Tuesday, September 08, 2009

Tok Mah..

Salam,

Sewaktu aku dilahirkan di rumah To' wan aku, antara yang menyambut kelahiran aku ialah Tok Mah. Tok Mah ini adalah isteri kedua yang dinikahi To' Wan aku. Ibu kandung ayahku meninggal sewaktu umurnya sekira kiranya 15 tahun. Tak berapa lama selepas itu, To' wan aku menikahi To' Mah yang juga kematian suami akibat kemalangan jalanraya ( ini menurut cerita dari mak long aku...kena rujuk pada anak anak kandung To' mah juga untuk mengetahui sebab musabab kematian suaminya itu)

Setelah bernikah dengan Tok Mah, maka lahirlah dua orang anak lagi dari pasangan ini. Mereka adalah Mak cik Nor Ine dan Pak Su Nordin.

Ayahku sebenarnya mempunyai 8 adik beradik seibu sebapa. Dua darinya telah meninggal sebelum ayah dan ibuku berkahwin. Kak NGAH ayahku meninggal sewaktu masih remaja. Manakala adik perempuannya juga meninggal sewaktu kecil lagi.

Aku hanya mengenali adik beradik seibu sebapa ayahku yang ini :-

1. Pak Long Abdul Rahman
2. Pak Lang Abdullah
3. Ayahku Ahmad
4. Mak Ndak Siti Ramlah
5. Mak Teh Asiah
6. Pak su Abu Bakar

Bila mana To' wan aku berkahwin semula maka ayahku mendapat dua lagi adik ( sebapa ) iaitu

7. Mak cik Nor Ine
8. Pak su Nordin

To' Mah ( ibu tiri ayahku) mempunyai anak juga dengan suami pertamanya. Tak silap aku ada lima orang semuanya.

Puas juga ayahku memperkenalkan aku dengan adik beradik tirinya itu tapi begitu susah aku mengingatinya sebab aku kurang memahaminya sewaktu dulu.

Benar..sewaktu kecil dahulu aku selalu terpinga pinga dengan perkataan TOK TIRI!!

Kadang kadang ada juga hasutan hasutan yang kurang enak dari ibu ibu saudaraku tentang TOK TIRI aku itu tetapi aku rasa hubungan aku dengan Tok Mah baik baik sahaja. Lagipun aku masih kecil dan kurang ambil peduli tentan geseran perasaan di antara ibu ibu saudaraku dengan ibu tiri mereka itu.

Sewaktu dulu, aku sering dimomokkan dengan hasutan bahawa Tok Tiri aku tu akan beri makan nasi basi kalau aku ke rumahnya...namun bila aku di rumah To Mah, tidak pernah aku dijamukan sebegitu rupa. Bahkan masakan yang sedap dan enak pula yang aku dapat.

Seingat ingat aku, Tok Mah cukup handal buat kuih DANGAI yang sedap dan lazat. Dan sewaktu hari raya pula Tok Mah mahir membuat halwa maskat ( kuih tradisional yang manis...aku tak GEMOR sangat..), pulut kacau ( orang selatan panggil wajik..pun aku tak minat), dan agar agar kering. ( yang ni aku suka!)

Sewaktu hari raya, pasti rumah To' Mah ( asal rumah To' wan ku sebenarnya) dikunjungi oleh anak anaknya yang aku kurang kenali...

Cuma anak bongsu dari suami pertamanya ini agak aku kenal sekarang dan dia juga dikenali ramai...
Hmmm nak tahu siapa?


Aku copy and paste...

PROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF HJ. OTHMAN
DSNS, KMN, WREN Pioneer, M.E.Inst. MIPM, BSc(Hons), MSc( London ), PhD(Aston)Pengarah, Institut Islam Hadhari
( errr..word ni ujud ke lagi?)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi


Mohd. Yusof Hj. Othman adalah Profesor di Program Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini beliau adalah Ketua, Jabatan Fizik (1990-94); Timbalan Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi (1994-02); Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UKM (2002-07); dan Pengarah Pertama, Institut Islam Hadhari sejak Julai 2007 di universiti tersebut.

Prof. Yusof terlibat dalam penyelidikan tenaga keterbaharuan lebih 25 tahun yang lalu. Sumbangan utama beliau adalah dalam kajian sinaran suria, dan sistem suria terma dan fotovoltan. Kajian utamanya adalah dalam mereka cipta pengumpul suria untuk air dan udara panas, sistem pam air suria, sistem fotovoltan tersambung ke grid dan terakhir ini sistem pengumpul fotovoltan terma. Beliau adalah di antara ahli akademik UKM yang membangunkan Kumpulan Penyelidikan Tenaga Suria, dan beliau juga adalah Setiausaha Pengasas Institut Tenaga Malaysia (1992-05). Beliau terpilih untuk menjadi ahli majlis World Renewable Energy Network (WREN) sejak 1992, Prof. Yusof pernah menjadi Profesor Pelawat Department of Engineering, University of Reading, UK (1994).

Kini beliau adalah Editor Bersekutu the International Journal of Renewable Energy sejak 2005, Lembaga Editor Review untuk Scientific Journal International sejak Julai 2007. Beliau menerima “WREN Pioneer” Award daripada World Renewable Energy Network/Congress, 2004 kerana kegiatannya dalam bidang tenaga keterbaharuan. Beliau juga dijemput untuk mewakili beberapa panel di peringkat kementerian. Beliau telah menulis lebih dari 250 rencana jurnal, pascasidang, dan seminar bidang tenaga keterbaharuan, fizik, dan pendidikan sains. Telah menulis 21 buah buku dalam bidang fizik dan bacaan awam.

Beliau menerima beberapa anugerah dari UKM – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk 1990 dan 1993; Anugerah Khas Kreativiti dan Inovasi Kategori Kategori kakitangan akademik (1997); Anugerah Khidmat Masyarakat bagi ahli Akademik (1998); dan Anugerah Khas Penerbitan Akademik (2003). Beliau juga adalah penerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada DYMM Yang Dipertuan Agong dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) daripada DYMM Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Maal Hijrah (1426H) daripada Kerajaan Malaysia, dan Tokoh Maal Hijrah daripada Kerajaan Pulau Pinang (1429H).

Prof. Yusof menerima lapan anugerah daripada UKM; 13 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia; 4 anugerah daripada International Exhibition of Inventions, Geneva, Switzerland; 3 anugerah daripada Seoul International Invention Fair, dan 3 anugerah di INPEX 2008 Invention & New Production Exposition, Pittsburgh, USA di atas kajian penyelidikannya sejak1990. Beliau juga penerima Henry Goh Award 2000 untuk Most Environment Friendly Invention 2000; Environmental Protection Prize daripada Swiss Society for the Protection of The Environment in 2001; Special Award daripada Taiwan Inventors Association in Seoul International Invention Fair 2004; The International Federation of Inventor’s Associations (IFIA), Geneva, Switzerland Gold Medal (2008), dan Special Prize from Korea Invention Promotion Association for commending excellent efforts to create invention exhibited at INPEX 2008 Invention & New Production Exposition, Pittsburgh, USA.

Macam pening kan membacanya??
ha ha ha..

Dulu waktu aku berumur sekitar 9 tahun, aku rajin mengutip setem dari sampul surat Pak Su Usup ni. Dia kirim surat tu untuk ibunya ( To' Mah).....aku pula tukang kumpul setem setemnya..
Setem dari UK..
Setem dari Australia..

he he he he
.
.
.
kenangan kami semua dengan To' Mah berakhir apabila beliau meninggal dunia di dalam bas sewaktu dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah untuk mengerjakan haji tahun 1982.
Beliau dikebumikan di Mekah.

Al Fatihah untuk To' Mah, ibu tiri ayahku.

sekian

6 comments:

tasikmerah said...

pening aku kak. hehehehe...



.

ashley said...

TM,
aku pun pening..
bukan engko jer..

apasal orang suka kahwin banyak banyak kali ek?

nak buat susur galur jadi bersepah sepah..
ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Aku pun pening gak ni...

nak cerita pasal tok mah ke pasal prof tu?

ashley said...

Nizam,
Tok Mah tu mak PROF ni..yang aku rapat dan ada cerita lanjut nanti.

bila aku google nama anak dia yang nih,keluag berjela jela info tentang dia..

masuk pi la..
just untuk info KELUARGA....
sebab yang baca blog ni bukan rakan MAYA saja..

tapi sanak sedara geng keluarga juga!

4 'so' bersaudara... said...

Mak Ngah,

Kami tak pernah pun pi rumah Prof ni dan jumpa secara live...
Bila la agaknya...

Kalau selisih kat jalan pun, dia tak kenal suku-sakat @ waris dia ni...

ashley said...

Mak Ngah dah 3 kali dah pergi..
Tapi dia seorang yang agak bizi. Selalu ke sana ke mari.