.
Jadi aku beli buah dan air untuk berbuka puasa.
.
.
Bergegas menuju Highway plus untuk balik ke B.B.BANGI.
Mujur jalan clear...
ZOOOOMMM ingat nak singgah Billion rembat KFC..
AIYOOOOO....
KFC BILLION penuh orang tengah makan dan berbuka puasa!
CEH!!..hari ni SESAK pulak KFC nih.
Ini mesti ramai yang tak sempat nak beli kat pasar Ramadhan sebab hujan lebat.
.
.
.
jadi aku sambar ais krim, air kotak, ayam TAK BERGORENG lagi, roti sekaya dan sebungkus spaghetti kat BILLION.
Tadi sebelum keluar aku sempat masak kuah LAKSA JOHOR. (sempat la sebab aku rembat yang KUAH SEGERA kat market!!! ha ha ha) Tapi spaghetti nya ada separuh bungkus sahaja yang dapat aku rebus sebelum keluar. Aku rasa macam tak cukup.
.
.
Tiba di rumah, masih ada lagi speghetti serta kuah LAKSA JOHOR. Juga ada bubur lambuk yang dimakan separuh oleh anak anakku sewaktu berbuka.
Hah..nasib baik ada jiran yang bermurah hati memberikan bubur lambuk. Dalam kerisauan aku, ada juga yang memberikan kelapangan dan kelegaan.
Jadi aku bersama kak Aisyah makan makanan tadi.
.
.
Lapar..
kemudian Abah dan maryam juga sampai..
makanlah apa yang tinggal lagi..
Mereka hanya sempat sambar Wafer sebungkus dan air Mineral untuk berbuka.
.
.
walaupun hari ini makan macam sambar sambar dan kelam kabut gitu...
tapi
SYUKUR!!Alhamdulillah...
Selamat sampai rumah
dan
selamat juga berbuka puasa!
.
.
tapi aku rasa macam kelepek sikit sebab letih berpuntau di jalanraya.

sekian

9 comments:

geraugebang said...

Memang weng betul ni.

ashley said...

wahhh....tak balik lagi ke gerau?
orang lain dah berpusu pusu tuh.

Nizam.Ariff said...

Superwoman memang macam tu, apsal tak terbang je kak....

ashley said...

ko tak tolong ciptakan kepak berinjin!

tasikmerah said...

selamat hari raya kak. maaf zahin batin. ko balik perak tak nih...?


.

Norazah said...

Ashley, selamat hari raya. Kami sekeluarga balik ke johor malam ni.
Moga-moga jalan tak sesak. Selamat sampai ke destinasi.Begitu juga dgan u n keluarga, semoga selamat menempuh perjalanan ke kampung halaman.

Tijah said...

salam aidilfitri
maaf zahir & batin

dgn ingatan tulus ikhlas
tijah, carlos & cem

Me Tomei said...

Sabar je lah.

ashley said...

TM,
balik lepas solat raya.
balik ipoh, semanggol dan sg petani..lepas tu kut rajin kena pergi BOTA..
rumah kakak aku tuh!
(kut tak letih laaaa)

Norazah,
selamat menempuh perjalanan.hati hati di jalan raya.
eid mubarak..

Tijah,
aku nak masak coklat chip cookies dan cornflake madu malam nih!
selamat hari raya

me tomei,
ummi memang seorang yang PENYABARRRR..tak tahu lagi ke?
ha ha ha