Monday, September 21, 2009

Upin dan Ipin (the geng)

Salam,
Siapa yang belum menonton cerita animasi UPIN IPIN ( the geng) boleh dah beli CD original yang baru berada di pasaran.
Suami aku dah sambar satu..
Budak budak ni memang nak tengok cerita ni..
Bagi aku, Le Copaque ni patut boleh berbangga dengan kerja mereka ini.
Dan mereka boleh terus kembangkan siri siri UPIN dan IPIN dengan lebih baik lagi.

Jalan cerita the Geng ni banyak dimasukkan unsur fantasi.
Berlainan daripada cerita UPIN dan IPIN yang diperkenalkan di TV9 sewaktu bulan Ramadhan mula mula dulu.
Aku sebenarnya suka karekter UPIN dan IPIN yang ada unsur pendidikan bagi anak anak muridku dan juga anak anakku.
Contoh terbaik yang diketengahkan ialah dalam cerita UPIN dan IPIN sewaktu bulan Ramadhan, mereka tak tinggal puasa dan sentiasa cuba berbua baik pada nenek mereka. Kenakalan mereka sepanjang bulan Ramadhan itu mengimbau gambaran nostalgik bagi kebanyakan kita yang telah dewasa.

well done la Copaque..

sekian

4 comments:

Me Tomei said...

Umi,
Cerita tu memang best.
Sangat-sangat best.

Nizam.Ariff said...

Kak, aku dah balik S.Alam...!!!

Esok pagi nak balik Melaka pulak...

ibundo said...

tahniah pada la Copaque. teruskan usaha jangan sampai jadi la kopak udah...

bila nak balik bangi.

ASH said...

Me tomei,
ye memang le best..

Nizam,
awat hang balik sat sangat?

kakpah,
lambat lagi laa..balik lekeh hari khamis atau Jumaat