Tuesday, September 29, 2009

Gambar raya zaman bebudak!!

Salam,

Ngeh ngeh ngeh..
Gambar ni aku berjaya selinap masuk ke dalam kamera aku!
Time hari raya...bila ek?.
.
.
OOOOOkay...memandangkan mak aku tengah mendukung budak OMAN maka aku jangkakan raya ni mungkin tahun 1971 atau tahun 1972!
dari pandangan mata kasar pula, OMAN tu mungkin berumur dua tiga bulan maka boleh aku katakan gambar asal ialah dalam tahun 1971.

Aiseh man...flash kamera aku ni kacau aaaaa..
Kalau tidak korang boleh nampak betapa BANYAKnya kuih muih yang terhidang!
Tapi ni sebenarnya bukan rumah aku.
Rumah aku tak de RADIO gram macam kat belakang tu.
Ini rumah kakak yang pakai spek cam dak TIJAH tu!!

Wei JAH...!!
ko punya spek itu hari, KLASIK aaaaa...

Adik si kakak yang pakai spek glemer tu, pakai songkok senget.
Tak silap aku nama dia RASYID.
Cuma tak pasti samada dia adalah RASYID SIBIR atau tidak!!
ha ha ha..
wei...Rasyid Sibir orang mana aaa?
Kalau asal Perak tu, mungkin boleh siasat...
Dak Rasyid ni lebih kurang 2 tahun lebih tua dari aku.

Yang mendukung aku tu, MAK YAH.
Mak sedara yang sepuluh tahun lebih senior..
kira cam lebih kurang KAKpah aaaa..
he he he..
Eh! KAKpah sepuluh tahun ke lebih senior dari aku?
Takk..
muda aaa dari MAK YAH aku tu 2/3 tahun.
.
.
.
Kalau tengok gambar tu korang mesti heran.
Apasal ada sedara India INTERFRAME pulak kan?
Nak habark mai, tu lah jiran yang baik ngan kami.
Depa ni penganut Kristian tapi BAIK dengan kami sekeluarga.
Anak pun lebih kurang sebaya.
Budak pompuan yang berdiri tu, nama dia CAROLINE. Dia sebaya aku.
Yang Aci tu dukung pulak namanya MARY...sebaya dengan OMAN.
Inilah gambaran ONE MALAYSIA zaman aku!
Kami memang duduk berjiran di kawasan rumah murah yang bernama CHANGKAT di Batu Gajah, Perak.

Sebelum mengakhiri entry ni,
apa kata kalau
POKUS dekat sikit pada budak yang TIUP belon
time raya tu!!!
he he he
sekian

11 comments:

cHeRyNa PiReS said...

bestnye tgk gambo nieh kak...rasa macam tgk cerita leftenan adnan!:)

dulu2 mmg best kan...kadang2 sha dgr cerita parents sha...jd jeles je...
*comelnye gambo last tuh...brapelah umo dak tuh agaknye:)

Insyirah said...

Haha. Comey..comey...gambar klasikkk...

tasikmerah said...

alah tomei tomeinya diaaaaaaaaa.....

kak, cekguden kata nak pi beraya rumah hang. aku nk ikut bulih? he he.



.

Nizam.Ariff said...

Hahaha.. tiup belon!

Comel giler...

GPI SKSV said...

komen org sebelum ni..


comey..
tomei..
comel giler..

bila teman nengok yg niup belon tu..
SEBIJIK MUKA ME TOMEI...
(fotostat ka?)

kucingorengemok said...

patut buat gambar dulu dan sekarang la kak... tiup belon zaman tu, tiup belon zaman ni, kih kih kih

mesti lagi ramai orang kata comel!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

sebelum dapat belon tu, sah beguling2 ni...ha ha ha

ashley said...

Cheryna,
time ni LEFTENAN ADNAN dah tak ada dah..ini zaman BEETLE!!

Insyirah,
walaupun klasik tapi ia tetap segar dalam ingatan..

TM,
jemput jemput...dialu alukan!
hang kata comei? aku rasa cam comot jerrr!!
ha ha ha

ashley said...
This comment has been removed by the author.
ashley said...

Nizam,
Time ni orang tak bagi duit raya lagi tapi dapat belon, cekelat dan sebagainya!
he he he..tu bau masam bagai nak ghak sebab lepas main sakan!

GPI SKSV,
apa nak buat...dah maknya!

KOG,
orang akan KONPIUS pulak..
mana satu belon..
mana satu muka aku!!
ha ha ha

ashley said...

Cikgooden,
waktu ni pemberian duit raya tak menjadi tradisi lagi ..jiran jiran akan beri belon, lollipop, gula gula, ais krim pada kanak kanak yang datang rumah!( budak budak tak reti kira duit..ha ha ha)
.
.
.
Aku dah darjah dua cam gitu baru dapat kutip duit raya.
Masa ni aku hampir berumur 4 tahun.